Showing posts with label tarbiyah dari alam. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah dari alam. Show all posts

Monday, June 20, 2011

Penonton, penumpang dan kepuasan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 20, 2011 5 komen best
Alangkah malangnya kalau dalam hidup ni kita cuma menjadi penonton dan penumpang sahaja. Dan, lebih malang lagi kalau kita sibuk merasa puas menjadi penonton dan penumpang yang pemalas dan tak berguna.

Penonton
Menjadi penonton dan pemerhati adalah dua perkara berbeza. Penonton adalah perbuatan melihat sesuatu dan menikmatinya, tidak teliti dan secara suka-suka. Sedangkan pemerhati melihat sesuatu dengan teliti, mengambil nilai yang boleh ditelusuri dan mengenalpasti apakah yang boleh dikupas daripada apa yang dilihat.

Masih teringat pesanan seorang sahabat; "Seorang Muslim itu tidak melakukan sesuatu dengan saja-saja". Jadi, adalah lebih baik jika kita menjadi pemerhati berbanding menjadi penonton saja-saja.

Penumpang
Menjadi penumpang dan pemandu juga adalah dua option yang jauh berbeza, walaupun menaiki 'kenderaan' yang sama menuju ke tempat yang sama. Penumpang selalu tidur, tapi pemandu selalu jaga. Mencari jalan dan haluan, agar dapat memandu dengan selamat dan 'cermat'. So, kalau jadi penumpang sekalipun, jadilah penumpang yang memerhati dengan teliti apa yang ada sepanjang perjalanan.

Kalau jadi 'pemandu', jadilah pemandu yang tak mementingkan diri.. pemandu yang membuka ruang dalam kenderaannya untuk ditumpangi.. Kata seseorang, jadilah orang, yang kejayaannya membolehkan Islam menumpangnya.

Kepuasan
Ketika berbual-bual dengan teman-teman, muncul persoalan 'kepuasan' dalam hidup. Ada orang puas dapat mendaki segala gunung yang ada atas muka bumi. Ada orang sanggup menyakitkan diri melukis tatoo di seluruh badan kerana ingin merasa puas. Ada orang sanggup membeli belah dan menghabiskan harta sebanyak-banyaknya kerana kepuasan, ada orang bekerja siang malam kerana gilakan rasa puas dalam hidupnya.

Persoalannya, apa sebenarnya kepuasan boleh bagi dalam hidup ni? Kalau kawan saya kata masak membuatkan dia rasa puas, yang lain pula kata membaca adalah kepuasannya. Kawan ayah saya sangat suka belajar sampai sijil degree berkepuk-kepuk, ambil dua-tiga bac. degree.

Saya belum jumpa lagi apa sebenarnya kepuasan dalam hidup saya. Mungkin saya sibuk merasa puas dengan apa sahaja yang ada dalam hidup saya, seperti kata Maher Zain dalam Awaken, "We didn't have any time to lose when we were so busy feeling so satisfied".

p/s: harini ulangtahun saya ke 21. Doakan kebaikan untuk saya, ya. :)

Wednesday, September 01, 2010

seharian di atas jalan raya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 01, 2010 2 komen best
Pada hari kemerdekaan yang lalu, saya telah menyambutnya dengan penuh kemeriahan. Seharian berada di atas bas, itulah cara saya menyambutnya.

Maksud saya, bukanlah saya menyambutnya dengan duduk saja-saja dalam bas, tapi saya telah mengembara ke Serdang dan balik semula ke UUM dalam masa sehari. Pukul 7.30 pagi saya mula bertolak ke Kulim, mengambil masa 3 jam dari Alor Setar. Dari Kulim ke Serdang mengambil masa 30 minit untuk sampai.

Serdang merupakan mukim terpencil dalam daerah Bandar Baharu, dan, kata orang di situ, kawasan termundur dalam negeri Kedah. Pembangunannya agak lembab, dan kalau dari segi infrastruktur pun setakat yang cukup sahaja. Populasi penduduknya pula 27 000 orang, lebih sedikit dari Bandar Baharu yang 25000 orang. Oh, Nilai pun saya tak sempat nak mengkaji serumit ini. Mungkin pembangunannya agak lembab kerana nilai tanah di situ, dimana, mengikut bahasa intelek, 'tiada nilai politik pun' kalau dibangunkan. Tambahan lagi, aktiviti utama penduduk ialah bekerja ladang sawit dan menoreh getah, jadi kebanyakan tanah adalah milik syarikat swasta, antaranya ialah Sime Darby. Disebabkan tanah-tanah ini milik syarikat dan persendirian, kerajaan tidak boleh mengambil tanah mereka sewenang-wenangnya untuk pembangunan dan infrastruktur.

Banyak lagi yang saya dapat dari lawatan saya ke Serdang. Dalam perjalanan balik ke Alor Setar, saya mengambil bas dari Serdang ke Butterworth, sebab kalau ambil bas ke Kulim, bas dari Kulim ke Alor Setar pula akan ada pada pukul 5 petang. Lama juga menunggu bas di Serdang, ambil masa satu jam juga. Rupa-rupanya, bas dari butterworth ke Alor Setar hanya memakan masa 1.5 jam sahaja. Tiket pun murah, RM9.90. Cuma, masa saya nak beli tiket, duit saya tak cukup RM1, dan pakcik bas yang baik hati telah memberi saya not RM1. terima kasih, pakcik, semoga dirahmati Allah :)

Saya tahu penulisan saya hari ini agak membosankan sebab tak ramai yang berminat nak tahu tentang bas. Tapi, apa yang saya dapati dari keseluruhan pemerhatian dalam perjalanan saya ialah, industri bas kita beroperasi dalam keadaan kerugian. Ini kerana hampir setiap rumah di kawasan kampung dan pekan telahpun mempunyai kenderaan sendiri, menjadikan bas bukan lagi kenderaan utama seperti suatu waktu dulu. Kalau anda nak tahu, bas Mara Liner diberi subsidi oleh kerajaan supaya wujudnya perkhidmatan bas, terutamanya di kawasan kampung. Kalau kerajan tak memberi subsidi kepada bas, terutamanya dari segi pengurangan harga tol dan minyak, saya percaya, perkhidmatan bas mungkin susah didapati di kampung-kampung dan mungkin hampir tiada.

Jadi, kalau sesiapa yang berduit tu, kalau naik bas pun janganlah berkira sangat..

Begitu juga dengan teksi. Saya syorkan kepada anda, naiklah teksi yang berlesen. Anda nak tahu tak, betapa susahnya seorang pemandu teksi? Mereka mempunyai pemeriksaan PUSPAKOM, membayar caj sewa teksi (harian), maintenance, insurans.. Kalau penumpang bas pun tak ramai, apatah lagi pelanggan teksi.. Industri kereta sewa/teksi semakin rugi apabila mendapat saingan sengit daripada teksi sapu dan kereta sewa haram.. Kereta sewa haram sebenarnya telah memotong rezeki banyak orang, iaitu PUSPAKOM, insurans, teksi, dan beberapa pihak lagi.. Ia juga menjadikan pendapatan negara tidak dapat dikira dengan efisien, dan defisit sebab jumlah pendapatan yang tidak direkodkan.. bukankah ia menyusahkan banyak pihak? Jadi, kawan, walaupun ia mudah untuk kepentingan diri, fikirkan juga kepentingan orang lain.. Pemandu teksi pun ada anak isteri untuk ditanggung. Jangan ingat mereka pakai baju putih bergaya, mereka ada duit..

Semasa dalam perjalanan menaiki bas dari Alor Setar ke Kulim, ada tragedi berlaku. Entah dari mana, ada batu sebesar penumbuk seorang lelaki gemuk terbang melepasi cermin hadapan bas dan jatuh tepat di seat belakang saya. Mungkin ada orang baling dari hadapan, menyebabkan pemandu bas cedera di bahagian dadanya (tepat mengena pada bawah leher pemandu bas). Berdarah-darah juga tubuh pemandu hampir separuh umur tu.. Syukurlah, tidak terkena pada saya sebab biasanya, saya lebih suka duduk di bahagian hadapan bas untuk melihat pemandangan luar. Rasa gerun pun ada masa kejadian tu, sebab Kulim masih jauh, dalam 1jam perjalanan lagi.

Alhamdulillah, saya sampai di UUM tepat pukul 6.57 petang. Ini kali pertama saya betul-betul alert dengan masa dan kos. Nak jadi pengurus pengangkutan yang hebat, mestilah kena ambil tahu sekecil-kecil perkara.. Saya cadangkan, pemimpin yang hidup senang di luar sana, yang hidupnya konon-konon berjuang untuk rakyat, jangan terleka dengan apa yang anda ada.. Dengarlah kesusahan mereka yang mengharap anda sebagai pemimpin untuk turut mengambil tahu apa yang diperlukan mereka. Apa yang anda makan dan pakai tu, gajinya dari hasil mereka yang menyokong anda, jadi, taknak ke buat sesuatu untuk rakyat?

Ah, saya benci pemimpin yang cakap tak serupa bikin!
Photobucket

Monday, August 16, 2010

hikmah dari mehnah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 16, 2010 0 komen best
"Ajaib urusan orang mukmin, segalanya baik baginya.. Hal ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin sahaja. Apabila mendapat nikmat dia bersyukur, maka itulah yang terbaik..apabila dia mendapat musibah, maka itu juga terbaik baginya."

Hadis di atas cukup bermakna. Allah itu Maha Mengetahui bahawa hambaNya yang kerdil ini tidak tahan menanggung perasaan berat, jadi Dia ringankan hati ini.. alhamdulillah.. nikmatnya sabar!

Sabar itu terasa nikmat sekali apabila difikir-fikirkan kenapa saya diberi peluang untuk melalui ujian ini.. Sabar telah membuatkan saya rasa masalah besar menjadi kecil sedikit berbanding sebelumnya.. 

Sabar itu sangat manis apabila amarah berjaya ditahan dan mampu bertenang tatkala berhadapan krisis dan kemarahan..

Dan paling manis sekali apabila mehnah telah mempertemukan saya dengan manusia sejati.. Orang-orang yang bersahabat dengan ikhlas.. mehnah juga menayangkan kepada kita seperti filem kepada siapa kita boleh percaya, dan siapa yang tidak.. mehnah ini telah menyingkap di mana khilafnya manusia kerdil seperti saya. Dan, ujian ini menyedarkan saya, bahawa restu ibu itu amat penting untuk semuanya, hatta untuk perkara seremeh manapun..

Syurga saya terletak pada ibu, dan antara ibu dengan Allah itu tak ada hijab.. jadi, mintalah doa dan restu ibu untuk kita..

Mehnah juga membuka hati saya seluas-luasnya, bahawa Allah tidak pernah membiarkan hambaNya keseorangan menghadapi apa-apapun..

Jadi, jangan cepat putus asa! ^__^
Photobucket

Saturday, August 14, 2010

baru saya faham.. (2)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, August 14, 2010 0 komen best
Semalam, saya telah merancang untuk ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan assignment kumpulan kami untuk subjek Urban & Rural Transport.

Sepanjang proses perancangan dan pencarian berlaku, bermula daripada saya di-appoint untuk menguruskan kesemuanya, segalanya dirasakan terlalu sukar. Mungkin saya paling junior dalam kumpulan itu, jadi saya masih terlalu mentah kerana tidak tegas dan mengikut sahaja kata orang.

Kesukaran. Susah untuk saya mendapatkan kata sepakat dari kumpulan ini. Susah untuk saya membuat keputusan apabila tidak semuanya memberi komitmen. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'bossy'. Kalau buat meting, tidak ada kehadiran yang penuh. Sudah plan yang begini, yang lain mahu begitu. Yang ini sudah settle, timbul pula masalah lain.

Masalah terbesar dalam projek ini ialah kereta. Serdang dan UUM amat jauh, memakan masa 4 jam dari UUM-Alor Star-Kulim-Serdang. Dengan masa yang terhad, kami mesti pulang dalam masa sehari. Bagi mengelakkan bermalam di luar, pensyarah memberi kemudahan kepada kami untuk membawa kereta. Bermula daripada tak dapat kereta, akhirnya, alhamdulillah, Abang Adib sudi memberi pinjam kereta. Bila dah dapat kereta, tak ada pemandu pula, sebab Lee, satu-satunya ahli kumpulan kami yang ada lesen enggan memandu. Malah, balik rumah bercuti pula. Jadi, saya perlu cari pemandu. Bila dah dapat pemandu, batal pada saat akhir pula. Veni, akhirnya memujuk pakwenya untuk mengikut kami menjadi driver, dan, setelah pakwe Veni ambil kereta, malam itu juga dia jatuh tangga dan kepalanya luka teruk. Pagi itu, dia masih gagahkan diri untuk bantu kami. Dia memandu.

Kereta Abang Adib agak lama, jadi mesti sentiasa diperiksa air dan minyak hitamnya. Tayar juga begitu. Sebelum pergi, Kalai dah pastikan semuanya OK, dan kami berhenti dua kali dalam perjalanan. Dan, apabila sampai ke Sungai Petani, enjin kereta mengeluarkan bau, jadi Kalai berhenti di bahu jalan. Setelah diperiksa oleh mekanik, katanya gasket bocor, perlu diganti dan boleh siap dalam masa dua jam. Tapi bila sampai bengkel, entah kenapa saya tengok mekanik buka enjin dan entah apa-apa. habis dikeluarkan isi enjin. Mungkin saya ditipu. Maklum, saya tidak tahu menahu langsung tentang kereta.

Kereta tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin dua atau tiga hari. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang. Saya amat bersedih, sebab saya telah menyusahkan orang. Dan saya telah merosakkan kereta seseorang. Dan, kesedihan saya bertambah kerana Veni seperti membiarkan sahaja saya, malah membiarkan saya menghadapi semuanya dan tidak cuba memahami. Saya amat bingung, dan menyesal.

Saya menyesal kerana tidak sedar bahawa Allah memang tidak mengizinkan perjalanan ini sejak dari mula lagi. Di saat-saat akhir pun Allah telah memberi petanda bahawa plan saya tidak akan menjadi apabila Dia telah mentakdirkan pakwe Veni (si pemandu) jatuh tangga dan rambutnya botak sedikit sehingga nampak kulit kepalanya.

Saya juga sedar bahawa kata sepakat tidak akan tercapai dengan teruknya cara saya memberikan arahan dan menurut sahaja perintah orang yang bossy. Saya juga tahu bahawa kesemua masalah yang saya hadapi ini tidak akan dapat selesai dengan menangis. Saya jarang sekali menangis di hadapan orang, tetapi entah kenapa, semalam saya menangis di hadapan  orang tanpa rasa segan lagi. Mungkin saya ingin melepaskan semua rasa terbeban di kepala saya yang sudah beberapa hari menghabiskan berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus duit abah untuk menghubungi pihak di Serdang untuk mendapatkan kepastian tentang siapa yang akan saya berjumpa. Mungkin juga tangisan itu untuk perasaan tertekan yang tak terluahkan sebelum ini. Tertekan juga rupanya saya menghadap orang yang bossy, padahal saya paling suka berlagak tenang (kononnya la kut)..

Sepanjang saya bermuhasabah tentang apa yang berlaku, banyak yang saya pelajari. Kali ini, rupa-rupanya saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan.

Hikmahnya perjalanan yang tersangkut di Sungai Petani, saya dapat bertemu dengan Kak Aisyah di Alor Setar dan bermalam di rumahnya, memuhasabahkan diri, mendengar nasihat, dan berehat dari kelelahan.

Alhamdulillah, ibu dan abah sangat supportive semasa saya memberitahu apa yang telah berlaku. Terasa ingin pulang sekarang juga mendakap ibu..

Saya berjanji takkan menangis lagi untuk assignment ini dan akan datang, dan cuba menghadapi segalanya dengan guide dari Allah..

Ramadhan ialah madrasah iman dan taqwa. Semoga, ujian yang saya tempuhi ini menambahkan iman dan menyemai taqwa dalam diri saya.. Dan, ujian-ujian ini benar-benar telah 'menyekolahkan' saya!
Photobucket

Saturday, June 05, 2010

apabila laut dan pantai berkata-kata..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 05, 2010 6 komen best
Harini saya ke Port Dickson buat kali pertama setelah 6 tahun menetap di Nilai. yayay! tercapai juga hajat hati..

Teringat masa RESS baru-baru ni, Fatimah azZahra berkata, orang Islam tak buat sesuatu dengan saja-saja.. Jadi ada dua point yang saya dapat daripada bicara laut dan pantai hari ni:

  1. Kita akan merasa terkesan dengan pukulan ombak ketika di pantai, tetapi kita akan terbiasa dengannya sehingga ia seperti tiada apabila kita semakin jauh ke tengahnya. Begitu juga dengan kehidupan kita, kebiasaan menghadapi cabaran akan menjadikan kita hidup dengannya. Orang yang tak biasa menghadapi cabaran akan terasa impaknya, tetapi apabila cabaran lebih besar dihadapi, maka cabaran kecil-kecil menjadi biasa saja. Samalah juga macam melakukan maksiat. Mula-mula buat memang rasa terpukul dan bersalah, tetapi akan terasa macam tak ada apa-apa bila ia menjadi kebiasaan. 
  2. Alangkah baiknya jika diri kita ini dijadikan seperti laut. Tahukah anda, laut jika tidak masin maka busuklah dunia ni. Sebabnya segala kotoran yang dibawa oleh saliran dan segala sungai yang ada di dunia ni akan dibawa ke laut, tetapi laut tak busuk pun, malah meneutralkan bau-bau busuk. Kan baik kalau kita menerima segala yang buruk dalam kehidupan ni dan mentafsirkannya menjadi baik dan positif?
  3. Bagusnya kalau hati kita seperti pantai. Ia sentiasa dibersihkan oleh sang laut dan kembali ke rupa asalnya walaupun sudah dipijak-pijak manusia. Ia taat menerima hamparan ombak, menurut perintah Allah..
  4. Tadi saya jumpa kepah kecil..ia cuma tertutup..bila diperhatikan, ia akan mengeluarkan lidah dan mengorek lubang..ia telah diciptakan tanpa tangan tapi mampu melakukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh yang mempunyai tangan dengan apa yang ia ada.
Hebatnya pantai dan laut..hebatnya akal yang mentafsirkan..Maha Hebat Allah yang menciptakan..
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea