Wednesday, December 28, 2011

usaha atau rahmat?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 28, 2011 0 komen best
Suatu waktu.. saya mengadu kepada kakak sahibah tentang kegusaran di hati.. tentang tempoh belajar yang bakal tamat setahun dua lagi. Dan.. rasanya tak banyak yang berlaku dengan kehadiran saya di sini. Tak banyak yang dilakukan. Kadang-kadang terasa sepi sendiri, dengan rasa down dan 'pause' yang teramat lama dan macam-macam lagi yang negatif yang bersarang dalam kepala.

Lalu kakak sahibah yang istimewa ini berkata..
"kita kena check balik diri kita, kin.. kadang-kadang kita ingatkan semua tu berlaku dengan usaha kita.."

Untuk mencerna kata-kata yang sebaris itu, saya memerlukan proses yang panjang.. dah hampir setengah tahun yang lalu sahibah itu mengucapkannya, dan baru pagi ini terpacul maksudnya.

- Untuk capai sesuatu, kita tak boleh hanya bergantung kepada usaha sendiri.. kita kena meletakkan pergantungan pada Allah, supaya, bila kita berjaya, kita bersyukur dan bila kita jatuh, kita sabar.. dan jika kita bergantung pada usaha sendiri je, kita akan menganggap kejayaan tu adalah atas usaha sendiri. "ini semua adalah hasil titik peluh aku. takde aku, takde semua ni"- ia akan menimbulkan riya' pada diri individu. kalau jatuh pula, dengan usaha yang ada akan menyebabkan individu itu berputus asa.

Atas kesedaran kita memerlukan Allah, maka Dialah tujuan dan 'ilah' terutama yang perlu diletakkan di hadapan.

Jadi.. starting from this point, recheck our ilah.. sama ada ilah kita benar-benar adalah Allahu robbi, atau ilah itu adalah sesuka hati kita letakkan di mana-mana sama ada diri sendiri atau ibu bapa kita..

Tuesday, December 27, 2011

tips cari pass-year exam paper

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 27, 2011 0 komen best
Ini adalah tips mencari kertas peperiksaan lepas secara atas talian bagi pelajar UUM.

step 1: google search library UUM, atau klik pada link ini http://cmslib.uum.edu.my/new/
klik gambar untuk tumbesaran memuaskan

step 2: pada webpage PSB, klik pada e-Resources dibawah drop-down menu 'Online Resources'.
click picture to enlarge
Step 3: Paparan baru akan terbuka dengan sendirinya. Pada paparan baru ini, klik pada menu 'Library' dan pada drop-down menu, klik 'In-House Digital Collection'.
click picture for better view

Step 4: dalam paparan "In-House Digital Collection", lihat pada ruang sebelah kiri web. letakkan cursor pada menu 'Question Papers'. Klik pada "Listing by Faculties 2003-Current".

klik pada gambar untuk view yang jelas

Step 5: saya cadangkan cari exam papers yang terbaru, 2009-2010. pastikan anda tahu exam paper anda berada dalam sekolah apa (COB?CAS?COoLGIS)
for best view, click on the picture

semoga membantu.

so lepasni, kalau ada yang tanya.. "kak, akak ada pass year question tak?" atau.. "kak.. macammana nak cari exam papers?" maka saya akan berkata dengan coolnya:  "pi tengok cara nak cari exam paper kat 'norashikinrahmat.blogspot.com'." hehehe~ (^_^)V

Thursday, December 22, 2011

gam UHU pun ada tiruan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 22, 2011 0 komen best
aktiviti kraf kadang-kadang memerlukan kerja tampal-menampal dan tempel menempel.
Untuk membuat kad dengan kemas dan terbaik, gam UHU adalah pilihan yang bijak.

Masalahnya, baru-baru ni saya perasan yang gam UHU pun ada yang tiruan.





Dalam gambar atas ni, gam UHU tiruan ialah yang dah kemik tu *sebab dah guna*. Antara ciri-ciri gam uhu tiruan ialah; lambat melekat, kurang melekit, design penutup berbeza, menggunakan label dengan bahasa yang tak difahami dan susah nak ditanggalkan bila terkena kulit.

Saya perasan sebab penutup UHU tiruan tak tahan, mudah tercabut & berlubang, jadi saya cuba tutup menggunakan penutup UHU yang lama, tapi tak boleh. Bila check balik, rupanya ia bahan tiruan.. *kecewa*. UHU tiruan juga tak mesra pengguna, sebab ia merosakkan permukaan kulit.

Kalau nak tahu mana yang original, dia ada tulis "UHU Made in Germany" macamni:
Klik untuk tumbesaran 
*fake UHU sangat teruk*
So, berhati-hatilah dengan UHU tiruan. Selamat meneliti barang sebelum membeli ye, kawan-kawan.

Wednesday, December 21, 2011

Library

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 21, 2011 0 komen best
Salam.
Hari ni, hari Rabu.
Kalau dulu, hari Rabu selalu menjadi hari yang terbaik buat saya. Sebab pada hari Rabu, banyak perkara baik berlaku pada saya. Mungkin sebab saya lahir pada hari Rabu. Bila masa berlalu, Hari Rabu menjadi hari biasa-biasa, sama je macam hari-hari lain. Atau, dalam masa yang sama, ia sama istimewa, atau saya telah tenggelam dalam kerutinan.

Untuk beberapa semester yang lalu, saya selalu 'melepak' di library. Orang kata, kalau nak jumpa orang yang baik, kena berada di tempat yang baik.. dan memang betul, kebanyakan persahabatan yang dibina di univ bermula di library.

Seronok, bila ada orang ajak belajar sama.

Sayangnya, apa yang berlaku bila semester meningkat dari 3 kepada 4 dan sekarang semester 5, masa yang ada banyak terluang dan terbuang untuk projek dan projek dan projek. Sampai habit untuk 'lepak' kat library hampir terpadam.

So, hari ni, kita mula kembali. Selamat tinggal segala project. :)

Monday, December 19, 2011

Tahan rindu itu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 19, 2011 0 komen best
Menahan rasa rindu, macam menahan panasnya terik mentari.

Pernah, atau selalu, kita berdiri di kepanasan, menanti redup tiba. Bila redup datang dan mendamaikan, kita jadi lupa pada keterikan tadi. Keterikan itu sesuatu yang fana', sedang kebahagiaan itu perlu dinanti dalam pencarian demi pencarian, dalam langkah demi langkah.

"Orang yang tidak pernah dibakar panas mentari mustahil menghargai rimbun berteduh"- peribahasa Turki

Terik menahan panas membuatkan kita ingin terlindung darinya. Sakit menahan rindu membuat kita rasa ingin cepat mengubatinya.

Entahlah. Kadang-kadang, iman memberitahu diri, "kenapa rindu pada kejahilan itu? itu jahiliyyah!"

Maka, andai seorang perindu itu tahu bahawa ada cinta yang lebih besar menantinya, merindui pengaduan-pengaduannya, melengkapi keperluan-keperluannya, memenuhi permintaan-permintaannya, pasti, dia merasa bahagia melupakan rindu yang selain itu.

Syurga, dicipta untuk hamba-hamba yang perindu.

Wednesday, December 14, 2011

wordless again..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 14, 2011 0 komen best

Monday, December 12, 2011

mumble less~

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 12, 2011 0 komen best

Thursday, December 08, 2011

corruption; the road not taken

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 08, 2011 1 komen best
Harini kelas terakhir seaport.

Kelas seaport sudah berakhir. Kalau kita hanya belajar tentang seaport hanya sebab nak sit exam, seaport telah berakhir. Kalau kita belajar sebab nak cari redha Allah, Allah kekal selamanya. Seriusly, the most feveret class sem ni adalah kelas seaport management.

Risiko kepada keselamatan port ada banyak, salah satunya corruption.

Masa class tadi, tetiba terlintas, "patutlah Siti Khadijah jatuh hati pada Rasulullah, kerana amanahnya". Ketahuilah, kerja dalam industri perdagangan adalah hal yang sangat amat terlalu under pressure. Dalam bidang ni, tanpa keimanan yang kukuh dan taqwa dalam diri, semuanya akan memilih untuk corrupt dan memandang dunia sebagai eternity. Antara isu yang dibincangkan selain corruption ialah penyeludupan, bawa aweks naik kapal dan lain-lain lagi. Banyak sebenarnya dugaan kalau hidup tanpa iman ni.. sedangkan kita yang terhimpit dengan kesibukan pun kadang-kadang boleh terperangkap dengan rasa sunyi, apatah lagi orang-orang yang berbulan-bulan atas kapal, yang inginkan hiburan dan teringin mengisi diri dan masa dengan sesuatu yang sangat menghiburkan. Untuk mengisi nafsu 'haiyawanat..'.

Dalam buat project-project dan kerja-kerja dalam kampus, saya banyak memegang position sebagai pengarah, timbalan pengarah dan setiausaha. Kalau jadi biro-biro biasa, itu dulu, masa sem 2-3. Di hadapan mata saya, red handedly,  kawan yang saya biasa berjalan dengannya, makan bersama, buat assignment together, corrupt dalam project. Come on, ini conflict jiwa dalam menegakkan kebenaran antara hitam dan putih. Bila saya majukan isu ini ke depan, senior atasan kata, "Shikin, corruption happen everywhere. We cannot control it, we only can minimize the risks of it".

Dan, saya macam tersentak.

Rupanya saya tak pernah terjaga dari mimpi.

Saya berada dalam keadaan "masuk toilet yang berbau sangat busuk". Maksud saya, biasanya, bila kita masuk toilet, kita terbau busuknya toilet itu. Tapi, selepas beberapa minit, kita tak lagi rasa yang toilet tu busuk, sebab deria kita dah terbiasa dengan bau busuk tu.

Rupanya, kawan-kawan saya dah menerima corruption tu sebagai satu cara hidup. Sudah mula 'pandai-pandai'.

Saya seorang. Tapi saya tidak berseorangan.

Ada satu soalan dalam tamrin; "macammana kita nak buat bila kita diberi tanggungjawab dalam sistem?"
dan jawapannya, "melakukannya sekadar melepaskan diri daripada tanggungjawab".

Hanya keimanan dapat menjaga kita daripada terus terbelenggu dengan semua ini. Suatu hari nanti, jika Allah menentukan saya terdorong melakukan kejahatan yang sama (na'uzubillahi min zalik), saya mohon agar  ada sahabat-sahabat yang menarik saya kembali ke right track.

Ada seseorang selalu berkata pada saya, "dalam dunia ni tak semua orang baik".

Wednesday, December 07, 2011

learn through times.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 07, 2011 0 komen best
Benda baru harini; saya makan sambil fikir.

Ada banyak benda yang kita tak faham dalam hidup ni. Kadang-kadang kita rasa semua benda adalah susah. Assignment susah. Project susah. Sakit perut susah. Mengadap bos yang high temper pun susah.

The truth is we are the one who is standing in front of a hill; or should we say; a mountain. The more you step towards it, the clearer the view of what are coming after the steps we are taking further. When we are at the peak, we can view the whole scenario, and we may even feel its easier to turn back at any times.


Hidup ini susah, memang benar.
Untuk memahami segala fitrah ini, kita perlu membaca buku fikrah.
Ada yang berpesan pada jiwa kerdil ini, agar ia dijadikan makanan, santapan harian.
Percayalah, hanya orang yang faham je mampu menang dalam situasi apa-apa sekalipun, kerana dia tahu, hanya Allah yang memberi segala kemudahan dan menguji kekentalan iman.

Memetik kata-kata Ibnu Qayyim,
"dalam jantung hati, ada keserabutan yang hanya dapat dileraikan dengan mengenal Allah".

when Allah gives you problem, Allah did give the formula to solve. And, most importantly, Allah promise you the reward..

Monday, December 05, 2011

the unspoken truth

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 05, 2011 0 komen best
Tulisan ini ditulis bertahun-tahun yang lalu, tersimpan menjadi draft. Looking back is not so bad, I say. Saya tidak tahu kenapa saya tidak jadi menerbitkannya, kerana saya rasa tulisan2 saya yang dulu sangat berkualiti dan jujur. Bukan nak kata tulisan sekarang tak berkualiti, tapi the younger me is more eager to discover things in life compared to my current self.

,--
Dalam hidup ni kita perlu lebih banyak memerhati berbanding banyak mengeluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. Kita perlu banyak memberi daripada banyak menerima. Pengorbanan itu kehidupan, dan kehidupan juga satu pengorbanan.

Perkataan 'the unspoken truth' terkeluar bila saya terfikir tentang abah. Ketahuilah, abah adalah orang yang paling sedikit makannya sebab melebihkan anak-anak. Abah adalah orang yang paling kurang belanjanya, paling sedikit tidurnya, dan yang paling banyak bekerja.

Abah saya jarang makan bertambah. Dan saya cenderung mengikut tabiat abah yang ini. Bila saya tanya, kenapa abah makan sepinggan je, abah kata; 'sebab nak bentuk rasa cermat dalam diri, nak bendung rasa tamak'.

--
Growing old means we are more like our parents when we started knowing them.

This post has made me felt relieved that I always appreciated my parents in every way I could, insyaAllah

Saturday, December 03, 2011

Wall Climbing, finally.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, December 03, 2011 10 komen best
Bila workload, berhentilah sekejap.

Semalam saya melalui hari yang entahpape. Sepanjang hari saya hanya buat kerja orang dan mengabaikan tanggungjawab kepada diri sendiri. (seriously tak ikhlas kot bila kita fikir kita buat kerja orang!)

So, saya pegi jalan-jalan.

Dalam perjalanan tu, saya rasa macam menikmati setiap moment, langkah demi langkah, nafas demi nafas. At the end, saya sampai kat dinding berbatu kat Pusat Sukan UUM.

Dah lama tak wall climbing. kata orang, kalau nak release heartburden, have a walk and do what you prefer. Jadi.. mungkin saya terlupa yang saya pernah dapat motivation daripada wall climbing.

Dah setahun tak wall climbing. Bila naik, saya rasa macam senang je, walaupun masih perlukan sokongan daripada orang bawah. Saya masih perlu untuk diajar nak pijak mana untuk naik. Dan, unexpectedly, bila dah sampai atas, astaghfirullah, saya tak tahu nak turun macammana! Sepatutnya, bila dah sampai point paling atas, saya lepaskan je palang besi atas tu and then turun.. tapi, gayat yang tersangat.. hampir 5 minit saya berpegang kat palang tu sebab takut nak lepaskan..

Kadang-kadang..bila kita dah lama lupa macammana bermula dari bawah, kita akan takut untuk turun apabila dah berada di atas..

Masa sem 1, saya sentiasa berpeluang untuk buat semua benda.. tak sangka pula ia makan masa bertahun-tahun untuk dapat melakukan kembali hal yang sama.. well.. i love wall climbing..

Friday, December 02, 2011

Hari malas. Baca cerita.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 02, 2011 0 komen best

Penebang pokok dan kapak tumpul

AL-KISAH pada masa zaman dulu ada seorang penebang kayu menerima pelawaan daripada seorang majikan untuk memotong pokok di hutannya. Kerana gaji dan kerja yang dijanjikan sangat lumayan, penebang pokok itu bertekad untuk bekerja sebaik mungkin demi membalas budi dan kepercayaan yang diberikan kepadanya.

Ketika mula bekerja, majikannya memberikan sebilah kapak dan menunjukkan kawasan kerja yang perlu dilakukan dalam masa yang ditentukan.

Hari pertama bekerja, dia berjaya menumbangkan lapan batang pokok. Pada petangnya, selepas mendengar hasil kerjanya sangat baik, majikan itu memberikan pujian kepadanya.

“Hasil kerjamu sungguh luar biasa! Saya sangat kagum dengan kemampuan kamu menebang pokok itu. Belum pernah ada sesiapa sepertimu sebelum ini. Teruskan bekerja seperti itu,” kata majikan itu.

Pujian daripada majikannya itu memberikannya motivasi untuk terus melaksanakan kerjanya. Pada keesokan harinya, penebang itu bekerja lebih keras lagi, tetapi kali ini dia hanya berjaya menumbangkan tujuh batang pokok.

Hari ketiga pula, dia bekerja lebih keras lagi namun hasilnya tetap tidak memuaskan bahkan mengecewakan. Semakin hari semakin sedikit pokok yang ditebangnya.

“Sepertinya aku kehilangan kemampuan dan kekuatanku, bagaimana aku dapat terus bertanggungjawab hasil kerjaku kepada majikan?,” fikir penebang pokok itu kerana dia merasa malu dan putus asa.

Dia menghadap majikannya sambil kepalanya tertunduk lalu meminta maaf atas hasil kerja yang kurang memberangsangkan itu. Dia mengeluh kerana tidak mengetahui apa yang terjadi.

Majikan itu bertanya kepadanya: “Bila masanya kamu mengasah kapak kamu?”

“Mengasah kapak? Saya tidak mempunyai masa untuk itu, saya sangat sibuk setiap hari menebang pokok dari pagi hingga petang dengan sekuat tenaga,” kata penebang itu.

“Nah, di sinilah masalahnya. Ingat, hari pertama kamu kerja? Dengan kapak baru yang terasah tajam, maka kamu mampu menebang pokok dengan hasil luar biasa.

“Hari-hari berikutnya, dengan tenaga yang sama, menggunakan kapak yang sama tetapi tidak diasah, kamu tahu sendiri, hasilnya semakin menurun. Maka, sesibuk mana pun kamu perlu meluangkan masa untuk mengasah kapakmu, supaya setiap hari kamu bekerja dengan tenaga yang sama dan hasil yang maksimum. Sekarang pergilah asah kapakmu dan segera kembali bekerja!” perintah majikan.

Sambil mengangguk-anggukkan kepala dan mengucap terima kasih, penebang itu berlalu di hadapan majikannya untuk mengasah kapaknya.

Sebenarnya betullah kata bijak pandai. Istirahat bukan bererti berhenti, tetapi untuk menempuh perjalanan yang lebih jauh lagi dan mencabar. Sama seperti penebang pokok itu, kita pun setiap hari dari pagi hingga malam hari, seolah-olah terjebak dalam kesibukan.

Sibuk, sibuk dan sibuk, sehingga sering kali kita lupa untuk berehat iaitu istirahat seketika mengasah serta mengisi hal-hal baru untuk menambah pengetahuan, wawasan apa lagi soal spiritual, ibadah, soal matlamat supaya kita lebih bermotivasi. Jangan sibuk mencari kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi sibuklah mencari kesilapan sendiri, dengan bermuhasabah, bermujahadah dengan memperbanyakkan membaca.

Dengan ilmu sahajalah kita boleh berada di mana sahaja sebab ilmu yang kita galas tidak pernah membebankan kita. Ilmu bagaimana mengenal Allah mesti diperbaharui, ilmu mengenai kenabian, malah ilmu diri kita sendiri.

Dari mana kita datang, di mana kita sekarang, apa yang patut kita lakukan sekarang di dunia dan selepas ini ke mana kita akan pergi. Semoga tazkirah kali ini kita sentiasa tajam dengan ilmu dan keprihatinan terhadap tanggungjawab seharian barulah hari mendatang menjadi lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari sebelumnya.

Renung-renungkan..
Sayalah orang itu, mungkin....

Thursday, December 01, 2011

tidak ada gunanya marah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 01, 2011 0 komen best
tidak ada gunanya marah. saya tak ada masa untuk itu. Malah saya tak ada masa untuk menulis kata-kata ini pun..

tapi saya perlukan waktu ini untuk muhasabah.

Kadang-kadang kita hilang punca sampai kita tak tahu kenapa kita nak marah atau menangis. Keadaan tak stabil macamni memberi peluang-peluang besar kepada syaitan untuk menyisipkan jarum-jarumnya, mengajar kita untuk membenci dan menambah beban amarah ke dalam hati.

Saya marah kerana.... saya sendiri tidak dapat melihat apa puncanya. Bila si blogger penampalposter post lagu Toy Soldier, i've got a point there.

Biar Allah je tahu kelelahan kita.. Kita akan jadi lebih istimewa dengan menyimpan rahsia dan memuntahkan segala keluhan, keresahan dan pengharapan pada Allah. Jika kita menghubungkan diri dengan Allah dan meletakkan Allah di tempat yang teristimewa dalam hati kita, maka Allah pun akan menjadikan kita istimewa.

Allah tak perlukan kita. Tapi kita perlukan Allah.

Sungguh, marah itu sangat membebankan. Maka, maafkanlah....




Tuesday, November 29, 2011

aku, dan manusia.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 29, 2011 0 komen best
Pembalasan itu sesuatu yang nyata dan pasti, sama ada dalam keadaan sedar atau tidak, sama ada cepat atau lambat. Sebab yang menyusun semua itu adalah Allah.

Pada suatu masa lalu, dalam masa 3 tahun ini, saya ada menumpahkan rasa hormat dan percaya kepada seseorang. Tapi sejak saya terjun ke dunia kertas kerja dan projek, saya diperkenalkan dengan sikap pemerhati, tajam dan belajar sifat orang. Belajar dari kesilapan.

Suatu hari, dalam projek saya, orang itu telah melakukan sesuatu yang merosakkan plan projek secara keseluruhannya, walaupun orang lain tidak tahu apakah kesusahan yang saya lalui disebabkan perbuatannya. Walaupun saya rasa tak puas hati dengan apa yang berlaku, saya masih menghormati siapa dirinya atas keyakinan, saya tidak punya kuasa membalas apa-apa --Allah je yang layak balas segala kebaikan atau kejahatan, menutup atau membuka segala keaiban sesiapa yang disukaiNya.

Allah izin, sampai ke hari ini (sejak kelangsungan projek tu dan apa yang dilakukannya), satu demi satu kelemahannya disingkap dengan jelas di depan mata saya.

Mungkin, sebelum ini, disebabkan rasa respect itu, saya tidak menilai orang itu dengan telus tentang siapa dia yang sebenar, sampai sanggup menutup mata dan pekakkan telinga, sebab rasa tak percaya dengan benda yang disampaikan (sebelum ni selalu je orang cakap pasal dia kat saya). Memang saya orangnya tak reti percaya pada benda yang tak berlaku atau kata orang, 'selagi tak terkena pada diri'.

Saya tak tahu kenapa, tapi terjun ke dunia projek membuatkan kita kenal siapa orang-orang di sekeliling kita yang sebenarnya. Tapi masih, sebagai human being, kita yang telah terlihat keburukan sama sekali tidak boleh mendedahkan keaiban mereka pada orang lain, apatah lagi menjajanya.

Konklusinya, kalau nak belajar sifat manusia, buatlah project. Anda akan belajar menangani korupsi, penipuan, atau anda sendiri yang belajar menipu dan jadi kuli bodoh. Pesanan langsung dari saya, kalau ada sahabat yang baik, dan taknak rosakkan persahabatan, janganlah sesekali ajak dia buat projek bersama-sama. Sebab, anda akan kenal siapa dia yang sebenarnya selepas projek.

Dialah penipu, dialah penyusah hal orang lain, dialah penghasut dan macam-macam lagi yang tak tertanggungkan. Kita tak boleh expect orang untuk bertanggungjawab dengan apa yang dibuat, jadi doa jelah senjata paling ampuh..

Neraca kita adalah taqwa. Allah yang meluluskan segala projek dan segala apa yang kita pelajari daripada inti yang ada di dalamnya.

Monday, November 28, 2011

i was graduated!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 28, 2011 5 komen best
Saya dah ditauliahkan! percayalah!


 Sebenarnya, saya tak hadir ke konvonya.. sebab abah kata saya boleh dapat sijil tu tanpa perlu saya hadir pun ke sana.. Bila tengok gambar kawan-kawan kat fesbuk amik gambar konvo, saya tak terasa jeles pun.. sebab pergi meredah pacat kat Bukit Ayer lebih best dari semua itu..

Bila harini bukak fesbuk, Dr. Mus pesan suruh ambil barang.. Katanya, saya sorang je yang tak sampai ke tempat konvo..

Pengiktirafan ini ada banyak kebaikan. Antara kelebihan memiliki tauliah ini ialah, pengiktirafan yang diberikan menyebabkan anda dikenali di serata dunia, kerana CILT adalah sebuah badan antarabangsa. Dan, gaji starting mungkin lebih tinggi daripada graduan biasa, (mengikut common sense saya, dengan syarat company tu adalah berstatus antarabangsa).

Masa saya mendapat surat tawaran ke UUM, boleh dikatakan saya hampir tak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang bidang Logistik. Cuma, apa yang sangat meyakinkan saya ialah untuk satu course, saya akan mendapat dua pengiktirafan apabila bergelar graduan UUM, iaitu lepasan ijazah program BBA Logistics & Transport, dan pengiktirafan CILT. Padahal, masa mohon program universiti, saya taktahu apa-apa tentang bidang yang sesuai selain perakaunan dan pengurusan perniagaan ataupun ekonomi.

Abah je yang beria-ia yakinkan saya yang course ni sangat menguntungkan pada masa depan. Terima kasih sangat kat abah sebab selalu meyakinkan anakmu..

Saya hampir tidak dapat melalui 'tarbiyyah pacatiyah' jika pada tarikh yang sama, saya menghadiri konvokesyen bagi mendapatkan sekeping sijil ini.

Penyusunan Allah, sangat bermakna.. Its about killing two birds in one shot!

Sunday, November 27, 2011

Tarbiyyah pacatiyah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 27, 2011 2 komen best
Alhamdulillah, baru sahaja pulang dari satu ekspedisi ke Bukit Ayer. Semasa dalam ekspedisi, kami telah melalui suatu tempat yang bernama Wang Pacat (lembah pacat).

Sungguh, tempat itu memang dipenuhi dengan pacat. Tak ada antara kami yang tak terkena gigitan pacat. Mula- mula, memang semuanya terhenti-henti sebab kejap-kejap ada yang berhenti nak buang pacat. Ada yang terjerit sebab geli.. Lama-lama, bila dah banyak sangat, dan hari pun dah nak malam, kami dah malas nak hiraukan pacat-pacat yang sedang sedap menghisap darah kami.. Kalau tunggu juga nak buang pacat, hari akan malam dan kami akan lewat sampai ke destinasi. Malam akan membuatkan pandangan terhad dan mengundang risiko kebahayaan kalau teruskan juga perjalanan.

Sampai satu tahap kami dah tak merasa sakit pun dengan gigitan pacat, dan ada yang dah berani buang sendiri pacat tu dari kaki.
ini pacat pada kaki. (bukan kaki saya).

Ketahuilah, itulah hidup. Hidup ini, satu ekspedisi. Dan pacat-pacat itu merupakan dugaan-dugaan dalam perjalanan yang mungkin menyebabkan kita terhenti-henti. Sampai satu tahap, kita dah tak kisah, atau sudah terbiasa dengan masalah kecil kerana ada masalah lebih besar untuk diberi fokus dan perhatian. Paling penting, kita perlukan sahabat-sahabat untuk membantu kita mengharung 'pacat-pacat kehidupan', bersama memijak onak dan duri, berkongsi apa yang ada, merasa risau kerana kita 'terseliuh', mendengar setiap celoteh, meminta pendapat dan memberi semangat membina.. ia bukan persahabatan biasa, ia dipanggil 'ukhuwwah'. Tiada iman tanpa ukhwah, tiada ukhwah tanpa kasih sayang.

Dalam ekspedisi, kalau kita leka nak buang pacat, kita akan lupa menikmati keindahan-keindahan yang Allah bentangkan sepanjang perjalanan.. Dalam kehidupan, kalau kita asyik fokus dengan masalah kecil yang remeh, kita akan lupa memerhatikan nikmat-nikmat yang ada dalam kehidupan, lalu menjadikan kita manusia yang hilang kepekaan dan rugi, sangat rugi.

Yakinlah, sesungguhnya yang memberi kemudharatan dan kebaikan itu hanyalah Allah!

Friday, November 25, 2011

kemenangan milik orang yang yakin

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 25, 2011 0 komen best
Saya berada di satu sudut, dimana saya telah melakukan kesilapan bodoh. Dalam kesilapan itu, saya yakin yang saya tak bersalah. Ujian, hanya akan datang kepada orang yang jiwanya hidup dan bekerja. Para sahabat dulu bersyukur bila ditimpa ujian.. sebab merasakan diri diperhatikan Allah untuk kembali mentaatiNya..

Kalau dalam umur muda saya mudah lelah, saya akan cepat menjadi tua. Ujian tak diberi untuk mencipta jiwa manusia yang pendendam kepada Tuhan. Sebaliknya, ia tanda kasih sayangNya..


Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan

Seperti selepas malam
Datangnya siang
Oleh itu waktu senang
Jangan lupa daratan

Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan


Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa

Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali

Ujian adalah tarbiah dari allah
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Ujian adalah tarbiah dari allah(allah...)
Apakah kitakan sabar ataupun sebaliknya

Kesenangan yang datang selepas kesusahan adalah nikmat dari tuhan...



mohon doa tulus dari anda semua yea..
tidak ada apa-apa yang boleh saya kongsikan tentang cerita saya.

Wednesday, November 23, 2011

mengelak rasa tension bila banyak kerja

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 23, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Bila kita banyak assignment, rasa sesak nafas dan 'mental block' mesti menjadi masalah yang mendatangkan rasa tension dan macam-macam lagi masalah lain, kan?

Relaks.. cuba relaks.

Kerja banyak, bila tension, appa pun tabley~~

Bila ada banyak kerja, cuba selesaikan satu demi satu. Anggaplah ia satu tanggungjawab yang tak boleh diselesaikan oleh sesiapa pun kecuali diri sendiri. Yang paling penting, jadikan ia assignment bermakna.

Jangan lupa, apa sahaja yang dibuat, jika kerana Allah, ia menjadi ibadah. Kalau buat assignment sebab ia hanya dibuat untuk dihantar kepada lecturer, ia menjadi hal yang tak ada nilai dan sia-sia. Buang masa, buang tenaga, buang duuit, hati susah tak rasa bahagia. Rugi.

Yang mendatangkan rasa susah itu, Allah. Tadah tangan, minta Allah bagi rasa tenang. Bila hujan lebat-lebat gini, jangan tido, tapi doa.. moga Allah mendatangkan rezeki sebanyak titis hujan yang membasahi bumi..!

Monday, November 21, 2011

dunia ini best bila..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 21, 2011 2 komen best
Dunia ini sangat membahagiakan bila orang tidak tahu mengumpat.

Mendengar dan mengetahui keburukan orang lain itu amat sangat meletihkan sekali, terutamanya jika keburukan itu dimiliki teman yang kita kasihi.

Sedih :(

Wednesday, November 16, 2011

menambah rasa cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 16, 2011 2 komen best
Kita tak pernah dapat menimbang sebanyak mana rasa cinta. Tapi instinct kita mampu memberitahu sama ada ia semakin banyak atau berkurang.

Dalam sebuah buku bertajuk 'Hati Sebening Mata Air', Amru Khalid mencatat bahawa "ketika ketaatan berubah menjadi sekadar kebiasaan (rutin), berkuranglah rasa ketaatan dalam beribadah tersebut". Untuk mengubah keadaan ini, niat perlulah diperbaharui selalu. Begitu juga rasa kasih, jika hanya diterjemahkan ke dalam perbuatan secara rutin, ia menjadi krang bermakna.

Dalam berkeluarga, kadang-kadang kita lupa menambah erat ikatan kasih yang ada. Kerana ikatan dan keterikatan itu telah sedia ada sejak kecil. Kadang-kadang kita sengaja menyakitkan hati sesama sendiri tetapi hasilnya tidak menjadi benci pun.. Amarah dalam keluarga selalunya tanda sayang.. mcm cter Kabhi Kushi Kabhi Gham. ehehe.

Saya ada tanya satu soalan kat abah, semasa dalam perjalanan ke rumah dari KTM. Memang rasa berat sangat nak terkeluar pertanyaan tu, tapi disebabkan rasa ingin tahu yang membuak ya amat, saya tanya juga..

"abah, abah tak pernah rasa penat ke?"
"penat nape?"
"penatlah.. jaga anak ramai-ramai.. dengan macam-macam kerenah.."
abah mencebikkan bibir, dengan wajah relaks, sambil berkata, "tak pernah, nora..."

Abah kata, rasa sayang yang Allah bagi tu lebih banyak daripada kepenatan..

Why not, sesekali, tanya kat ibubapa soalan-soalan cepuemas yang mampu mengubah paradigma dan menambah rasa cinta? ~~~

Sunday, November 13, 2011

Bila beralasan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 13, 2011 2 komen best
Trafik ke blog meningkat kebelakangan ini. Mungkin ada pembaca yang menanti ketibaan entri yang seterusnya.

Sejujurnya, saya sendiri rindu untuk menulis sesuatu yang benar-benar lahir dari hati untuk dituliskan di sini. Kerana; "hanya kata-kata yang lahir dari hati yang sampai kepada hati". Untuk beberapa entri sebelum ini, ia adalah manifestasi daripada apa yang saya mampu tuliskan sebagai nota yang ingin dikongsi.

Hari ini, saya dapat menghadiri sebuah bengkel penulisan yang dikelolakan oleh Encik Yusman, bekas pengarang akhbar NST dan Fatimah Syarha Noordin, seorang penulis. Banyak yang saya ingin kongsi tentang penulisan, insyaAllah untuk entri seterusnya. Kata kak Ha, kadang-kadang, 'pause' itu adalah satu fasa muhasabah untuk kita memperoleh tenaga (boost up) supaya dapat menghasilkan gerakan yang lebih baik lagi. Yang penting, kekalkan momentum berfikiran positif.

Fatimah Syarha ada ditanya tentang bagaimana beliau membahagikan masauntuk menulis dan kerja-kerja lain, dan katanya; "saya pernah cuba untuk ingin memberi alasan pada diri lantaran kesibukan yang teramat, rasa macam tak ada masa nak menulis. Allah izin, bila sya pergi library, saya melihat banyak kitab yang ditulis ulama' sampai berjilid-jilid. Jadi saya rasa malu pada diri sendiri.. sebab ulama' tu semua ada 24 jam juga, sama je macam kita semua."

Seseorang itu sentiasa punya masa untuk apa yang disukainya.

Dia mencontohkan suaminya, Dr. Farhan Hadi. "suami saya, lebih sibuk daripada saya. Pergi kerja pagi dan kadang-kadang sampai lewat malam, ada waktunya perlu on-call dan sebagainya. Tapi bila balik rumah, dia pasti akan memperuntukkan waktu untuk menulis sekurang-kurangnya setengah jam atau satu jam. Kadang-kadang tulis satu perenggan je sehari".

The sweetest is, sometimes they sit to each other to writes and try to win who finished first. Berlumba menulis..!

Saya, amat rindu, dan sangat rindu.. memetik kata-kata Dr. Farhan Hadi, 'rindu adalah perasaan paling ikhlas yang terbit dalam hati..'. Mungkin ini benar-benar fasa untuk bermuhasabah, duduk dan beriman sejenak..

Friday, November 04, 2011

bimbang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 04, 2011 4 komen best
Pernah tengok tak tembikai berbentuk empat segi?

Tembikai berbentuk empat segi akibat dari inovasi dan idea manusia yang melakukan penanaman dan 'shaping' tembikai dari awal ia ditanam, tumbuh dan berbuah.

Pakcik yang menghantar dan mengambil saya untuk ke kelas memandu merupakan seorang bekas tentera. Katanya, dalam tentera ada satu jenis skuad yang digelar sebagai 'elit', tidak bercampur dengan askar biasa mahupun orang awam, yang dilatih hanya untuk menembak orang jika diarahkan. Dia hanya akan bergaul dengan orang awam selepas pencen dan menjalani kursus peneutralan semula diri, ala2 brainwash.

Kasihan, kasihan benar rasanya hidup yang disistemkan seperti itu. Tembikai empat segi.

Saya bimbang menjadi seperti itu.

Course saya ada memperuntukkan baju korporat untuk dipakai pada event tertentu. Bajunya pendek separas punggung, berwarna putih, dan berlengan tiga suku (separas siku). Pada saya, baju itu tak menepati syara' langsung. Senang-senang je saya disuruh pakai inner yang tight itu.

Sudah tentu sahaja suara minoriti untuk meminta kelabuhan baju tidak terdengarkan dan berbunyi enteng. Masih teringat, seorang kakak senior berkata, " akak takkan singkatkan lagi apa yang telah dilabuhkan..".

Bimbang rasanya saya menjadi 'tembikai empat segi' macamtu. Depan Allah nanti, bila saya disoal, takkan nak jawab, "aku pakai singkat sebab event planner yang suruh, katanya wajib!"

Wednesday, November 02, 2011

surirumah itu sibuk.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 02, 2011 0 komen best
jadi surirumah itu sibuk, percaya tak?

Harini chef Ikin masuk dapur.. sekadar tolong basuh pinggan, masakkan sayur pastu goreng ikan.. tak taulah boleh harap ke tak chef Ikin tu sebab bahan-bahan masak semua ibu yang siapkan.

Masa goreng ikan.. chef Ikin terfikir..
ibu kata, goreng ikan tak boleh guna api besar.. kena guna api sederhana je.. (to be exact, 'api besar' ukurannya pada dapur memasak ialah 'max', kalau 'api sederhana' guna 'med' je..) sebab kalau guna api besar, nanti harap luar ikan je nampak masak (siap nak terhangus lagi), tapi bahagian dalam ikan tu belum masak lagi.. kalau guna api sederhana, ikan tu akan tergoreng dengan cantik, dalam pun masak & sedap..

bila kaitkan dengan tarbiyyah..

tarbiyyah dzatiyyah hanya dapat dilalui dengan sederhana.. tak terlalu cepat dan tak terlalu lewah.. kata Ustaz Muhtad, mengikut pengalamannya, orang yang selalu tinggalkan medan dan kerja Islam adalah orang-orang yang realitinya selalu lantang, cepat dan bersemangat.. tetapi disebabkan 'muawwiqot', dia, Allah izin, meninggalkan medan.. tapi orang yang steady & nampak macam slow je, kata ustaz, dialah yang masih konsisten dengan kerja-kerja Islam sehingga ke saat ini..

nak masak ikan pun kena ada proses, apatah lagi nak lalui proses tarbiyyah..kan?

kalau surirumah itu sibuk, apatah lagi orang yang bukan surirumah.. muslim itu, hidupnya sibuk!

p/s: muawwiqot bermaksud halangan dalam melakukan at-taghyir.

Saturday, October 29, 2011

reflection.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 29, 2011 0 komen best
Harini travel dari Perlis ke Penang, kemudian ke SP. Simple Plan.

Saya menikmati keindahan pemandangan sepanjang jalan sampai tertidur.

Agaknya, macam nilah yang sebenarnya analogi hidup. Sesiapa yang terlalu asyik, dia akan terlena dibuai keindahan.

Tapi.. sesiapa yang terlalu asyik memerhatikan kepayahan hidup, dia akan terlupa, bahawa di sepanjang jalan hidupnya, dunia terbentang amat luas dan indah.

Sekarang saya sedang begitu asyik memikirkan tentang seorang sahabat yang selalu membuatkan saya rasa tak dipedulikan. Sedangkan dalam hidup ni, dia selalu rasa tak dipedulikan. Jadi saya peduli tentang dia. Mungkin, Allah ingin saya berusaha lebih banyak, atau, saya perlu belajar membuka mata, bahawa saya perlu peduli tentang lebih ramai orang. Saudara2 Palestin, Somalia, dan sesiapa sahaja yang inginkan pertemuan di destinasi sana.

Memang, dada terasa sempit bila lemah iman. Bila kita tak jaga hubungan dengan Allah, segalanya jadi huru-hara..

Bila saya sampai rumah sahabat di Simple Plan hari ini, saya terjumpa kata-kata ini: "kalau hari ini aku tak rancang hidup aku pada masa depan, SISTEM yang ada pada hari ini akan merancang hidup aku pada masa depan".

Sunday, October 23, 2011

10-1=0

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 23, 2011 2 komen best

Ketika kali pertama mengenal tarbiyyah, saya diperkenalkan dengan sepuluh sifat ini. Ia dihurai secara khusus satu demi satu, dimana setiap daripadanya berakar daripada dalil al-Qur'an dan Hadis.

Bilamana dalam hidup saya tidak dapat mencapai salahsatu daripadanya, kehidupan saya terasa sungguh kuchalana..

Sebagai contoh;
saya tak boleh menjadi bermanfaat kepada orang lain tanpa menyusun urusan dengan baik dan menjaga masa serta melawan nafsu. Tidak mungkin saya mencapai akhlak yang mantap tanpa memiliki aqidah yang sejahtera, ibadahyang sohih dan luas pengetahuan.

Kesemua 10 sifat ini saling menampung antara satu sama lain. Tarbiyyah itu suatu hal yang istimewa, mana mungkin saya ingin menyimpannya untuk diri saya seorang sahaja.

Untuk mencapai kesemua 10 sifat ini, kita boleh bermula step-by-step, mendalami peribadi Muwasofat Tarbiyyah satu demi satu. InsyaAllah, Allah bersama dalam setiap langkah ini..

Ketahuilah, teman-temanku, bahawa; Tarbiyyah tidak dapat meberikan segalanya tapi segalanya boleh diperoleh daripada tarbiyyah!

Saturday, October 22, 2011

Lack of Motivation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 22, 2011 0 komen best
Saya kenal 'motivasi' sejak dengar ceramah abang Raja Shamri masa sekolah dulu.

kenapa saya termotivated dengan dia adalah sebab dia kata, 'abang lahir dengan kaki sebelah tapi abang mampu cemerlang. Kamu? kamu ada dua kaki, tak perlu loncat-loncat macam abang'.

motivasi itu berasal dari 'motive' + 'vision'.

So kalau rasa macam hilang arah dalam hidup tu bererti arah tuju sedang kabur, dan ia perlu dijelaskan kembali.

Saya mula berfikir dan bertindak positif sejak membaca buku-buku karya H.M. Tuah dan Chicken Soup. Motivasitidakdapat dijana jika ada banyak cas negatif, jadi saya mula menjauhi kata-kata dan orang-orang pesimis.

Potensi menjadi orang yang penuh motivasi semakin tinggi apabila mengenal erti 'Law of Attraction'. Dan motivasi paling baik diperoleh ialah daripada al-Qur'an.

Allah adalah motivator terbaik. Sentiasa menunggu kita menumpahkan masalah dihadapanNya dan menunggu kita meminta pendapatNya.

So, konklusinya bila kita lack of motivation ialah bermakna kita tak baca Qur'an, banyak bergaul dengan orang pesimis dan kurang membaca bahan-bahan yang membentuk motivasi diri.

Monday, October 17, 2011

malu nak cakap sibuk..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 17, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim..

Musim kesibukan telah lama bermula. Tapi malu nak cakap sibuk. Ada dalam satu hari tu rasa macam nak cerai-beraikan badan ni biar separuh kat sini, separuh kat sana. I am needed here and there, sometimes.

The most saddened thing is, i need to settle paperwork(s) and letters but in the same time my friend need me to help her for homework but i cant think of anything to help her. Hanya mampu duduk sekejap dan berfikir tapi tak dapat jawapan.

It is terrible when you dont know how to say NO and when is the right time for you to say YES. Its terrible, really-really-seriously terrible.

Bila kawan-kawan memerlukan saya untuk berada bersama through thick & thin, tak terkeluar dari mulut yang 'saya sibuk'.

Kalau cakap perkataan 'sibuk' tu rasa macam dosa besar.. sebab masih ada masa update blog dan twitter. Ustaz Ali Irfan pun ada cakap tentang akhlak Dr. Abdullah Sudin yang ada hampir 60 jawatan tapi susah nak dengar perkataan sibuk dari mulutnya.

Entahlah.. malu nak cakap sibuk.. sebab mungkin pengurusan masa dalam hidup ni yang tak efisien, sebenarnya.

But, truthfully, hidup seorang muslim memang sepatutnya sibuk~~~


Wednesday, October 12, 2011

Kata-kata yang baik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 12, 2011 4 komen best
Kata-kata yang baik, walaupun tak dapat mengubah apa-apa, sekurang-kurangnya dapat menenangkan hati..

Hari ini, kali pertama saya dijerkah dengan kata-kata 'why you are so stupid!'..
Rasanya macam... hmmm.. rasa macam saya ni semut je.

Bukanlah saya tak pernah buat projek tapi sekurang-kurangnya kalau orangtu simpan kata-kata tu, itu lebih baik.. Pegawai Pusat Islam yang melatih saya buat projek kali pertama dulu tak pernah herdik saya sampai macamtu, walaupun saya masatu lebih bodoh dari sekarang.

So, the moral of the story is..

Akuilah kelemahan diri, maafkan orang lain, maafkan diri sendiri kemudian bersabar.. bila nanti, kalau marah sekalipun, at least jangan caci orang walaupun dia buat silap.. Theres no TOTAL stupid person on earth..

Dan.. jangan sampai kesibukan engkau menyusahkan orang!

p/s: lain projek, lain dugaannya.. 

Sunday, October 09, 2011

Life's golden ticket

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 09, 2011 0 komen best


Tadi petang semasa di library saya sempat membelek sebuah buku fiksyen berbahasa Inggeris bertajuk 'Life's Golden Ticket'.

Bukunya agak menarik, dan motifnya tentang menghargai hidup.
Cover Life's Golden Ticket
Tanpa kita sedar, kita semua memegang satu tiket untuk memiliki hidup ini, dari Maha Pencipta. Dengan 'tiket' ini, kita memilih siapa yang ingin kita jadi -- seorang yang periang atau penyedih, kaya ataupun miskin, bahagia atau derita. Its your choice.

Disebabkan kekangan masa, saya hanya membaca 2 chapter terawal dan 3 chapter terakhir. Cerita ni menggabungkan fantasi dan realiti, dimana saya tak faham sama ada watak utama cerita ni sedang mengalami fantasi atau realiti, sebab dia menghilang dari dunia nyata selama 40 hari, bertemu dengan bermacam-macam watak yang mengubah persepsi dan sudut fikirnya tentang hidup dimana di akhir 40 hari itu dia lebih menghargai orang kesayangannya.

Ceritanya boleh dikatakan macam cerita 'Alice in Wonderland'. Saya hanya pernah baca yang versi kanak-kanak. Masih teringat kata cikgu saya, semasa belajar dulu, mereka mengkaji cerita asal 'Alice in Wonderland' yang sangat kompleks bahasanya, sukar difahami dan ia bukanlah se-simple cerita Alice in Wonderland yang ditonton di TV. Entahlah, itu kata cikgu.

kalau cerita ni diadaptasi kepada movie, ia sangatlah bagus.. I wonder whether the man that appear at the end is the same man that help the main character alongside the story.. 

Life's too mystery to be think of. Cukuplah kalau dapat menjawab 3 persoalan utama dalam hidup ni..

Friday, October 07, 2011

bila kau berhajat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 07, 2011 2 komen best
"Berdoalah kepadaKU, nescaya aku perkenankan kepadamu.."

Allah telah berjanji akan memakbulkan setiap doa hambaNya. Sama ada cepat atau lambat, ia terpulang kepadaNya.

Seorang anak pernah bertanya, "Abah, betul ke Allah akan memakbulkan doa hambaNya?" dan abah menjawab.. "Kalau kamu mintak kat abah hari-hari yang nora nak laptop baru.. agak-agak abah bagi tak?"

"Bagi.. kalau abah dah ada duit dan mampu belikan saya laptop baru.." jawab si anak.

"Maknanya, Allah akan makbulkan juga bila dah sampai waktunya.. kamu minta laptop, itu kan satu hajat? sebut hari-hari.. itu kan satu doa? bila abah belikan.. in the same time, bukankah Allah yang makbulkan permintaan tu? bila anak meminta sesuatu.. kalau ia perlu dan relevan, abah mesti usahakan juga.. bila ada demand barulah ada usaha" kata abah.

Lets be aware dengan hajat kita. Saya dah selalu dan sering merasai, menjumpai waktu-waktu yang Allah memakbulkan keinginan dan hajat saya walaupun saya belum memintanya.

Sewaktu laptop lama patah dulu, suddenly ibu get some money from EPF and she buy me this lappy. Pretty unexpected right, this life?

Sewaktu saya baru masuk univ dan berhajat mencari kawan yang baik, out of nowhere ada seorang wanita call saya, menemukan saya dengan apa yang dipanggil tarbiyyah.

Dah beberapa kali sepanjang saya belajar, bila saya tak ada duit, ada je orang belanja atau bagi duit untuk program dan sebagainya.

Semasa semester 3, saya memerlukan RM500 on the spot dan seorang wanita memberikannya kepada saya (pada asalnya saya nak pinjam) tapi dia memberikannya tapna saya perlu membayarnya. Not even a single cent!

Bila nak bersyukur? takkan Allah nak bagi rasa happy manjang baru nak bersyukur, betul tak?
Berhajatlah, Allah pasti menunaikan keinginanmu.. mintalah kepada Yang Memiliki segalanya, Dia Maha Kaya!

Wednesday, October 05, 2011

i can read you.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 05, 2011 0 komen best
Like A Book
Sebenarnya.. Bila ada orang kata dia memahami kita, mungkin dia faham kita pada sudut dunia yang kita tak nampak.. Atau, kemungkinan keduanya, dia sebenarnya tidak pernah memahami kita sedikit pun!

Kita tak perlukan jangka waktu yang bertahun-tahun untuk menjadi sahabat yang baik kepada seseorang.. Cukuplah dengan menerima kelemahannya, menyenangi kehadirannya dan menghargai kebaikannya. Bukan salah kita kalau kita menemui kawan yang tak disenangi, tapi sekurang-kurangnya, jangan keji orang.

Saya bukanlah orang yang sangat terbuka; widely open to any mankind. Saya seorang yang kerek sebenarnya (kot). Tapi sejak mengenal roommate next door yang setiap hari 'mengganggu' hidup saya dengan macam-macam kerenah, saya jadi happy. At least, bila balik bilik, ada je orang ambil tahu bila saya makan, sakit, buat kerja apa dan menjadi tempat saya 'menyibuk' bila penat. Saya sangat menghargai kebaikan girls next door yang selalu buat hidup saya rasa meriah.

diorang dah macam mak saya. Kejap-kejap; "Ikin, dah makan ke belom? Nak makan ape?" atau "Ikin!! pegi mandi....." atau "Ikin~~ takde assignment ke~~" atau "Ikin! Jom pegi mall nak cucuk duit...."

Thank you, girls next door.. Even if you both doesn't know me wholly, but truthfully, other than my roommates, you both understands my flaws..

Monday, October 03, 2011

merajuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 03, 2011 5 komen best
Merajuk itu satu penyakit yang berbahaya kepada persahabatan dan organisasi.

Saya bukan nak refer kepada merajuk yang selalu dilakukan oleh kekasih kepada kekasihnya.

Selalunya orang merajuk sebab terlalu mengharap kepada sesuatu tetapi tidak mendapatkannya, atau merajuk kerana ingin memperoleh perhatian. Ketahuilah, merajuk adalah hal yang merugikan. Merugikan persahabatan bilamana kita memenangkan iblis yang sedang berbisik bahawa dia jahat dan aku betul. Merugikan masa bilamana banyak kerja produktif yang boleh dilakukan tetapi dibuang untuk berfikir tentang merajuk. Mengambil masa yang lama untuk pulih, memujuk diri untuk kembali kepada keadaan yang stabil.

Sebenarnya saya sedang merajuk. But, whats the point of sulking, when someone at the other side doesn't even know that you're sulking? Come on, kin, grow up faster!

Merajuk bukan sifat orang yang matang. Tapi bila dapat bertahan, memaafkan dan jadi seorang yang positif membuatkan saya rasa cool.. (hehehe)

Well, jadi muslim, hidup sebagai seorang muslim dan berfikir sepatutnya seperti seorang Muslim memang cool! Sebab tak ada apa yang nak dimarahkan atau nak dimerajukkan.

So, lets be a cool Muslim~~

Sunday, October 02, 2011

graduation

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 02, 2011 0 komen best
Sekarang musim konvo... terutama di UUM.

Alhamdulillah, ramai senior dah mendapat tauliah. Graduated. Kak Fahana, Kak Su, Abang Adib, Abg Ash, Kak Maryam, Kak Hana.. mereka adalah orang-orang yang telah banyak membantu diri mengukir peribadi menjadi cik adik yang banyak berceloteh dan selalu bersemangat..

Masa berlalu, umur meningkat, dan apabila sampai  waktunya, manusia perlu berubah ke fasa seterusnya..

Saya, sekarang berada di tahun ketiga. Dah biasa dah kalau orang panggil Kak Ikin.

Semalam nampak seorang ayah pegang sejambak bunga. Alangkah bestnya kalau orang itu adalah abah saya.

Graduation seorang muslim bukanlah sewaktu dia tamat belajar, bukan semasa dia memperoleh gelaran dokter, bukan juga masa dia mendapat title profesor.. graduation seorang muslim ialah apabila kejayaan yang dikecap membawa kita ke syurgaNya..

Graduation sebenar ialah graduation di hadapan Allah!

Muslim are always special since we always have extra to gain.. and more to have.. and lots to focus.. our journey wouldn't stop until the last breath!

Tuesday, September 27, 2011

totalitarianism

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 27, 2011 2 komen best
Cara menyebut perkataan di atas ialah totally-tarian-nizam. hehe.

Saya kembali kepada topik-topik kegemaran dalam subjek-subjek yang diambil semester ni. Rasa seronok, bila belajar dengan penuh perasaan. Rasa marah, sedih, kelakar dan aneh.. Rasa kelakar bila kaji sistem buatan manusia sebab saya mempelajarinya, kemudian membandingkan dengan sistem yang real di dunia nyata kemudian mengkaji kelemahan-kelemahannya dan mengetawakan dalam hati terhadap kebodohan manusia kerana sistem yang ideal telah ada didepan mata tapi masih memusuhinya dan mengatakan sistem buatan tangan manusia itu jugalah yang terbaik.

Dalam masa yang sama, saya sedang mengetawakan keculasan diri yang masih jahil dan lalai dan masih duduk disini, menaip kata-kata ini, membunuh ruang dan masa yang sangat berharga ini.

Rasa kelakar, sebab dengan mengkaji ini semua, saya wajib menjawab soalan tentangnya dalam peperiksaan tentangnya kelak pada hujung semester dan saya akan dihukum dengan rasa bersalah apabila mendapat markah rendah akibat main-main dan tidak fokus, sedangkan ada hukuman lain yang menanti yang pada waktu ini saya mungkin terhijab daripadanya kerana kerosakan yang berlaku pada sistem hati saya.

Entahlah. Kebelakangan ini saya kecewa dengan diri sendiri. Kecewa adalah perkataan yang tepat bagi menggambarkan perasaan hati ini. Kekecewaan ini datang tatkala saya membaca baris demi baris setiap buku yang baru dibeli dan yang dah lama dibeli atau dihadiahkan orang tapi tak pernah baca.

Hari ini, saya belajar sesuatu: hargailah masa lapang, sebab kita tak tahu bila masanya kita sempit... Untuk hari-hari yang seterusnya mulai saat ini, mungkin kesibukan akan merampas waktu-waktu yang ada dalam hidup ni..

Semoga, kesibukan ini tidak merampas apa yang berharga dari jiwa saya..........
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea