Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

he is marvellous

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 21, 2011 0 komen best
He is the most optimistic man in my world.
The most cheerful, caring, kind man on earth.

When I feel hopeless & fears, for not knowing what to do for exams, he make me believe that Allah is the Most Powerful that allows me whether to catch up or not.

On my birthday he sang me birthday song that lighten me up. He simply doesn't care who am i. He make me feel like i am a winner even though if i am a loser.

When I tell him that my exam's result dropping, he says "alhamdulillah, you did it, girl!".. he smile, and laugh. He blessed me with everything..

My father is the most marvellous man in this life. He never put me down, and always pray the best for me. :D

The most lovely thing abah describe me is that i am a good daughter. The most terrible thing he said about me that i am slow. :P

p/s: if i am about to look for a man to get married, i would like to find someone who has strong imaan, strong physical, mind & soul. Just like my dad. ^_^

**selamat hari bapa, abah :D

Tuesday, March 29, 2011

Sahabat dan adik kesayangan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 29, 2011 0 komen best
Di celah-celah kesibukan, sejujurnya, sejak sebulan atau dua bulan yang lalu, saya sangat merindui adik-adik saya di rumah. Rindu keluarga, dapat pahala :)

Dan rindu ini sangat membuak tatkala ibu saya mendapat penyakit darah tinggi, yang menuntut beliau untuk mula mengambil pil darah tinggi secara berterusan. Kerinduan ini datang tatkala tugasan dan test mencapai peak time, dan saya mula angau apabila segala benda yang saya lakukan, apa yang ingin dibeli, apa yang saya makan membuatkan saya teringatkan ibu, abah dan adik-adik. Angau yang teruk. Saya jatuh sakit selama seminggu kerana penyakit ini (wallahua'lam, mungkinlah kot saya jatuh sakit disebabkan faktor ini).
Habib dan Aided semasa menyertai Kem Minda Kreatif 2010. Cuba teka mana satu adik-adik saya?

Sekarang saya sudah berada di semester empat. Semester 4 ini sangat istimewa kerana ia mula memberi gambaran jelas tentang 'apakah' saya di UUM. Semester ini adalah fasa dimana saya bertemu sahabat-sahabat yang saya yakini dihadiahkan oleh Allah setelah lama berdoa untuk mendapatkannya.

Kalau nak tahu, saya selalu berdoa supaya dikurniakan sahabat-sahabat yang dapat berjalan seiring dengan saya. Tetapi saya tak mencari. Yang saya yakini, sahabat yang baik akan datang kepada saya dalam keadaan menerima diri saya seadanya. Saya begitu selfish dalam memilih kawan, kerana saya hampir tak mempunyai masa untuk mencarinya.

Persamaan antara adik-adik dan sahabat-sahabat saya ini, sebenarnya, adalah saya sayangkan mereka namun saya tidak dapat menjaga mereka sebaik-baiknya. Dan, dalam jagaan Allah, saya melihat mereka telah meningkat dari segi kekuatan jiwa dengan begitu baik sekali. (Kadang-kadang cemburu juga, tapi lebih kepada rasa syukur.. cemburu saya cemburu yang baik, insyaAllah).

Natijahnya daripada post ini, sentiasalah meminta Allah mengiringi perjalanan kawan-kawan kita, keluarga kita, guru-guru kita. Tak rugi doakan orang lain.. Berdoalah dengan penuh rasa kasih dan cinta.. Ia akan menjadi proposal cinta paling indah dalam dunia :)

Sunday, November 21, 2010

Abah, dan motivasinya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 21, 2010 2 komen best
Apabila seorang anak mula beranjak dewasa, dia mula suka menyimpan masalahnya sendiri.

'Takut menyusahkan', fikir sang anak. Biasanya bapa-bapa dan ibu-ibu kepada teman-teman yang saya kenali tidak begitu terbuka dalam menyelami pemikiran anak yang meningkat remaja, malah lebih suka berfikir bahawa 'anak aku sudah besar dan matang' dan 'dia sudah boleh mengatur masalahnya sendiri'. Setiap bapa dan ibu, ada caranya untuk mendidik anak, saya tak nafikan. Tapi ini menyebabkan anak-anak lebih suka untuk mengadu pada kawan-kawan.. Ketidakmatangan kawan-kawan biasanya tidak membantu anak-anak menyelesaikan masalah.

Masa saya masih mentah (sekarang masih belum 'masak' lagi tapi dah tak mentah dah), apabila saya mengajukan masalah kepada abah, abah suka memberi respons 'ambil mudah'-everything is OK and easy for him. Biasalah, saya perempuan, suka fikir masalah rumit. Masalah senang pun jadi susah. Ibu? Biasanya ibu pun macam abah juga. 2x5=10. hehe.

Sebenarnya motivasi yang abah beri setiap kali anak-anaknya mengajukan masalah adalah luar biasa. Abah berkata, "kalau tak susah, bukan exam namanya. Baik takyah duduk exam kalau exam tu senang".

Sebaris kata yang bisa membuat hati ini rasa lebih bersemangat, ringan dan tenang.
**abah adalah seorang lelaki Johor sejati yang sukakan songkok senget, baju teluk belanga dan sampin. Tapi entah kenapa dalam gambar ni abah tak pakai sampin style Johor. terlupa kut. :D

**Kawan-kawan, lepasni bolehla try tanya ayah dan ibu masing-masing apa yang boleh dibuat bila hati rasa kusut dan masalah melanda. Mereka amat matang dalam memberi nasihat melalui pengalaman hidup.

Photobucket

Sunday, September 12, 2010

Beraya dengan bersunguh-sungguh

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 12, 2010 2 komen best
Saya memang beraya dengan bersungguh-sungguh tahun ni.

Dari Labis-Machap-JB-Kota Tinggi-Kluang-Labis, selama dua hari, ziarah dan berjumpa saudara mara yang biasanya hanya berpeluang bertemu setahun sekali, atau sekali sekala kalau ada majlis walimah.. Dan bila jumpa sekali sekala, mesti banyak cerita yang nak dikongsikan. Dan mesti banyak perubahan dah berlaku. Antaranya:
  • Rupa: semua orang tahu bahawa tak ada apa yang akan kekal kecuali 2 perkara: amal soleh dan ilmu yang bermanfaat. Seorang makcik saya yang sebelum ini sangat sihat dan cantik sekarang menghidap penyakit dan tidaklah sebegitu cantik macam semasa dia sihat lagi. Jadi, kalau anda rasa rupa yang cantik itu akan berkekalan, ubahlah persepsi itu.. 
  • Kematian: bahawa kematian itu lebih dekat dari urat leher kita. Baru-baru ni, saya ada mimpi tentang gigi, cuma mimpi itu tak jelas. Hati saya betul-betul risau, sebab kalau merujuk pada tamsilan mimpi, perkara berkaitan gigi hampir semuanya buruk belaka. Ia mengingatkan saya pada kematian. Macammanalah kalau Allah tarik nyawa saya ni..tak cukup lagi semua amalan.. Belum tentu akan datang kita akan dapat jumpa dengan saudara kita, jadi selagi berpeluang, ambillah masa untuk bertemu.
  • Ikatan persaudaraan: Ini yang paling menyedihkan.. ada dalam kalangan keluarga sendiri tak mahu bertemu muka dan menjadikan Syawal sebagai wadah untuk mengeratkan ikatan persaudaraan, atas sebab yang tertentu. Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih.. Jangan libatkan anak-anak dalam perselisihan sesama orang dewasa, (takkan masuk syurga orang2 yang memutuskan silaturrahim!).. Natijahnya, hargailah ikatan persaudaraan.. Ia satu anugerah yang tak terbeli di mana-mana pun..
Yang paling menggembirakan, semuanya baik-baik saja raya kali ni.Biasanya keluarga saya taklah lengkap kalau berziarah, sebab abang saya selalu tak ikut sama.. tapi kali ni, alhamdulillah, semuanya ada.. Bukan senang nak melengkapkan satu kelarga untuk konvoi bersama ke rumah saudara, anak muda sekarang lebih suka melepak duduk di rumah berbanding ikut mak abah pergi ziarah saudara mara..

Penting sebenarnya berkenalan dengan saudara mara, meramaikan kenalan dan mengeratkan ukhwah.. Disebabkan saya selalu belajar berjauhan dari keluarga, jadi ini sajalah peluang yang ada untuk berkenalan dengan ahli keluarga yang jauh.. itupun masih ramai yang tak kenal lagi..

Kadang-kadang, pakcik makcik yang jumpa hampir tiap-tiap tahun pun lupa kat kita.. Dan biasanya mereka akan ulang soalan yang sama.. Soalan feveret saya ialah: "Awak ni sekolah tingkatan berapa?" hehe.. confirm dapat duit rayaa~

Duit raya bukan agenda utama sambut aidilfitri, tapi mengeratkan ikatan itu yang penting. Kalau duit raya dihulur kepada kanak-kanak untuk menghiburkan, kenapa ia juga diberi pada yang dah besar macam saya?

"Duit raya bukan harga sebuah hubungan.."

Semoga Allah merahmati kita, dan semoga setiap pertemuan itu adalah kerana Allah..

Saturday, September 04, 2010

appreciating

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 04, 2010 6 komen best
Dah seharian saya di rumah. atau lebih tepatnya, dua hari.

Apalah sangat yang saya dah buat dalam dua hari ni. Lebih banyak tidur rasanya. Rasa bosan pula, sebab kat kampus, saya banyak habiskan masa di luar berbanding di bilik. Saya paling tak suka perkataan 'bosan', tapi hakikatnya itulah yang saya alami sekarang.

Orang yang merasa bosan sebenarnya tak pandai hargai masa. Sebab, kita tahu yang tanggungjawab kita dalam kehidupan ni lebih banyak berbanding masa yang kita ada. Bermakna, orang yang berpeluang mempunyai rasa bosan dalam kehidupannya (seperti saya) tidak menggunakan masa dengan baik dan tidak melestarikan tanggungjawab sebaiknya.

Dan, sepatutnya saya menghargai sebaik-baiknya masa bersama keluarga. (tapi sepanjang harini kakak saya asyik sibuk je). Ada orang lain teringin sekali menghabiskan masa dengan keluarga tapi atas halangan tertentu, mereka tak dapat berbuat begitu.

Pensyarah saya, contohnya. Semester ini, saya berpeluang menimba ilmu dari seorang pensyarah berbangsa arab. Katanya, dia akan menggunakan masa cuti iniuntuk menghabiskan tesis PhDnya. Apabila ditanya tentang rancangan masa depan, dia kata yang dia tak akan pulang ke Iraq, kerana keadaan di sana masih bahaya, tentera US masih berada di mana-mana di tempatnya.

"Sir, have u ever go to Palestine?"
"NO, its crazy. Its so dangerous there".

So. the moral of what i am trying to remind myself is-dont just throw the time by sleeping-ia hanya akan menghabiskan masa-masa yang berharga dalam kehidupan ini dan merebut quality time yang sepatutnya dihabiskan bersama orang-orang yang tersayang, di samping menghargai masa-masa terakhir ramadhan.

Cheer up!

Thursday, July 01, 2010

ini bukan entri bunga-bunga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 01, 2010 5 komen best
assalamualaikum

harini buat pertama kali sepanjang waktu cuti saya keluar dengan tujuan nak beli barang. tapi abah ngan abang saya bawak pegi opis. opis ni masih baru, sebab baru ditubuhkan. nama company ni, Alamedia. dalam opis ni cuma ada kerusi, meja dan i-Mac yang jelita. kalaulah opis ni bilik saya kat univ- oh, bestnye!

esok saya akan bertolak ke UUM. dengan bas. musim kesibukan akan bermula tak lama lagi, dan sel2 otak akan mula aktif kembali

kadang-kadang saya rasa duduk rumah lama-lama amat berbahaya kepada tubuh. boleh mati cepat bila tak keluar pergi exercise, takde masalah untuk difikirkan selain berkelahi manja-manja dengan adik beradik, dan tidur lebih masa. tapi berat badan saya masih underweight. ini aneh.

kenapa saya cuba untuk maintainkan berat badan walaupun berat badan saya tak naik? alasan: sebabnya kat univ saya suka berjalan berbanding naik bas, jadi kalau badan berat nanti saya takut jadi malas. kalau kuat makan pun kuat juga tidurnya nanti. (orang suka bising saya kurus, nanti saya gemuk pun bising jugak. jadi, keputusannya, saya berpegang kepada prinsip ni)

masa balik cuti haritu, saya bawa 2 buah buku: business law dan transport theory. harapannya, boleh faham awal sebab baca awal. tapi hampeh je sebab term undang-undang ni walaupun jelas dan nyata tapi berbelit-belit. transport theory plak saya dah ambil sem lepas, cuma bawa balik untuk rujukan sekali sekala nampak lori-lori pelik.

saya aktifkan kembali facebook selepas 20 jun baru-baru ni sebab telefon saya rosak dan saya kehilangan semua contact number. saya cuba contact kawan-kawan untuk dapatkan number phone. selepas semester baru bermula, saya akan deactivate facebook. 

tarikh sebenar pendaftaran pelajar senior di UUM adalah pada 10 julai. kenapa saya balik esok? sebab saya terlibat dengan program jualan orientasi. Patut pun saya tak pernah bermint nak jadi fasilitator orientasi..

apa-apapun, selamat datang buat pelajar baru ke UUM nanti!


Photobucket

Monday, June 21, 2010

saya dan facebook

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 21, 2010 6 komen best
beberapa fakta tentang saya dan facebook:

  1. mula menggunakan facebook semasa baru memasuki alam universiti
  2. pernah deactivate beberapa kali tapi masih mengunakannya setelah log in macam biasa 
  3. telah tidak aktif selama berapa bulan entahla (tak ingat) sebab saja buat-buat lupa pasword yang entah apa saya letak
kenapa saya buat semua tu adalah sebab saya addicted dengan facebook dan merasakan ia telah memberi impak besar kepada keputusan sem 1 saya yang teruk dan menyakitkan hati. harini saya log in sebab beberapa perkara: 1)ada kerja projek apetah kena tengok melalui fb, 2) nak buang apa yang ada sebab berhajat nak tutup terus fb..

tapi bila saya log in ini yang saya dapat..

setelah mellalui beberapa bulan (hampir 6 bulan) tanpa facebook, saya dapat meninjau dan menilai kembali baik buruknya..

kebaikan:
  • facebook telah membuat saya terharu
  • mengikat persahabatan dan menjalin kasih sayang
  • penting untuk projek dan program terutamanya macam projek COB entrepreneurship carnival pada penghujung julai nanti
  • sedara mara yang dah lama tak jumpa dah ada facebook rupanya..
keburukan:
  • bila saya pergi library, mesti ada je tengah melayari facebook..saya rasa perkara tu tak patut kalau harta universiti guna untuk hal mengarut..
  • rasa macam diri dibogelkan bila orang tahu semua hal kita melalui facebook..lebih baik tak perlu ada kut.. sebab wanita lebih selamat kalau low profile..
  • banyak buang masa kat facebook bila addicted.. 

Photobucket

Tuesday, June 15, 2010

memori yang hilang dan hadiah ulangtahun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 15, 2010 2 komen best

"Growing Older with Love."

Saya fikir nak buat tajuk entri macamni, tapi jiwang sangat plak rasanya. Harini hari Selasa, 15 Mei 2010. Saya ke Bota, Perak menghadiri majlis perkahwinan. Aneh, kan? Pertama kali saya hadir wedding pada hari Selasa. Masa kat wedding tu, battery handphone saya weak, jadi saya off phone. Bila saya on semula, saya terperasan yang semua contact number dalam memori handphone saya LOST. Ini betul-betul menguji saya. Pelik betullah.

Sapa-sapa yang baik budi dan hati, contact la saya.. Nombor tepon dan email dalam simpanan semuanya dah hilang.

Dapat result yang mencapai target amat membuatkan hati saya berbunga-bunga.. "Dalam hati ada taman.." Saya anggap ni satu birthday present untuk saya.. Baru saya tahu rasanya apa itu erti menghargai. Nak tau apa yang saya dapat fikirkan? Rupa-rupanya apabila kita terlampau menghargai orang lain, kita akan terasa rendah diri, takut dan cuba mengikut bayang orang lain. Tapi bila kita mula belajar menghargai diri sendiri, dalam masa yang sama kita juga menghargai orang lain.

Terima Kasih kepada para pensyarah: Dr. Rohani, Ustaz Khadafi, Sir Fadzil, Mr. Firas, Haji Romle, Encik Malik, Puan Norliza dan Prof Azizi yang telah banyak memberi motivasi, tunjuk ajar, doa dan kasih sayang.. Terima Kasih tidak terhingga kepada rakan-rakan yang sekumpulan dengan saya sepanjang semester dua.. nanti saya check balik list.. Terima Kasih buat rakan-rakan yang menjadi kekuatan saya untuk konsisten belajar terutama roommate saya, Nur Syafiqah binti Kamaruddin..dan yang banyak mengingatkan saya, Mimi.. dia ni selalu datang bilik dan ambil berat.. untuk sahabat ayam itik yang tau cakap Jawa: InArm dan Aya, terima kasih.In Arm selalu kata, "Shikin, when you study abroad, you MUST study hard.".. Terima kasih buat Wai Kit, satu-satunya 'boyfriend' coursemate yang saya ada yang banyak cakap.. Terima Kasih untuk team fasilitator yang membuatkan saya rasa nak hadir program 'Beyond The Limit' sebagai peserta yang layak, bukan sebagai fasilitator. (Kalau dua-dua sekali ok kut?). Terima Kasih buat orang-orang yang mengajar saya untuk cabar diri sendiri..terutamanya abah saya.. Tak lupa juga buat rakan-rakan blog yang rajin bagi komen ucap good luck dan doa..Terima Kasih kepada sahibah-sahibah yang banyak memberi dorongan, doa, nasihat, kasih sayang, ingat-ingatan dan cinta kerana Allah.. Terima Kasih pada Siti an-Najwa dan Husna, duo yang suka belajar dan memberi saingan dari jauh..

Terima kasih kepada semua yang saya tak tersebutkan di sini..walaupun saya tak ingat, terlupa atau sengaja lupa, tapi Allah tak pernah lupa..

Special Thanks to ibu dan abah yang telah melahirkan saya, memberi restu, kasih sayang, doa dan dorongan yang berterusan..

Saya takde harta nak balas sebagai tanda terima kasih..nanti saya kawin datang majlis, boleh tak? err..bukan..saya nak kata "Semoga Yang Mempunyai segala isi dunia yang membalas kebaikan anda semua.."

Terima kasih semua, untuk semuanya..Kalau saya tak cakap sekarang, entah esok masih ada peluang untuk saya ucapkan terima kasih lagi.

"Tatkala kau baru sahaja terniat untuk menadah tangan mengucapkan syukur,
Allah telahpun merahmatimu.."

Jangan kita lupa, kejayaan juga ujian...

Photobucket

Thursday, May 27, 2010

seronoknya mempunyai keluarga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 27, 2010 2 komen best
  1. Harini ada lagi berita anak perempuan hilang/menghilangkan diri/lari dari rumah/keluar rumah tanpa dapat dikesan. Anak-anak yang melarikan diri ni, entah apalah ya yang difikirkan? -tak kesian ke kat ibu ngan ayah yang susah hati..? bukan senang nak lahirkan anak seorang..nak besarkan lagi..nak bagi ilmu lagi..ish..
  2. Di rumah, semua tempat bukanlah privasi. Saya paling suka meja makan di rumah saya dimana kami akan membincangkan hampir semua perkara. bergaduh, bergurau, mengutuk masing-masing pun kat situ. Yang bestnya, no hard feeling~
  3. Dah hampir tiga minggu saya di rumah. tugas saya menjaga baby yang kuat menangis. Buat susu, mandikan baby, tidurkan baby.. paling tak tahan, kalau baby menangis tak henti-henti. Masatu, saya fikir, hebatnyaa ibu-ibu kat dunia ni...Terutama ibu yang ramai anak.
  4. Kalau boleh yang semampunya, janganlah anda-anda semua ambil orang gaji yea. Saya selalu dengar pasal orang gaji pecahkan tembelang majikan..luar dalam semua habis diceritakan kat orang..Adakah mereka ni tak tahu etika, atau perlukah tukang kebun sekalipun diajar tentang Tonggak 16? Sebelum ambil orang gaji tu, selidiklah dulu segala perkara..
  5. Sekarang ni sibuk isu Samy Vellu.. Dr.M mengulas isu ini dengan mengatakan "Samy Vellu telah terlalu lama berkhidmat..malah lebih lama berbanding saya..dia telah melepasi masa yang dialu-alukan.." (sumber: Buletin Utama TV3 27 Mei 2010). Jadi di sini natijahnya ialah, akan sampai masanya kita perlu berundur darihal yang kita tak diperlukan...Dr. M sendiri telah berhenti sebelum sampai waktunya dia tak dialu-alukan untuk berada di tempatnya..(atau rasanya waktunya memang telah tiba?)~

Photobucket

Sunday, January 10, 2010

ini adik cantik saya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 10, 2010 0 komen best

ini adik cantik saya.
namanya Azzlina.
mengikut fizikal, dia lebih tinggi dari saya.
dan kalau saya call ibu, dia dulu akan jawab telefon.
dia lahir pada umur saya setahun dua bulan lapan hari.
dia sangat sukakan budak kecik, dan pantang makan gula-gula.
dia cantik, kakaknye tak cantik...
kakaknye cuma comel aje~
(ohh..merapu2)

adik cantik saya lebih tinggi dari saya.
saya tatahu kenapa, mungkin saya terbantut sikit. ekkeke.
adik cantik saya masih bersekolah di SMK Desa Cempaka.
Dulu masa kecil dia suka nangis.
Dia juga suka gigit orang.
Tapi bila dah besar, dia suka sapu sampah.
Dia juga suka makan.
Bila kena marah, dia buat dek aje.
Bila kene usik, dia akan senyum sipu-sipu.
Dia adik perempuan tunggal saya.
Dan dia suka cium pipi saya.
hehehe.
Saya sangat sayangkan dia.

Monday, December 28, 2009

Bersedia untuk itu.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 28, 2009 4 komen best
Cuti yang baru berlalu ini aku isi dengan pelbagai aktiviti rumahtangga.

Biasalah, kerja-kerja perempuan. Basuh pinggan, kemas rumah, sapu sampah, mop lantai,basuh baju, sidai baju, lipat baju…pendek kata semuanyalah. Masak? Sikit-sikit aje. Kalau ibu tak assist, boleh jadi masakan itu tawar atau terlalu masin atau jadi entah apa-apa rasa. Kakak aku komplen, aku masak sayur takdek rasa. Haha.

Buat tu semua, kadang-kadang buat aku rasa aku memang betul-betul seorang ibu. Kadang-kadang marahkan adik-adik. Dah penat kemas sana, sini bersepah. Bukan adik-adik je menyepah, kadang-kadang kakak aku terlibat sama. Aku pun sekapal. Kadang-kadang kena marah dengan ibu sebab buat kerja rumah berkira sangat, bergaduh dengan kakak aku dah jadi rutin harian. Kadang-kadang aku memanggil kakak aku si gemuk, kalau dia kacau kerja aku atau aku saja-saja nak sakitkan hati dia ataupun saja bergurau dengan dia. Kadang-kadang aku rasa dia terlebih adik dari aku.

Ibu aku babysitter anak jiran. Waktu aku ada kat rumah, ada waktu-waktunya aku ambil alih kerja jaga baby-baby tu…ada tiga orang baby; Qistina, Hadira dan Naqibah. Naqibah jarang datang sebab waktu cuti, mummy dia cuti.. (mummy Naqibah ialah seorang guru agama di sekolah..) jadi hari-hari aku layan 2 orang baby.. aku paling suka baby yang namanya Hadirah. Hadirah Aisyah..

Hampir setiap hari aku mandikan baby, pakaikan baby baju, basuh ‘ehem2’ dia… buat susu, suap makan, tidurkan baby… rasa best sangat buat semua tu… Cuma kadang-kadang bila baby sakit, rasa risau sebab baby asyik menangis je. Meragam…

Sampai hari ini, aku ikat barut baby tak kemas pun..ikat bedung pun tak reti sangat..

Saturday, October 24, 2009

yang terbaik bagimuuu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009 0 komen best

oleh:Ada Band
tajuk:Yang Terbaik Bagimu 

credit to lyricsmode.com


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Ada Band lyrics - Yang Terbaik Bagimu lyrics

Teringat masa kecilku
Kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu
Buatku melambung
Disisimu terngiang
Hangat nafas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi
Serta harapanmu

Kau ingin ku menjadi
Yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu
Jauhkan godaan
Yang mungkin kulakukan
Dalam waktuku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku
Terbelenggu jatuh dan terinjak

Reff :
Tuhan tolonglah sampaikan
Sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji
Tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya
Ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuhi maumu

Andaikan detik itu
Kan bergulir kembali
Kurindukan suasana
Basuh jiwaku
Membahagiakan aku
Yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu
Yang pernah terlewati
-----------------------------------------------------------------------------------------------

lagu ni, aku tak biasa dengar. tapi, untuk abah yang bakal menyambut ulangtahun ke-49, 29 oktober ini..
minta maaf , abah andai aku tidak dapat memberi yang terbaik bagimu..

untuk semua ayah..meskipun telah pergi menemui Ilahi, sejuta sayang anakmu tetap ada..

untuk sesiapa yang masih mempunyai seseorang yang dipanggil abah, ayah, daddy, walid, atau papa atau apa-apapun yang bermaksud bapa.. mari berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka.. sebelum esok takkan hadir dan andai tadi subuh yang terakhir..sama ada buat kita atau buat mereka..


[lately, aku rasa tak sabar nak jumpa ibu+abah. rindu kot :) ]

p/s: audio untuk subuh yang terakhir sudah upload.. :) 

Thursday, October 22, 2009

kisah telefon...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 22, 2009 6 komen best
alkisah...(toyyibb..)
maka tersebutlah kisah..

sebelum aku bergelar mahasiswi UUM aku hanya guna telefon nokia 1110..basic, tapi rosak..microfon rosak, speaker pun rosak..

jadi bila masuk UUM aku tukar model sama, cuma beli baru.. bila balik rumah, raya aritu, telefon ibu rosak.. banyak masalah dan tak boleh charge..kalau repair, costs.. jadi, aku tukar, kasi ibu guna telefon bimbit aku yang baru 2 bulan digunakan..

habis raya, aku trade in telefon ibu yang dah rosak tu..aku beli K330, sony ericsson.


dan..suatu pagi, aku telefon ibu..
"Nora, telefon abah hilang"

aku masih menyimpan contact number abah yang sebelum ini, beratus-ratus. Jenuh juga aku nak add sume nombor tu dalam telefon..dahlah nak meng add dalam sony-e ni leceh.. dan.. aku mengepos telefon yang jangka hayatnya 'belum cukup hari' itu dengan rasa berdebar..sebab mengepos henpon adalah hal yang tak digalakkan sama sekali.. pada ruang bungkusan pos laju, aku tulis "barang souvenir".. Nasib baik abah laa..birthday abah yang ke-49 pun bakal tiba 29 haribulan nanti..

Disebabkan itu, lebur lagi duit aku di kedai henpon. kali ini, aku fikir nak beli nokia je..tapi dalam hati takmau laa Nokia..(hati memboikot!) tengok nokia basic, rm115.. bila intai sony E, rm160..hmm..

lalu..dengan selamatnyaa...

kini milik aku!
heeheee..
syukurr..

ada juga hikmah kenapa sesuatu itu hilang, rosak dan perlu diganti..
dalam masa tak sampai 4 bulan.

....syukurr....

**maklumat tentang telefon bimbit ini boleh didapati daripada mobileburn.com. K330 , z250,dan nokia 1110

kawan-kawan aku komplen: "oi, asik tuka fon jer...beli henpon macam beli karipap"
atau, "aik? fon lain lagi??"
hakikatnya, kawan-kawan...kalaulah korang tahu...jenuh laa aku nak explain satu-satuu...

Monday, October 19, 2009

andai tadi subuh yang terakhir...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 19, 2009 6 komen best
Lagu “Subuh Yang Terakhir”
Artis “Rabbani”
http://www.topliriklagu.com



Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Ucapkan SaYang
Pada Insan Yang Setia Berkongsi Susah dan Senang
Luahkan Isi Hati
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir


Bila Berdekatan Kadangnya Makin Kita Leka
Bila Bejauhan Barulah Merindu Didada
Selagi Berkesempatan Ucapkan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir


Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan


Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu Bertuahnya Kau Dilahir


Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan


Lihatlah Saja Isterimu Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagian Anak dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat


Lafazkan Rasa Cinta
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir

----------------------------------------------------------------

kisahnya lagu ini;
suatu pagi aku terdengar lagu ini melalui corong radio, ikim.fm..masatu memang baru lepas subuh.. masa di asrama, MRSM Kuala Klawang, aku tingkatan dua.. kebetulan waktu tu aku merajuk dengan ibu kerana suatu hal, dan kebiasaan aku menelefon ibu waktu tu aku lupakan. tiga hari aku tak telefon dia sejak balik ke  asrama. dan bila dengar rangkap lagu ni "bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang.." dan "andai tadi subuh yang terakhir..", aku terus sebak, dan aku telefon ibu  hari itu juga. dan, ibu tahu yang aku merajuk dengannya.

sungguh, aku menyesal. atas sebab apa sekalipun, aku takkan merajuk dengan ibu lagi. ucapkanlah sayang pada ibumu hari ini.

siapa tahu kalau tadi subuh yang terakhir buat ibu. atau abah. atau orang-orang kesayangan kita. ucapkan sayangmu hari ini.

entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.

(audio bawah ni, sparuh je..kalau nak dengar full, kena klik kat link tu..)






Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Saturday, October 17, 2009

ini entri aku yang ke seratus: my family tree

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 17, 2009 7 komen best

malam ni buat assignment kenegaraan, tentang salahsilah keluarga. dah nak date due baru hantar. dengan bantuan Geni.com, baru aku dapat membuat assignment ni dengan lancar sikit.


Geni.com ni merupakan laman web bagi keluarga untuk berkomunikasi dan saling bertanya khabar serta berkongsi berita-berita baru. maklumlah,  duduknya merata-rata. teknologi pun dah canggih... melalui laman ini, aku dapat tahu apa updates baru tentang saudara-mara, pakcik-makcik, atuk-nenek, anak2 sdara.. huh, sedar atau tak, dah ramai sebenarnya dua pupu aku yang dah berkeluarga, kira anak mereka yang merupakan anak sedara aku juga dah tak terkira ramainya. pastu bila jumpa aku pon panggil kakak je..



 ni merupakan 'home' yang menunjukkan pelbagai updates.

yang xbestnya, aku nak tunjukkan family tree yang gedabak tu kat sini, tapi masalahnye tak boleh dicapture oleh  screenshot mahupun screengrab. hmm..nak wat cemane yaa..




ok, seb baek aku dapat jumpa embed code nih. aritu godek punye godek page geni tu, hampeh tak jumpe. lampi juga aku ni rupanya. silalah pandai2 tengok family tree nih, ni family sebelah abah. dalam tree ni ada >63 orang, tapi kalau expand lagi ada >500 orang. gila ramai, kan.. yang kawin dengan orang putih, cina, ngan pak arab pon ade..

okok. mengumumkan, ini entri aku yang ke seratus.

Friday, October 02, 2009

cerita semalam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 02, 2009 8 komen best
semalam abah aku tiba-tiba datang ke UUM.

sebenarnya abah nak buat surprise, tapi sebab pagi-pagi aku dah telefon ibu, dan ibu terpecahkan rahsia. hehe. pukul 12 tengah hari aku dah sampai perlis.

kat Perlis tu, ada rumah nenek sedara aku..kat rumah tu ada macam-macam: ayam, lembu, kucing, kambing... memang kampung sungguh lah. abah belanja aku sandle+selipar baruu.. almaklumlah sibudak nakal, kata abah nora bukan berjalan tapi menyeret kaki. sebabtu kasut cepat rosak.

balik ke UUM pagi tadi, dan abah sekarang sedang memandu all the way to Nilai. semoga selamat sampai, abah!

dan, laptop rosak aku dibawa pergi :'(

Tuesday, September 22, 2009

terlebih binatang daripada binatang!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, September 22, 2009 8 komen best
keluarga aku memang sukakan binatang.

sejak aku kecil, kami pernah bela ikan, kucing dan burung. bela anjing belum pernahlah, mungkin takkan pun. tapi apa yang aku nak kisahkan di sini ialah cerita tentang anjing.

aku tinggal di kawasan perumahan teres dua tingkat yang terletak dalam kawasan perindustrian Nilai. dekat-dekat dengan rumah aku ada kilang, dan banyak juga penduduk taman itu terdiri daripada orang asing dari Myanmar, Nepal, Bangladesh, Pakistan dan macam-macam lagi yang diluar pengetahuan aku-lah. kilang-kilang di situ menggunakan anjing sebagai penjaga, jadi ada musim juga anjing banyak berkeliaran, walaupun dibelenggu. terlepas agaknya.

ibu dan adik-adik aku memang sukakan kucing. walaupun kucing liar, tetap juga ibu kasi makan. suatu hari, ada seekor anjing makan nasi yang disediakan untuk kucing liar yang selalu makan kat belakang rumah, walaupun nasi tu dah basi. lapar sangat agaknya. sejak hari tu, anjing tu sentiasa di sekitar rumah kami. not to scared anyone, tapi sebab nak balas jasa agaknya..dari berkurap sampai baik kurapnya ibu 'jaga' anjing tu dengan kasi makan sisa makanan je. anjing tu warna hitam, dan agak jinak juga. (walaupun jinak taklah sampai memegang) tapi kalau bukan dengan keluarga aku dan orang yang tak dikenali, dia jadi garang. kakak aku yang selalu kasi dia makan, jadi kalau kakak aku yang panggil, surely dia datang penuh taat. kakak aku gelar dia 'Rocky'.

sejak Rocky tu ada berkeliaran dekat-dekat dengan rumah kami, kawasan perumahan yang menjadi 'zon rompakan' takdek kes pun. bagus juga Rocky ada, walaupun tidak dibela. cuma Rocky macam menakutkan budak-budak, sebab depan rumah kami adalah taman permainan, sape-sape yang datang rumah, nanti sibuk dia mengekor. kalau orang lari, dia pun ikut sama mengejar, mungkin dia fikir orang nak ajak dia main. jadi ada sesetengah pihak yang kurang senang dengan kehadiran Rocky. dalam mesyuarat Rukun Tetangga yang membincangkan tentang kemaslahatan penduduk, seorang jiran terdekat menggelar Rocky sebagai 'anjing liar yang dipelihara'.

selain dari keluarga aku, ada juga keluarga Haji Zul, jiran selang dua buah rumah yang turut sama feeding the dog.

Jiran sebelah rumah aku merupakan orang Myanmar. Suatu hari, mamat Myanmar nih kejar-kejar Rocky, nak tangkap. tapi tak dapat-dapat. anjing kalau dikejar, larilah dia...kalau kau pun kena kejar lari-lari jugakk.. kakak aku yang baik hati dengan senang hati panggilkan Rocky.

kakak aku: Rocky!! come here! you mau buat apa sama itu anjing?
jiran: mau tangkap
kakak aku: buat apa mau tangkap?
jiran: mau kasi buang. ada itu orang (tunjuk kepada sebuah rumah jiran terdekat yang tersohor dengan sifat kurang disenangi) suruh tangkap kasi buang.
(kakak aku panggil Rocky lagi sekali, Rocky datang dan kakak aku masukkan tali ikat anjing ke leher Rocky. lepastu sambil serahkan anjing tu kat jiran lelaki Myanmar tu, kakak aku cakap:)
kakak aku: you kejar dia, mana mau dapat. panggil sajalah elok-elok..
lepas 5 minit, tiba-tiba dengar bunyi anjing melolong entah dari mana. seisi keluarga merasa pelik, masing-masing mencari Rocky, risau juga kalau Rocky yang melolong. walaupun bukan dibela. bila kakak aku ternampak mamat Myanmar tu, kakak aku tanya:


kakak aku: mana anjing?
jiran: suda mati
kakak aku: macamana mati? tadi kan elok saja i kasi you!
jiran: kasi ini macam la (gaya memukul)
kakak aku: sapa suruh kasi mati?
jiran: itu orang la kasi upah (lelaki jiran terdekat yang tersohor tak disenangi)

lepastu, kakak aku menangis, dua malam tak tidur. rasa berdosa, sedih dan terkilan sebab dia sendiri yang tolong tangkap Rocky dan kasi pada jiran tu. rasa bersubahat. manalah tahu kalau Rocky ditangkapnya untuk dibunuh. walaupun anjing liar, berkurap dan bukan belaan, tapi anjing itu berjasa.

cerita pembunuhan anjing ni aku dengar sendiri dari ibu, adik-adik dan kakak aku. wajar ke seekor anjing tak berdosa dibunuh,dipukul sesuka hati? aku amat geram, aku yang tak suka menyumpah pun menyumpah seratus kali dalam hati. selama ni aku tak pernah kisah dengan perangai pakcik tu, walaupun macam-macam kutukan pelik yang singgah di telinga..selama ni aku amat bersabar dengan tingkah laku pakcik tu, sebab aku rasa apalah sangat dengan hinaan dia tu, tak bawa mudarat pun..tapi kali ni memang dah MELAMPAU! cukup melampau, sampai aku rasakan kalaulah boleh aku hantarkan dia ke neraka. tapi aku bukan sape-sape, Allah jualah yang membalas. eii,...geram betullahhh! moga pakcik tu cepatlah sikit tersedar! kalau anjing tu dia buang kat tempat lain takpelah, at least masih hidup, ataupun nak bunuh mengikut prosedur perubatan ke..ini tidak, pukul pakai kayu! apa rasanya kalau kena libas dengan kayu? ei..nak je aku libas perut buncit pakcik tu dengan kayu, tahu?! tak terbayang rasanya Rocky diikat kaki diatas kepala dibawah kat pokok, dengan berdarah-darah. tolonglah. kalaulah babi sekalipun, kita tak layak nak hinakan dia.

dalam diri binatang ada juga kemanusiaan, kenapa manusia tidak memanusiakan diri, lantas membiarkan kebinatangan terwujud dalam masyarakat hati?? sesungguhnya rahmat dan keampunan Allah itu amatlah luas, dan seksa Allah itu amatlah pedih!

p/s: anjing ni dah ada beberapa minggu sebelum aku sambung pengajian ke UUM lagi, dan kejadian di atas berlaku beberapa hari sebelum ramadhan.

Saturday, September 12, 2009

halangan terbesar atau satu langkah berjaga-jaga?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, September 12, 2009 5 komen best
Pada suatu masa dahulu, tinggal sepasang suami isteri di sebuah rumah terpencil di hujung sebuah kampung yang terpencil di daerah paling kecil di sebuah negara bernama Alamaya.setelah sekian lama berkahwin, mereka tidak dikurniakan zuriat. si suami selalu memujuk isterinya yang kadang-kala bersedih kerana sepi tanpa cahaya mata dengan kisah Nabi Zakaria dan kisah Al-Imran... setelah agak berumur, barulah si isteri mengandung anak pertama.. pasangan ini terasa amat bahagia apabila mendapat tahu bahawa mereka bakal dikurniai anak sebagai penyeri rumah tangga.

setelah sampai waktunya si isteri hendak bersalin, maka si isteri inipun selamatlah bergelar seorang ibu dan suaminya bergelar bapa setelah bayi perempuan mereka dilahirkan. bayi yang comel ini diberi nama Rindu, atas sebab ibubapanya yang telah lama menanggung rindu untuk memperoleh anak. Rindu dibesarkan bagai menatang minyak yang penuh, maklumlah, cuma itu saja buah hati pengarang jantung Encik Bapa dan Puan Ibu. Rindu juga membesar sebagai anak yang baik, taatkan ibu dan abahnya, serta sentiasa berusaha menggembirakan hati kedua-dua orang tuanya itu. Rindu sentiasa mendapat tempat terbaik di tempat belajarnya demi melihat ibu dan abahnya bangga memperoleh anak secerdik dirinya.

masa berlalu tanpa disedari. Rindu kini sudah berumur 13 tahun dan ditawarkan untuk belajar di sekolah asrama penuh. tinggallah ibubapanya di rumah kerana melepaskan Rindu bersekolah di sekolah asrama tersebut, demi melihat Rindu mengecap kejayaan yang diimpikan. bagi mereka, kebahagiaan Rindu pastilah kebahagiaan mereka juga. Di sekolah, Rindu menemukan pelbagai kawan beraneka perangai. daripada yang banyak kerenah, sehinggalah yang baik macam malaikat. Rindu berkawan dengan semua orang, dan ternyata semua orang suka berkawan dengan Rindu.Rindu juga selalu mendapat keputusan yang memberangsangkan kerana menjadikan kedua-dua orangtuanya sebagai sumber inspirasi bagi mencapai kecemerlangan.

setelah 5 tahun bersekolah di asrama penuh, Rindu kini menunggu keputusan peperiksaannya. dia mengisi masa lapang dengan bekerja sambilan sebagai tukang taip di sebuah kedai menjual kren. gajinya lumayan juga, satu huruf satu sen. daripada pengalamannya bekerja itu, Rindu memperoleh keinginan untuk menjadi seorang eksekutif di bangunan-bangunan pencakar langit yang difikirnya begitu hebat dan elegan.

setelah keputusan peperiksaan diperoleh, Rindu membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi yang tempatnya jauh beribu-ribu batu dari rumahnya. kalau naik basikal pun pasti mengambil masa entah berapa lama kalau dikayuh macam pakcik jual aiskrim. seperti yang dijangka, ibubapa rindu tidak membantah, malah amat gembira kerana anak mereka mempunyai wawasan untuk berbakti menabur budi setelah bekerja kelak. galakan mereka menjadi inspirasi buat Rindu. akhirnya Rindu mendaftar di sebuah institut pengajian tinggi dengan bantuan kewangan yang diperoleh daripada sebuah syarikat mengeksport kura-kura batu.

di institut pengajian tinggi ini, Rindu mempelajari bidang Pengurusan Eksekutif dan menyertai pelbagai aktiviti bagi mengasah soft-skillnya. Pada suatu hari, kawan lama Rindu yang ditemui di tempat dia belajar mengajak Rindu menyertai sebuah persatuan Kembara yang mengajar ahlinya mendalami cara-cara mengembara dengan baik serta memupuk mereka menjadi berani melalui aktiviti kebajikan, jalan-jalan di hutan dan menghayati liku-liku hidup. Rindu, tanpa ragu-ragu ikut serta persatuan tersebut dan setelah ditelitinya, ternyata menyertai persatuan tersebut membawa satu sinar penghayatan alam kepada dirinya. Rindu memberitahu ibu tercinta yang dia menyertai persatuan tersebut demi menyuburkan cintanya kepada alam, serta demi memupuk keberanian dalam dirinya. si Ibu yang selama ini menyokong segala keinginan anaknya selagi baik, pastilah menggalakkan anaknya berbuat hal yang baik lagi mulia ini. namun Puan Ibu berkata kepada anaknya: "Rinduku sayang, kini kau sudah besar. telah kudidik engkau berfikir dengan waras berlandaskan al-Qur'an dan hadis. jikalau kau merasakan persatuan yang kau ikut itu baik, maka ikutilah. terpulang semuanya kepadamu. pastikan kau tidak tersesat dalam kembaramu. sebelum kau menyertai, telitilah dahulu dengan baik-baik, entah-entah ia menyebabkanmu sesat di dalam hutan.kita tidak berjalan mengembara untuk mencari titik hujung atau akhir kehidupan, tetapi kita mengembara demi kembali ke asal kita yang sendiri".

kata-kata si ibu membuat Rindu terpana, dan terdiam. walau sudah diterangkan kepada ibunya yang persatuan itu bertujuan baik dan berhaluan kanan, dia menganggap ibunya ragu-ragu dan tidak merestui sangat keinginannya. jadi kini Rindu terasa agak sedih dan keliru. adakah Puan Ibu tidak merestui jalan yang dipilihnya? mungkin dia akan meninggalkan persatuan yang dikasihinya demi memastikan ibunya redha. dalam hal ini, adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar, atau apa yang dikatakan Puan ibu merupakan langkah berjaga-jaga? Rindu tidak perlu bertanyakan pendapat abahnya, Encik Bapa sebab telah difahaminya sejak lahir bahawa abahnya itu merupakan penyokongnya yang terkuat walau apapun keputusan Rindu.

jadi, kini Rindu dalam dilemma. ibunya kalau hal yang lain boleh pula nak sporting, tetapi entah kenapa kali ini seperti tidak memberi persetujuan. Rindu juga agak pelik apabila ibunya ada memberi 'lampu hijau' untuk hal mempunyai teman istimewa, walau sudah maklum bahawa Rindu masih belajar dan tidak perlu 'Mr. Right'.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


ini bukan kisah yang main-main saja. hal begini selalu berlaku. aku tidak setuju kalau ibubapa terlalu terbuka dalam memberi kebebasan kepada anak. memanglah sayang anak, tapi kalau terlalu memberi kebebasan kepada anak terutama dalam hubungan lelaki perempuan, itu sudah jadi sesuatu yang tidak perlu dan tidak patut. dan, kalau biarkan saja anak ikut kepala sendiri, itu maknanya bukan sayang anak, tetapi tak sayang anak. menghancurkan anak, malah tidak menjaga anak sebagai amanah dengan baik-baik. kecuali setelah berusaha.
terbingung aku. 
persoalan yang masih belum terjawab; adakah Puan Ibu merupakan halangan terbesar kepada Rindu atau kata-kata si ibu merupakan satu langkah berjaga-jaga demi memastikan anaknya tidak tercedera dalam Kembara? hmmmmm...

p/s: cerita ini adalah originally by cik ashikin. tidak ada ciplak atau kopipes mahupun ceklatpes, okeh :)
      sebagai satu santapan akal dan hati.

Thursday, August 13, 2009

Wanita kesayangan aku

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 13, 2009 0 komen best

Dalam hidup aku, dah beribu-ribu perempuan aku jumpa. Aku tak pasti, mungkin beribu-ribu lemon.ekeke. setelah menge-post tentang lelaki kesayangan aku, sekarang tentang wanita-wanita kesayangan aku pula. Banyak yang aku sayang, tapi yang ini antara yang ter-paling-amat-sangat sayang dan istimewa buat aku.

Wanita pertama: ibu aku.

Ibu adalah orang yang melahirkan aku, mengusung aku selama sepuluh bulan kesana-kemari dan sanggup melahirkan aku sebagai seorang yang bernama NORASHIKIN. Sebenarnya aku overdue, sampai dokter suruh induce. Lama sangat dalam perot, dah selesa agaknye~… ibu kata, akulah anak yang paling selalu-selalu berjauhan dengan dia. Umur aku sekarang: 19. 19-3-5-1=Cuma ±10 tahun je aku pernah berada di rumah, depan mata ibu. 3 tahun tinggal kat Johor, 5 tahun di MRSM, 1 tahun di matrikulasi. Kata abah, sekali seorang anak keluar rumah (untuk belajar, bekerja, etc.), selamanya begitu. Maksudnya tak tentu anak itu akan kekal lagi tinggal dengan parents. Aku percaya itu, sebab begitulah aku. Ibu selalu berusaha memenuhi permintaan aku walaupun permintaan yang kecil dan remeh. Pernah aku balik rumah mase kat matrik semata-mata sebab nak minta ibu masakkan aku rendang daging. Tentang hal berkawan dengan lelaki, ibu sentiasa maklum dengan siapa aku berkawan. Aku tak pasti kenapa, tapi akhir-akhir ini ibu ada suruh aku cari pakwe. Anda nak jadi pakwe saye? Ekkeke. Maaf, itu mustahil sama sekali. Tak macam abah, ibu jarang ‘mentarbiyah’ aku, tapi ibu selalu share kat aku cerita-cerita hal ehwal adik bradik aku, abah aku, jiran tetangga dan sebagainya. Aku sayang ibu selalu-selalu, tiap-tiap masa, setiap hari, setiap saat, setiap detik. Kalau dia tak lahirkan aku, aku bukan aku hari ini. J

Wanita kedua: kakak aku, Sa’adiyah.

Kakak aku ni kawan bergaduh aku sejak kecil. Dalam satu post lepas, aku ada cerita pasal dia nih. Jarak umur kami tak jauh, cuma dalam 16 bulan je. Kesian, kecik lagi dah dapat adik comel lagi tembam macam aku J. Mempunyai kakak macam kakak aku menjadikan aku seorang yang ambitious juga. Dulu, sebab dia masuk asrama mase form 1, maka aku pun macam bersemangat juga nak blaja rerajin sebab nak masuk asrama. Hehe. Kakak aku mempunyai karekter yang unik, dia mudah mengalah dengan adik-adik. Tapi kadang-kadang garang sangat,kitorang pernah main sepak-terajang satu ketika dulu. Bunyinye macam sepak takraw, kan? Tidak sama sekali. Kakak aku seorang yang protective juga. Dia pernah cakap, “nora, kalo ade orang yang kacau kau, meh bagitau kat aku.” hehe. Walaupun asyik bergaduh sejak kecil, tapi entah sejak bila, aku dan kakak aku sefahaman dalam banyak hal. We start sharing secrets and help each other. That’s what we call siblings, rite? Aku sayang dia sebab dia kakak aku. One, and only. Dia kakak terbaik yang aku pernah ada, yang Allah bagi kat aku dalam dunia ni. Dengan dua perwatakan yang berbeza, Allah jadikan kami adik-beradik sedarah yang lahir dari rahim yang sama. Subhanallah. Kakak aku merupakan seorang yang ceria, kurang serius dan banyak kelebihan yang dia ada tapi aku takde. Dia pandai masak, tak macam aku..huhu~..

Wanita ketiga: adik perempuan aku.

Adik perempuan aku adalah yang tercantik antara kami bertiga. Paling cantik dan innocent. Dia lahir sempurna, cukup sifat. Dia merupakan apa yang aku panggil sebagai anugerah, sebab dia terdiri dari kalangan ahli syurga. Adik aku seorang autism. Aku tak pasti masa umur brape bulan dia menghidap demam panas dan sawan. Sawan salah satu sebab adik aku yang asalnya normal berterusan membesar sebagai hyperactive tapi cantik. Aku tak malu mengaku ada adik yang dalam bahasa kasarnya dipanggil terencat akal, sebab aku difahamkan yang aku memegang amanah untuk menjaga seorang bakal penduduk syurga. Bangga, tahu? Hehe. Dia ni mase kecil selalu gigit orang. Susah sangat nak jaga. Dia lambat bercakap, lambat berjalan, kuat menangis dan rendah IQ. Parent aku berusaha mengubat dia di mana sahaja tempat dan orang yang dapat membantu. Alhamdulilah, umur 4 tahun dia dah boleh berjalan, umur 7 tahun dah boleh bercakap, dan sekarang dah pandai membebel, bergaduh dan suka melawa. Bila dia mencapai satu tahap ability, terasa macam Allah bagi anugerah, satu kesyukuran bagi parent aku. Mempunyai seorang adik yang tidak normal bukan satu masalah buat aku, malah dia menjadi inspirasi untuk aku menjadi seorang yang terbaik supaya satu hari nanti, bila parent aku dah takde, aku boleh menyara dia sebagai seorang kakak. Nama dia Azzlina. Azzlina hanya muda 14 bulan dari aku. Masa dia berumur 7 tahun, ibu berhenti kerja demi memberi tumpuan pada pendidikan Lina. Aku rasa Lina paling sayang aku kut sebab aku kakak yang baik J.hehe.

Wanita seterusnya 1: klasmate masa aku lower form: Izzatul, Farhana, Ainnur, Aida, Illey, Faridah, Nina, Safura,Zatie, Atika.

Diorang nilah schoolmate, classmate, teammate dan buddies terbaik yang pernah aku ada. Walaupun kitorang berasal dari tempat yang berlainan, latarbelakang yang berbeza, berperangai yang macam-macam, tapi kitorang sepakat dalam banyak hal. Saling melengkapi antara satu sama lain, walaupun semasa musim persahabatan itu ada banyak masalah, ada dugaan, ada salah faham, tapi dengan kuasa Allah, Alhamdulillah ukhwah yang terbina masih kekal sampai hari ini. Cuma Faridah n Nina je yang agak menyepi dari aku. Ada cerita tentang aku dan dia, dan kita bersama saat dulu kala…..

Wanita seterusnya 2: Teacher Hasnah

Teacher Hasnah merupakan cikgu Bahasa Inggeris aku masa aku form 5. This is the best English teacher I ever had! Aku tak pasti kenapa, tapi terasa aku ada strong bond dengan dia. From what she ever told me, I conclude that she really has a strong and nice and great beautiful soul inside. Dia seorang cikgu yang sayangkan anak murid. Hanya semasa belajar dengan dia aku dapat hasilkan satu essay terbaik yang aku tak pernah hasilkan sebelum itu. Aku pernah beri dia satu poem yang aku originally created untuk hari guru sebab masa tu aku takde duit nak kasi hadiah kat dia sebagai satu penghargaan, and she admit that she loves my poem very2 much that she still keep that simple paper. She appreciates me THAT much. Dan, guess what? Berkat aku taat kat cikgu, Alhamdulillah, aku score A1 untuk subjek Bahasa Inggeris. Dia member aku inspirasi untuk jadi seorang yang sabar dalam menghadapi orang lain. Thanks, teacher! I’ll miss u!

Wanita seterusnya 3: Siti An-Najwa

Siti An-Najwa merupakan orang pertama yang menyambut kedatangan aku pada hari pertama aku masuk ke kelas akaun, di mana aku tiba-tiba duduk kat row lelaki pada satu sesi kuliah subjek perakaunan bersama encik Hussein. Dia seorang sahabat yang baik, mudah memberi nasihat dan berteguh dalam pendirian. Aku sayang betul kat dia ni,dalam ketegasan dan rasa malu, dia juga suka bergurau. Dia ringan tangan dalam menghulur bantuan sebab dia memang berotak cerdas. Kadang-kadang aku rase dia seorang yang amat comel. Dalam hati aku, dialah penasihat yang paling berhikmah. Ayat dia yang biasa: “suka hati kau la...”,”terpulang kat kau, kalau kau rasa ok..” atau ..”ikut kau la…” Aku selalu rasa senang hati kalau menerima nasihat dan kata-kata dia pada waktu hati rasa tak tenang. Kata-kata an-Najwa macam ubat penawar bagi racun berbisa.

Wanita seterusnya 4: Mak Long, Mama & Ibu Leha.

Mereka ni adalah makcik-makcik yang bela aku masa aku tinggal kat rumah Tok Aki. Diorang ni dah macam ibu kedua aku, diorang jaga aku baik-baik masa dulu-dulu. Aku paling suka kalau mama masak. Mak long suke masak asam pedas, ibu leha plak suka masak kari. Kalau Mama aku tak ingat dia suka masak ape, tapiaku suka pajeri nenas dia. Shedapp sangat. Anak diorang ni sume lelaki, jadi aku agak disayangi mereka..hehe.. paling inspiring adalah Ibu Leha, sebab dialah jadi cikgu bm, bi ngan maths aku dulu..

Thursday, July 30, 2009

kisah semasa kecil

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, July 30, 2009 1 komen best

aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa hari ni. terlalu banyak masa, sebab kawan-kawan sabahan aku tidak ada hari ini. outing buang masa, kata mereka. aku tidak rajin berjalan-jalan, jadi aku tidak ikut meskipun diajak beriya-iya. aku katakan yang aku banyak kerja hari ini. memang iya pun banyak kerja. leading dua assignment sudah cukup buat aku pening. belum jadi pengarah company, iye dok? ekeke. berangan kuat betoi la cik shikin nih. kebelakangan ni ramai yang bertanya tentang latarbelakang aku. maklum, orang baru di tempat baru dengan suasana baru dan kawan-kawan baru. pelbagai ragam dan jenis orang. jadi aku fikir mahu cerita tentang biodata aku saja hari ini.

Allah mengilhamkan abah untuk memberi aku nama NORASHIKIN. di rumah, aku dipanggil dengan nama nora, dan kawan-kawan aku memanggil aku dengan nama 'shikin', ataupun 'ikin'. mana-mana pun same jelahh.. aku lahir di hospital Assunta, Petaling Jaya pada 20 Jun 1990, pada waktu dhuha: 9.56 pagi. kata ibu, orang lahir pagi ni degil. hmm...tak taulah saye... degilkah saye?... aku anak ketiga dari 6 orang adik beradik, 3 lelaki, selebihnya perempuan. sejak kecil, ibu mengatakan bahawa aku anak yang senang ikut cakap dan tidak degil. (alhamdulillahh...)

aku pernah belajar di banyak sekolah di banyak tempat, johor, negeri sembilan, selangor, dan sekarang, kedah. cuma tak sampai australia je lagi. ekeke..

  1. sekolah kebangsaan tun abdul aziz majid, hulu langat, selangor.
  2. sekolah bukit tunggal, jementah, segamat, johor.
  3. sekolah kebangsaan bukit raya, cheras, selangor.
  4. maktab rendah sains mara kuala klawang, jelebu, negeri sembilan.
  5. maktab rendah sains mara muar, johor.
  6. maktab rendah sains mara serting, negeri sembilan.

masa sekolah rendah, aku sekolah agama petang dari darjah satu sampai darjah enam. apa yang aku pasti sistem pendidikan sekolah agama di johor dan selangor tidak sama, jadi amat susah bagi aku untuk convert dari negeri johor ke selangor. sistemnya agak berbeza dan aku susah faham. ustaz bahasa arab aku mase aku darjah enam memang sangat tak suka aku sebab aku paling tak pandai dalam kelasnya. dia menyindir aku selalu. pada ketika aku dikhabarkan mendapat 5A dalam UPSR, dia berkali-kali bertanya tanda tidak percaya. padahal untuk PSRA aku cuma dapat pangkat 'jaid' saja, atau kalau kat sekolah biasa, aku cuma student gred C. aku tak mampu untuk peroleh 'mumtaz', seperti 'mumtaz'nya aku di sekolah rendah kebangsaan. di sini aku ingin menekankan bahawa guru tidak harus memperlekeh seorang anak murid walau tak pandai mana sekalipun seorang anak murid. tapi, selama aku sekolah, apa yang aku pentingkan adalah nilai menghormati guru. orang yang memberi emas kepada kita, mana mungkin aku pulangkan tahi kepadanya? sebelum aku lanjutkan pelajaran di UUM tercinta ini, aku memilih untuk belajar di matrikulasi, Kolej Matrikulasi Johor. walaupun di peringkat upper form aku merupakan pelajar sains tulen, tapi di matrik Allah ilhamkan aku untuk ambil jurusan perakaunan dan Alhamdulillah, aku berjaya mendapat result yang walaupun tidaklah excellent, tapi ia adalah result yang bagus juga.

semasa di tadika, kata ibu kata aku dapat nombor satu. entahlah. aku sendiri pun tak ingat. yang aku ingat, aku cuma bersekolah di tadika ABIM selama dua tahun(semasa aku berumur 5 dan 6 tahun). mase umur 4 tahun lagi aku dah merengek minta nak pergi sekolah sebab abang ngan kakak aku dah sekolah. walaupun masih berkepit ngan botol susu masetu, semangat juga aku nak pegi sekolah ye :) masa hujung tahun sekolah tadika, semua orang ditanya tentang karier impian. begini dialog ingat-ingat lupa aku:

ustazah: norashikin, ape cita-cita norashikin?

norashikin: cita-cita tu ape, ustazah?

(kawan aku menyampuk) kawan: cita-cita tu ape yang awak nak jadi mase besar nantilah..awak nak jadi cikgu ke, dokter ke, polis ke, jururawat?

norashikin: boleh jadi tu je ke?

kawan: iyelah, cepatlah pilih, awak nak jadi ape?

norashikin: erm..nak jadi ustazahlah..(sambil memandang ustazah)

ustazah: alhamdulillah,..nanti boleh jadi ustazah norashikin macam ustazah shikin.

(kebetulan kat tadika tu memang ada ustazah norashikin, garang giler ustazah tu..dia ajar matematik. tetiap kali dia ajar, mesti aku duk ngan aisyah si budak pandai. setiap kali kelas dia, mesti kena bangun jawab soalan tambah tolak, baru boleh duduk.) hmm.............

masa aku sekolah rendah, parent aku hantar aku duk ngan atuk sedara aku... atuk sedara aku tu sikit punya garang.. aku panggil dia tok aki.....sekarang dah allahyarham... masa aku duk kat rumah dia, aku dilatih menjadi seorang yang bersistematik. ada wawasan, ada cita-cita. setiap kali peperiksaan, katanya, aku mesti skor nombor satu. kalau tak dapat nombor satu, pasti, aku kecut perut ya amat. ibu abah aku sendiri tak didik aku sebegitu tegas. hampir setiap hari, setiap minggu dia menyebut supaya besar nanti aku jadilah dokter. tu memang harapan dia kat aku.. selalu dia pesan kat aku jangan jadi perempuan yang hanyut dengan dunia. pernah dia suruh aku berikrar untuk belajar dengan tekun demi Allah dan Rasul. setakat ni, setelah dia Allahyarham,belum aku temukan motivator sebaik dia. aku takkan lupa sakitnya dia pukul aku dengan kayu penghadang pintu kerana aku terlewat berjemaah maghrib. dia juga amat marah bila aku protes makteh aku kerana suatu hal. dia paling suka suruh aku picitkan kakinya yang kepenatan walaupun aku malas-malas. kata isterinya yang pertama, aku ini walaupun selalu dimarah-marah, tapi aku tetap cucu kesayangan tok aki.. alahai.. dulu masa kecil aku rasa malang sangat..rasa malang sebab ibu abah hantar aku kat tempat yang jauh..sudahlah rumah tok aki tu dalam hutan, nak pegi sekolah kena jalan kaki, nak mandi kena beratur ngan orang lain, bangun pukul 4 pagi tetiap hari,.... tapi, semakin aku dewasa, semakin aku rasa syukur..kalau ibu abah tak hantar aku dulu, tentu aku membesar dengan hiruk-pikuk bandar..terabai.. hati tak terdidik dengan iman.. Arwah tok aki meninggal sebelum aku dapat masuk MRSM. aku tak nafikan, dialah tunjang dalam memberi aku semangat untuk jadi orang berguna. walaupun aku tak sempat berkongsi semua yang aku rasai, rasa kesyukuran aku, aku berharap semoga Allah melimpah ruahkan rahmat keatasnya. semasa hayatnya, Tok Aki cukup warak. tapi, sangat garang...

aku mempunyai childhood yang berbeza dengan orang lain. (^_^)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea