Perjalanan ke Kelantan menaiki kereta macam satu perjalanan sebuah kehidupan. Secara muhasabahnya sebuah perjalanan mesti mempunyai tujuan dan menjawab 3 persoalan terpenting dalam kehidupan: Dari mana kita datang, ke mana kita akan pergi, dan untuk apa kita dihidupkan.
Perjalanan ini penuh berliku, dan sesekali kita perlu berhenti untuk berehat. Rehat, untuk mendapatkan kembali tenaga untuk meneruskan perjalanan. Perjalanan ini sangat mencabar, kerana ia banyak sekali bukit bukau. Memeningkan kepala. Namun, di pertengahan jalan yang penuh berbukit dan macam ular dipalu ini, Allah telah menghadiahkan pemandangan yang indah, kami berhenti rehat di sebuah tempat yang berlatarbelakangkan banjaran Titiwangsa. Tempatnya sejuk dan sangat cantik!
Namun, saya hanyalah penumpang..yang hanya tahu tidur di sepanjang perjalanan. Dalam hidup, saya selalu menerima pesanan, bahawa kita adalah pemandu. Jangan jadi penumpang je, kerana penumpang yang tidur hanyalah menjadi bebanan kepada orang lain, merugikan, dan tak bermanfaat langsung!
Perjalanan ini panjang, kadang-kadang pemandu perlu memandu laju, dan adakalanya perlu perlahan bergantung kepada keadaan. Apabila sampai ke destinasi, alhamdulillah, rasa syukur diluahkan, kerana Allah mengizinkan perjalanan ini mudah.
Yang terpenting dalam sesebuah perjalanan ialah tawakkal. Kerana segala yang berlaku itu hanya dengan izin Allah semata-mata.

2 komen best:
misi ape smpai cinta2 tu?ahaha..semoga dipermudahkan segalanya
misi cinta hakiki-lah ~~
terima kasih, next time Terengganu plak :D
Post a Comment