Medium bahasa di tempat kerja saya, ialah bahasa inggeris.
Allah susun, kerja saya adalah dalam team Jepun-jepun. Yang lembut dan mesra dan sangat mudah berkongsi ilmu.
Even, they dont mind to be reminded about something at all.
Tugas saya ialah pemudahcara, support you on your back.
Namun saya diingatkan untuk tak perlu nak amalkan "sikap saling melengkapi kalau tu bukan kerja awak-referring to the other team".
Memang lain rasa, terjun ke suasana ini. Basically saya memang lantang je.. considering semua orang should be reminded of something new.. turns out that.. saya lupa, bukan semua orang sudi berubah.
Orang2 bagus yang kecewa apabila perubahan tidak berlaku, selalunya undur diri... macam saya, apabila berpindah dari company lama.
Saya yakin Allah akan menjaga saya dari kejahatan hati manusia.
Saya hampir dibuli team sendiri yang senior,.. dan diselamatkan dengan kehadiran gadis comel yang sebelum ni hanya memerhatikan saya senyap2 sebelum ni.. dia kata dia selesa mengajar dan kongsi ilmu dengan saya, sebab "I am a smart girl"
syukur Allah bagi rezeki kawan comel yang baik! Appreciate her existence so much..
Sekarang saya tahu bahawa kehidupan dunia takkan begitu berbaik dengan orang baik. Kalau kita tak tahan diuji, kita akan hilang mawaddah, dan menjadi manusia kasar, pembodek dan jahat macam orang tak ada iman.
So dia ajar saya untuk slow2 dulu... Observe situation..jangan lantang sangat mula2 ni.. Berhati-hati, watch your back.
Ada orang akan cuba jatuhkan kita bila2 masa dia nak.
Tanpa dia tahu, Allah memberi kuasa kepada siapa yang Dia mahu, dan menjatuhkan, menarik kuasa pada bila2 masa, daripada siapa.
Semoga Allah jaga kita, dan sentiasa ingat dan yakin, Allah sebaik-baik Pelindung.
