Monday, June 27, 2011

Puisi dari Gembala Rindu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 27, 2011 2 komen best
Ini adalah senaskhah kesedihan yang aku kirimkan 
melalui jiwaku yang dipenuhi dukacita kepada sebuah jiwa yang lain
Sesungguhnya kau telah berhasil 
menghancurkan belengguku dan meraih kemerdekaan. 
Sudah bertahun aku mengikat tali cintaku tanpa makna. 
Sudah bertahun malamku berlalu dengan menghubungi Maha Pencipta 
di dalam persembunyianku yang ditemani oleh keangkuhan dunia. 

Kau juga adalah penyembuh bagi semua yang salah pada diriku namun saat ini, kau juga adalah penyakitku. 
Kau seperti mahkota yang dibuat untukku, tetapi menghiasi insan lain. 
Kau adalah syurga, aku yakini itu. Namun aku tidak menemukan kunci untuk membuka gerbangnya. 
Kau ibarat seperti seorang pencuri yang sedang bergembira atas apa yang dicurinya. 
Kau mencuri segala jiwa dan cinta yang ada. 

Jalan cinta sejati hanya dapat ditempuhi oleh mereka yang siap untuk melupakan diri mereka. 
Demi cinta, kesetiaan harus dibayar dengan darah dari jantung kita, dari ketenangan jiwa kita 
Jikalau tidak, cinta kita tidak bererti apa-apa. 

Maka, biarkanlah cinta kita menjadi pelindung rahsia-rahsia kita. 
Biarkan kesengsaraan yang dibawa oleh cinta membelah jiwa. 
Marilah kita berjalan menuju kepadaNya, menghadap dan bersujud. 
Memalingkan wajah kepadaNya, memberikan segala jiwa kepadaNya.  
Dengan membawa cinta sejati yang tidak akan pernah mati,
kerana cinta buatNya akan kekal abadi. 

Salam dari Gembala Rindu, Wali.

~~Dari Kitab Cinta.

Puisi ini dituliskan watak Wali kepada Mustika sebaga balasan kepada surat Mustika yang memberitahu perasaannya dan menanti jawapan Wali.

Kitab Cinta adalah drama yang ditayangkan di TV alHijrah pada setiap Rabu-Jumaat, 8.30 malam. Ia merupakan sebuah cerita adaptasi novel "Kitab Cinta Yusuf & Zulaikha" karya Taufiqurrahman el Azizy. Menurut perspektif Islam sebenar, ia tak sesuai ditonton bagi adik-adik yang baru 'nak naik' dan belum bijak menilai.. Saya pernah membaca karya Taufiqurrahman el Azizy, Syahadat Cinta namun ada beberapa percanggahan hukum dalam penulisan Taufiqurrahman.. contohnya, pengharaman foto dan adab pergaulan lelaki perempuan. Apabila bertanyakan pendapat orang, saya disuruh berhati-hati menilai pembacaan, dan sebaik-baiknya menghentikan pembacaan jika ia boleh menjejaskan aqidah. (Terdapat ramai penulis yang mempunyai fahaman yang menyasar dari Ahlul Sunnah wal Jamaah, jadi pembaca perlu bijak menganalisa dan menilai dengan ilmu).

Kalau dinilai drama Kitab Cinta setakat 8 episod ini, terdapat beberapa nilai yang kurang menyenangkan, contohnya, hukum hudud yang dilaksanakan seperti terlalu keras, padahal hukum yang sebenar hanya akan dijatuhkan dengan adil setelah disiasat dengan teliti. Saksi kepada kes juga mestilah orang yang dipercayai imannya, bukan sesuka hati main ambil je orang munafik jadi saksi. Kelemahan inilah yang mampu membawa fitnah kepada Islam, nauzubillah. 

Menilailah dengan bijak. Islam tidak pernah cacat dan tempang.

Sunday, June 26, 2011

Ketegasan Muslim Beriman

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 26, 2011 2 komen best
Apabila iman menjadi paksi, akhirat berada di jiwa dan dunia di tangannya.

Seorang Muslim itu, jika dia benar-benar mengenal apa yang diimaninya, pasti, dia akan berusaha menegakkan keimanan itu biarpun yang lain sedang runtuh. Kerana iman itu adalah maruah di hadapan Allah.

Cuba lihat, Muslim yang tegas tidak pernah dibiarkan Allah begitu sahaja dalam urusannya. Dia mendapatkan kekuatan dengan mengharungi ujian, mendapatkan kelancaran daripada kesulitan, berusaha bangun daripada mehnah dan tribulasi, menganggap kejatuhan akan membawa kebangkitan yang lebih besar. Tidak ada nikmat yang lebih besar berbanding nikmat ini, nikmat beriman.

Tegas menjaga aurat, tegas menjaga pergaulan, tegas menjaga waktu, tegas mengendalikan urusan. Ketegasan ini datang dengan keyakinan bahawa Allah ada untuk memudahkan segalanya, sekalipun ketegasan itu mampu merosakkan hubungan orang lain kepadanya.

Seorang Muslim akan lebih dipercayai apabila dia menjaga urusannya dengan Allah.

Biasanya bukan Muslim di negara kita faham bahawa seorang muslim mesti solat dan puasa. Pergaulan dengan ramai teman bukan Muslim mendedahkan saya kepada persoalan "kenapa ada Muslim yang tak bersolat dan tak jaga aurat".

Sayang, kerana ada orang tak bersolat di tempat kerjanya kerana bimbang bos marah atau takut kena buang kerja, sedangkan menegakkan hak allah itu adalah sesuatu yang mulia.

Mari kita berfikir, bagaimana mahu melepaskan diri daripada tali-tali yang membonekakan kita kepada sistem hidup yang rosak ini, mencari sistem syumul yang mendekatkan kita hanya kepada Allah.

Jadilah Muslim yang tegas menjaga iman dan amalan, semoga Allah menilai ini sebagai amal soleh. (pesanan untuk diri yang lemah menjaga ketegasan dalam apa jua perkara).

Wednesday, June 22, 2011

Old Couples.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 22, 2011 6 komen best
Seperti yang anda maklum, saya sekarang bekerja di sebuah kedai home deco di Nilai 3.

Hampir setiap hari kedai ini dilawati oleh pasangan yang sudah berumahtangga.. sebab kedai jual barang-barang rumah jarang dilawati orang muda yang belum ada rumah sendiri.. Apa yang saya perhatikan, most of the man (precisely, the husbands) memang sepakat dan sayangkan isteri mereka.. ingin berkongsi dan mahu memenuhi kehendak isteri, walaupun penat dah mengangkat barang-barang shopping yang lain. Lagi, entah mana nak letak almari kabinet serta set pinggan yang beli dari kedai ni. Kadang-kadang mereka sendiri tak faham kenapa isteri nak beli bunga sedangkan tak pandai gubah.

Ada tu yang datang seorang diri kali pertama kemudian datang lagi bawa isteri, sebab tahu yang si isteri sukakan apa yang dilihatnya. Tak ada perkataan yang boleh saya ungkapkan selain "sweet".

Perempuan, suka beli. Semuanya nampak cantik di mata, sambil membayangkan space yang mana kat rumah yang belum diisi. Lelaki, kalau bising-bising kat isteri pun, at last, bayar jugak.~~

Well, bukanlah harta benda yang para suami nak sangat bagi kat isteri, dan, bukan sebenarnya mengizinkan isteri beli bunga dan pasu banyak-banyak itu yang benar-benar dia mahu.. tapi, ingatan suami pada isteri, dan rasa ingin memberi penghargaan.. rasa cinta, itulah yang sebenarnya ada dalam hati mereka..

Suka, bila tengok pasangan tua. Mereka selalu sekata dan sepakat.. Walaupun kadang-kadang, perangai customer memang macam-macam.. :P

Tuesday, June 21, 2011

he is marvellous

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 21, 2011 0 komen best
He is the most optimistic man in my world.
The most cheerful, caring, kind man on earth.

When I feel hopeless & fears, for not knowing what to do for exams, he make me believe that Allah is the Most Powerful that allows me whether to catch up or not.

On my birthday he sang me birthday song that lighten me up. He simply doesn't care who am i. He make me feel like i am a winner even though if i am a loser.

When I tell him that my exam's result dropping, he says "alhamdulillah, you did it, girl!".. he smile, and laugh. He blessed me with everything..

My father is the most marvellous man in this life. He never put me down, and always pray the best for me. :D

The most lovely thing abah describe me is that i am a good daughter. The most terrible thing he said about me that i am slow. :P

p/s: if i am about to look for a man to get married, i would like to find someone who has strong imaan, strong physical, mind & soul. Just like my dad. ^_^

**selamat hari bapa, abah :D

Monday, June 20, 2011

Penonton, penumpang dan kepuasan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 20, 2011 5 komen best
Alangkah malangnya kalau dalam hidup ni kita cuma menjadi penonton dan penumpang sahaja. Dan, lebih malang lagi kalau kita sibuk merasa puas menjadi penonton dan penumpang yang pemalas dan tak berguna.

Penonton
Menjadi penonton dan pemerhati adalah dua perkara berbeza. Penonton adalah perbuatan melihat sesuatu dan menikmatinya, tidak teliti dan secara suka-suka. Sedangkan pemerhati melihat sesuatu dengan teliti, mengambil nilai yang boleh ditelusuri dan mengenalpasti apakah yang boleh dikupas daripada apa yang dilihat.

Masih teringat pesanan seorang sahabat; "Seorang Muslim itu tidak melakukan sesuatu dengan saja-saja". Jadi, adalah lebih baik jika kita menjadi pemerhati berbanding menjadi penonton saja-saja.

Penumpang
Menjadi penumpang dan pemandu juga adalah dua option yang jauh berbeza, walaupun menaiki 'kenderaan' yang sama menuju ke tempat yang sama. Penumpang selalu tidur, tapi pemandu selalu jaga. Mencari jalan dan haluan, agar dapat memandu dengan selamat dan 'cermat'. So, kalau jadi penumpang sekalipun, jadilah penumpang yang memerhati dengan teliti apa yang ada sepanjang perjalanan.

Kalau jadi 'pemandu', jadilah pemandu yang tak mementingkan diri.. pemandu yang membuka ruang dalam kenderaannya untuk ditumpangi.. Kata seseorang, jadilah orang, yang kejayaannya membolehkan Islam menumpangnya.

Kepuasan
Ketika berbual-bual dengan teman-teman, muncul persoalan 'kepuasan' dalam hidup. Ada orang puas dapat mendaki segala gunung yang ada atas muka bumi. Ada orang sanggup menyakitkan diri melukis tatoo di seluruh badan kerana ingin merasa puas. Ada orang sanggup membeli belah dan menghabiskan harta sebanyak-banyaknya kerana kepuasan, ada orang bekerja siang malam kerana gilakan rasa puas dalam hidupnya.

Persoalannya, apa sebenarnya kepuasan boleh bagi dalam hidup ni? Kalau kawan saya kata masak membuatkan dia rasa puas, yang lain pula kata membaca adalah kepuasannya. Kawan ayah saya sangat suka belajar sampai sijil degree berkepuk-kepuk, ambil dua-tiga bac. degree.

Saya belum jumpa lagi apa sebenarnya kepuasan dalam hidup saya. Mungkin saya sibuk merasa puas dengan apa sahaja yang ada dalam hidup saya, seperti kata Maher Zain dalam Awaken, "We didn't have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied".

p/s: harini ulangtahun saya ke 21. Doakan kebaikan untuk saya, ya. :)

Tuesday, June 14, 2011

bersyukur, masih beriman.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 14, 2011 1 komen best
Dalam hidup ni, bila hati dihimpit-himpit resah, kita terlupa nak memberitahu diri supaya bersyukur, kerana kita masih beriman.

Iman kita, kunci syurga.

Dalam dunia ni, tak ada kebenaran yang paling besar berbanding mengakui bahawa Allah itu Maha Memiliki segalanya. Menyedari bahawa kita masih beriman membuatkan jiwa rasa tenang dan hati kembali lega, kerana rasa syukur telah menyedarkan kita bahawa kita masih dalam pengawasan Allah, Allah sedang memerhatikan kita.

Sudah seminggu saya dilemma rasa sakit jiwa sampai rasa nak berhenti kerja dan merasakan bahawa saya perlu menyegerakan perkahwinan saya. (lihat, dilemma saya begitu parah). Saya merasakan yang dalam hidup ni tak ada ujian paling susah berbanding bila Allah uji part hati. Tapi, adakah berhenti kerja atau kahwin cepat boleh selesaikan masalah? Masalah saya sebenarnya, ialah masalah hati. Masalah iman lesu. Namun, bila tersedar bahawa Allah tidak pernah menguji untuk menjadikan kita lebih lembab dan lemah, rasa syukur, kerana masih beriman. Mungkin, bila kita terlalu fokus pada masalah, kita terlupa membelai jiwa kita dengan sentuhan iman. Menyegarkan kembali keyakinan, bahawa Allah mencintai kita.

Pernah juga, ketika menghadapi dua paper  'beracun' pada hari yang sama, saya menangis. Saya, seumur hidup ni tak pernah menangis kerana exam kecuali hari itu. Mungkin kerana rasa tak bersedia, resah, dan pressure. Namun, pada hari itu, Allah telah membuka hati ini, bahawa saya perlu bersyukur, saya masih beriman. Iman ini nilainya tidak sama dengan seribu juta cinta, dunia dan isinya. Dan, sekurang-kurangnya saya tidaklah sampai hilang akal atau berbuat sesuatu yang diluar jangkaan.

Mungkin dalam hidup ni, kita terlalu banyak fokus kepada masalah, sehingga kita terlupa mengucapkan alhamdulillah, syukur, bahawa Allah masih mengurniakan nafas untuk kita mengucapkan kalimah tayyibah dan menyedari hakikat keimanan itu lebih tinggi nilainya berbanding dunia yang kita kejar.

Keimanan ini, satu-satunya perkara yang tidak pernah membuatkan kita gusar dan resah berbanding kita risaukan dunia. Keimanan hanya memberi rasa cinta, rasa aman, dan rasa tenang.

Semoga Allah mengizinkan keimanan ini untuk terus subur dan mekar dalam jiwa. Kalaulah perasaan ini boleh diawetkan!

Monday, June 13, 2011

Rindu pada waktu yang takkan kembali

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 13, 2011 2 komen best
Manusia suka mencari apa yang tidak ada dalam hidupnya. Namun apabila waktu itu telah tiba, dia melepaskannya dengan sia-sia. Anehnya, dia akan merindui masa yang sia-sia itu.

Kadang-kadang saya memarahi diri, apakah natijahnya membuang masa yang ada untuk memanggil kembali kenangan yang ada. Ia hanya membuatkan diri merasa kecewa dan sedih.

Kita selalu merasakan kita yang dulu lebih baik daripada kita yang hari ini, sedangkan pada masa depan kita pada masa ini lebih baik daripada msa depan tersebut. Ia berlaku berulang-ulang, sebab kita rasa macam tak pernah improved.

Sekarang, menjadi pelajar kampus menyebabkan saya rindu zaman persekolahan. Zaman bekerja kelak akan membuatkan saya rindu zaman berkejaran ke kuliah. Pada masa saya berumahtangga saya akan menyebut-nyebut tentang waktu bujang, dan apabila sudah tua, saya akan mengenang apakah yang telah saya lakukan pada waktu muda.

Sebenarnya, saya rindu UUM. hehe :P

Nampak sangat tak menghargai waktu cuti.

Wednesday, June 08, 2011

Hati kosong, tak ada apa nak kongsi-- just for display

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 08, 2011 0 komen best
Setiap hari saya menghadap layar ini dengan hati yang macam-macam nak kongsi. But it turns out to be half written and shut down.

Saya baru sahaja memulakan kerja di sebuah kedai yang anggun milik jiran saya. Mungkin sebab menghadap benda-benda kaku membuatkan saya kaku tak berfikir.. bunga-bunga yang ada dalam kedai pun semuanya bunga plastik, tak nikmat dipandang walaupun cantik..

Walaupun rasa macam takde manfaat je tengok bunga tu, sebenarnya ada hikmah.. saya perhatikan, kalau bunga matahari digubah hanya dengan bunga matahari je, tak menarik.. lama-lama jadi jemu.. tapi kalau ia digubah dengan bunga-bunga lain yang berlainan warna, ia nampak sangat colourful dan cantik. Tapi.. tengok keadaan juga.. Allah jadikan bunga bukan untuk 'just for display', tapi untuk mengindahkan lagi sesebuah tempat yang kosong dan tak menarik. Allah jadikan bunga,untuk dinikmati dan difikirkan kebesaranNya.

(Maknanya, hati saya yang kosong ini perlu dihiasi dengan warna-warna yang baik,supaya dapat merasa bahagia, kan?)

Bunga yang manusia buat, kumbang pun tak ingin nak hinggap~~

Ini entri analogi fikir sendiri. Semoga Allah memandu diri kita sebaik-baiknya seperti yang dimahukanNya. amin.

Saturday, June 04, 2011

Doctor of the Soul.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 04, 2011 0 komen best
Banyak manfaatnya menonton TV alHijrah berbanding channel lain. Kalau boleh jangan tukar2 dah. Rasanya sepanjang menonton tu 'masyuk' je semua. Officially, since 29 Jamadilakhir bersamaan 1 Jun, alHijrah sudah mula bersiaran di Astro, saluran 114. Alhamdulillah. Ramai juga sebenarnya pengguna Astro yang sebelum ni tak berpeluang menonton alHijrah, sebab tak tahu pun kewujudan channel ni.

Saya ingin berkongsi sedikit dapatan daripada The Deen Show. Saya ingin berpesan, bahawa anda semua mesti memegang pen dan buku nota untuk mencatat apa yang diperoleh daripada TV alHijrah. Ilmu yang bermanfaat, insyaAllah.

The Deen Show mengetengahkan beberapa point hujjah jika berhadapan dengan nonM. Hujjah untuk membuktikan kewujudan Allah. Pada masa yang sama, ia mengajar kita untuk merasa 'izzah (bangga & meninggikan) Islam.

1. Organisasi sel dalam tubuh kita sangat kompleks. Secara analoginya ia sangat tersusun dan teratur. Kalau orang 'Jawa' selalu menyebut "Rome isn't built in one night", Samalah juga dengan konsep tubuh manusia. Logik ke kalau organisasi kompleks ini tak ada pencipta?

2. Jika mesej yang dihantar dan dikomunikasikan dalam satu unit sel tubuh manusia boleh didokumenkan, ia memerlukan 900 buah buku ditulis dengan setiap satunya mempunyai 500 halaman. (Bukan setakat tulis buku, saya ni nak baca buku manhaj yang tak sampai 200 halaman tu pun tak habis-habis lagi.)


3. Manusia tidak pernah dapat mencipta satu unit sel yang berfungsi. Not even one.

Dua point lagi saya terlepas sebab ibu saya call.. Tapi anda bolehlah mengikuti lagi program TV alHijrah yang sangat special ini. Sebagai Muslim, kita patut berbangga dengan kejayaan ini, dan jika kita melihat kelemahan2 TV ini dalam menjaga 'apa2 yang tak dijaga'.. bolehlah bagi cadangan dan idea.. jangan tahu nak complaint & mengumpat je tanpa ada usaha menegur..

p/s: 'Doctor of the soul' yang dimaksudkan dari entri tajuk ialah da'ie, penasihat dan nasihat yang baik :)

Thursday, June 02, 2011

Perkongsian: Hidup Seperti Biskut.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, June 02, 2011 2 komen best
Ini blog saya yang ke 3. (Sebenarnya ada 1 lagi yang wordpress tapi tak berjaya dibangunkan sebab terlupa password dan e-mel mana satu yang digunakan. Maafkan saya, wordpress memang susah (ayat pemalas yang loser) )

Namanya; 'Hidup Seperti Biskut'.
Blog ini dibangunkan dengan tujuan yang lebih terarah berbanding blog utama ini, (.it is the best of times, it is the worst of times.), bermotifkan dakwah dan perkongsian.

Blog ni telah mula beroperasi sejak Oktober 2010, pada masa saya ingin berhenti menulis di blog sekarang. Well, blogger yang mana yang tak pernah hilang arah dalam menulis, kan? Sejujurnya saya selalu rasa malu dan takut menilai diri sendiri dalam penulisan, takut terlalu begini dan begitu, takut entah macammanalah nilaian Allah tentang tulisan saya.

Untuk cuti yang panjang kali ini, saya merancang untuk menghabiskan menelaah Manhaj Hidup Muslim. Membaca buku tarbiyyah bukanlah suatu task yang mudah, terutamanya bagi beginner seperti saya. Jadi Pakcik Rosdi menggalakkan agar saya menjadi active reader dengan menulis pencernaan saya. Wadahnya ialah melalui blog ini, insyaAllah.

Untuk permulaan, saya telah menulis pencernaan pertama di blog ketiga ini. Alhamdulillah.

Menulis sesuatu post tidak perlu panjang, kerana ia perlu dihadam sedikit demi sedikit. Semoga Allah permudahkan hajat ini.

Info:
  1. Blog kedua ialah nenanora.blogspot.com. Sebuah blog reflection untuk muhasabah, motivasi dan catatan. Seorang pengkaji mesti memiliki catatan peribadi perjalanan hidup. Blog ini di-privatekan, kerana semua blogger tahu bahawa tak semua perkara boleh dimuntahkan ke alam maya. 
  2. .it is the best of times, it is the worst of times. merupakan quotes dari Charles Dickens dalam bukunya, The Tale of Two Cities yang asalnya ialah  "it was the best of times, it was the worst of times". Kisah hidup Charles Dickens banyak diolah semula dalam novel ni. Saya suka dengan quote tu..~ :)
  3. Maksud 'Hidup Seperti Biskut' ada dinyatakan di post ini (klik)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea