Poligami, kalau disebut-sebut kepada orang perempuan, mereka akan marah menggila. Memang cukup tak suka, benci dan geram. Semasa dalam perjalanan sepanjang beraya, saya ada terpandang satu papan iklan filem (cerita baru agaknya), bertajuk 'Madu 4-madu itu manis rasanya'.
Baru saya perasan yang industri filem kita banyak sekali mengenengahkan sudut negatif poligami. Contohnya, drama malam raya yang disiarkan di TV3, bertajuk 'Madu Sorok' dimana sang suami, walaupun adil, tetapi tidak jujur kepada isteri-isterinya. Drama yang saya pernah tonton, 'Gelora di Hati Sara' yang disiarkan di RTM, pun macamtu juga, walaupun perkahwinannya sah, tetapi sebab si suami menyorokkan perkahwinan mereka, berlaku pelbagai masalah antara mereka.
Natijahnya, perkahwinan tidak perlu dicemarkan dengan pembohongan. Benda yang betul dan baik, tidak perlu disorokkan.
Sepatutnya industri filem kita mengubah trend negatif ini kepada trend yang positif. Barulah Islam tidak dicemarkan dengan mentaliti-mentaliti buruk yang berasal dari kita sendiri, sehingga orang bukan Islam menanggapi bahawa poligami itu satu penindasan. Jangan jadi fitnah kepada agama..
Sebenarnya, madu itu memanglah manis, jika difahami kenapa ia dibenarkan dalam Islam.

2 komen best:
jadi apa 'stand'/pendapat kamu dalam hal poligami? sebab rata-rata perempuan, walaupun mungkin mereka tak setuju dan tak suka, mereka akan membenarkan juga poligami contohnya, bila tak mampu memberikan zuriat. tak dinafikan, siap ada yang hendak letak syarat lagi sebelum nikah (taklik).
Tak pernah perasan komen ni. Maaf ya.
Setelah 12 tahun dan melalui banyak liku hidup sebagai seorang yang dewasa dan matang, well, pada saya poligami tak salah sbb ianya adalah hukum Allah.
Cumanya org yang melaksanakannya kenalah mengikut garis panduan yang ditetapkan laras agama. Sama macam solat, arahan solat adalah sempurna tapi kita sebagai pelaksana solat kadang tak sempurna pun perlakuan kita.
Post a Comment