Ish, waktu first meet-lah nak tanya semua, kan? Dari mata jatuh ke hati gitu.. (Lebih baik kalau dari hati pergi ke mata, kerana apabila hati ikhlas, semuanya akan nampak baik.. ) Selalunya kali pertama kita berjumpa seseorang, mata akan memandang, dan hati akan menilai. Jadi, berusahalah untuk memberi good impression kepada orang lain pada pertemuan pertama, dan dahulukan setiap perkara dengan bersangka baik.
Kenapa mesti nak memberi good impression kepada orang lain?
Jawapannya mudah; untuk menjadikan setiap pertemuan selanjutnya juga istimewa.
Istimewa; manalah tahu, orang itu akan menjadi seseorang yang bermakna dalam kehidupan kita. Mungkin orang itu akan mengingati kita dalam doanya. Mungkin orang itu adalah sahabat yang selama ini kita cari. Pencarian kita akan lebih mudah dengan berbaik sangka. Ia akan menjadi terlebih mudah dengan wujudnya rasa cinta.
Saya sangat menghargai pertemuan pertama. Pertemuan pertama selalu membuatkan hati saya rasa berbunga-bunga kerana hadirnya harapan untuk bertemu lagi dengannya, wujudnya janji-janji untuk melakukan sesuatu bersama. Ia membangkitkan semangat dan perasaan berbeza.. pertemuan kerana Allah, mungkin?
Ada beberapa pertemuan dalam hidup saya yang dirasakan begitu penting yang saya takkan mahu melupakannya. Apabila saya bersama sahabat-sahabat, sewaktu ingin mengimbas kembali kemanisan pertemuan, kami akan mengulang cerita yang sama: cerita sewaktu bertemu kali pertama. Percayalah, kami macam tape recorder yang mengulang seribu kali cerita yang sama tetapi masih merasakan kehangatan pertemuan tersebut. Ia sangat indah!
Selepas ini, cubalah menghargai sesiapa sahaja yang bertemu dengan kita, mungkin pertemuan itulah yang mengubah diri kita menjadi lebih baik untuk saat yang seterusnya!

0 komen best:
Post a Comment