Manusia melata di atas muka bumi kerana mereka mempunyai perut untuk diisi.
Berjuang-fight for something- itu rutin bagi setiap individu, kan? Setiap hari kita berjuang untuk meneruskan hidup, mendapatkan kemahuan dan menggunakan Machiavellinism yang ada dalam diri kita.
Bila layan baby hari-hari, saya perhatikan kitaran hidup seharian bayi. Bangun, bermain, makan, mandi, berak-kencing, dan tidur. Every desired thing granted just by crying. Bahasa seorang bayi cuma menangis, tetapi dia mampu hidup sehingga boleh bercakap dan menguruskan diri.
Pernah dengar tak kata-kata, "Semakin pandai manusia berkata-kata semakin dia tidak difahami"? Ibubapa memahami kehendak anak ketika belum pandai bercakap, tetapi apabila anak semakin membesar dan meningkat remaja-dewasa, tahap kefahaman ibubapa terhadap apa yang anak mahu semakin berkurang.
Tinggi bahasa seorang karyawan sastera tidak mudah difahami bahasanya berbanding samseng jalanan yang mudah di-assume salah betul laras bahasanya..begitu juga dengan bahasa perundangan seorang pelajar undang-undang, madahnya tidak sama dengan madah pojok penjual di pasar.. Saya kira bahasa bisnes jualah yang logik untuk saya faham dengan mudah..ecece..
Bayi menangis untuk meminta dipenuhi keperluannya, kanak-kanak menangis kerana ingin dibelai dan dimanja, bagaimana kalau remaja, orang dewasa dan orangtua yang menangis? Susah nak predict.
Apapun, menangis itu satu anugerah..kan?
p/s: entah kenapa rasa macam tertunggu-tunggu keputusan keluar. Bila eh?
Friday, June 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

2 komen best:
pemerhatian kehidupan. manusia berubah, dan apa yang diingini juga berubah. bergantung kepada apa yang mahu di hati masing2.
hm..kalau saya menangis untuk dapatkan apa yang saya mahu, mesti dah kena tampar~
Post a Comment