Showing posts with label aku dan kehidupan. Show all posts
Showing posts with label aku dan kehidupan. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

lama, hanyalah hitungan masa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 10, 2011 4 komen best
Cuti sudah berakhir, semester baru sudah bermula. Terasa benar yang masa berlalu terlalu pantas macam kilat. Tak puas rasanya menjamah masakan ibu tetiap hari. Hidup terasa nikmat semasa bercuti walaupun kadang-kadang terpaksa mengadap abah atau ibu bising sebab kerenah kami yang tak berubah-ubah dari dulu sampai sekarang.

Cuti memang nikmat, tapi jiwa tak perlukan rehat yang panjang macam itu. Kita ada kerja yang lebih banyak berbanding masa yang ada.

Semalam saya travel dengan menaiki bas.Saya naik di stesen sulung, Kajang. Kerana terlalu letih (agaknya), saya tertidur. Namun, sampai di stesen Bukit Jalil, saya tersedar. Ada orang jual naskhah ayat Qur'an potongan kecil naik, beredar dari seorang ke seorang penumpang. Waktu ni, saya buat-buat tidur sebab tak mahu diganggu orang itu. Tapi, sewaktu melepasi saya untuk turun dari bas, saya menghulurkan satu not wang kertas.

Ada dua sebab kenapa saya jadi macamni.

Pertama, saya buat-buat tidur kerana takmahu diganggu sebab saya masih sakit hati (kot) dengan apa yang berlaku pada saya tahun lalu. Dulu masa kat Alor Setar ketika saya dalam bas, datang seorang perempuan berbaju lusuh menjual naskhah-naskhah kecil Yaasin. Katanya harganya RM1 tapi bila saya bagi not RM5 dia kata takde duit kecil dan cepat-cepat blah.

Kedua, saya menghulurkan wang kemudiannya kerana terfikir, mungkin orangtu adalah sama macam pemuda jual buku yang datang ke rumah. mereka adalah orang pelarian dari negara-negara tertentu yang berada di malaysia dibawah akta pelindungan pelarian, namun tak boleh bekerja di mana-mana premis. Saya tidak ada hak untuk berlaku sombong pada dia dengan meremehkan kehadirannya.

Saya bukanlah tak cerdik untuk tak merasa serik sebab kena tipu.. tapi semua orang itu ada haknya. Abah saya ajar, duit yang ada dalam poket kita tak semestinya milik kita. Ia mungkin milik pencuri, ia mungkin milik kawan kita yang ingin meminjam, ia mungkin menjadi milik sesiapa saja. Apa yang kita ada, bukanlah milik kita secara total.

Dianiaya bukan alasan kita untuk berdendam, tapi ujian sama ada kita akan memaafkan orang atau menambah beban dalam hati kita dengan rasa benci.

Itu yang saya pelajari daripada seorang yang saya tak kenali.. Mungkin darjat dia lebih baik di sisi Allah, siapa tahu?

Saturday, April 09, 2011

Menzalimi diri sendiri

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 09, 2011 4 komen best
Zalim itu secara basicnya bermaksud tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Atau tidak menunaikan hak sesuatu.

Kenapa saya masih ingat dengan maksud 'zalim' yang terungkap dalam buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan Dua? Sebabnya ia sangat berkait rapat dengan saya. Semasa tingkatan dua, saya mempunyai 'habit' memetik bunga raya di sekitar kawasan kelas. Bunga raya memang cantik dan pelbagai, unik dan menarik. Sampai saya menjadikannya penanda buku bunga kering. Saya masih ingat yang saya pernah merajuk dengan classmate bernama Farhana dan dia menghadiahkan saya bunga raya yang diletakkan dibawah meja sebagai ucapan 'maaf'.

Dan pada suatu hari, Ustaz Kamal atTohamy mengajar bab akhlak, bertajuk 'Zalim'. Apabila diimplementasi dalam kehidupan, rupa-rupanya saya zalim dengan bunga yang saya selalu petik kerana ia dilakukan tanpa tujuan dan hanya sekadar suka-suka sahaja. Dengan rasa menyesal yang ada, saya berhenti memetik bunga raya yang saya sukai. Sejak itu, saya juga kenal erti zalim dengan sebenarnya, bahawa melakukan sesuatu dengan suka-suka tanpa tujuan pun boleh menjadi zalim.

Zalim, bagi saya adalah satu perkara yang besar tetapi begitu halus. Ia juga berlaku kepada diri sendiri oleh diri sendiri.

Kehidupan sebagai pelajar kadangkala menjadikan kita kedekut untuk tidur atau makan, kadang-kadang. Ada yang sampai tak tidur menelaah untuk exam. Atau buat assignment sampai lewat. Prinsip saya, walau macammana banyak sekalipun kerja, hak tubuh mesti diberikan. Waktu makan mesti makan, waktu penat mesti rehat walaupun sekejap. Awak tu bukannya robot, kawanku..

Tapi sayangnya pada akhir-akhir ini kata-kata ini perlu saya berikan kepada diri sendiri. Makan saya yang kadang-kadang tak terurus kerana terlalu kepenatan akan membuat saya menegur diri sendiri, kerana tubuh kita memerlukan haknya ditunaikan. Solat juga tanggungjawab yang kalau ditinggalkan akan membuatkan kita menzalimi diri.

Padahal saya selalu berpesan, 'jangan sampai tak makan, berdosa'. Sekarang diri sendirilah yang perlu dinasihati.

Jangan zalim pada diri ye, kawan-kawan. Tunaikanlah haknya, jangan sampai ia mengadu kepada Allah kerana kelalaianmu menjaganya sebagai amanah Allah..

Sunday, October 17, 2010

Petikan kata-kata kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 17, 2010 0 komen best
  • Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri
  • Jangan berdoa supaya cinta kita terbalas dan datang dari orang yang kita cintai, tetapi mintalah supaya Tuhan memberikan kita cinta yang terbaik: kerana cinta yang kita harapkan, tak semestinya yang terbaik untuk kita.
  • Setiap hari, jika kita melihat laptop kita terbiar tutup, hati akan berkata; "oh, aku belum check e-mail, bukak blog, main facebook, update twitter lagi". Maka kita akan segera melakukannya tanpa bertangguh. Tetapi, bila tengok al-Qur'an terbiar tanpa kita baca, apakah kita cepat- cepat membacanya tanpa bertangguh?
  • Kita dan kehidupan ibarat bahtera, ombak, laut dan pantai. Kita takkan ingin lari daripada sebuah hidupan yang penuh gelora. Begitupun, sebagai nakhoda kehidupan, kita perlu bijak mengemudi ke mana arah pelayaran kita. Sesusah manapun perjalanan yang jauh ini, kita perlu memastikan yang ia tidak akan karam. Lama-kelamaan, kita akan mula selesa dihempas ombak dan gelora selalu, kerana ia mula menjadi sebahagian daripada kehidupan..
  • Jika kita positif, segalanya akan positif dengan kita. Senyum ^_^


Photobucket

Monday, October 04, 2010

Kenapa mesti nak racist?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 04, 2010 2 komen best
Bayangkan hanya satu bangsa je yang wujud atas muka bumi ni. Alangkah bosannya duduk dalam satu kelompok yang sama, mengulang apa saja yang orang lain turut buat, makan benda yang sama, mempunyai tabiat yang sama. Ia seperti hidup dalam satu dunia yang hanya ada satu warna. Alangkah bosannya, alangkah bosannya.

Allah telah menyebut dalam al-Qur'an, bahawasanya kita dijadikan berbangsa-bangsa supaya kita saling mengenal. Supaya kita saling bergaul, agar kita dapat saling memahami. Fahamilah, ia adalah satu fitrah! Fitrah, fitrah, fitrah.. fitrah kita ialah tertarik kepada perbezaan.

Fahamilah, bahawa bangsa berlainan itu adalah hadiah. Anugerah. Maka, jika kita racist, alangkah ruginya, sebab kita menolak hadiah (betapa tak beradabnya seseorang apabila dia tak menerima sesuatu hadiah sebagai pemberian yang menggembirakan).

Mungkin, kepada kawan-kawan di universiti lain yang uniculture dan uniracial tak mengenal erti racist (kebencian kepada bangsa lain), atau bangsa lain adalah minor, tetapi, di universiti saya, bangsa selain bangsa Melayu pun ramai. Jadi, memang ada dalam kalangan pelajar yang racist, tak kiralah dari bangsa apa.

Kenapa mesti nak racist, apabila kita lahir dalam masyarakat majmuk? Tak logik. Ia seperti lahir dari perut ibu, kemudian menafikan yang kita tidak lahir dari situ. Alangkah tak logiknya.

Perbuatan racism adalah satu bentuk ketidakmatangan, jadi, berhentilah.
Photobucket

Sunday, October 03, 2010

imtihan-ganbatte!!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 03, 2010 2 komen best
Musim peperiksaan kembali lagi. Begitu juga dengan add-drop week. Dan, tak lama lagi, semester ini akan berakhir.

Dah check tarikh exam? sila klik sini.

Saya akan menghadapi peperiksaan pada 8, 14, 20, 21, 22 November, dan 3 Disember. Saya akan pulang ke Nilai menaiki kereta kali ini, dengan Syafiqah.

Macam biasa, motivasi itu penting. Bukan tatkala hendak menghadapi peperiksaan sahaja, tetapi ia sentiasa diperlukan. Motivasi saya bukanlah peperiksaan, tetapi apa yang ingin saya capai melaluinya.

Pernah dengar tak ungkapan, "Success is not a destination, but it is a part of life"? Begitu jugalah dengan peperiksaan. Ia hanya sebahagian daripada kehidupan. Kalau kita belajar kerana nak exam je, mestilah takkan kekal mana ilmunya, kerana nilai ilmu telah kita rendahkan martabatnya.

Kenapa kita banyak melihat (atau mengalami sendiri), asal nak exam je, masing-masing gabra dan takut, tertekan dan murung? Kata kawan saya Akbar, exam kan dah biasa dialami sejak sekolah lagi, 11 tahun di alam persekolahan, kemudian matrikulasi (atau STPM atau Diploma atau asasi), kenapa mesti nak takut?

Ini sebab kita menjadikan exam sebagai satu akhiran, bukan sebagai sebahagian daripada perjalanan kehidupan sebagai seorang pelajar. Sebab nakkan gred yang elok, ada yang sampai sanggup meniru. Ada yang 'tolong' (tolong merosakkan) kawan dengan bagi jawapan padanya. Ada yang sampai macam-macam dibuat untuk dapat yang terbaik. Ada yang dapat result terus bunuh diri. Astaghfirullahal'azim. Ini sebab kita tidak faham kenapa sistem penilaian exam diwujudkan. Kalau sistem exam dicemarkan dengan perbuatan tak bermaruah macam ni, maka objektifnya tidak dapat dicapai: menilai sejauh mana kefahaman pelajar terhadap subjek yang dipelajari.

Baru-baru ni masuk suratkhabar kan pasal orangtua sanggup ponteng kerja sebab anak nak exam?

Exam je pun....

Tak salah nak pulun macam apa, tapi pastikan hak diri terjaga: makan, pakaian, tidur, ibadah.. Kalau betul sayangkan diri, nak dapat result terbaik, maka studylah awal dan jangan buang masa. Perbanyakkan ibadah sunat, insya-allah Allah bantu kita untuk dapatkan yang terbaik, dengan berkat (sebab tiru dalam exam tak berkat, confirm!!)

Janganlah meniru dalam exam sebab ia beri kesan jangka panjang kepada rezeki dan kehidupan.
Photobucket

Wednesday, September 15, 2010

Mentaliti mental- poligami yang dicemarkan industri filem

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 15, 2010 2 komen best
Baru-baru ni, ada seoang rakan menulis tentang isu poligami dalam blognya. Semester lepas pun, dalam perbahasan kuliah (kelas Hubungan Etnik), kami ada membincangkan hal poligami.

Poligami, kalau disebut-sebut kepada orang perempuan, mereka akan marah menggila. Memang cukup tak suka, benci dan geram. Semasa dalam perjalanan sepanjang beraya, saya ada terpandang satu papan iklan filem (cerita baru agaknya), bertajuk 'Madu 4-madu itu manis rasanya'. 

Baru saya perasan yang industri filem kita banyak sekali mengenengahkan sudut negatif poligami. Contohnya, drama malam raya yang disiarkan di TV3, bertajuk 'Madu Sorok' dimana sang suami, walaupun adil, tetapi tidak jujur kepada isteri-isterinya. Drama yang saya pernah tonton, 'Gelora di Hati Sara' yang disiarkan di RTM, pun macamtu juga, walaupun perkahwinannya sah, tetapi sebab si suami menyorokkan perkahwinan mereka, berlaku pelbagai masalah antara mereka.

Natijahnya, perkahwinan tidak perlu dicemarkan dengan pembohongan. Benda yang betul dan baik, tidak perlu disorokkan.

Sepatutnya industri filem kita mengubah trend negatif ini kepada trend yang positif. Barulah Islam tidak dicemarkan dengan mentaliti-mentaliti buruk yang berasal dari kita sendiri, sehingga orang bukan Islam menanggapi bahawa poligami itu satu penindasan. Jangan jadi fitnah kepada agama..

Sebenarnya, madu itu memanglah manis, jika difahami kenapa ia dibenarkan dalam Islam. 


Photobucket

Saturday, September 04, 2010

appreciating

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 04, 2010 6 komen best
Dah seharian saya di rumah. atau lebih tepatnya, dua hari.

Apalah sangat yang saya dah buat dalam dua hari ni. Lebih banyak tidur rasanya. Rasa bosan pula, sebab kat kampus, saya banyak habiskan masa di luar berbanding di bilik. Saya paling tak suka perkataan 'bosan', tapi hakikatnya itulah yang saya alami sekarang.

Orang yang merasa bosan sebenarnya tak pandai hargai masa. Sebab, kita tahu yang tanggungjawab kita dalam kehidupan ni lebih banyak berbanding masa yang kita ada. Bermakna, orang yang berpeluang mempunyai rasa bosan dalam kehidupannya (seperti saya) tidak menggunakan masa dengan baik dan tidak melestarikan tanggungjawab sebaiknya.

Dan, sepatutnya saya menghargai sebaik-baiknya masa bersama keluarga. (tapi sepanjang harini kakak saya asyik sibuk je). Ada orang lain teringin sekali menghabiskan masa dengan keluarga tapi atas halangan tertentu, mereka tak dapat berbuat begitu.

Pensyarah saya, contohnya. Semester ini, saya berpeluang menimba ilmu dari seorang pensyarah berbangsa arab. Katanya, dia akan menggunakan masa cuti iniuntuk menghabiskan tesis PhDnya. Apabila ditanya tentang rancangan masa depan, dia kata yang dia tak akan pulang ke Iraq, kerana keadaan di sana masih bahaya, tentera US masih berada di mana-mana di tempatnya.

"Sir, have u ever go to Palestine?"
"NO, its crazy. Its so dangerous there".

So. the moral of what i am trying to remind myself is-dont just throw the time by sleeping-ia hanya akan menghabiskan masa-masa yang berharga dalam kehidupan ini dan merebut quality time yang sepatutnya dihabiskan bersama orang-orang yang tersayang, di samping menghargai masa-masa terakhir ramadhan.

Cheer up!

Monday, August 30, 2010

Life is like riding a bicycle. in order to keep your balance, you must keep moving..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 30, 2010 0 komen best
Sebenarnya saya bukanlah apa-apa.

Hidup ini satu proses belajar. Madrasah kehidupan tidak ditemui dalam kehidupan orang yang lalai. Hanya orang yang hatinya hidup sahaja akan merasai bahawa masalah itu suatu rahmah.

Where have all the souls gone? maybe they just need some maintenance. Semoga hati ini tidak sunyi dari masalah, supaya ada sesuatu untuk difikirkan..

Kalau semua orang yang kita temui dalam hidup ni cumalah orang-orang yang menyenangkan hati, kita takkan belajar apa-apa. Suatu hari nanti, di luar sana, kita akan bertemu dengan pelbagai jenis orang dengan bermacam-macam kerenah dan ragam. Tatkala itu, kita pasti lebih gagah dari hari ini!

keep going, ikin! ada banyak lagi masalah ummah untuk diambil tahu, so, ganbatte!
Photobucket

Monday, August 16, 2010

hikmah dari mehnah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 16, 2010 0 komen best
"Ajaib urusan orang mukmin, segalanya baik baginya.. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin sahaja. Apabila mendapat nikmat dia bersyukur, maka itulah yang terbaik..apabila dia mendapat musibah, maka itu juga terbaik baginya."

Hadis di atas cukup bermakna. Allah itu Maha Mengetahui bahawa hambaNya yang kerdil ini tidak tahan menanggung perasaan berat, jadi Dia ringankan hati ini.. alhamdulillah.. nikmatnya sabar!

Sabar itu terasa nikmat sekali apabila difikir-fikirkan kenapa saya diberi peluang untuk melalui ujian ini.. Sabar telah membuatkan saya rasa masalah besar menjadi kecil sedikit berbanding sebelumnya.. 

Sabar itu sangat manis apabila amarah berjaya ditahan dan mampu bertenang tatkala berhadapan krisis dan kemarahan..

Dan paling manis sekali apabila mehnah telah mempertemukan saya dengan manusia sejati.. Orang-orang yang bersahabat dengan ikhlas.. mehnah juga menayangkan kepada kita seperti filem kepada siapa kita boleh percaya, dan siapa yang tidak.. mehnah ini telah menyingkap di mana khilafnya manusia kerdil seperti saya. Dan, ujian ini menyedarkan saya, bahawa restu ibu itu amat penting untuk semuanya, hatta untuk perkara seremeh manapun..

Syurga saya terletak pada ibu, dan antara ibu dengan Allah itu tak ada hijab.. jadi, mintalah doa dan restu ibu untuk kita..

Mehnah juga membuka hati saya seluas-luasnya, bahawa Allah tidak pernah membiarkan hambaNya keseorangan menghadapi apa-apapun..

Jadi, jangan cepat putus asa! ^__^
Photobucket

Thursday, August 12, 2010

I may not be a good listener, nor a good advisor..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 12, 2010 0 komen best
Saya bukanlah seorang pendengar yang cukup baik, dan saya juga bukan pemberi nasihat yang baik. Saya bukan seorang yang empati.

Saya selalu tidak dapat meletakkan diri saya di tempat orang lain. Kebelakangan ini, ada beberapa orang sahabat memilih saya untuk berkongsi masalah dan perasaan mereka. Namun, apa yang saya kesalkan ialah, saya tak mampu untuk menyelami dalam-dalam perasaan mereka. Sebab mungkin apa yang saya pernah alami, tak pernah serumit keadaan mereka. Namun, tak semestinya, untuk menasihati orang, mesti melalui dahulu keadaan yang serupa..

Seni mendengar
Waktu saya di kelas English, ada seorang classmate lelaki yang berasal dari Sarawak yang dipuji berkali-kali tulisannya oleh pensyarah. Untuk lebih tahu dan mengambil ibrah, saya baca tulisannya. Kali pertama membaca, saya rasa karangannya bukanlah apa-apa sangat. kali kedua membaca, saya perasan, penulisannya kemas dan bermakna. Dalam penulisan itu, dia menyebut, bahawa dia membesar dengan belajar mendengar. Mendengar, adalah anugerah Allah kepada manusia yang bukan biasa-biasa sahaja. Dan saya perasan, lelaki ini tak banyak bercakap.

Bahawa saya juga mengetahui bahawa hikmah itu tidak diperoleh dengan banyak bercakap.

berbalik kepada hal empathism yang saya bincangkan. Masalah tidak akan datang kepada orang yang mencari. Dan ia akan mengejar orang yang melarikan diri daripadanya. Untuk menyelesaikan masalah, caranya ialah dengan mengembalikannya kepada daripada mana ia datang: Allah. Dalam buku Mukasyafahul Qulb oleh Imam al-Ghazali ada menyebut, bahawa orang yang bertawakkal itu adalah yang paling tenang dan tidak kusut menghadapi apa-apa pun.

Kepada orang yang bersedih, saya suruh dia menangis. See, I am really not a good advisor, kan?
Photobucket

Monday, July 26, 2010

Uniqueness of Accounting :)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 26, 2010 5 komen best
Kita tinggalkan sekejap hal karnival keusahawanan hari ini. Sekejap lagi baru cerita.

Walaupun agak sibuk dengan karnival, (mungki buat-buat sibuk kut), tapi Alhamdulillah, kedatangan ke kuliah tidak pernah terabai. Cuma sesekali terhilang fokus masa dalam kelas. Dan, harini saya belajar perakaunan. Sejak semester bermula, ini kuliah ke 5. Dari kelas ni, saya mula perasan yang perakaunan adalah sesuatu yang unik.

Kenapa unik?

Sebab ia macam manusia. Mesti balance dan ada prinsip. Banyak jenis walaupun asalnya sama. Ada peraturan yang tak boleh dilanggar. Kalau balance sheet tak imbang, bermakna ada sesuatu yang silap. Memang macam manusia, kan?

Dan, perakaunan itu unik sebab ia mempunyai seni yang tersendiri. Perakaunan adalah hal yang sangat leceh, dan cuma orang yang teliti saja mempunyai daya menilai sesuatu kesilapan catatan dan memahami apakah ia. Memang macam seni lukisan yang hasil seninya cuma dapat dinilai oleh orang yang menghayati, kan? Saya memang respect dengan acountant-becoz i am not THAT determined (teliti).

Tapi saya tak kata manusia macam lembaran perakaunan. Manusia lebih istimewa sebab mampu mencipta prinsip-prinsip perakaunan dan mencipta sistem perakaunan sebagai satu langkah yang bersepadu untuk kaedah pengawalan. Tetapi, kenapa manusia sendiri melanggarnya?

Well, post ni cuma sebagai satu penyuntik semangat supaya saya tak rasa susah belajar subjek perakaunan. Hakikatnya, ia memang agak tak logik bila revenue merupakan credit dalam rules of accounting. Pening saya :O

Harini hari ketiga karnival. Disebabkan sambutan yang tak seberapa semalam, Pengarah karnival membuat satu langkah drastik untuk melaksanakan 'Mega Promotion' di tempat-tempat yang ada orang ramai. Untuk bertahan daripada hilang tenaga, saya telah mengambil dadah berbahaya: kafein. Satu cawan amat cukup untuk sehari.

Sempat juga harini saya jumpa dekan, prof Azizi, penasihat SDG saya. Dia baru pulang menghadiri konferens di Manila. Banyak dia motivate saya; ada masa nanti saya kongsi. Sekarang, nak pergi bertugas!

To success, is to commit! (or, is it to commit is to success? dah terlupaa...)
Photobucket

Thursday, July 15, 2010

semester 3

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 15, 2010 4 komen best
kadang-kadang, apa yang kita nak dalam hidup ni, kita tak dapat.. bukan sebab kita tak berusaha atau tak berkemampuan untuk mendapatkannya, tetapi kerana Allah telah merancang sesuatu yang lebih baik untuk kita..

Muslim yang baik, akan redha setela usahanya tidak berjaya. Itulah yang saya pelajari sedikit hari ini. Jadual saya semester ini, cukup berterabur. Hari ahad, kelas pukul 9, kemudian pukul 2. Hari isnin dan khamis, pukul 8, 2pm dan 4.15pm. hari selasa, pukul 5 petang. hari rabu, pukul 8 malam.

Saya cuba elak daripada ada kelas pada waktu-waktu solat, dan saya tak dibenarkan add drop pada minggu add/drop ini. Walaupun terasa agak sedih sebab tak berjaya add/drop, takpelah.. ada banyak lagi hal lain yang perlu saya fikirkan sekarang.

I take this as a challenge this semester.

Semester ini:

  • Ada 7 subjek 
  • 22 credit hours
  • 2 subjek berkod 3000 (Rural&Urban Transport, Road Transport Management)
  • 2 subjek berkod 2000 (Applied Statistics, Business Law)
  • 3 subjek berkod 1000 (comm II, Business Account, Entrepreneurship)
Perancangan/strategi:
  • Berhajat untuk beriadah dengan lebih kerap (sebab semester lepas point ini diabaikan)
  • Merancang untuk selalu ke Pusat Islam seperti kekerapan ke library
  • mengatur masa dengan lebih strategik antara masa program luar kuliah, waktu belajar, kelas, riadah dan rehat
  • Tidak ada masa untuk hal-hal yang mencuri masa: games, facebook, movies, mesej tak penting dll.
Saya target 3.7 semester ni...
ada orang kata, janganlah gantung cita-cita setinggi langit sehingga kita tak mampu nak capai.. ada orang kata juga, "shoot for the moon coz if you fall,you will fall among the stars..".. saya rasa 3.7 menepati kedua-duanya..

p/s: nombor 3 selalu jadi nombor betuah saya... chaiyok untuk saya, sem 3!!

Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Monday, June 14, 2010

entri sampah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 14, 2010 2 komen best
dah banyak kali rasanya saya klik tab "new post". Tapi entrinya tak pernah siap. Biasanya perkara macamni akan berlaku kalau saya berada dalam 'low motivation'. Saya tak suka menulis entri dalam keadaan negatif, sebab ia akan mempengaruhi emosi orang yang membaca.

saya rasa sedih sebab waktu cuti membuatkan saya tak pandai menggunakan masa dengan baik. Dah lama ketua saya bagi satu tugas dengan mudah, tetapi sebab gangguan dalaman dan luaran, sampai sekarang tugas tu tak siap-siap.

Mungkin saya terlupa, melakukan sesuatu diluar kemampuan saya akan membuatkan saya terasa lemau dan lelah.

Lagi 18 hari je cuti.
Photobucket

Friday, June 04, 2010

Just by crying..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, June 04, 2010 2 komen best
Manusia melata di atas muka bumi kerana mereka mempunyai perut untuk diisi.

Berjuang-fight for something- itu rutin bagi setiap individu, kan? Setiap hari kita berjuang untuk meneruskan hidup, mendapatkan kemahuan dan menggunakan Machiavellinism yang ada dalam diri kita.

Bila layan baby hari-hari, saya perhatikan kitaran hidup seharian bayi. Bangun, bermain, makan, mandi, berak-kencing, dan tidur. Every desired thing granted just by crying. Bahasa seorang bayi cuma menangis, tetapi dia mampu hidup sehingga boleh bercakap dan menguruskan diri.

Pernah dengar tak kata-kata, "Semakin pandai manusia berkata-kata semakin dia tidak difahami"? Ibubapa memahami kehendak anak ketika belum pandai bercakap, tetapi apabila anak semakin membesar dan meningkat remaja-dewasa, tahap kefahaman ibubapa terhadap apa yang anak mahu semakin berkurang.

Tinggi bahasa seorang karyawan sastera tidak mudah difahami bahasanya berbanding samseng jalanan yang mudah di-assume salah betul laras bahasanya..begitu juga dengan bahasa perundangan seorang pelajar undang-undang, madahnya tidak sama dengan madah pojok penjual di pasar.. Saya kira bahasa bisnes jualah yang logik untuk saya faham dengan mudah..ecece..

Bayi menangis untuk meminta dipenuhi keperluannya, kanak-kanak menangis kerana ingin dibelai dan dimanja, bagaimana kalau remaja, orang dewasa dan orangtua yang menangis? Susah nak predict.

Apapun, menangis itu satu anugerah..kan?

p/s: entah kenapa rasa macam tertunggu-tunggu keputusan keluar. Bila eh?
Photobucket

Tuesday, May 04, 2010

gangguan semasa exam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 04, 2010 6 komen best
Sepanjang menduduki exam, terdapat banyak gangguan yang mempengaruhi individu-individu yang menjawab exam seperti yang telah saya alami sepanjang hampir sebulan. Antaranya:

  1. Kaki-kaki yang bergoyang-goyang sehingga mengeluarkan bunyi bising. Waktu kaki-kaki ini mengeluarkan rentaknya, time tu saya rasa macam nak mengamuk, kepala saya menggambarkan sesuatu yang ekstrem-contohnya, ambik parang tetak je kaki tu.. nasib baik imagination je..
  2. Orang-orang yang meniru-dia tak tiru saya, tapi sebab dia duduk depan saya, saya tau dia bagi kawan dia tiru dan kawan dia pun meniru-rasa macam nak baling pencil case kat dia.
  3. Handphone vibrate- kenapa la pengawas exam tak aware dengan benda macamni. Ada satu exam tu, orang kat sebelah saya selamba je tekan-tekan henset dia selepas vibrate. 
  4. Orang yang keluar awal-biasanya orang yang keluar awal akan berjalan dan mengeluarkan bunyi, bila dah kat belakang dewan buat bising.
  5. Dewan peti ais-keadaan yang terlampau sejuk membekukan urat-urat tangan dan mempengaruhi fikiran untuk menjawab exam, lantas membuat saya keluar awal kerana tak tahan sejuk (ni kes semester lepas, semester ni saya tunggu sampai habis)
  6. Exam start lambat kerana masalah teknikal
  7. Kena kuarantin apabila kertas soalan yang dikutip tak mencukupi
  8. Faktor dalaman-sakit kepala semasa exam.
Ada nak tambah? setakat ni tu je kut gangguan semasa exam bagi saya. 


Photobucket

Sunday, May 02, 2010

Dari Suara Sang Guru

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 02, 2010 2 komen best
Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan

Kuwartakan padamu bahawa hidup adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta

Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.


Khalil Gibran dalam puisinya yang bertajuk 'Kehidupan'.
-------------------------------------------------------------
nota: sekali ini saya terasa sedikit down dan kata-kata Khalil Gibran memberi sedikit hembusan bahawa cinta itu perlu mengiringi setiap yang dilakukan. Lelah menanti exam agaknya.
Photobucket

Thursday, April 29, 2010

harini, kita belajar subjek cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, April 29, 2010 2 komen best
oh. bertuah betul hari ni. alhamdulillah. Lepas menghadap subjek statistik sepanjang hari, saya berpeluang mengikuti talk dari serang prof yang best: Profesor Madya Makzan Musa. Subjeknya tentang cinta. Well, bukan cinta biasa.~

First, beliau mengetengahkan keratan-keratan akhbar tentang kes pembuangan bayi. Sebenarnya talk ni khas untuk program Politeknik Mara yang datang melawat UUM, tapi saya saja menyibuk.. Prof Makzan menyatakan yang kes-kes buang bayi ni berpunca dari pelbagai faktor, terutamanya cinta.

Apa yang menarik, dia cakap, "organ seks bagi remaja bukan kemaluan, tetapi otaknya. Otak mentafsirkan dan ia mempengaruhi seluruh tubuh badan"

Saya tak pernah tahu sejauh ini dan betapa istimewanya psikologi dan pemikiran. Mereka mentafsirkan sesuatu lebih jauh dan memandang sesuatu dengan cara yang berbeza berbanding pandangan masyarakat umum. .M.e.n.a.r.i.k.

oh, termengarut jap; sambung lagi.

Second, prof kata, seks untuk dapatkan zuriat, tapi cinta untuk dapatkan kasih sayang. Selama ni, saya amat pelik bila baca kisah-kisah pengakuan orang yang dah terlanjur, dan prof sendiri pun kata salah satu faktor pembuangan anak dan zina luar nikah ialah tidak dapat membezakan antara cinta dan seks. Bagi mereka, cinta mesti ada seks, dan seks itu cinta.

bukan, bukan, bukan

third. Cinta mesti dizahirkan. macammana nak zahirkan tu? ilaffyou, youlaffme ke? no. itu namanya ekspresi cuma,kata prof. apalah ada pada ekspresi, semuanya di hujung jari.. Sewaktu kita sakit, sahabat kita jaga kita. Sewaktu kita memerlukan sesuatu, ada yang memberi bantu. Sewaktu kita nak masuk ke universiti, ibubapa berusaha melengkapkan keperluan kita semampunya. Ini namanya cinta. ia terzahir dari perbuatan.. jadi, kita perlu bijak mengenalpasti cinta atau ekspresi. [berzina luar nikah tu bukan penzahiran cinta,okei!]

fourth. Cinta, menurut Sternberg (1986), mempunyai tiga segi. Komitmen, keintiman dan passion (keghairahan).Dan segitiga yang paling ideal ialah apabila komitmen berada di puncak segitiga.



Memetik kata-kata Aristotle, "Yang ideal hanya ada dalam alam idea", atau dalam bahasa jawanya; "its all in your mind".

fifth. Manusia ada dua sisi, ideal self (diri ideal) dan real self (diri sebenar). sewaktu bercinta sakan tu, semuanya nampak baik aje. 'dia' lah yang paling baik, paling hensem, tampan, cantik bergaya, baik hati, ambil berat, sopan, penyayang..ah.semualah yang sempurna-sempurna tu semua sifat 'si dia'. maklumlah, waktu bercinta semua yang indah, semua watak ideal. Bila dah kahwin, duduk sebumbung, ada tanggungjawab, santap muka 'si dia' hari-hari, layan perangai dia, masa ni lah, baru tahu yang 'si dia' tu pengotor, teruk, pemalas dan segala perangai sebenar tampak dengan nyata. Inilah dipanggil real self.

sixth. Dating bukalah tingkahlaku sosial orang Melayu. apatah lagi orang India mahupun Cina. pendek kata, bukan perangai orang Malaysia. Dating iala pengaruh Barat yang diikut-ikut remaja Melayu. Dari sudut syarak, ianya HARAM.

seventh. tentang ideologi andartu. orang selalu kata perempuan tak elok kawin lambat, nanti digelar andalusia dan sebagainya. Kata prof, karut semua tu~. selagi tak jumpa yang sesuai, yang ada komitmen, then its okay not to kahwin. Dia kata lagi, perempuan penting sangat untuk ada kerjaya pada hari ini, in case suami tak bertanggungjawab, meninggal dunia dan kemungkinan-kemungkinan lain..


ada banyak lagi.. ada 6 jenis/peringkat/tahap cinta (saya tak pasti nak classify ape). cinta romantik, cinta berahi, cinta compassionate, cinta kosong, intimasi, dan tiada cinta.

saya fikir sampai sini sahaja subjek cinta pada kali ini. selamat malam :)

p/s: esok saya exam. kertas Statistik. mohon didoakan :)
Photobucket

Wednesday, April 21, 2010

.it is the best of times..it is the worst of times.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, April 21, 2010 2 komen best
penat kerana berjuang itu memberi satu kepuasan.

maksud saya, penat kerana belajar itu adalah hal yang tak apa berbanding penat kerana sesuatu yang tak bermanfaat. Entah kenapa, di akhirnya, saya masih terasa apa yang saya buat tak pernah cukup untuk dipanggil usaha.

kawan,
hidup ini hanya sekali.

sebab itulah namanya blog ini "it is the best of times..it is the worst of times"
hidup ini tentang masa. waktu dan ruang yang bertemu dan ia menjadi suatu sisi bermakna.

kalau anda nak sia-siakan masa muda dan membuang-buang hidup ini, silakanlah. untuk yang sudah menemui erti hidup,  tahniah.

kita akan rugi kalau tidak berilmu, beruntung kalau mempunyai ilmu, bijak kalau mengamalkan ilmu dan bermanfaat kalau mengajarkan ilmu.

maka, lanjutkanlah gerak merebut kemenangan!

good luck, kawan-kawan.
Photobucket

Saturday, April 17, 2010

bilik banjir kala hujan: cerita beruk di UUM

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, April 17, 2010 2 komen best
sejak peperiksaan tadi, bumi Sintok bermandi hujan..

lepas sampai bilik, makin menjadi-jadi lebatnya hujan. Bunyi guruh dan petir sabung menyabung, sehinggakan koridor depan bilik saya basah dengan air hujan. Dan, tak sangka pula atap bilik saya bocor, bilik saya dimasuki air dari atap. Sebelum ni tak rosak macamni pun atapnya..

'Apartment' saya di tingkat dua, dan tingkat tertinggi di luar segiempat blok. Kata rumate saya, dia ada terdengar bunyi makhluk melompat-lompat atas bumbung bilik kami sebelum ni.. sudah tentulah makhluk itu adalah beruk..

Baru-baru ni saya nampak kepingan atap yang dah pecah kat bawah bilik saya, tak sangka pula ia adalah milik atap bilik ni..sebelum ni dah beberapa kali saya lihat beruk-beruk memanjat bumbung dan menjatuhkan kepingan-kepingan atap hostel/dewan makan ke bawah dek kerana terlalu asyik bermain kejar-kejar macam kat taman bunga kan..

selalu kalau keluar pagi-pagi komuniti beruk ini sudahpun mula beroperasi melakukan aktiviti harian, kadang-kadang dari tingkap bilik pun saya boleh tengok aksi sarkas beruk yang kadang-kadang bergaduh entah kerana apa.

Pernah sekali ketika saya berjalan dengan Isfa dari LEGO ke PSB, hampir-hampir je Isfa nak terkena 'air dari langit'..haha.. sebelum ni tak pernah pun saya terkena, dan kawan saya tu sempat pula memandang apa punca 'air dari langit' itu.. hehe..

Oh. berbalik kepada keadaan bilik saya. Tiada kerosakan harta. tiada kemalangan jiwa. Cuma lantai basah, perlu watch out, nanti tergelincir. Banyak jugalah air yang telah berjaya ditadah baldi..

hmm..bagus juga tindakan beruk membocorkan atap bilik saya.. sekurang-kurangnya semester depan atap bilik saya yang bocor sudah diganti baru..
Hujan lebat macamni, bagus berdoa.. "Ya Allah, kau berikanlah kami ilmu sebanyak hujan yang turun ke bumi ini.."

ambil barakah dari masalah. Dalam musibah, ada rahmah, insya Allah..
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea