Tuesday, July 29, 2014

Agar jatuh cinta, tak menjadi bencana

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, July 29, 2014 0 komen best

Hati kita ini misterius. Tatkala ia telah jatuh cinta, ia mampu bertindak dengan luar biasa. Mampu merosak, juga, mampu menguat.

Saya sudah sampai ke tahap itu. Tahap jatuh hati.

Sampai bila-bila pun kita takkan pasti dengan apa yang berlaku pada hati kita, diri kita, kehidupan kita, selagi kita tak berserah diri kepada Allah, Rabb dan Ilah kita. Saya membaca buku dengan tajuk di atas, kerana ia mampu meyakinkan saya, bahawa cinta mempunyai haknya yang tersendiri. Kalau seseorang itu Allah izin belum berjumpa lagi dengan dirinya yang lagi satu (baca: soulmate), ada banyak sirah tentang singles yang masuk syurga dgn rahmat Allah..

Cinta itu fitrah. Usah malu membincangkannya, memberitahu keperluannya kepada diri.

Fasa penting jatuh cinta, ialah memposisikan cinta. Meletakkan ia di tempat yang betul.

Hidup, mesti berani menyatakan kemahuan.

Wednesday, July 23, 2014

Merapu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 23, 2014 0 komen best

1. Kenduri kahwin
Untuk minggu depan, bermula raya ketiga, keempat, kelima dan seterusnya, saya telah menerima..... 14 jemputan kahwin! *Clap clap clap tepuk tangan cewah*

Eh. Silap. Jemputan walimatuluruss..

2. Daripada 14 jemputan tu, salah seorangnya ialah housemate saya.

Menerima jemputan kahwin yang banyak membuatkan orang bertanya dan saya juga bertanya kepada diri sendiri-aku bila plaak?

Jawapan masih sama macam tahun lepas: hujung tahun.

3. Kehidupan setelah bekerja amatlah monotonous kalau xada program.

Seelah sekian lama saya x jogging mahupun pergi rekreasi. Rasa macam dah tua dah ni. Nenek ikin.

Monotonous macam sekarang lah baru merasa nak baca buku. Dulu ko komplen xdek masa nak membaca kan kin? Haa.. sekarang kau hadam dan hadap buku tu semua. Xhadam siap!

4. Buku
Dah lama dah request buku poetry. Tak dapat. :3
Saya rasa saya ni seorang yang bibliophile. Gilakan buku. Semasa di utara dulu, saya sentiasa meminjam (baca:menyimpan+menjerukkan) buku dan memastikan ia berada di rak buku saya-supaya saya rajin ke library untuk memulangkan buku apabila tamat tempoh dan kemudiannya meminjam lagi yang baru.

Sekarang dah tak ada library. Tak thrill lah bila ada buku sendiri. Rasa malas nak baca. Fehfehhh lah ikin ni.

Sekian.

Monday, July 21, 2014

Life is hard.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, July 21, 2014 1 komen best

As hard as rock.

Eh tak. Sebenarnya membuat pilihan dalam kehidupan adalah lebih berat dari segala batu yang ada.

As for now.. my clients are having hard time to choose Medic in Egypt or in Turkey.

Sebab kat Turki, mereka perlu menduduki pengajian dalam bahasa Turki dan statusnya masih xconfirm selagi pelajar xmelepasi ujian kelayakan kemasukan kr uniersiti-entrance exam. Kos pengajian semurah 1500 USD, setahun.

Mesir-is a straightforward option. Confirm dapat masuk universiti, asalkan result SPM layak. Tapi, yuran pengajian semahal 8000 USD (RM27000) setahun dan berisiko tak dapat tajaan/pinjaman. Pengajian dalam bahasa Inggeris.

Welcome to real life, adik-adik.

Sunday, July 20, 2014

Life event

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, July 20, 2014 0 komen best

Kadang-kadang facebook mampu membuat saya berasa menyampah dengannya.

Most of the time, saya merasa amat sakit hati kalau dapat tahu life event seorang sahabat yang saya sangat kasih, anggap dia rapat, even satu circle, hanya melalui facebook.

Apa gunanya kau ngan aku jumpa tiap-tiap minggu, tapi aku dapat tahu jemputan kahwin tu melalui facebook?

Ni adab bersahabat ke weii??

Betul-betul geram. Dah dua tiga kali dah kena macamni.

Saturday, July 19, 2014

Luka.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 19, 2014 0 komen best
Dia adalah seorang perempuan yang terluka
yang hatinya tersayat
kerana cinta

Dia mencintai lelaki biasa
Yang mengetuk pintu hatinya
Yang kemudian masuk
Dan dia tidak mampu
membiarkannya pergi
lama lama
jauh jauh

Duka kecil itu,
Simpan dalam hati,
Sampai lupa,
Sampai sembuh,
Sampai mati.


Friday, July 18, 2014

Chikin, the scary SV

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, July 18, 2014 0 komen best

Di tempat kerja, saya diberi tugas memantau pelajar LI.

Melatih orang lain, adalah sesungguhnya sangat menguji. Bukannya sebab saya cepat marah, short tempered, atau susah, tapi sebenarnya ia merupakan cermin besar di tempat kerja. Kalau saya jaga akhlak baik, maka dia pun akan jaga akhlak. Kalau saya haru biru, nanti dia pun dengan mudah tak menjaga etika kerja sebab tersalah anggap, bila saya buat salah maka perkara itu betul.

Sejujurnya, adik2 yang datang untuk LI terlalu lurus dan rigid kepada arahan. Saya sudah melalui 3 fasa/sesi melatih pelajar latihan industri dari pelbagai tahap, kebanyakannya tidak mampu/tidak dapat untuk berfikir lebih. Saya tidak tahu sama ada pihak kementerian pengajian tinggi pernah menjalankan kajian kepada graduan mereka atau tidak.

Mendapat tugasan macam ini mengajar saya sesuatu.

Natijah kepada sesuatu tugasan, bukanlah agar orang lain berpuas hati dengan kerja kita, sebab sampai bila pun kita takkan dapat puaskan hati orang. Ia lebih kepada peningkatan dalam diri kita, sama ada kita mampu menjadi pelatih yang soleh atau tidak, menjaga dan grooming bakal graduan ini seperti adik2 sendiri.

Kalau di-compile-kan semua bebelan saya kepada adik2 LI, dah boleh buat buku dah. Cara tulis logbook, etika pakaian, tips hantar resume, teamwork, menurut arahan, jana sikap proaktif..yadayadayada etc bla3.

Untuk orang2 LI sekalian: jangan tulis logbook semata2 untuk supervisor semak. SV xbaca pun sebab SV banyak kerja. Dan perbuatan tu xmendatangkan faedah kepada anda. SV lebih nak tahu kalau anda belajar perkara baru, dan berminat untuk mengetahui benda baru dalam bekerja.

Sekian dari SV anda yang sedang belajar untuk menjadi SV daripada adik2 LI.

Wednesday, July 16, 2014

Bercampur

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 16, 2014 0 komen best

1. Blogger Layout
Baru-baru ni blogger layout saya telah rosak dek kerana editor asal blogger layout tersebut tidak lagi aktif menatarias blog orang. Akibat daripada itu saya belum lagi berjumpa blogger layout yang cantik dan sesuai dengan jiwa saya. Untuk setakat sekarang, biarlah ia macam ini. =_="

2. Kerja
Hari demi hari saya semakin stress dengan kerja. Tapi masih hidup dan bernafas. Mungkin aaya sedang menghadapi hari-hari sukar bekerja.

3. Master.
....

4. Lapar
Saya berada di wisma putra sekarang untuk urusan kerja, endorsement dokumen. Biasanya menunggu di wisma putra mengambil masa satu jam atau lebih, jadi saya menulis sekejap menggunakan android. Tapi di wisma putra ni kenapatah bau nasi lemak + nasi kerabu, lapar jadinya saya :3

5. Ramadhan dan Palestine
Hampir setiap ramadhan, saudara kita di Palestine dibedil. Setiap bedilan menjadikan merka semakin kuat sedangkan di pihak lagi satu melemah.. sama2 kita menyumang dengan apa yang kita aa. Doa, kewangan, menyebarkan kesedaran.

6. Facebook
Sejak bulan 4 saya berazam untuk kurangkan menulis di facebook dan mengurangkan kadar masa membelek facebook. Supaya saya menulis lebih di blog. Semoga berjaya~

Nombor giliran saya sudah dipanggil. Kbai~ Salam Ramadhan :)

Saturday, July 05, 2014

Membuka hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, July 05, 2014 0 komen best

It is the very first time I feel this way.

Selalunya kita akan rasa macam endah tak endah dengan ilmu baru yang kita dapat. Setelah sekian lama, tiba-tiba saya rasa terkilan kerana tidak lagi teruja dengan perkara baru yang saya dapat. Saya tak faham dengan perubahan ini, ia sebenarnya perkara teruk yang berlaku dalam diri saya.

Mungkin saya merasakan kemudaan ini menyebabkan hidup terasa panjang dan fasa-fasa kehidupan seterusnya adalah kaku, serata dan monotonous.

Penyakit ini, adalah mungkin kerana saya telah kesasar atau kabur dalam memaknakan hidup.

Dan setelah sekian lama, alhamdulillah, mengambil masa menjelaskan kembali kenapa kita hidup, menyegarkan kembali jawapan kepada tiga persoalan utama; dari mana kita datang-kemana kita akan kembali-untuk apa kita dihidupkan; tanpa ragu ragu kekaburan yang dialami hilang.

Ilmu bukan didapatkan dengan saja-saja. Kalau Allah tak izin ilmu itu mengetuk jiwa kita agar terus hidup, maka kita akan mati sebelum izrail menjemput kita kembali.

Pergi majlis ilmu, kena buka hati. Tadah jiwa, agar disiram kemanisan ilmu.. duduk sebelah orang yang tidak lena, mencatat setiap ucapan dgn penuh kerendahan hati.

Buka hatimu, kin!

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea