Tuesday, May 31, 2011

Tak memberi manfaat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 31, 2011 2 komen best
Apabila sesuatu itu tak memberi manfaat, maka tinggalkanlah.

Andai menulis blog ini tak memberi manfaat, maka saya perlu tinggalkan ia.
Andai memiliki twitter tak memberi manfaat maka saya perlu tinggalkan ia.
Andai facebook tak memberi manfaat maka saya perlu bersedia untuk meninggalkannya.

Sejujurnya, saya perlu menjawab kepada diri, apakah manfaat yang saya peroleh dari semua ini?

Kadang-kadang saya terlupa bahawa saya perlu menjawab tentang persoalan masa dan tanggungjawab saya di hadapan Allah. Sejujurnya saya amat sedih dan berdukacita dengan posisi hati saya sekarang.. Ia sangat aneh, saya tak tahu bagaimana untuk memperbaikinya..

Andai post ini tak memberi manfaat, saya juga perlu mendelete-nya.. Teringat sebaris kata-kata dari seseorang yang saya telah lupa siapa, katanya; kita boleh mendelete apa sahaja kata-kata dan tulisan dari facebook, twitter dan blog, tapi kita tak boleh memadam dosa yang telah tertulis dalam buku catatan amalan kita.

Alahai, dunia ini terlalu menyedihkan!


Saturday, May 28, 2011

Road to Kelantan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 28, 2011 2 komen best
Alhamdulillah, buat pertama kali dalam hidup saya, Allah izin saya dapat menjejakkan kaki ke bumi bertuah ini, Kelantan Darulnaim.. untuk suatu misi dan visi yang merentasi masa dan cinta.

Perjalanan ke Kelantan menaiki kereta macam satu perjalanan sebuah kehidupan. Secara muhasabahnya sebuah perjalanan mesti mempunyai tujuan dan menjawab 3 persoalan terpenting dalam kehidupan: Dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, dan untuk apa kita dihidupkan.

Perjalanan ini penuh berliku, dan sesekali kita perlu berhenti untuk berehat. Rehat, untuk mendapatkan kembali tenaga untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan ini sangat mencabar, kerana ia banyak sekali bukit bukau. Memeningkan kepala. Namun, di pertengahan jalan yang penuh berbukit dan macam ular dipalu ini, Allah telah menghadiahkan pemandangan yang indah, kami berhenti rehat di sebuah tempat yang berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa. Tempatnya sejuk dan sangat cantik!

Namun, saya hanyalah penumpang..yang hanya tahu tidur di sepanjang perjalanan. Dalam hidup, saya selalu menerima pesanan, bahawa kita adalah pemandu. Jangan jadi penumpang je, kerana penumpang yang tidur hanyalah menjadi bebanan kepada orang lain, merugikan, dan tak bermanfaat langsung!

Perjalanan ini panjang, kadang-kadang pemandu perlu memandu laju, dan adakalanya perlu perlahan bergantung kepada keadaan. Apabila sampai ke destinasi, alhamdulillah, rasa syukur diluahkan, kerana Allah mengizinkan perjalanan ini mudah.

Yang terpenting dalam sesebuah perjalanan ialah tawakkal. Kerana segala yang berlaku itu hanya dengan izin Allah semata-mata.

Sunday, May 22, 2011

Recommendation & Suggestion

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 22, 2011 0 komen best
Menuntut ilmu tanpa membaca adalah sesuatu yang agak aneh. Ibaratnya macam mandi tapi tak basah, atau makan tapi tak kenyang. Tak lengkap dan tak sempurna.

Saya melihat ramai antara sahabat-sahabat, kawan-kawan, adik-adik dan teman-teman mula berminat untuk berkongsi ilmu. Ini suatu perkembangan yang amat baik, alhamdulillah. Namun perkongsian mestilah dengan ilmu, kerana kita ingin membina dasar dan asas ilmu yang kukuh. Membentuk pengetahuan samalah macam kita bina bangunan, kena ada foundation..

Ilmu itu ibarat pokok. Ada akar, kemudian ranting-ranting dan cabang-cabang. Kalau kita cuma nak belajar bahagian ranting-ranting dan cabang-cabang sahaja, maka mudahlah ia dipatah-patahkan. Fragile, dan rapuh. Kalau kita faham dari bahagian akar-akar, insyaAllah, kalau patah sekalipun dahan pokok, ia masih kukuh.

Saya ingin mencadangkan buku-buku yang perlu dibaca setiap muslim dan mukmin.. yang ingin memahami Islam dan ingin berkongsi keindahannya.

1) Maza Ya'ni (Apa ertinya saya menganut Islam) oleh Fathi Yakan
Buku ini adalah yang paling dan sangat basic.. Namun ia memerlukan kita untuk membacanya secara berjemaah atau dengan kawan. Di UUM, Ustaz Yusnaidi ada membuat bedah buku untuk buku ni setiap Selasa malam di Pusat Islam. Boleh dapatkan sumber PDF dari internet, insyaAllah.

2) Manhaj Hidup Muslim (karangan Syed Qutb dan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni adalah buku kedua selepas Maza Ya'ni yang ditelaah. Saya belum habis membaca buku ini.. Buku ini menerangkan tentang jalan hidup mukmin yang sebenarnya. Membaca buku ni ibarat lepas start enjin kereta kita gerak ikut jalan yang ditetapkan.. kalau baca Maza Ya'ni pula ibarat macam servis kereta yang tak pernah diservis setelah 20 tahun kehidupan.. Juga boleh dapatkan sumber PDF dari 4shared.com.

3) Dasar-dasar Islam (karangan Abu'l A'la al-Maududi)
Buku ni saya baru pinjam dari library.. hanya ada dua buah je. Buku ni basic, tentang ibadah. Solat, Puasa, Zakat, Haji & Umrah, dan Jihad. Completely saya baru view je, belum baca lagi. Walaupun kita rasa macam dah tau apa sebenarnya Islam, tapi buku ni menerangkan secara terperinci, lebih dalam dari apa yang kita faham. Juga boleh dapatkan dalam bentuk PDF.

4) Mauqif Sirah (membaca apa-apa buku sirah Rasulullah dan para sahabat yang authentic (sohih), bukan yang tak ada riwayat). Ini penting, sebagai rujukan dalam bertindak. Kita manusia biasa, penuh nafsu dan banyak menonong dalam tingkahlaku. Jadi kita perlukan sirah sebagai penguat jiwa dan untuk diteladani. Sangat penting untuk kita mengetahui hadis dan sirah. Kalau dapat hafal satu hadis yang diulang-ulang pun dah ok, kemudian bawa beramal..

Saya mula tahu tentang kepentingan memahami core kepada sesuatu sejak belajar marketing dengan Tn Hj Romle.. pada masatu, saya susah sangat nak faham marketing, sebab terlalu banyak cabang yang perlu dipelajari dan difahami. Bila saya tanya kat Hj. Romle, dia berkongsi yang saya hanya perlu faham core, dan cabang-cabangnya akan menjadi mudah untuk saya.. Dalam marketing, terasnya ialah 4P-product, price, place, promotion.. Sedangkan dalam Islam, teras kita ialah Rukun Islam dan Rukun Iman.

Rukun Iman ada 6 dan Rukun Islam ada 5, itu tahu. Mengenal Allah sebagai Rabb dan menjadikanNya sebagai Ilah, itu faham.

Sebenarnya.. inilah entri paling berat yang wujud dalam blog ni.. sebab saya tak baca habis lagi.. bahaya sebenarnya berkongsi apa yang kita tak buat lagi, bagi saya ia macam bagi orang makan racun sebelum diri sendiri..

Blog ini sebenarnya ingin menjadi pengayuh kepada kehidupan.. seperti menaiki basikal, simple dan relax menyusuri jalan yang penuh berwarna warni.. macam header blog ni.. :)

Saturday, May 21, 2011

Everyone is playing their part

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 21, 2011 5 komen best
Semalam saya menonton dokumentari Geographic Channel, tentang SMART Tunnel. Beberapa bulan sebelum ini, saya melihat bagaimana KLCC dibina melalui channel yang sama.

Untuk melaksanakan pembinaan, setiap orang mempunyai functionality. Bahagian equipment perlu memastikan segala peralatan lengkap dan diselenggara dengan sempurna, membaiki kerosakan dan mengesan kerosakan. Jurutera dan pembekal bahan perlu memastikan bahan yang dibekalkan adalah berkualiti, menepati saiz yang dikehendaki, mempunyai ukuran yang tepat. Pekerja perlu menepati masa, mengikut jadual yang ditetapkan dan kurang melakukan kesilapan. Semuanya berkaitan dengan masa dan kos yang besar. Kos masa, tenaga, wang ringgit dan maruah.

Keberjayaan projek bergantung kepada sekecil-kecil perkara sehinggalah yang sebesar-besarnya. Yang penting adalah perancangan yang strategik dan pembuatan keputusan yang tepat. Lebih penting daripada penting ialah semua orang memahami apa yang sedang dibuat dan apa yang ingin dicapai.

Realitinya dalam kehidupan, kita juga sedang membina sebuah kehidupan mengikut tujuan yang kita mahukan. Jika kita disakiti orang maka percayalah, dia merupakan pemahat 'bangunan' yang kita sedang bina. Maka sebab itu, kita perlu bijak melakukan refleksi, muhasabah dan berfikir, bukan asyik menyalahkan aau menuding jari yang orang itu salah dan orang ini tidak betul.

Kehidupan berorganisasi, contohnya. Kita akan selalu tidak bersetuju dengan cara orang lain mengendalikan sesuatu, semuanya tidak kena pada mata kita. Dia salah dan aku betul. Dia kecil dan aku hebat. Aku ada kuasa tapi dia tak ada apa-apa.

Dalam proses berdakwah, kita melihat banyak organisasi melaksanakan dakwah dengan metode tersendiri. Ada yang direct, ada yang indirect, ada yang cepat, ada yang lambat, ada yang sabar, ada yang tak. Tapi tujuannya sama. Orang-orang yang berada, atau merasakan dirinya berada di atas jalan ini, adalah biasa dihinggapi penyakit-penyakit hati. Kehalusan penyakit ini membuatkan dirinya merasakan dia sedang membuat sesuatu yang betul dan perfect sedangkan orang lain salah.

Mari kita perhalusi diri. Mereka sebenarnya sedang melakukan sesuatu yang kita tak mampu cover. Kalau kita sedang membina acuan bangunan, mungkin bahagian mereka adalah mendirikan konkrit. Dan organisasi yang lain pula bertugas menyusun dan memasang. Yang lain pula di bahagian mengecat. Yang lain pula menghias.

Bangunan yang ingin kita bina, takkan siap sempurna tanpa wujudnya kesefahaman dan penyatuan ini. Kalau kita saling bertelagah atau memandang serong kepada orang lain, walaupun job kita adalah sempurna dan betul, tetapi ia masih cacat dan incomplete secara keseluruhannya.

Kata seorang sahibah saya, "Sedangkan nak pindahkan meja dalam rumah kita pun kita memerlukan bantuan, apatah lagi membentuk ummah!"..

Jadi, berhentilah bertelagah, ubahlah paradigma pemikiran, dan aturkan langkah memulakan gerak kerja!

Friday, May 20, 2011

Berilah kemaafan, apabila dia tak memahami..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 20, 2011 2 komen best
Kepada jiwa yang sedang sakit dengan racun-racun nista, mari kita ubatkannya dengan cinta, benci dan takut.

Ketahuilah, bahawa kebaikan dan keburukan itu tercipta dengan keizinan. Namun begitu ia tidak tentu terjadi dengan jaminan. Sedangkan engkau sendiri tidak tahu arah kemana darahmu mengalir, atau apakah masih nadimu berdenyut, atau warna apakah pada jantungmu, mana mungkin engkau bisa menjamin perasaan hatimu. Mana mungkin engkau bisa memberitahu si Malaikatul Maut bahawa engkau mahu bertaubat sebentar. Mana mungkin engkau mampu membisikkan kepada cinta agar tidak merasuki hatimu kemudian hilang begitu sahaja pada waktu yang engkau suka.

Dia masih manusia, masih manusia, masih manusia. Dia bukan malaikat.

Andainya engkau bisa tersenyum memberikan keraian, atau melembutkan hati melonggarkan kekerasan, atau menepis lembut arus yang menampar, berikanlah yang terbaik yang engkau ada, kerana dirimu takkan tercela tanpa engkau mencela.

Pesan seorang tua kepada sebuah jiwa; bersedialah dan bersabarlah, kerana dirimu akan selalu menghadapi keadaan yang engkau tak suka. Berdoalah agar engkau dilindungi dari mengulangi dosa yang engkau bencikan dalam hati. Semoga Allah menjagamu, sentiasa.

Monday, May 16, 2011

Jangan terkilan guruku, andai tiada gelar menghias namamu

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 16, 2011 6 komen best
Teringat dulu, masa tingkatan 5. Saya tak ada apa-apa nak dihulur pada cikgu kesayangan, tak ada hadiah. Jadi saya menulis sebuah sajak.

Its too nostalgic to be remembered. Saya tak simpan sajak tu,sebab originally lepas tulis terus saya bagi pada cikgu tu.. ada 3 rangkap tapi bait-baitnya yang saya ingat cuma lebihkurang begini:

Jangan terkilan guruku,
andai tiada gelar menghias namamu
cukuplah ungkapan 'guruku',
itu sudah seindah gelaran buatmu.

Masa sekolah, Badan Wakil Pelajar (BWP) rajin buat voting dan anugerah untuk cikgu-cikgu.. Cikgu Penyayang, Cikgu Cun, cikgu Hensem, Cikgu Profesional, Cikgu Proaktif dan segala anugerah lagi..Semasa belajar di MRSM Serting waktu tingkatan 5, cikgu yang saya suka takdelah nominated pun untuk gelaran apa-apa.. Tapi dia sangat istimewa di hati saya.. Sebab.. saya je tahu kenapa dia special. Bila saya call dia, dia masih mention tentang sajak tu..puisi bermakna, mungkin :)

Saya perasan, tak ramai cikgu dapat anugerah dan pangkat.. Datuk, Tan Sri, Toh Puan ke apa.. Biasanya once seseorang tu pernah mengajar kat sekolah, sampai bila-bila ada gelaran cikgu di pangkal namanya walaupun jumpa kat pasar atau kat masjid dan dia tengah pakai kain pelikat sekalipun.. Cikgu sangat special, dan sentiasa menjadi inspirasi anak murid..

Teringat saya pernah membaca cerita H.M Tuah tentang cikgunya.. sanggup meredah panas tiap-tiap hari mengajar seorang kawan H.M Tuah yang buta huruf.. budak yang buta huruf tu sekarang lebih berjaya dari H.M. Tuah. Cikgu dulu, kita nampak tingginya desired dan value mereka sebab masatu kesedaran untuk berilmu kurang.. Dan cikgu pada zaman kita, bukannya takde value, tapi nilai itu kita yang tak nampak..sengaja membutakan mata. Kita tak melihat sendiri betapa lelahnya cikgu di sekolah nak mendidik anak-anak yang bukan sahaja mengajar subjek tapi mengajar nilai kemanusiaan.. Kebejatan sosial yang ada sekarang memaksa guru-guru di sekolah untuk merancang program-program berbentuk luar kelas yang asalnya bukan tugas mereka.. Kadang-kadang kesian tengok makcik yang saya kenal.. Makcik Ana, guru sekolah.. dia ajar Kimia, dan selalu cerita kat saya tentang anak muridnya.. Kalau dalam satu kelas tu, cuma seorang dua je yang solat.. Saya tak rasa ia adalah masalah satu kelas ini sahaja.. mungkin ia menggambarkan satu sekolah. Cikgu yang ada terpaksa cover perkara-perkara macamnilah.. masalah anak murid, membentuk kefahaman mereka, dan menyedarkan mereka bahawa ada Allah untuk ditaati.

In term of campus life, pensyarah yang ada juga adalah pendidik.. sebelum menjejak universiti saya selalu rasa kerja seorang pensyarah itu lebih mudah daripada cikgu. Saya selalu fikir yang pensyarah kalau takde kelas dan tak duduk di biliknya maknanya dia rehat-rehat kat rumah. Ternyata saya silap besar, sebab pensyarah perlu melaksanakan research  yang entah bentuknya macammana saya pun tak tau.. Kerana mereka perlu memenuhi kriteria universiti yang saya sendiri tak pasti apa. Kebanyakan pensyarah masih melanjutkan pelajaran dalam bidang PhD, dan kalau yang dah habis PhD tu banyak pula jawatan yang perlu disandang.. saya ulang, "perlu". Contohnya, kalau nak pergi konferens, atau wakil jabatan untuk pergi meeting dsb, kadang-kadang universiti meletakkan syarat hanya yang ada PhD je perlu pergi.. sekali lagi, pensyarah yang saya kenal bercerita, kadang-kadang tu sampai bertolak-tolak ngan kawan-kawan satu jabatan untuk pergi konferens kerana terlalu banyaknya tanggungjawab.. Mereka juga perlu menjadi pemantau bagi pelajar PhD dan master, dan memeriksa tesis-tesis pelajar yang katanya kadang-kadang tak layak pun nak buat tesis..sebab minta idea dari pensyarah..

Pensyarah yang ada juga pendidik.. saya dididik untuk salam cikgu sejak sekolah. Salam pendidik ni merupakan satu amalan yang luarbiasa. Ia membentuk satu hubungan dimana pensyarah akan mengenali kita dan kita rasa hormat padanya.

Siapa yang belum pernah buat lagi boleh cuba praktis salam pensyarah dan cikgu.. saya suka kalau pensyarah kenal saya, sekurang-kurangnya kalau muka saya terlintas waktu dia berdoa, kan berkat tu! hehe :D

Doakan guru-guru kita, semoga ilmu yang disampaikan kepada kita diizinkan Allah untuk diingati dan sentiasa diamalkan sebagai bekalan untuk akhirat nanti..kalau kita amalkan ilmu, cikgu kita pun dapat pahala tau! (insyaAllah!)

Untuk guru-guruku, semoga diberkati Allah dari dunia sampai akhirat..!

SELAMAT HARI GURU!

Saturday, May 14, 2011

when Allah will, Allah decide the way.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 14, 2011 0 komen best
"jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang, walaupun semua tangan menghalang, namun tidak ada tangan yang boleh menghalangnya.. jika Allah tidak ingin memberi nikmat kepada seseorang, walaupun seribu tangan menghulur..namun tidak ada tangan yang boleh memberinya.."-dr. MAZA

Semalam saya membaca sebuah majalah lama al-Islam di perpustakaan. Entah jilid yang keberapa, entah tahun bila, saya terlupa membelek.. Saya membaca tentang seorang bekas paderi bernama Isaac.

Isaac ini lahir dalam keluarga kristian ortodok, dan dia dibesarkan dengan kebencian terhadap Islam tanpa pengetahuan sedikitpun tentangnya, sehinggalah dia menjadi ketua paderi di Afrika.

Pada suatu hari, ketika hendak menaiki kereta api untuk menyambut kelahiran Mary dengan berpakaian seorang paderi (jubah putih berkopiah dan salib besar berwarna emas tergantung di dada), dia melihat budak-budak kecil mengedarkan risalah kepada semua orang satu persatu kecuali dirinya. Dia merasa pelik kerana tak dihiraukan, lalu bertanya kepada salah seorang budak-budak, "adik, mengapakah aku sahaja yang tidak mendapat risalah itu?"

budak itu menjawab, "risalah ini tak layak untuk seorang paderi!"
Isaac berkata, "bagaimana kalau aku membeli semua risalah itu?"
"tidak, tidak!" budak itu kemudian dikejar oleh Isaac tetapi Isaac tak berhasil mendapatkannya.

Setelah sampai ke pejabatnya di gereja, Isaac keletihan, memikirkan perkara yang berlaku. Lalu dia membuka al-Qur'an di hadapannya, membaca surah al-Ikhlas. Hatinya berasa tenang, dia mengulang lagi membacanya sehingga berhasil menghafal surah tersebut. Dia tersasul membaca, "Katakanlah Allah itu satu!" ketika seseorang membuka pintu biliknya.

Itulah bibit permulaan Isaac merasai keindahan Islam.

Kemudian dia menjalankan rutinnya seperti biasa, duduk di bilik pengampunan untuk mendengar masalah dan memberi keampunan kepada orang lain. Ketika memberikan pengampunan kepada seorang perempuan, hatinya terdetik, "kalau aku memberikan pengampunan, siapa yang memberikan pengampunan kepada aku?".. lalu dia bertemu bishop untuk mendapatkan kepastian. Bishop telah menuduh Isaac gila kerana bertanyakan soalan itu, lalu dia dipenjarakan.

Setelah itu panjang lagi proses mendapatkan Islam bagi Isaac..

Sesiapa yang memperoleh Islam, dia sangat beruntung kerana Allah memilihnya.. Jadi kita kena rasa 'izzah (bangga) dengan Islam yang kita yakini.. mencintainya, dan banyak membaca..
ini kerana, kita memerlukan Allah tetapi Allah tak memerlukan kita.

Allah telah berkata, "walaupun semua hamba itu taat dan tunduk kepadaKu, tidak akan bertambah kekuasaanKu sedikitpun.. dan walaupun semua makhluk itu kufur kepadaKu, tidak berkurang kekuasaanKu sedikitpun.."

Setelah membaca kisah Isaac, dapatlah kita simpulkan bahawa, ramai sekali orang yang lahir dalam Islam, keluarga Islam, mendapat tarbiyyah Islam dalam rumah sendiri tetapi tak dapat merasai keindahan Islam.. Ini adalah satu kerugian yang besar.. malah ada pula yang kufur dan murtad, na'udzubillah..

tetapi Isaac, lahir dalam suasana yang tak mengizinkan dia tahu tentang Islam pun, tetapi apabila Allah izin dan Allah memilihnya, dia mmemperoleh cinta yang luarbiasa.. cinta yang menguatkannya untuk melepaskan aset sebanyak 4 juta USD termasuk segala kedai emas, rumah dan segala aset yang dimiliki kerana dirampas pihak gereja..

When Allah will, Allah decide the way.
p/s: maaf, tak mampu menulis panjang kerana kekangan masa. Sepatutnyalah entri ini panjang kerana ia mengisahkan sebuah kisah aqidah yang perlu difikirkan tentang ibrah. semoga bermanfaat :)

Wednesday, May 11, 2011

lebih suka twitter berbanding facebook.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 11, 2011 2 komen best
Saya lebih suka menulis di twitter berbanding facebook.

Di twitter, privasinya agak tinggi. Kita hanya menyebarkan maklumat kepada orang tertentu (yang diapprove) sahaja, dan menerima maklumat yang dikehendaki sahaja. Tak ada spam, tak ada iklan mengarut yang seksi dan menyakitkan hati, dan tak ada orang nak like2 segala..

Pendek kata twitter sangat bagus.. nak tulis apa pun tak ada fungsi like.. selamat dari penyakit hati :D

Di facebook, saya rasa seperti menjadi tontonan umum.. saya tidak boleh menulis sesuka hati, memandangkan di sana ada individu-individu yang saya tak kenal.. Di laman sosial seperti itu, saya approve semua orang kerana ia adalah laman sosial..classmates, collegemate, coursemate..

Di facebook juga saya perlu menjaga adab, kerana di situ hadirnya guru-guru dan pensyarah-pensyarah yang saya sayangi dan hormati..

Fungsi 'like' juga membuatkan saya rasa gah bila ada orang like-like post saya.. perasaan itu sangat berbahaya kepada hati.. aduh..

Bukanlah kesukaan saya untuk beritahu apa perasaan saya, apa saya buat, apa saya pakai, saya dengan siapa, makan apa, dah tidur ke belum, dah mandi ke belum etc etc.. namun facebook membenarkan semua itu.. ia mampu 'menelanjangkan' manusia tanpa menanggalkan pakaian mereka..

Saya ingin berkicau riang, tanpa ada yang mendengar.. :)
Cumanya, twitter tak membenarkan saya menulis karangan 350 patah perkataan.. jadi, kenalah menulis blog untuk mengarang~

Sunday, May 08, 2011

Jagalah kerahsiaan rahsia..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 08, 2011 2 komen best
‎"Bila kau lebih menyukai kerahsiaan cinta dari jiwamu, maka kau akan mengorbankan segalanya"-fariduddin attar.

Saya tak banyak masa untuk menulis. Cuma ingin berkongsi sebuah pesanan dari seseorang lama dahulu, katanya, jagalah kerahsiaan, sebab kita tak tahu siapa di hadapan kita yang mempunyai penyakit hati.

Rahsiakanlah cinta, kerana di situ ada derita yang direlakan dan bahagia yang tidak dikongsikan. Bukannya tamak, tetapi di hadapan, ada yang pasti menanti.

Rahsiakanlah rahsia, kerana di situ ada tenang dan sabar, ada rasa ekslusif dan special, ada manifestasi yang tidak dapat dimengerti oleh sesiapapun. ia adalah ruang kepada diri.

Save the best for the last. :D

Saturday, May 07, 2011

exam mode

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 07, 2011 7 komen best
Kalau ada jarum yang patah, jangan disimpan di dalam peti. 


Kalau ada silap dan salah, jangan disimpan di dalam hati.

Jadual exam?
7 Mei- Computer Application
15 Mei- Domestic Law & Warehouse Management (both are poisonous subject~)
16 Mei- Transport & Society
18 Mei- Rail Transport Management
19 Mei- Transport Policy & Planning
20 Mei- Process Writing

Good Luck to all UUM students! May Allah accept our effort as good deeds!
(^_^)

p/s: kali pertama dengar penipuan pelajar untuk dapatkan soalan exam.. adehh..  takbaik menipu.. lecturer marah.. Allah marah..hidup kita, biarlah berkat sokmo..
sedihh dengan etika tak bermaruah manusia.. :(
takpe, Allah kan ada ^_^
kite jangan risau-risau.
fokus!

macam-macam T_T!

Friday, May 06, 2011

To my special someone~

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 06, 2011 4 komen best
Esok exam. Paper Computer application.
Tapi nak share sesuatu...

Untuk membuat sesuatu, kita perlukan sesuatu :p

selepas proses membega dan padan memadan, maka terhasillah sesuatu yang comel seperti ini:


pastu~


kemudian.. tada~~~!




Dari anakmu yang comel;

Untuk bonda tersayang, I ♥ U~~

Ini kali kedua saya buat handmade card untuk bunda..
hehe.
Part yang paling susah ialah membentuk hati tu. fuh.
Tapi takpe, untuk ibuku yang comel ~~
i miss u, bundaku~
jasamu dikenang sokmo! :D
(klik pada gambar untuk tumbesaran yang memuaskan hati)

Thursday, May 05, 2011

istikharah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 05, 2011 2 komen best
Solat istikharah bukan untuk waktu nak kahwin je :)

Solat istikharah adalah solat sunat yang khusus untuk kita buat pilihan. Tak semestinya dalam keadaan tertentu, seboleh-bolehnya ia mesti dilakukan sentiasa.

Kita manusia biasa, banyak kelemahan. Allah sentiasa menanti kita bertanya pendapatNya tentang apa yang terbaik untuk kita, tapi malangnya kita selalu sombong dan membuat keputusan sendiri. Kita selalu merasakan kita telah membuat pilihan dan keputusan yang terbaik bagi semua orang, namun hakikatnya ia tidak baik disisi Allah, siapa tahu?

Solat istikharah juga boleh dibuat untuk tujuan-tujuan seperti; exam, memilih pemimpin, kerja, pilih sekolah untuk anak, pilih jodoh untuk orang lain/diri sendiri, memberi pendapat dan sebagainya.

Sesetengah orang mendapatkan petunjuk Allah melalui mimpi, dan para ustaz memberitahu bahawa ia juga dalam bentuk kemudahan urusan yang diberikan Allah berserta keyakinan hati yang dimiliki.

Dan, suka saya untuk mengingatkan diri, bahawa petunjuk Allah tidak datang dengan penantian yang saja-saja seperti menunggu durian gugur.. ia juga tidak datang bergolek-golek atau melayang-layang.. Usaha adalah hal terpenting, sama ada melakukan sedikit research atau siasatan terhadap individu, organisasi, atau mana-mana option yang ingin dipilih.

Untuk jiwa yang sedang keliru, mintalah pendapat Allah.. Jiwa ini bukan milik kita, jadi jangan lakukannya sesuka hati.. Hiduplah engkau, wahai mukmin, walau semua orang tumbang dan rebah!

Tuesday, May 03, 2011

Izzah dan Izzat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 03, 2011 4 komen best
Pada suatu pagi, telefon Izzah berbunyi, tanda masuknya SMS.  Izzat rupanya.

Izzat: Salam, Izzah buat apa tu? sihat ke?
Izzah: sihat, alhamdulillah.
Izzat: Camna Exam, dah habis ke?
Izzah: Blum.
Izzat: Bila habis exam?
Izzah: Nta tanya ni sebab nak tolong jawabkan ke?
Izzat: Eh ada plak macamtu.. Tak salah kan ana nak ambil tahu pasal anti kan..
Izzati: Memang salah. Anta tak ada kepentingan untuk tanya apa-apa yang tak ada urusan dengan kerja.
Izzat: Erm. OK lah kalau dah anti kata macamtu xpelah. Ana minta maaf eh.
Izzati: Mohonlah keampunan, semoga Allah mengurniakan kebaikan. salam.

Itu tentang Izzah dan Izzat. .

Anti couple
Kenapa nak anti couple? Habistu, orang-orang kahwin tu semua, tak couple ke? Couple kan maksudnya pasangan..

well, indeed.. yang haram sebenarnya ialah pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan.. hanya orang-orang yang sayangkan diri je mampu menolak pergaulan bebas sebagai cara hidup.

p/s: syurga itu mahal~

Sunday, May 01, 2011

perasaan apakah ini..?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 01, 2011 4 komen best
Hati kita ini Allah jadikan aneh. Mungkin membela lembu sekandang lebih mudah daripada menjaga hati sendiri.

Ada beberapa keadaan yang membuatkan saya tertanya-tanya kenapa ia terjadi.

  1. Saya baru sahaja lepas program ilmiah, tapi jiwa rasa kosong habis.. macam kena langgar garuda je rasanya.. ia perasaan yang dahsyat..
  2. Saya dengar ayat suci al-Qur'an dan hati merasakan perasaan yang sama.. macam no. 1
  3. Saya sedang dalam keadaan yang berkecamuk, segalanya bersepah (not properly arranged, banyak kekurangan di sana-sini) tapi hati saya happy berbunga-bunga. Saya sendiri tak faham kenapa.
Saya bertanya pakcik Rosdi tentang hal ini.. katanya, ia adalah respons penolakan nafsu terhadap apa sahaja yang baru diterima. Ia memerlukan proses yang seterusnya. 

Dalam hati kita, nafsu dan iman sentiasa berperang. 
Ia akan memberi reaksi kepada apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita.
Kalau ia mati, maka kita juga tak dapat berfungsi. 

Allah, milikilah hati kami, belilah jiwa kami..

p/s: berbahagialah hati yang Allah pilih.. berbahagialah!

kecil dan besar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 01, 2011 0 komen best
Sebelum apa-apa, dengar dulu audio ini.




     


Kita perlu didik diri kita memandang sesuatu daripada pandangan Allah.
Saya tidak perlu menulis panjang kali ni, audio ini sudah cukup menerangkan maksud.

Mendengarlah lagi berkali-kali, kerana ia telah mampu membuat saya berfikir bahawa saya belum berbuat apa-apa.
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea