Thursday, February 25, 2010

4F dan transport theory

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 25, 2010
Dah lama rasanya tak hadir kelas Hubungan Etnik. 2 kali, pertama kerana ada program dan kedua kerana saya sakit.

Hari ini kelas membincangkan bab 7, Hubungan etnik dan Menangani Cabaran. Saya tertarik dengan kata-kata pembentang yang menekankan 4R dalam konsep pembaratan-sebab yang selalu saya dengar ialah 3S:Sex, Song, Sport.

4F- Fashion, Food, Fun, Festival.

Apa yang dimaksudkan dalam 4F dalam konsep pembaratan ialah hubungan etnik kita menghadapi ancaman dalam mempertahankan 4F ini kerana globalisasi telah membawa duni menjadi semakin sempit dan semua perkara menghadapi ancaman pembaratan ini.

Makanan kita sudah hilang manis-pedas-masam-masinnya.
Fesyen budaya kita sudah hilang kebudayaannya.
Festival: kita juga turut terpengaruh meraikan perayaan yang diaraikan orang barat: Valentine dan Krismas.
Fun? orang kita memang suka bersuka-suka.

Jadi..sesiapa yang mempelajari Hubungan Etnik pasti tahu cara menghadapi cabaran pembaratan ini.

Kelas Transport Theory pun dah 2-3 kali batal sebab lecturer busy. Kelas harini menarik sangat. Politically, saya dapat tahu apa sebenarnya yang berlaku dalam sindiket penyeludupan dan bagaimana sindiket penyeludupan barang boleh 'lepas' walapun biasanya penyeludupan dapat dikesan. Tak logiklah kalau dah bertahun-tahun menguruskan kes tapi tak tahu trend jenayah..

Tak elok rasanya kalau nak kongsi di sini, mungkin boleh menjadi fitnah kepada yang tak berkenaan. Cuma kalau anda tanya saya in-person, bolehla saya kongsikan..

Sebagai orang yang masih belajar dan tak pernah melihat jenayah secara terang berlaku depan mata, saya tak nampak dimana rasionalnya rasuah dan saya tak percaya wujudnya hal-hal jahat gitu walaupun dah banyak tengok cerita orang jahat kan..

Kadang-kadang ia buat saya rasa takut terus untuk buka perniagaan dan jadi pemimpin. Saya bimbang kalau perniagaan saya dicemari rasuah, meskipun perniagaan saya cumalah perniagaan red carpet ataupun kain kapan.

Saya fikir kalau subordinat saya buat kerja gila macam rasuah ape suma tu, saya hantar kapur barus, kain kapan ngan keranda untuk suma sekali ahli kuarga dia.

2 komen best:

terry bogart said...

huhuh..sama la course kita..saya nanti akan ambil malaysiaan Studies..

skang ni..tenagh ambil transport phenomena..mamcm mana fluid bergerak..

sama je rupanya budak engineering ngan budak entrepeneur rupanya

norashikin rahmat said...

@terry bogart;
er..entrepreneur dengan management tak sama secara menyeluruh.

Malaysian studies tu kenegaraan la kan? hmm..saya NAK dapat A untuk subjek tu semester ni..

cuma untuk transport, saya belajar strategi pengurusan, jenis2 pengangkutan, warehouse.. jadi saya kena kenal dengan pengangkutan secara menyeluruh..

kalo saye ade company lori, saye amik awk jadi engineer saye. hihhi.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea