aku taklah pandai mem-blog nih sebab selama ni menulis aktiviti harian dalam buku catatan peribadi untuk mengarut-ngarut dan menulis peringatan-peringatan buat diri sendiri aje tanpa ada orang lain yang membacanya-rasa malu pula apabila kini sudah mula berjinak-jinak menulis blog untuk dibaca oleh orang lain. kini aku berada di suku terakhir di matrikulasi Johor ini iaitu 3 bulan terakhir-yang bermaksud hanya 10 minggu lagi hampir ke final!-diriku digoncang rasa tak sabar!
sebagai seorang budak yang suka menyibukkan diri dengan hal-hal yang pelik lagi tak masuk akal, aku sebagai ahli jawatankuasa kolej kediaman blok Al-Jazari yang indah lagi cantik ini perlu menyiapkan banyak hal untuk Majlis Makan Malam blok dalam masa dua minggu untuk di-check olek Ketua kolej kediaman blok yang cantik itu. Selain menjadi AJK hadiah yang perlu mencari hadiah2 untuk felo2, ajk blok, souvenir untuk student dan persembahan, aku sebagai ketua ajk multimedia yang slame ni tak macam ketua punkene wat presentation aktiviti kolej sepanjang sesi 2008/2009. walaupun tugasnya boleh dianggap tak sesusah mana, aku pun boleh je pass kerja kat anak buah yang lain, tapi dengan tugasan-tugasan pelik yang diberikan oleh para pensyarah juga harus diberi keutamaan. Tak lama dulu, aku telah membentangkan cadangan yang masuk akal tapi akhirnya tak masuk akal dan tergendala begitu saja-ajk hapelah aku ni kan...seb baik takde yang komplen pasal cadangan masuk akal tapi tak menjadi itu.
aku taklah pandai sangat mem-blog nih..cane nak enhance kasi menarik nih??
Saturday, January 31, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
