Sunday, January 30, 2011

Doa rabithah hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 30, 2011 0 komen best
Hati ini telah bersatu, berkumpul di muka Mu
Hati ini telah berpadu, bersatu memikul beban dakwahMu
hati ini telah mengikat setia untuk mendaulat untuk menyokong
syariatMu di alam maya
maka yaAllah eratkanlah ikatan yang ada
maka yaAllah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkan kemesraan yang ada 
tunjukkanlah jalan yang benar
tunjukkanlah dengan cahayaMu 
tiada malap, terangi alamMu
hidup, suburkanlah dengan ma'rifahMu
tapi jika ingin mematikanNya,
matikanlah sebagai syuhada
dalam perjuangan Menegakkan agama yang mulia
dalam perjuangan menegakkan agama yang mulia

-hidup mulia atau mati syahid!-




Saturday, January 29, 2011

Cinta telah menjadikan aku begini...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 29, 2011 0 komen best
"aku mencintaimu", sebuah lafaz yang bisa menggentarkan jiwa dan mengubah sistem diri menjadi luar biasa.

Cinta menjanjikan kebahagiaan. Cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta, mendengarkan perkataan itu sahaja hati sudah berbunga.

Benarkah begitu?

Ketika seseorang datang menemui Rasulullah, lalu berkata, "Ya Rasulullah, aku sangat mencintaimu". Rasulullah menjawab; "fikirlah baik-baik sebelum berkata demikian". orang itu menjawab,"Telah kufikirkan, aku sangat cinta padamu, wahai Rasulullah". Rasulullah mengulangi lagi, "Fikirlah sekali lagi sebelum kamu mengumumkan perkara ini". "aku masih cintakanmu, Ya Rasulullah."

maka, Rasulullah pun bersabda, "Jika kamu ikhlas dengan kata-katamu, maka bersedialah menghadapi kemiskinan yang akan menerpa dari segala arah kerana ia akan mengejar mereka yang cintakan aku sepantas air menuruni sungai".

Secara fitrahnya, jika kita mencintai seseorang, kita akan sanggup menuruti apa sahaja kata-katanya. Perintahnya. Suka kepada kesukaannya, mampu mengharungi kepayahannya, menangisi setiap tangisannya, sentiasa ingin menggembirakannya.

Secara fitrahnya juga, cinta menjanjikan jalan yang penuh berliku. Setiap cinta pasti ada dugaannya. Setiap yang mencintai pasti ingin kenal dengan lebih dalam tentang apa yang dicintainya. Cinta adalah suatu kuasa yang mampu mengubah seseorang dan memberi energi luar biasa apabila hatinya dipenuhi cinta.

Setiap yang mencintai pasti akan menangis kerana cintanya. Kita ingin cinta yang kita miliki menjadi seperti air sungai; jernih, boleh dimanfaatkan, dan sentiasa mengalir walaupun terpaksa merempuhi liku-liku dan duri duri.

Dan, cinta telah menjadikan kita seperti apa atau siapa diri kita sekarang. Cuba fikir; apakah yang kita paling cintai?

Thursday, January 27, 2011

bertahan, atau berjuang?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 27, 2011 2 komen best
Semakin hari, perkataan tanggungjawab menjadi semakin bermakna dalam hidup saya. Benarlah, tanggungjawab  sebenarnya lebih banyak, jauh lebih banyak daripada masa yang ada. Nak kata 24 jam itu tak cukup, orang dulu yang tak ada laptop canggih macam saya ni lebih mampu untuk mengislahkan masyarakat malah membuka negara Islam sehingga 2/3 dunia pula.. Saya? lembab dan lemau!

Semester baru sudah membuka tirainya sejak 11 hari lalu. Sepanjang tempoh ini, tugasan sudahpun menggunung. Semester 4 tidak menjanjikan masa depan yang cerah tanpa usaha yang kuat, apatah lagi dengan waktu yang kelihatannya terlalu suntuk untuk menunaikan semuanya: program, belajar dan tugasan.

Tak ada masa bermakna tidak ada masa untuk hal-hal yang tak syar'ie..

Bertahan, atau berjuang?

Bertahan dengan kelelahan taklah sehebat berjuang mencari kekuatan. Bagi saya, hidup ini begitu suram tanpa  cabaran yang menggugah jiwa. Cabaran cukup menguatkan diri yang lalai ini.. Saya tak mahu sekadar bertahan- bila-bila masa saja saya boleh rebah - saya perlu terus berjuang menunaikan tanggungjawab sebagai hamba dan pelajar tapa memberikan alasan!

Kerana beralasan itu bukanlah sifat seorang mukmin yang cemerlang! Berusaha!

Saturday, January 22, 2011

Bingkai Kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, January 22, 2011 0 komen best
Hidup ini, kalau ia diibaratkan sebagai cermin, maka ia perlukan bingkai yang menyokong ketahanannya. Dan salahsatu daripada bingkai kehidupan ialah nasyid.

Eh, kenapa nasyid?

Lah, biasalah, mana ada irama tanpa lagu...

Salahsatu nasyid yang benar-benar menjadi bingkai kehidupan saya, yang mengingatkan saya bahawa saya adalah seorang muslim yang mesti sentiasa cemerlang--- "Hari ini mesti lebih bak dari semalam", ialah nasyid 'Menuju Wawasan'..

Nasyid ini bukan sahaja memberi harapan yang begitu indah sebagai seorang muslim, tetapi ia juga memberi beberapa guide untuk menjadi muslim yang cemerlang--muwasofat tarbiyah

Tatkala saya masih baru dalam proses mencari Islam yang syumul, nasyid ini menjadi peneman. Nasyid yang baik ialah yang dapat membantu mengingatkan pendengarnya, sehingga mesej dakwah melalui nasyid itu sampai ke hati. Janganlah mendengar nasyid secara melulu, kelak kita hanya terhibur dengan rentaknya dan ia cuma menjadi lagu biasa yang tak bermakna--macam lagu bukan cinta biasa~ ataupun lagu rock kapak yang menyakitkan jiwa..

Bingkai kehidupan, jika ia rapuh, maka kehidupan juga menjadi cacat dan tidak kukuh.

Carilah asas yang kukuh untuk bertapak, dan asas yang paling kukuh untuk kita adalah Islam...

Friday, January 21, 2011

Pertemuan pertama yang istimewa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, January 21, 2011 0 komen best
Setiap pertemuan pertama itu istimewa.

Ish, waktu first meet-lah nak tanya semua, kan? Dari mata jatuh ke hati gitu.. (Lebih baik kalau dari hati pergi ke mata, kerana apabila hati ikhlas, semuanya akan nampak baik.. ) Selalunya kali pertama kita berjumpa seseorang, mata akan memandang, dan hati akan menilai. Jadi, berusahalah untuk memberi good impression kepada orang lain pada pertemuan pertama, dan dahulukan setiap perkara dengan bersangka baik.

Kenapa mesti nak memberi good impression kepada orang lain?

Jawapannya mudah; untuk menjadikan setiap pertemuan selanjutnya juga istimewa.

Istimewa; manalah tahu, orang itu akan menjadi seseorang yang bermakna dalam kehidupan kita. Mungkin orang itu akan mengingati kita dalam doanya. Mungkin orang itu adalah sahabat yang selama ini kita cari. Pencarian kita akan lebih mudah dengan berbaik sangka. Ia akan menjadi terlebih mudah dengan wujudnya rasa cinta.

Saya sangat menghargai pertemuan pertama. Pertemuan pertama selalu membuatkan hati saya rasa berbunga-bunga kerana hadirnya harapan untuk bertemu lagi dengannya, wujudnya janji-janji untuk melakukan sesuatu bersama. Ia membangkitkan semangat dan perasaan berbeza.. pertemuan kerana Allah, mungkin?

Ada beberapa pertemuan dalam hidup saya yang dirasakan begitu penting yang saya takkan mahu melupakannya. Apabila saya bersama sahabat-sahabat, sewaktu ingin mengimbas kembali kemanisan pertemuan, kami akan mengulang cerita yang sama: cerita sewaktu bertemu kali pertama. Percayalah, kami macam tape recorder yang mengulang seribu kali cerita yang sama tetapi masih merasakan kehangatan pertemuan tersebut. Ia sangat indah!

Selepas ini, cubalah menghargai sesiapa sahaja yang bertemu dengan kita, mungkin pertemuan itulah yang mengubah diri kita menjadi lebih baik untuk saat yang seterusnya!

Thursday, January 20, 2011

Selalu guna tapi tak tahu apa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 20, 2011 2 komen best
Harini saya berlari-lari dari safa ke marwah.

Eh, takdelah. Saya berkejar-kejar dari Pusat Konvensyen ke DKG 1. Betapa jauhnya. Kalau digambarkan. hmm.. entahlah berapa jauh jaraknya, tapi sebab kelas pertama dan kelas kedua berderet dan jarak bangunan jauh.

Ah, tak kisahlah. Universiti memang stok bangunan jauh-jauh-UUM, UKM, USM.. Yang saya nak kongsi harini, ialah tentang apa yang kita selalu guna tapi kita tak tahu apa. Tahu praktikal tak tahu teori.

Apabila kelas Aplikasi Komputer bermula pagi tadi, pensyarah bertanya; "What is Computer"?.. Eh, saya boleh tercongok sekejap sebab tak tahu nak jawab apa. Yang terlintas di kepala saya, komputer hanyalah benda yang saya selalu tekan-tekan keyboardnya untuk menghasilkan apa yang saya mahu di skrin seperti yang sekarang ini. Memang tahu guna tapi tak tahu menahu apa ada dalam komputer. Perak, kata 'orang bandar'.

Kita sebenarnya tak banyak ambil kisah pun benda yang 'di belakang tabir'. Samalah macam kita solat, ramai orang solat tanpa tahu kenapa mesti solat. Main ikut dan-dan aje. Komputer ialah benda yang analyze input and process data to give output.. (punyalah kacang goreng~).. dalam komputer ada motherboard, microprocessor, hard disk player etc etc..

Samalah macam ada orang pergi haji, ikut je orang lain pegi haji.. tak tau pun kenape mesti pergi haji.

Kita selalu solat. Hari-hari solat. Kejap lagi nak solat. Jom kita fikir kenapa kita solat. Kenapa mesti ruku', kenapa mesti sujud. Eh, kenapa ada takbir angkat-angkat tangan. Ustaz saya cerita, orang asing mana entah, kata, orang Islam solat sebab cari Tuhan. Berdiri tengok bawah, tak jumpa. Tak nampak, tunduk sikit (ruku'). Tak nampak lagi, sujud..

Betul ke solat tu kita cari Tuhan?

Tuesday, January 18, 2011

Akhlak yang baik itu memikat..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 18, 2011 0 komen best
Bismillahirrahmanirrahim.

Semoga post ini diredhai Allah.

Akhlak yang baik itu cerminan peribadi siapa kita, siapa sahabat kita, apa agama kita, dari mana asal kita. Apabila kita bergerak, diri kita ini ibarat kenderaan yang membawa 1001 muatan yang akan digunakan sepanjang jalan-- sama ada disedekahkan, dipakai, atau dibuang.

Oh, ayat di atas muqaddimah cuma. Saya ingin berkongsi kenapa akhlak yang baik itu memikat.

Saya baru sahaja memulakan semester baru dan kelas pertama semalam. Dengan pembawaan 4 subjek pengelasan kod 3000 (highest level untuk degree students, kalau dalam exam semua ni adalah paper esei.). 3 daripada subjek ni adalah subjek teras dan elektif LogTrans (Logistic&Transport), dan satu lagi ialah paper Undang-undang Pengangkutan Antarabangsa. Bunyinya subjek ni agak menggerunkan, dan 'berat'. Jadi saya berniat untuk menggugurkan kursus ini dalam minggu add drop ini.

Namun, niat saya tak dapat diteruskan apabila menghadiri kelas pertama semalam dek kerana terpikat dengan kebaikan pensyarah tersebut melewatkan waktu kelas untuk memberi ruang untuk waktu solat. Malah mengingatkan kami agar mendoakannya. Entahlah bagi orang lain, tapi bagi saya beliau sangat sweet bila mengingatkan pelajarnya untuk mendoakannya.

Kenapa saya tak kata kata-kata yang baik itu memikat (walaupun ia juga benar)?

Its simple.

Action speaks louder than words.

Thursday, January 13, 2011

I am no longer EON residence

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 13, 2011 0 komen best
Saya harap tak ada siapa yang akan marah, merajuk atau merusuh untuk entri ini. cecece. Perasan hot la kau, ikin.

Saya baru sahaja check in ke blok F Dewan Penginapan Pelajar PETRONAS. Memang sangat mengejutkan kan, keputusan drastik saya ni? Ada orang mohonkan, terus dapat tukar DPP dan bilik, sedangkan baru je beberapa hari lepas portal saya tercatat nombor bilik lama: 5B 204 DPP EON. Mungkin atas faktor pelajar aktif.

Sebenarnya saya memang sukakan bilik lama, dengan suasana blok tersebut yang macam zoo.. pagi-pagi boleh dengar bunyi burung-burung berkicau, dan melihat beruk dan sekutu-sekutunya melakukan aksi-aksi 'hot'.. hehe. Takpe, kita berubah angin. Saya memang selalu cemburukan rakyat DPP Petronas yang selalu meriah dengan aktiviti-aktiviti pembangunan jiwa (walaupun EON selalu juara dalam berprogram). Dan sekarang saya adalah salah seorang daripada rakyat Petronas. See, Allah selalu memakbulkan hajat hambaNya walaupun untuk hal yang kecil..

Semester baru, bilik baru, suasana baru. Dan roommate baru. Semoga semangat, azam dan tekad baru juga mengiringi pembaharuan ini.

*p.s: untuk 3 orang sahabat saya yang berada nun jauh di Negeri di Bawah Bayu untuk exchange program, good luck for this whole semester. Nikmatilah bayu laut sepuas-puasnya.. <3

**p.s: untuk 3 orang lagi sahabat saya yang mendapat keputusan yang baik, keep it up, up up! Saya gembira kerana anda gembira..!

Monday, January 10, 2011

Meraikan kejatuhan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, January 10, 2011 2 komen best
ehh...~ meraikan kejatuhan? Apa punya tajuk laa kan saya ni?

Tak ada orang yang kalau dia terjatuh semasa berjalan atau berlari kemudian tak bangkit semula melainkan orang sakit atau pengsan. Semua orang akan cuba bangkit setelah jatuh, untuk mencapai semula keseimbangan dan kembali kepada kekuatan yang asal.

Nampaknya Allah izinkan saya mengalami kejatuhan untuk keputusan semester lepas. Mungkin sebab saya memang mengalami kejatuhan hampir sepanjang semester dek kerana satu subjek yang menelan duit dan mencalarkan persahabatan dan kepercayaan saya pada orang. hoho..saya masih ingat lagi rupanya peristiwa menyakitkan hati itu..

Takpe, takpe.
Kejatuhan akan lebih mematangkan diri ini, saya menghargainya. Apa yang mesti saya lakukan ialah, analisis kesilapan dan kelemahan, dan mencuba lagi untuk semester ini yang bakal membuka tirainya beberapa hari saja lagi. Oh, UUM, aku rindu! hehe..~

See? Saya memberi semangat kepada diri sendiri untuk terus berusaha. Kenapa saya tak sedih dan redha? Kerana saya bersyukur, semua itu adalah usaha saya sekadarnya atas izin Allah.. (Walaupun ada satu dua subjek yang saya tahu pensyarahnya mengelat, bagi saya markah lebih dari yang sepatutnya).

So, friends, when you fell down, remember, Allah is always there to raise you up. Keep believing, keep shining, keep fighting!

Setelah jatuh, bangkitlah perlahan-lahan, jangan terus berlari, takut nanti tersungkur!

Sunday, January 09, 2011

Menyatakan perasaan hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, January 09, 2011 4 komen best
Kadang-kadang orang akan cuba meluahkan perasaannya dengan memberi hadiah. Tanpa berkata apa-apa, dengan berharap maksud hadiah diberikan akan difahami penerima. Yang sebenarnya, ucapan ikhlas dari hati itu lebih bermakna, terutamanya ia tulus bersama doa.

Nak mulakan sesuatu memang susah.

Percaya tak, ada orang tak pernah pun ucapkan terima kasih kepada ibu atau ayahnya sendiri. Bukan sebab dia tak rasa berterima kasih, tapi sebab dia tak biasa. Rasa kekok.

Pertama kali saya ucapkan i love you pada ibu ketika saya masih sekolah menengah. Masatu, Allah je yang tahu betapa kekoknya saya.

Pertama kali saya ucapkan terima kasih pada abah pun begitu. Rasa malu dan kekok yang teramat sangat, sebab ibu dan ayah saya memang tak mengajar kami untuk ucap terima kasih pada mereka. (Mungkin sebab mereka sendiri tak praktikkannya pada orang tua mereka, maklumlah, orang dulu lain caranya).

Saya mula belajar untuk mengungkapkan ucapan 'terima kasih', dan 'saya sayang ibu' selepas terdorong dengan program motivasi di sekolah. Program itu membuat saya rasa takut kalau tak sempat nak ucap apa-apa pada ibu dan abah saya yang begitu baik.

Ucapkanlah terima kasih pada ibu dan ayah kita hari ini. Kerana kadang-kadang, dengan perbuatan sahaja tak cukup untuk menyuarakannya.

Kenapa saya menulis entri ini? Kerana ibu saya pernah bersuara, "ibu sangat kecil hati kakak kamu tak wish birthday ibu". (Bukan kakak saya tak wish, tapi sebab biasanya kakak saya akan bagi hadiah, bukan wish ucap selamat..kakak saya jenis yang suka teknik 'action speaks louder than word', tapi malangnya dia tak ada apa nak beri pada ibu sebagai hadiah harijadi. (dan dia tak wish sebab dia tak biasa, katanya). So, friends, please take note on this, bila kita dah meningkat dewasa, ibu bapa kita sudah mencapai umur tua. Kita sudah tak boleh lagi treat ibubapa sebagai orang yang sentiasa faham semua. kadang-kadang mereka perlukan ucapan, dan mahu apa yang mereka katakan didengari. So, just be there for them even for a simple wish. Jadi anak soleh solehah, okey?)
Photobucket

Thursday, January 06, 2011

JAtuh cinta dengan TV alHijrah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 06, 2011 0 komen best
Sepanjang cuti ni saya tak berkesempatan pun menghadap TV. Bila ibu buka TV alHijrah, terus rasa sukaaa yang sangat teramat. Alhamdulillah, di kesesakan program TV yang bercampur aduk antara program berfikrah dan hedonisme, muncul juga saluran TV yang khas untuk mempersembahkan keindahan Islam, cara hidup yang jitu dan unggul.

Dengan tagline 'Segalanya Bermula di Sini', saya beranggapan ia bermaksud 'segalanya bermula dengan Islam'..'Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah'. Mungkin itulah kata-kata yang tersembunyi di sebalik tagline yang ringkas itu.

Semoga krew belakang tabir TV alHijrah dan semua yang mengusahakannya disayangi Allah.. ^_^ thanks for your effort!

Jom, tukar channel ke TV alHijrah!

**ps: suka juga dengan Astro OASIS, tapi sebab keluarga saya bukan pelanggan Astro, sekali-sekala je tengok apa ada kat Astro Oasis kat mana-mana..
Photobucket

Program Mahasiswa Rabbani di Sungai Kechil, Changlun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, January 06, 2011 2 komen best


Assalamualaikum, kawan-kawan!
Jum, kita berukhuwwah sambil meningkatkan iman..



Bertempat di Kem Rimba Rekreasi Sg Kecil, Changlun, Kedah, program yang membina diri ini terbuka kepada semua pelajar IPT di wilayah Utara Semenanjung Malaysia: Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Kedah. Hantarkan nama penuh, no ic dan nama IPT anda sebelum 13 Januari 2011 ke emel: hasizu.utara@gmail.com atau sms ke talian 0192308909 (Zakwan) bagi lelaki dan 019-5243766(Norashikin) bagi perempuan; atau hubungi wakil negeri masing-masing:
    • Ahmad Ikhwan Rosli (Pulau Pinang)-0194644515
    • Syafiyah Adzahar (Pulau Pinang) -0194518500
    • Norashikin Rahmat (Kedah)-0195243766
    • Muta’al Nawawi (Perlis)-0134097572
    • Mariati (Perlis)-0134508679
Mudah-mudahan beroleh manfaat.

Tentatif

Yuran Pendaftaran RM15 setiap seorang.
Antara keperluan yang perlu dibawa ialah:
Kelengkapan individu:
  • Al-Quran & Al-Ma'thurat
  • Ubat-Ubatan (Jika Perlu)
  • Barangan peribadi
  • Baju hujan & Baju sejuk
  • Torchlight
  • Air Mineral (2 Botol 1.5 liter setiap seorang)
  • Sudu
  • Pisau
Keperluan yang perlu diserahkan pada permulaan program:


  • Sardin (Pertima) 1 tin/individu
  • Roti Gardenia
  • Telur 2 biji/individu
  • Beras 500 gm/individu
  • Teh BOH
  • Mee segera (Ruski/Mamee/Adabi)

Tuesday, January 04, 2011

memasak dan perempuan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, January 04, 2011 4 komen best
Dulu, selepas habis sekolah saya tanamkan azam untuk belajar memasak dengan ibu. Masalahnya, pada waktu itu saya hanya mampu tolong menyediakan bahan je. Masaknya masih juga ibu.

Masuk umur 19, saya baru pandai masak sayur je (selain yang basic macam masak nasi). Bagi saya, memasak bukanlah sesuatu yang mudah pada waktu itu. Ia leceh, dan memenatkan.

Apabila menjejaki umur 20, ada satu tolakan dan kesedaran bahawa saya mesti benar-benar pandai memasak. Dan ia tak muncul begitu sahaja, ia berpunca daripada satu fasa kehidupan yang seterusnya; perkataan yang mungkin menimbulkan ketakutan selain mati: 'kahwin'.

Saya telah meletakkan syarat kepada diri sendiri bahawa saya mesti pandai memasak sebelum memasuki alam berkeluarga. Kerana nabi SAW menggalakkan kita untuk makan di rumah. Memasak juga boleh menjadi satu wadah untuk merapatkan ikatan ahli keluarga, kerana sambil memasaklah ibu memberi banyak petua yang tak pernah didengari atau takkan boleh didapatkan di kuliah-kuliah logistik saya.

Kata orang tua-tua,
"belajar tinggi manapun ke dapur jugalah" bukanlah bermaksud tak perlulah belajar sampai tinggi langit kalau akhirnya jadi surirumah jugak.. pada saya ia bermaksud ilmu setinggi langit pun kalau hakikatnya perempuan mesti juga memasak.

Saya pernah terbaca satu cerpen tentang seorang ibu yang menjadikan tradisi makan malam sebagai satu wadah untuk mengeratkan cinta ahli keluarganya. Ibu tersebut sangat kreatif dalam menyediakan hidangan, sepertinya setiap kali makan malam itu adalah kali pertama dia menjamu keluarganya. Setiap hari dia akan memikirkan apakah hidangan yang akan dimasak sehingga sebolehnya takkan mengulang menu yang sama. Dia tak mahu seorangpun daripada anaknya merasa bosan dengan masakannya.

Memasak sebenarnya satu hiburan bagi wanita. Saya masih amatur yang masih memerlukan ibu semasa memasak, bertanya, "ibu, begini ke? banyak ini ke? macam ini ke?" tapi ibu sedikitpun tak mengeluh atau berkata, "suka hatilah nak macammanapun"..

Saya selalu teruja untuk makan masakan sendiri dan melihat abah makan masakan saya. Satu perasaan luarbiasa~ :)
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea