Friday, December 24, 2010

Muslim 24 Jam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 24, 2010 0 komen best
Setiap kita yang mengakui kita adalah Muslim maka kita adalah muslim setiap masa. 24 Jam.

Buku Manhaj Hidup Muslim tulisan Syed Qutb dan Abu'l A'la Al-Maududi ada menerangkan siapa sebenarnya Muslim.
"Seorang Muslim ialah orang yang menerima Islam dalam hidupnya dan mengamalkannya dalam kehidupannya seharian"

Nyatanya, kita adalah muslim setiap masa. bukan separuh-separuh. bukan masa solat aja. Bukan masa bulan puasa je. Bukan masa pergi masjid je. Jadi kita kena solat tiap-tiap hari, bukan hanya pada hari jumaat atau masa hari raya je. Kita kena tutup aurat baik-baik setiap masa, bukan masa nak solat je. kita kena berubudiah setiap masa, bukan masa bulan puasa je.

Saya tertarik untuk menganjurkan anda, pembaca-pembaca dan rakan-rakan kesayangan saya sekalian untuk  membaca blog Muslim 24 Jam yang sememangnya bermanfaat untuk semua. Isinya mudah diterima, padat dan cukup mendidik.

Antara post menarik yang telah saya baca berulang kali:

Banyak lagi post yang best..


Saya cuma pembaca blog tersebut yang tak mengenali siapa penulisnya. Dan saya taknak hanya saya saja yang mendapat manfaat daripada isi blog tersebut. JOm, jadi Muslim 24 hours!

Photobucket

Thursday, December 23, 2010

Cara berkesan dodoikan bayi

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 23, 2010 1 komen best
Selain membuat kerja-kerja rumah waktu cuti, saya juga menjaga bayi, memandangkan ibu mengasuh anak jiran saya yang comel-comel lagi nakal belaka.

Hidup seorang bayi tak lebih daripada tidur, mandi, makan, bermain dan tidur kembali. Kalau nak apa-apa nangis je.. nak berak nangis, lapar nangis, sakit nangis, nak susu pun nangis. Agaknya kalau sayalah yang nak itu ini menangis, dah lama kena lempang kut. hahaha.

Saya nak kongsi salahsatu cara menidurkan bayi paling berkesan. Daripada kita mendodoikan bayi dengan lagu rock kapak mahupun lagu cindai, saya mengesyorkan anda mendodoi bayi dengan alunan zikir munajat.. Bukan dengan pasang kat radio ataupun laptop, tapi mengalunkannya sendiri..

Mengikut pengalaman, biasanya bayi akan tidur sebelum sempat zikir munajat habis dibaca. Kalau yang 'tegar' sikit tu, dah habis zikir baru tidur. Kalau yang tak tido jugak lepas zikir munajat, maknanya dia belum ngantuk. Jadi bolehlah dilepaskan bermain dulu sehingga dia benar-benar mengantuk mahu tidur..

Selain dapat tidurkan bayi, boleh dapat pahala.. Kalau tak, entah bilalah kita ni nak berzikir pada Tuhan.. mendodoikan bayi juga saahsatu cara mendidiknya terbiasa dengan kalamullah.. Kata-kata nabi kita yang termasyhur ada menyebut "tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"..

Untuk zikir munajat yang lengkap, boleh cari kat google. Wallahua'lam, semoga bermanfaat..

**saya tak galakkan bayi tidur dalam buaian.. lebih baik tidur atas katil atau tilam sahaja.. Mengikut kajian, bayi yang tak tidur dalam buaian lebih bijak berbanding bayi yang tidur dalam buai.. (dah lupa sumber). Mungkin bersangkutan dengan gegaran otak semasa dihenjut-henjut dalam buaian..
Photobucket

Wednesday, December 22, 2010

Kerana cinta terlalu banyak..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 22, 2010 0 komen best
Remaja. Cukup sinonim dengan perkataan mencari. Mencari cinta, terutamanya.

Saya remaja, saya taulah. :p
 Tapi, perlu ke cari cinta ni? Kalau tanya saya, mestilah saya kata Ya, Perlu, Mesti. Tapi mestilah cari cinta yang tulen, bukan cinta merapu lagi palsu..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak mengenalpasti cinta.
Apakah yang kita rasai itu hanya suka, atau sayang, atau cinta atau nafsu..?

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak menguruskannya..
Bila, bagaimana, apa, siapa..

Kerana cinta terlalu banyak, kita perlu bijak memilih
yang mana satu kaca, yang mana satu permata
kerana jika kita terpilih kaca, kitalah yang terluka
jika kita memilih permata, no doubt, kita akan kaya

Pepatah 'jawa' ada berkata,
"Too much love will kill you and too deep love will hurt".

Berhati-hatilah dengan cinta yang terlalu banyak, kerana ia boleh berubah menjadi sangkar emas lalu mengurung jiwa-jiwa yang dicintai..

Tunaikanlah hak cintamu, dan, cintailah Yang Memberikan cinta kepadamu.. kerana Dia lebih berhak. ^_^

Khalil Gibran ada menulis tentang cinta dalam puisinya;

Lalu berkatalah Almitra, Bicaralah pada kami perihal Cinta.
Dan dia mengangkatkan kepalanya dan memandang ke arah kumpulan manusia
itu, dan keheningan menguasai mereka. Dan dengan suara lantang dia berkata:
Pabila cinta memberi isyarat kepadamu, ikutilah dia,
Walau jalannya sukar dan curam.
Dan pabila sayapnya memelukmu menyerahlah kepadanya.
Walau pedang tersembunyi di antara hujung-hujung sayapnya bisa melukaimu.
Dan kalau dia berbicara padamu percayalah padanya.
Walau suaranya bisa menggetar mimpi-mimpimu bagai angin utara
membinasakan taman.
Kerana sebagaimana cinta memahkotai engkau, demikian pula dia akan
menghukummu.
Sebagaimana dia ada untuk menyuburkanmu, demikian pula dia ada untuk
mencantasmu.
Sebagaimana dia mendaki ke puncakmu dan membelai mesra ranting-ranting
lembutmu yang bergetar dalam cahaya matahari.
Demikian pula dia akan menghunjam ke akarmu dan menggegarkannya di dalam
pautanmu pada bumi.
Laksana selonggok jagung dia menghimpun engkau pada dirinya.
Dia menghempuk engkau hingga kau telanjang
Dia mengasing-asingkan kau demi membebaskan engkau dari kulitmu.
Dia menggosok-gosok engkau sampai putih bersih.
Dia meramas engkau hingga kau menjadi lembut;
Dan kemudian dia mengangkat engkau ke api sucinya sehingga engkau bisa
menjadi hidangan suci untuk pesta kudus Tuhan.
Semua ini akan ditunaikan padamu oleh Sang Cinta, supaya bisa kau fahami
rahsia hatimu, dan di dalam pemahaman dia menjadi sekeping hati Kehidupan.
Namun pabila dalam ketakutanmu kau hanya akan mencari kedamaian dan
kenikmatan cinta.
Maka lebih baiklah bagimu untuk menutupi tubuhmu dan melangkah keluar
dari lantai-penebah cinta.
Memasuki dunia tanpa musim tempat kau dapat tertawa, tapi tak seluruh
gelak tawamu, dan menangis, tapi tak sehabis semua airmatamu.
Cinta tak memberikan apa-apa kecuali dirinya sendiri dan tiada mengambil
apa-apa pun kecuali dari dirinya sendiri.
Cinta tiada memiliki, pun tiada ingin dimiliki;
Kerana cinta telah cukup bagi cinta.
Pabila kau mencintai kau takkan berkata, "Tuhan ada di dalam hatiku," tapi
sebaliknya, "Aku berada di dalam hati Tuhan."
Dan jangan mengira kaudapat mengarahkan jalannya Cinta, sebab cinta, pabila
dia menilaimu memang pantas, mengarahkan jalanmu.
Cinta tak menginginkan yang lain kecuali memenuhi dirinya. Namun pabila kau
mencintai dan memerlukan keghairahan, biarlah ini menjadi keghairahanmu:
Luluhkan dirimu dan mengalirlah bagaikan anak sungai, yang menyanyikan
alunannnya bagai sang malam.
Kenalilah penderitaan dari kelembutan yang begitu jauh.
Rasa dilukai akibat pemahamanmu sendiri tentang cinta;
Dan menitiskan darah dengan ikhlas dan gembira.
Terjaga di kala fajar dengan hati berawangan dan mensyukuri hari baru
penuh cahaya kasih;
Istirah di kala siang dan merenungkan kegembiraan cinta yang meluap-luap;
Kembali ke rumah di kala senja dengan rasa syukur;
Dan kemudian tidur bersama doa bagi kekasih di dalam hatimu dan sekuntum
nyanyian puji-pujian pada bibirmu.
(Dari 'Sang Nabi')
Photobucket

Monday, December 20, 2010

1 Litre of tears

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, December 20, 2010 4 komen best
Siapa nak tengok proses sebelum mati step by step, boleh tengok 1 litre of tears.

1 litre of tears berkisarkan seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit 'Brain Degeneration Diseases'. (macamni kut, xingat exact name of the disease). Penghidap penyakit ni pada mulanya akan hilang keseimbangan diri (coordination), kemudian tak boleh berjalan, dan diikuti kehilangan satu persatu keupayaan diri yang lain: xboleh bercakap, xboleh bergerak dan akhirnya kematian menjemput.

Sebenarnya (pada pandangan saya) setiap orang mengalami penyakit ni bagi sesiapa yang mati tua yang diakhiri bedridden. Cuma penyakit ini mempercepatkan proses..

Kalau kita perasan, hidup kita memang menuruti normal curve macam dalam subjek statistics. Ada permulaan, pengembangan, kemuncak dan pengakhiran. Nilai dibawah normal cuve adalah 1 dan paksi mendatar bernilai 0. Eh, apa saya melalut ni? :P

Menonton cerita ini membuatkan saya insaf dan bersyukur bahawa saya masih mempunyai keupayaan diri untuk menulis dan 'hidup'. Kalau kita selalu berfikir yang ajal itu dekat, barulah terasa banyak lagi yang kita belum buat dan bekerja keras untuknya. Sekurang-kurangnya, kalau boleh kita jangan mati dalam keadaan masih berhutang dengan diri sendiri.

"Bekerjalah seperti hidup akan selamanya, beribadahlah seperti ajal itu esok hari".
Photobucket

Sunday, December 19, 2010

Lets kill two birds in one shot.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 19, 2010 0 komen best
Dulu masa sekolah, kami malas betul pegi riadhah petang. Maklumlah, kawasan sekolah berbukit.. kalau riadhah kena panjat bukit baru sampai padang. Kata cikgu, boleh dapat pahala. Tengok langit dapat pahala, tengok burung dapat pahala, tengok rumput pun dapat pahala.

'Aik, macammana nak dapat pahala dengan tengok je? tengok pun dapat pahala ke?' kata hati.

Cikgu pun sambung kata-katanya... "dengan syarat kita ucap alhamdulillah".. (selalunya kita pandang sesuatu tu takda makna pun, kan? pandang kosong je..)

Kata-kata cikgu saya tu simple tapi bermakna.

Satu hari, dalam satu perjumpaan, cikgu saya tegur tentang stokin. Masa skolah, kami hanya pakai stokin untuk pergi sekolah je. Sebab wajib. Dan kasut pun kasut kanvas bertutup. Kami pergi DS (Dewan Selera) tak pakai stokin pun..

Pastu, cikgu cakap; "Kenapa awak pakai stokin waktu pegi kelas ngan prep je? Waktu pegi kelas je ke kaki tu aurat? Lepas kelas dah tak aurat eh?"

Pertanyaan yang menyentak hati. Mungkin kami hanya dididik untuk mengikut rules tanpa diberitahu apakah natijahnya.

Apabila saya perhatikan jari saya, yang mempunyai garis-garis halus,dan tangan saya mempunyai liang-liang roma yang begitu kecil, saya terasa kerdil sekali. Allah begitu teliti mencipta hambaNya.


Photobucket

Tuesday, December 14, 2010

Sebelum terlena..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, December 14, 2010 0 komen best
Harini, saya berpeluang melawat seorang yang berada dalam keadaan tidak bermaya untuk bergerak. Apatah lagi berjalan.

Bermacam-macam yang bermain di fikiran saya sepanjang ziarah itu.

Allah telah menarik nikmat.

Saya, bagaimana jika saya yang terlantar sakit begitu.

Saya mungkin akan give up dengan kehidupan ini. Sakit itu tarbiyyah. kaffarah. Cinta.

Untuk mengubat kelalaian, kita harus selalu menziarah orang sakit.
Untuk mencintai kematian, kita harus selalu mengingatkan diri kita tentangnya. Sebab pesan nabi; "orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati mati".

Sebelum kita tidur, kita mesti fikir kat mana kita nak tidur, kan?
Photobucket

Sunday, December 12, 2010

Perhatian: Sila mandi sebelum pergi exam

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 12, 2010 0 komen best
Beberapa pesanan penting sebelum kertas peperiksaan terakhir:
  1. Lain kali study awal. Jangan bagi alasan tak cukup masa. Tolonglah!~
  2. Sila manndi sebelum pergi exam. Annoying betul naksuruh orang lain bau badan korang. yucks, yucks!
  3. Sila pakai baju bersih yang baru lepas basuh letak fabric softener. Saya tak sanggup nak tutup hidung guna sweater semasa exam kerana sibuk nak menulis.
Haih. Janaganlaaaaaaaaaaaa buat perangai yang mengganggu konsentrasi orang lain nak jawab exam. Student universiti dah, kan? Since sekarang ni sistem baru nombor meja ditetapkan, saya dah tak boleh tukar meja lain kalau dapat sebelah lelaki berbau busuk ke hapa. I beg you all, friends!

Maaf kerana emo :P Tapi saya tak suka ada animasi pembunuhan dalam otak saya semasa menjawab exam. :PPPPPP
Photobucket

Saturday, December 11, 2010

Is it possible for Nigerians to marry local Malay girls like you?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, December 11, 2010 0 komen best
I said, "yes".

Then he said, "oh, its possible when they both do love each other, right?"
"Marriage is not really about love, right?" I replied.
And, he look suddenly shocked for what I have said, and he explained,

"Shikin, without love, how can you live with someone who is perfectly strangers, whom you shared your life, life in the same house in the same bed, doing everything for him and giving birth for the child... You possibly wont do that without love, right?"

Suddenly the librarian(s) come to tidy up the books and chairs upon the library closing time. And his word regarding love and marriage, they trapped in my mind.

I forgot to mention to him 'when it was fated, then its possible. why not?'

Sebenarnya semua yang telah lelaki ini explain sudahpun diterangkan Pakcik Rosdi dalam seminar Cinta berpaksikan Wahyu.

Mungkin dia, pada masa dia bertanyakan soalan itu kepada saya, dia mempersoalkan perbezaan bangsa, warna kulit, negara asal dan lain-lain konflik lagi yang saya tak terfikirkan.

Photobucket

Friday, December 10, 2010

Ni semua agenda jahat, kan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 10, 2010 2 komen best
Apabila terdedahnya sesuatu perkara, bahawa ia adalah agenda musuh Islam (Yahudi, terutamanya), maka kita semua melatah cepat dan mengeluh.

Sebagai contoh, pada ramadhan lalu kita dikejutkan dengan iklan Aidilfitri bercelaru dengan tema krismas. Sebelum itu, video 'The Arrival' yang sudah begitu lapuk di mana-mana tiba-tiba hangat diperkatakan golongan yang lebih kurang sebaya saya: remaja. (Sebenarnya video itu sudah cukup lapuk, sudah 2 tahun lepas saya mengetahui kewujudannya).

Mungkin ya, itu semua agenda kafir laknatullah. Tapi kita ni robot bodoh ke yang terima saja apa-apa maklumat yang diberitahu orang? Adaah kita kaji semula maklumat yang kita dapat?

Kebanyakan daripada kita percaya bulat-bulat apa yang disuap media kepada kita. The Arrival, umpama telah menjadi satu sembahan apabila kita terus percaya tentang kewujudan piramid zaman purbakala juga adalah satu konspirasi.

Hei, fikirlah.
Kenapa kita nak agungkan piramid yang mengisi fir'aun, orang yang Allah laknat kerana mengaku dirinya Tuhan? malah kita mengagungkannya sebagai 7wonders. Kerana ia tak diterima bumi, Allah ilhamkan manusia pada zaman itu untuk mengawet kemudian menyimpannya di dalam piramid. Tak wonders pun..

Tak logiklah kalau semua benda jahat tu Allah izin ia berlaku.. Allah knows best. Kalau kita terus je percaya semua yang berlaku kat dunia ni kerja Illuminati, kita ada masalah dengan akidah kita. Cepat-cepatlah mengucap syahadah semula.

Kalau taknak rasa jahil, kajilah dulu setiap apa yang kita peroleh. Allah suruh kita percaya 6 perkara, bukan yang lain daripada tu!

Minda kita lebih jahat menipu dan tertipu. Minda tak matang. Tak ada keyakinan.

Alangkah baiknya kalau kita ummat yang sensitif dengan isu Palestin sehebat kita sibuk mewar-warkan isu illuminati. Kita mempromosi illuminati lebih hebat dari promote agama Allah! astaghfirullahal'azim.. hebat betullah kita ni ye?

Kalau sirah pun tak habis baca lagi, takyah cakaplah pasal isu yang kita sendiri tak tahu.

nota: yang saya tekankan di sini ialah bukan hal betul atau salah, tapi kajian kembali terhadap apa yang media feed kepada kita. Kita bukan robot sistem, kita ada otak, jadi, manfaatkanlah!

Photobucket

Thursday, December 09, 2010

Rasa tak layak

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 09, 2010 0 komen best
Jiwa & Kehidupan
yang kuat atau lemah, yang hidup atau mati itu adalah jiwa kita.
Ketika jiwa kuat, masalah besar dirasakan kecil.
Namun, ketika jiwa lemah, masalah yang kecil-kecil saja sudah mampu menjadikan kita lupa diri.

Kata-kata diatas dicatat ketika Retreat'10 daripada kata-kata Ustaz Ali Irfan. Memang betul, ketika jiwa kuat, apabila ada masalah menghalang saja, terus penyelesaiannya pop-out dalam kepala dan hati berbisik, "Allah kan ada.."..

Namun ketika hati rasa lemah, segalanya menjadi kucar-kacir. Diri tidak lagi proaktif dan lincah melaksanakan sesuatu seperti sebelumnya. Jujur saya katakan, ianya menjadi penyebab untuk saya berkali-kali mempunyai keinginan untuk menutup terus blog ini. Kerana ada satu persoalan yang selalu timbul di benak ini, "layak ke aku tulis macamni?"

Saya benar-benar rasa tak layak untuk menjadi seorang da'ie atau bergelar da'ie. Saya takut sekali menggunakan gelaran itu kerana takut diri ini membawa fitnah. Pada saya, seseorang yang bergelar da'ie itu sempurna. Sempurna dan sensitif dengan dosa pahalanya. Malu kerana sentiasa merasakan CCTV Allah ada di mana-mana.

Namun bila berfikir saya taknak lagi menjadi da'ie kerana rasa tak layak, timbul pula persoalan lain;

"tanpa menjadi da'ie apalah saya ni sebenarnya. Hanya menjadi empty shell tanpa nilai."

Dalam satu slot pengisian, Ustaz Ali ada berkongsi kata-kata ini; "dakwah ini adalah satu bekalan terbaik yang boleh kita persembahkan di hadapan Allah. Ia adalah satu peluang, kerana dengan amal kita sendiri untuk dipersembahkan pasti tidak cukup".

Sebenarnya semua orang itu da'ie, apabila dia mengucapkan "Laailaahaillallah.."
Saya tak ingin ada calar di belakang saya di akhirat kelak tanda lari dari medan jihad. Nauzubillah.
Photobucket

Wednesday, December 08, 2010

Cinta dan Benci

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 08, 2010 0 komen best
The eye of redha is blind to any defect,
but the eye of displeasure expose all of displeasure
-Ibnu Qayyim

Kata-kata di atas membawa maksud, mata cinta hanya melihat yang indah-indah dalam diri orang yang dicintai sedangkan mata benci melihat cacat-cacat yang ada pada diri yang dibenci yang orang lain nampak. 

Ini fitrah kita; benci boleh berubah menjadi cinta, dan begitu juga sebaliknya. Tetapi percayalah, kebencian takkan bertahan lama berbanding dengan cinta, kerana cinta adalah antara tenaga yang paling kuat. Seseorang itu takkan berkorban kerana kebencian, tetapi kerana cinta.

Dalam setiap diri orang yang tidak disukai itu, pasti ada kebaikannya. Didiklah diri untuk mengingati setiap kebaikannya, dan lupakanlah kebencian. Benci itu ibarat api dalam sekam..

Hasan al-Banna pernah ditanya: Salahkah bercinta?
Jawabnya: "Cinta yang HALAL itu HALAL, cinta yang HARAM itu HARAM.."


Maka, bangunkanlah cinta berteraskan Islam. Berdoalah bahawa, ketika Allah memberi kepada kita perasaan jatuh cinta, ketika itu kita telah bersedia.

nota penulis: entri ini ditulis berdasarkan dapatan daripada forum Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu di UiTM Arau pada 2 Oktober 2010.
Photobucket

minta yang terbaik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, December 08, 2010 0 komen best
Pernah tengok tak budak kecil merengek minta sesuatu daripada ibunya?

Masa dah besar ni, saya lihat anak kecil begitu manja. Mintalah apa saja, mudah dapat. Ibu bapa juga yang letih nak melayan, sebab kalau tak dapat apa yang diminta, merajuk. Saya dulu tak begitu. Kalau abah tak izin apa yang kami mahu, kami diam je. Abah hanya beli keperluan yang betul-betul perlu je. Sikitpun kami adik-beradik tak merajuk, walaupun abah taklah garang sangat. Anak-anak sekarang, sampai dah tua bangka, kalau tak dapat restu nak kawin, lari.

Macamtu ke kita dengan Allah? Bila rasa Allah tak tunaikan permintaan kita, kita merajuk dan putus asa dengan Allah? astaghfirulahal'azim.. janganlah macamtu..

Sebenarnya Allah dah tunaikan pun segala yang kita perlu. Kita je tak sabar, kan? Believe it, Allah knows best. Tak rugi kalau sabar.

Ganbatte! Allah suka orang yang berusaha!
Photobucket

Sunday, December 05, 2010

pemain atau penonton?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, December 05, 2010 4 komen best
sampai satu tahap dalam kehidupan ini, kita perlu duduk dan muhasabah.

Apakah sebenarnya nilai diri kita ni? Apakah yang kita lakukan selama ni we can say it worth it?
Siapa kita dalam kehidupan kita sendiri, pemain, atau penonton layarnya, kemudian komplen itu dan ini?

Mungkin kita lebih suka menjadi penonton dan menunggu lalu bertanya; whats next?

Photobucket

Friday, December 03, 2010

kawan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, December 03, 2010 5 komen best
Setiap kali saya berpeluang berkenalan dengan seseorang, hati mengucapkan syukur yang teramat sangat..

Perkenalan, kalau ia dijaga akan membuahkan kemesraan, kasih sayang dan kehangatan.. Berdoa supaya Allah menjaganya kerana kita pasti tidak mampu menjaga orang yang kita kasihi setiap masa.

Mungkin ada yang rasa aneh apabila membaca penyataan ucapan syukur saya apabila berkenalan dengan seseorang. Seorang perempuan, terutamanya.

Bagi saya, seorang kawan itu anugerah. Tak kiralah seteruk mana dia membuat kita menghadap sesuatu yang tak kita sukai. Sebab pada awal perkenalan lagi, kita telah ditentukan untuk bertemu dengannya. Dia adalah takdir kita, mungkin kita boleh belajar sesuatu darinya.

Kawan itu anugerah. Semasa saya mula mengenal proses pemurnian diri, saya sentiasa berdoa supaya dikurniakan sahabat, kerana hidup ini dirasakan terlalu sunyi tanpa ada yang selalu menemani diri melewati kuliah, mengulangkaji dan melakukan tugasan bersama. Saya selalu menerima pertanyaan, "sorang je ke?" sehingga saya terasa amat malu.. kerana memang tidak manis kalau kita selalu bersendirian.

Bukan saya terlalu memlih atau cerewet, kawan memang ramai, tapi sahabat belum tentu.

Kawan itu anugerah, dan ia juga sementara. Friendship Forever?
Yang 'forever' itu hanya Allah.
Friendship boleh menjadi forever apabila kita bersahabat kerana Allah, dan meminta Allah menjaga dan memeliharanya.

Peliharalah persahabatan, dan janganlah mengeji sahabat kita sedikitpun walau dalam hati.. Mulakan persahabatan dengan bersangka baik.. Berkasih sayang dengan sahabat adalah satu latihan untuk kita.. Beri hadiah, ucapan hari lahir, kata-kata dorongan dan semangat, bersabar.. Semua itu satu latihan kepada diri..

Alhamdulillah, semakin hari, semakin ramai orang yang hadir dalam hidup saya untuk saya ambil tahu tentangnya.. saya mula tersedar hal ini apabila saya mendapat seorang kawan baru dan dia menyebabkan saya berasa alangkah indahnya hidup saya ni yag mempunyai ibubapa yang baik, adik-beradik yang understanding dan orang-orang yang berada dalam dunia saya baik belaka semuanya..

Namun, setiap persahabatan itu ada ujiannya.. syaitan dan iblis yang bencikan manusia berkasih sayang sentiasa berusaha memusnahkan persahabatan.. Jadi kita perlu sentiasa berdoa agar terpelihara daripada kerosakan hati angkara musuh kita.. Bukan senang nak memujuk hati, kadang-kadang takde angin takde ribut kita suka-suka je nak rasa marah untuk hal kecil yang tak perlu..

Bersahabatlah kerana Allah, dan bersyukurlah memiiki persahabatan..

**persahabatan yang dimaksudkan dalam entri ini ialah persahabatan antara sesama jantina sahaja.. tidak melibatkan jantina bercampur lelaki-perempuan.
Photobucket

Thursday, December 02, 2010

I'm yours ??

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, December 02, 2010 6 komen best
I'm yours, you're mine?

He's mine, not yours?

We belong together?

hohoho.
Saya pernah menghalang kawan saya daripada 'approaching' seseorang yang dia suka semata-mata sebab dia sudah berpunya. Kemudian kawan saya kata, "kalau orang dah bertunang pun boleh putus, apatah lagi yang sekadar couple je" (which means, orang dah kahwin pun boleh bercerai, kan?)

Sedarlah. Dont be too childish.

Kalau anda pernah, ada orang berkata 'i'm yours , you're mine, we belong to each other etc etc yang boleh buat hati anda cair macam aiskrim apabila mendengarnya, orang itu sebenarnya tidak sedar, atau mungkin terlupa bahawa dia sendiri tidak berhak ke atas setiap urat nadinya sendiri yang berdenyut.

Kita tak tahu apa yang menanti di hadapan. Kita biasa mendengar, "Sayangilah seseorang sekadarnya, boleh jadi dia akan menjadi orang yang kamu benci. Bencilah seseorang sekadarnya, boleh jadi dia akan menjadi orang yang disayangi"

Ramai sekali di antara kita yang terfikir, "macammana aku nak kawin kalau tak couple dulu"?
Ramai juga antara ibubapa yang berfikir, "macammana anak aku nak kawin kalau dia tak cari pasangan dulu?".. Malah, berlagak sporting bila membiarkan anak dating di luar rumah.

Tolonglah. itu bukan sporting  namanya. Itu dipanggil irresponsible a.k.a tak bertanggungjawab. Tak cukupkah kebejatan sosial yang ada sekarang untuk menyekat tahap sporting?

Jangan gah dengan dosa yang kita buat dengan menayangkannya kepada umum: facebook, blog, dsbg. Jadilah orang yang bermaruah, yang tak merendahkan agama!
Photobucket

Friday, November 26, 2010

Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 26, 2010 0 komen best
Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita, disambut pada 25-27 November.

Sambutan ini macm boleh dibaca secara: "Hari Antarabangsa Menangani Keganasan oleh Lelaki".

Sampai bila?

Sampai bila kita nak bertungkus lumus menganjurkan program kesedaran begini, tapi rakyat macam tak ambil peduli pun pasal apa-apa yang kerajaan anjurkan. Saya terasa rindu pula pada satu zaman dimana apabila pemerintah menyarankan sesuatu, rakyat bergerak mengikut rentak. (Saya maksudkan masa pemerintahan berpengaruh Dr. M).

Dek nak buat sambutan ini, apakah pihak penganjur berfikir tentang sejauh mana keberkesanannya terhadap jenayah kemanusiaan?

Lebih baik mencatasnya dari akar umbi. Laksanakan Islam yang syumul. Meminta kepada Yang Memiliki segala Kekuasaan untuk menghapuskan keganasan.

Tidak ada masalah yang tak boleh selesai. Tak perlu pun menyambut "Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita", sebab wanita itu diangkat darjatnya dalam agama Islam. Orang yang tak menghormati wanita, sebenarnya tak menghormati  diri sendiri.
Photobucket

Thursday, November 25, 2010

Boleh ke lelaki simpan gambar perempuan?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, November 25, 2010 4 komen best
Boleh ke ye?

'Hala.. apa salahnya, gambar je pun..' bisik sang iblis, lalu hati pun bersetuju. Memang tak salah, kalau gambar yang disimpan itu adalah gambar muhrimnya, isterinya, mak mendakan sepupu tiri saudara kepada tok cik sebelah ibu. Yang menjadi persoalan, apabila seorang lelaki menyimpan gambar perempuan ajnabi. Begitu juga perempuan, jika dia menyimpan gambar seorang lelaki bukan muhrimnya.

Ada apa dengan gambar? Kenapa pasangan-pasangan 'haram' suka simpan gambar masing-masing? Boleh ke ambil gambar perempuan dengan lelaki? Saya ada membaca daripada sebuah buku fiqh karangan al-Buti, dan huraiannya agak panjang tentang hukum gambar dan ambil gambar. Jumhur ulama' bersetuju mengatakan bahawa melukis gambar yang menyerupai makhluk hidup adalah haram, tetapi bukan pada fotografi. Dan, ingin saya berkongsi sebuah artikel berkenaan gambar. Semoga bermanfaat.


Salam.
Muqaddimah
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. Tiadalah terlalu salah untuk memaparkan gambar  anda, ya muslimah sekalian, namun, sayangnya, anda terlupa bahawa gambar yang anda posting itu adalah gambar sebesar skrin 17 inci! Setiap butir jerawat dan bulu halus di muka anda terpampang rapi!
Muslimah & Gambar : Ada apa dengannya?
Tidaklah tujuan saya mengaibkan kalian. Saya adalah rakan kamu. Sahabat kamu. Yang enggan melihat wajah-wajah anda itu, dipaparkan sewenang-wenangnya kepada orang. Biarpun wajah bukan aurat mengikut sesetengah mazhab, namun tatkala fitnah mengundang, tidakkah ia melayakkan ianya ditutup dari pandangan umum?
Muslimahku,
Dunia internet semakin berkembang maju. Satu hari, satu weblog, mungkin berjuta-juta orang yang melihatnya setiap hari. Di kalangan mereka ada yang bagus, yang menundukkan pandangan selaras firman Allah dalam Surah An-Nur “Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan.” Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup.
Muslimahku,
Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati.
Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda….Hanya kerana satu kesilapan yang mungkin anda tidak terniat, wajah anda terpampang besar di internet!
Gambar adalah bayangan realiti. Namun mungkin juga ia fantasi. Kadangkala tertipu juga lelaki pada fantasi Photoshop, Fireworks dan seribu satu pengedit gambar lagi. Kalau itu memang tujuan anda, anda tanggung sendirilah. Tapi kalau niat anda cuma berkongsi, dengan tanpa sedar mengajak fitnah bertandang, maka amaran saya, hati-hatilah!
Penyelesaiannya
Andalah sahaja yang mampu menyelesaikannya. Bukan orang lain. Diri anda, andalah yang harus menjaganya. Apa tujuan anda bertudung dan menutup aurat? Bukankah kehendak syariat dan ingin menutup pandangan orang kepadamu? Maka, soalan saya, menundukkan pandangan bukan kehendak syariatkah? Memaparkan wajah anda besar-besar menutup pandangan orang terhadap andakah?
Kerana weblog-weblog dan web foto itu milik anda, seharusnyalah anda kecilkan wajah-wajah anda dengan mengecilkan saiz gambar itu. Banyak cara boleh dilakukan menggunakan perisian pengedit gambar. Belajarlah daripada yang tahu. Hindarkanlah aksi-aksi dan posing-posing yang hanya akan menambahkan lagi kerosakan jiwa masyarakat. Sekiranya niat anda hanya ingin berkongsi dengan rakan muslimah anda, lakukanlah secara tertutup. Elakkan posting yang boleh dilihat oleh segala macam jenis orang. Kalau lebih mudah, anda kirim saja emel bergambar pada rakan muslimah anda itu.
Ingat, wajah anda, anugerah Allah. Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja.
Wallahu A’lam.
Peringatan juga buat diriku yang sering lupa…
sumber: [Catatan seorang pengemis]
Dalam sebuah perbincangan dengan kakak senior, dia berkata, "memakai tudung itu adalah tanda kerendahan hati seorang wanita kepada Rabbnya."

Kepada rakan-rakan muslimah, juga kepada muslimin, mintalah kepada Allah agar diperteguhkan iman.. Dan doakan kebaikan untuk saya..

Link berkaitan:
Letak gambar muslimah di Facebook
Bahaya nafsu Lelaki

Photobucket

Wednesday, November 24, 2010

Episod arnab dan kura-kura yang seterusnya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 24, 2010 2 komen best
Belum pernah lagi orang tanya saya kenapa saya masuk universiti.

Sebelum saya menjejak so-called 'menara gading' ini, saya sendiri tak nampak kenapa saya memilih untuk masuk universiti. Saya tak nampak jalan lain untuk meneruskan kehidupan selain melanjutkan pelajaran. Yang saya tahu,  saya berhutang dengan ibu dan abah sepanjang hidup ini, dan hutang mesti dibayar dengan sekurang-kurangnya memberi mereka kegembiraan.

Banyak sekali salah anggap tentang kehidupan di universiti. Mula-mula bergelar mahasiswi, saya ingatkan kehidupan di sini senang, tak perlu struggle macam masa sekolah. Hakikatnya, inilah litar perlumbaan di mana segalanya bermula. Di sinilah anda akan melhat episod cerita 'arnab dan kura-kura' yang seterusnya. Penipuan, kelicikan, kejujuran, dan segalanya menjadi permainan yang digula-gulakan. Tinggal terpulang pada hati saja nak menggunakan cara yang betul atau salah.

Kita tidak pernah terlambat untuk kembali kepada jalan yang betul dengan membetulkan niat. Apabila saya gagal mendapat keputusan yang baik pada semester satu, saya mula mengubah persepsi dan membetulkan niat. Belajar bukan kerana nak jadi juara, bukan nak menang, tetapi belajar kerana nak menjadi manusia bermanfaat kepada ummah. Belajar kerana Allah.

Jalan menuntut ilmu ini amat sukar untu ditempuh. Semangat, mudah saja mengalah kepada nafsu. Pengaruh luaran cukup hebat menggoda apabila pengaruh dalaman tidak sekuat mana. Kata seorang murabbi; "Kita mahu menjadi seperti ikan di laut. Menongkah arus, bukan mengikut arus. Tidak masin walaupun tinggal di laut masin".

Kenapa kita masuk universiti kalau hanya untuk mendapat markah secukup rasa aja?

Selagi ada manusia boleh mencapai kejayaan, selagi itu kita yang manusia ini juga mampu mencapainya.

Sebenarnya artikel ini ditulis untuk menyatakan kekesalan kepada diri dan rakan-rakan. Saya takut kalau ia ditulis setelah saya bukan lagi mahasiswa dan ia tidak sesuai pula untuk masa akan datang. Saya melihat ramai sekali rakan-rakan yang bukan dari keluarga senang mensia-siakan kehidupan di universiti. IPTA, memang biasanya dihuni oleh pelajar dari latarbelakang kewangan kelas pertengahan dan bawahan. Tapi, masih ramai lagi di antara kita yang belum dapat mengenalpasti hala tuju hidup yang sebenarnya. Sayang.

Kalau anda rasa jalan hidup anda sama saja: belajar, graduate, kerja dan kahwin kemudian dapat anak, menjaga keluarga, kemudian mati. Itu saja ke? Kalaulah syurga semurah itu...

Kura-kura pun ada strategi untuk mengalahkan arnab. Arnab pula, yang sudah tahu kemampuan untuk mengalahkan kura-kura berlengah-lengah di pertengahan jalan.

Jangan buat sesuatu kerana mengikut arus tanpa mengetahui tujuan ianya dilakukan. Ia akan menjadi perkara yang sangat merugikan. Jangan belajar hanya kerana kawan anda melakukannya, kelak apabila dia gagal anda pun turut sama juga..!

Jadilah seperti minyak, apabila ia bergaul dengan air, ia masih tetap minyak.. (tak pastilah boleh pakai ke tak perumpamaan ni.. :)  )
Photobucket

Sunday, November 21, 2010

Abah, dan motivasinya.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 21, 2010 2 komen best
Apabila seorang anak mula beranjak dewasa, dia mula suka menyimpan masalahnya sendiri.

'Takut menyusahkan', fikir sang anak. Biasanya bapa-bapa dan ibu-ibu kepada teman-teman yang saya kenali tidak begitu terbuka dalam menyelami pemikiran anak yang meningkat remaja, malah lebih suka berfikir bahawa 'anak aku sudah besar dan matang' dan 'dia sudah boleh mengatur masalahnya sendiri'. Setiap bapa dan ibu, ada caranya untuk mendidik anak, saya tak nafikan. Tapi ini menyebabkan anak-anak lebih suka untuk mengadu pada kawan-kawan.. Ketidakmatangan kawan-kawan biasanya tidak membantu anak-anak menyelesaikan masalah.

Masa saya masih mentah (sekarang masih belum 'masak' lagi tapi dah tak mentah dah), apabila saya mengajukan masalah kepada abah, abah suka memberi respons 'ambil mudah'-everything is OK and easy for him. Biasalah, saya perempuan, suka fikir masalah rumit. Masalah senang pun jadi susah. Ibu? Biasanya ibu pun macam abah juga. 2x5=10. hehe.

Sebenarnya motivasi yang abah beri setiap kali anak-anaknya mengajukan masalah adalah luar biasa. Abah berkata, "kalau tak susah, bukan exam namanya. Baik takyah duduk exam kalau exam tu senang".

Sebaris kata yang bisa membuat hati ini rasa lebih bersemangat, ringan dan tenang.
**abah adalah seorang lelaki Johor sejati yang sukakan songkok senget, baju teluk belanga dan sampin. Tapi entah kenapa dalam gambar ni abah tak pakai sampin style Johor. terlupa kut. :D

**Kawan-kawan, lepasni bolehla try tanya ayah dan ibu masing-masing apa yang boleh dibuat bila hati rasa kusut dan masalah melanda. Mereka amat matang dalam memberi nasihat melalui pengalaman hidup.

Photobucket

Friday, November 19, 2010

Adakah anda berumur ±20 tahun, dan seorang pelajar universiti?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 19, 2010 5 komen best
If so, act like one.

Jangan manja sangat. Sultan Muhammad al-Fateh menakluk Constantinople dan menghancurkan empayar Byzantine pada umurnya 21 tahun.Kita? Merengek lagi macam anak-anak. Masih berfikir masalah kecil-kecil semudah rasa gerun nak jawab exam.

Bangkitlah, syabab!

Kalau sudah bergelar pelajar universiti tu, maka letakkan diri sendiri pada tempatnya. Act like one!

**sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemau dan lalai. Dah lama tak 'berisi' agaknya. Rasa Rindu!

Photobucket

Thursday, November 18, 2010

x.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, November 18, 2010 0 komen best

hopefully. I, suddenly become an empty shell and losing all my strength.
Photobucket

Sunday, November 14, 2010

I dont know why i was sooooo much better back then

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, November 14, 2010 0 komen best
We always think that we were better in the past.

But in the past, we feel like we were better before that.

And before the past, we thought we were better before that.

Hey! wake up! Were we better when we were kids? or still babies? No, we are babies no more. We have a life to lead, to continue, to be take care of. How would we take care of a life when we think like a babies?

"the greatest person is the one who is better then yesterday"

Mungkin kita tak suka apa yang kita hadapi pada masa sekarang, tetapi kalau itulah harga yang mesti dibayar untuk menghidupi esok yang lebih baik, tak mengapalah. I'm sure, it'll be worth it! Allah knows better!
Photobucket

Saturday, November 13, 2010

If you can't avoid it, just enjoy it!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, November 13, 2010 0 komen best
Sedangkan langit pun tak selalu cerah, apatah lagi hidup manusia yang sentiasa 'kuchalana' lagi meriah dengan macam-macam masalah nak dihadapi.

Saya percaya setiap orang mempunyai satu obsesi iaitu sukakan kesenangan dan membenci kesusahan. Siapa suka exam? Siapa suka banjir? Siapa suka Applied Statistics yang memeningkan kepala itu? Siapa suka menghafal Business Law yang begitu cerewet dengan banyak akta dan peruntukan? Siapa? Siapa?

hehe.. ayat nak power je..

Tak ada sesiapa suka jadi bodoh. Tapi tak bermakna saya suruh kita enjoy jadi bodoh. Sebab bodoh boleh dielak dengan mencari ilmu. Yang saya maksudkan di sini ialah benda yang tak boleh elak, contohnya macam exam yang wajib dihadapi setiap orang yang ingin menatap sehelai kertas bertandatangan dekan.

Kalau kita tak dapat nak elak memiliki seorang roommate yang tak best jadi terimalah dia seadanya. Bersyukur, sekurang-kurangnya kita ada roommate untuk difikirkan kerenahnya.

So, just enjoy the SHOW! Hidup ni lebih best daripada menonton wayang. Wayang kehidupan.

SENYUM! ^_^
sekadar gambar hiasan :)

Friday, November 12, 2010

Ada blog, tapi tak boleh nak luahkan semua...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 12, 2010 6 komen best
Saya ada blog, tapi tak boleh nak luahkan semua..

Kalaulah boleh saya muntahkan je semua yang saya sedang fikir dan rasa, mesti best kan, encik blog? Hehe. Kalau saya jenis yang memuntahkan segala isi hati dalam blog sepertimana yag dilakukan pengguna-penggna facebook, mesti orang cakap saya ni cerewet, teruk, jahat, gemuk, ngada-ngada dan sebagainya. Ops. Tapi saya memang "cerewet, teruk, jahat, gemuk, ngada-ngada dan sebagainya" pun, sebab saya manusia biasa, bukan alien hijau bermata satu yang pendek dan gemuk macam dalam cerita Monster Inc.

Kalau mungkin saya jenis yang menulis segalanya dalam blog, mungkin ini adalah benda yang saya tulis:

  • "Saya benci mamat arrogant macam Encik O"
  • "Blogger X cerita pasal pakwe dia. eeeeuww~"
  • Saya beli pemadam warna putih kat Varsity Mall berharga RM1.50
  • Saya tak suka lelaki emosional
Ops. Ops. Please note that we are living i a world full of flaws. Ini bukan syurga. Ini dunia. Blog bukan tempat melampias marah, bukan juga tempat mengkritik, bukan permaidani alas tidur, bukan makanan sedap yang berbau harum, bukan. 

Blog adalah blog. Sebagai penulis, jadilah penulis yang rasional, bukan emosional. Saya nak jadi penulis yang bermanfaat, jadi, kalau tulis benda mengarut, mesti dah tak bermanfaat, kan? 

Photobucket

Berfikir seperti seorang ayah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, November 12, 2010 0 komen best
Saya percaya, semua orang yang pernah wujud atas muka bumi ini mempunyai ayah kecuali 3 orang. Alhamdulillah, saya dikurniakan seorang ayah yang baik dan penyayang.

Seorang ayah sentiasa berfikir bagaimana untuk mengisi perut anak-anaknya. Sentiasa mahu memenuhi keperluan si anak.

Tanggungjawab seorang bapa itu bukanlah semata-mata cuma memberi makan kepada anak persis menternak ayam, bukan. Ayah adalah role model kepada anak-anak.

Mari kita berfikir seperti seorang ayah.


  1. Belajarlah bersungguh-sungguh dan bekerjalah bersungguh-sungguh. Sebab seorang ayah sentiasa bekerja bersungguh-sungguh untuk memenuhi keperluan tanggungannya.
  2. Gunakan wang belanja secermat yang mungkin sehingga tidak meminta belanja tambahan daripada ayah kita (kerana mereka pun ada keperluan sendiri: rumah, kereta, bil2, etc). Sebab ayah kita selalu berbelanja secermat yang mungkin kerana teringatkan keperluan anak-anaknya.
  3. Terimalah siapa bapa (dan ibu) kita seadanya. Sebab dia sentiasa menyayangi kita seadanya. Sepertimana seorang anak tidak dapat memilih siapa bapanya, begitulah jua ibubapa, mereka pun tak memilih siapa anaknya (cacat, buta, jahat etc).
  4. Sentiasa mengamalkan budi pekerti mulia. Ayah (dan ibu) selalu menunjukkan contoh yang baik supaya anaknya memiliki sifat yang baik. Ini kerana, ke mana saja seseorang itu pergi, kalau dia berperangai buruk mesti yang pertama dipersalahkan ialah ibu bapanya. Diri kita ini adalah cermin kepada siapa ibu bapa kita.
  5. Belilah benda YANG PENTING SAHAJA. Kalau anda perasan, ayah jarang nak beli benda yang tak berguna macam lampu pelita waktu raya. Bukan sebab dia lokek atau kedekut, tetapi ayah rasional dalam mengurus kewangannya.
  6. Oleh sebab ayah kita tidak menternak kita sepertimana menternak lembu dan ayam, begitu jugalah kita. Janganlah bagi makan je pada diri kita ni, tapi berilah hak-hak diri kita sepertimana ayah kita menunaikan tanggungjawabnya pada kita: pendidikan, agama, kehidupan.
Kenapa ayah? kenapa saya tak sebut ibu?

nanti saya kena buat entri lainlah tentang cara berfikir seperti seorang ibu. :D (atau ada sesiapa yang dah jadi ibu volunteer nak buat entri ni? saya masih belum berkahwin, jauh sekali bergelar ibu).

**saya baru menonton muvie bertajuk Me & Baby. Berkisar tentang bagaimana seorang lelaki pelajar sekolah tiba-tiba mendapat bayi misteri. Memang susah nak jaga seorang bayi (baca: anak) kan?
Photobucket

Thursday, November 11, 2010

Beberapa update penting buat pelajar UUM-Semester depan hanya 90 hari!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, November 11, 2010 2 komen best
Semua orang telah maklum bahawa exam final Semester 1 sesi 2010/2011 telah ditunda 2 minggu dari tarikh asal. Bermakna tarikh peperiksaan bermula ialah 21 November (ketika univ lain sudah mula cuti =.= ) kerana cuti khas yang telah diberikan kerana banjir. Bersyukur seadanya, sebab persediaan mantap boleh dilakukan untuk peperiksaan nanti :)

Dan ini beberapa update penting yang dimaklumkan pihak pengurusan universiti melalui e-mel UUMLIVE dan portal HEA.

  • Tarikh praktikum telah berubah dari 13 Disember kepada 20 Disember 2010 (kerana tarikh akhir exam final ialah 13 Disember)-untuk makluman bakal pelajar praktikal sahaja
  • Cuti semester bermula 14 Disember 2010 sehingga 14 Januari 2011
  • Tempoh pembelajaran semester depan hanyalah 15 minggu (105 hari, dan jika ditolak cuti Jumaat, tinggal 90 hari sahaja).
  • Tempoh cuti semeter kedua adalah sangat amat terlalu panjang: 27 Mei-19 September 2011 (15 Minggu). Kenape? typo ke eh?
Memang best kan, belajar 15 minggu je? tapi kepala saya dah terbayang betapa pack-nya jadual semester depan dengan 7 subjek, dan hidup saya pasti akan dimeriahkan dengan segala kerja assignment dan mid term yang menggila!

Konklusinya, sapa ada facebook sila close account, sapa ada pakwe/makwe sila clash. Kita memang tak ada masa untuk pencuri-pencuri masa! Time is precious, so, GANBATEH!

*maklumat lanjut sila rujuk portal HEA dan akaun e-mel student masing-masing. Sapa yang belum log in account student live UUM, silakan activate. Kalau tak, memang terlepas banyak maklumat.


*saya amat berharap tarikh cuti semester kedua tu salah. Takkan la semester baru start pada September? Macam karut je.. 


*Saya rasa bersyukur sebab, setakat ni saya tak ambil bahagian dalam apa-apa program untuk semester depan setakat ni. Ada hikmah rupanya.. 

7 subjek, dengan 3 jam kredit setiap satu untuk sem depan: 21 jam kredit!
Photobucket

Wednesday, November 10, 2010

ICE

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 10, 2010 4 komen best
Sila cuba menyebut perkataan di atas.

Tetapi entri kali inibukan tentang ice yang sejuk dan merosakkan gigi itu, ini tentang I.C.E. ICE bukanlah sejenis makanan, tetapi ia adalah sejenis kenderaan rel (rail).
2 InterCity-Express-Züge in Köln Hbf

ICE adalah kereta api terpantas di Jerman dan antara yang paling laju di dunia (ranking ke-7 kot). Saya mendapat info tentang ICE yang baru dilancarkan melalui akhbar pada beberapa mingu lepas. Oh, terlupa pula nak kabo apa maksudnya ICE. ICE adalah singkatan kepada Eurostar Intercity. Eurostar Intercity mempunyai 15 gerabak yang boleh memuatkan 888 orang pada tahap maksimum. Nak tahu tak berapa harga sebuah koc (gerabak)? hehe.. 1 gerabak berharga RM 161 000 000 (RM161 juta), dan secara keseluruhannya sebuah ICE berharga RM24 bilion. 

Disebabkan saya agak jakun dengan benda macamni, jadi saya telah menyimpan data tentangnya dalam henpon semasa melihat berita tersebut. Cuba kira, berapa lamakah sebuah ICE perlu beroperasi untuk mendapatkan TPM (titik pulang modal)? 

Sem depan saya ambil subjek Pengurusan Rel (Rail Transport Management). Mesti best. Tak Sabar!

*teringat tentang kereta Gen 2 yang dipasarkan di luar negara menggunakan nama Eurostar sebagai nama komersial.
*ICE telah wujud lama dahulu, (since 1991). Mungkin saya adalah orang yang terakhir tahu tentangnya. ICE yang ada sekarang adalah cucu cicit kepada ICE yang pertama dan yang sekarang ini adalah generasi ke berapa entah, tak dapat info yang exact. Mungkin 4, mungkin 3. Web yang asal pula dalam bahasa German. Maklumat lanjut bolehlah diperolehi di sini (klik).
Photobucket

Tuesday, November 09, 2010

Bangsa yang kasihan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, November 09, 2010 0 komen best
Kasihan bangsa yang memakai pakaian yang tidak ditenunnya,
memakan roti dari gandum yang tidak dituainya
dan meminum anggur yang tidak diperasnya

Kasihan bangsa yang menjadikan orang bodoh menjadi pahlawan,
dan menganggap penindasan penjajah sebagai hadiah.

Kasihan bangsa yang meremehkan nafsu dalam mimpi-mimpinya ketika tidur,
sementara menyerah padanya ketika bangun.

Kasihan bangsa yang tidak pernah angkat suara
kecuali jika sedang berjalan di atas kuburan,
tidak sesumbar kecuali di runtuhan,
dan tidak memberontak kecuali ketika lehernya
sudah berada di antara pedang dan landasan.

Kasihan bangsa yang negarawannya serigala,
falsafahnya karung nasi,
dan senimannya tukang tambal dan tukang tiru.

Kasihan bangsa yang menyambut penguasa barunya
dengan trompet kehormatan namun melepasnya dengan cacian,
hanya untuk menyambut penguasa baru lain dengan trompet lagi.

Kasihan bangsa yang orang sucinya dungu
menghitung tahun-tahun berlalu
dan orang kuatnya masih dalam gendongan.

Kasihan bangsa yang berpecah-belah,
dan masing-masing menganggap dirinya sebagai satu bangsa.

oleh Khalil Gibran, Bangsa Kasihan. sumber: (link PDF).

my another genius favourite poet. May Allah bless him. :)
Photobucket

Monday, November 08, 2010

when home is sweet and campus is sweeter..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 08, 2010 0 komen best
Prinsip saya setelah sekian lama sejak sekolah dulu; rumah ialah tempat bermain dan sekolah ialah tempat belajar. Jadi saya bila berada di rumah (biasanya) takkan membaca sangat. (Tapi kalau di kampus memang bermain banyak!)

Universiti adalah padang tempat kita bermain dengan kehidupan. Padang yang masih terkawal dengan seribu peraturan dan agenda. Sesiapa yang tak ada strategi, dia akan kalah.

Universiti bukan lagi sekolah yang mengatur satu-persatu langkah kehidupan pelajarnya. Kita tak bolehlah nak harap kehidupan akan sentiasa memberikan kepuasan, sepertimana mengharap pensyarah memberi tips supaya exam boleh dijawab dengan senang. Ataupun mengharap pensyarah memberi soalan yang senang supaya ia mudah dijawab dengan jawapan goreng. Kita bukanlah robot universiti yang menghafal. Universiti tak wujud untuk melahirkan robot bodoh yang mengikut sahaja sistem yang ditetapkan padanya.

Sistem tak diwujudkan untuk mengawal, tetapi memudahan urusan manusia. Namun bila kita tersilap membiarkan urusan sistem, ia akan menjadi remote kehidupan.

Keadaan takkan berubah mengikut kehendak kita. Kitalah yang berubah mengikut keadaan. Janganlah manja sangat, wahai kawan-kawanku! Usahalah sikit untuk hidup!

"Dunia adalah jambatan menuju akhirat. Janganlah berkampung atau berumah di atasnya". 

So do univ, it is a place to leave. Anda datang ke universiti hanya untuk ditinggalkan suatu hari nanti sama ada berjaya atau tidak. Terpulang pada anda untuk menggunakan masa yang ada untuk memilih satu daripada dua: kejayaan, atau kegagalan.

Hidup ini hidup kita, tapi bukan kita yang memilikinya. Ia ibarat memandu sebuah kereta pinjam yang perlu dibayar insurans bulanannya, dipenuhi keperluan air dan minyaknya dan jika tidak ia takkan bergerak.

Ah. jari tidak mahu berhenti-henti menaip. Apabila menulis dalam keadaan geram memikirkan sesuatu, maka inilah jadinya. Membebel macam nenek. Sekian, jazakumullah jika anda membaca sehingga perkataan ini. Sila Senyum :)
Photobucket

membunuh masa.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, November 08, 2010 0 komen best
Penyakit yang paling susah diubati ialah penyakit lalai.
Photobucket

Wednesday, November 03, 2010

Sila abaikan entri ini. Saja mengarut :p

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, November 03, 2010 2 komen best
Ehem. Musim batuk, musim hujan, musim banjir. Dan saya masih di rumah, cuti-cuti Nilai.

Kalau nak rasa nikmat bercuti, pulanglah ke rumah sewaktu exam bakal menjelang. Memang rasa hilang ingatan pada exam dan hal-hal study. Kebetulan. Saya pulang pada waktu UUM dilanda hujan lebat tak henti-henti selama 3 hari. Rumah ummi Norsiah banjir pula. Sayang, saya tak ada di sana menghulur kudrat membantu yang termampu.

Sejujurnya, saya study tv aja di rumah. study buku pun tidak jualah :p Memang cuti sakan.  Saya fikir nak balik awal, seawal Rabu (hari ini). Tapi ibu macam berat hati je nak biar saya balik awal.. Kaki tangan pun rasa berat je nak mengemas barang.. pastu ibu masak sedap je hari-hari.. haih. Takleh jadi nih. Fatamorgana.

Isnin Exam oii.. balik la, ikin!

hehe :D

Photobucket

Wednesday, October 27, 2010

Menuntut ilmu sekadar untuk lulus exam?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 4 komen best
Dah lama saya tak berkongsi dapatan ceramah di sini.. Kali ni saya nak berkongsi sedikit dapatan forum yang bertajuk "Menuntut Ilmu Satu Ibadah, atau Sekadar Untuk Lulus Peperiksaan?" yang dianjurkan di DPP TNB semester lepas.. biarpun berlangsung pada semester lepas, tetapi sesuai sangatlah untuk dinukilkan sekarang.. 

Pada tiap-tiap penyakit itu pasti ada ubatnya, begitu juga penyakit paling besar pada manusia-penyakit lalai. Dan untuk mengubati kelalaian, seseorang itu mestilah berilmu. 

Ustaz Nizho sebagai panel forum ini membincangkan tentang kepentingan niat, dimana niat itu adalah kunci kepada amalan. Setiap orang itu juga, tidak lain, hanya mendapat daripada apa yang diniatkannya. Ustaz juga ada menyatakan 7 kemuliaan bagi sesiapa yang ada di majlis ilmu, iaitu;
  1. Mendapat kelebihan orang yang menuntut ilmu, dimana para malaikat merendahkan sayapnya
  2. Selama mana dia berada dalam majlis ilmu, selagi itulah dia terlepas daripada segala kesalahan dan dosa
  3. Apabila seseorang itu keluar daripada kediamannya untuk pergi ke majlis ilmu, maka rahmat akan turun kepadanya
  4. Apabila dia mula duduk di majlis ilmu, dia akan mula memperoleh rahmat dan keberkatan
  5. Ditulis padanya kebaikan
  6. Didoakan malaikat
  7. Kekebasan duduk di dalam majlis ilmu menjadi kaffarah kepada dosa-dosanya, diangkat darjatnya dan bertambahlah kebaikan kepadanya
Maka janganlah mendidik diri merasa keluh kesah dengan majlis ilmu...

Jika seseorang itu mempunyai niat yang betul, maka dia akan memperoleh kemuliaan darjat tanpa perlu bersusah payah. Ustaz Nizho menambah lagi, bahawa ada seorang ulama' berkata; Ada 3 perkara yang menjadikan amalan ikhlas, iaitu,
  1. Melihat apa yang Allah beri kepadanya adalah dari Alah dan milik Allah - maka hilanglah perasaan ujub pada diri
  2. Memulakan kerja yang dibuat untuk mencari keredhaan Allah - maka dengan sebab ini akan memecahkan dorongan hawa nafsu yang tak menyukai perkara-perkara baik
  3. Mencari ganjaran pahala daripada Allah - Walaupun sedikit tetapi berterusan, akan dapat memecahkan perasaan riya' dan tamak.
Seterusnya, panel kedua, iaitu ustaz Khadafi menerangkan tentang aplikasi ilmu. Katanya;

Tak ada nlainya ilmu jika diletak dalam kertas, dimana peperiksaan cumalah test untuk melayakkan kita ditauliah. Jadi, kita mesti berubah, iaitu dengan mula menggunakan akal dan ilmu.

Orang yang berilmu mestilah;
  • berakhlak
  • menyampaikan ilmu dan menyebarkannya
  • Memiliki akidah yang mantap dan mengaplikasikan ilmu
Berilmu tanpa beramal adalah gila, 
Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.

Sufian At-Tsauri berkata;
  • Yang pertama untuk mendapatkan ilmu ialah berdiam diri (memberi tumpuan kepada ilmu)
  • Kemudian mendengar dengan bersungguh-sungguh
  • Kemudian menghafal ilmu
  • Dan beramal dengannya-ilmu tanpa amal ibarat pohon kayu yang tak berbuah
  • Kemudian menyebarkannya.
Rasulullah telah bersabda,
"Jadilah kamu orang yang alim (berilmu), jadilah orang yang belajar. Kalau tidak, jadilah orang yang mendengar, Dan janganlah kamu menjadi orang yang bebal kerana ia menjadikan kamu orang yang binasa".

Akhir sekali, forum tersebut telah ditutup dengan satu doa yang berbunyi,
"Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami sesuatu yang baik itu baik, dan yang buruk itu buruk, supaya dapat kami pelihara diri kami daripada kejahilan dan kemaksiatan".

Semoga perkongsian ini bermanfaat fillah.. :)

Photobucket

i plan..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Dengan berakhirnya kelas Applied Statistic SQQS 2013 pada pukul 9.30pm tadi, maka dengan ini, saya mengumumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran semester kedua 2010/2011 melabuhkan tirainya. (Walaupun esok masih ada sebagai hari terakhir).

Dan, bermulalah study week untuk semester ini. Kebetulan, hari saya balik nanti adalah hari ulangtahun abah yang ke-50. Muda lagi kan, abah saye? :D Pesta Konvokesyen juga akan mula membuka tirainya pada 29 Oktober ini, dan berakhir pada 2 November (4 hari).

Bermula jumaat nanti saya takkan update blog kerana saya tak bawa laptop pulang bersama. Mungkin sebagai satu usaha untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada baby-baby comel dirumah, menolong ibu mana yang patut dan study.

Rasa sedih pula nak tinggalkan kawan-kawan di sini yang amat mengharapkan kehadiran saya untuk membantu mereka study bersama. Saya bukanah bijak pun, sebab sayapun memerlukan rakan-rakan untuk diajar supaya kefahaman saya dapat dikuasai dengan baik. Supaya kami ada give and take. Tapi, apakan daya, rindu saya cukup menggunung. Mungkin masa cuti seminggu ini juga adalah satu cara untuk saya berehat sebentar (ingin sekali bangun makan sarapan, kemudian lunch dan dinner yang tak memerlukan saya untuk menapak jauh~).

Saya ingin menghabiskan pembacaan untuk beberapa buah buku sedikit saja lagi. Dan masa seminggu pasti sekejap saja...

Cuma, balik saja dari cuti nanti, library pula tutup. :(

Photobucket

Preciously valuable

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 4 komen best
Bulan ini kegemaran menulis saya menggila. Jumlah entri sudah melebihi dari yang sepatutnya, walaupun saya tak pernah meletakkan limit apapun kalau menulis. Itu belum kira yang draft lagi, sebab saya rasa agak mengarut untuk diterbitkan, jadi beberapa post dibiarkan menjadi draft.

Ini adalah entri sebagai reaksi terhadap ceramah tadi. Saya baru aja balik daripada mendengar ceramah bertajuk 'Dilemma Anak Zina'.

Kadang-kadang apa yang berlaku diluar batas jangkaan kita.Sebelum saya hadir ke talk  tersebut, saya ingatkan ceramah ini berkisarkan hak-hak seorang anak hasil zina luar nikah, bagaimana dia menggauli masyarakat, dan bagaimana statusnya dalam Islam.

Jangkaan sama meleset sama sekali ke 0%. Maaf, pihak penganjur. Maaf, tuan penceramah. Alangkah baiknya kalau saya dapat mendengar tentang Dilemma anak zina ini daripada Prof Syukri (ah, saya memang ketagih ceramah prof Syukri sejak kali pertama mendengarnya.)..

Jauh sekali daripada intipatinya. Saya cuma dapat pengisian tentang 'permukaan' saja..

Bila kita menghadapi keadaan ini, mari kita ingatkan diri;

  1. Nasihat,masih tetap nasihat walaupun daripada seorang pencuri. Kita boleh mengambil ibrah daripada kisah lelaki pencuri yang mengajarkan Abu Hurairah ayatul Kursi, lalu Abu Hurairah menerima ajaran tersebut (Wallahu a'lam, pencuri itu sebenarnya iblis..)
  2. Jangan lihat siapa yang berkata, tetapi apa yang dikatakannya
  3. Hate the sin, not the sinners.
  4. Mungkin kita tak mendapat intipati sesebuah penyampaian itu adalah kerana kita tak ikhlas untuk mendapatkannya..
Ikhlas fillah, khalass!


Photobucket

Cinta mesti dirawat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Ada orang tak sedar kalau dia sedang sakit. Apatah lagi sakit itu membarah dalam jiwanya. Ishq, seperti nama saya.

Katakan saya adalah seorang doktor. Doktor cinta. (bukanlah macam dalam lagu Dr. Cinta yang tidak memberi makna munasabah itu). Tapi saya doktor takde tauliah laa~..

Saya pernah membaca dalam 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Abbas AsSissi, katanya, setiap orang itu adalah seperti doktor. Seorang doktor mestilah bijak mengkaji apakah penyakit seorang pesakit dan memberikan kepadanya deskripsi ubat yang betul, bukan main pakai hentam aja.

Saya juga pernah membaca dalam blog Ustaz Hasrizal, bahawasanya perkara dosa itu mesti dipatahkan (dipulangkan) dengan dosa juga / cara yang menyakitkan (begini kut, saya tak dapat cari perkataan yang tepat).

Maksud saya, kalau seseorang itu ber'couple', kemudian Allah telah memberi petunjuk kepadanya bahawa 'couple' itu adalah berdosa dan dibenci Allah, lalu dia mahu memutuskan hubungan yang tak terikat itu, maka dia mesti (tidak boleh tidak) menggunakan jalan memberitahu kepada 'couple'nya itu kebenaran. Kebenaran memang selalu dirasakan pahit bagi orang-orang yang tak mengerti kepentingannya.

Setiap orang itu pasti berbuat dosa. Saya andaikan kita ini sebagai orang yang terjun ke dalam gaung. Kita adalah kita, dan gaung itu kancah dosa. Bezanya antara kita ialah bagaimana kita berusaha untuk keluar daripada gaung itu. Dalam usaha keluar dari gaung itu, kadang-kadang kita bisa tergelincir semula kedalamnya kerana pautan kita yang tidak kuat.. Saya tak kata saya manusia baik, sebab sayapun tak terlepas dari perbuatan dosa.

Cinta mesti dirawat. Dan untuk merawat cinta, InsyaAllah, semester depan, sebagai satu kesinambungan terhadap 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu' tempoh hari (yang berlangsung di UiTM Arau), akan diusahakan pula seminar 'Merawat Cinta'. (Saya dengar Seminar ini pernah berlangsung, tapi saya tak pernah berpeluang mengikutinya)

Sementara menunggu, rawatlah cinta itu dengan memulangkan hati kepada Khaliknya..

Kerana dosa mesti dipatahkan dengan dosa,
Kerana saya hamba yang tak punya apa-apa walau setitis darah yang mengalir di tubuh ini,
Dan kerana jasad ini bakal dimamah bumi dan dimakan ulat,
Maafkanlah sesiapa yang cuba merawat cinta..

*Kata Abbas as-Sissi juga, setiap da'ie itu ibarat orang yang memberi hadiah kepada orang yang ditemuinya. Kefahaman itulah hadiah yang diberikan.
Photobucket

Monday, October 25, 2010

Toyol makan tuan!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 1 komen best
Selepas keluar daripada dewan exam, Shamil tersengih-sengih keseorangan. Melihatkan keadaan Syamil, Shamsul menghampiri, lalu bertanya;

Shamsul: Ko ni kenapa, Mil? Sengih sorang-sorang.. dah mereng ke jawab exam tadi?
Syamil: Taklah.. aku happy sangat ni..
Shamsul: nak happy pasai pa? susah gila soalan tadi.. Nak muntah aku meng'goreng'..
Syamil: itu la kau.. Lain kali ikut macam aku.. 'Toyol' aku menjadi...
Shamsul: Hoh? yeke? Semua soalan spot aku bagitau kau tu ko dapat jawab?
Syamil: ha la..jawab biar pakai ni.. (tunjuk dahi yang tak berapa licinnya)..
Shamsul: Meh aku tengok, mana 'Toyol' bertuah kau?
Syamil: (seluk saku seluar kanan.. kemudian kiri.. kemudian kanan semula.. kemudian kocek belakang seluar.. kemudian saku depan baju kemeja.. ) haih, mana pulok nih?
Shamsul: ko letak mana?
Syamil: (kembur pencil case.. keluarkan segala isi beg..)

nak tahu mana toyol tu? Toyol tu dah pergi serah diri dalam skrip jawapann Syamil. Sekian, terima kasih. hehe :D

moral of the story; tak payahlah nak berlagak kalau pakai toyol.. jujurlah dengan diri sendiri, barulah tak ada risiko.. ( cerita diadaptasi daripada cerita Encik Pensyarah).
Photobucket

Strictly NO DATING!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 0 komen best
Rasa macam nak buat kain rentang besar-besar letak kat depan blog ni, nak tulis: STRICTLY NO DATING!

Rasa nak print kertas banyak-banyak bertulis "STRICTLY NO DATING", pasang bunting secara besar-besaran.

Geram betul, tak faham bahasa ke ni blok perempuan? Dah malam-malam buta pun tak reti nak balik tido.

Hehe.. tu kalau saya mampu je nak pegi membebel kat orang dating yang menyemak selalu depan blok saya.. Nasib baik khemah yang selalu ada kat depan blok B ni dah alih, kalau tak, memang tak perasan ada pasangan yang sedang dating. Dalam gelap pula tu..

Teringat Pakck Rosdi cerita tentang anak muridnya yang nak sangat bercouple. Namanya, katakan D.

Bila teman serumah D tahu yang D ni bercouple, dia ajak D pergi ke dapur. Dia nyalakan api dapur gas. Dia ambil tangan D, lalu dia berkata, "Kalau hang rasa hang boleh tahan panas api ni, tak melecur, aku benarkan hang couple".

Menangis D dibuatnya, tak jadi couple dah pastu. Sedangkan api dapur gas pun tak tertahan, apatah lagi api neraka..

Suka baca blog Nur Areefah. Dia pernah menulis dalam blognya, "Kalau ada pasangan ucapkan sayang dan rindu pada kita, maknanya dia tak sayangkan kita(dia nak kita terhanyut sama dan disentuh api neraka)".

Strictly NO DATING!

Memang macam haram je ikin ni kan, cakap pasal neraka la apa la.. bukannya pernah tengok neraka pun.. (mungkin inilah kata-kata orang dalam hati..), tapi, Abu Hurairah pernah meriwayatkan, ketika mereka bersama dengan Rasulullah ada bunyi bergegar dan apabila ditanya sahabat apakah ia, Rasulullah menjawab, "itulah bunyi batu yang jatuh menjunam ke dalam neraka sejak 70 tahun dulu dan telah sampai ke dasarnya". diriwayatkan, Rasulullah tak pernah ketawa setelah itu sehingga ajalnya..

Malaikat Malik tak pernah tersenyum sejak neraka diciptakan. (Malaikat Malik ialah malaikat yang bertugas menjaga neraka).

Nak DATING jugak ke? saya sarankan anda bacalah buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha untuk memahami kepentingan dating dan couple dilarang dalam Islam. Kalau tak ada, saya ada boleh bagi pinjam.

Wallahu a'lam. Hiduplah dengan berkasih sayang yang Allah redha.
Photobucket

Sunday, October 24, 2010

firasat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 0 komen best
Asal balik dari PSB je, mesti mengadap dulu. Mesti duduk dulu. Kata ikin, cool down, sebab baru lepas berjalan-jalan.. Mesti tulis blog dulu. Astaghfirullahal'azim..

Sepertimana pasangan muda-mudi suka ucapkan pada pasangannya, "I want to be the first good morning and your last good night wish", begitulah yang ingin saya ucapkan pada library. Tetapi malangnya, pak guard yang selalu jadi the last person and the first one. Mungkin pak guard jeles dengan saya. Apapun, saya belum pernah lagilah makan tido kat PSB.. so library not yet considered as my loved ones, sebab bilik saya masih sweet untuk diambil perhatian, dan roommate saya masih ada untuk diambil tahu kebajikannya.

Saya pernah membaca,
"Orang yang beriman dikurniakan Allah firasat yang tajam dan benar..."

firasat ini, bukan dipandu nafsu, tetapi ia adalah firasat yang terpelihara.

Umar bin Abdul Aziz pernah takjub kepada seorang budak kecil. Diriwayatkan, ketika Umar sedang berkata-kata, ada seorang budak ikut campur, dan dia (budak itu) disuruh tidak ikut campur urusan orang besar. lalu budak itu berkata,"Seseorang itu dilihat daripada 2 perkara kecil, lidah dan hatinya. Kalau segala urusan ditentukan oleh usia, maka ada yang lebih berhak ke atas kerusi itu. Jika Allah memberikannya hati yang kuat dan lisan yang fasih, maka dia berhak berbicara."

Pagi tadi Kak Azila menceritakan kepada saya tentang Lim memarahi sahabatnya.

[baca di sini kisah Lim yang sebenar. Lim telah mengislamkan 20 orang sejak memeluk Islam, dan memarahi Talha kawannya yang tidak pernah menerangkan padanya tentang Islam].

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak.. jangan menangis kerana dicemuh orang, tetapi menangislah kerana Allah masih cintakan kita..Allah tak pernah mencintai hambaNya dengan apa-apa syarat.

Tak mungkin Allah mahu membiarkan hati ini kecewa. Jadi, Allah telah berfirman dalam kitabNya yang termulia; "Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan mereka mengubahnya sendiri.."

Its a kid's life

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 2 komen best
Harini saya ajar kawan saya buat blog. Namanya Wai Kit.

Wai Kit ni sangat handsome orangnya. pffffttttt..
Dia seorang fast-learner, sekali ajar terus dapat. senang je nak ajar Waikit buat blog.

dan...TADADAADADAAA..

ini blog waikit: http://ykid89.blogspot.com/
Its a kid's life!

*sebenarnya Waikit buat blog ni untuk kursus STID1013 (Aplikasi Komputer dalam Pengurusan). Subjek ni saya mungkin akan ambil semester depan. Semoga ianya mudah untuk saya :D
Photobucket

Saturday, October 23, 2010

Saya memang suka buat keputusan sendiri: keputusan bodoh mahupun bijak.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 23, 2010 4 komen best
Facebook, saya dah tutup secara total: dan saya yakini yang ia adalah satu keputusan yang bijak. Tak rugi walau sedikit pun. Kemudian, kakak saya bertanya dengan risau; kenapa kau tutup facebook?

Dan saya rasa banyak mengarut pula dalam blog ni. Rasa macam nak tutup blog ni pula. Saya ada seminggu je lagi untuk menulis. Hujung bulan, cukuplah nak tutup blog pun, kan,..

Bila roll back, dah hampir 2 tahun saya menulis di blog ni. Saya menulis untuk melatih diri menulis struktur ayat dengan baik.. blog ini juga secara tak langsung mencatat siapa saya yang sebenarnya..

Saya ada satu blog lagi, Nena's Reflection yang saya privasikan kerana ia adalah satu sisi dari diri saya yang tak mampu dikongsikan dengan orang lain..Siapa yang nak sangat tengok apa ada dalam Nena's Reflection tu, bolehlah hack.. tapi kena beringatlah, mencari tahu rahsia seseorang adalah termasuk dalam senarai dosa besar..

Mungkin blog ni saya tak tutup, cuma dijadikan private saja, dan saya akan buka satu blog baru nanti.. Saya terlampau suka menulis sehingga ia menjadi satu obsesi dalam diri saya ni...

Kalaulah saya lebih rajin berlatih unuk menulis dan membaca tentang transportation, kan lebih baik?
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea