Monday, February 22, 2010

Funeral service

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 22, 2010
Tadi saya ada kelas Marketing Principle, atau dalam Bahasa Melayu dipanggil 'Asas Pemasaran'.

Kawan-kawan, saya belajar apa yang hampir semua orang dah tahu. Kata abah,
"Marketing senang je... apa nak susah-susah, keluarkan produk yang orang nak.."

Dan itulah apa yang pensyarah Marketing katakan hari ni. Pandai la abah saye.


Seperti yang sedia maklum, harini saya ada test ekonomi. Tadi setadi dengan rakan-rakan, pastu Nadia kata, -"Ikin nanti jadilah pensyarah ekonomi"~
saya kata, "taknaklah. Nak jual kain kapan je..~"
pastu terpecah berderai gelak tawa diorang.

Waktu belajar Marketing tadi, Funeral Service berada dalam golongan 'Unsought Product'. Dalam masyarakat kita, bukan tidak ada orang yang menawarkan khidmat pengkebumian, tapi rata-ratanya adalah dalam kalangan bangsa India dan Cina, atau lebih tepatnya oleh orang yang beragama Hindu dan Buddha. Ini kerana tradisi pengurusan mayat dan kematian mereka adalah berbeza dan memerlukan pengurus pakar. Saya tak pernah dengar lagi tentang funeral service dalam kalangan masyarakat Melayu.Ini kerana dalam Islam, pengurusan jenazah adalah Fardhu Kifayah.  

Saya amat berharap sudah ada orang yang melakukan apa yang saya fikirkan ini.

Syarikat Funeral Service yang saya maksudkan ialah syarikat yang menawarkan khidmat pengkebumian kepada orang Islam, dimana pengurusan jenazah dilakukan dengan betul daripada kematian hinggalah pengkebumian selesai.

Antara ciri-ciri syarikat Funeral Service yang saya fikirkan ialah;-

  1. Syarikat ini pastilah mempunyai tanah yang dibeli khas untuk menjadi tanah perkuburan. Tanah ini adalah bagi sesiapa yang memilih untuk tidak menentukan di mana dia akan dikuburkan.
  2. Turut menjual peralatan yang digunakan dalam pengkebumian orang Islam: kain kapan, kapur barus, kapas, dan lain-lain lagi.
  3. Menyediakan perkhidmatan keranda dan pengangkutan untuk mobiliti jenazah.
  4. Syarikat ini juga tidak melihat kepada keuntungan. Ini syarikat yang dimiliki oleh orang Islam yang dedikasinya tinggi terhadap pengurusan kematian.
  5. Syarikat ini akan bekerjasama dengan rumah-rumah kebajikan, hospital-hospital dan Pusat Kebajikan Masyarakat di mana terdapat kematian yang tidak dapat diuruskan dengan mudah seperti kes si mati tidak berwaris.
  6. Syarikat ini juga memberi ceramah dan pengetahuan meluas kepada masyarakat muslim tentang kepentingan pengurusan jenazah. 
  7. Memberi latihan kepada masyarakat umum tentang pengurusan jenazah
  8. Membuka peluang pekerjaan kepada orang Islam.
  9. Membuka cawangan di tempat yang perlu.
Asalnya idea ini saya ingin simpan, seperti satu idea perniagaan lain yang saya masih rahsiakan..Tapi kalau nak tunggu sehingga saya mampu melaksanakan hasrat ini, belum tentu ada hari esok untuk saya.  Kematian adalah subjek yang semua orang akan hadapi, dan pengurusan kematian hanya diketahui oleh orang-orang yang ahli sahaja setakat hari ini.

Syarikat Funeral Service bagi orang Islam ni sebenarnya benar-benar satu tuntutan. Kalau anda tahu tentang kewujudan syarikat ni di Malaysia, bagitau saya yea :) Jazakallah..

Kalau suatu hari nanti Allah izinkan saya memiliki premis perniagaan ini, mudah-mudahan ia membawa saya dekat kepada peringatan kematian. Mati adalah satu motivasi buat saya, sebabnya saya tak mahu hidup saya menemui penghujungnya dengan kematian. [maksud saya, kita bukan hidup untuk mati. Kita ada kehidupan kekal abadi. Mati adalah batu loncatan untuk saya menemui Allah, tapi saya taknak mati tanpa bersedia.]

2 komen best:

fahana_ann said...

assaamualaikum,
hehehe..bagus ideanye ikin.point ke lima dan seterusnya tu memang lebih kepada kebajikan dan itu yang terbaik. Nak pulak ia melibatkan hukum danbukan keuntungan semata-mata. serasa bimbang bila di kampung-kampung yang uruskan jenazah mak cik atau pakcik yang juga hanya menunggu masa..
(dh bbrapa kali pergi tuntut ilmu pengurusan jenazah tapi belum yakin..)

norashikin rahmat said...

itulah antara tujuannya syarikat funeral service ni diwujudkan..selain bantu menguruskan, ia memberi keyakinan kepada waris untuk turut serta melaksanakan pengurusan jenazah ahli keluarga..

kak fahana, keyakinan tak datang bergolek-golek..keyakinan perlu dicipta, ia sama seperti kekuatan, tidak boleh ditunggu. siapa tahu kalau lemahnya kita membuat orang lain turut sama takut dan lemah.. Mudah2an kekuatan yang kita cuba usahakan membantu memberi inspirasi kepada orang lain untuk turut serta dalam melakukan kebaikan..

untuk mencipta kekuatan, kelemahan pun boleh dijadikan motivasi. insya Allah.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea