Wednesday, March 28, 2012

masih tidak tahu kenapa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 28, 2012 2 komen best
Pernah, jiwa ini rasa tenang, setenang-tenangnya.
Dan kadang-kadang menangis tanpa punca.

Rasa macam ingin lari dari dunia.

awak pernah rasa macamtu tak?

kenapa ya?

sangat bingung, rasanya.

Tuesday, March 27, 2012

motivasi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 27, 2012 0 komen best

Motivasi, bukan rotibasi.

Hari ini saya dapat satu ilmu baru dalam memimpin. Rupanya, salahsatu kemahiran penting yang mesti ada pada ketua ialah bijak memberi motivasi. Kadang-kadang yang memerlukan motivasi itu mungkin bukan daripada kalangan anak buah, tetapi juga ketua-ketua lain yang seangkatan. Ada kalanya orang atasan kita pun memerlukan motivasi. Dan biasanya, anak buah juga perlukan suntikan motivasi untuk bekerja dan bersama-sama melaksanakan kerja.

Motivasi, menurut Abang Raja Shamri, adalah gabungan motif dan visi. Matlamat perlu dijelaskan kembali, Visi yang hendak dicapai perlu dicerahkan semula, menurut senior berbangsa Cina saya yang bernama Choong Choon Lai. Kita jadi tak jelas dengan gerak kerja kerana lesu dan tak bermotivasi, akibat ketidakjelasan kepada matlamat.

Motivasi terbaik bagi mukmin ialah Allah, tak ada yang lain. Al-Qur'an pula penuh dengan kata-kata motivasi, dimana Allah menggarapkan bagaimana sifat-sifat orang yang berjaya dan diangkat sebagai tetamu syurga. Al-qur'an juga menggariskan sifat-sifat orang yang rugi. Semua itu motivasi dan guideline, bagi orang yang membaca dan beramal dengannya.

Dan, jangan lupa, saat berkata-kata, banyakkan memohon agar Allah melancarkan ucapan kita dan mengurniakan kekuatan kepadanya agar terus yakin bahawa kebaikannya akan terbalas dengan manfaat besar.. Setiap daripada kita akan teruji hatta dengan kata-kata sendiri, maka jangan lupa memohon agar Allah menjaga kita dari segala fitnah dan aib..

Mintalah kekuatan, kepada Yang Memiliki segala kekuatan!

Monday, March 26, 2012

sedia.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 26, 2012 0 komen best
bekalan apakah yang ada, untuk hidup di alam satu lagi, untuk selamanya?

bekalan semasa sendirian, adakah cukup untuk kehidupan semasa sudah berdua?

Serius. Malu rasanya.

Monday, March 19, 2012

craving for one fine day

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, March 19, 2012 0 komen best
Everyday since several months ago, i think i've been struggle hard to live just a one fine day. Please, just one. Bukan mengeluh, bukan. Tapi hampir setiap hari saya end-up begini, menemui satu hari apabila malam mula melabuhkan tirai. Namun, saya menemui satu pengertian bermakna: "Tak semua hari yang baik itu adalah hari yang kita tersenyum setiap waktu. Kalau kita kenal erti syukur, pasti, setiap detik itu sangat bermakna!"

Masih tringat, saya pernah sibuk macamni masa semester dua (atau semester tiga, tak ingat). Kemudian saya minta kat Allah, berikan saya kelapangan waktu. Bila Allah makbulkan, saya end up lalai dan 'pause' dalam jangkamasa yang sangat lama!

Saya lebih bersyukur dikurniakan kesibukan daripada diuji kelalaian. Masya-Allah, sesungguhnya, saya sangat tidak mampu diuji kelalaian.

Sewaktu lalai, hanya diri sendiri dan Allah saja yang tahu kondisi iman dalam jiwa ni macammana. Setiap kerja menjadi tak berhasil, banyak kerja tak menjadi.

Sekurang-kurangnya, waktu sibuk, Allah benar-benar membantu jiwa ini bangun dan terus bekerja dan bergerak, merasa diri ini hidup dan bermakna.

Saya selalu berpegang dengan kata-kata ini;
"bila jiwa kuat, manfaatkan diri sebanyak-banyaknya yang termampu, dan bila jiwa lemah, gunakan sebanyak-banyaknya untuk muhasabah".

Sunday, March 18, 2012

Management Science

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, March 18, 2012 0 komen best
Salahsatu subjek penting untuk dipelajari seorang logisticians & future managers ialah Sains Pengurusan, atau dalam bahasa jawa dipanggil 'Management Science'. Pada saya, science itu seni, dan hanya dapat ditangani oleh orang-orang yang menghayati.

Dalam subjek ini, ada banyak method yang dipelajari dalam pengurusan yang digunakan untuk membuat keputusan. Keputusan dibuat berdasarkan forecast dan berkait-kait dengan masa depan. Ia bukan subjek yang tak pernah dipelajari, cuma sebelum ni subjek ni wujud dalam bentuk topik ringkas dalam managerial maths dan juga subjek matematik semasa di matrikulasi. Cumanya subjek ini sedikit upgraded dan sangat terperinci.

Sekarang ni saya dah beberapa kali termenung dan berjam-jam memikirkan resolusi kepada masalah dalam buku teks SM.

Abah selalu kata: 'semua yang kita belajar, semua ilmu Allah. Minta, dan Dia akan kabulkan".

Yakin, Allah Maha Tahu. Aneh dan marvellous bila Allah tentukan hukum alam ini berulang-ulang supaya ia mudah diteka oleh sang hamba yang lemah. Dan trend dunia sangat terhad supaya ia mudah difahami.

No wonder la bila Allah berkata bahawa bagiNya, dunia ini not even worth dengan sebelah sayap seekor lalat.

p/s: entri ini ditulis sebagai motivasi nak belajar ilmu yang dirasakan sedikit sulit. Moga kita bersungguh-sungguh nak tagih cinta Allah melalui ilmuNya.

Saturday, March 17, 2012

Youth

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, March 17, 2012 0 komen best
Kemudaan telah berlalu dan usia menggantikannya dengan pengalaman dan kematangan.

Minggu ini, DPP Petronas telah menganjurkan program Eksplorasi Ilmu di Menara Gading. Program ini merupakan kunjungan balas SK Bekuai kepada DPP Petronas yang telah menjalankan program Bakti Siswa pada Januari lalu. Secara ringkasnya, program ini merupakan program motivasi untuk pelajar darjah enam SK Bekuai yang energetic!

Saya dimaklumkan yang program ini dirancang kerana anak-anak ini tidak ada tumpuan dalam belajar dan hilang semangat. Hanya beberapa orang sahaja yang lulus kesemua matapelajaran dalam peperiksaan baru-baru ini. Ada juga yang datang sekali seminggu ke sekolah. Pada zaman kanak-kanak saya, hal tidak datang sekolah seperti itu adalah rare dan terpencil.

Mereka masih kanak-kanak. Masih sangat energetic. Masih boleh dilentur. Masih perlukan perhatian dan belaian.

Dua hari dengan adik-adik ini, mereka sangat super active. Lompat sana, panjat sini, sekejap begitu dan kadang-kadang begini. Syakira, kakak fasi, sampai pucat muka selepas mengendalikan satu slot. Kami yang fasilitator pening kepala dengan kerenah adik-adik ini. Kami sudah lupa bagaimana nakalnya kami dulu. Mungkin juga kami dulu semuanya sopan belaka, jadi kami mati akal dengan adik-adik ini.

Nakal itu biasa. Mereka sedang belajar. Potensi mereka masih belum digilap. Perjalanannya masih panjang dan jauh.

Kemudaan mereka adalah anugerah, dan saya yakin, mereka akan menjadi bunga dan madu untuk ummah, suatu masa nanti. Moga Allah jaga adik-adik ini, dan memandu kehidupan mereka berlandaskan deenNya.

Wednesday, March 07, 2012

Minggu ketiga

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, March 07, 2012 0 komen best
Masih dalam mode berjuang. Masih hidup bermakna masih berpeluang untuk memanjangkan ubudiah dan bermanfaat kepada orang lain.

Sekarang sudah minggu ketiga semester keenam. Masih berbaki 12 minggu lagi. Tak ada seharipun dalam semester ini yang dirasakan normal, namun alhamdulillah, penyusunan Allah masih yang terbaik. Masih makan, masih tidur, masih bernafas dan masih beriman. Kalau tak bersyukur juga, taktahulah nak jadi apa.

Subjek HRM sudah meminta tugasan, subjek Research Method perlu fikir tajuk tugasan, Inventory Management pinta dihadam, Science Management perlu difahami, Bahasa Thai mesti praktis dan Maritime Management mesti beli kapal.

Rasanya jelas, semester ini saya akan berusaha memahami setiap ilmu baru yang dipelajari. Faham dan hadam, untuk menjadikannya bermakna.

Sudah minggu ketiga, dalam masa yang sama, sudah bulan ketiga untuk tahun 2012. Berbaki lagi 7 bulan untuk himpunan 1K.

Saya inginkan musim bunga itu ada.

"hidup tanpa berjuang, ibarat 4 musim tanpa musim bunganya".- Khalil Gibran.

Friday, March 02, 2012

sadness

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, March 02, 2012 0 komen best
Our heart always filled with sadness, until we know who we really are.

To know that we are slaves is gratefulness.. tak semua orang tahu bahawa dia hamba kepada satu Tuhan. the one and only, Allah.

Actually what made me really sad today is the feelings of not chosen by Him.. just imagine theres a mawlid program in MASDAR today, and i already arrive at MASDAR on time, you see.. even earlier than the speaker.. The best thing to go to programs is the bi'ah solehah i can't find it anywhere else especially in UUM.. And what happen just before the talk start is that i have to go back to UUM on the dot for some critical reason.

So what i did today was presenting... doing the presentation as the representative of the club, with this painful heart.. the feelings of unselected.

I can't blame anyone else but myself. 

If you have time to be kind, please do so.. Sebabnya, bila kita berada dalam keadaan baik dan kebaikan pun merupakan satu rahmat Allah, apabila Allah memilih kita untuk berada dalam keadaan itu.

At this time, i realized, the word 'sadness' itself is sad.

"kesedihan yang datang, tak akan selamanya
begitulah selepas susah ada kesenangan..
jangan difikir derita akan berpanjangan
kelak akan membawa putus asa pada tuhan 
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan 
setelah kabus berlalu..pasti cerah kembali.."

so the key to this sadness is PATIENT. And think about how close we are to the end.

Thursday, March 01, 2012

belajar mendengar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, March 01, 2012 0 komen best
Mendengar itu satu kelebihan kurniaan Allah. Namun tak semua orang suka mendengar.

Deria mendengar saya akan kurang apabila ia tiba kepada manusia yang saya kurang suka, atau topiknya saya tidak gemar. Saya tak suka topik tentang sukan, jadi, bila si penggila sukan buka topik dan open table, saya buat dono dan muka toya.

Bila sampai satu masa dalam hidup ni, kita akan mula kena belajar mendengar dan menjadi pendengar yang baik, walaupun orang yang bercakap itu tak disukai, atau topiknya membosankan bagi kita. Ia jadi satu tanggungjawab, satu tugas. Malah, kadang-kadang perlu mengorbankan pendapat sendiri dengan diam..hanya untuk memenangi keadaan.

Manusia suka kata-katanya didengar. Saya sendiri merasa puas kalau pendapat saya diterimapakai, rasa dihargai. Jadi, saya juga perlu memulangkan keadaan itu kepada orang lain. Jadi semakin hari, semakin banyak masa yang perlu diluangkan untuk mendengar kata-kata orang. Mendiskusikan pendapatnya. Merealisasikan impian. Memberikan harapan dan janji.

Seorang ayah banyak meluangkan masa mendengar kemahuan anak-anaknya dan ditambah lagi dengan leteran isteri. Seorang cikgu perlu meluangkan masa melayan keletah dan cerita anak murid. Seorang ibu harus melayan cerita anak-anak tentang sekolah, tentang kawan, tentang belajar dan permainan-permainannya. Seorang doktor mesti setia mendengar kata-kata setiap pesakitnya. Peliknya, seorang kaunselor mesti mendengar kesemua setiap patah kata sang klien dengan penuh taat!

Saya manusia, saya juga ada hadnya.

Tapi Allah tidak ada had. Telah sekian lamanya, Allah menjadi tempat untuk hamba mencurahkan segala harapan, menghamburkan kepahitan, meluahkan kesakitan, memohon kemanisan dan meminta kejayaan. Benar, Allah Maha Mendengar.. segala keluhanmu, tanpa ada birokrasi, ia telah sampai kepada Allah secara automatik. Allah Maha Kekal..

Saya hanya ada dua telinga. Dan dua tangan. Saya tidak akan dapat mencukupkan keperluan orang, sebabnya, hatta keperluan saya sendiri dipenuhi Allah. Jangan minta pada hamba. Mari kita sama-sama minta pada Allah.

iya, hati pening dan otak celaru itu tandanya kita benar-benar hamba yang lemah.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea