Saturday, January 30, 2010

melihat cara mereka bekerja

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 30, 2010 2 komen best
di UUM, atau lebih tepatnya di DPP EON, aku menyertai pasukan biro promosi untuk projek Spring Wonderland

Projek ni walaupun akan dilangsungkan pada bulan 3 tapi perancangannya telah bermula seawal pelantikan Chin, pengarah projek sebagai JPM DPP. Untuk menyertai projek ni, setiap orang perlu melalui proses interview. Sesudah penapisan, aku terpilih untuk berada dalam team promosi. Malah menjadi setiausaha pula.

Bekerja dengan orang cina taklah susah pun. Dalam 20 orang ahli biro, cuma aku sahaja seorang perempuan Melayu muslimah. Sebab bekerja dengan merekalah aku terasa sangat keperluan untuk belajar bahasa Mandarin, takyahlah susah2 Ah Kek translate kat aku. Biasanya, mesyuarat akan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu hanya kerana aku berada dalam mesyuarat tu, cuma kadang-kadang cik ketua, Yun akan minta izin aku untuk beri penerangan dalam Bahasa Cina.

Pernah sekali, Huei Yan macam merajuk sebab pemantau kami, Steven melarang dia memberi penerangan cadangan dalam bahasa mandarin. Masatu, mesyuarat kedua. Aku ingatkan Huei Yan tak suka aku, tapi rupanya aku silap sebab dia sebenarnya seorang yang sangat nice.

Sebelum meeting biasanya Kai Yun akan beritahu apa yang akan dibincangkan dalam meeting akan datang. Masa meeting perbincangan akan dilakukan sebaik-baiknya, dan selepas meeting aku akan buat report. Waktu jumpa diorang kat mana-mana, tak segan2 diorang tegur aku dulu. Berada dalam kumpulan ini mengajar aku sedikit sebanyak tentang cara bekerja orang cina. Ada bezanya dengan budaya kita sendiri. Mungkin aku senang bekerja dengan mereka sebab aku mudah menerima orang lain, dan aku sendiri berdarah cina dari keturunan sebelah ayah. Dan diorang suka aku sebab diorang kata aku comel [okok, ni mungkin tipu..ekkeke]

Mereka selalu membantu aku dengan senang hati :)

Walau macammana bagus pun sesuatu program dan pelaksanaan tugas, tetap juga ada kelemahannya. Setakat ni, cuma satu yang aku kurang nak setuju. Untuk hari pameran Spring Wonderland nanti, aku dikehendaki memakai formal, dengan baju blaus putih, tudung putih, suar slack hitam dan kasut hitam bertutup. Kalau nak gi cari dan pinjam kat orang, aku tak ada masalah, tapi..erm.. aku tak setuju.. hmm..

Tak sabar nak habiskan tugas ni.

Friday, January 29, 2010

please enjoy yourself

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 29, 2010 0 komen best


korang boleh ke buat lagu macam elmo? heheh~
lalalala lalalala ikin's song... ehhehe~ :D

malam ini, aku dan dia

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 29, 2010 2 komen best
sudah menjelang pagi. dan kerja mengulas jurnal ini masih belum siap.

Aku perlu mengulas dua jurnal untuk tugasan Management of transport. Mungkin sebab kali pertama mengenali jurnal, maka perlu bertaaruf dan kalau boleh bercinta dengannya, menghurai satu demi satu persoalan dan penyataan berselirat yang ada. Best, sebabnya aku mengupas isi jurnal yang bertajuk 'warehouse management technologies'. Selain mengetahui teknologi apa digunakan dalam warehouse bagi mengawal penstoran barang, aku juga tahu aplikasinya. Kalau nak tau, proses identifikasi barang kat airport kini menggunakan RFID tag yang mengurangkan 99.9% kesilapan, berbanding sistem kuno yang menyebabkan banyak kos digunakan untuk penghantaran semula barang akibat pertukaran dan kesilapan. (bear in your bussiness head, error costs, okeh.) Kalau zaman sekarang masih guna lagi konsep manual dalam pergudangan, alamat tak jalan aa bisnes.. Jadi kita kena bersyukur dengan kewujudan teknologi pergudangan.

Aku dengan roommate, sama-sama tak tido. Pagi-pagi buta gini, buat hal masing-masing. Terkial-kial aku meneliti jurnal warehouse management tu, dan dia dengan laptopnya. Ai...pening la saye.. jurnal..jurnal..

Pagi-pagi buta gini, aku mintak coklat si roommate. terima kasih, roommate.

Aku dengan roommate, sekarang jarang makan sama-sama. Kalau aku sorang-sorang kat bilik, kipas adalah pada maximum level:5. tapi kalau roommate ada, maksimum pun 3. itupun atas permintaan aku. Selalu dia on kipas level 1-2 je.

sambil buat jurnal,  dengar lagu "for the rest of my life" by Maher Zain from my feveret blog. erm..sweet juga lagu tu.. dengar sampai bosan dah..ekkeke.. [i was always thinking that love was wrong?]


saja meleceh kat blog ni kejap aje~ sambung jurnal la, budak! :P

Thursday, January 28, 2010

cara-cara membuat sandwich sardin yang sedap

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 28, 2010 2 komen best
(Nota penulis: Since this is the TOP POST throughout the year.. ada sedikit penambahbaikan perlu dibuat. Ia sedikit formal dan tak terlalu menceceh seperti sebelum ni.)

Berikut adalah cara penyediaan sandwich sardin yang mempunyai rasa yang sangat marvellous, saya jamin. Penyediaan ini adalah untuk kapasiti satu tin sardin bersaiz besar.
  1. Pertama sekali sediakan satu tin sardin, sebiji timun, sebiji bawang besar, 2 biji limau nipis, dua biji cili merah (ikut kesukaan) dan Sos cili secukupnya. Pastikan sardin yang anda beli adalah halal dan diyakini. (nota: biasanya saya menggunakan sos cili jenama Kimball).
  2. Potong2 cili merah kecil2 bentuk cam dadu/empat segi kecil-kecil, sama juga untuk timun dan bawang. (jangan lupa basuh dulu bersih2 sebelum potong).
  3. Keluarkan ikan sardin dari tin, asingkan ikan dan sosnya. Hancur-hancurkan ikan sardin menggunakan garfu. Jangan buang sosnya.
  4. Selepas ikan siap dihancurkan,campurkan semula ikan sardin tadi dengan sosnya, kemudian gaulkan dengan semua timun, bawang dan cili merah yang dah dipotong kecil2 tadi. Perahkan limau nipis ke dalam sardin.
  5. Tambah sedikit sos cili secukup rasa. Lagi banyak sos cili, rasanya lebih manis dan sedap. (Jangan tambah garam, aji no moto atau sebarang perasa lain.. tapi kalau nak tambah juga, saya tak larang..)
  6. Siap untuk dimakan! Hidangkan bersama roti yang anda suka.
  7. Jangan lupa makan dengan sopan dan tertib, dan jangan lupa baca basmalah. Sangat digalakkan untuk makan secara berjemaah bersama keluarga.
notakaki:
-Untuk hidangan dua atau tiga tin, boleh sediakan mengikut kesesuaian kauntiti sandwich yang hendak sisediakan.
-boleh juga kalau nak masak sardinnya sebelum atau selepas hidangan siap, lebih afdhal..

Semoga berjaya! ^_^

mencari teman berjalan seiring

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 28, 2010 2 komen best


Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia. Sebabnya,semasa kamu berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang. Apabila nyata tidak dapat, hatimu berasa kecewa. Apabila kamu sudah mendapatkannya, takut luput pula. Saudaraku, sedarlah bahawa mengejar dunia ibarat meminum air masin dari laut, tidak pernah puas meskipun selautan air kita minum hingga kering. Seperti yang dikatakan Ibnu Al-jauzi,
"Dunia itu bayangan. Jika engkau berpaling dari bayangan, maka bayangan itu mengekorimu. Jika engkau memburu bayangan, maka bayangan menghindar darimu. Orang zuhud tidak menoleh kepada bayangan malah diikuti bayangan. Sedang orang rakus tidak melihat bayangan setiapkali ia menoleh kepadanya.”

Berwaspadalah dalam setiap urusan, jagalah hati, dan jagalah iman. Jagalah Allah, dan Allah akan menjaga kita. Temanku, Tatkala dirimu melihatku terlalai dengan urusan dunia, tegurlah aku dengan hikmah dan pengharapan, dan jangan biarkan aku terhanyut dibawa arus. Tatkala dirimu melihat aku tertinggal, pimpinlah diriku supaya seiring denganmu. Tatkala dirimu merasakan aku terlalu terkehadapan, panggilkan aku supaya menoleh kepadamu untuk kubantu dirimu. Tatkala aku terjatuh dan menangis, usapkan airmataku dan doakan kekuatanku. Dan, tatkala dirimu terasa ingin mencari tempat bersandar tatkala sebak dan lelah, menangislah dibahuku, kerna akulah sahabatmu.

Tuesday, January 26, 2010

khas kukongsikan persoalannya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 26, 2010 0 komen best
Waktu menyertai program Mahasiswa Robbani anjuran Haluan Siswa di Taiping, akhi Solehuddin bin Syuib ada menghuraikan faktor-faktor kemunduran umat Islam sebagai pengisian kepada slot 'Kepentingan Tarbiyah'.

Beliau menyebut beberapa keadaan umat Islam pada hari ini, iaitu ramai, tetapi banyak masalah dari segala sudut: ekonomi, politik dan sosial. Antara faktor-faktor kemunduran umat Islam yang diketengahkan ialah:

  • Jauh daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah
 Dalam masyarakat kita,terlalu banyak kepercayaan tahyul. Kepercayaan kita tidak berasaskan panduan, iaitu al-Qur'an dan Hadis. Menurut Ibnu Tamiyyah, antara sebab kita menjadi acuh tak acuh dengan al-Qur'an ada 3: Tak membaca al-Qur'an, ataupun membaca al-Qur'an tapi tak tadabbur, ataupun kita membaca al-Qur'an, bertadabbur, tapi tak beramal.
  • Umat Islam berpecah kerana masalah-masalah furu' (cabang)
Biasanya masaah furu' berpunca dari perbezaan  mazhab.Apabila orang Islam berpecah, maksudnya ada masalah dalaman. Kita sebagai umat Islam perlu main peranan, supaya faktor-faktor kemunduran dapat dihapuskan.
"Dan yang telah menyatukan hati-hati mereka, walaupun kamu membelanjakan segala-galanya di atas muka bumi ini, takkan bersatu hati mereka. Kerana hanya Allah yang menyatukan hati-hati mereka"
  • Ada rasa inferior dengan Islam, tidak merasa 'izzah dengan Islam
Punca utama kita merasa inferior ialah kita melihat Islam ke belakang dalam semua hal. Dalam hati, kita meletakkan Barat sebagai hebat, padahal Amerika ialah negara yang diklasifikasikan sebagai "a man with one eye among the blind"-taklah hebat mana pun...

Kita mesti bangkitkan kembali rasa 'izzah kerana Islam itu tinggi dan tiada yang menandingi. Dalam al-Qur'an ada menyebut, "Jangan kamu merasa lemah dan sedih hati, padahal kamu orang yang paling tinggi darjatnya di sisi Allah, dengan syarat kamu menjadi orang yang beriman.."
  • adanya gejala taqlid(ikut-ikutan)
Kita sebagai umat Islam tidak menggali sendiri khazanah kita. Akibatnya, kita memandang dan sentiasa mengangkat baik apa yang ada dari Barat. Padahal kita belajar sejarah dan kitatahu bahawa ilmu yang mereka ada, mereka cedok dari ilmuwan Islam tatkala mereka keluar dari zaman gelap dan mereka melupuskan karya-karya ilmuwan Islam sehingga dikatakan hitam jadinya Sungai Nil oleh larutan dakwat yang ada pada kertas. Barat mencedok banyak etika ilmu Islam melalui Sirah Rasulullah, lalu mengiktirafnya sebagai hak cipta mereka. Contohnya, ara belajar terbaik yang dikatakan Barat ialah melalui kaedah dua hala: tanya dan jawab. Kaedah ini sebenarnya diajarkan Allah melalui satu peristiwa penurunan wahyu oleh Jibril kepada Nabi Muhammad S.A.W. Ketika itu, malaikat Jibril a.s. merupakan diri dalam bentuk manusia bertemu Nabi Muhammad dan bertanya tiga soalan: Apa itu Iman, Apa itu Islam dan Apa itu Ihsan. sebuah hadis ada menyebut, "Hikmah ini ialah barang yang hilang daripada orang mukmin".

Oleh itu, kita perlulah cerdik, dan rasa 'izzah dengan Islam. Barulah kita boleh memartabatkan kembali Islam dengan meletakkannya di tempat yang tinggi dalam hati kita. Ambil balik ilmu kita dan bangunkannya semula.
  • tertinggal dalam ilmu pengetahuan dan teknologi
 Kita sedia maklum, Islam menyanjung tinggi orang yang menjunjung ilmu pengetahuan. Ketertinggalannya kita dalam ilmu pengetahuan dan teknologi bekan sahaja menampakkan kita lemah dan mundur, malah kita diserang bertubi-tubi dari segala sudut. Kita tak menunjukkan yang kita ni umat terpilih,jadi orang Yahudi yang merasakan mereka adalah bansa terpilih menganggap manusia lain sebagai binatang yang berhak dibunuh. Kita perlu mengembalikan kegemilangan Islam dengan berusaha memartabatkan ilmu dan melahirkan ahli mujahid.
  • kerana faktor-faktor luaran
Faktor-faktor luaran kemunduran umat islam berupa gerakan-gerakan yang hendak memurtadkan orang Islam.Persoalannya adalah apa yang perlu kita lakukan bagi menghadapi faktor luaran.Pada tahun 1928, Imam Hasan al-Banna dan barisan sahabatnya telah melihat kejatuhan umat Islam dan mula membincangkan masalah kecelaruan umat. Mereka telah berfikir bagaimana hendak membangunkan semula Islam; lalu telah menemukan jawapannya dalam surah ar-Ra'd, ayat 11 yang bermaksud; "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah apa yang ada dalam jiwa mereka". 

Memperkasakan iman adalah jaLan terbaik, dan iman boleh didapati melalui proses tarbiyah. Bukan tarbiyah yang tidak menentu, tetapi tarbiyah Rasulullah s.a.w. Ingin aku nukilkan, rukun bagi pemuda ialah; iman, keikhlasan yang mendalam, semangat yang berkobar-kobar, serta amalan persediaan yang rapi dalam perjuangan.
"SYABAB TANPA SEMANGAT ADALAH TUA, IAITU TUA SEBELUM MASANYA."
Musuh Islam memang suka dengan pemuda Islam yang mengamalkan sikap 'just wait and see'. Mereka melalaikan masyarakat dengan dunia kapitalisme.

Mustafa Mahmud pernah berkata, "Tarbiyah bukan segalanya, tetapi segalanya boleh tecapai dengan tarbiyah". Dr.Yusuf al-Qardhawi pula menyatakan, "generasi akan datang adalah generasi yang dimenangkan Allah, tak sudi beramal dalam kegelapan, berkorban, bukan berbangga diri, yakin bahawa kematangan tak dicapai dengan banyak bercakap, dan tak dicapai dengan banyaknya gurau senda".

    Beliau juga ada menyatakan penyelesaian kepada permasalahan ini, antaranya;
    • Setiap orang Islam perlu kembali melaksanakan Islam dalam seluruh aspek kehidupan. Tidak ada jalan lain selain ini.
    • Mendidik generasi dengan tarbiyah Islamiyyah. Kita perlulah berada dalam tarbiyah yang syumul, menyeluruh dari segala aspek: fizikal, akal dan rohani. Untuk itu, kita harus mempunyai halaqah, dan ada murabbi.
    • Mempersiapkan kekuatan semaksimum mungkin. Ini bertepatan dengan hadis, "Bersiap sedialah kamu menghadapi mereka." Persiapan yang dimaksudkan bukan sahaja merangkumi aspek kekuatan, tetapi juga hampir seluruh aspek; iaitu persapan ekonomi, iman, ukhuwwah, teknologi dsbg..
    • Jihad dan pengorbanan yang total, iaitu menyeluruh. Syed Qadhawi ada menyebut bahawa jihad ada 3 huraian dan salah satunya jihad melawan nafsu. Jihad melaan nafsu pula ada 4 huraian, iaitu jihad mencari hidayah, jihad mempertahankan hidayah, jihad menyampaikan hidayah kepada orang lain dan jihad untuk bersabar dalam melaksanakan ketiga-tiga jihad di atas, kerana sabar merupakan kunci kepada sesebuah kejayaan, Insya Allah.

    Wallahu a'lam. kalau ada yang salah, atau ada penambahan, sila beritahu dan betulkan.Sama-samalah kita memperbaiki diri, demi memartabatkan Islam! Yang baik itu datangnya dari Allah.. :)

    Sunday, January 24, 2010

    bukan provok tanpa kematangan

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 24, 2010 2 komen best
    Tadi pagi aku menghadiri kelas Hubungan Etnik.

    Kuliah hari ini membincangkan tentang Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum. Kuliah ini dikendalikan oleh pelajar, sebagai membentangkan tugasan 15%. Antara yang dibincangkan ialah usaha-usaha untuk memupuk perpaduan nasional, antaranya pengenalan kepada rukun negara, Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Dasar Kebudayaan. Dalam huraian tentang pengenalan Rukun Negara sebagai alat membentuk perpaduan, encik pembentang ada menyentuh tentang isu penggunaan nama Allah sebagai satu medium yang menjadi punca perpecahan kaum, selepas isu 13 Mei 1969. Katanya, "Mungkin pada suatu hari nanti prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dalam Rukun Negara akan diubah menjadi 'Kepercayaan Kepada Allah'.

    Dalam sesi soal jawab pula, ada pelajar bertanya soalan yang bunyinya begini: "Tadi anda kata Rukun Negara merupakan alat membentuk perpaduan. Bagaimana caranya Rukun Negara boleh membentuk perpaduan sedangkan apa yang berlaku sekarang rakyat berpecah kerana isu penggunaan nama Allah?"

    Maka encik pembentang pun menjawab, "pertama sekali, Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebenarnya ini suatu isu yang sensitif untuk saya terangkan, tapi saya cuba jawab. Bila kaum yang lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan, ini menimbulkan keraguan kepada orang lain. Ini memberi kesan kepada generasi masa depan, contohnya anak orang Melayu pening kalau anak orang Kristian pun cakap Allah tuhan mereka. Nama Allah adalah merujuk kepada Tuhan orang Islam, cuba anda fikir kalau....[blablabla...aku dah tak tumpu perhatian sebab tiba2 rasa telinga sakit dan hati panas. Lalu aku pun angkat tangan, minta penjelasannya diberhentikan sebab dewan kuliah pun dah mula panas dan bising dan bengang.]


    Apabila permintaan aku ditunaikan, maka persoalan yang lain diajukan. Ada yang bertanya tentang konsep top-down dan bottom-up dalam usaha membentuk perpaduan. Lalu pembentang menjawab bahawa ia adalah konsep interaksi antara golongan atasan dan golongan bawahan. Apa yang aku tak puas hati kat sini ialah pembentang seperti tidak arif dalam usaha menghuraikan kata-katanya dalam memberi contoh. kenapa mesti nak gunakan isu nama Allah, sedangkan ada isu yang lebih halus dan lembut boleh digunakan sebagai contoh, macam isu HINDRAF melakukan demonstrasi dan bantahan pada tahun 2007. Contoh ini boleh dia huraikan semasa membentang subtajuk 'hubungan ekonomi dan etnisiti', sebabnya ada yang bertanya soalan yang berbunyi, 'Anda kata ekonomi membantu pelaksanaan perpaduan antara etnik dan kaum, tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah ekonomi yang memecahkan perpaduan.Sila jelaskan.' Demi menjawab soalan ini, pembentang tak memberi contoh yang baik.

    Setelah yang memberi hujahan duduk, pensyarah, Ustaz Khadafi bangun memberikan ulasan tentang apa yang aku halang dari dibincangkan. Ustaz kata, "ini adalah universiti, dan tidak ada timbul isu sensitif dalam membincangkan ilmu. Kalau tidak dibincangkan disini, di mana lagi? di tandas ke?" Ya Allah..masa tu rasa macam bersalah pula. Rasa malu pun ada. Ustaz Khadafi berkata, "Kita tahu Allah yang jadikan orang Islam, orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu, hatta segala manusia yang bermacam-macam agama sekalipun. Orang Arab bukan Islam pun panggil Tuhan mereka Allah. Jadi apa masalahnya kat Malaysia orang Kristian tak boleh guna nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan?" Ustaz bertanya, menguji.

    "Mereka merujuk kepada bukan Allah yang orang Islam sembah dan mengesakanNya, ustaz."
    "Konsep ketuhanan yang difahami oleh berlainan agama berbeza, ustaz"
    "menimbulkan kekeliruan, ustaz"

    Jawapan pelajar-pelajar dibimbing Ustaz Khadafi dengan menerangkan asbab kenapa nama Allah sebagai pengistilahan yang merujuk kepada Tuhan tidak boleh digunakan oleh yang beragama selain Islam.
    • Orang Islam dan orang bukan Islam sendiri tidak memahami kenapa tidak boleh sama sekali nama Allah digunakan oleh yang beragama bukan Islam, tapi memperkatakannya.
    • Ustaz menimbulkan persoalan, " Kenapa baru hari ini nak gunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan oleh orang bukan Islam? Kenapa tak dari dulu?"
    • Orang Arab merujuk perkataan Allah sebagai Tuhan sebabnya perkataan Allah bermaksud 'Tuhan' dalam bahasa mereka sendiri. Tapi dalam bahasa Melayu, nama Allah merupakan sesuatu yang memang dirujuk sebagai Tuhan yang Satu, Yang Esa, Yang diagungkan.
    • Kerana konsep dan pemahaman kita berbeza. Kita tak mahu mempersendakan  nama Allah. Dalam Kristian, konsep trinity digunakan dalam mentafsirkan Ketuhanan. Tuhan ada anak, ada isteri[astaghfirullahalazim..]..ini akan menjadikan kedua-dua pihak akan pening, percantuman agama akan berlaku kerana ini[nauzubullah, Ya Allah..]. Pada aku, peristiwa orang Musyrik mengajak Rasulullah SAW bertukar2 agama telah kembali, [astaghfirullahalazim], lalu pada waktu itu turun ayat dari Allah yang disebut dalam Al-Qur'an, surah al-Kafiruun yang bermaksud, "Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah".
    Aku amat berterima kasih atas bimbingan ustaz terhadap pemahaman kepada isu yang disebut2kan ini. Aku sebenarnya sangat tak ingin/tak mahu/tak suka mengulas isu ini kerana ilmu yang tidaklah seberapa, malah sewaktu program Mahasiswa Robbani, ada juga yang bertanya tentang pengupasan isu ini, tapi kata ustaz, ini bukanlah masalah pokok, tetapi masalah cabang yang dipolitikkan dalam memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Jadi apa yang aku tuliskan hari ini cuma satu perkongsian dari setitik ilmu yang aku dapat, dan aku tak berniat pun  nak provok pembentang tadi dengan melulu. sebabnya, aku rasa dia bukan orang yang ahli dalam memperkatakan soal akidah. Tidak ada kompromi kepada orang yang menimbulkan kekeliruan kepada orang lain.

    Lalu, diakhir kuliah, aku meminta maaf kepada ustaz kerana menghalang pembentang dari apa yang ingin beliau sampaikan, dan ustaz menjawab, "Tak apa, (walaupun dia bukan orang yang ahli), kita kena dengar dulu apa yang dia nak sampaikan".

    Saturday, January 23, 2010

    they under estimate me!

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 23, 2010 0 komen best
    Aku baru saja sampai ke UUM pukul 6.30 petang tadi dari program di Sedim.

    Dalam program ni, aku berperanan sebagai fasilitator kepada peserta. Walaupun program bermula pada petang 21 Januari (Khamis), tapi tugas aku sudahpun bermula 2 minggu sebelum program. Untuk kali ini, banyak perkara yang perlu dikorbankan, dan ini melibatkan orang lain juga. Terutamanya kelas, dan ko-k. Aku miss 2 kelas pada hari khamis, iaitu Sains Pemikiran dan Etika dan subjek feveret aku, Marketing Principle.Untuk ko-k, sepatutnya harini aku ada kawad, tapi kawad ini akan diganti pada suatu tarikh yang akan ditetapkan. Sebabnya, markah sesi latihan kawad mempunyai pembahagian sebanyak 15%.  Assignment kumpulan yang sepatutnya aku hand on sendiri pada pensyarah terpaksa aku serahkan kepada Rezzal yang besusah-payah melengkapkan kekurangan yang aku dah buat , dan paling penting, 'take-home' exam Kenegaraan Malaysia aku yang mempunyai pembahagian 10% terpaksa minta kawan aku, Azma hantarkan. Report Spring Wonderland terpaksa suruh Kai Yun, ketua biro print sendiri walaupuntu tugas akusebagai setiausaha. Terima kasih untuk semua yang sudi berkorban untuk aku.

    Nama program ni, "Transformasi Kecemerlangan Akademik". Aku pun taklah terer sangat untuk bantu peserta dalam proses transformasi, tapi bak kata Encik Norizan, moderator program, kita tak boleh nak bagi semuanya dalam masa yang singkat, tapi kita bantu menunjukkan jalan kepada mereka. Dengan aku sekali rasanya transform, sebabnya yang terlibat memberi talk untuk meningkatkan semangat peserta program ni bukanlah calang-calang orang..

    Program bermula dengan ice-breaking, peserta dibahagi-bahagikan kepada kumpulan mengikut tarikh lahir. Ada peserta yang kenal aku, dan ada senior yang tahu aku lebih muda dari mereka. Ini membuatkan aku gelabah sikit pada mulanya, terutama apabila ramai yang mempersoalkan umur dan semester aku. Waktu fasilitator memperkenalkan diri, kami dikehendaki memberiahu nama, asal, program pengajian dan umur. Bila sampai waktu memberitahu umur, aku katakan yang umur aku 20. Terus saja bunyi2 rasa terkejut keluar dari hampir 190 peserta..Aku tak mahu menipu, walaupun risikonya aku akan dipandang rendah oleh peserta yang berumur lebih tua. (umur diorang dalam range 20-25).

    Memang ada yang tak mahu dengar cakap apabila aku mengeluarkan arahan, tetapi cumalah segelintir sahaja. Itupun cuma dari pihak lelaki. Memang kekok rasanya membahasakan diri sebagai 'kakak' kepada 'adik-adik', tapi bila membahasakan diri sebagai 'kakak' memberikan aku keyakinan yang mereka memang 'adik-adik' yang perlu diberi arahan sebagai bimbingan dan memudahkan urusan. Alhamdulilah, tak sampai sehari, entah bila akupun tak perasan, tapi mereka menerima perkataan panggilan 'adik' dari aku dengan mudah dan cepat. Peserta lelaki juga memanggil aku 'kakak'.

    Waktu aktiviti yang paling ketara memerlukan bantuan fasi ialah ketika aktiviti rafting, absailing dan flying fox. Aku bantu menguruskan aktiviti absailing, dan pengalaman 'wall climbing' membantu aku untuk membantu peserta memakai pengikat khas untuk absailing. Kata Kak Asmah (pegawai Kaunseling COB), aku dilarang oleh abang2 fasi untuk manage rafting. haha. Aku pun tak pasti atas alasan apa. Aku perempuan terakhir yang melakukan absailing...walau macammana yakin pun aku pada diri, aku tetap berdebar tatkala berada di puncak untuk terjun..

    Tips-tips yang Abang Asyraf (kaunselor pelatih) beri bila aku tanya bagaimana untuk menghadapi perasaan inferior tatkala menghadap 'adik-adik', katanya;
    • pertama sekali, baca bismillah. Mulakan dengan al-Fatihah
    • kedua, eye contact. Pastikan mereka mendengar arahan dan kata-kata kita dengan memandang ke muka. Kalau kita sendiri yang tak memandang mereka, mesej yang nak dikatakan mungkin tak sampai.
    • ketiga, pastikan kumpulan berada dalam keadaan bulat, dengan lutut berlaga dengan lutut supaya mudah mesej sampai kepada yang berada di dalam kumpulan.
    • Bahasakan diri 'kakak' atau 'abang' walaupun kita lebih muda, supaya mereka merasakan kita adalah orang yang dapat membantu dan berkongsi.
    • gunakan ayat pelemah.

    Sebenarnya, taklah susahpun nak ubah persepsi dan fikiran 'underestimate' orang pada kita. Yang penting kita tak under estimate diri sendiri, barulah kita nampak apa potensi yang ada pada diri kita. Bersangka buruk pada orang lain adalah satu kesilapan besar, sebabnya kita tak melihat kebaikan seseorang dari sudut yang lain.

    Minta maaf pada ibu, abah, Kai Yun, dan yang lain-lain sebab missed call aku banyak kali, tapi tak berangkat sebab bateri aku kong [charger aku tertinggal kat rumah orang]. Terima kasih pada Kak Asmah, Kak Ida, pak cik driver bas, Abang Faizal, Abang Nik, Firdaus, Suhaimi, Fazmi, Kak Aimi, Kak Jamiah, Kak Ijan, Kak Peanut, Abang Asyraf dan semua peserta yang banyak memberi peluang untuk aku belajar. Semoga Allah membantu kita memperbaiki diri. [aku pun nak transform towards a better person!] =)

    Thursday, January 21, 2010

    Running every bussiness [or..busy-ness?]

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 21, 2010 0 komen best
    sejak pagi, bawa ke tengah hari, jengah ke petang...aku dah macam salesman jual sabun..

    Aku pun tatau nape aku cakap gitu.. Yang penting pukul 6 pagi nanti aku berangkat ke Sedim, Kulim, Kedah.Pagi tadi aku masuk kelas logistik.Rasa makin jatuh cinta dengan subjek ni. Rasa macam nak kawin dengan transport aje. ekkeke. Sebabnya, melalui subjek ni, baru aku sedar, subjek geografi amat penting. Dulu, geografi aku dapat b aje masa PMR. Bayangkan,aku perlu tahu almost everything! Berapa banyak pelabuhan kapal, berapa banyak laluan darat bagi jalan keluar masuk di sempadan negara, berapa banyak stesyen bas di setiap negeri, apa hentian bas utama di setiap negeri, berapa banyak jenis kereta api, berapa banyak hentian bagi setiap jenis kereta api, bagaimana cara pengangkutan kargo bagi certain2 barang.. owhh...best! Disebabkan kami tak alert tentang kedudukan-keduduan stesyen yang ditanyanya, Encik Fadzil kasi kami satu assignment yang cukup menarik: melukis peta dunia dan peta Malaysia, kemudian tandakan mana pelabuhan kapal, laluan darat terpenting, airport...[bila la aku nak buat ni??]

    Masuk kelas etnik plak, pagi-pagi dah dapat assignment kedua. Ini cukup menarik. Sebabnya, assignment yang dapat minggu lepas kena hantar esok harinya. Sungguh aku lalai kali ni. Kemudian, kelas Kenegaraan plak dapat 'take-home exam'. Agak kacang mak enon aa soalan diaa.. "Apa yang anda boleh sumbangkan kepada negara?" ~~~ nanti waktu exam ni dah kena hantar, aku post kat sini yea~ Rasa senang je masa buat exam ni. Harap-harap nak dapat markah pun senang..

    Esok kali pertama aku akan menjadi fasilitator untuk mengendalikan satu program di bawah naungan COB UUM [kolej perniagaan]. Tapi sekarang hape pun aku blum kemas lagi. Sekadar sedikit perkongsian, tugas ni agak mencabar kerana ia menduga sedikit sebanyak perasaan aku. Aku rasa terduga tatkala aku perlu berhadapan dengan kawan rapat aku sendiri demi menghadapi beberapa keadaan yang memerlukan aku menampilkan sifat profesional yang tinggi, dan tidak mudah melatah.

    aku pen off. nite.

    Wednesday, January 20, 2010

    selamat tinggal

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 20, 2010 4 komen best
    aku baru sahaja menutup akaun facebook. selamat tinggal.

    Selama hampir 7 bulan, aku buang masa je dengan facebook apa ntah tu... mempunyai facebook merupakan satu mistake. Sebabnya, i've been reveal almost my whole life without think through this social web. Nak buat apa entah aku ni. Nak kata medan dakwah, hampeh aa..banyak main mende lagha dalam tu ada laa..

    Kak Aiza kata jangan close account, takot nanti lost contact. Takpe, Kak Aiza.. blog kan ada.. Kalau disebabkan facebook aku lost contact dengan kawan-kawan lama, tu semua bukan atas kehendak aku, tapi atas kehendak Allah.. Setakat yang aku nampak, facebook tak mampu pun menjadi medan menautkan kembali ukhuwwah da silaturrahim..sebabnya kawan-kawanlama sekadar add je,... yang bertanya khabar berapa keratlah sangat.. Jadi tak munasabah bagi aku nak stay in touch melalui facebook..

    Masa cuti haritu, kakak aku nak sangat pegi McD...sekadar beli aiskrim je masa tunggu rombongan pengantin kat tepi highway.. pastu aku tak kasi.. aku kata 'boikot', lagipun membazir laa beli aiskrim McD..baik beli aiskrim pop-pop 20 sen satu tu.. Pastu, sebagai balasan, dia pun kata, "Nora, ko tau kan facebook tu pun ada saham.." Sejak kakak aku kata gitu, aku ada hasrat nak close account facebook. Kalau aku suruh dia boikot Israel, tapi aku pun sama cakap tak serupa bikin, maknanya aku macam menipu juga aa.. Jadi, ini sebagai satu pembuktian atas prinsip aku sendiri. Suka kerana Islam suka, benci pun kerana Islam tak suka.

    Dulu aku ada mengepost tentang aku dan gambar. Ini untuk menyatakan prinsip aku tentang gambar. Tapi sejak aku ada facebook, aku dah banyak upload gambar. Ini bermaksud aku mengkhianati polisi diri sendiri, dan orang yang tak hormat diri sendiri takyah nak berangan laa nak dihormati prinsipnya oleh orang lain..

    Sejak mempunyai account facebook, aku banyak buang masa, sedangkan aku tahu yang masa itu ibarat pedang. Sekarang masa  telahpun meninggalkan aku, dan sekarang juga masanya untuk aku tak sibuk-sibuk lagi dengan account banyak lagha tu..

    Baca buku lagi bagus daripada muka buku yang tidak ada isi. Betul juga pepatah Inggeris, dont judge a book by its cover..[ekkeke..ape kene mengena?]


    Ni aku nak promote buku lagi.. Aku baru sahaja usai membaca "Pemilik Cintaku selepas Allah dan Rasul". Aku tatahu nak describe macam mana, tapi penyampaiannya amat halus hingga membuatkan aku menangis membacanya. Bacalah, dan anda akan lebih banyak terdiam selepas itu.

    gambar credit to MPHonline.com, dan buku credit to kak Aisyah yang turut meminjamkan Fizilalil Qur'an. :)

    Monday, January 18, 2010

    Program Mahasiswa Robbani

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 18, 2010 6 komen best
    Semalam aku sampai ke bilik beberapa minit selepas pukul 1.

    Pada 16-17 Januari yang baru berlalu ini, Haluan Siswa telah menganjurkan program Mahasiswa Robbani yang bertempat di Pulara Resort, Taiping, Perak. Tujuan program ini diadakan adalah bagi membina tautan-tautan hati dan mengeratkan silaturrahim antara peserta, di samping membentuk jiwa-jiwa robbani..

    Sebelum ini aku ada mempromosikan program ini di blog ini, di bahagian header. Dan penyertaan dari UUM termasuk aku adalah 4 orang, dan hasrat melihat penyertaan dari sahabat dari UUM tidak tercapai.

    Itu secara konkrit sahaja. Secara abstraknya, jauh di sudut hati, program ni banyak memberi ilmu dan pengalaman buat aku. Pada aku, program ni telahpun berjalan seawal aku mencari peserta dan mencari jalan tentang urusan pengangkutan.Pengangkutan ditaja oleh akh Fadhli, dan pemandu diimport dari KUIN. Terima kasih dan Jazakillah buat Kak Aisyah.. =) Ada rezeki nanti aku ambil lesen, Insya-Allah..

    Pengisian program kali ni penuh, dan banyak input yang aku peroleh. Belajar dari kesilapan, aku tak tidur masa program..alhamdulillah... coz masa kat Mar'ah, buat rugi je aku ter-'syahid' masa program, jadi banyak pengisian yang aku 'tak dapat'.. masa kena say something untuk kalimah akhirah, aku tak sedia, jadi aku rasa macam cara aku cakap macam kasar je.. bila dah duduk, baru aku rasa ada yang aku nak ucapkan..hmm..

     Masa kat program aku banyak bercakap..[hakikatnya aku memang perempuan yang banyak cakap, okeh] dan aku teringat juga yang suatu hari nanti akan tiba masanya kita diuji dengan kata-kata kita sendiri..  Semoga pada waktu tu, Allah bantu aku untuk mengingatkan aku tentang kata-kata aku..

    Seronok sangat program kali ni, terlalu pantas masa berlalu. Apa yang bestnya, tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Aku rasa aku dah kenal erti ukhuwwah, dan aku teringin nak kongsi perasaan tu..

    Waktu jungle tracking, aku digigit pacat. Selama ni aku rasa geli dengan pacat, dan makhluk-makhluk yang seangkatan: ulat bulu, ulat beluncas, gonggok, lipan, lintah.. tapi rupa-rupanya digigit lintah bukanlah hal yang menyakitkan..sedar-sedar je lipan tu dah takdek..mesti dia sangat kenyang makan darah aku..hehe..

    Hari kedua kami kena duduk dalam air sungai selama satu jam..dengan sangat sejuk..baca al-ma'thurat.. Bukan disebabkan tak bangun, tapi memang ada dalam perancangan. Kalut juga masa diberitahu tu.. Selepas tu, ada kalimah akhirah..dalam kalimah akhirah tu, ada disebut tentang suruhan membina istijam, iaitu keserasian dengan jiwa supaya kita tidak kekok, tak menjadi dagang dan pelik dengan Islam. Waktu ni, aku sangat teringatkan tugas aku sebagai seketariat Kaunseling.. naluri aku mengatakan yang keputusan aku menyertai seketariat ini di luar kesukaan Islam..Aku bertanya pendapat akh Fadhli, dan katanya bagus menyertai seketariat kaunseling, cuma aku akan melalui keadaan-keadaan yangaku t ak suka.. mungkin sebab tu, aku rasa tak senang dengan keputusan aku sendiri. Betul, akan sampai masanya aku diuji dengan kata-kata aku sendiri..

    Program dah berakhir, bermakna suatu waktu telah berlalu.Kalau aku hanya soleh masa program je, program telahpun berlalu. Tapi kalau aku soleh kerana Allah, Allah akan membantu aku untuk istiqamah.

    Aku amat mengharapkan pengertian Robbani terserap ke dalam jiwa ini..

    Thursday, January 14, 2010

    feninn.......

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 14, 2010 4 komen best
    ini senarai tugasan berkumpulan untuk semester nih:

    1. Hubungan etnik: Teori Etika kerja dalam Islam (kumpulan 7)(30%)
    2. Kenegaraan Malaysia: Kajian Teks Malay Natonalism oleh W.R. Roff (kumpulan 8)(35%)
    3. Sains Pemikiran dan Etika: Pemikiran Kreatif (kumpulan 18) (20%)
    4. Kokurikulum:PRS (15%)
    tugasan individu:
    1. Management of transport: 2 ulasan jurnal dan artikel [submit date:3&12 feb]
    2. Sains Pemikiran dan Etika: Peranan manusia sebagai khalifah Allah(10%)
    3. Kokurikulum: Pembimbing Rakan Sebaya::peranan PRS (15%)

    saja tulis entri ni sebagai checklist dan peringatan supaya aku alert dengan assignment. lagipun, semester ni aku agak sibuk dengan pelbagai aktiviti yang aku ikut..  takut-takut terhanyut dengan tugas sampai terlupa perkara penting..

    ibu kata, "Jangan terlupa belajar sudahlah..."
    aku beritahu ibu, esok nak ke Taiping, minggu depan ke Sedim. Abah kata: "takyah pegilah, Nora.."
    Restu ibu bapa tu penting, tapi tatkala kita meneguhkan diri demi sesuatu yang kita ingin capai, selagi ianya di jalan yang betul, aku berdoa selalu supaya restu mereka sentiasa bersama aku. Ini aku belajar dari seorang profesor perempuan yang memberi ceramah waktu aku nak SPM dulu.. Waktu tu,aku ada keinginan nak jadi pakar forensik, tapi ibu dengan keras melarang keinginan aku.. aku rasa hampa, sebab aku rasa ibu tak nak memahami cita-cita aku. Tapi Allah Maha Kuasa, Dia datangkan pada aku jawapan melalui ceramah motivasi tu...Prof tu kata, masa dia berusia semuda aku pun dia mengalami krisis yang sama, tapi, alhamdulillah, berkat usaha dan keinginan yang kuat, katanya, restu orang tua sentiasa mengiringi walaupun dalam diam. Aku percaya, kita takkan mampu bergerak jauh tanpa restu orang tua yang amat mengasihi kita..

    Bila Allah merestui kita, tiada satu kuasa pun dapat menandingi.. tapi ingat, keredhaan Allah datang bersama keredhaan ibubapa...

    Yang sebenarnya, aku tak mampu nak tolak beban tugas. Antara jawatankuasa DPP, seketariat dan Spring. Tugas Spring akan tamat bulan 2 nanti, seiring dengan musim mid-sem exam. JK DPP aku tak tahu lagi di mana position aku, dan tugas seketariat membuka peluang untuk aku belajar banyak perkara.

    Kata orang, orang yang kekurangan masa akan lebih menghargainya.

    "Masa Itu Kehidupan"

    ikatan langit dan bumi

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 14, 2010 0 komen best
    Demi langit dan bumi
    Melihatlah dengan hikmah
    Menafsir dengan ilmiah
    Buat santapan mata hati
    Yang terpendam
    Lubuk dalam
    Yang terpelosok
    Jauh di relung jiwa
    Tanpa bumi runtuhlah langit
    Tanpa langit membahanglah bumi
    Ku menyedut
    Pada hamparan menghijau
    Melata tumbuhnya
    Menyubur fasa cinta
    Ku merenung
    Pada lukisan biru
    Tercoret sejalur kasih
    Berbekas di celahan gemawan
    Nun di sana
    Terbuku hikmah kedua-duanya
    Saling memerlukan
    Tak terbayang
    Andai hijau tanpa biru
    Andai warna alam biru seluruhnya
    Pasti bumi..
    Tidak seindah garisan pelangi

    03:29 PM, 27 Oktober 2009,
    Teratak ar-Rashid, Kupang.


    sajak ikatan langit dan bumi ini dipetik daripada laman web saudara Farid Rashidi di http://www.faridrashidi.com/2009/10/27/ikatan-langit-dan-bumi/#more-1003

    Wednesday, January 13, 2010

    just some words from a tired girl

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 13, 2010 0 komen best
    sometimes...you feel like your life is full with something others envy of,
    but the real thing is people see you do nothing.

    at the moment you feel like your life has nothing to do with,
    people see you as the most people they envy of.

    sometimes you feel like you dont like something
    but that something you dont like is really something.

    when curiousity grows, they hit your bloodline,
    but when laziness grow, it kills your whole life.

    if you think you fat, yes you are,
    but if you kill a cat,its your soul gone dead.

    a beautiful girl with a boring mind is boring,
    but a boring girl with a beautiful laptop is thoughtful...hahaha.

    small mice with small eyes has cheese,
    but big guy with big empty head had nothing.

    a cup without tea is meaningless,
    a heart without feeling is useless.

    small bird fly in the sky,
    but they do not know how t dance with the twinkling stars

    as long as stars twinkle in the sky,
    as long as angels are there up high,
    til ocean runs dry
    til the day i die
    let us tied with ukhuwwah
    shower this life with love from Allah
    and stay istiqamah in da'wah.
    May Allah bless and guide us throghout this path

    Tuesday, January 12, 2010

    dia

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 12, 2010 2 komen best
    Dia melihat bayangan wajahnya di kaca bilik bacaan luar perpustakaan tatkala melalui kaki lima di sebelah Perpustakaan Sultanah Bahiyah, atau PSB yang gah disebut sebagai 'Perpustakaan terbaik di Asia Tenggara'. Matanya mengecil menahan terik mentari, dan dahinya berkerut halus kerana berfikir. Dia teringatkan laporan mesyuarat Biro Promosi Spring Wonderland kelmarin yang belum habis ditaip. huh. Dia baru sahaja keluar daripada perpustakaan itu, setelah meminjam dua buah buku dan memulangkan sebuah buku ekonomi yang dirasakannya tidak menarik dan tidak membantu. Dia berpapasan dengan pelajar-pelajar yang menongkah arus dia berjalan, sesekali dia meluahkan senyum kepada orang yang dikenali. Apabila tiba di kawasan lapang bersebelahan Varsity Mall, dia melihat banyak khemah jualan didirikan. "Ekspo menghabiskan duit pelajar sudah bermulalah!",hatinya berbisik. Dia melihat-lihat gerai yang sudah mula menjual. Ada baju-baju, beg-beg, kasut-kasut, makanan-makanan... kasut 'buy 1 free 1' plak tu... Dalam kawasan Mall, di sepanjang jalan sebelah Bookstore yang digelarnya 'Chow Kit Road', sehingga ke pintu masuk Varsity Mall pula terjual pelbagai alatan komputer.. "PC fair la pulok.."kata hatinya.. Dengan bunyi yang membingitkan telinga, dia cepat-cepat beredar dari situ selepas bertanyakan harga CD. Di luar bahagian hadapan Mall pun ada juga gerai-gerai... Tempat parking motosikal digunakan sebagai tapak jualan.. Dan seorang lelaki muda yang tak banyak rambut sambil memegang helaian brochure memanggilnya, nak promotelah tu...

    "Dik, nak pegi kelas ke?" "Tak, tapi saya rush..kalau encik nak promote, saya taknak lama." dia menjawab. "Ok dik. kalau adik daftar Poodle ni, ada banyak kelebihan dik. takdek kredit pun boleh hantar SMS. Ada insuran..ada voucher..bla...bla...memang murah dik.. nak daftar?" lelaki itu promote. "hmm...i'm kinda rushing...mungkin saya akan datang nanti ke..terima kasih.." Akhirnya dia menjawab dengan ayat biasa. Ayat janji manis.. haha.. "Ok dik..datanglah ye..terima kasih.."

    dia berjalan melintasi DPP Petronas, dan melintas jalan ke seberang. DPP EON. Sampai sahaja ke bilik, dia membuka laptop, memasang broadband, melihat e-mail dan facebook. Dan sekarang, dia menulis blog.

    Monday, January 11, 2010

    hidup diredhai Tuhan

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 11, 2010 0 komen best
    tadi...pergi PSB. hajat nak cari buku untuk buat assignment Sains Pemikiran dan Etika untuk tugasan individu. Cadang nak buat perbandingan antara etika, moral dan akhlak...tapi...buku yang aku cari-cari tak ada di tempatnya...lalu aku terjumpa buku ni:


    dibawah logo PTS tu tertulis; "Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta kepada perbuatan yang dapatmendekatkan diriku kepada cintaMu..."

    Dalam buku ni terkandung pengisian-pengisian tentang larangan dan suruhan dalam firman-firman Allah serta hadis-hadis Rasulullah yang bermanfaat bagi membentuk diri...

    Satu daripada hadis yang ingin dikongsikan:
    Abu Hurairah juga melaporkan, katanya, "Saya pernah mendengar Rasulullah berkata, 'Orang paling awal yang akan diadili pada hari kiamat nanti adalah:
       Pertama,orang yang mati syahid. Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya berperang kerana patuh kepadaMu sehingga saya mati syahid.' Allah berkata,'Kamu bohong. Sebenarnya kamu berperang supaya digelar berani dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian Allah memerintahkan orang itu diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
    Kedua, orang yang menuntut ilmu pengetahuan dan mengajar, serta membaca al-Qur'an.Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya menuntut ilm dan mengajarkan ilmu itu kepada orang lain, serta membaca Al-Qur'an kerana patuh kepadaMu.' Allah berata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu belajar supaya digelar sebagai ilmuwan dan kamu membaca al-Qur'an supaya digelar pandai membaca al-Qur'an. Dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian diperintahkan supaya orang itu diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka.
       Ketiga,orang yang Allah berikan hidup selesa dan pelbagai jenis harta.Dia dibawa ke muka pengadilan. Kemudian Allah menunjukkan nikmat yang diberikan kepada orang itu selama dia hidup di dunia dahulu, lalu dia pun mengaku menerimanya. Allah bertanya kepadanya, 'Apakah yang kamu lakukan dengan nikmat itu?' Orang itu menjawab, 'Saya selalu mendermakan harta saya kerana patuh kepadaMu.' Allah berkata, 'Kamu bohong. Sebenarnya kamu menderma supaya kamu digelar sebagai orang dermawan dan sememangnya kamu digelar begitu.' Kemudian Allah memerintahkan supaya dia diheret dalam keadaan tertiarap, sehingga dia dihumban ke dalam api neraka."'-HR Muslim.
    Mudah-mudahan, dengan nikmat yang kita peroleh, kita gunakan dengan ikhlas ke jalan Allah... semoga hidup kita diredhai Allah! :)

    Sunday, January 10, 2010

    ini adik cantik saya

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 10, 2010 0 komen best

    ini adik cantik saya.
    namanya Azzlina.
    mengikut fizikal, dia lebih tinggi dari saya.
    dan kalau saya call ibu, dia dulu akan jawab telefon.
    dia lahir pada umur saya setahun dua bulan lapan hari.
    dia sangat sukakan budak kecik, dan pantang makan gula-gula.
    dia cantik, kakaknye tak cantik...
    kakaknye cuma comel aje~
    (ohh..merapu2)

    adik cantik saya lebih tinggi dari saya.
    saya tatahu kenapa, mungkin saya terbantut sikit. ekkeke.
    adik cantik saya masih bersekolah di SMK Desa Cempaka.
    Dulu masa kecil dia suka nangis.
    Dia juga suka gigit orang.
    Tapi bila dah besar, dia suka sapu sampah.
    Dia juga suka makan.
    Bila kena marah, dia buat dek aje.
    Bila kene usik, dia akan senyum sipu-sipu.
    Dia adik perempuan tunggal saya.
    Dan dia suka cium pipi saya.
    hehehe.
    Saya sangat sayangkan dia.

    Saturday, January 09, 2010

    hari untuk mengejar masa

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 09, 2010 0 komen best
    "masa itu kehidupan"

    Disebabkan masa itu kehidupanlah ia sentiasa menjadi yang terbaik buat kita. Walaupun masa yang dilalui itu amat buruk, teruk, jahat dan memalukan, tapi ia cuma berlaku sekali dan takkan berlaku lagi. Begitu juga kalau dalam sesuatu masa yang berlalu itu berlaku sesuatu yang best, happening, mengagumkan, membahagikan dan mengembirakan, ia juga hanya berlaku sekali, tidak ada ulangan untuk suatu masa yang sama.Sebab itulah, seperti kata Charles Dickens, "It is the best of times, it is the worst of times..."

    okok. itu cumalah muqaddimah unuk pengisian buat hari ini, hari aku berkejar-kejar dengan masa. Pagi tadi selepas beberapa urusan, aku bersiap untuk ke PSB (tiba2 teringin nak baa english novel), pastu lepas zohor straightly pegi ko-k. After ko-k, aku berlari+jalan laju2, sebab nak pegi rumah makcik Ana dan Fathonah sudahpun menunggu.. semputlah jugaa..

    Untuk review buku kali ni,...
    sebenarnya aku dah pinjam dua buah buku kaya Imam al-Ghazali semalam..Rahsia keajaiban hati+rahsia penciptaan makhluk.. [sebenarnya nak cari buku "pengubat jiwa", haritu masa kat kampung baca buku makcik, jadi hajat nak cari kat sini...tapi kene reserve dlu sebab dah ada orang pinjam..nanti dah dapat, aku buat review]

    Antara yang menarik dalam Rahsia keajaiban hati ialah "pasukan-pasukan hati", "keistimewaan hati manusia" dan "sifat-sifat hati". Pasukan hati terdiri daripada yang zahir dan basirah, dan pasukan yang zahir terdiri daripada pancaindera; mata, telinga, mulut, tangan, kaki...

    Tadi aku pi cari English book.. sebab kebelakangan ni terasa kemahiran berbahasa Inggeris aku ditahap 'worst'... dan,...aku terasa tamak, rasa nak pinjam tiga sekaligus... tapi disebabkan kekangan masa dan mobiliti [bawa banyak buku buat aku susah nak gerak laju-laju], aku pun pinjam sebuah je buku yang aku rasa menarik..pasal sisterhood.. dah baca anti aku cerr..

    then..aku nampak banyak buku Jude Deveraux tadi..Daniel Steel pun ada..sape-sape yang berminat nak baca novel English yang ringan (bukan bacaan berat laa..) aku cadangkan baca buku2 oleh mereka berdua.. Kalau nak adventurous, jenayah2 pelik, baca karanan Sidney Sheldon.. memang thumbs upp..!

    Friday, January 08, 2010

    bila tiba hari jumaat...

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 08, 2010 4 komen best
    semua orang tahu yang hari ini hari jumaat.

    Kalau telefon ibu hari Jumaat, ibu akan tanya: "Takdek kelas ke?..."
    Pastu, aku pun jawab..."hari ni kan hari jumaat, bu..."
    Lalu ibu pun berkata,"aloh, lupa...Kedah cuti.."

    Penyertaan untuk PROASISR Haluansiswa Utara masih dibuka... setakat program Haluan yang aku pernah hadir, penyertaan dari UUM amat sedikit, jadi aku amat berharap kali ni ada perubahan... Terutama penyertaan dari pihak mahasiswa/sahabat, sebabnya merekalah 'first line mujahideen'...

    Ajakan untuk kembali ke barisan SUK MPP UUM masih aku terima... Kalau ada yang nak jawatan ni, sila hubungi Setiausaha agung MPP 2009/2010, Encik Azman bin Jimeh... sebabnya, peluang untuk berada di barisan MPP pada masa akan datang besar, jadi, cepatlah rebut peluang ni...ada 2-3 tempat lagi... Dengar citer, Azman ada rancang beberapa program untuk SUK dan MPP...ambillah peluang...

    Beberapa sebab aku tarik diri dari SUK MPP:
    -aku merasakan terlalu banyak halangan tatkala menerima tugas ini pada awalnya.
    -aku ada tugas yang tidak kurang pentingnya dalam Haluan. Kalau dalam SUK aku cuma 'dapat satu', dalam Haluansiswa aku 'dapat dua'.
    -Pada mulanya aku menerima sebab aku mempunyai harapan untuk menyuntik walau sedikit elemen Islami dalam SUK, tapi aku masih belum kukuh untuk mencipta arus; takut-takut aku yang terlenyap dek arus SUK. Aku masih perlu banyak belajar.
    -tugas SUK sangat berat, perlu banyak korban masa dan tenaga. Memandangkan CGPA semester pertama aku tak memuaskan hati, tarik diri adalah keputusan terbaik.

    Jadi, untuk rakan-rakan SUK yang aku rapat: Diana, Fida, Winda, aku minta maaf. Tapi aku berundur masa belum diberi tugas, dan belum watikah pun.. Jadi aku rasa hal ni tak membebankan sesiapa, malah Azman sendiri kata dia tak paksa...

    Thursday, January 07, 2010

    thinking out of the box

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 07, 2010 5 komen best
    Sekejap je, dan minggu kedua dah pun berakhir.

    Dalam minggu yang sama, dua orang pensyarah dari kelas yang berlainan, iaitu pensyarah untuk subjek Sains Pemikiran dan Etika(SPE) dan subjek Hubungan Etnik membincangkan hal yang sama: tentang perihal 'Thinking out of the Box', tetapi mereka menghurai dari perspektif yang berbeza.

    Dalam SPE, pensyarah menyatakan manusia mesti berfikir di luar kotak pemikirannya. Supaya manusia dapat mencapai tahap yang tertinggi dalam pemikiran. Beliau, dalam masa yang sama menghuraikan kata-katanya mengikut teori Edward de Bono yang mengkaji pemikiran manusia. Aku pun pernah menggunakan kata-kata Edward de Bono ni, yang menyatakan, 'a beautiful girl with a boring mind is boring.'

    Dalam subjek Hubungan Etnik pula, pensyarah menyatakan manusia tidak boleh memikirkan sesuatu yang di luar batas pemikirannya; ini kerana manusia bersifat lemah dan tidak mampu untuk berfikir over the limit. Jika manusia cuba melebihi batasan pemikirannya, maka dia akan menjadi tidak normal. Contohnya Zat Allah. Zat Allah tidak boleh difikirkan, tetapi kehebatan Allah diakui melalui ciptaan-Nya yang maha hebat. Sebab itulah orang kafir yang cuba melebihi batas ini, mereka mencipta Tuhan dengan menggambarkannya dengan pelbagai bentuk dan rupa. Ada tangan banyak, ada mata banyak, ada saudara mara, ada anak dan sebagainya.

    to think, or not to think?
    kita mestilah berfikir mengikut panduan, bukan berfikir tak tentu hala. Kita juga melakukan sesuatu dengan tidak melulu, tetapi kita berfikir mengikut fitrah, naluri dan panduan di bawah akal waras. Manusia tidak akan dapat membuat keputusan tanpa bantuan ilham dari Allah. Aku fikir apa yang de Bono maksudkan tentang thinking out of the box ialah, berfikir di luar jangkauan sedia ada, tetapi masih dalam lingkungan rasionaliti, kerana mengikut teori SPE, manusia yang tidak mempunyai rasionaliti adalah di luar batasan waras.

    p/s: aku paling suka masuk kelas Hubungan Etnik!

    Wednesday, January 06, 2010

    Ya Allah..

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, January 06, 2010 5 komen best
    Mohon ampun, Ya Allah..ana tak pasti kenapa dengan ana...
    report tu ana dah tulis, tapi pendrive ana hilang pula...Ya Allah, tunjukkan ana jalannya... ammin....

    Dalam masa yang sama aku perlu buat dua laporan sekaligus. report Spring wonderland dan juga hasizu Kedah kerana pendrive telah tidak dapat dikesan. aku rasa dah buat backup melalui e-mel, tapi, entahlah... pernah juga aku kemaskini fail2 dalam emel..Allah nak uji sungguh laa ni.. Satu peringatan untuk aku supaya sentiasa update backup, supaya masa aku taklah buang gitu je...[takbaik cakap diri sendiri bangang dan lembab, kan? huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa] :'(

    Tuesday, January 05, 2010

    dia yang aku rindu.

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 05, 2010 3 komen best
    aku tatau nape aku amat rindu kat budak ni----->
    Nama dia Hadirah Aisyah...masa kat rumah haritu, aku jaga dia...banyak kerenah betul. Tapi dia nak ngan aku sorang je. Ni gambar masa dalam kereta, parent aku baru fetch aku dari KTM from xpdc Mar'ah bawa dia skali..mase turun kat kedai, aku kasi dia lollypop..trus dia masukkan dalam mulut..





    Dia nih kalo nak tito kene bedung dulu...disebabkan dia, aku terpaksa belajar ikat bedung..kalo tak bedung nanti dia tak tidur dengan lena.. Walaupun dah 7 bulan, tapi masih berbedung...kalau dodoi dia dalam buai plak, nanti dia menyanyi...hehe..comel sangat..

    Budak kecik nih kalo letak kat bahu habis baju /tudung aku basah dia isap..pastu dalam usia 7 bulan dia dah mula makan nasi..dia takmau makan nestum, muntah...cekodok pun dia telan... Dia dah mula memapah-mapah nak berjalan.. Kalau aku takdek depan mata, sampai ke dapur dia merangkak cari aku..





    aku memang sangat rindukan dia....





    Monday, January 04, 2010

    pengurus logistik paling hebat di dunia

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 04, 2010 2 komen best
    semalam aku hadir kelas pertama Teori dan praktis pengangkutan. Subjek wajib untuk semua yang seangkatan dengan aku: BBA Logistic&Transport.

    Setelah penerangan panjang lebar oleh encik pensyarah, dia bertanya: Siapakah pengurus logistik paling hebat di dunia?

    "Donald Trump?" jawab kawan di sebelah aku. Tuan pensyarah menggeleng...
    Suara seseorang dari belakang kelas memberikan jawapan tepat. "IBU!"
    Tuan pensyarah berkata, "Betul tu. Ibu kita adalah pengurus logistik paling hebat di dunia. Dia yang tahu stok beras di rumah, dia yang tahu apa yang perlu dibeli dan diganti, dia tahu kuantiti keperluan isi rumah. Dari kita kecil sehingga kita dewasa, ibu mengaturkan keperluan bukan sahaja kita seorang, tetapi seluruh isi rumahtangga.."

    Rupa-rupanya ibu kita seorang yang amat hebat, lebih hebat daripada manusia paling kaya di dunia, lebih hebat daripada bos-bos besar syarikat-syarikat gergasi, lebih cantik dan sangat terer berbanding Miss World.

    siapakah kita?

    Sunday, January 03, 2010

    Untuk kita; yang mempersoalkan hipokrit dalam pelaksanaan ibadah

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 03, 2010 0 komen best
    Hari ini aku ingin berkongsi artikel yang menjadi persoalan perempuan mahupun lelaki.. sebabnya, aku sendiri pun pernah tersepit dalam persoalan yang dibincangkan. Mudah-mudahan bermanfaat, dan membantu kita menyempurnakan ibadah. Artikel dipetik daripada laman web Ustaz Zaharuddin di zaharuddin.net yang bertajuk "Tak mahu hipokrit, akhirnya bertambah dosa."



    SOALAN
     
    Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.

     
    Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).

     
    Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.

     
    Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.

     
    Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.

     
    Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.

     
    Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin...

     
    - Diera -

     

     

     
    JAWAPAN

     
    Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-

     
    1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.

     
    Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-

     

     

     
    Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.

     
    Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.

     
    Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.

     
    Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

     
    Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

     
    Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!

     
    Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.

     
    Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

     
    Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

     
    Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

     
    Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.

     
    Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

     
    Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.

     

     

     
    2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

     
    Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum

     
    Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.

     
    Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.

     
    Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.

     
    Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.

     
    Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

     
    Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'

     
    Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

     
    Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha

     
    Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

     
    Sabda Nabi :-

     
    خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

     
    Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

     

     

     
    3) WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.

     
    Tahniah atas kemampuan saudari untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong sesoerang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah.

     
    Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

     
    Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

     
    Justeru, saya menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :

     
    Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat.

     
    Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

     
    Malah saudari juga patut bersyukur mendapat ibu yang prihatin soal kewajiban agama, terlalu ramai ibu di zaman ini yang hanyut dan lebih suka anak perempuan mereka mengikuti gaya yang disukai syaitan iaitu seksi.

     
    Lalu apabila ibu menyuruh, Allah juga mengarahkan, maka saudari bukan sahaja berdosa kerana aurat saudari yang terbuka, malah juga berdosa kerana tidak mematuhi suruhan dan harapan ibu, selain berdosa melanggar arahan Allah.

     
    Bukankah mentaati ibu dalam hal yang tidak membawa dosa adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt.

     

     

     
    4) BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH.?

     
    Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

     
    Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak tidak kempunan di hadapan Allah.

     
    Moga Allah membantu saudari untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.

     
    Saya juga doakan saudari untuk segera berHIJRAH KE ARAH kebaikan, dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita.

     

     

    Saturday, January 02, 2010

    hari yang cantik

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 02, 2010 2 komen best
    tiba-tiba aku terasa rindukan Kolej Matrikulasi Johor: KMJ.

    Pagi tadi aku pergi jalan-jalan kat tasik belakang DPP Sime Darby tu...Kasi ikan makan roti yang baru expired..malangnya...ikan-ikan kat situ macam segan-segan je nak makan cebisan-cebisan roti tu...Kalo kat KMJ dulu, kasi roti sekeping-sekeping gitu pon takpe..ikan tu tak marah..malah boleh habiskan roti tu dalam masa 5 saat...masatu..suke je aku tengok ikan-ikan tu makan dengan amat rakuss...haha..

    Pastu aku pergi Varsity Mall, beli buku Principle of Management. RM72. aku decide beli sebab usaha mencari yang terpakai selama seminggu sudah lupus. Petang ni aku akan menghadiri sesi Kokurikulum: Pembimbing Rakan Sebaya.

    Dah 2-3 hari aku habiskan masa membaca novel. 2 buah novel. Airmata Ibu dan Sayap Sutera. Persamaan antara kedua-dua buah buku ni: menceritakan tentang orang yang mencari pengetahuan tentang Islam.

    Bayangkan tentang seorang lelaki yang amat berjaya dalam hidupnya, seorang peguam yang disegani, hampir berumur 52 tahun, tetapi tidak pernah mendirikan solat. Kali pertama dia bersolat ialah solat jenazah ibunya; kerana ibunya pernah pesan: Aku mati nanti jangan kau tak solatkan aku. Wasiat ibunya mengatakan dia anak yang lahir hasil perkosaan seorang lelaki yang berasal dari Hong Kong membuatkan dia mencari diri. Dalam mencari seorang lelaki bernama Titus Ma Hon Kan, dia mula menemui sinar Ilahi...

    Dan, aku takdek kedit sudah 2 hari. jadi...minta maaf untuk mesej-mesej yang tak berbalas. topupkan saye? oh...itu amat dialu-alukan. heheh. =D (just pull the sock, ekkeke)

    Friday, January 01, 2010

    hari ini 1 Januari 2010 [edited]

    di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 01, 2010 0 komen best
    semua orang tahu kalau hari ini 1 Januari 2010.

    Ada apa dengan tarikh ini sebenarnya? aku pun tatahu. cuma tadi aku tengok ramai orang tunggu kat perhentian bas untuk ke Changlun. mungkin ke Jitra. Atau Alor Setar. Maklum, hari cuti umum. Dengar-dengar khabar, duit PTPTN pun dah masuk(aku tak pinjam PTPTN), jadi mungkin mereka keluar beli barang keperluan..buku2, baju2, kasut...

    Aku pun ada rancangan nak keluar lepas ni, pergi rumah Makcik Zurina..(dia lecturer UUM, tapi aku kenal sebab dia jiran aku kat Nilai). saja nak ziarah, ingatkan nak pergi sendiri, tapi takdek bas plak..jadi, Cik Ina akan fetch..

    Cerita di atas cumalah sekadar picisan. Sebenarnya aku nak citer pasal tahun yang baru berlalu dan tahun baru.

    Tahun 2009: sempat memberi begitu banyak peluang untuk aku. Aku menghabiskan sesi pembelajaran di matrikulasi, menghabiskan 3 bulan penuh di rumah, memasuki UUM, serta sempat memulakan semester kedua. semuanya berlaku dalam Tahun 2009. Pantasnya masa berlalu, ia telah jauh-sangat jauh meninggalkan kita.. adakah kita masih sama seperti kita pada tahun 2008? atau sudah jauh lebih baik?

    Biasanya kita mengisi tahun baru dengan pelbagai azam baru. Kita berazam menjadi bagus, menjadi lebih baik, dan 1001 lagi azam yang tak tertulis dah.. Bagus sebenarnya berazam ni.. membantu kita perbaiki diri.. berazam memang mudah, tapi melaksanakannya pula bukan mudah... Kalau melaksanakannya pula mudah, mengekalkannya pula menjadi satu dugaan luar biasa.

    Aku nak kongsi lagi satu ilmu yang aku dapat dari TV masa Maal Hijrah tempoh hari..(waktu Maal Hijrah aku tak blogging..=)  )

    Untuk mengekalkan usaha untuk mempertingkat dan melaksanakan azam, pertama sekali kita mestilah sentiasa menyemak dan memantau azam... terdekat Beritahu kepada orang terdekat tentang azam kita, supaya kita sentiasa diingatkan...kemudian tulis dan tampal azam kita di tempat yang senang dilihat; contohnya kat cermin almari, meja belajar, sofboard bilik, kat pintu... Kemudian sertakan istiqamah bersama azam kita...

    Bagaimana pula kalau mahu azam kita disertai istiqamah?
    • perlu perbaiki diri, sebabnya tidak ada perpindahan selepas hijrah Rasulullah dan para sahabat, kecuali hijrah ke arah menjadi yang lebih baik.
    • antara rahsia untuk menjadi lebih baik: menjadikan Allah lebih utama, ada prospek dalam hidup(ada tekad), bekerja secara berpasukan dan bertanya kepada orang yang tahu.
    • doa memainkan peranan penting jika menginginkan istiqamah; kerana pada zaman Rasulullah, sahabat nabi bernama Abu Umamah telah diajarkan doa menjauhi hutang (yang terkandung dalam al-ma'thurat). Berkat doa yang diamalkan ini, akhirnya hutang yang banyak yang dirasakannya tidak mampu dibayar akhirnya langsai dibayar sedikit demi sedikit...(doa yang disertakan dengan usaha akan membuahkan kejayaan..insyaAllah!)

    ini point penting untuk orang yang ingin berhenti merokok:
    • Pada suatu hari, ada seorang lelaki yang suka mencuri menemui Rasulullah untuk menyatakan keimanannya. Dia berkata; "Ya Rasulullah, aku ingin memeluk Islam, tetapi aku suka mencuri. Aku mengetahui bahawa Islam melarang pencurian, dan balasannya potong tangan. Bagaimana, Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab,"Takpe, tapi jangan berbohong." Apabila lelaki itu menyatakan keislamannya, beliau patuh dengan suruhan Rasulullah supaya tidak berbohong, dan akhirnya beliau tidak lagi mencuri kerana kalau mencuri, takut-takut apabila Rasulullah bertanya, dia tidak boleh menipu tentang pencuriannya...Wallahu a'lam.
    • Natijahnya dari kisah diatas ialah, pendekatan perlulah pelbagai, bukan setakat larangan biasa je..
    • berdoa supaya keinginan yang baik dibantu Allah, dan meminta orang lain turut mendoakan kita.
    • Apabila berjumpa dengan orang yang soleh, minta didoakan mereka.
     

    Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea