Tuesday, March 27, 2012

motivasi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, March 27, 2012

Motivasi, bukan rotibasi.

Hari ini saya dapat satu ilmu baru dalam memimpin. Rupanya, salahsatu kemahiran penting yang mesti ada pada ketua ialah bijak memberi motivasi. Kadang-kadang yang memerlukan motivasi itu mungkin bukan daripada kalangan anak buah, tetapi juga ketua-ketua lain yang seangkatan. Ada kalanya orang atasan kita pun memerlukan motivasi. Dan biasanya, anak buah juga perlukan suntikan motivasi untuk bekerja dan bersama-sama melaksanakan kerja.

Motivasi, menurut Abang Raja Shamri, adalah gabungan motif dan visi. Matlamat perlu dijelaskan kembali, Visi yang hendak dicapai perlu dicerahkan semula, menurut senior berbangsa Cina saya yang bernama Choong Choon Lai. Kita jadi tak jelas dengan gerak kerja kerana lesu dan tak bermotivasi, akibat ketidakjelasan kepada matlamat.

Motivasi terbaik bagi mukmin ialah Allah, tak ada yang lain. Al-Qur'an pula penuh dengan kata-kata motivasi, dimana Allah menggarapkan bagaimana sifat-sifat orang yang berjaya dan diangkat sebagai tetamu syurga. Al-qur'an juga menggariskan sifat-sifat orang yang rugi. Semua itu motivasi dan guideline, bagi orang yang membaca dan beramal dengannya.

Dan, jangan lupa, saat berkata-kata, banyakkan memohon agar Allah melancarkan ucapan kita dan mengurniakan kekuatan kepadanya agar terus yakin bahawa kebaikannya akan terbalas dengan manfaat besar.. Setiap daripada kita akan teruji hatta dengan kata-kata sendiri, maka jangan lupa memohon agar Allah menjaga kita dari segala fitnah dan aib..

Mintalah kekuatan, kepada Yang Memiliki segala kekuatan!

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea