Showing posts with label kelas saye. Show all posts
Showing posts with label kelas saye. Show all posts

Tuesday, January 18, 2011

Akhlak yang baik itu memikat..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 18, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga post ini diredhai Allah.

Akhlak yang baik itu cerminan peribadi siapa kita, siapa sahabat kita, apa agama kita, dari mana asal kita. Apabila kita bergerak, diri kita ini ibarat kenderaan yang membawa 1001 muatan yang akan digunakan sepanjang jalan-- sama ada disedekahkan, dipakai, atau dibuang.

Oh, ayat di atas muqaddimah cuma. Saya ingin berkongsi kenapa akhlak yang baik itu memikat.

Saya baru sahaja memulakan semester baru dan kelas pertama semalam. Dengan pembawaan 4 subjek pengelasan kod 3000 (highest level untuk degree students, kalau dalam exam semua ni adalah paper esei.). 3 daripada subjek ni adalah subjek teras dan elektif LogTrans (Logistic&Transport), dan satu lagi ialah paper Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa. Bunyinya subjek ni agak menggerunkan, dan 'berat'. Jadi saya berniat untuk menggugurkan kursus ini dalam minggu add drop ini.

Namun, niat saya tak dapat diteruskan apabila menghadiri kelas pertama semalam dek kerana terpikat dengan kebaikan pensyarah tersebut melewatkan waktu kelas untuk memberi ruang untuk waktu solat. Malah mengingatkan kami agar mendoakannya. Entahlah bagi orang lain, tapi bagi saya beliau sangat sweet bila mengingatkan pelajarnya untuk mendoakannya.

Kenapa saya tak kata kata-kata yang baik itu memikat (walaupun ia juga benar)?

Its simple.

Action speaks louder than words.

Friday, March 12, 2010

asyik kena tolong je..lemak aa..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 12, 2010 2 komen best

Akhir-akhir ni beberapa pensyarah selalu kata, "Saya akan cuba tolong awak mana yang mampu"

Saya sangat letih, muak, penat dan bosan. Sejak dari sekolah menengah, matrikulasi, sampailah ke universiti. Sampai bila student asyik nak ditolong aje? Inilah puncanya pelajar tak berkualiti.

Student naik lemak berganda-ganda. Kalau layak dapat takat markah tu aje, sudahlah. Keputusan akhir takkan dapat membantu seseorang ketika dia bekerja nanti.

Untuk memurnikan kembali prestasi pelajar (saya), saya seru para pensyarah, buatlah keputusan yang rasional...Kadang-kadang anda seperti melepaskan anjing tersepit, hari ini anda lepaskan dia dari kesusahan, kelak dia menggigit anda. Kalau anda terlampau membantu saya yang malas berusaha ni, ia akan menjadikan saya lebih malas daripada sekarang. Ia membuatkan saya berfikir bahawa tanpa usahapun saya bakal mendapat keputusan yang baik. Dengan keputusan 'yang dibantu itu', siapa tahu saya layak menjadi 'somebody'. Mungkin suatu hari nanti saya menjadi pemerintah yang zalim, mungkin saya akan menjadi orang yang merasuah, mungkin saya melakukan hal mungkar. Ini semua kerana keputusan 'yang dibantu' tadi.

Ingatlah, perhitungan Allah itu sangat halus..

Kita sebagai pelajar jangan terlampau mengharapkan pertolongan dari pensyarah. Berusahalah sebaik mungkin, kerana ada barakah darinya. Ketahuilah, meski gagal sekalipun, tetapi dengan usaha, gagal pun manis rasanya. Tapi saya percaya, orang yang berusaha tidak akan gagal, kerana memang itu hukum alam. Allah telah berfirman, "Beruntunglah bagi orang-orang yang berusaha.."

Terseksa jiwa ini tatkala sang guru cuba memberkan kegembiraan palsu.. Tidak mengapalah dengan keputusan buruknya, saya terima.. Sekurang-kurangnya saya tahu usaha saya belum cukup..

Terseksa jiwa ini apabila rakan-rakan tertipu.. Di mana jiwa seorang pendidik yang tugasnya meresapkan ruh ilmu ke dalam jiwa pelajarnya, menerapkan cinta kepada ilmu?

Terseksa jiwa ini tatkala diajar hanya untuk bagaimana menghadapi peperiksaan.. Apalah sangat peperiksaan yang hanya 2, 3 jam berbanding sebuah kehidupan 20, 30 tahun lagi?

Saya tak mahu jadi mahasiswa yang tak ada otak.

Semalam keputusan SPM keluar..tahukah kita betapa ramainya yang ditipu dengan kegembiraan palsu? Hanya orang yang berusaha je dapat merasai manisnya kejayaan.

Walaupun saya hanya pelajar yang average, saya gembira. Berkat dalam usaha tidak dapat diganti dengan apa-apa. Silakan merasa bersalah jika mendapat gred bagus tanpa usaha.

Inilah dunia.

Marilah berusaha bersungguh-sungguh, serahkan selain itu kepada Allah. Kalau ada pensyarah anda yang suka bantu-bantu, beranikanlah hati untuk berdepan dengannya dan katakan, "Takpe encik/puan, jangan dibantu keputusan saya". 

sekadar perkongsian rasa. semoga bermanfaat.

Photobucket

Wednesday, March 03, 2010

ini janji saya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 03, 2010 0 komen best
Harini saya dah dapat tahu markah midsem [take-home] Kenegaraan Malaysia. Mid sem ini memberi markah (carry mark) 10%, dan saya mendapat 9%. Alhamdulillah..

Tajuk test ni ialah "Apa yang boleh kam sumbangkan kepada negara setelah apa yang negara berikan kepada kamu".


Saya ada janji nak postkan kat sini test saya tu. Jadi, harini saya tunaikan.

Saya seorang warganegara Malaysia yang sudahpun menamatkan zaman persekolahan  dan sekarang melanjutkan pengajian ke Universiti Utara Malaysia dalam bidang Pengurusan Perniagaan Logistik dan Pengangkutan. Saya percaya bahawa setiap yang lahir di bumi Malaysia ini amat bertuah kerana lahir dalam persekitaran yang harmoni dan aman damai. Oleh itu, rasa kesyukuran ini ingin saya buktikan dengan berbakti kepada negara dengan apa cara sekalipun. Saya sedar bahawa saya merupakan generasi masa depan negara saya yang tercinta, Malaysia. Sebagai tenaga muda aspirasi negara, banyak sumbangan yang boleh saya berikan kepada negara ini.

Sumbangan terbesar yang boleh saya berikan kepada negara ialah dengan cara belajar bersungguh-sungguh bagi membentuk diri yang bakal menjadi perintis kepada kepimpinan negara. Negara kini ketandusan generasi pemimpin yang berkualiti dan berkaliber bagi memimpin rakyat negara ini, memastikan perpaduan yang utuh dan melaksanakan kelangsungan ekonomi yang pesat di negara kita. Kesedaran ini membuatkan saya cuba melatih diri menjadi pemimpin melalui aktiviti-aktiviti tidak formal di luar kuliah, dari menjadi ketua kumpulan tugasan sehingga memimpin organisasi biro aktiviti kolej. Memimpin orang lain membantu saya memimpin diri sendiri, kerana saya percaya bahawa orang yang tidak mampu memimpin diri tidak layak memimpin orang lain. Dengan itu, belajar bersungguh-sungguh membuatkan saya mengisi masa dengan baik, di samping mengurangkan kadar gejala sosial dan jenayah yang kian meningkat saban hari akibat tidak mempunyai pekerjaan. Ini juga dapat mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia.

Sebagai seorang pelajar, saya tidak mempunyai wang untuk dsumbangkan bagi membantu kelangsungan pembangunan ekonomi dan komuniti. Saya hanya mempunyai buah fikiran, akal dan kudrat sahaja, namun ia cukup bernilai. Dengan tenaga muda yang saya ada, saya akan mengerahkan segala kudrat dan buah fikiran bagi menyumbang ke arah pembangunan komuniti melalui program-program kebajikan. Banyak program kebajikan disusun bagi menjaga kemaslahatan umat di negara ini oleh badan-badan kerajaan dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Program ini bukan sahaja dilaksanakan untuk masyarakat kurang berkemampuan seperti anak-anak yatim, orang-orang tua, orang kurang upaya (OKU), orang miskin dan fakir, tetapi juga untuk masyarakat setempat seperti program gotong-royong di kampung-kampung, bantuan kepada mangsa-mangsa bencana alam, tuisyen percuma kepada sekolah-sekolah dan pelbagai lagi program kebajikan untuk masyarakat. Ternyata, tenaga pemuda seperti saya amat diperlukan bagi membantu sektor kebajikan masyarakat. Dengan memberi sumbangan tenaga dalam program kebajikan, saya bukan sahaja dapat memperoleh banyak pengalaman, tetapi juga dapat membantu masyarakat dalam memajukan komuniti dan membina kesedaran tentang kepentingan memberi sumbangan dalam pembangunan negara.

Menjadi seorang warganegara yang baik juga merupakan satu sumbangan kepada negara. Kadar jenayah yang saban hari semakin meningkat mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat. Saya cuba menjadi seorang warganegara yang baik dengan mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang, mematuhi prinsip Rukun Negara, mematuhi Perlembagaan Malaysia dan tidak mencetuskan huru-hara. Dengan menjadi seorang warganegara yang baik, kadar jenayah dapat dikurangkan di samping menyumbang kearah pembangunan masyarakat dan negara.

Saya mempunyai cita-cita untuk membuka perusahaan sendiri setelah berkerjaya nanti. Dengan cita-cita ini, selain dapat membantu kelangsungan ekonomi, saya juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat. Selain itu, usaha membuka perusahaan ini dapat meningkatkan keluaran produk tempatan, demi menyahut seruan ‘Belilah barangan buatan Malaysia’ yang diwar-warkan sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Dengan hasrat ini, saya ingin menyahut cabaran Wawasan 2020 yang dalam cabaran keenamnya menyebut, “Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya cipta yang tinggi dan berpandangan jauh.”


Sumbangan-sumbangan yang saya berikan masih tidak cukup untuk membalas budi tanah air kepada saya. Seperti yang pernah diucapkan oleh pemimpin tersohor, John F. Kennedy, “Jangan bertanya apa yang telah negara lakukan untuk kamu, tetapi apa yang telah kamu lakukan untuk negara”.
Nampak macam senang, tapi, percayalah, ini dari hati saya. Saya bukan nak berkongsi markah  9/10, tapi saya nak berkongsi perspektif saya.

Saya ada bertanya pensyarah sebelum ini, bagaimana beliau menilainya,dan katanya; "logik dan boleh dicapai, berdasarkan pemikiran kritikal hasil dari pembelajaran subjek Kenegaraan".

semoga bermanfaat.

Photobucket

Thursday, February 25, 2010

4F dan transport theory

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 25, 2010 2 komen best
Dah lama rasanya tak hadir kelas Hubungan Etnik. 2 kali, pertama kerana ada program dan kedua kerana saya sakit.

Hari ini kelas membincangkan bab 7, Hubungan etnik dan Menangani Cabaran. Saya tertarik dengan kata-kata pembentang yang menekankan 4R dalam konsep pembaratan-sebab yang selalu saya dengar ialah 3S:Sex, Song, Sport.

4F- Fashion, Food, Fun, Festival.

Apa yang dimaksudkan dalam 4F dalam konsep pembaratan ialah hubungan etnik kita menghadapi ancaman dalam mempertahankan 4F ini kerana globalisasi telah membawa duni menjadi semakin sempit dan semua perkara menghadapi ancaman pembaratan ini.

Makanan kita sudah hilang manis-pedas-masam-masinnya.
Fesyen budaya kita sudah hilang kebudayaannya.
Festival: kita juga turut terpengaruh meraikan perayaan yang diaraikan orang barat: Valentine dan Krismas.
Fun? orang kita memang suka bersuka-suka.

Jadi..sesiapa yang mempelajari Hubungan Etnik pasti tahu cara menghadapi cabaran pembaratan ini.

Kelas Transport Theory pun dah 2-3 kali batal sebab lecturer busy. Kelas harini menarik sangat. Politically, saya dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam sindiket penyeludupan dan bagaimana sindiket penyeludupan barang boleh 'lepas' walapun biasanya penyeludupan dapat dikesan. Tak logiklah kalau dah bertahun-tahun menguruskan kes tapi tak tahu trend jenayah..

Tak elok rasanya kalau nak kongsi di sini, mungkin boleh menjadi fitnah kepada yang tak berkenaan. Cuma kalau anda tanya saya in-person, bolehla saya kongsikan..

Sebagai orang yang masih belajar dan tak pernah melihat jenayah secara terang berlaku depan mata, saya tak nampak dimana rasionalnya rasuah dan saya tak percaya wujudnya hal-hal jahat gitu walaupun dah banyak tengok cerita orang jahat kan..

Kadang-kadang ia buat saya rasa takut terus untuk buka perniagaan dan jadi pemimpin. Saya bimbang kalau perniagaan saya dicemari rasuah, meskipun perniagaan saya cumalah perniagaan red carpet ataupun kain kapan.

Saya fikir kalau subordinat saya buat kerja gila macam rasuah ape suma tu, saya hantar kapur barus, kain kapan ngan keranda untuk suma sekali ahli kuarga dia.

Monday, February 08, 2010

my feveret things list

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 08, 2010 0 komen best
1. my favourite blogs (i will read every update of these blogs)
  • saifulislam.com
  • ummusaif
  • ummuhusna
  • UZAR
  • beliamuda
  • penaberkala
  • aliff afira
  • kak fahana
  • kak aiza
  • penampalposter
2. my recent favourite books
  • Marketing principle(becoz tomorrow have mid-sem.hehhe)
  • Danielle Steel: Johnny Angel(not yet half read)
  • Sains Pemikiran dan Etika [this is kinda unique subject, so thoughtful]
  • my little notebook with messy handwriting [this one always in my pocket]
3. my favourite food [recently]
  • nasi kerabu kat foodcourt Nongka (pernah sanggup tak makan sbb dah habis)
  • recently always eat at LEGO, the fried bananas really impress me!
4. favourite drink
  • nestlo ais
5. my beloved gadget
  • of course la laptop buruk dan tua nih [its a present from my sis n mum]
6.my favourite activity
  • blogging for sure
  • reading
7. my favourite class
  • hubungan etnik (this class always give out comprehensive discussion, at the very first time muslimin voice out their bravery and brilliant head..kalau tak dalam kelas2 lain sume duk blakang je...)
  • Management of  Transport-principle and theories (Mr.Fadzil did not teach what is in the book, but what we must know; i respect his eagerness to let us know everything of transport. )
  • Marketing-theres no reason for bussiness student for not having interest to this class.[Haji Romle is my dad's age, and sometimes i see 'my father's shadow' in him when he talk-his action makes me remember abah a lot]
  • i dont like my ko-k [PRS whatsoeva. b.o.r.i.n.g. this is the very first time i regret my very own choice]
8. my favourite song (or, melody?)
  • recently i always hear to a song without a lyric. i download this without knowing whats the title. Later i download in this blog to share.
  • Hadiah buatmu Teman
  • 25 minutes too late-Micheal Learns to Rock
9. my favourite place of interest
  • my very own room
  • PSB of course (rarely go there recently, sorry my darl)
10. my best quote
  • no secret. everyone knows already :p
ashikin: rather than writing sad thing, its better for me to write something i like, rite? so i expel previous entry.

Sunday, January 24, 2010

bukan provok tanpa kematangan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 24, 2010 2 komen best
Tadi pagi aku menghadiri kelas Hubungan Etnik.

Kuliah hari ini membincangkan tentang Hubungan Etnik Di Malaysia Secara Umum. Kuliah ini dikendalikan oleh pelajar, sebagai membentangkan tugasan 15%. Antara yang dibincangkan ialah usaha-usaha untuk memupuk perpaduan nasional, antaranya pengenalan kepada rukun negara, Dasar Ekonomi Baru(DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, dan Dasar Kebudayaan. Dalam huraian tentang pengenalan Rukun Negara sebagai alat membentuk perpaduan, encik pembentang ada menyentuh tentang isu penggunaan nama Allah sebagai satu medium yang menjadi punca perpecahan kaum, selepas isu 13 Mei 1969. Katanya, "Mungkin pada suatu hari nanti prinsip 'Kepercayaan Kepada Tuhan' dalam Rukun Negara akan diubah menjadi 'Kepercayaan Kepada Allah'.

Dalam sesi soal jawab pula, ada pelajar bertanya soalan yang bunyinya begini: "Tadi anda kata Rukun Negara merupakan alat membentuk perpaduan. Bagaimana caranya Rukun Negara boleh membentuk perpaduan sedangkan apa yang berlaku sekarang rakyat berpecah kerana isu penggunaan nama Allah?"

Maka encik pembentang pun menjawab, "pertama sekali, Kepercayaan Kepada Tuhan. Sebenarnya ini suatu isu yang sensitif untuk saya terangkan, tapi saya cuba jawab. Bila kaum yang lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan, ini menimbulkan keraguan kepada orang lain. Ini memberi kesan kepada generasi masa depan, contohnya anak orang Melayu pening kalau anak orang Kristian pun cakap Allah tuhan mereka. Nama Allah adalah merujuk kepada Tuhan orang Islam, cuba anda fikir kalau....[blablabla...aku dah tak tumpu perhatian sebab tiba2 rasa telinga sakit dan hati panas. Lalu aku pun angkat tangan, minta penjelasannya diberhentikan sebab dewan kuliah pun dah mula panas dan bising dan bengang.]


Apabila permintaan aku ditunaikan, maka persoalan yang lain diajukan. Ada yang bertanya tentang konsep top-down dan bottom-up dalam usaha membentuk perpaduan. Lalu pembentang menjawab bahawa ia adalah konsep interaksi antara golongan atasan dan golongan bawahan. Apa yang aku tak puas hati kat sini ialah pembentang seperti tidak arif dalam usaha menghuraikan kata-katanya dalam memberi contoh. kenapa mesti nak gunakan isu nama Allah, sedangkan ada isu yang lebih halus dan lembut boleh digunakan sebagai contoh, macam isu HINDRAF melakukan demonstrasi dan bantahan pada tahun 2007. Contoh ini boleh dia huraikan semasa membentang subtajuk 'hubungan ekonomi dan etnisiti', sebabnya ada yang bertanya soalan yang berbunyi, 'Anda kata ekonomi membantu pelaksanaan perpaduan antara etnik dan kaum, tetapi apa yang berlaku pada hari ini ialah ekonomi yang memecahkan perpaduan.Sila jelaskan.' Demi menjawab soalan ini, pembentang tak memberi contoh yang baik.

Setelah yang memberi hujahan duduk, pensyarah, Ustaz Khadafi bangun memberikan ulasan tentang apa yang aku halang dari dibincangkan. Ustaz kata, "ini adalah universiti, dan tidak ada timbul isu sensitif dalam membincangkan ilmu. Kalau tidak dibincangkan disini, di mana lagi? di tandas ke?" Ya Allah..masa tu rasa macam bersalah pula. Rasa malu pun ada. Ustaz Khadafi berkata, "Kita tahu Allah yang jadikan orang Islam, orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu, hatta segala manusia yang bermacam-macam agama sekalipun. Orang Arab bukan Islam pun panggil Tuhan mereka Allah. Jadi apa masalahnya kat Malaysia orang Kristian tak boleh guna nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan?" Ustaz bertanya, menguji.

"Mereka merujuk kepada bukan Allah yang orang Islam sembah dan mengesakanNya, ustaz."
"Konsep ketuhanan yang difahami oleh berlainan agama berbeza, ustaz"
"menimbulkan kekeliruan, ustaz"

Jawapan pelajar-pelajar dibimbing Ustaz Khadafi dengan menerangkan asbab kenapa nama Allah sebagai pengistilahan yang merujuk kepada Tuhan tidak boleh digunakan oleh yang beragama selain Islam.
  • Orang Islam dan orang bukan Islam sendiri tidak memahami kenapa tidak boleh sama sekali nama Allah digunakan oleh yang beragama bukan Islam, tapi memperkatakannya.
  • Ustaz menimbulkan persoalan, " Kenapa baru hari ini nak gunakan nama Allah sebagai merujuk kepada Tuhan oleh orang bukan Islam? Kenapa tak dari dulu?"
  • Orang Arab merujuk perkataan Allah sebagai Tuhan sebabnya perkataan Allah bermaksud 'Tuhan' dalam bahasa mereka sendiri. Tapi dalam bahasa Melayu, nama Allah merupakan sesuatu yang memang dirujuk sebagai Tuhan yang Satu, Yang Esa, Yang diagungkan.
  • Kerana konsep dan pemahaman kita berbeza. Kita tak mahu mempersendakan  nama Allah. Dalam Kristian, konsep trinity digunakan dalam mentafsirkan Ketuhanan. Tuhan ada anak, ada isteri[astaghfirullahalazim..]..ini akan menjadikan kedua-dua pihak akan pening, percantuman agama akan berlaku kerana ini[nauzubullah, Ya Allah..]. Pada aku, peristiwa orang Musyrik mengajak Rasulullah SAW bertukar2 agama telah kembali, [astaghfirullahalazim], lalu pada waktu itu turun ayat dari Allah yang disebut dalam Al-Qur'an, surah al-Kafiruun yang bermaksud, "Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah".
Aku amat berterima kasih atas bimbingan ustaz terhadap pemahaman kepada isu yang disebut2kan ini. Aku sebenarnya sangat tak ingin/tak mahu/tak suka mengulas isu ini kerana ilmu yang tidaklah seberapa, malah sewaktu program Mahasiswa Robbani, ada juga yang bertanya tentang pengupasan isu ini, tapi kata ustaz, ini bukanlah masalah pokok, tetapi masalah cabang yang dipolitikkan dalam memecahbelahkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Jadi apa yang aku tuliskan hari ini cuma satu perkongsian dari setitik ilmu yang aku dapat, dan aku tak berniat pun  nak provok pembentang tadi dengan melulu. sebabnya, aku rasa dia bukan orang yang ahli dalam memperkatakan soal akidah. Tidak ada kompromi kepada orang yang menimbulkan kekeliruan kepada orang lain.

Lalu, diakhir kuliah, aku meminta maaf kepada ustaz kerana menghalang pembentang dari apa yang ingin beliau sampaikan, dan ustaz menjawab, "Tak apa, (walaupun dia bukan orang yang ahli), kita kena dengar dulu apa yang dia nak sampaikan".

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan datang lagi: kenangan semasa ramadhan mase skola-skola dulu~...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 22, 2009 0 komen best
salamm...dah beberapa hari tak update blog, terasa matahari menangis pula.

beberapa hari kebelakangan ni, selain sibuk uruskan hal buat semula kad-kad penting, aku sibuk tengok-tengok assignment dan kertas-kertas penting..naik cuti ni adabeberapa exam mid sem iaitu kertas bahasa melayu pengurusan, matematik pengurusan, dan pengantar sains sosial. hari isnin ini aku ada pembentangan assignment yang aku ketuai, iaitu bahasa melayu pengurusan. tugasannya ialah berkempen bertemakan Malaysia, dan kempen aku bertajuk 1Malaysia. semuanya sudah siap, cuma malam ni aku nak buat meeting untuk pastikan semuanya dalam keadaan yang baik. harap-harap mereka yang dipertanggungjawabkan sudah sampai di UUM sekarang ini.

Ramadhan kali ini aku di UUM. seperti selalu, aku tidak dapat berpuasa bersama keluarga terchinta. agak syahdu di situu... pagi tadi sahur makan roti ngan air coklat, andy cakap dia sahur nasi berlaukkan ayam masak kicap..alahaii..teringat plakk ibu kat rumah. waktu sekarang ni adik-adik dah start cuti midsem, mesti best...huu..pagi-pagi subuh teringat kat orangtua.. aku tak igat bila kali terakhir dapat puasa penuh ngan family sebulan. masa darjah enam kut. maklum, tingkatan satu aku dah kat asrama.

puasa dengan kawan-kawan pun satu pengalaman yang tak dapat dilupakan, dulu masa kat MRSM Kuala Klawang variety waktu berbukanya.. masa form 1, sepanjang Ramadhan berbuka dengan homeroom, si Koghilan tu pun puasa sesama.. masa form 2 bebuka puasa ngan klasmate, slalu duk sebelah seseorang masetu..hmm..agak nostalgic sebab seseorang tu sekarang dah taknak contact adikbradik sekelas dia sekarang ni, macam bawak diri je..aku try cari seseorang tu, tapi tak jumpa.. masa form 3 pun dengan klasmate juga, berbuka asing-asing lelaki perempuan..siap ade simpan lagi gambarnye..masa form 3 juga pernah buat rombongan berbuka puasa kat rumah cikgu..cikgu belanja kitorang spaghetti.. masa form 4 kat MRSM Muar, dengan klasmate perempuan aku..masih teringat kat Fatimah yang makan dengan kuantiti yang teramat sedikit. pastu pernah berbuka puasa kat rumah cikgu shahrali. best kan, homerom Jaya? hehe.. masa form 5 di MRSM Serting juga dengan klasmate perempuan, makan bawah khemah macam pegi kenduri gitu.. masatu dah nak SPM, jadi lepas tarawikh study sama-sama..memang nice sangat waktu tu..
tapi kalau waktu sahur,awal-awal ramadhan jelah DS tu meriah..tapi kalau dah pertengahan bawa ke penghujung tu jangan nak haraplah student turun makan sahur.. lagi-lagi kalau student perempuan. student lelaki biasanya lebih rajin makan sahur kat DS, pastu diorang gi bertafakur jap kat surau sampa subuh. student lelaki masa aku form 5 amat kelakar, selalu kejut student blok aku gi sahur. pastu waktu tunggu azan diorang tadarus, then after azan nyanyi lagu raya. aduss.. masa form 5 student lelaki sikit je, n student perempuan amat ramai. MRSM Serting macam perkampungan muslimah. haha.

biasanya waktu rehat ada pengisian tazkirah, ayat-ayat Qur'an ngan baca yassin melalui P.A. system. kalo pegi bilik guru, para guru baca Qur'an waktu tu.. tapi kalo waktu prep petang, selain buat homework, tido jelah kerjanya budak2 emaresem nihh..haii.. lagi-lagi kaloprep petang. malam je biasanya senyap dan sibuk, tapi tang dah nak habis prep tu berpusu-pusu nak gi super sebab nak dapatkan supper special waktu Ramadhan..hmm.. paling best supper time ramadhan mase kat Serting.selalu yang terbaik dan special.

pastu, malam biasanya gi terawikh sesama.. para ustaz dan guru lelaki akan turut hadir menjadi imam dan kasi tazkirah..subhanallah, memang terasa sangat ukhuwah yang terjalin, yang terikat.. para ex-MRSM sekalian, pasti terkenang waktu dulu, kan? semuanya takkan sama lagi.. selalu masa bulan Ramadhan buat tadarus, masa kat MRSMKK ikut homeroom, kat MRSMMuar&Serting ikut klas masing2.. hari Nuzul Qur'an, buat khatam Qur'an.. ada telur rebus n makan nasi special yang dihidangkan Dewan Selera (DS). hmm..bestnye waktu dulu..

kat matrik, suasana ramadhan lain sikit..dah takdek DS, sumenye beli sendiri.. kadang-kadang tak sahur pun.. ikut suke hati jee nak sahur ke tak, tapi waktu berbuka kene atur gak, ada yang nak makan ngan rommate, klasmate, mentor-mentee.. hmm.. biasanya makan berbuka dengan roommate tersayang, Bazilah ngan Pa'in. Tham yang berangsa cina pun berbuka sama-sama, sanggup tungu waktu maghrib untuk makan malam ngan kitorang. sambil berbuka biasanya kitorang discuss pasal makanan ape yang kitorang beli, harga makanan, isu-isu semasa dan kerja-kerja harian. aku paling suka beli air tebu kat bazar ramadhan mase kat matrik. fresh! aku suka moment majlis berbuka puasa masa hari-hari akhir ramadan kat matrik, aku incharge food masa tu.. pengurusan blok aku memang amat-sangat-terbaik! walaupun makan atas tikar kat dataran Temenggung, tapi makan ramai-ramai la yang paling best.

sekarang aku kat UUM, aku tak tahu dan tak pasti lagi apa yang mendatang. tapi aku amat yakin bahawa ianya bakal menjadi ingatan dan moment yang lebih baik! yang penting bukan pelaksanaan, tapi pengisian jiwa :) mari bertarawikh!

Tuesday, March 31, 2009

jamuan praktikum, annual dinner dan gunung ledang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 31, 2009 0 komen best

akhir-akhir ini banyak peristiwa yang mencipta kenangan. jmuan praktikum pada 19 mac, walaupun tidak sebegitu banyak aturcara, sekadar makan dan berborak dan ambil gambar, food pun tempah kat café je, tapi masih boleh dikatakan meriah dengan makan nasi goreng, nugget n ayam.

annual dinner tadi malam pun sudah cukup melelahkan-aku amat mengkritik annual dinner yang diatur oleh ENCIK KEPALA JPP.
sebabnya:

PERTAMA: temanya adalah "MACHO & FEMININ", tapi encik kepala jpp tersebut meWAJIBkan para pelajar untuk memakai pakaian formal. hape punye serabut laa ayat encik kepala ini...

KEDUA: encik kepala memberi idea ekonomik, iaitu para pelajar amik food sendirik guna bekas makanan sendirik. syaratnye, ketua2 n naib2 ketua praktikum je yang boleh gi amikfood stersebut untuk ahli praktikum. masalahnye, serabut n serabai giler jadiknye tempat dinner tu ngan orang lalulalang depan khemah vip. pastu bukan stakat ketua praktikum je, ngan anak2 buah skali pi amik foods.

KETIGA: para pelajar kolej dikenakan bayaran RM6 untuk menghadiri Annual Dinner tersebut. yang Encik Pengarah plak bagi ucapan manis-manis yang menikam kalbu.

KEEMPAT: erm..takyahlah kritik banyak-banyak..macam bagus sangat je aku ni.. mase dinner blok pun slekeh gak yang aku buat tu..
papepun, harus diberi pujian gak, walopun majlis taklah sebegitu sempurna sebab kita manusia bukan malaikat, jadi pujian harus diberi dari aspek persembahan yang cukup menghiburkan (kecuali persembahan duet 'ku merindu' yang spoil).
pandai jpp cari orang. bukan senang nak organize event yang besar gitu.. mane nak cari meja krusi, pa system, emcee, persembahan, aturcara lagi, hadiah lagi, nak mintak duit student lagi.. aii..sume tu memang dah terasa sendiri aa..

neway tahniah kat JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR. next time in future, u learn to do better. atleast dinner nye ade daripada takde.bukan senang nak kumpulkan student, sume stream, yang 4ribu orang tu dalam satu event.

sabtu lepas, aku dan 12 orang rakan sepraktikum bersama pensyarah pengiring sekluarga(suami Puan Siti dan 4 orang anaknyer) bercamping ke Gunung Ledang.MEMANG BEST!! tapi penat memang tak hengat laa...

aku taktau la aku ni hantu air ke hape, tapi akulah orang pertama yang gi terjun dalam air after letak barang sume..yang lain gi masak2 n borak2, aku gi melayankan anak2 puan yang kiut-miut itu. mukri plak pandai tul pujuk aku gi terjun dalam air.
pastu, bila naik, aku jadi TUKANG MAKAN je..memang shedapp arr prangai aku nih.. bila balik dari Gunung Ledang, aku di-detect menghidap demam selsema~hantu air yang x ori rupenye aku nie..~ slain makan dan main air, aku cuma menggoreng sebijik telur hangus. kemudian telur itu bukan aku yang makannye.
dan, bila sampai bilik,ooo gosh, hari isnin, slase ngan rabu ade trial berturut-turut : aku tak ready lagi!
erkkk...

Thursday, March 26, 2009

kelas@praktikum tersayang

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 26, 2009 0 komen best
this is my classmates. they are great classmates that assists me a lot in this lovely KMJ. they are my first account classmates-aku kan budak sains yang tetibe berangan nak jadi big boss company-daripada nak jadi pakar forensik, tetibe terjun ke bidang perakaunan yang penuh seni nihh...(seni ke??) well, it is the best of times, it is the worst of times we had here...i will miss'em a lot after i leave this matriculation college, ending 2008/2009 matric's session.
this isn't a lie..i love my friends.


.i love my friends. a lotzzz!!
sila klik gambar di atas untuk actual size.
aku edit sendirik tau gambar ni-kunun2 dah terer photoshop, padahal baru je dua-tiga minggu lepas blaja---budak baru blaja rupenye aku nie..shh..---terime kasih banayk-banyak kat inchik HASNUL HADI BIN IBRAHIM yang mengajar saye subjek Sains Informatik sehingga pandai menggunakan laptop saye sepenuhnye.heheh.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea