Pada suatu masa lalu, dalam masa 3 tahun ini, saya ada menumpahkan rasa hormat dan percaya kepada seseorang. Tapi sejak saya terjun ke dunia kertas kerja dan projek, saya diperkenalkan dengan sikap pemerhati, tajam dan belajar sifat orang. Belajar dari kesilapan.
Suatu hari, dalam projek saya, orang itu telah melakukan sesuatu yang merosakkan plan projek secara keseluruhannya, walaupun orang lain tidak tahu apakah kesusahan yang saya lalui disebabkan perbuatannya. Walaupun saya rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku, saya masih menghormati siapa dirinya atas keyakinan, saya tidak punya kuasa membalas apa-apa --Allah je yang layak balas segala kebaikan atau kejahatan, menutup atau membuka segala keaiban sesiapa yang disukaiNya.
Allah izin, sampai ke hari ini (sejak kelangsungan projek tu dan apa yang dilakukannya), satu demi satu kelemahannya disingkap dengan jelas di depan mata saya.
Mungkin, sebelum ini, disebabkan rasa respect itu, saya tidak menilai orang itu dengan telus tentang siapa dia yang sebenar, sampai sanggup menutup mata dan pekakkan telinga, sebab rasa tak percaya dengan benda yang disampaikan (sebelum ni selalu je orang cakap pasal dia kat saya). Memang saya orangnya tak reti percaya pada benda yang tak berlaku atau kata orang, 'selagi tak terkena pada diri'.
Saya tak tahu kenapa, tapi terjun ke dunia projek membuatkan kita kenal siapa orang-orang di sekeliling kita yang sebenarnya. Tapi masih, sebagai human being, kita yang telah terlihat keburukan sama sekali tidak boleh mendedahkan keaiban mereka pada orang lain, apatah lagi menjajanya.
Konklusinya, kalau nak belajar sifat manusia, buatlah project. Anda akan belajar menangani korupsi, penipuan, atau anda sendiri yang belajar menipu dan jadi kuli bodoh. Pesanan langsung dari saya, kalau ada sahabat yang baik, dan taknak rosakkan persahabatan, janganlah sesekali ajak dia buat projek bersama-sama. Sebab, anda akan kenal siapa dia yang sebenarnya selepas projek.
Dialah penipu, dialah penyusah hal orang lain, dialah penghasut dan macam-macam lagi yang tak tertanggungkan. Kita tak boleh expect orang untuk bertanggungjawab dengan apa yang dibuat, jadi doa jelah senjata paling ampuh..
Neraca kita adalah taqwa. Allah yang meluluskan segala projek dan segala apa yang kita pelajari daripada inti yang ada di dalamnya.
