"jika Allah ingin memberikan kebahagiaan kepada seseorang, walaupun semua tangan menghalang, namun tidak ada tangan yang boleh menghalangnya.. jika Allah tidak ingin memberi nikmat kepada seseorang, walaupun seribu tangan menghulur..namun tidak ada tangan yang boleh memberinya.."-dr. MAZA
Semalam saya membaca sebuah majalah lama al-Islam di perpustakaan. Entah jilid yang keberapa, entah tahun bila, saya terlupa membelek.. Saya membaca tentang seorang bekas paderi bernama Isaac.
Isaac ini lahir dalam keluarga kristian ortodok, dan dia dibesarkan dengan kebencian terhadap Islam tanpa pengetahuan sedikitpun tentangnya, sehinggalah dia menjadi ketua paderi di Afrika.
Pada suatu hari, ketika hendak menaiki kereta api untuk menyambut kelahiran Mary dengan berpakaian seorang paderi (jubah putih berkopiah dan salib besar berwarna emas tergantung di dada), dia melihat budak-budak kecil mengedarkan risalah kepada semua orang satu persatu kecuali dirinya. Dia merasa pelik kerana tak dihiraukan, lalu bertanya kepada salah seorang budak-budak, "adik, mengapakah aku sahaja yang tidak mendapat risalah itu?"
budak itu menjawab, "risalah ini tak layak untuk seorang paderi!"
Isaac berkata, "bagaimana kalau aku membeli semua risalah itu?"
"tidak, tidak!" budak itu kemudian dikejar oleh Isaac tetapi Isaac tak berhasil mendapatkannya.
Setelah sampai ke pejabatnya di gereja, Isaac keletihan, memikirkan perkara yang berlaku. Lalu dia membuka al-Qur'an di hadapannya, membaca surah al-Ikhlas. Hatinya berasa tenang, dia mengulang lagi membacanya sehingga berhasil menghafal surah tersebut. Dia tersasul membaca, "Katakanlah Allah itu satu!" ketika seseorang membuka pintu biliknya.
Itulah bibit permulaan Isaac merasai keindahan Islam.
Kemudian dia menjalankan rutinnya seperti biasa, duduk di bilik pengampunan untuk mendengar masalah dan memberi keampunan kepada orang lain. Ketika memberikan pengampunan kepada seorang perempuan, hatinya terdetik, "kalau aku memberikan pengampunan, siapa yang memberikan pengampunan kepada aku?".. lalu dia bertemu bishop untuk mendapatkan kepastian. Bishop telah menuduh Isaac gila kerana bertanyakan soalan itu, lalu dia dipenjarakan.
Setelah itu panjang lagi proses mendapatkan Islam bagi Isaac..
Sesiapa yang memperoleh Islam, dia sangat beruntung kerana Allah memilihnya.. Jadi kita kena rasa 'izzah (bangga) dengan Islam yang kita yakini.. mencintainya, dan banyak membaca..
ini kerana, kita memerlukan Allah tetapi Allah tak memerlukan kita.
Allah telah berkata, "walaupun semua hamba itu taat dan tunduk kepadaKu, tidak akan bertambah kekuasaanKu sedikitpun.. dan walaupun semua makhluk itu kufur kepadaKu, tidak berkurang kekuasaanKu sedikitpun.."
Setelah membaca kisah Isaac, dapatlah kita simpulkan bahawa, ramai sekali orang yang lahir dalam Islam, keluarga Islam, mendapat tarbiyyah Islam dalam rumah sendiri tetapi tak dapat merasai keindahan Islam.. Ini adalah satu kerugian yang besar.. malah ada pula yang kufur dan murtad, na'udzubillah..
tetapi Isaac, lahir dalam suasana yang tak mengizinkan dia tahu tentang Islam pun, tetapi apabila Allah izin dan Allah memilihnya, dia mmemperoleh cinta yang luarbiasa.. cinta yang menguatkannya untuk melepaskan aset sebanyak 4 juta USD termasuk segala kedai emas, rumah dan segala aset yang dimiliki kerana dirampas pihak gereja..
When Allah will, Allah decide the way.
p/s: maaf, tak mampu menulis panjang kerana kekangan masa. Sepatutnyalah entri ini panjang kerana ia mengisahkan sebuah kisah aqidah yang perlu difikirkan tentang ibrah. semoga bermanfaat :)

0 komen best:
Post a Comment