Tuesday, January 07, 2014

Penat

di tulis oleh Unknown pada Tuesday, January 07, 2014 0 komen best
Pernah rasa penat sampai hanya mampu terbaring tak buat apa-apa? Atau, terfikir, ada waktu lain yang kita mampu buat semuanya dalam satu masa?

Ya. Semua orang pernah. Saya juga.Ia berlaku kerana kita memberikan masa kita untuk itu. Meluangkan masa untuk benda entah apa-apa. Memberi ruang untuk diri memberi reaksi terhadap apa yang berlaku. Membiarkan diri marah, ada masa untuk memerhatikan kelewaan orang lain.

Ini perkongsian yang saya tafsirkan daripada Twins of Faith yang temanya The Sunnah The Better. Kata Speaker yang mengambil Rasulullh sebagai qudwah, katanya;

"Rasulullah adalah orang yang paling sibuk di dunia. Baginda mengimamkan solat 5 waktu setiap hari selama 23 tahun, mengetuai peperangan, suami kepada berbelas isteri, bapa kepada puteri-puterinya, ketua negara, pemimpin rakyat. Namun baginda adalah manusia yang paling banyak tersenyum, jarang marahnya, santun peribadinya. Baginda manusia sempurna untuk dijadikan contoh.. Tidak pernah sekali pun kita mendengar mana2 hadith tentang Rasulullah memarahi orang lain kerana sesuatu yang remeh. Ini kerana Rasulullah tidak memperuntukkan masa untuk marah.."

Ada kajian menyatakan bahawa semakin sibuk seseorang, semakin dia kurang marah. Ini kerana dia tidak punya masa untuk marah. Sebaliknya, semakin kurang tugas seseorang, semakin banyak masanya untuk memerhatikan kepincangan orang lain dan memberikannya masa untuk merapu atau marah.

Kita muslim. Kita sibuk. Kerja kita lebih banyak dari masa yang ada, kecualilah kalau kita muslim yang menganggur dan bersidai-sidai di tepi jalan kehidupan ini.

Menulis ini, sebenarnya adalah sebab saya terlalu down pada hari ini. Teringat pula dapatan dari program Twins of Faith. Memberitahu diri bahawa kita tak ada masa pun untuk merasa down, jatuh tergolek-golek.

Dah.

Rasulullah orang yang paling banyak ujiannya. Namun, bagindalah orang yang dilihat paling banyak tersenyum. Kita jugalah yang tarik muka panjang sedepa semata-mata kerana tak ada mood nak senyum.

Kasihan. Jangan jadi hamba mood, jadi hamba Allah!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea