lately busy follow wedding orang.al maklumlah, musim cuti skola=musim wedding.. macam budak2 skola la pulok yang nak kawen.. esok, sepupu aku abang firdaus nikah. hari langsung sabtu kat rumah bride, then ahad sambut menantu kat rumah dia.. aku jadi tukang menyibuk suda aa.. last week pegi wedding reception kat batu pahat, night before reception ade la plak persembahan kuda kepang.. honestly aku memang tapenah menonton persembahan itu sebelum ni.. so cam eksaited la gak.. memula cam bosan je tapi bila orang yang wat persembahan tu da kene rasuk takot la saye dibuatnye..tapi cam klaka gak aa..best pon ade..tapi, mende camni memang khurafat.. jadi, tapyah la buat..
aku spent cuti ni dengan hal yang penuh bermakna.
cuti kali ni menyedarkan aku bahawa keeping secret with sibling really a best things to do.
aku tak pasti la ape yang aku buat ni betul ke tak, tapi jalan yang aku pilih buat aku rasa yang aku betul. selama ni aku ngan kakngah aku susah sangat nak ngam memandangkan cara aku dan dia memang berbeza dalam banyak hal. mase kecik memang nak bergaduh je kejenye. kakngah selalu buli aku, aku plak memang suka mengadu. rupa kitorang pun tak sama langsung. kalo jalan sesame, orang takkan expect kitorang adik bradik. dia dan aku takde minat yang sama. sebab dia degil lebih skit dari aku, dia salu kene marah. sejak kecil, aku jarang berpihak pada dia.. aku selalu rasa diri aku betul. kadang-kadang aku rasa aku memang seorang adik dan perempuan yang ego. aku tak pernah cuba nak faham siapa kakak aku yang sebenarnya.
tapi, sejak aku sedar yang aku dah separuh dewasa, aku secara sedikit-sedikit berusaha mengenal siapa dia. sebenarnya bila kita kenal adik beradik kita sendiri, yakin pada mereka, rasa sayang kat diorang makin bertambah. banyak orang yang aku kenal tak hargai adik beradik sedarah mereka. ada juga yang benci adik sendiri. bagi aku, ada adik bukan untuk dibenci, tapi diajar jalan yang betul, diberi nasihat dan disayangi. adik adalah orang yang belum cukup tahu berbanding kita, mudah diajar dan dilentur. selama ni aku tak pernah berpeluang nak berlama-lama dengan adik-beradik. sebab aku selalu berada jauh dengan diorang. mungkin itu satu faktor kenapa aku tak faham dengan tindakan-tindakan diorang. bila jauh dari diorang, aku rasa menyesal sebab aku tak ada kenangan yang dalam tentang diorang. aku sendiri tak tau ape diorang suka makan, suka buat, yang aku tau bila balik rumah dan ada hal yang tak kena je kat mata aku, aku pasti jadi marah-marah. bukan senang untuk cope dengan seseorang walaupun darh daging sendiri, kadang kadang kita layan orang lain lebih baik dari kita layan adik beradik sendiri. apa hak kita nak buat macamtu...? lepasni, mungkin aku akan further study somewhere..jauh dari family..entah bila aku nak gather ngan diorang macam sekarang..
aku harap sangat diorang tau yang aku sayang diorang sangat-sangat n aku minta maaf sebab tak mampu fahami hati diorang dalam-dalam sebelum ni..aku akan berusaha mencari titik kesefahaman dan kesepakatan dalam adik beradik aku.. : yakin dan percaya dan saling mengenali, tak ada benci dan saling bermuafakat. whATs gonna work..? TEAMWORK!