Monday, June 21, 2010

saya dan facebook

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 21, 2010 6 komen best
beberapa fakta tentang saya dan facebook:

  1. mula menggunakan facebook semasa baru memasuki alam universiti
  2. pernah deactivate beberapa kali tapi masih mengunakannya setelah log in macam biasa 
  3. telah tidak aktif selama berapa bulan entahla (tak ingat) sebab saja buat-buat lupa pasword yang entah apa saya letak
kenapa saya buat semua tu adalah sebab saya addicted dengan facebook dan merasakan ia telah memberi impak besar kepada keputusan sem 1 saya yang teruk dan menyakitkan hati. harini saya log in sebab beberapa perkara: 1)ada kerja projek apetah kena tengok melalui fb, 2) nak buang apa yang ada sebab berhajat nak tutup terus fb..

tapi bila saya log in ini yang saya dapat..

setelah mellalui beberapa bulan (hampir 6 bulan) tanpa facebook, saya dapat meninjau dan menilai kembali baik buruknya..

kebaikan:
  • facebook telah membuat saya terharu
  • mengikat persahabatan dan menjalin kasih sayang
  • penting untuk projek dan program terutamanya macam projek COB entrepreneurship carnival pada penghujung julai nanti
  • sedara mara yang dah lama tak jumpa dah ada facebook rupanya..
keburukan:
  • bila saya pergi library, mesti ada je tengah melayari facebook..saya rasa perkara tu tak patut kalau harta universiti guna untuk hal mengarut..
  • rasa macam diri dibogelkan bila orang tahu semua hal kita melalui facebook..lebih baik tak perlu ada kut.. sebab wanita lebih selamat kalau low profile..
  • banyak buang masa kat facebook bila addicted.. 

Photobucket

hadiah 20 tahun kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 21, 2010 4 komen best
Apabila kita mulai membuka mata, kita akan terlihat warna-warna yang ada di sekeliling kita. Apabila kita mula membuka hati kita, maka ia akan mula menerima apa yang ada. Sebabnya, hati kita ini seperti cawan, yang memiliki ruang yang minta diisi. jika tak diisi apa-apa ia dipenuhi debu dan angin, tetapi jika diisi sesuatu ia menjadi bermakna.

Semalam 20 jun dan saya genap 20 tahun. Nak cerita tentang celebration ke? haha.. semuanya berlaku semalam. hari bapa, pertunangan makcik, birthday saya.. Kakak saya belikan saya kek berbentuk bola yang sedap.. Hadiah harijadi? saya dapat free call&SMS ke 8 nombor selama 7 hari dari celcom.. sila jeles untuk bukan pengguna celcom~

menggulung 20 tahun kehidupan saya..alahai, apalah sangat yang saya dah buat dengan hidup saya ni, kan..
2 tahun bersekolah tadika, 6 tahun sekolah rendah, 5 tahun di asrama penuh, 1 tahun di matrikulasi, 1 tahun di universiti. 

macam sama je dengan orang lain, kan?
bangun pagi, pergi sekolah, belajar, berkawan, makan minum segala..apakah yang telah saya hadiahkan buat diri saya setelah umur saya mencecah umur 20 tahun ni?

rasa macam kita ni tak ada apa-apa je.
Masa kita masih dalam usia remaja, kita mula belajar mengenal diri. Kita selalu bertanya pada diri, "kenapa aku tak sama dengan orang lain?" dan mula berusaha untuk menempatkan diri berada dalam ruang hati orang lain.Tetapi bila kita semakin dewasa kita cuba membuat diri berbeza daripada orang lain tetapi semakin kita berusaha untuk menjadi berbeza rupa-rupanya kita sama je dengan orang lain.

lets make it different one for another seconds, minutes, hours, days, weeks, month and years to begin...belajarlah menghargai apa yang ada.. May Allah guide us, ammin...Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Monday, June 14, 2010

lusa adalah hari terakhir perkhidmatan Tan Sri Nordin Kardi sebagai VC di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 14, 2010 0 komen best
Sebab dah baca tajuk entri, kan.. tak perlu lagi kut baca petikan akhbar di bawah ni..nampaknya junior batch 2010/2011 la yang bakal mendengar ucaptama Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak sebagai VC baru waktu minggu orientasi nanti.. Dengar-dengar, keputusan exam dah keluar hari ni.. dah tengok?


KUALA LUMPUR: Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak dilantik Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) selama tiga tahun mulai 16 Jun ini bagi menggantikan Tan Sri Dr Nordin Kardi.Dr Mohamed Mustafa, 50, telah berkhidmat dengan UUM selama 25 tahun, sebelum ini menjawat jawatan Timbalan Caunselor (Akademik dan Antarabangsa).Pelantikan beliau untuk tempoh tiga tahun mulai 16 Jun ini hingga 15 Jun 2013 diumumkan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin dalam satu kenyataan hari ini.
baca lagi di sini dan sini.
sumber: Berita Harian Online


tahniah, Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak

dan terima kasih, Tan Sri Nordin Kardi!

Photobucket

entri sampah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 14, 2010 2 komen best
dah banyak kali rasanya saya klik tab "new post". Tapi entrinya tak pernah siap. Biasanya perkara macamni akan berlaku kalau saya berada dalam 'low motivation'. Saya tak suka menulis entri dalam keadaan negatif, sebab ia akan mempengaruhi emosi orang yang membaca.

saya rasa sedih sebab waktu cuti membuatkan saya tak pandai menggunakan masa dengan baik. Dah lama ketua saya bagi satu tugas dengan mudah, tetapi sebab gangguan dalaman dan luaran, sampai sekarang tugas tu tak siap-siap.

Mungkin saya terlupa, melakukan sesuatu diluar kemampuan saya akan membuatkan saya terasa lemau dan lelah.

Lagi 18 hari je cuti.
Photobucket

Saturday, June 05, 2010

apabila laut dan pantai berkata-kata..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 05, 2010 6 komen best
Harini saya ke Port Dickson buat kali pertama setelah 6 tahun menetap di Nilai. yayay! tercapai juga hajat hati..

Teringat masa RESS baru-baru ni, Fatimah azZahra berkata, orang Islam tak buat sesuatu dengan saja-saja.. Jadi ada dua point yang saya dapat daripada bicara laut dan pantai hari ni:

  1. Kita akan merasa terkesan dengan pukulan ombak ketika di pantai, tetapi kita akan terbiasa dengannya sehingga ia seperti tiada apabila kita semakin jauh ke tengahnya. Begitu juga dengan kehidupan kita, kebiasaan menghadapi cabaran akan menjadikan kita hidup dengannya. Orang yang tak biasa menghadapi cabaran akan terasa impaknya, tetapi apabila cabaran lebih besar dihadapi, maka cabaran kecil-kecil menjadi biasa saja. Samalah juga macam melakukan maksiat. Mula-mula buat memang rasa terpukul dan bersalah, tetapi akan terasa macam tak ada apa-apa bila ia menjadi kebiasaan. 
  2. Alangkah baiknya jika diri kita ini dijadikan seperti laut. Tahukah anda, laut jika tidak masin maka busuklah dunia ni. Sebabnya segala kotoran yang dibawa oleh saliran dan segala sungai yang ada di dunia ni akan dibawa ke laut, tetapi laut tak busuk pun, malah meneutralkan bau-bau busuk. Kan baik kalau kita menerima segala yang buruk dalam kehidupan ni dan mentafsirkannya menjadi baik dan positif?
  3. Bagusnya kalau hati kita seperti pantai. Ia sentiasa dibersihkan oleh sang laut dan kembali ke rupa asalnya walaupun sudah dipijak-pijak manusia. Ia taat menerima hamparan ombak, menurut perintah Allah..
  4. Tadi saya jumpa kepah kecil..ia cuma tertutup..bila diperhatikan, ia akan mengeluarkan lidah dan mengorek lubang..ia telah diciptakan tanpa tangan tapi mampu melakukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh yang mempunyai tangan dengan apa yang ia ada.
Hebatnya pantai dan laut..hebatnya akal yang mentafsirkan..Maha Hebat Allah yang menciptakan..

Friday, June 04, 2010

Just by crying..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 04, 2010 2 komen best
Manusia melata di atas muka bumi kerana mereka mempunyai perut untuk diisi.

Berjuang-fight for something- itu rutin bagi setiap individu, kan? Setiap hari kita berjuang untuk meneruskan hidup, mendapatkan kemahuan dan menggunakan Machiavellinism yang ada dalam diri kita.

Bila layan baby hari-hari, saya perhatikan kitaran hidup seharian bayi. Bangun, bermain, makan, mandi, berak-kencing, dan tidur. Every desired thing granted just by crying. Bahasa seorang bayi cuma menangis, tetapi dia mampu hidup sehingga boleh bercakap dan menguruskan diri.

Pernah dengar tak kata-kata, "Semakin pandai manusia berkata-kata semakin dia tidak difahami"? Ibubapa memahami kehendak anak ketika belum pandai bercakap, tetapi apabila anak semakin membesar dan meningkat remaja-dewasa, tahap kefahaman ibubapa terhadap apa yang anak mahu semakin berkurang.

Tinggi bahasa seorang karyawan sastera tidak mudah difahami bahasanya berbanding samseng jalanan yang mudah di-assume salah betul laras bahasanya..begitu juga dengan bahasa perundangan seorang pelajar undang-undang, madahnya tidak sama dengan madah pojok penjual di pasar.. Saya kira bahasa bisnes jualah yang logik untuk saya faham dengan mudah..ecece..

Bayi menangis untuk meminta dipenuhi keperluannya, kanak-kanak menangis kerana ingin dibelai dan dimanja, bagaimana kalau remaja, orang dewasa dan orangtua yang menangis? Susah nak predict.

Apapun, menangis itu satu anugerah..kan?

p/s: entah kenapa rasa macam tertunggu-tunggu keputusan keluar. Bila eh?
Photobucket

jangan permainkan nama Allah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 04, 2010 2 komen best
dah dua hari dah. Saya asyik terima mesej yang berbunyi lebih kurang begini:
"Saya bersumpah dengan nama ALLAH akan menghantar mesej ini kepada 9 orang. jika saya tak melakukannya, saya rela tak berjaya seumur hidup".

Tolonglah jangan forward mesej begini ya. Sebabnya:
  1. Sumpah bukanlah permainan.
  2. Kita sibuk isu orang bukan Islam permainkan nama Allah (padahal mereka tak ada kefahaman), tapi tak sedar yang kita sendiri zalim dengan permainkan nama Allah dengan cara macamni.
  3. Mesej macamni mesej sampah aje. Ingatkan ada perkara penting dalam mesej, rupanya mende mengarut. 
  4. Tak rasa membazir ke?
  5. Kadang-kadang orang hantar doa yang di forward..mungkin forward tanpa baca dulu kot..janganlah forward perkara yang tak penting.. takut-takut boleh jadi fitnah pada perkara baik..
  6. Teknologi tak dijadikan untuk merosakkan..manfaatkanlah sebaiknya, okei?
Seriusly..tak suka sangat mende camni.. saaangat annoying kut rasanya.. Fikir dulu sebelum forward/hantar mesej.. jangan laa takut sangat sumpah-sumpah atau kata-kata bala/balasan yang ada dalam mesej yang diterima tu.. Segala kebaikan/keburukan tu datang daripada Allah..

Semoga bermanfaat. Minta maaf atas segala khilaf.

Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea