Saturday, February 28, 2009

Busiest February and feeling EXCITED!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 28, 2009 0 komen best
suddenly it comes to Februry 28th- the end of February!!
this is the busiest february i've ever had in my life. Insha-Allah, later, next-and-next-and-next February will be even more busier than this.
end of february means final is around the corner.whoosh---i love it!! exam-exam-exam=mental blow=exciting accounting=end matric session-------yaaaaaaaayyyy!!...ahaha...what a JMC's kids i am, eh?
with this small size i oftenly called 'budak kecik' by some of my friends with immature act. yeah, wuteva.

this next week, March 5th, have Al-Jazari's Dinner block in planner. maybe the Pengarah wanted to cancelled 'em coz he wanted to assemble all the students in HIS ANNUAL DINNER. ish. sickening betul. Last week he had cancelled block f's dinner-just because of the annual dinner. and all the crazily thing we've made- what are they for, eh??
the JPP suddenly useless as they are always.

well, forget it.

Only 31+15 days left to final---yet-yet-yet i've become more excited than ever!
pray for my success!
lately have not so much time for myself, later more-and-more-and more time spend on the things i loved.
yeah, merepek macam kerepek is really my part.

thanks to my beloved friend who helped me reduce my nervousness and fears and feeling like hell last week- it motivated me so muchh!! i laff u, friend!! thank you, thank you and thank youuuu!!

happy birthday, sweet 19 to miss Nur Syuhaidah bt Mohd Aris, mr Ahmad Kamal bin Anuar(26th Feb) and miss Nuur Izzatul Hani Mohd Ghazali(27th Feb)!
May Allah bless three of you throughout your life!
i laff u owez, great friends!!

Monday, February 23, 2009

kata nasihat seorang sahabat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 23, 2009 2 komen best
wanita solehah dihormati, bukan diminati...

               wanita biasa dengan paras jelita

                      mungkin akan menjadi rebutan,

tapi wanita yang warak dan zuhud

          akan menjadi kebanggaan para malaikat.

                                                         ~siti an-najwa~


ayat-ayat ini ditext oleh najwa padaku setelah habis aktiviti karnival sastera ikhtisas, dimana semua orang memberikan komitmen dalam gerai jualan pelajar perakaunan. penat dan puas. dua perasaan yang hanya Tuhan saja yang tahu. Baru habis penutup. meriah dan penuh. Aku tak sangka menjadi usahawan begitu menyeronokkan-exciting!-tambah lagi, aku jadi promoter. dalam perjalanan  pulang, aku bersama najwa dan malam-malam buta itu sebelum lewat bloknya aku nyanyikan lagu yang liriknya begini:
        kupetik bintang atas langit
             untuk kau simpan dalam poket
                  cahayanya terang lampu picit
               berikan kau perlindungan........ULTRAMAN!..

     kemudian apabila sampai ke bilik aku menerima mesej yang ayatnya seperti di atas...mungkin boleh juga jadi simpanan semua teman wanita aku ya...aku semakin sayang temanku yang satu itu. walaupun kadang-kadang aku tak senang pada nada sendanya yang kasar, tapi kata-katanya selalu benar. ungkapan dia saja selalu menusuk masuk kedalam hatiku hingga kuingat sampai bila-bila. ketegasan dalam rasa malu, dia sangat menjaga batas antara lelaki dan perempuan. harap-harap dapat jadi seperti dia... yang menceritakan padaku tentang lelaki arab menghadiahkan kepala kambing kepada si pengumpat sebagai ucapan terima kasih---cerita yang menghilangkan kesedihan aku dan membuat aku tersenyum dan kembali bersemangat.

terima kasih, an-najwa!

kembali bersemangat!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 23, 2009 0 komen best
baru-baru ini aku pulang ke nilai.

ibu masakkan aku rendang kerana aku begitu kepingin. buang tebiat agaknye aku nih. ahaha. aku pulang atas urusan tertentu, membeli souvenir untuk dinner blok yang bakal tiba seminggu lagi sebab aku kan budak yang suka menyibuk. mungkin juga pulang atas alasan mahu ponteng latihan kawad kaki yang begitu menyampahkan itu. shh... dua minggu yang baru berlalu ini agak genting bagi aku, sebabnya secara tiba-tiba aku sering marah-marah yang tidak dapat diluahkan dan aku juga tidak dapat melakukan segalanya dengan sebegitu baik dengan sepenuh keyakinan seperti suatu waktu dulu... juga, terdapat beberapa gangguan eksternaliti yang aku sendiri cari.

terlalu banyak hal untuk diceritakan.

dengan berkat usaha dan kurniaan Allah, aku dapat merasa juga nikmat belajar. syukur, syukur dan syukur, walaupun result yang diperoleh tidaklah berada di tahap cemerlang, aku memperoleh dua a pada ujian mid sem yang baru berlalu. tapi dengan keadaan aku yang semakin malas, tidak mungkin aku akan memperoleh yang lebih baik, melainkan dengan usaha yang konsisten, komitmen yang penuh, doa yang kudus dan tawakal yang berterusan. aku tidak mahu lagi terikat dengan sokongan yang menjadi kebiasaan.

doakan yang terbaik buat aku saja, ya?

aku berazam untuk berusaha dengan lebih gigih dan cuba membuang gangguan-gangguan eksternaliti.. maaflah, wahai pencinta-pencinta palsu.

Saturday, February 14, 2009

seperti waktu dulu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, February 14, 2009 0 komen best
post kali ini agak melibatkan emosi.

suatu waktu dulu..hari-hari aku selalu dimeriahkan dengan mesej-mesej yang membuat aku tersenyum dan ketawa yang diterima melalui telefon bimbit yang buruk tapi berguna itu. temanku yang berdua orang itu sering sekali menghantar mesej dan menelefon berkongsi cerita dan melepaskan masalah. malah sewaktu cuti sering sekali keluar bersama-sama ke mid valley, times square, klcc, dan pelusuk mana entah yang pernah kami lalui bersama-sama. tidak pernah ada masalah yang terlepas dari pengetahuan aku. bagaikan lahir dari rahim yang sama, kami begitu dekat antara satu sama lain.

sejak mereka membawa haluan masing-masing, aku bagaikan tidak lagi sebegitu bermakna. ya, siapalah lagi yang ada antara kita. ada apa lagi yang tinggal untuk kita. semuanya tinggal kenangan terindah saja. hendak diceritakan semuanya adalah mustahil sekali kerana terlalu peribadi.

sejak semuanya menemukan jalan sendiri, tanpa sokongan yang menjadi kebiasaan, kita sama-sama menjadi rapuh.

temanku, berpegang teguhlah pada tiang Allah agar kamu bisa berdiri dan berjalan. biarpun tempat bersandarmu telah hilang, pasti Allah akan menggantinya dengan lebih baik. aku ini hanyalah sejarah kamu. jika kamu mahu berpaling lagi, bahuku sentiasa ada untuk kau bersandar dan menangis.

aku gembira kita telah pernah bertemu.

Thursday, February 12, 2009

sabarkan jelahh...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, February 12, 2009 0 komen best
owwhh...mental blow... aku rasa macam hampir nak gila apabila semua masalah timbul pada masa yang sama. kajian bahasa inggeris yang telah di-reject proposalnya beberapa kali oleh pensyarah buat aku terasa sedikit merajuk dengan teammate aku yang kurang boleh diharap. questionnaire-questionnaire yang mereka ajukan tidak dapat di-approve sama sekali. bahasa-bahasa yang mengarut sahaja yang telah dikemukakan. terdapat juga sleeping partner yang tension tanpa sebab-padahal setiap kali perjumpaan dia hanya menjadi supervisor tak bergaji. hal ini terjadi di mana-mana dan bila-bila masa apabila semua orang sibuk mengejar dateline ditambah lagi dengan masalah mr. cerewet yang begitu payah menyetujui buah fikiran yang tidak sekapal dengannya. rasa kecewa turut bertandang tatkala encik cerewet mengatakan bahawa aku meng-copy-paste-kan isi proposal tersebut. sabar2..

aku sebagai budak yang suka menyibukkan diri telah diminta oleh seorang rakan untuk membantunya menukar seluar uniform kawad kerana pertandingan kawad sudah hampir. jadi aku telah menelefon encik kokurikulum untuk membuka stor bagi memudahkan urusan aku. tapi encik kokurikulum seperti tidak faham pula apa yang telah aku perkatakan malah telah menutup talian sebelum aku sempat menghabiskan perkataan terakhir.

aku: CEO costing plan. tapi sumenye belum ditaip habis padahal dateline minggu depan. akulah yang salah sebab mereka semua "active teammate".

konklusi: perancangan yang tidak teratur telah berhasil membuat aku hancur. kerjasama yang tidak diperoleh tidak dapat dipersalahkan. sila berikan aku pisau supaya aku boleh menyembelih ayam-ayam daging sekalian. (kejar ayam pun tak pernah aku nihh..)

Wednesday, February 11, 2009

aku dan gambar: menjawab persoalan ikhwan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 11, 2009 2 komen best
ramai teman-teman---tidak kira baru atau lama sibuk bertanyakan aku tentang gambar. dimana gambar aku, bagaimana rupa aku yang sekarang dan bagi yang baru kenal melalui ruang maya ini terutama rakan-rakan dari mrsmstudents.ning.com, walaupun kenal setakat di ruangan maya tetapi hampir seratus peratus bertanyakan hal gambar aku.

bukan tiada niat mahu memaparkan gambar sebagai memenuhi permintaan rakan-rakan, tetapi aku khuatir kalau-kalau gambar yang aku paparkan bakal menjadi fitnah. aku ada meng-upload gambar kat frenster, malangnya gambar yang bersaiz kecil lagi tidak menarik itu pun di-copy-paste-kan oleh seseorang untuk simpanan peribadi walaupun aku telah berusaha membuat tetapan 'not allow photo grabbing'.

cantik atau tidak, itu tidak menjadi persoalan. kalau sudah terjadi perkenalan, pasti penilaian fizikal menjadi ukuran bagi manusia berusia muda berjiwa remaja seperti aku dan rakan-rakan. sedangkan yang telah lama kenal pun, apabila melihat gambar yang biasa pun sudah boleh tertukar perasaan daripada perasaan biasa-biasa saja kepada perasaan aneh-aneh dan luarbiasa.

aku pernah terbaca blog http://lasiaf87.wordpress.com/2007/12/28/muslimah-dan-gambar/ , dimana persoalan yang dibincangkan cukup membuahkan kesedaran aku yang imannya serapuh kaca. sejak membaca itu, aku tidak lagi excited menayangkan gambar-gambar aku demi tatapan umum.

cukup sukar menerangkan kepada teman-teman terutama para ikhwan apabila mereka menanyakan hal yang sama. jadi aku memberi mereka link itu sebagai jalan keluar-dan mereka tidak bertanya apa-apa lagi.

kalaulah Tuhan jadikan rupa fizikal kita untuk menggambarkan bagaimana rupa hati rohani kita, bagaimana, ya? pasti manusia yang hatinya suci saja mendapat rupa secantik bidadari.
maka, bersyukurlah.

"ya Allah, Kau perelokkanlah pekertiku sebaik yang Engkau jadikan rupaku..."

Monday, February 09, 2009

poetic-double vision

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 09, 2009 2 komen best

Hidup ini drama
Pementasan didepan Ya Rabb
Lakonan terbaik bukan ditangan pelakon utama
Kadang kita terlupa watak
dan peranan
Kerana kita manusia
Insan dan pelupa






semoga Allah merahmati orang-orang yang menjaga amanah dan melestarikan tanggungjawab. tak mengapalah melakukan sesuatu kerana Allah-itulah hal yang terbaik.



kerana bintang yang bercahaya dengan cantik di langit hanya meminjam cahaya dari matahari, barulah dilihat bercahaya sedangkan pada hakikatnya si bintang tak mempunyai cahaya pun. dan bulan, hanya tersenyum penuh makna di pertengahan.. matahari walau begitu mencerlang pada cahayanya, hanya mampu bertahan pada waktu siang. dan langit kelihatan nyaman pada usia tuanya.Photobucket



getuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 09, 2009 0 komen best
Hari pulang bermalam tiba. Dek kerana kolej matrikulasi menghadapi masalah air, aku mengambil keputusan pulang ke kampung halaman ibuku nan indah- Felda Tenang. Hari sabtu aku masih demam, jadi aku menghabiskan waktu dengan membongkang. Hari Ahad, aku follow pakngah ngan makngah aku gi Felda Chempelak-rumah Nek Wan. Aku yang bukan ahli dapur ini diajak ke dapur-malangnya nak patahkan kangkung pun nak kena diajar-haha-malunye saye… dengan berbaju kurung yang cantik lagi menampakkan keayuan aku(haha-ayu ke?!), maka Nek Wan mengajar aku membuat ‘getuk’. Neway, to be honest, aku pun tak pernah dengar n tak tau pun getuk tu amende. Bunyi cam satu mende yang digunakan untuk mengetuk je kan.. haha.. Getuk ni sejenis kuih yang dioerbuat dari ubi kayu+kelapa parut+gula merah..rasanya amat sedap dan lemak..ermmm…yummy!! orang jawa yang panggil getuk..mungkin sebab nak wat dia kene ketuk2 dulu kut..hehe..


Bahan-bahan:
Beberapa biji Ubi kayu
Isi kelapa yang diparut (sebiji pun cukup kut)
Gula merah yang dah dikisar (senang cter yang jenis powder la..) secukup rasa (takyah bebanyak sangat lah aihh..kencing manis nanti..)


Prosedur penyediaan:
Rebus ubi kayu sampai empuk. Pastu, kuarkan air lebihan rebusan ubi tu. Then, lenyekkan@ketuk ubi tu secara berjemaah sampai hancur lumat menggunakan ape-ape jenis pengetuk yang boleh digunakan (jangan guna penukul sudahlahh..aku guna anak lesung je ketuk dalam periuk..). Mase tengah mengetuk-ngetuk tu, masukkan isi kelapa yang dah diparut…(bukan hampas tau!) .. Then ketuk2 lagi..selagi tak lembik, selagi tu la kite ketuk.. pastu, masukkan plak serbuk gula merah..gaul-gaulkan lagi dengan ape-ape jenis penggaul yang boleh digunakan (cam senduk) sambil mengetuk selagi tak rase puas mengetuk.. then.. masukkanlah dalam pinggan-pastu makan! Hehe.. siap!


Simple je..tapi lenguh mengetuk je la..hehe.. (^_^)

Wednesday, February 04, 2009

wanita tercantik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, February 04, 2009 0 komen best
wanita tercantik bagi aku adalah ibuku.

menjadi seorang ibu bukanlah hal yang mudah, ia satu tugasan yang diberi Allah kepada para wanita sebagai anugerah. aku amat menyayangi ibu. sangat-sangat, sehingga tiada yang boleh aku gambarkan. aku selalu takut membuat sesuatu yang boleh mencalarkan hati ibu. ibu sebenarnya amat mudah berkecil hati, tapi hatinya juga senang terubat dengan kebaikan-kabaikan dan kata-kata maaf-malah ibu selalu memaafkan walau tanpa permohonan maaf dari anak-anaknya ini. ibu juga sangat mudah tersentuh, malah akan menangis jika aku menelefonnya semasa menangis.ibu amat senang menghargai sekecil-kecil pemberian walaupun cumalah bunga plastik berwarna merah dari adik-adikku pada hari ibu yang hanya berharga rm 1.50. aku juga pernah memberi ibu anyaman benang yang kubuat sendiri yang tertulis nama "ibu" dan aku tahu ibu masih menyimpannya sehingga hari ini. ibu adalah wanita terbaik pernah kutemukan dalam hidupku. penuh dedikasi dan tanggungjawab, ibu tidak pernah tidak melestarikan tanggungjawabnya. ibu bukanlah seorang yang berasal dari keluarga senang-lenang. sejak kecil ibu sudah mengerti tentang pelestarian tanggungjawab. sebagai anak sulung, ibu berhenti sekolah pada umur 15-dan mula mencari nafkah untuk keluarga sejak itu.

ada suatu hari, dulu2, semasa aku masih kecil dan bersekolah di tadika Abim. pada masa itu aku mengikut rombongan ke Sungai Congkak dimana semua ibubapa dijemput sama. aku pergi dulu, aku tak ingat sebabnya kenapa ibu lambat. mungkin sebab kerja syif kut-memang tak ingat sebab apa. mase tengah lepak2 kat sungai tu sambil berpicnic ngan rakan2 n ustazah2 sekalian, tetiba dari jauh aku nampak bayang seorang wanita sedang berjalan dari jauh sambil mendukung anak. dan orang itu adalah ibu! ibu jalan kaki..berpeluh-peluh..ya Allah..kesiannya ibu..dukung adik aku plak tu yang dah penat berjalan..ibu jalan kaki dari rumah..serius..aku sungguh-sungguh tak sangka..muka ibu memang penat sangat masa tu.. waktu tengah hari panas plak tu..bas pula takde..walaupun ingat-ingat lupa sebab hal tu berlaku masa aku berumur lima tahun, tapi..ada ke ibu lain yang akan buat hal yang sama ini? hanya sekadar untuk memenuhi permintaan seorang anak untuk turut serta dalam aktiviti sekolah tadikanya, ibu sanggup!

aku tidak mengerti kenapa ada orang begitu tidak menghargai ibu. sakitnya ibu melahirkan aku..kesannya pasti ada sehingga hari ini.. aku cukup terkilan tidak dapat berada di samping ibu disaat ibu mengalami blow yang teramat sangat dan sedang menghadapi dugaan yang maha hebat. maafkan aku, ibu.anakmu di sini..mendoakan yang terbaik buatmu..

maafkan aku, ibu. andai tidak dapat menjadi yang terbaik di mata kamu.aku cuma mampu berharap yang aku dapat menjadi anak yang disenangi dan menyenangkan..

aku menulis ini sebab ingatan aku terhadap ibu amat kuat pada ketika ini. tak mengapalah orang lain berhabis wang menelefon kekasih, tapi aku berhabis wang menelefon ibu. hehe.
aku sayang ibu.

hargailah ibu kita, tiada ibu tiadalah kita. kita adalah harta mereka, janganlah kerana kita mereka diheret ke neraka. nauzubillah.

Tuesday, February 03, 2009

nama Allah: satu istilah?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, February 03, 2009 0 komen best
::dari harakahdaily.net..::
PKPIM syor Herald guna nama lain bagi kalimat Allah
Ali Bukhari Amir Sat May 10, 08 5:42:19 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Mei (Hrkh) - Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mengesyorkan pihak Herald The Catholic Weekly mencari nama yang sesuai selain Allah bagi nama Tuhan mereka, sekaligus dapat memperkayakan istilah di dalam perbendaharaan bahasa Melayu.

"Pengkayaan unsur ibadat dan ketuhanan bukanlah perkara yang baharu dalam perbendaharaan bahasa Melayu. Sebagai contoh, rumah ibadat bagi agama-agama lain selain 'masjid' ialah, 'gereja', 'kuil', 'tokong' dan sebagainya," demikian kata Presiden PKPIM Mohd Hilmi Ramli dalam suatu kenyataan akhbarnya.
Beliau berkata demikian ketika merujuk keputusan terbaru oleh Mahkamah Tinggi yang membenarkan penyemakan semula nama Allah yang sering digunakan oleh akhbar Herald The Catholic Weekly.
Kes penggunaan nama Allah di dalam akhbar Herald The Catholic Weekly mengundang kontroversi, apabila akhbar berorientasikan Kristian itu mahu menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan bagi agama Kristian.
Keputusan kabinet pada 3 Januari lalu menegaskan bahawa hanya Islam berhak menggunakan nama Allah, namun akhbar itu mencabar keputusan tersebut dengan membawa isu berkenaan untuk dirujuk kepada Mahkamah Tinggi.
"Isu nama Allah ini bukan isu yang remeh dengan konteks agama Islam. Islam memperakui Allah sebagai Tuhan Yang Maha Agung bukan 'nama' yang baru dicipta, tetapi sudah bermula sejak sekian lama, sejak zaman Nabi Muhammad s.a.w secara rasmi, malah sejak Nabi Adam dicipta lagi.
"Nama Allah eksklusif kepada umat Islam. Tiada dalam sejarah agama Kristian mahupun agama lain menggunakan nama Allah sebagai Tuhan mereka," kata beliau.
Tambah Mohd Hilmi, jika ada pandangan menyatakan Arab Kristian mengguna nama Allah dalam percakapan; "Yallah", "Masya Allah" dan sebagainya, PKPIM menegaskan bahawa kalimah "Allah" yang digunakan itu bersifat populis dan ke'pasar'an sahaja.
"Ini tidak bermakna Arab Kristian menggunakan nama Allah dalam konteks yang berat dan sebenar; Tuhan Yang Maha Esa, Yang Hanya Layak Disembah, Tuhan Yang Tidak Beranak dan Memperanakkan. Justeru, hujah ini dapat dipatahkan.
"Kami memberi syarat kepada akhbar Herald The Catholic Weekly, jika mahu guna nama Allah dalam akhbar bahasa Melayu, maka gunalah dalam konteks 'Allah' yang sebenar, iaitu bukan Tuhan yang bernama Jesus, mempunyai anak dan Tuhan Yang Menebus Dosa. 'Allah' yang dimaksudkan mesti selari dengan kefahaman Tuhan Allah bagi umat Islam," katanya.
Menurut beliau, pihaknya memberi amaran kepada Herald The Catholic Weekly supaya tidak lagi menimbulkan kontroversi dan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung penggunaan nama Allah.
"Adakah penggunaan nama Allah ini bertujuan menyesatkan umat Islam secara terancang? Istilah bagi merujuk orang alim atau agamawan juga telah ada seperti 'ulama' bagi orang Islam, 'Rahib' dan 'paderi' bagi agama Kristian, 'sami' bagi Hindu dan lain-lain lagi. Maka, tiada masalah sebenarnya akhbar itu mencari nama lain bagi Tuhan mereka.
"Tindakan akhbar itu sebenarnya membuka kotak 'paradox' yang sebelum ini sudah harmoni dan aman. Kekeliruan dan strategi halus yang digunakan akhbar ini atas nama Kristianisasi menimbulkan rasa marah dan kecewa umat Islam Malaysia secara khusus dan dunia umumnya.
"PKPIM beri amaran agar Herald Tribune tidak menimbulkan kerisauan dengan menggunakan nama Allah dengan merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian. Herald The Catholic Weekly harus beradab dalam meletakkan nama Allah di tempat yang sebenarnya," tambah beliau.
Misi Kristianisasi dalam kalangan umat Islam melanggar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa Dewan Undangan Negeri dan Parlimen (bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan) boleh membuat undang-undang bagi menghalang penyebaran agama bukan Islam dalam kalangan orang Islam.- mks.

_______________________________________________________________

Aku tidak berapa pasti kenapa ramai yang tidak peka tentang hal ini. malah apabila kuatanyakan pendapat seorang tuk guru tentang hal ini pun katanya dia tidak tahu menahu akan isu ini-mungkin sekarang sudah tahu- Hal agama seperti suatu permainan, padahal sudah menjadi satu kewajipan untuk kita sebagai manusia yang beriman kepada Allah dan RasulNya untuk mempertahankan maruah agama yang suci ini.
Amat menyakitkan hati. gadis-gadis dan jejaka-jejaka muda belia di sini sibuk berpacaran dengan kekasih-kekasih dan cinta terlarang-mungkin tidak sedar bahawa angin lembut yang menampal pipi mereka kini bisa menjadi angin puting beliung yang amat dahsyat yang bisa menghantar mereka kehadapan Yang Maha Kuasa dalam sekelipan mata..

dialog seorang anak kepada abahnya:
" Abah, kenapa Tuhan orang bukan islam .....?"

jawab si abah: "anakku, Tuhan orang bukan Islam tu siapa?
yang menjadikan diorang tu siapa?"

soalan itu terjawab sendiri apabila si anak sedar bahawa Allah itu Maha Esa.
sebab sebelumnya si anak tersebut keliru kenapa ada orang agama dia ini, kemudian yang lain beragama sekian2? adakah satu tuhan menjadikan satu kaum yang spesifik untuk menyembahnya, kemudian ada pula tuhan yang lain menjadikan kaum yang lain untuk menjadi hambanya. itu adalah satu kekeliruan bagi si anak kecil yang tidak mengerti apa-apa. adakah kita begitu?

for others who are still in the dark, or specifically to encik akhbar Herald Catholic, silakan menggunakan perkataan Allah yang merujuk kepada Tuhan Yang Maha Esa..bukan yang bermakna selain Allah-dalamilah maksudnya, Kerana Allah itu tidak pernah ada dua atau tiga, tapi SATU!

aku tak berapa nak setuju dengan cara penyampaian akhbar ini mengulas hal ini sebab adeke dia cakap
"maka tiada masalah bagi akhbar itu mencari nama lain bagi Tuhan mereka."
yang menciptakan 'mereka' itu Allah lah juga, tiada yang lain, jadi Tuhan mereka tetaplah Allah. jadi ayatnya boleh diperbetul merujuk kepada ayat: ...mencari istilah lain kepada apa yang mereka peragungkan...

hati dan akal waras aku turut menolak penggunaan nama Allah seperti yang dilakukan oleh akhbar Herald Catholic-satu penghinaan kepada al-Khalik kerana memaknakan Yang satu kepada selainNya. mencabar Allah namanya.

kau bayangkanlah: nama ko adalah Amin, then orang panggil orang lain kat seblah ko yang namanya bukan Amin pun-lebih kurang gitulah.

kepada teman-teman sekalian, dalamilah agama Islam untuk mencegah diri dari terpesong akidah dan iman dengan agenda musuh2 Islam. Wallahu a'lam.

Monday, February 02, 2009

takyahlah bace...hampeh je...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, February 02, 2009 0 komen best
Tiada ape yang boleh menggambarkan perasaan haku sekarang selain perkataan hampeh.

Takpelah. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian.

Tadi aku pegi bersiar-siar dengan kasut but no 4 ngan berit n belt di tangan dan seluar kaler hijau serta baju long sleeve biru yang cantik lagi menawan nih. yelah. aku kan aneh. sungguh hampa rasa hati apabila rakan taulan tidak hadir memeriahkan suasana seperti hari-hari isnin yang lalu. Ini sudah cukup membuatkan aku terasa aneh sehingga aku memaksa diri merayau-rayau di sekitar kolej matrikulasi Johor yang indah lagi permai ini untuk ,encari rakan seangkatan. perasaan aneh ini tambah membuak-buak apabila Encik Masturi kesayangan semua pun turut tidak muncul di tempat kejadian. Aku pun telah menghantar pesanan ringkas buat pensyarah tersebut sebelum keluar sebab itu adalah satu tanggungjawab dan kebiasaan aku dan katanya latihan kokurikulum yang menyeronokkan itu ada dan tidak dibatalkan pada hari ini. bila aku dah kuar, henfon yang agak penting itu pun aku tak bawa, jadi ia telah mendatangkan satu masalah kepada aku yang agak clumsy juga.

setelah aku menunggu selama kurang lebih sepuluh minit, tetap tidak ada yang membuat kemunculan seperti munculnya album-album yang terhangit di pasaran. jadi aku pun pulang ke bilik dengan memanjat tangga sehingga ke tingkat tiga blok Al-Jazari Kolej Matrikulasi Johor ini dengan perasaan yang hampeh-hampeh. jap.. mungkin aku yang silap kut??
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea