Showing posts with label umat-Islam-harus-cemerlang. Show all posts
Showing posts with label umat-Islam-harus-cemerlang. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Penonton, penumpang dan kepuasan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 20, 2011 5 komen best
Alangkah malangnya kalau dalam hidup ni kita cuma menjadi penonton dan penumpang sahaja. Dan, lebih malang lagi kalau kita sibuk merasa puas menjadi penonton dan penumpang yang pemalas dan tak berguna.

Penonton
Menjadi penonton dan pemerhati adalah dua perkara berbeza. Penonton adalah perbuatan melihat sesuatu dan menikmatinya, tidak teliti dan secara suka-suka. Sedangkan pemerhati melihat sesuatu dengan teliti, mengambil nilai yang boleh ditelusuri dan mengenalpasti apakah yang boleh dikupas daripada apa yang dilihat.

Masih teringat pesanan seorang sahabat; "Seorang Muslim itu tidak melakukan sesuatu dengan saja-saja". Jadi, adalah lebih baik jika kita menjadi pemerhati berbanding menjadi penonton saja-saja.

Penumpang
Menjadi penumpang dan pemandu juga adalah dua option yang jauh berbeza, walaupun menaiki 'kenderaan' yang sama menuju ke tempat yang sama. Penumpang selalu tidur, tapi pemandu selalu jaga. Mencari jalan dan haluan, agar dapat memandu dengan selamat dan 'cermat'. So, kalau jadi penumpang sekalipun, jadilah penumpang yang memerhati dengan teliti apa yang ada sepanjang perjalanan.

Kalau jadi 'pemandu', jadilah pemandu yang tak mementingkan diri.. pemandu yang membuka ruang dalam kenderaannya untuk ditumpangi.. Kata seseorang, jadilah orang, yang kejayaannya membolehkan Islam menumpangnya.

Kepuasan
Ketika berbual-bual dengan teman-teman, muncul persoalan 'kepuasan' dalam hidup. Ada orang puas dapat mendaki segala gunung yang ada atas muka bumi. Ada orang sanggup menyakitkan diri melukis tatoo di seluruh badan kerana ingin merasa puas. Ada orang sanggup membeli belah dan menghabiskan harta sebanyak-banyaknya kerana kepuasan, ada orang bekerja siang malam kerana gilakan rasa puas dalam hidupnya.

Persoalannya, apa sebenarnya kepuasan boleh bagi dalam hidup ni? Kalau kawan saya kata masak membuatkan dia rasa puas, yang lain pula kata membaca adalah kepuasannya. Kawan ayah saya sangat suka belajar sampai sijil degree berkepuk-kepuk, ambil dua-tiga bac. degree.

Saya belum jumpa lagi apa sebenarnya kepuasan dalam hidup saya. Mungkin saya sibuk merasa puas dengan apa sahaja yang ada dalam hidup saya, seperti kata Maher Zain dalam Awaken, "We didn't have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied".

p/s: harini ulangtahun saya ke 21. Doakan kebaikan untuk saya, ya. :)

Saturday, May 14, 2011

when Allah will, Allah decide the way.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 14, 2011 0 komen best
"jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang, walaupun semua tangan menghalang, namun tidak ada tangan yang boleh menghalangnya.. jika Allah tidak ingin memberi nikmat kepada seseorang, walaupun seribu tangan menghulur..namun tidak ada tangan yang boleh memberinya.."-dr. MAZA

Semalam saya membaca sebuah majalah lama al-Islam di perpustakaan. Entah jilid yang keberapa, entah tahun bila, saya terlupa membelek.. Saya membaca tentang seorang bekas paderi bernama Isaac.

Isaac ini lahir dalam keluarga kristian ortodok, dan dia dibesarkan dengan kebencian terhadap Islam tanpa pengetahuan sedikitpun tentangnya, sehinggalah dia menjadi ketua paderi di Afrika.

Pada suatu hari, ketika hendak menaiki kereta api untuk menyambut kelahiran Mary dengan berpakaian seorang paderi (jubah putih berkopiah dan salib besar berwarna emas tergantung di dada), dia melihat budak-budak kecil mengedarkan risalah kepada semua orang satu persatu kecuali dirinya. Dia merasa pelik kerana tak dihiraukan, lalu bertanya kepada salah seorang budak-budak, "adik, mengapakah aku sahaja yang tidak mendapat risalah itu?"

budak itu menjawab, "risalah ini tak layak untuk seorang paderi!"
Isaac berkata, "bagaimana kalau aku membeli semua risalah itu?"
"tidak, tidak!" budak itu kemudian dikejar oleh Isaac tetapi Isaac tak berhasil mendapatkannya.

Setelah sampai ke pejabatnya di gereja, Isaac keletihan, memikirkan perkara yang berlaku. Lalu dia membuka al-Qur'an di hadapannya, membaca surah al-Ikhlas. Hatinya berasa tenang, dia mengulang lagi membacanya sehingga berhasil menghafal surah tersebut. Dia tersasul membaca, "Katakanlah Allah itu satu!" ketika seseorang membuka pintu biliknya.

Itulah bibit permulaan Isaac merasai keindahan Islam.

Kemudian dia menjalankan rutinnya seperti biasa, duduk di bilik pengampunan untuk mendengar masalah dan memberi keampunan kepada orang lain. Ketika memberikan pengampunan kepada seorang perempuan, hatinya terdetik, "kalau aku memberikan pengampunan, siapa yang memberikan pengampunan kepada aku?".. lalu dia bertemu bishop untuk mendapatkan kepastian. Bishop telah menuduh Isaac gila kerana bertanyakan soalan itu, lalu dia dipenjarakan.

Setelah itu panjang lagi proses mendapatkan Islam bagi Isaac..

Sesiapa yang memperoleh Islam, dia sangat beruntung kerana Allah memilihnya.. Jadi kita kena rasa 'izzah (bangga) dengan Islam yang kita yakini.. mencintainya, dan banyak membaca..
ini kerana, kita memerlukan Allah tetapi Allah tak memerlukan kita.

Allah telah berkata, "walaupun semua hamba itu taat dan tunduk kepadaKu, tidak akan bertambah kekuasaanKu sedikitpun.. dan walaupun semua makhluk itu kufur kepadaKu, tidak berkurang kekuasaanKu sedikitpun.."

Setelah membaca kisah Isaac, dapatlah kita simpulkan bahawa, ramai sekali orang yang lahir dalam Islam, keluarga Islam, mendapat tarbiyyah Islam dalam rumah sendiri tetapi tak dapat merasai keindahan Islam.. Ini adalah satu kerugian yang besar.. malah ada pula yang kufur dan murtad, na'udzubillah..

tetapi Isaac, lahir dalam suasana yang tak mengizinkan dia tahu tentang Islam pun, tetapi apabila Allah izin dan Allah memilihnya, dia mmemperoleh cinta yang luarbiasa.. cinta yang menguatkannya untuk melepaskan aset sebanyak 4 juta USD termasuk segala kedai emas, rumah dan segala aset yang dimiliki kerana dirampas pihak gereja..

When Allah will, Allah decide the way.
p/s: maaf, tak mampu menulis panjang kerana kekangan masa. Sepatutnyalah entri ini panjang kerana ia mengisahkan sebuah kisah aqidah yang perlu difikirkan tentang ibrah. semoga bermanfaat :)

Friday, December 10, 2010

Ni semua agenda jahat, kan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 10, 2010 2 komen best
Apabila terdedahnya sesuatu perkara, bahawa ia adalah agenda musuh Islam (Yahudi, terutamanya), maka kita semua melatah cepat dan mengeluh.

Sebagai contoh, pada ramadhan lalu kita dikejutkan dengan iklan Aidilfitri bercelaru dengan tema krismas. Sebelum itu, video 'The Arrival' yang sudah begitu lapuk di mana-mana tiba-tiba hangat diperkatakan golongan yang lebih kurang sebaya saya: remaja. (Sebenarnya video itu sudah cukup lapuk, sudah 2 tahun lepas saya mengetahui kewujudannya).

Mungkin ya, itu semua agenda kafir laknatullah. Tapi kita ni robot bodoh ke yang terima saja apa-apa maklumat yang diberitahu orang? Adaah kita kaji semula maklumat yang kita dapat?

Kebanyakan daripada kita percaya bulat-bulat apa yang disuap media kepada kita. The Arrival, umpama telah menjadi satu sembahan apabila kita terus percaya tentang kewujudan piramid zaman purbakala juga adalah satu konspirasi.

Hei, fikirlah.
Kenapa kita nak agungkan piramid yang mengisi fir'aun, orang yang Allah laknat kerana mengaku dirinya Tuhan? malah kita mengagungkannya sebagai 7wonders. Kerana ia tak diterima bumi, Allah ilhamkan manusia pada zaman itu untuk mengawet kemudian menyimpannya di dalam piramid. Tak wonders pun..

Tak logiklah kalau semua benda jahat tu Allah izin ia berlaku.. Allah knows best. Kalau kita terus je percaya semua yang berlaku kat dunia ni kerja Illuminati, kita ada masalah dengan akidah kita. Cepat-cepatlah mengucap syahadah semula.

Kalau taknak rasa jahil, kajilah dulu setiap apa yang kita peroleh. Allah suruh kita percaya 6 perkara, bukan yang lain daripada tu!

Minda kita lebih jahat menipu dan tertipu. Minda tak matang. Tak ada keyakinan.

Alangkah baiknya kalau kita ummat yang sensitif dengan isu Palestin sehebat kita sibuk mewar-warkan isu illuminati. Kita mempromosi illuminati lebih hebat dari promote agama Allah! astaghfirullahal'azim.. hebat betullah kita ni ye?

Kalau sirah pun tak habis baca lagi, takyah cakaplah pasal isu yang kita sendiri tak tahu.

nota: yang saya tekankan di sini ialah bukan hal betul atau salah, tapi kajian kembali terhadap apa yang media feed kepada kita. Kita bukan robot sistem, kita ada otak, jadi, manfaatkanlah!

Photobucket

Wednesday, November 24, 2010

Episod arnab dan kura-kura yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 24, 2010 2 komen best
Belum pernah lagi orang tanya saya kenapa saya masuk universiti.

Sebelum saya menjejak so-called 'menara gading' ini, saya sendiri tak nampak kenapa saya memilih untuk masuk universiti. Saya tak nampak jalan lain untuk meneruskan kehidupan selain melanjutkan pelajaran. Yang saya tahu,  saya berhutang dengan ibu dan abah sepanjang hidup ini, dan hutang mesti dibayar dengan sekurang-kurangnya memberi mereka kegembiraan.

Banyak sekali salah anggap tentang kehidupan di universiti. Mula-mula bergelar mahasiswi, saya ingatkan kehidupan di sini senang, tak perlu struggle macam masa sekolah. Hakikatnya, inilah litar perlumbaan di mana segalanya bermula. Di sinilah anda akan melhat episod cerita 'arnab dan kura-kura' yang seterusnya. Penipuan, kelicikan, kejujuran, dan segalanya menjadi permainan yang digula-gulakan. Tinggal terpulang pada hati saja nak menggunakan cara yang betul atau salah.

Kita tidak pernah terlambat untuk kembali kepada jalan yang betul dengan membetulkan niat. Apabila saya gagal mendapat keputusan yang baik pada semester satu, saya mula mengubah persepsi dan membetulkan niat. Belajar bukan kerana nak jadi juara, bukan nak menang, tetapi belajar kerana nak menjadi manusia bermanfaat kepada ummah. Belajar kerana Allah.

Jalan menuntut ilmu ini amat sukar untu ditempuh. Semangat, mudah saja mengalah kepada nafsu. Pengaruh luaran cukup hebat menggoda apabila pengaruh dalaman tidak sekuat mana. Kata seorang murabbi; "Kita mahu menjadi seperti ikan di laut. Menongkah arus, bukan mengikut arus. Tidak masin walaupun tinggal di laut masin".

Kenapa kita masuk universiti kalau hanya untuk mendapat markah secukup rasa aja?

Selagi ada manusia boleh mencapai kejayaan, selagi itu kita yang manusia ini juga mampu mencapainya.

Sebenarnya artikel ini ditulis untuk menyatakan kekesalan kepada diri dan rakan-rakan. Saya takut kalau ia ditulis setelah saya bukan lagi mahasiswa dan ia tidak sesuai pula untuk masa akan datang. Saya melihat ramai sekali rakan-rakan yang bukan dari keluarga senang mensia-siakan kehidupan di universiti. IPTA, memang biasanya dihuni oleh pelajar dari latarbelakang kewangan kelas pertengahan dan bawahan. Tapi, masih ramai lagi di antara kita yang belum dapat mengenalpasti hala tuju hidup yang sebenarnya. Sayang.

Kalau anda rasa jalan hidup anda sama saja: belajar, graduate, kerja dan kahwin kemudian dapat anak, menjaga keluarga, kemudian mati. Itu saja ke? Kalaulah syurga semurah itu...

Kura-kura pun ada strategi untuk mengalahkan arnab. Arnab pula, yang sudah tahu kemampuan untuk mengalahkan kura-kura berlengah-lengah di pertengahan jalan.

Jangan buat sesuatu kerana mengikut arus tanpa mengetahui tujuan ianya dilakukan. Ia akan menjadi perkara yang sangat merugikan. Jangan belajar hanya kerana kawan anda melakukannya, kelak apabila dia gagal anda pun turut sama juga..!

Jadilah seperti minyak, apabila ia bergaul dengan air, ia masih tetap minyak.. (tak pastilah boleh pakai ke tak perumpamaan ni.. :)  )
Photobucket

Monday, September 27, 2010

inspirasi - meeting someone special

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, September 27, 2010 1 komen best
"A wise person is not someone who can give
the right answer,
but someone who can throw
a good question"- Prof Azizi.

Saya suka jumpa prof Azizi. Walaupun sibuk dengan pelbagai beban kerja dekan, tapi bila saya datang ke pejabatnya, dia sentiasa terbuka dan sudi meluangkan masa. Saya suka dengar kata-katanya, dan seorang mentor dan pemberi motivasi yang baik. Dia suka berbincang tentang sesuatu yang buat saya berfikir. Katanya;

"Sampai satu tahap dalam kehidupan ni, kita akan terfikir bahawa melontarkan soalan itu menjadi lebih susah berbanding menjawabnya".

Saya pun ada target sepertinya. Tak silap saya, prof mendapat gelaran prof madya pada umurnya 30-an, dan gelaran prof pada usia 40. Testimoni daripada pensyarah lain bila saya mention prof Azizi adalah pensyarah SDG saya, kata mereka: 'He is a very hardworking man'.

Pelajar UUM, sesiapa yang ada kesempatan, ambillah peluang untuk bertemu orang yang tidak dapat kita temui di jalanan ini: bukan mudah untuk mengutip ilmu daripada seorang yang hebat. Kita suka nak sibuk mengambil kata-kata falsafah Barat, padahal kata-kata itu boleh diperoleh daripada orang yang dekat kefahamannya dengan kita.

"Jadilah orang yang berfikir!"
Photobucket

Thursday, August 19, 2010

penawar bagi orang yang ditimpa musibah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 19, 2010 0 komen best
Saya bukan nak bagi ubat, saya cuma nak berkongsi sedikit apa yang saya dapat daripada pembacaan saya hari ini.


Alhamdulillah, hati mula terasa sembuh dari sedih, apabila saya membaca buku ini: "Penawar bagi orang yang ditimpa musibah".

Sebenarnya saya cari Mukasyafahul Qulb (Penenang Jiwa) oleh Imam al-Ghazali di library, dah beberapa hari, tapi tak terjumpa. Jadi saya ambil buku ini.

Buku oleh Muhammad bin Muhammad al-Manjabi al-Hambali ini telah mengungkap dengan lembut rahsia sesuatu musibah itu terjadi. Berlandaskan sentuhan hadis dan al-Qur'an, ayat-ayatnya cukup menghiburkan bagi melegakan kesedihan. Antaranya,


  • "Syurga itu dikelilingi oleh perbuatan yang dibenci manusia sementara neraka itu dikelilingi oleh perbuatan yang disukai oleh hawa nafsu". (Riwayat Muslim, At Tirmidzi dan Anas bin Malik).


  • Wahab bin Munabbih berkata, bahawa Isa bin Maryam pernah bekata; "Orang yang paling mencintai dunia di antara kamu ialah orang yang paling tidak tahan meghadapi musibah" (bermaksud, kalau saya tidak tahan mengadapi mehnah, maknanya, rasa cintakan dunia dalam diri saya tu sangat kuat. astaghfirullahal'azim..)
Rasa bahagia sangat.. bila sebenarnya ujian itu ditimpakan Allah kepada orang-orang beriman untuk menguji keimanan..semoga Allah meletakkan saya dalam kalangan orang-orang beriman..

dan ujian itu adalah sebagai pengubat kepada kelalaian.. sebenarnya ujian adalah sebagai satu panggilan Allah kepada kita, supaya kita sentiasa mengingatiNya.

kemudian,.. oh.. terasa segan pula bila membaca kata-kata Abdullah bin Muhammad al-Harawi, iaitu: "Di antara permata kebaikan ialah menutupi musibah sehingga orang lain mengira bahawa kita tidak pernah ditimpa musibah."

padahal saya telah memberitahu satu dunia tentang kesedihan saya. Lepasni, bolehlah saya dan rakan-rakan memperbaiki diri.

Kenapa anda lihat orang beriman yang hebat seperti tak mempunyai masalah dalam hidupnya? Sebabnya, segala pergantungan diletakkan kepada Allah semata-mata, dan dia tahu bahawasanya manusia tidak mempunyai kudrat apapun untuk menyembuhkan kesedihannya.

Sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan kita berbanding kerongkong kita sendiri. Rasailah kehadiran Allah dalam setiap perkara. Sebenarnya Allah sangat sayangkan kita.

Semoga pengalaman saya ini bermanfaat untuk diri saya dan semua. Alhamdulillah. :)


Photobucket

Saturday, August 14, 2010

baru saya faham.. (2)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 14, 2010 0 komen best
Semalam, saya telah merancang untuk ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan assignment kumpulan kami untuk subjek Urban & Rural Transport.

Sepanjang proses perancangan dan pencarian berlaku, bermula daripada saya di-appoint untuk menguruskan kesemuanya, segalanya dirasakan terlalu sukar. Mungkin saya paling junior dalam kumpulan itu, jadi saya masih terlalu mentah kerana tidak tegas dan mengikut sahaja kata orang.

Kesukaran. Susah untuk saya mendapatkan kata sepakat dari kumpulan ini. Susah untuk saya membuat keputusan apabila tidak semuanya memberi komitmen. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'bossy'. Kalau buat meting, tidak ada kehadiran yang penuh. Sudah plan yang begini, yang lain mahu begitu. Yang ini sudah settle, timbul pula masalah lain.

Masalah terbesar dalam projek ini ialah kereta. Serdang dan UUM amat jauh, memakan masa 4 jam dari UUM-Alor Star-Kulim-Serdang. Dengan masa yang terhad, kami mesti pulang dalam masa sehari. Bagi mengelakkan bermalam di luar, pensyarah memberi kemudahan kepada kami untuk membawa kereta. Bermula daripada tak dapat kereta, akhirnya, alhamdulillah, Abang Adib sudi memberi pinjam kereta. Bila dah dapat kereta, tak ada pemandu pula, sebab Lee, satu-satunya ahli kumpulan kami yang ada lesen enggan memandu. Malah, balik rumah bercuti pula. Jadi, saya perlu cari pemandu. Bila dah dapat pemandu, batal pada saat akhir pula. Veni, akhirnya memujuk pakwenya untuk mengikut kami menjadi driver, dan, setelah pakwe Veni ambil kereta, malam itu juga dia jatuh tangga dan kepalanya luka teruk. Pagi itu, dia masih gagahkan diri untuk bantu kami. Dia memandu.

Kereta Abang Adib agak lama, jadi mesti sentiasa diperiksa air dan minyak hitamnya. Tayar juga begitu. Sebelum pergi, Kalai dah pastikan semuanya OK, dan kami berhenti dua kali dalam perjalanan. Dan, apabila sampai ke Sungai Petani, enjin kereta mengeluarkan bau, jadi Kalai berhenti di bahu jalan. Setelah diperiksa oleh mekanik, katanya gasket bocor, perlu diganti dan boleh siap dalam masa dua jam. Tapi bila sampai bengkel, entah kenapa saya tengok mekanik buka enjin dan entah apa-apa. habis dikeluarkan isi enjin. Mungkin saya ditipu. Maklum, saya tidak tahu menahu langsung tentang kereta.

Kereta tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin dua atau tiga hari. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang. Saya amat bersedih, sebab saya telah menyusahkan orang. Dan saya telah merosakkan kereta seseorang. Dan, kesedihan saya bertambah kerana Veni seperti membiarkan sahaja saya, malah membiarkan saya menghadapi semuanya dan tidak cuba memahami. Saya amat bingung, dan menyesal.

Saya menyesal kerana tidak sedar bahawa Allah memang tidak mengizinkan perjalanan ini sejak dari mula lagi. Di saat-saat akhir pun Allah telah memberi petanda bahawa plan saya tidak akan menjadi apabila Dia telah mentakdirkan pakwe Veni (si pemandu) jatuh tangga dan rambutnya botak sedikit sehingga nampak kulit kepalanya.

Saya juga sedar bahawa kata sepakat tidak akan tercapai dengan teruknya cara saya memberikan arahan dan menurut sahaja perintah orang yang bossy. Saya juga tahu bahawa kesemua masalah yang saya hadapi ini tidak akan dapat selesai dengan menangis. Saya jarang sekali menangis di hadapan orang, tetapi entah kenapa, semalam saya menangis di hadapan  orang tanpa rasa segan lagi. Mungkin saya ingin melepaskan semua rasa terbeban di kepala saya yang sudah beberapa hari menghabiskan berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus duit abah untuk menghubungi pihak di Serdang untuk mendapatkan kepastian tentang siapa yang akan saya berjumpa. Mungkin juga tangisan itu untuk perasaan tertekan yang tak terluahkan sebelum ini. Tertekan juga rupanya saya menghadap orang yang bossy, padahal saya paling suka berlagak tenang (kononnya la kut)..

Sepanjang saya bermuhasabah tentang apa yang berlaku, banyak yang saya pelajari. Kali ini, rupa-rupanya saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan.

Hikmahnya perjalanan yang tersangkut di Sungai Petani, saya dapat bertemu dengan Kak Aisyah di Alor Setar dan bermalam di rumahnya, memuhasabahkan diri, mendengar nasihat, dan berehat dari kelelahan.

Alhamdulillah, ibu dan abah sangat supportive semasa saya memberitahu apa yang telah berlaku. Terasa ingin pulang sekarang juga mendakap ibu..

Saya berjanji takkan menangis lagi untuk assignment ini dan akan datang, dan cuba menghadapi segalanya dengan guide dari Allah..

Ramadhan ialah madrasah iman dan taqwa. Semoga, ujian yang saya tempuhi ini menambahkan iman dan menyemai taqwa dalam diri saya.. Dan, ujian-ujian ini benar-benar telah 'menyekolahkan' saya!
Photobucket

Monday, August 09, 2010

SMART Tunnel dan fitrah manusia

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 09, 2010 0 komen best
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca.. Alhamdulillah, hari ni Allah beri saya peluang mengharungi satu lagi hari yang penuh kemudahan dalam urusan. Allah suka tengok hambaNya senyum, kan?

Saya nak kongsi 3 perkara hari ni.
  1. Harini, dalam kelas Road Transport Management, saya menonton video tentang SMART Tunnel.. Kalau anda pernah pergi Kuala Lumpur, atau akan pergi KL, lalu la kat terowong SMART ni.. tengoklah teknologi canggih lebuhraya yang kita ada.. SMART Tunnel ni memakan belanja sebanyak 2.0 billion, dan kegunaannya adalah, sebagai satu solusi kepada banjir tropika yang sering melanda KL, selain mengurangkan kesesakan lalu lintas. Sebenarnya ia juga mempunyai risiko yang besar, sebab kalaulah anda tahu, jika silap perkiraan jurutera, waktu banjir teruk ia boleh pecah, dan silap-silap boleh menenggelamkan bangunan-bangunan yang ada, seperti tergoleknya anda ke dalam sebuah lubang.. Dan, alhamdulillah, terowong ni lulus ujian kritikalnya dalam mengawal banjir dengan mengalirkan air banjir ke Sungai Kerayong di bahagian selatan KL, seperti dalam plan.. Lepas kelas terus saya call abah, pesan supaya jangan guna terowong SMART selalu.. :p (Sebenarnya,sebagai pelajar transport, saya amat berbangga dengan pencapaian Malaysia, semestinya.. dan saya pesan pada abah jangan guna SMART tunnel adalah waktu hujan, bukan waktu biasa: menjawab persoalan seorang anon dari formspring saya)
  2. Bulan lepas, Akh Fadhli ajak saya untuk dengar penyampaian beliau untuk adik-adik sekolah menengah form 3,4,5. Talk ni berkaitan kecemerlangan diri dan akademik.. sebagai muqaddimah, A.Fadhli bagi lagu Kiya Karo (Maher Zain) pada adik-adik sebagai halwa telinga.. Saya rasa maksud lagu tu amat jelas, bahawasanya semua perkara tu sangat nyata.. "just like the river will find the sea", bermaksud, semua kejayaan tu pasti akan dicapai dengan pencarian.. Dan fitrahnya manusia ni adalah mencari..
  3. Baru-baru ni Haluan mendapat peluang bertapak di UUM secara perlahan-lahan, alhamdulillah melalui konsert hari pahlawan yang lalu.. dan saya obviously agak gembira.. dan, makcik pesan.. Kita kena beringat, kadang-kadang jalan yang terbentang luas, peluang yang mudah datang dengan tiba-tiba, mungkin ada sesuatu di sebaliknya.. jadi, mesti berhati-hati.. [Sebenarnya ini sangat mengajar saya untuk tak mudah melatah dan terjelepuk.. Makcik banyak pengalaman.. Dan, lagi satu, jangan terlalu suka dengan sesuatu perkara, takut-takut kelak akan membawa kepada kesedihan yang lebih banyak..]
Ramadhan dah nak jenguk kita.. tak sabar rasanya.. esok, ada meeting PERKIM di DKG 3/1. Dan, ada temuduga fasilitator untuk program dibawah Biro Kerohanian MPP UUM, pada hari yang sama juga. Jom, berukhwah!


Photobucket

Monday, August 02, 2010

Press statement untuk hal malam tadi.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 02, 2010 0 komen best
Saya cuma nak terangkan serba sedikit yang saya tahu tentang apa yang berlaku malam tadi.

Semalam, ada konsert pembebasan Gaza dan Sambutan hari pahlawan berlangsung di Dewan MAS.. Apa yang berlaku, selain ada persembahan Rabbani dan Firdaus, ada pula terselit persembahan Akim AF dan beberapa lagi artis lain.. dan lagu-lagu persembahan pula adalah lagu cinta buat manusia.. saya taknak komen apa-apa, sebabnya semua orang telah memberi respons yang hampir sama je dengan saya. Yang saya mampu buat, senyum ajelah. :)

Sebenarnya begini. Atau mungkin begini. Memang betul, UUM kata konsert tu anjuran bersama Haluan.. Tapi yang sebenar-benarnya, kami yang berada di UUM sendiri pun tak tahu-menahu tentang penganjuran Haluan.. dan perancangan untuk konsert ni kami tak terlibat langsung.. cuma saya pun tak tahu dari mana datangnya nama 'penganjuran bersama' Haluan tu..

saya tak tahu banyak, cuma apa kata kita ambil yang baik..

Alhamdulillah, disebabkan adanya nama Haluan sebagai penganjur, jadi kami diberi ruang untuk buka meja di hadapan dewan.. Selain menjual beberapa item macam button boikot, baju, headband dan sticker kereta, saya dan beberapa sahabat jadi wakil Haluan untuk menerangkan apakah Haluan.. Hasilnya, cukup baik.. Alhamdulillah, Allah bagi saya jumpa dengan orang-orang yang nak ikut program..

Semalam, ramai yang cari selendang yang letak kat leher.. dan headband pun habis dijual.. Alhamdulillah. Baiknya Allah, Dia tahu saya demam, Dia tempatkan saya di luar untuk jaga booth supaya saya tak kesejukan dalam dewan..

Baiknya Allah,Dia tahu saya kerisauan dengan perancangan nadwah umum yang tak dirancang lagi, Dia jumpakan kami dengan orang-orang PERKIM dan Rakan Masjid yang boleh menggembleng tenaga untuk nadwah dan majlis berbuka puasa nanti.. (memang dah dekat sangat tarikhnya, 21 Ogos).

Baiknya Allah, Dia bagi saya tenaga untuk hadiri kesemua 3 kelas harini..
Photobucket

Sunday, August 01, 2010

sesegar hijau daunan, begitulah kita diibaratkan!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, August 01, 2010 2 komen best
kelas pukul 9.30 pagi nanti, dan saya masih di sini menulis blog.

Semalam baru balik dari Eco Camp di Sungai Sedim, Kulim. Proasisr II. Alhamdulillah, dapat juga Proasisr dilaksanakan walaupun ura-ura sebelum ni mengatakan yang proasisr tak dapat dilaksanakan sebab kekangan cuti hujung minggu Kedah yang berbeza dengan negeri-negeri sekitarnya.

Seronok bila dapat berukhwah.
Di program Proasisr II, saya diberi tugas mengelolakan bahagian ice-breaking. Sesungguhnya ice-breaking adalah tugas yang besar, sebabnya ketidakberjayaan slot ice-breaking, bagi saya, boleh menjejaskan slot seterusnya.

Ice breaking itu penting.
Bukan memecahkan ais, tetapi memecahkan kebekuan yang ada di antara yang hadir. Apabila kebekuan telah mencair, maka wujudlah keadaan mesra dan berkasih sayang. Terjadilah peristiwa suap menyuap dan saling berpelukan walaupun usia perkenalan belum menjangkau sehari.Tak ada apa yang dapat memecahkan kebekuan, melainkan hubungan atas dasar iman. Ukhwah, kata-kata lainnya. Itu yang saya dapat, sebabnya, dah berapa banyak hubungan persahabatan yang tercipta antara saya dengan orang lain, tetapi masih terasa ada jurang dan rasa segan. Tak mesra. Walau dengan sepupu sendiri pun saya tak pernah memeluknya seperti saya memeluk sahabat saya di Sedim. berbeza.

Perkenalan memang mudah, tetapi bagaimana kita mempertahankannya.
Cuba tanya diri anda, berapa ramai yang anda kenali masih mesra dan berkongsi cerita seperti dulu? Berapa ramai kawan saya yang mengeluh kerana rasa dilupakan, sama ada oleh saya atau rakan lain.. Hubungan persahabatan tak berkekalan kerana kita tak membinanya atas dasar yang kekal. Yang kukuh. Kita tak bertawakkal kepada Allah supaya mengekalkan persahabatan antara sesama kita. Dulu, saya tak pernah percaya dengan ungkapa 'Friends Forever'. Sebabnya, semua yang mengungkapkan kata-kata itu tak pernah pun tunaikan janji.

Team building
Kami bermain dua permainan team building. "Si miskin dan Si kaya", dan "Candle War". Dengan adanya team building, dengan terwujudnya ukhwah, barulah kerjasama menjadi erat. Permainan 'Si Miskin dan Si Kaya' agak unik, sebabnya setiap kumpulan diberikan sama ada sudu, straw, span ataupun mangkuk untuk mengisi air ke dalam botol. Kumpulan saya paling kelakar sebab dapat straw. Natijahnya daripada permainan ni adalah erti syukur dalam kehidupan. Allah memberikan kemampuan yang berbeza kepada setiap individu, dan yang penting adalah usaha.

Permainan 'Candle War' memberi ketegasan kepada bagaimana strategi mesti disusun. Saidina Ali pernah berkata,"kebenaran yang tak dirancang akan dimusnahkan oleh kebatilan yang disusun" (sila betulkan kata-kata saya yang tak tersusun ni..).

Begitu banyak yang saya peroleh. Kawan-kawan, jomlah pergi program..!
Photobucket

Wednesday, July 28, 2010

pengalaman menghantar tugasan saat akhir (last minute)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 28, 2010 0 komen best
Pagi tadi saya buat dua assignment serentak. Business Law, dan Urban&rural transport. memang kerja gila.

Kelas pukul 9.30, pukul 9 pagi baru terhegeh-hegeh nak keluar bilik pergi print assignment. Bila sampai library, print kat tingkat 3 macam tak boleh guna, jadi saya naik pergi tingkat 4. wah.

Bila sampai depan bilik Encik Zul, sempat lagi susun kertas yang terlambak kat situ. Assignments. Kemudian terus bergegas ke DKG 5.

I wish, somehow, at that time, something can accelerate me. I need bullet jet! (eh, ade ke?)

Natijahnya, sila lah buat assignment cepat2.. sibuk bukan alasan..tapi satu peluang untuk kita menyusun dan menggunakan masa dengan lebih teratur!
Photobucket

Tuesday, July 27, 2010

prejudis.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 27, 2010 3 komen best
saat anda membaca tajuk post ini, anda sudahpun memiliki perasaan prejudis.

Ini kerana prejudis adalah satu tanggapan negatif, dan sesuatu yang negatif mudah sekali menjangkiti hati-hati kita yang lemah dan rapuh.

Apa yang saya nak kongsikan ni mungkin berunsurkan hal yang negatif. Jika anda tidak sukakan aura negatif menular dalam diri anda, sila berhenti membaca di sini.

Kawan-kawan, cubalah bergaul dengan bangsa lain. Telah disebutkan dalam al-Qur'an, bahawasanya Allah menjadikan kelainan itu sebagai satu anugerah, menciptakan bangsa yang pelbagai itu supaya kita mengenal dan saling bergaul antara satu dengan lain. Tidak ada bangsa terbaik yang Allah jadikan dalam dunia ni.. Rasulullah pun tak pernah ajar kita untuk berpuak-puak..Rasulullah telah menyatukan bangsa yang bermusuh dibawah nama Islam, dan Allah telah menjadikan Islam sebagai agama terbaik..

Berhentilah prejudis dengan bangsa lain.. sebab kalau kita ada perasaan prejudis, sebenarnya ia telah menambah kekurangan diri kita yang serba kekurangan ni..

Saya cuba nak ubah persepsi kawan-kawan saya yang sebangsa dengan berkongsi cerita saya tentang pengalaman macammana bekerja dengan bangsa lain, tapi masalahnya mereka takut mencuba. Dan, bagi yang telah mencuba, memberi alasan. Siapalah saya untuk mengubah persepsi, tapi mudah-mudahan usaha kecil saya ada hasilnya.

Come on.. profesional sikit, kawan. Ambillah sesuatu kesukaran sebagai ujian.. Sampai bila kita nak macam ni aja.. Bila kita nak maju kalau tak cuba belajar dari orang lain..

Jangan salahkan orang lain kalau diri sendiri tak maju.. Orang Islam mesti berusaha untuk cemerlang!
Photobucket

bagaimana menghadapi orang yang suka mencari kesilapan dan kelemahan kita

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 27, 2010 2 komen best
Dalam hidup ni, kita akan banyak menghadapi masalah dengan orang lain kalau tak bijak memahami masalah diri sendiri.

Saya pun tak tahu macammana nak start post ni. Cuma, saya masih muda dan tak banyak pengalaman, tapi ada sedikit guide yang saya peroleh dari pengalaman.


  1. Apabila ada orang yang suka mencari-cari kesilapan kita, berterima kasihlah kepada dia, sebab itu salahsatu teguran 'indirect' dari Allah secara halus dalam kekasaran.
  2. Muhasabah diri dulu, jangan terus melenting sebab kalau kita melenting apatah lagi di hadapan orang yang cari kesilapan kita, silap kita akan jadi berganda dan orang takkan mahu lagi menegur silap kita kelak. Cuba bertenang dan beristighfar, sebab 'bertenang-tenang itu daripada malaikat dan gopoh gapah itu daripada syaitan..'
  3. Dengar dulu..
  4. Perbetulkan mana yang silap, dan jangan terlalu memberatkan kata-kata orangtu hingga menjadi masalah rumit yang menyebabkan diri hilang tumpuan. Biasanya, orang perempuan agak emosional menghadapi hal macamni, terutama pada waktu bulanannya.
  5. Kalau apa yang dikatakan oleh 'pencari kesilapan' tu tak betul, jadi, abaikan saja kata-katanya. Yakin dengan diri, terangkan pada dia apa yang perlu (lebih baik tak, sebab ianya akan menimbulkan rasa amarah orangtu. Action will speak louder than words).
  6. Berdoalah supaya Allah membantu kita menghadapi keadaan-keadan yang kita tak suka, hanya Dialah yang memegang jiwa-jiwa manusia..
Kita hidup dan tak lepas dari menghadapi kedengkian. Berhati-hati, syaitan suka sekali berbisik supaya kita ni bertelagah sesama sendiri. Syaitan tu musuh kita, jangan sesekali bagi dia menang!

p/s: Sekali-sekala cuba hadiahkan 'pencari kesalahan' dengan sesuatu yang disukainya macam makanan, atau berkongsi dengan dia apa yang kita ada, itu menyebabkan hubungan terbina, dan dia akan menegur kesilapan kita dengan cara yang aman, bukan menyakitkan hati..

Wallahu a'lam. Sedikit perkongsian, semoga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Wednesday, March 31, 2010

9/10, bukan lagi rahsia-part 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 31, 2010 0 komen best
Dalam forum ini, Ustaz Zahazan mengatakan bahawa Business adalah membina orang-orang di sekeliling kita untuk menyokong kita. Franchise-jenis perniagaan berangkai di bawah satu penjenamaan seperti 7Eleven- sebenarnya adalah berasal darpada teori Islam, berdasarkan teori koperasi Islam.

Berniagalah untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. Berdoalah untuk sentiasa dekat dengan Allah.Pernah dengar tak nama Abdullah bin Sirin, seorang saudagar minyak zaitun? Pada suatu hari, pekerjanya mengkhabarkan bahawa satu daripada 100 tong minyaknya dimasuki tikus-atau lebih tepatnya, mengandungi bangkai tikus. Lalu Abdullah bin Sirin memerintahkan satu tong minyak itu dibuang isi keseluruhannya. Belum sempat khadam itu kembali ke tempat tong minyak tadi berada, pekerja lain telahpun mengangkat tong minyak yang mengandungi bangkai tikus itu untuk berada bersama-sama tong minyak yang lain. Apabila Abdullah bin Sirin mengetahui hal ini, maka beliau memerintahkan kesemua minyak zaitun daripada 100 tong yang ada dituangkan, iaitu dibuang. Adakah anda merasakan ia membazir dan rugi? Saya yakin dan pasti, orang yang tidak beriman akan membuang sahaja bangkai tikus itu dan menjualkan kesemua minyak zaitun, tapi Abdullah bin Sirin sanggup melakukannya demi mengharapkan keredhaan Allah dan takutkan balasan Allah.

Subhanallah, bersemangat betul rasanya saya. Cari dan galilah semangat orang yang berjaya yang mengharapkan keredhaan Allah, dan banyakkan berdoa supaya Alah mengajar kita perkara baru yang orang lain tidak tahu. Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W mengajar umat Islam supaya jangan bergantung kepada orang lain, dan penuh pengharapan kepada Allah kerana itulah kemuliaan yang paling tinggi. Janganlah kita bergantung kepada orang yang tidak ada kemuliaan padanya.

Dr. Jamnul berkata, bab rezeki ni, janganlah bergantung dengan manusia. Jangan berkira sangat... Sebabtu kita jangan kedekut dan lokek.. Imam Hasan al-Basri keika ditanya tentang ketenangannya (sebab beliau ni sangat tenang orangnya), dia menjawab; "kerana aku tahu bahawa rezekiku ditetapkan oleh Allah.."

Sewaktu sesi soaljawab, ada yang bertanya tentang meletakkan pelaris di dalam premis dan kedai, iaitu ayat-ayat al-Qur'an, gambar sultan, dan lain-lain. Soalan ini dijawab dengan menyatakan bahawa amalan kepada ayat itu yang penting, bukan hanya dengan menggantungnya semata-mata. Amalan ini dibimbangi menjadi khurafat, sebab kita seperti mengharap kepada kedatangan rezeki hasil daripada ayat itu, bukan semata-mata dari Allah-wallahu a'lam.

Dari segi pengiklanan, ahli panel berpesan, pengiklanan juga menyumbang kepada punca rezeki, jadi biarlah pengiklanan itu mengikut syara' dan baik, bukan mengunakan model-model yang tak menutup aurat dsb. Sebenarnya perkara-perkara begini amat halus perhitungannya, terutama dari segi punca rezeki..kita mesti sangat berhati-hati, untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi baik dalam perniagaan, khususnya. Jadilah kita orang yang amanah, dan banyaklah bersedekah dalam mengusahakan perniagaan. Ini kerana Allah berjanji akan memberikan pulangan berganda-ganda kepada orang yang suka bersedekah-ingat tak kisah Saidina Ali sedekah buah delima kepada seorang tua di perjalanannya padahal buah delima itu untuk isterinya, Fatimah yang mengidam? Allah memberikan kepadanya pulangan 10 biji buah delima, dihantar melalui malaikat pula- lihat bagaimana Allah mengangkat darjat dan memberi kemuliaan kepada orang yang bersedekah.

Wallahu a'lam. semoga bermanfaat fillah.


Photobucket

Monday, March 22, 2010

a note to ponder

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 22, 2010 2 komen best
1. saya baru je sampai di bilik. Hampir 3 jam habiskan masa kat Varsity Mall, tunggu turn untuk bayar yuran bas RM60. masa saya ambil nombor giliran ada 400 waiting people on queu. [kenapa saya dapat bayar lebih cepat adalah saya guna taktik Machiavelli. hahaha]. Bank bukak sampai kul 5 kot tadi.

2. guess who i met selepas keluar dari Bank Islam? Encik Sharoff! PA uncle Affendi masa saya kerja kat MS time. now he's runing business on his own-congrats.

3. Haji Romle bagi saya tips nak success dalam marketing; katanya kita mesti faham konsep 4P's (student business WAJIB tau ni, strategi pemasaran yang paling asas): Product, Price, Place, Promotion. Kalau kita betu-betul kuasai 4 perkara asas ni, everything should be OK. Kalau in term of menjawab soalan peperiksaan, biasanya soalan akan treat yang complement, jadi out of 4P's, mestilah bukan berkaitan dengan marketing. Haji Romle tambah lagi, cuba praktiskan dari sekarang, pasarkan diri sendiri-means that kalau orang taknak berkawan dengan kita, bererti kita ada masalah dalam memasarkan diri sendiri.(try this very simple principe of understanding the basic on other subjects too!)

4. Melalui buku 'Islam dan Persoalan Wanita Moden',saya temui banyak point tentang apa yang saya cari: kenapa wanita tak perlu bekerja. Antaranya, wanita yang bekerja akan mendapat gangguan terhadap sifat-sifat kewanitaannya. Pekerjaan akan mempengaruhi jiwa, fikiran, sifat-sifat dan sikap seorang wanita. Sehingga hari perbahasan nanti,saya akan kongsikan isinya.

5. Kalau anda rasa sedih/menghadapi konflik perselisihan dengan kawan atau orang yang disayangi atau sesiapa sahaja, bacalah doa Rabitah dengan  membayangkan wajah individu yang anda ingin doakan itu-semoga hubungan yang keruh akan kembali menjadi baik-baik saja.

6. Jangan tidur meniarap kerana itu adalah cara ahli neraka diheret dan dicampakkan kedalamnya

7. Imam Ibnul Qayyim berkata; "Mendapatkan sifat siddiq itu sama seperti menanggung gunung yang menjulang tinggi. Tidak ada yang kuat melakukannya melainkan orang yang memiliki kemahuan".

Jum, berusaha!

Photobucket

Sunday, March 21, 2010

pesona sikap sabar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 21, 2010 4 komen best
ada orang kalau letih menahan sesuatu bermakna dia hilang sabar.
 bererti kalau kita menahan diri terhadap sesuatu, itulah sebenarnya erti sabar.
   sabar perlu disertai dengan ikhlas, doa dan keyakinan, barulah ia menjadi bermakna
    bermakna apabila hujungnya dilimpahi rasa lebih daripada baik-baik saja.
   bukan semua dalam hidup ni keinginan kita dipenuhi, bukan
  jadi jangan belajar atau berkenalan dengan sifat putus asa.
jangan berkawan dengan orang yang cepat putus asa, malas, suka merungut-meletihkan!
 berkawanlah dengan orang yang positif, bercakap benar, rajin, dan optimis: semoga memberi kebaikan
  sabarlah dalam mempengaruhi diri dengan perkara baik-syaitan pun akan tewas dengan tekad dan kedegilan kita untuk menjadi baik, positif, optimis: ada disebut dalam al-Qur'an.
 orang yang sabar aje boleh dapat apa yang dia mahu.

Orang yang sakit sabar mencari sihat
Orang yang sihat sabar mencari harta
Orang yang mencari harta sabar menanti bahagia
Orang yang mencari bahagia sabar menantikannya
Orang yang terluka sabar mengubatkannya
Orang yang nak keampunan berusaha memintanya
Orang yang nak mati sabar menghadapi sakaratul maut

Tidak ada orang sabar menjadi bodoh.
Tak ada orang sabar dipanggil malas dan bengap
Tak ada orang suka dikeji

Bukakan hatimu, duhai cinta sayangku, saudara saudari
Semua makhluk itu berfungsi
Allah tak jadikan kita sia-sia
Allah tak jadikan kita untuk marah-marah pada dunia
Sabarlah menghadapi kepahitan, kita akan mendapat kemanisan
Sabarlah menghadapi kegagalan, kita akan dapat kejayaan
Sabarlah menghadapi dunia, kita akan mendapat akhirat
Sabarlah menghadapi makhluk, kita akan dapat Allah

Allah dah janji, "beruntunglah orang-orang yang sabar.."
orang beriman percaya janji Allah dan membenarkannya

suatu hari nanti, saya akan diuji dengan kata-kata saya sendiri. Tatkala itu, tolonglah ingatkan saya supaya sabar..

Sabar itu sifat orang Islam: orang Islam yang tahan diuji. Jangan marah-marah, ia amat merugikan.

"sesuatu yang dimulai dengan marah akan diakhiri dengan rasa malu"

salam sayang, semoga bermanfaat.

Photobucket

Saturday, March 20, 2010

HABIT

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 20, 2010 2 komen best
Sewaktu saya menguruskan English Camp Maktab Mahmud, Dr. Hisyam ada berpesan dalam ucapannya: Jadikan sesuatu yang baik itu sebagai habit, H-A-B-I-T. Apabila kita hilang H, kita ada A BIT. Tanpa 'A', ia menjadi BIT. Tanpa 'B', ia menjadi 'IT', dan tanpa T ia menjadi 'I'. Segalanya bermula dari 'i', diri kita sendiri. (kalau rajn translate la dalam bahasa Inggeris, Dr Hisyam beri ucapan dalam bahasa Inggeris).

Amalkan habit yang baik, dan jadilah bermanfaat kepada orang lain-maaf, kita memang sentiasa perlu bermanfaat kepada orang lain, tetapi bukan untuk digunakan atau diperkudakan.

Orang Islam mesti sentiasa bermanfaat, berakhlak baik, menjaga waktu, menjaga kesihatan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yag sohih, melawan nafsu, luas pengetahuan dan menyusun urusan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi seorang yang bermanfaat! :)
Photobucket

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket

Tuesday, March 09, 2010

wujud ke istilah persahabatan antara lelaki dengan perempuan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 09, 2010 8 komen best
pertama kali saya ditanya dengan soalan di atas, saya amat terkesima dan terkejut. Ia adalah sebuah pertanyaan berbentuk reverse psycho, pertanyaan bukan untuk tahu, tapi hendak menduga.

kenapa saya ditanya soalan itu adalah kerana saya mengulas panjang tentang haramnya couple dalam sebuah forum, tapi saya tak tahu langsung bahawa tidak ada hubungan yang sah disisi islam antara lelaki dan perempuan melainkan nikah. Ini ketika saya masih menuntut di matrikulasi.

ya. memang tidak ada.

sedangkan istilah 'persahabatan' pun tidak wujud, apatah lagi 'berpasangan', ataupun 'couple'. Statusnya abang angkat-kakak angkat-adik angkat bukan muhrim? lagilah tidak ada. Sebabnya, ia adalah topeng syaitan.

Juga, tidak ada istilah 'Couple kerana Allah'. nauzubillah. kenapa tidak ada? sebabnya tidak ada hubungan bukan muhrim antara lelaki dan perempuan melainkan nikah.

saya tidaklah menyatakan bahawa pemikiran Islam itu sempit dan tidak relevan, tetapi relevannya besar pada maslahatnya.

perempuan dan lelaki hanya boleh berhubung atas dasar urusan yang penting dan perlu sahaja.

Penting untuk kita memahami perkara ini, kerana ibadah yang bercampur dengan dosa adalah sia-sia.

Pernah tak anda mendengar kata-kata ini "Orang yang akan masuk neraka dulu ialah orang berilmu"?
Jadi, betapa ramainya antara kita yang mengetahui bahawa 'couple' itu haram, mendekati kepada 'couple' juga haram, melakukan apa-apa yang berkenaan dengannya juga haram. Ramai di antara kita, termasuk saya sendiri terpedaya dengan 'couple' dan topeng-topengnya.

Ada di antara kita merasakan beratnya memutuskan hubungan antara bukan mahramnya. Ya, memang berat. Saya menangis beberapa kali melalui proses ini. Tetapi, ketahuilah, selagi kita berada dalam keterikatan yang tidak halal itu, selagi itu kita akan merasakan redha Allah tidak sampai. Saya merasakan amalan saya sia-sia. Dan saya merasakan rimas tanpa sebab.

Mintalah Allah bantu kita menghadapi fitnah dunia, sesungguhnya doa itu senjata mukmin.. Semoga ketenangan dalam ibadah segera kita peroleh tatkala kita mempunyai hasrat untuk memperoleh redha Allah.

Kita hanya boleh memilih satu daripada dua. Kemungkinan untuk berjaya atau tidak berjaya. Dosa atau pahala. Keredhaan Allah atau kemurkaan Allah. Pilihlah.

Kita ada banyak pilihan, tetapi jalannya cuma satu. Kalau kita memilih untuk terus 'couple' dan berkawan suka-suka dengan bukan mahram, siapa tahu Allah tak redha pada kita.

Saya kongsikan ini kerana saya sayangkan anda. Berhentilah berbuat maksiat. Apa gunanya solat sebagai tiang agama kalau tiang agama ini ditakuk-takuk dengan tajamnya dosa yang memusnahkan.


Semoga bermanfaat. Doakan saya.

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea