Saya akan berangkat pulang ke UUM dengan bas Transnasional sebentar lagi. Tiket saya pukul 11.
Tadi petang saya pergi beli sandle lagi. Kali terakhir beli sandle adalah 3 bulan lepas, sewaku abah datang ke UUM. Maklumlah, saya makhluk yang suka berjalan-UUM takdek eskalator mahupun lif atau walkway bergerak macam kat supermarket.. Kalau ada kan baguss..[er..tapi itu pasti menyebabkan kadar obesiti meningkat secara mendadak di bumi Sintok..ekkkeke..]
Saya keliru nak pilih sandle yang macammana.
Saya masuk ke sebuah kedai kasut. Mula-mula saya tengok dulu mana yang berkenan. Habis dah scan, takdek yang berkenan.Jadi saya kuar pi kedai lain plak.
Ada juga yang my type. Saya tak terus grab, saya try pakai. oh. selesa. Tapi ada dua pilihan, jadi kakak saya tunjuk which one is best fits me.
Akhirnya, sandle prototaip macam sandle saya yang lepas-lepas terpilih-cuma ada sikit warna maroon. Saya setia betul dengan rekabentuk sandle saya-selesa dan memudahkan mobiliti saya.
Saya memang sangat cerewet memilih kasut-taknak ada heels, tapak tak terlalu nipis, bukan getah ataupun plastik supaya apabila kaki saya sweating ataupun pada hari hujan ia tak buat saya tergelincir, taknak too gorgeous. Just simple but nice. Bagi saya, choosing the right shoe samalah macam memilih pasangan hidup. Saya akan berjalan dengannya dan ia menentukan kelancaran perjalanan saya. Jika saya tersilap pilih, saya tidak akan berjalan dengan selesa dan ia akan membuatkan mood saya menjadi buruk selagi saya memakai kasut yang salah.
Dalam cerita 'Hana Yori Dango', wanita yang membawa watak supermodel ada berkata, "A beautiful girl should go to beautiful places with a beautiful shoe." Tapi tak bermakna kita kena pergi ke tempat yang tak best dengan kasut yang buruk. Tapi kalo gi jamban takyah aa nak pakai kasut gorgeous look kan..
Kasut yang dibeli walau mahal mana pun, kalau cantik mana sekalipun, tapi kalau tak selesa nak dipakai, ia takkan membawa kita pergi jauh. Malah ia menyakitkan hati-lebih baik jalan berkaki ayam saja daripada memakai kasut begitu.
Saya rasa anda faham dengan analogi sandle saya dengan apa yang saya nak sampaikan-teman hidup.
Nak memilih kasut, kita ada banyak pilihan. Kadang-kadang kita perlu minta nasihat orang lain. Sama juga macam memilih seorang teman yang saya gelar 'life partner'.
Yang penting kita selesa nak berjalan dengannya sepanjang hidup kita. Bukan sahaja dalam terma memilih 'life partner', tetapi juga dalam mencari seorang kawan atau sahabat yang sejiwa. Biar yang kita selesa, bukan kerana kita terpaksa.
Kalau ada tapi apabila memakainya terasa sakit, lebih baik berkaki ayam. Kalau rasa tak selesa, lebih baik tak perlu ada.
Bezanya, kasut adalah kasut dan manusia adalah insan yang punya wibawa untuk kita hormati. Tak bermakna teman hidup atau sahabat boleh dijadikan seperti kasut-alas kaki yang diperlukan untuk melindungi dari permukaan bumi yang keras dan berdebu.
Akan tiba waktunya kasut perlu ditukarganti kerana lusuhnya atau rosaknya. Tetapi teman dan sahabat tidak boleh ditukarganti. Kita juga akan lusuh dimakan waktu-pada waktu itu, mahukah kita ditukarganti dan dibandingbezakan?
Dengan memilih kasut yang baik, gunung pun kita mampu daki, hutan pun kita mampu redahi. Kasut terbaik adalah yang memudahkan perjalanan kita, bukan yang membuat kita rasa susah dan menyekat kelancaran perjalanan...
Friday, February 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 komen best:
Post a Comment