Wednesday, September 29, 2021

Belajar Meminta Maaf Dengan Ikhlas. Be the Bigger Person.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, September 29, 2021 0 komen best

Be the Bigger Person.

Ini, adalah kata-kata yang selalu saya ajar kepada diri sendiri. Sebab saya hanyalah manusia kecil yang tak mampu menjaga hatta seinci sel dari tubuh sendiri.

Menyakiti hati orang, ternyata adalah a great deal for me.

Terakhir kali saya begini adalah 10, 11 tahun lalu ketika masih degree. Dan baru-baru ini, ketika konflik dengan penaja program.

Namun kita perlu belajar meminta maaf. Dengan Ikhlas.

Meminta maaf ni, bukanlah sebenarnya untuk orang lain.. sebenarnya meminta maaf adalah untuk kita menyejahterakan hati kita sendiri.

Seperti kata sebuah website; meminta maaf ialah mengambil bahagian untuk bertanggungjawab dengan konflik yang telah kita buat. Dan meminta maaf bukanlah hal yang salah. Namun begitu kita juga mesti adil dengan diri sendiri bila kita meminta maaf. Sebab kadang2 kesilapan tu bukan satu pihak je (in my case mmg satu pihak je, its me).

Kita juga perlu meminta maaf untuk ketenangan jiwa kita sendiri, dan jangan sesekali minta maaf sebab mengharap pihak lagi satu melakukan hal yang sama.. itu adalah hal yang salah sama sekali dan ia mungkin akan backfire, yang sebenarnya.

Untuk reaksi pihak sana pula;

ia di luar kawalan kita. Sungguhpun kita meminta maaf kerana kita mahu dimaafkan, kadang2 ia tak berlaku seperti yang diharapkan.. sebab kadang-kadang pihak yang lagi satu tak sedia memberi kemaafan dan move on. Jadi, jangan kecewa dengan apapun reaksinya. Let It Go for Now.

Kin. Be Brave.

We all want to be loved and forgiven.

Sunday, September 26, 2021

Hati Remuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, September 26, 2021 0 komen best

 Antara yang selalu meremukkan hati saya dalam hidup ni..  ialah.. bila saya telah merosakkan hubungan dan meremukkan hati orang lain.

Dan yang bodohnya ialah saya tidak tahu.

Dan lebih bodoh lagi bila saya tidak tampak ikhlas meminta maaf.

Sedangkan musuh saya yang sebenarnya bukanlah orang yang telah saya remukkan hatinya. Musuh sebenar, adalah iblis, yang membisikkan kemarahan dan syak wasangka dalam hati manusia. 

Supaya manusia saling bermasam muka dan tidak lagi berkasih sayang antara satu sama lain.

Kesilapan apa yang telah saya lakukan kali ini? Saya telah..dengan tidak sengaja menyakiti hati sahibah yang saya kasihi..tak jujur bertanya berterus terang sedangkan saya adalah perempuan dewasa yang berani. Dan perbuatan saya bukan setakat menyinggung hati sahibah saya dan suamniya, malah juga telah menyebabkan hubungannya dengan ibunya tidak baik.

Alangkah besarnya dosa ini, kin. Biarpun pertanyaan yang saya tanya pada ibu sahibah saya hanyalah ingin tahu adakah sahibah saya punya masalah lain.. caring, tapi bodoh. 

So stupid. And so clueless, you are, Norashikin.

Ya Allah.

Aku sungguh berdosa. 

Bantulah aku..memaafkan diri, dan meminta maaf kepada sahibahku tersayang, semoga dia sudi memaafkan kesilapan diri ini.

Dan semoga dia dan suaminya terus selalu tsabat di jalan ini.


Friday, September 24, 2021

Sibuk dengan cinta

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 24, 2021 0 komen best

 Cinta membuatkan kita sibuk.

Once you decided to set your feet, you find your direction.

Some day it feels like it is right, some day it feels like you are on the wrong road.


There is no correct answer, you are just following your heart....


And the things that keeps you busy is because you suddenly feel you , all this while, are not prepared to love, at all

All those theories you read and heard still not enough, but enough to give you courage to move to another level.


Just, be brave. You can do this.. in Allah's power.

Friday, September 17, 2021

Alasan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 17, 2021 0 komen best

 Alasan, adalah kekangan ciptaan manusia.

untuk tak melakukan sesuatu, sekecil-kecil hal pun boleh dicipta sebagai alasan. Asalkan rasa tidak mahu lebih besar daripada mahu.

Kenapa susah menulis dah dua bulan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 17, 2021 0 komen best

 Dua bulan ni sebenarnya busy.. tapi busy procrastinating jugak kot

Macam takde achievement kat tempat kerja.

Pergi site visit tapi pergi cemtu jelah.

Dua bulan ni banyak baca buku tapi hmm tulah susah nak share kat sini. Saya banyak baca buku tema pembangunan kekeluargaan paling banyak dalam tempoh ni.


Hajat banyak doa untuk diri sendiri.

Dan semoga semakin dekat dengan Allah.

Friday, September 10, 2021

Bila adik bongsu dapat kerja

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, September 10, 2021 0 komen best
Adik bongsu saya dalam keluarga kami dipanggil Awang.

Sebelum ni dia kerja di Kuantan, kerja bahaqgian land/road survey. So bila dia lama dah tak kerja dek kontrak tamat, saya recommend dia kerja dengan marine surveyor kat Port Klang, dengan vendor company saya yang sekarang.

Masalahnye ibu suka into the scene. Hmm.

Ibu asyik tanya bila awang akan diambil bekerja, kenapa orang tu tak ambil awang kerja lagi, yadayadayada.

Eh geram pulak hati kitelah. 

Dulu saye tak pernah pun dirisaukan seperti itu okayy.. I am a girl, and at 24 years old I already worked & travel to Turkey, ibu haromm tak risau. merajuk adelah! (pasal aku tak balik2 dari Turkey dah nak 3 bulan)

Harini boss Marine surveyor tu tiba2 call cakap nak pakai orang, & suruh Awang datang kerja. 
Yang ibu tetiba call sambil cakap dia risau Awang kena kerja kat Port Klang jauh2 naik motor.
Awang plak dia tanye camne nak pergi portx, xde kenderaan.

Being hard-headed tough sister, I say, "pikirlah cara, nak seribu daya".
Bunyi macam tak tolong apa-apa.. risau jugak sebenarnye. Tapi anak jantan should be anak jantan, tak perlu banyak dirisaukan, dia hanya perlu diberi banyak galakan dan doa supaya mampu jadi lelaki yang berdiri dan mampu melindungi keluarga.

So.. dia dapat pinjam motor kawan dia untuk pergi kerja harini.

All the best adikku!





 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea