Friday, April 30, 2010

Daddy long legs

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 30, 2010 6 komen best
Pernah tak anda tahu kalau anda ada secret admirer?

mestilah tak tau, kan..nama pun secret admirer..secret admirer dan stalker mahupun pervert bukanlah perkara yang sama, okei. Situasinya lebih kurang tapi secretly admiring someone is an honour to oneself, and also to the person he secretly put in mind, i think. Masa saya masih di matrikulasi, saya pernah tengok cerita Daddy Long Legs. Walaupun hanya menonton sekali je, tapi jalan ceritanya amat best sehingga terkesan di hati saya.

Diilhamkan daripada novel "Daddy Long Legs" yang ditulis oleh Jean Webster, layar cerita Daddy Long Legs (sebuah filem Korea) berkisarkan tentang seorang gadis bernama Young-Mi yang merupakan seorang anak yatim. Yuran pengajiannya sentiasa dibayar oleh orang yang tak dikenali semasa di kolej. Dia sentiasa mendapat hadiah daripada seseorang tanpa diketahui asal-usul hadiah-hadiah tu.. Perkara ni berlarutan sampailah dia kerja.  Masa dia apply untuk kerja sebagai deejay kat stesen radio, dia terus diterima.. Dan masa di tepat kerja pun selalu dapat hadiah..

Dan, nasib baik, dia dapat tinggal di rumah yang tak diduduki tuannya kerana masalah kesihatan. Di rumah yang didiami tu, Young Mi terlihat sebuah PC dan memeriksa komputer tu..dari PC tu, owner asal PC tu menerima e-mail yang dihantar oleh diri sendiri mengikut tarikh yang ditetapkan. E-mel tu berkisar tentang owner PC yang sukakan seseorang sejak zaman sekolah, tapi dia malu untuk menyatakan perasaannya. Dia berusaha keras untuk berjaya macam orang yang disukainya secara rahsia tu, dan bila orang tu kerja di sebuah stesen radio, dia juga berusaha untuk kerja di tempat yang sama. Dia menulis e-mail tersebut kerana bimbang memorinya tentang orang yang disukai tu akan hilang bersama penyakit yang dihidapinya. Young Mi amat tersentuh dengan kisah owner PC tersebut dan berhasrat untuk membantu. Sebagai deejay radio, Young Mi membaca kisah e-mail tu untuk mencari lelaki yang disukai oleh owner PC dengan harapan lelaki tu akan tampil kepada owner PC tersebut. Disebabkan itu, rating pendengar Young Mi tinggi dan popular.

Dalam masa yang sama, Young Mi berkenalan dengan librarian radio tu yang bernama Kim Jun Ho dan selalu meluangkan masa dengan lelaki tersebut. Dalam diam, Young Mi ada hati kat Jun Ho. tapi, setelah beberapa lama, dia perasan yang lelaki tu adalah orang yang di-mention-kan dalam e-mail tu, jadi dia pun macam run away from that guy, sebab dalam fikirannya, dia tahu yang ada seseorang yang dah lama suka kat Jun Ho.

Dalam mencari siapakah 'Daddy Long Legs'nya, Young Mi dapat tahu yang pekerjaannya di stesen radio memang telah ditetapkan oleh Daddy Long Legs tersebut. Jadi mula-mula, dalam bayangannya, dia ingatkan Dady Long Leg yang difikirkan selama ni adalah pengarah stesen rdio tersebut, jadi dia berhadapan dengan bosnya. Dari situ, dia dapat tahu yang Daddy Long Leg ialah Jun Ho, yang akan kehilangan memori dan menyebabkan kematian. Rumah yang diduduki Young Mi juga adalah rumah Jun Ho, dan banyak nota-nota yang ditinggalkan oleh Jun Ho untuk Young Mi yang diminati sejak zaman sekolah lagi. Sebagai seorang pelajar seni, Jun Ho telah membuat arca muka seorang wanita yang digantung di rumah yang didiami Young Mi. Selama ni, Young Mi ingatkan arca tu adalah arca pemilik rumah tu, sebabtu dia fikir orang yang dicari dalam emel tu adalah seorang lelaki dan menyangkakan pemilik PC tu seorang wanita.

Akhir kepada cerita ni adalah kematian Jun Ho, dan Young Mi cuma hidup dalam kenangan tanpa sempat membalas kasih Jun Ho.

-----------------------------------------------------------------------------------------
what a sad story, rite? rupanya orang yang dicari dalam e-mail tu adalah diri sendiri. Rupanya selama ni orang yang dicari ada depan mata. Rupanya nota-nota dan arca dalam rumah yang didiami tu adalah untuknya. 

so. guys. watch around you...maybe there is someone who you did not care much when they are really care for you..

memetik kata-kata seorang kawan, "Cinta tidak berbalas itu sakit, tetapi lebih sakit jika tak menyatakannya".
but, remember, friends, ada satu kata-kata yang popular disebut, "Jika seseorang itu mencintai seorang yang lain dan mati tanpa sempat menyuarakannya, dia mati syahid."

satu lagi nota tentang cinta.
post signaturePhotobucket

Thursday, April 29, 2010

harini, kita belajar subjek cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 29, 2010 2 komen best
oh. bertuah betul hari ni. alhamdulillah. Lepas menghadap subjek statistik sepanjang hari, saya berpeluang mengikuti talk dari serang prof yang best: Profesor Madya Makzan Musa. Subjeknya tentang cinta. Well, bukan cinta biasa.~

First, beliau mengetengahkan keratan-keratan akhbar tentang kes pembuangan bayi. Sebenarnya talk ni khas untuk program Politeknik Mara yang datang melawat UUM, tapi saya saja menyibuk.. Prof Makzan menyatakan yang kes-kes buang bayi ni berpunca dari pelbagai faktor, terutamanya cinta.

Apa yang menarik, dia cakap, "organ seks bagi remaja bukan kemaluan, tetapi otaknya. Otak mentafsirkan dan ia mempengaruhi seluruh tubuh badan"

Saya tak pernah tahu sejauh ini dan betapa istimewanya psikologi dan pemikiran. Mereka mentafsirkan sesuatu lebih jauh dan memandang sesuatu dengan cara yang berbeza berbanding pandangan masyarakat umum. .M.e.n.a.r.i.k.

oh, termengarut jap; sambung lagi.

Second, prof kata, seks untuk dapatkan zuriat, tapi cinta untuk dapatkan kasih sayang. Selama ni, saya amat pelik bila baca kisah-kisah pengakuan orang yang dah terlanjur, dan prof sendiri pun kata salah satu faktor pembuangan anak dan zina luar nikah ialah tidak dapat membezakan antara cinta dan seks. Bagi mereka, cinta mesti ada seks, dan seks itu cinta.

bukan, bukan, bukan

third. Cinta mesti dizahirkan. macammana nak zahirkan tu? ilaffyou, youlaffme ke? no. itu namanya ekspresi cuma,kata prof. apalah ada pada ekspresi, semuanya di hujung jari.. Sewaktu kita sakit, sahabat kita jaga kita. Sewaktu kita memerlukan sesuatu, ada yang memberi bantu. Sewaktu kita nak masuk ke universiti, ibubapa berusaha melengkapkan keperluan kita semampunya. Ini namanya cinta. ia terzahir dari perbuatan.. jadi, kita perlu bijak mengenalpasti cinta atau ekspresi. [berzina luar nikah tu bukan penzahiran cinta,okei!]

fourth. Cinta, menurut Sternberg (1986), mempunyai tiga segi. Komitmen, keintiman dan passion (keghairahan).Dan segitiga yang paling ideal ialah apabila komitmen berada di puncak segitiga.



Memetik kata-kata Aristotle, "Yang ideal hanya ada dalam alam idea", atau dalam bahasa jawanya; "its all in your mind".

fifth. Manusia ada dua sisi, ideal self (diri ideal) dan real self (diri sebenar). sewaktu bercinta sakan tu, semuanya nampak baik aje. 'dia' lah yang paling baik, paling hensem, tampan, cantik bergaya, baik hati, ambil berat, sopan, penyayang..ah.semualah yang sempurna-sempurna tu semua sifat 'si dia'. maklumlah, waktu bercinta semua yang indah, semua watak ideal. Bila dah kahwin, duduk sebumbung, ada tanggungjawab, santap muka 'si dia' hari-hari, layan perangai dia, masa ni lah, baru tahu yang 'si dia' tu pengotor, teruk, pemalas dan segala perangai sebenar tampak dengan nyata. Inilah dipanggil real self.

sixth. Dating bukalah tingkahlaku sosial orang Melayu. apatah lagi orang India mahupun Cina. pendek kata, bukan perangai orang Malaysia. Dating iala pengaruh Barat yang diikut-ikut remaja Melayu. Dari sudut syarak, ianya HARAM.

seventh. tentang ideologi andartu. orang selalu kata perempuan tak elok kawin lambat, nanti digelar andalusia dan sebagainya. Kata prof, karut semua tu~. selagi tak jumpa yang sesuai, yang ada komitmen, then its okay not to kahwin. Dia kata lagi, perempuan penting sangat untuk ada kerjaya pada hari ini, in case suami tak bertanggungjawab, meninggal dunia dan kemungkinan-kemungkinan lain..


ada banyak lagi.. ada 6 jenis/peringkat/tahap cinta (saya tak pasti nak classify ape). cinta romantik, cinta berahi, cinta compassionate, cinta kosong, intimasi, dan tiada cinta.

saya fikir sampai sini sahaja subjek cinta pada kali ini. selamat malam :)

p/s: esok saya exam. kertas Statistik. mohon didoakan :)
Photobucket

Monday, April 26, 2010

kejahatan jangan dipaksa, kebaikan jangan ditunggu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 26, 2010 5 komen best
saya baru lepas study sains pemikiran dan etika. kalau saya sengetkan kepala, terus urat-urat tengkuk saya berbunyi-bunyi (hahaha, bongkak la kau, ashikin). ni tandanya kepala dah tertunduk lama.

Aristotle kata, kebaikan bukan fitrah kecuali pada nabi dan rasul. maknanya ia cuma akan terjadi, atau menjadi sifat seseorang apabila ia diulang-ulang dan dibiasakan secara extrinsic (dilatih). Siapa setuju dengan kata-kata Aristotle ni?

Secara dalamannya saya tak setuju, sebab bagi saya kebaikan itu fitrah, dimana sesiapa saja berhajat kepada kebaikan. Dan ia tentang pemikiran, tidak ada betul atau salah selagi ianya adalah pendapat.

Kejahatan, siapa pula yang sukakan kejahatan?

Dalam elemen alam, api itu perlu buat memberi kehangatan, tetapi kalau ia terlalu banyak, ia menjadi disaster. "api itu ibaratnya: kecil jadi kawan, besar jadi lawan". Bermakna, kejahatan itu perlu dalam elemen kehidupan buat menjadi sempadan, tapi kalau terlalu banyak ia menjadi masalah besar kepada dunia.

Tapi, jangan dipaksa sisi jahat seseorang yang biasa-biasa itu untuk tampil. Kerana apabila ia terjadi, tiada sesiapa yang sukakannya. Siapalah yang sukakan kejahatan, kan?

Kadang-kadang saya terfikir, orang yang berbuat jahat macam merompak dan bunuh orang apa semua tu, tak tau hukum alam ke?

Teori utilitarianisme memang tak boleh pakai.

saya pernah tanya pada ramai orang. kira macam survey la juga nih.

"Buat jahat dengan buat baik, mana lagi susah?"

jawapan biasa, "Buat baik la susah."

Cuma satu orang sahaja menjawab begini, "buat jahat la susah. bila nak mencuri, mesti sorok-sorok. kalau nak merompak, kena tunggu waktu sesuai, macam waktu malam ke.. kalau kena tangkap kena hukum pulak. kalau buat baik, senyum pun dah dikira sedekah. Senang kan, buat baik?"

so, jangan tunggu-tunggu lagi untuk buat baik~

Photobucket

Saturday, April 24, 2010

sometimes.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 24, 2010 4 komen best


i just dont know what i am after.sometimes we lost track, and it depends to individual on how fast we get back on track.

"benarkah engkau orang yang beriman,sedangkan engkau belum duji?"

terkadang hidup ini terasa amat menyedihkan.tatkala kita menyangka kita sedang berlari jauh, rupanya kita sedang berlari setempat.

itulah pentingnya memeriksa diri selalu.

semoga berjaya.
Photobucket

Friday, April 23, 2010

sekadar picisan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 23, 2010 4 komen best
1.haha.kelakar kan joke ni? sekadar picisan.

2.semalam ada orang dah fix-kan atap. alhamdulillah, baru je dua hari sebelum tu buat report, sudah di repair.terima kasih buat petugas...dan syabas kerana cepat bertindak.

3. kelmarin, dengan jayanya saya turun ke tasik bermain kayak pertama kali untuk semester ini (sepanjang semester ni saya tak pergi wall climbing, go kart ataupun kayak, apatah lagi berbasikal). ini kerana saya banyak terlibat dengan aktiviti menjadi fasilitator. (ceh, alasan la kau, ikin).

4. dari bilik saya, selalu terdengar orang main biola dari blok sebelah. memang harmoni.. apatah lagi kalau hujung minggu.. untuk orang yang tak pro menilai muzik macam saya, i rate her 4 star.

5. pagi tadi saya pergi join team HALUAN berkelah kat padang UUM.. pakcik Roslan baru sampai dari KL, operation jantung. Dan beliau menceritakan pengalamannya kepada kami. keadaan menjadi hening sebentar.. mohon doakan kesihatan beliau, kawan-kawan.

6. jiran belakang rumah saya meninggal semalam. Sedekahkan al-fatihah, semoga beliau dirahmati Allah..

7. saya masih dalam exam mode, tetapi kesihatan saya kurang baik. doakan saya, kawan-kawan!

8. tiba-tiba aje...angin takde, ribut tak ada.. saya dapat mesej untuk program jualan orientasi semester depan..pening kepala saya~
Photobucket

Thursday, April 22, 2010

Untuk sahabatku yang papa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 22, 2010 1 komen best
Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang
membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan
dan pengertian tentang Kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan
nasibmu.

Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk
mengumpul harta untuk mencari pengetahuan. Dan kusebut pengertian tentang
Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan
keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.

Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merupakan penyambung
lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. Tenanglah, kerana engkau
merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan
tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.

Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu
dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu, dan membangkitkan
jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan
merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, dan engkau akan memandangnya
sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang
berlainan. Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan
terhadap masa kini dan harapan masa depan. Antara tidur dan jaga, di luar
fajar merekah.

Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan api keagungan jiwa,
sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. Duka
melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan
kemelaratan dihilangkan, jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong,
hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.

Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia. Tidak dapat
ditukar dengan emas; tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka
yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.

Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya
mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata. Orang-orang papa yang
kusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan
waktu yang paling mesra bagi keluarga, sebagai lambang kebahagiaan bagi
takdir angkatan yang akan datang. Tapi hidup orang yang senang bermewah mewahan
dan mengumpul emas, pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam
kuburan. Itu menandakan ketakutan.

Air mata yang kutangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada
tawa ria orang yang ingin melupakannya, dan lebih manis daripada ejekan
seorang pencemuh. Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, dan
mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.
Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali
pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. Dan dukacita yang kausandang,
akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. Dan angkatan
mendatang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran
tentang Kasih Sayang dan Persamaan.
(Dari 'Suara Sang Guru')

KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN, oleh Khalil Gibran

nota: Khalil Gibran  atau Kahlil Gibran, saya tak pasti ejaan namanya yang betul. sajak ini saya peroleh daripada PDF yang bersumberkan 4shared.com. Puisi-puisi beliau banyak menyentuh dan memberi teguran kepada umat tentang kehidupan, menyeru kepada kesedaran mensyukuri nikmat, dan mengenal erti hidup. Beliau berasal dari Lubnan dan riwayat hidupnya boleh dibaca di sini [klik]. Beliau lahir pada Januari 1883 dan meninggal dunia pada tahun 1931.


Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

.it is the best of times..it is the worst of times.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 21, 2010 2 komen best
penat kerana berjuang itu memberi satu kepuasan.

maksud saya, penat kerana belajar itu adalah hal yang tak apa berbanding penat kerana sesuatu yang tak bermanfaat. Entah kenapa, di akhirnya, saya masih terasa apa yang saya buat tak pernah cukup untuk dipanggil usaha.

kawan,
hidup ini hanya sekali.

sebab itulah namanya blog ini "it is the best of times..it is the worst of times"
hidup ini tentang masa. waktu dan ruang yang bertemu dan ia menjadi suatu sisi bermakna.

kalau anda nak sia-siakan masa muda dan membuang-buang hidup ini, silakanlah. untuk yang sudah menemui erti hidup,  tahniah.

kita akan rugi kalau tidak berilmu, beruntung kalau mempunyai ilmu, bijak kalau mengamalkan ilmu dan bermanfaat kalau mengajarkan ilmu.

maka, lanjutkanlah gerak merebut kemenangan!

good luck, kawan-kawan.
Photobucket

Tuesday, April 20, 2010

marah itu merugikan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 20, 2010 0 komen best
  1. Syaitan amat suka kepada orang yang marah
  2. Orang yang marah menyebabkan kawan-kawan lari daripadanya
  3. orang yang marah melepaskan masa-masa dalam kehidupannya untuk tersenyum dan mengecap nikmat hidup
  4. muka orang yang marah tidak suka untuk dipandang oleh manusia
  5. syaitan akan sentiasa menghasut manusia supaya berdendam dan marah-marah, dan kalau kita menjadi benar-benar marah bererti kita telah berjaya dihasut syaitan---ini bererti kita memberi kemenangan kepada musuh kita
  6. apabila kita marah tanpa sebab yang munasabah, bererti kita seorang yang zalim kerana tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. sebagai seorang yang bergelar muslim, kita sepatutnya marah kepada diri sendiri apabila melakukan kemungkaran, melihat kemungkaran, dan tidak mencegah kemungkaran.
  7. marah akan membuatkan terputusnya silaturrahim dan rosaknya persahabatan
  8. marah itu bukan sifat seorang muslim yang berilmu, tetapi ia adalah sifat syaitan dan iblis yang benci kepada kebaikan
  9. orang yang marah bererti fikirannya diluar batas kewarasan, gagal mengawal nafsu dan fikirannya terganggu.
  10. Orang yang marah adalah orang yang kerdil kerana berfikiran sempit dan gagal mengawal diri. Orang begini tidak akan dilantik menjadi ketua, tidak disukai sahabat handainya dan jika diselidik, didapati banyak sekali umpat keji orang terhadapnya kerana dia tidak boleh ditegur dan mudah melenting. Dia hidup dalam dunianya sendiri, ditipu perasaannya dan amat sedih jika didalami jiwanya.
  11. Marah itu api, ia membakar diri
  12. setiap yang dimulai dengan kemarahan akan berakhir dengan rasa malu (selalu terkena nih, hehe)
Cara menghadapi marah, kemarahan dan orang-orang yang marah:
  1. beristighfar
  2. sabar
  3. minum air
  4. ambil wudhuk
  5. jika sedang berdiri maka duduklah, jika sedang duduk maka berbaringlah, jika sedang berbaring maka tidurlah.
  6. Mendalami ilmu dan merendahkan hati
  7. jauhi orang lain ketika hati sedang marah, atau sedang menghadapi orang yang marah diamlah seketika atau jarakkan diri daripadanya sebentar.
  8. banyakkan berzikir
  9. banyakkan membaca kisah sahabat dan sirah nabi, dan contohi bagaimana mereka menahan kemarahan, waktu bagaimana yang mereka marah dan bagaimana mereka menghadapi kemarahan. (Contohnya, ketika seorang lelaki meludah seorang sahabat ketika dalam peperangan dan sahabat hampir memancungnya dengan pedang, tetapi tidak jadi kerana takut dimurkai Allah, boleh jadi dia membunuh kerana kemarahan diludah, bukan kerana jihad memperjuangkan Islam).
  10. Merasa takut dimurkai Allah jika marah
  11. berdoa kepada Allah supaya dilindungi daripada perasaan marah yang tidak sepatutnya/berdoa dilindungi daripada hasutan syaitan
  12. memperbanyakkan zikir, kerana kita tidak tahu bila maghfirah itu sampai.
  13. Contohi akhlak nabi..(Ingatlah, nabi tidak pernah marah kepada orang yang melemparkan tahi dan sampah kepadanya setiap hari, tidak pernah mendoakan azab ditimpakan kepada umatnya dan sentiasa mendoakan kebaikan.) menahan marah juga satu sunnah.
  14. memaafkan orang lain supaya tidak jadi marah.
Natijah menjauhi marah
  1. hidup akan menjadi lebih tenang
  2. mendapat kemenangan melawan nafsu dan bisikan syaitan
  3. iblis dan syaitan bersedih kerana tidak berjaya mempengaruhi kita
  4. terbebas daripada belenggu penyakit hati
  5. Belajar untuk bersabar
  6. mendapat ganjaran pahala dari Allah
  7. disukai orang sekeliling
  8. didoakan malaikat
  9. disayangi Allah dan Rasul
  10. mendapat banyak kebaikan dengan bersabar
Keberkatan itu tidak datang kepada hati yang ditutup nafsu..dan bertenang-tenang itu adalah lebih baik kerana ia daripada malaikat..Orang yang gopoh gapah, selalu rugi kerana gopoh gapah itu sifat syaitan..

Maafkan saya kalau ada khilaf, saya juga manusia yang lemah menghadapi kemarahan. Saya menulis untuk mengingatkan diri, dan berkongsi.

saya pernah dimarahi seorang senior dalam satu program kerana kesilapan saya, dan saya dimaafkan.. dari sikap senior saya itu, saya belajar sesuatu. Dia hanya marah pada masa yang perlu, dan dia sangat cool. Inilah sifat orang Islam sebenarnya, profesional. Jadi, tak ada sebab untuk saya tak memaafkan orang lain apabila saya marah, kerana saya pernah dimarah dan pernah dimaafkan.

Marah itu membawa 1001 kekesalan, 1001 keburukan, 1001 kebencian..

Berhentilah menjadi orang yang rugi, dan lanjutkanlah gerak merebut kemenangan!

Semoga bermanfaat.


Photobucket

Sunday, April 18, 2010

Pengambilan Fasilitator Kursus SADN 1013 & TITAS

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 18, 2010 0 komen best
Ini ada pengumuman daripada Unit HEA Universiti Utara Malaysia (UUM):

Pengambilan Fasilitator bagi Tutorial Kursus SADN 1013 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 1 (TITAS) 1 bagi Semester Pertama Sesi 2010/2011 (A101).

Permohonan adalah dipelawa kepada semua pelajar UUM yang berkelayakan untuk bertindak sebagai Fasilitator bagi Tutorial Kursus TITAS 1.

Syarat-syarat Permohonan

Terbuka kepada:-

1. Semua pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang beragama Islam.
2. Status pelajar adalah masih aktif di UUM.
3. Telah mengambil kursus TITAS 1 dan mendapat Gred (B+) ke atas.
4. Mendapat PMK 3.00 ke atas.
5. Keutamaan diberikan kepada Pelajar yang pernah menjadi Fasilitator Kursus ini pada semester- semester yang lalu.

Imbuhan:-

1. Pembayaran Insentif sebanyak RM 200.00 bagi tempoh 10 minggu tutorial dan Surat Penghargaan akan diberikan kepada Fasilitator terlibat.

Permohonan hendaklah melalui borang permohonan yang boleh melalui cetakan borang permohonan dari fail attachment yang dihantar melalui alamat e-mail studnet@uum.edu.my  atau melalui laman web (JHEA) http://uum.edu.my/hea/ yang terdapat dalam menu ”Download Form ” .

Borang permohonan yang telah siap diisi perlulah dihantar ke Unit Pengkuliahan, Logistik dan Pengijazahan, Jabatan hal Ehwal Akademik (JHEA).

Pegawai dihubungi : Pn. Hayati Jamali
Tel : 04- 928 3104
E-mail : tjamali@uum.edu.my
Satu sesi temuduga akan dilakukan oleh pihak sekretariat dan tarikh, masa serta tempat akan dimaklumkan kemudian.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 16 Mei 2010.

Sekian.

notasaya: ada satu syarat tak lepas. haih. ada sikit keciwa. :(


Photobucket

Saturday, April 17, 2010

bilik banjir kala hujan: cerita beruk di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 17, 2010 2 komen best
sejak peperiksaan tadi, bumi Sintok bermandi hujan..

lepas sampai bilik, makin menjadi-jadi lebatnya hujan. Bunyi guruh dan petir sabung menyabung, sehinggakan koridor depan bilik saya basah dengan air hujan. Dan, tak sangka pula atap bilik saya bocor, bilik saya dimasuki air dari atap. Sebelum ni tak rosak macamni pun atapnya..

'Apartment' saya di tingkat dua, dan tingkat tertinggi di luar segiempat blok. Kata rumate saya, dia ada terdengar bunyi makhluk melompat-lompat atas bumbung bilik kami sebelum ni.. sudah tentulah makhluk itu adalah beruk..

Baru-baru ni saya nampak kepingan atap yang dah pecah kat bawah bilik saya, tak sangka pula ia adalah milik atap bilik ni..sebelum ni dah beberapa kali saya lihat beruk-beruk memanjat bumbung dan menjatuhkan kepingan-kepingan atap hostel/dewan makan ke bawah dek kerana terlalu asyik bermain kejar-kejar macam kat taman bunga kan..

selalu kalau keluar pagi-pagi komuniti beruk ini sudahpun mula beroperasi melakukan aktiviti harian, kadang-kadang dari tingkap bilik pun saya boleh tengok aksi sarkas beruk yang kadang-kadang bergaduh entah kerana apa.

Pernah sekali ketika saya berjalan dengan Isfa dari LEGO ke PSB, hampir-hampir je Isfa nak terkena 'air dari langit'..haha.. sebelum ni tak pernah pun saya terkena, dan kawan saya tu sempat pula memandang apa punca 'air dari langit' itu.. hehe..

Oh. berbalik kepada keadaan bilik saya. Tiada kerosakan harta. tiada kemalangan jiwa. Cuma lantai basah, perlu watch out, nanti tergelincir. Banyak jugalah air yang telah berjaya ditadah baldi..

hmm..bagus juga tindakan beruk membocorkan atap bilik saya.. sekurang-kurangnya semester depan atap bilik saya yang bocor sudah diganti baru..
Hujan lebat macamni, bagus berdoa.. "Ya Allah, kau berikanlah kami ilmu sebanyak hujan yang turun ke bumi ini.."

ambil barakah dari masalah. Dalam musibah, ada rahmah, insya Allah..
Photobucket

saye dah ade google chrome, tapi..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 17, 2010 4 komen best
dah beberapa hari lepas saya guna google chrome..

memang pantas la kalau sedang membaca komik onemanga. hahaha..siapa tahu saya gila komik online..lepas seharian di library, saya akan mengadap lappy membaca komik..

tapi untuk sesetengah web yang saya biasa buka macam twitter dan formspring, masih selesa guna firefox.. kenapa ya? mungkin sebab malas nak pindah2..heheh. lagipun chrome semak sikit dengan popout translator tu.. macammana nak kasi popout pelik tu turn off?

kadang-kadang google chrome pun lembab jugak kalau line internet menggeramkan..

harini ada exam pukul 2.30pm. paper ekonomi malam tadi, beyond expectation...fuh~


beberapa hari ni saya asyik teringat sarapan buatan tangan ibu je.. kenapa ya? mungkin sebab sepanjang semester kelas saya pagi, jadi tak sempat fikir pasal breakfast pun..(ceh, padahal homesick~)..

bila ibu tanya saya 'bila nak balik', saya pun terus pergi beli tiket..first time tempah tiket awal2..

Photobucket

Friday, April 16, 2010

update pantas sebelum tidur-esok exam!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 16, 2010 2 komen best
Esok adalah hari tirai pembukaan Peperiksaan Akhir Semester kedua sesi 2009/2010 bagi pelajar Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah. Jadi, pesanan saya:
  1. malam ni mesti tidur awal 
  2. esok mesti bangun awal
  3. rasa berdebar sudah datang~
  4. esok print out exam slip
  5. exam pukul 8.30 malam di DMAS
  6. semoga berjaya buat semua rakan
  7. saya minta maaf atas semua salah dan khilaf
  8. saya meletakkan harapan yang tinggi pada semester ini
  9. kawan-kawan, doakan saya!
Photobucket

Thursday, April 15, 2010

fenomena baru-formspring

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 15, 2010 2 komen best
anda suka bertanya? atau hendak mengenali orang yang anda tak kenal?
 
picture credits to angelinabyceline.tumblr.com
kebelakangan ni saya selalu melayan formspring.

sekurang-kurangnya formspring tak memerlukan banyak masa, sama seperti twitter, berbanding facebook, friendster, myspace dan lain-lain.

formspring tak perlu kepada ruang pendedahan diri yang besar, sebab soalan yang ditanya pun boleh dipilih sama ada nak jawab atau tak. Ruang ini digunakan saya untuk bertanya-tanya kepada orang lain, dan setakat ini kawan-kawan yang saya ada cumalah geng-geng UTP aje. Saye tak tahu mana perginya orang-orang kat UUM.. hihi..


Kalau digunakan secara formal, formspring boleh menjadi sangat bermanfaat. Badan-badan kerajaan, bukan kerajaan, artis-artis, ahli politik pun boleh guna jugak untuk jawab pertanyaan peminat/rakyat.
bercakap tentang formspring, saya terfikir tentang tindakan PSB (Perpustakaan Sultanah Bahiyah) yang menyekat penggunaan facebook pada watu pejabat. (Boleh buka facebook, tabuleh comment apesuma tu..)  Saya tak tahu pun pada mulanya, tapi kawan-kawan study group yang cerita.. Saya tabiklah!

Dan untuk long-term service PSB, saya masih tunggu kaunternya dibuka..
esok exam slip tak prinout lagi.
Photobucket

Wednesday, April 14, 2010

Surat pekeliling PETRONAS

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 14, 2010 2 komen best
Saya rasa ini penting untuk semua orang tahu. Pernah tak anda dapat barangan percuma daripada sesiapa semasa mengisi minyak di stesen minyak? kalau ya, sila baca.sila klik pada gambar untuk baca.
ini saya peroleh daripada sepupu saya melalui e-mail. Credit to her. :)


Photobucket

Tuesday, April 13, 2010

imperfect perfectionist.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 13, 2010 2 komen best
"you are so perfectionist" katanya dalam keadaan bergurau.

sejak itu perkataan itu bermain-main di kepala saya. Manusia selalu mempersoalkan kesempurnaan. Segalanya mesti mahu sempurna. Hakikatnya sempurna itu subjektif.

Bagi saya sempurna itu wujud dan tak wujud. Sempurna itu sifat Tuhan. kalau saya katakan orang cacat itu sempurna, anda setuju tak?

kalau saya ditanya soalan itu, saya akan setuju.

God creatures are perfect. always perfect. hatta cacat takde mata sekalipun, ia tetap perfect. ketidaksempurnaan itu cuma sifat makhluk. Kenapa saya katakan orang cacat adalah perfect kerana Allah yang telah menjadikannya begitu. perkataan dan persepsi cacat adalah prejudis ciptaan manusia.

cacat itu cumalah diluar batas kebiasaan. katakan kalau Tuhan jadikan semua orang takde cuping telinga, tapi tiba-tiba anda ada telinga, orang lain akan katakan anda ni cacat, kan?

Katakan manusia kata dapat straight A itu perfect, kerja bagus-bagus itu perfect. Kelak apabila persepsi kita berubah, orang itu tidak lagi perfect. Tak perfect jugak, kan?

apa yang kita boleh usahakan dalam hidup ni adalah buat yang terbaik cuma.

Kerana sempurna iu bukan sifat makhluk.

Manusia yang mengejar kesempurnaan dalam setiap perkara akan melihat kekurangan pada setiap yang dilakukan. dan dialah orang yang paling tak sempurna.

Walau sesempurna mana pun kita cuba melaksanakan sesuatu, ia tetap buruk pada pandangan sesetengah orang. Walau sebaik manapun seseorang lelaki yang, tidak semua orang akan memperkatakan dia seorang lelaki yang baik. Begitu juga, walau sekuat mana pun seorang ibu berusaha melakukan yang terbaik buat anaknya, adakalanya si anak menjadi derhaka tak tentu punca.

Kadang-kadang untuk kita menghasilkan sesuatu yang baik, kita tersilap langkah. Kita sangkakan apa yang kita buat sudah terbaik, tetapi hasilnya tidak seperti yang kita mahu. Kadang-kadang kita terlupa bahawa adanya tindakan di luar kebiasaan. Kita lupa bertawakal kepada Allah.

Seorang ibu, misalnya. Dia memberikan segalanya yang dirasakan perlu bagi seorang anak, sampai dia tidak sedar bahawa dia telah terlalu memanjakan anaknya sehinggakan anaknya itu setelah dewasa menjadi kurang ajar dan lupa diri.

Seorang guru, misalnya. Dia berasa tercabar lantaran seorang pelajar yang bercakap di hadapannya dalam kelas semasa mengajar, tidak menjawab soalan yang ditanya. Lantas, memberi penampar dirasakan langkah yang terbaik demi memberi pengajaran kepada budak itu dan yang lain. Hasilnya, budak itu menjadi lebih jahat dan kurang ajar.

Seorang adik, misalnya. Selalu mengalah pada si kakak demi mengelakkan pertengkaran, tetapi kakaknya sentiasa berasa tidak puas hati kepadanya dengan menuduhnya yang tidak-tidak.

Hakikatnya menjadi sempurna adalah mustahil. Fairy tales tidak wujud dalam dunia realiti. Hatta cerita Cinderella sekalipun.

Yang boleh kita lakukan adalah melakukan perkara terbaik di atas garis panduan, dan berdoa supaya dibantu Allah atas setiap gerak geri kita, dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Jangan lupa sifat redha.

bersangka baik itu baik.
Maaf kalau kata-kata dalam entri ini sukar difahami, semoga apa yang saya ingin sampaikan membri maksudnya.
Wallahu a'lam, semoga bermanfaat.

nota kaki: perfectionist bermaksud seseorang yang suka memastikan semua perkara adalah sempurna dan tidak puas hati dengan kekurangan.

Photobucket

Monday, April 12, 2010

for all the feelings that fade away

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 12, 2010 2 komen best
untuk semua perasaan yang sudah tidak ada. untuk semua rasa palsu yang telah hilang. untuk semua keharmonian dan kasih sayang, apabila ia telah berlalu...

kadang-kadang kita di pihak yang memutuskan, jadi kita tidak tahu apakah pihak yang lagi satu mahu. dan bilamana roda kehidupan berputar, kita di pihak yang diputuskan, dan kita tiba-tiba tahu apakah rasanya berpijak pada tanah.

namun kita tidak ada daya untuk mengubah hati orang, tetapi kita ada daya mengubah keadaan.

jangan kita lupa, yang membolak-balikkan perasaan itu siapa. Yang memiliki hati-hati ini adalah siapa. Dia yang menentukan hati kita berasa begini dan begitu. Dia telah menjadikan syaitan untuk menyuntik penyakit-penyakit hati. Dia telah menjadikan perasaan itu lumrah...

andaikan kita tidak ada perasaan.

maka dunia berwarna warni ini pasti tidak ada erti.

Tatkala kita merasakan kita sudah melakukan yang terbaik untuk orang yang kita sayangi, atau sekurang-kurangnya belajar untuk menyayanginya, atau cuba memahaminya, atau cuba menghormatinya, atau ambil tahu tentangnya atau..apa-apa sahaja... tatkala kita merasa tak dihargai, maka itu bermakna kita belum ikhlas...

Tatkala kita tersayat hati menghadapi cercaannya yang senyap, dan doa dan sabar menghiasi kalbu, dan hati dicucuk-cucuk syaitan supaya menjadi marah-marah, istighfar menjadi dinding kekebalan... Ya, bagaimana ya kalau seorang ibu menghadapi kerenah anak-anaknya?

Tatkala kita cuba untuk membenci dia, dia sudahpun menjadi sebahagian daripada masa kehidupan yang kita ada..dia mengajar kita erti kesabaran dan menangani kekerasannya..dan suatu hari apabila kita berjumpa orang yang berperangai lebih teruk darinya, kita sudah bisa membandingkan..

Pesan nabi, "apabila kamu menemukan masalah yang besar, anggaplah ia kecil..apabila kamu menemukan masalaha kecil, anggaplah ia tidak apa-apa.."

Ayuh bangkit pemuda-pemudi Islam..!
jangan lemah, jangan lemah..
ada banyak di luar sana masalah ummah..
relakah kita melihat tempik sorak iblis dan syaitan?
relakah hati dan jiwa kita dirobek penyakit-penyakit hati?
relakah kita meninggalkan jihad hati ini...?

Allah yang memiliki segala hati, jadi kalau kita rasa payah menghadapi penyakit-penyakit dunia, maka berdoalah..doa kan senjata mukmin!
"Wahai Pemilik Jiwa kami, Engkaulah yang memegang hati-hati kami, yang membolak-baliknya, yang menentukan apa yang dirasanya, Kau tetapkanlah hati kami di atas jalanMu..."
Tuhan jadikan kita belajar satu-satu.
Untuk berlari, kita perlu belajar bertatih dan terjatuh, dan parut yang kekal bererti 'award' dari kehidupan!


saya sayang semua.

Photobucket

things i wonder

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, April 12, 2010 0 komen best
Ini semua cerita semalam.

  1. Semalam saya pergi ke Bangunan Sains Kognitif untuk menghantar tugasan Kenegaraan Malaysia kepada Dr. Rohani. Beliau banyak berpesan supaya belajar betul-betul dan bersungguh-sungguh.. [Kalau dia boleh, sayapun mestilah sangat boleh!!-InsyaAllah..]
  2. Semalam semua ATM di UUM Out of Service.. saya fikir ini semua gara-gara blackout selama 6 jam hari sebelumnya untuk proses repair hapetah kat pencawang utama..
  3. Jadi duit yang saya ada cuma cukup untuk bayar printout tugasan. sebelum tu sempat beli sebotol air dan dua keping roti.alhamdulillah!
  4. ATM mula berfungsi dalam pukul 3.30 petang. 
  5. Semasa menunggu makanan, saya terasa amat lapar. Maka terbayanglah makanan yang banyak yang ingin dimakan. (fatamorgana kadang-kadang, hehe).  Patutlah Rasulullah menganjurkan kita supaya makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makan sebelum lapar supaya kita tak tamak untuk membeli itu dan ini (seperti yang selalu berlaku semasa bulan puasa), dan berhenti sebelum kenyang supaya kita tak terasa malas. Lagipun kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.
  6. Kak Su akan menamatkan pembelajarannya di UUM semester ini..sorang demi sorang akan meninggalkan saya.. Semester lepas abang Adib, semester ni Kak Su, semester depan Kak Yana, sem lagi satu Kak Reen, kemudian Kak Ila. Ni semua geng Pulau Perhentian.
cukup dulu kut ceritanya. 

Photobucket

Sunday, April 11, 2010

sarapan pagi 2

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 11, 2010 4 komen best
selamat pagi kawan-kawan. dah 3 hari berturut-turut saya buat entri pagi kan. Maklumlah, sekarang dah habis semester, dan dalam tempoh minggu belajar. Harini, iaitu sekejap lagi saya akan menapak ke bangunan PSB dan FSK untuk menghantar tugasan berkumpulan terakhir.

saya nak sediakan sarapan pagi sebelum pergi. semoga mengenyangkan kita seadanya.

2. Abu Zar berkata, "menghadiri majlis ilmu itu (pahalanya) adalah lebih baik daripada slat 1000 rakaat, melawat 1000 orang sakit dan menghadiri 1000 majlis pengkebumian"

3. Seorang ulama' berkata, 3 perkara yang menjadikan sesuatu amalan itu ikhlas, iaitu

  • melihat apa yang Allah beri kepadanya sebagai dari Allah dan milik Allah (maka hilanglah perasaan ujub pada diri)
  • memulakan kerja yang dibuat untuk mencari keredhaan Allah (dengan sebab inilah akan memecahkan dorongan hawa nafsu yang tidak menyukai perkara-perkara yang baik)
  • Mencari ganjaran pahala daripada Allah SWT (walaupun sedikit tetapi berterusan), dapat memecahkan perasaan riya' dan tamak.
Cukup dulu breakfastnya. Semoga memberi tenaga sepanjang hari..
Photobucket

Saturday, April 10, 2010

sarapan pagi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 10, 2010 0 komen best
Meh sini kawan nak cerita.

Pagi-pagi gini, universiti tak macam universiti. Taktahulah saya, kalau mereka ada baka atau berketurunan arab-tak faham takpe.

1. Masa majlis solat maghrib berjemaah+solat hajat+bacaan yaasin secara besar-besaran kat Masjid Sultan Badlishah baru-baru ni, pelajar tulis nama.. untuk point SIRA, kata Aisyah. Sebenarnya saya tak setuju tentang bagi point SIRA untuk projek amal ibadah sejak program pertama di UUM lagi-SPIKE'09. Tapi jawapan Aisyah saya rasa betul- "sekurang-kurangnya mereka datang dan ada dapat ilmu kat sini, berbanding tak buat apa-apa". Ustaz Muhtad ada berkata, nak cegah kemungkaran dalam 3 keadaan, 1)kemungkaran kecil macammana sekalipun (sebab amar makruf nahi mngkar), 2) Kemungkaran yang ditegah akan membawa kebaikan yang setimpal, 3) Cegah kemungkaran yang akan membawa kemungkaran yang lebih besar.
Wallahu a'lam.

cukup ni dulu kut.

maaf, saya tarik entri sebelum ni. mungkin ini lebih baik.
"Jangan habiskan umur muda dengan perkara sia-sia..."

salam sayang, semoga bermanfaat fillah.

Photobucket

Friday, April 09, 2010

tazkirah pagi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 09, 2010 6 komen best
dengan ini saya mengisytiharkan sesi pembelajaran semester kedua 2009/2010 berakhir.

Ia berakhir semalam. ah. Semuanya terlalu cepat berlalu.

Jadi, sepanjang 4 bulan kita di sini, apakah yang telah kita lakukan? ber-facebook hari-hari? internet 24 jam? baca buku sampai rabun? mari kita muhasabah..

"Orang yang paling celaka adalah yang paling keras hisabnya.". Teman-teman, kita kena berazam, tanamkan dalam hati dan fikiran yang "aku takkan benarkan diri menjadi bahan bakar, aku akan melakukan apa sahaja untuk mencapainya"


When Allah decide the Goal, Allah decide the Way.

mari bermuhasabah dan berdoa.~
Photobucket

Tuesday, April 06, 2010

secebis kata jiwa (semoga menyuntik iman untuk gagah dari tergugah!)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, April 06, 2010 4 komen best
tak kiralah jahat manapun seseorang tu, pasti ada sisi baiknya.

1. Bila anda benar-benar geram dengan seseorang dan ingin memperkatakan sesuatu yang buruk tentang dia, ingatlah kebaikan yang pernah dilakukannya kepada anda walaupun sedikit. Ingat, jika kita membuka keaiban orang, Allah akan membuka keaiban kita hatta di dalam rumah kita sendiri. Dan mengumpat itu adalah satu daripada cabangnya dosa-dosa besar.

2. Kita akan mati entah bila-bila masa, dan malaikat maut akan menjenguk kita 70 kali sehari. Jadi buatlah amal hatta waktu sedang tidur sekalipun.

3. Mati itu pasti bagi semua orang. dan ia bukan satu penamat, malah bukan penghujung kepada sebuah kehidupan. Pernah tak anda tengok seseorang ketawa berdekah-dekah apabila orang terdekatnya mati? Tidak, kan? Sebenarnya mati adalah satu syarat untuk kita bertemu dengan Allah, Tuhan Yang Maha Pengasih. kita sepatutnya benar-benar berhajat untuk berjumpa Allah, kekasih kita..

4. Kita ni banyak sangat terlalai dengan dunia. facebook la..formspring la..twitter la..komik online la..pastikan apa yang kita buat tu bermanfaat..Jangan nanti kita dah mati, kita merayu-rayu meminta dikembalikan ke dunia untuk beramal..pegawai kerajaan dan swasta, jangan berfacebok dengan harta kerajaan/company..!

5. Beramallah dengan ilmu, sebab ilmu dengan amal kena berjalan seiring. Allah sayang orang yang berilmu, dan lebih sayang kepada orang yang beramal dengan ilmu. Jadi....mari strive untuk jadi manusia cemerlang!

senang-senang dengarlah lagu Open Your Eyes by Maher Zain..ataupun membacalah.. tengoklah alam ini sepertimana nabi Allah Ibrahim mencari Tuhan..
  • jangan malas
  • jadi rajin
  • jangan lepaskan peluang untuk bermanfaat kepada orang lain
  • jadikan mati sebagai motivasi
  • orang Palestin nak pergi sekolah hari2 kena inspection macam penjenayah..betapa kesiannya diorang..kita ni tak bersyukur ke dengan apa yang kita ada? diorang sekarang sedang sibuk nak pilih syurga ang mana satu, tapi kita di mana? adakah kita dapat hatta menghidu harumnya syurga?  adakah kita mendambakan neraka?
salam sayang, semoga bermanfaat..doakan saya..



Photobucket

Sunday, April 04, 2010

Wanita bekerja lebih baik?-perbahasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, April 04, 2010 2 komen best
sebenarnya saya nak ceritakan pasal main hujan waktu keci-kecik dulu, tapi takpelah. itu cerita lain kali kut.

Harini ada perkara lebih menarik untuk dibincangkan. Tadi saya debate untuk kelas Hubungan Etnik di bawah kelolaan Ustaz Khadafi. Tajuknya, "Wanita bekerja lebih baik dari lelaki bekerja".

Sekilas baca tajuk, apalah punya tak rasionalnye kan tajuk ni..adake wanita kerja lagi baik dari lelaki..abestu, lelaki nak buat ape? duduk  rumah jaga anak goyang kaki tengok tv? no way.

hahaha..okok. saya di pihak pembangkang, dan lelaki di pihak pencadang.

Pihak lelaki menghujahkan, bahawa wanita bekerja itu lebih baik. Ini kerana
  1. membantu kelangsungan ekonomi
  2. memberi kemudahan dan membantu mengurangkan bebanan pendapatan suami
  3. ada sebahagian daripada kerja-kerja yang tidak mampu dilakukan oleh lelaki dan lebih sesuai dilakukan oleh wanita, kerana sifat wanita itu teliti dan kompleks.
  4. Wanita pada zaman Rasulullah juga bekerja
  5. agama tidak menghalang wanita bekerja selagi dia menjaga batas aurat, maruah dan pergaulannya.
  6. Wanita juga bekerja walaupun di rumahnya 
  7. Wanita pada hari ini ramai yang berpendidikan, jadi pendidikan tu digunakan untuk mengisi ruang-ruang kosong dalam industri (katanya, apa gunanya belajar sehingga ke menara gading tetapi tak dapat dimanfaatkan).
Di pihak wanita, iaitu pembangkang,  memberi hujahan balas dengan menyatakan bahawa
  1. Wanita bekerja tidak akan menumpukan perhatiannya kepada rumahtangga dengan baik
  2. Wanita bekerja merasakan bahawa dia tidak lagi memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya lantaran mempunyai wang sendiri dan kuasa beli, jadi ini menjatuhkan martabat lelaki di mata seorang wanita, padahal fitrahnya lelaki itu adalah pemimpin kaum wanita. Jadi ini memungkinkan penyebab dan punca kepada banyaknya perceraian yang berlaku pada masa kini.
  3. Apabila rumahtangga terabai, maka anak-anak juga terabai. Ini merupakan antara punca berlakunya lambakan gejala sosial seperti merokok, menagih dadah, buang anak, kahwin lari dan sebagainya. Anak-anak yang kekurangan kasih sayang dan perhatian akan melihat kepada sumber lain sebagai tempat mencurahkan kasih sayang dan memperoleh perhatiannya. Akibatnya, anak-anak akan tersilap memilih kawan kerana ibubapa terlepas pandang.
  4. Wanita akan sukar melakukan pekerjaan selain pekerjaan rumahtangganya, kerana dia akan mengandung dan melahirkan. Setinggi manapun jawatan seseorang wanita, apabila dia perlu bersalin dan bercuti untuk tempoh berpantang, ia akan menjejaskan struktur tugas wanita tersebut dalam organisasi (pihak pencadang mencantas kata-kata ini dengan mengatakan sentiasa ada pengganti untuk bos wanita).
  5. Seorang wanita yang bekerja perlu menguruskan emosinya untuk menghadapi dua orang ketua dalam kehidupan sehariannya. Sewaktu bekerja di pejabat, dia perlu menghadapi ketuanya, dan di rumah dia perlu menghadapi suaminya. Bagaimana mungkin seorang wanita mempunyai dua orang ketua dalam kehidupannya? ini akan menjeaskan emosi dan perasaan wanita yang bekerja.
  6. Sewaktu berhujah, saya bertanya kepada hadirin lelaki: Anda mahu ke isteri anda bercantik-cantik bersolek pakai minyak wangi di luar rumah bukan untuk anda tapi untuk orang lain? pastu...mereka dengan sebulat suara menyatakan TIDAK. (Jadi, cari isteri solehah ye kawan-kawan.)
  7. Sebagai hujahan balas kepada Umar yang menyatakan bahawa surirumah adalah satu pekerjaan, kata barisan pembangkag, ia bukan satu pekerjaan, tetapi kerja-kerja rumahtangga ialah satu tanggungjawab, iaitu WAJIB bagi seorang wanita.
  8. Sebagai hujahan balas juga terhadap persoalan kenapa wanita lebih ramai bekerja di industri dan memperoleh pangkat yang tinggi berbanding lelaki adaah kerana lelaki pada hari ini tidak proaktif, lembab dan tak berkualiti. Mereka sendiri tidak berusaha untuk merebut peluang-peluang yang baik ini. Malah, mereka juga tidak mempunyai kelayakan untuk duduk di kerusi-kerusi yang berpangkat tinggi. (saya rasa point ni macam melampau sikit, tapi perkara ini memang betul dan lelaki selayaknya menerima ini sebagai satu cabaran!)
Terima kasih kepada seseorang yang mengingatkan saya bahawa nas al-Qur'an dan hadis tidak boleh digunakan dalam perbahasan, kerana ia sudah terang nyata lagi bersuluh berada di paksi kebenaran, jadi tak boleh dibahaskan sama sekali ayat al-Qur'an dan hadis. Takut tersalah dan berdosa pula. Waktu itu, saya nak cari point dan meletakkan di status YM bahawa saya nakkan dalil al-Qur'an dan hadis untuk digunakan dalam perbahasan.

Sebagai kesimpulannya, ada kalanya kata-kata pihak pencadang pun benar untuk sesuatu bentuk situasi, iaitu dalam sesetengah keadaan, memang wanita itu bekerja lebih baik. Begitu juga di pihak pembangkang, ada waktu-waktunya wanita tidak bekerja adalah lebih baik. Speaker telah memutuskan bahawa tidak ada pemenang, iaitu fair and square. Kami berbahas cuma untuk berkongsi ilmu, bukan untuk mencari titik perselisihan, tetapi membawakan perkongsian ilmu dan mencari titik kesepakatan dan keharmonian. Tidak ada yang salah dalam menyatakan pemikiran.

Saya minta maaf kalau post ni nampak prejudis sikit sebab  point-pointnya melebihkan pihak saya, iaitu pembangkang. Ini kerana huraian pihak pencadang kurang jelas pada saya, dan saya lebih arif dengan hujah-hujah pihak pembangkang kerana saya sudah mengkajinya selama hampir tiga minggu. Hakikatnya, saya amat kagum dengan pihak pencadang kerana bukan senang untuk mereka mencari point kenapa wanta lebih elok bekerja-dalam keadaan sosial masyarakat masa kini, saya kira mereka pun bersetuju bahawa wanita itu lebih baiklah duduk di rumah menguruskan hal ehwal rumahtangga-mereka sendiri tidak ingin wanita kesayangan mereka tercemar emosi dan berbakti kepada lelaki lain.


Untuk next class, tajuknya lebih menarik: "Adalah lebih baik lelaki berkahwin lebih daripada satu" atau dalam pentafsiran yang lebih jelas, "Amalan poligami itu baik" dimana pencadangnya adalah wanita dan pembangkangnya adalah lelaki. Ada bran?

Photobucket

Saturday, April 03, 2010

Pendaftaran kursus untuk semester depan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 03, 2010 2 komen best

Dah hampir seminggu saya daftar kursus untuk semester ketiga nanti. Junior year saya di sini sudah hampir ke penghujung. Saya mendaftar 6 subjek; English for Communication II, Perakaunan Pengurusan, Asas Keusahawanan, Pengangkutan Bandar dan Luar Bandar, Pengurusan Pengangkutan Jalanraya, Business Law, dan Statistik Gunaan. Rasanya semua subjek semester depan dalam Bahasa Inggeris kecuali asas keusahawanan. 21 Jam kredit, seperti biasa. Cuma semester kedua ini saya ambil 22 jam kredit, kerana special case.

Sebenarnya saya rasa sedikit kecewa dan lesu sebab tak dapat add Bahasa Mandarin yang hanya ditawarkan kepada pelajar marketing seperti yang dinyatakan dalam post ini.
Takpelah, mungkin semester akan datang.

Saya ada jumpa dengan penyelaras TITAS, Puan Yati.  Katanya, kalau nak jadi fasilitator TITAS, kena alert dengan iklan dalam portal HEA, kerana ia akan diiklankan dalam masa terdekat sebelum study week. Sekadar makluman bagi sesiapa yang berminat. :)

Pembawaan 2 subjek dengan aras kursus berkod 3000, 2 subjek berkod 2000, dan 3 subjek berkod 1000. Serasanya serata juga. Saya dah berdebar-debar...

SEKARANG MASANYA BERJUANG!
kata Khalil Gibran dalam puisinya, 'mimpi',

"Hidup tanpa berjuang seperti empat musim yang kehilangan musim bunganya. Dan
perjuangan tanpa hak seperti padang pasir yang tandus. Hidup, perjuangan
dan hak adalah tiga dalam satu yang tidak dapat dipisahkan ataupun diubah."

Photobucket

Friday, April 02, 2010

UUM out of electric

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, April 02, 2010 2 komen best
dah hampir tiga jam bilik saye tadek elektrk. Bila tanya seniorita-seniorita, mereka kata satu UUM tadek karen-biar benar...katanya kampus Kachi pun mengalami nasib yang sama-apa sudah jadi?

Takpelah. dah selalu sangat duduk dalam kesenangan dan rasa sejuk, sekali sekala Allah kasi panas, bagus juga. Boleh dipanggil room for improvement-muhasabah erti panas. Kita ni kalau sentiasa dalam kesenangan kita tak perasan tentang kesusahan. Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya , nescaya Dia akan menguji dengan kesusahan" (Riwayat al-Bukhari).

Salam sayang, Semoga bermanfaat.
post signaturePhotobucket

Thursday, April 01, 2010

tahu erti faham, faham erti mengerti

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 01, 2010 2 komen best
Pagi tadi saya pergi menghadiri wacana pemikiran Islam bertajuk "Perubahan Minda masyarakat Islam: Ke Mana arah tuju" bersama 2 tokoh tersohor, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (USM) dan Dr Muhammad Uthman el Muhammady (UIAM). Tapi saya tak pasti bagaimana mahu berkongsi isi forumnya sama sekali kerana tahap perbincangan berada di aras tinggi dan banyak perkara perlu difahami.

Sewaktu forum sedang berlangsung, saya asyik saja menyalin dan perasan isi dewan yang rata-ratanya staf dan pensyarah macam 'kosong aja'.Jujur saya katakan, perbincangannya di aras tinggi dan serius.

Patut pun ketika saya menghadiri satu kem pemantapan rohani yang isinya ceramah dan ceramah, senior-senior saya sibuk memastikan tahap kefahaman yang saya ada. Sebelum saya mengikuti satu pertubuhan ini pun, kakak yang mengajak bertanya saya dengan apa saya bepegang dan ditahap mana saya berada dan buku apa yang saya baca.

Sebenarnya penting untuk kita tahu tahap pemikiran audiens supaya generalisasi boleh dilakukan dalam bentuk yang mudah.
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea