aku bukan baru tersedar hal ini,atau baru mahu membangkitkan hal ini. ini bukan tetang persoalan atau apapun, tapi ia sebenarnya hakikat, manusia sentiasa mencari kebenaran. dimana Allah telah sebutkan bahawa manusia dijadikan untuk beribadah kepadaNya dan menjadi khalifah dimuka bumi. Dalam kepalsuan, manusia mencari hakikat. Tatkala hati menafikan, jauh di sudut jiwa, masih ada sesuatu yang tertinggal.
selama aku di mrsm, aku cuma banyak bergaul dengan pelajar melayu, cuma hampir 1% saja masa aku di mrsm aku luangkan untuk berkawan dengan non-muslim. aku kagum dengan dua tiga orang non-muslim selama aku masih lower form di mrsm kuala klawang, mereka cukup faham dan mengerti tentang aktiviti orang islam.
mereka tahu hormat azan, dan apabila kami solat, mereka diam.terkadang mereka bertanya juga apa yang kami lakukan.
semasa upper form dan aku di mrsm muar, pelajar form 4 mendapat fasilitator mengikut homeroom masing-masing. maksudnye, setiap homeroom ada seorang fasilitator sebagai guidance, penasihat dan kawan.
homeroom aku, JAYA, mendapat fasilitator berbangsa india beragama hindu. pada hari thaipusam, kebetulan waktu itu kami ada perjumpaan dengan homeroom, jadi dia bawakan kami laddu(manisan). pada masa itu, aku cukup ragu-ragu untuk makan laddu tu.
jadi aku tidak makan. persoalannya bukan aku makan atau tidak, tapi katanya iu dia buatkan itu khas untuk kami, semua bahannya adalah semulajadi, dan ia adalah handmade. dia berusaha meyakinkan kami bahawa makanan itu halal.
ketika aku di matrikulasi, mase check-in bilik, aku mendapat seorang roommate berbangsa cina. dan katil dia di sebelah aku. banyak yang aku belajar dari dia. terkadang terasa malu amat bila semangat yang dia ada tidak ada pada diri aku.
dia amat tekun dan konsisten dalam belajar, cukup istiqamah dalam mengatur jadual harian. dia juga amat menjaga kesihatan dan nutrisi. selain itu, dia tidak boros, sangat pandai berjimat. aku yang belajar ekonomi pun tidak seekonomik seperti dia. setiap pagi, dia akan bangun tepat pukul 7.
dia akan sarapan, tidak pernah rasanya dia tak ambil breakfast. boleh dihitung dengan jari kalau dia brunch hujung minggu. kuliah start pukul 8, dia akan berada 15 minit awal di dewan kuliah. kemudian gap waktu tengah hari, dia takkan pulang kecuali kalau ada hal penting. petang, biasanya dia akan pulang pukul 5,
katanya ulangkaji dulu di library, padahal kelas habis pukul 4. sebelum balik, biasanya dia dinner. petang dia tidur dan bangun kul 7, lepas mandi dan basuh baju, pukul 8 tepat dia dah berada di meja untuk belajar, sehingga pukul 12. atau kalau musim exam, 3 minggu sebelum exam, waktu belajarnya lanjut sampai 2 pagi.
disiplin beginilah yang perlu ada dalam setiap diri mukmin... aku akui, aku sendiri pun tak segigih dia. aku tak sedisiplin dia. katanya memang dia dididik seperti itu. maknanya ibubapa memang memainkan peranan besar dalam membentuk peribadi seorang anak.
sedikit sebanyak dia mempengaruhi aku untuk sama-sama belajar. dia seorang yang serius dan tidak bersosial. bidangnya semasa di matrik adalah sains hayat, sekarang di UM dalam bidang kimia. memang itu bidang impian dia sejak sebelum masuk matrik lagi. dan dia dapat. firman Allah: man jada wa jada, wa man zara'a hasada..
janji Allah itu pasti. apa yang aku temui dari dia ialah dia pun seorang pemerhati yang baik terhadap Islam. cuma kadang-kadang ada terms yang dia gunakan sesuai dengan kefahamannya tersendiri, contohnya kalau azan katanya bunyi dari masjid. pelat cinanya pekat juga, mula-mula sebilik aku slalu speaking je ngan dia.
kalau waktu solat,katanya solat asar itu sembahyang petang, maghrib pula semahyang senja. dia juga pernah tanya aku bila waktunya kain sembahyang (telekung) aku basuh. maknanya dia tahu kalau bersolat perlu bersih-bersih. kalau hati tidak terdetik, masakan soalan begitu boleh terlontar?
di uum, setakat ini tugas da'ie sudahpun bermula. tapi aku agak sedikit terkilan, ada program pusat islam yang dimasukkan dalam sira. aku khuatir kalau ada yang turut serta bukan sebab pengisian jiwa, tapi mahu mendapat merit sira sebagai tujuan utama pula. aku juga khuatir kalau di pihak penganjur pula memang meletakkan bonus sira sebagai tarikan supaya dapat menarik lebih ramai peserta. aku tak pasti sama ada cara begini betul atau tidak, tapi kalau dengan cara begini, bukankah tidak dapat mencapai objektif program? bukan setakat mendapat penat, tidak mendapat pahala malah berdosa pula.
kata an-najwa, orang bukan Islam punya jiwa lebih kuat sebab mereka berusaha menafikan hal yang benar dari hati mereka.
aku ini orang yang masih belajar, ilmu pun masih cetek, pengetahuan pun belum banyak. aku hanya membuat tamsilan berdasarkan apa yang aku penah belajar, alami, dan fahami. menyerap ilmu dari alam menggunaan pancaindera dari Pencipta.
jadi, kalau aku salah, sila betulkan.
Islam warisan. kenapa wujudnya istilah yang sebegini?
begini. kita manusia. hamba yang lemah. kita sibuk mencari apa yang kita rasa susah sangat nak dapat dalam dunia ni. kalau kita miskin,kita akan mencari kekayaan. kalau sunyi, kita akan mencari kasih sayang, atau apa-apa pun sebagai hiburan.
kita sibuk dengan hal cinta dunia. hakikatnya kita tidak mudah menghargai apa yang ada di depan mata. islam. kita memang islam sejak lahir, insyaAllah ada tiket ke syurga. Kita perlu ingat, bahawa hal syurga-neraka,Allah yang tentukan. selagi hati tidak menemui apa sebenarnya yang dicari, hati tidak akan tenang. kita akan lakukan macam-macam hal untuk membuatkan hati tenang.
tapi kita mencari ketenangan dengan cara yang salah. ketenangan itu milik Allah. mana mungkin ketenangan hati diperoleh dengan mencari hiburan dunia. hati yang terhibur dengan iman, pasti akan menghiburkan yang lain.
Semoga aku, kau, kita dan semua menjadi ummat yang terdidik hatinya dengan iman, terhibur dan menghiburkan. Insya-Allah.