masa sekolah dulu, selalu tulis biodata untuk simpanan rakan, dan rakan-rakan juga selalu buat yang sama untuk aku. biasanya, di penghujung tulisan biodata tu ada kata2 nasihat dan ingat-ingatan, dan kawan-kawan suka menulis; 'BE YOURSELF'.
aku yakin, semua orang yang sedang meningkat remaja mencari erti 'JADI DIRI SENDIRI'. mencari arah diri. Pada tahap ni, kita dikaitkan dengan hipokrit. Tak cukup dengan menipu diri sendiri, kita sanggup buat apa saja untuk diri kita diterima orang lain.
ada orang sampai mengalami krisis identititi apabila pencarian terhadap 'diri sendiri' tak menemukan jawapan. Pernah tengok cerita kartun 'Tarzan' tak? sampai satu masa, dia tertanya-tanya kenapa dia tak sama dengan komunitinya-gorilla dan monyet.
ada orang keluar dari kelompoknya dan membudayakan orang lain menjadi budaya sendiri, seperti apa yang dialami oleh generasi moden sekarang, atau dipanggil 'pembaratan'.
Betulke definisi 'MENJADI DIRI SENDIRI' adalah dengan melakukan sesuatu yang membuatkan diri sendiri dan orang lain bahagia? atau, berada dalam kelompok budaya sendiri sahaja tanpa menerima budaya luar, atau sentiasa dalam keadaan asal kita tanpa mengubah apa-apa?
kalau macamtu, yang mengemis akan mengemis sampai mati, yang bodoh takkan pandai sampai bila-bila.
hipokrit.
Hipokrit sebenarnya bermaksud apa?
Bagi aku, hipokrit bersifat egoistik.
apa definisi 'BE YOUR TRUESELF' dalam hati korang?
bagi aku, aku tak layak nak 'jadi diri sendiri'.
'Jadi diri sendiri' bermaksud mencanai diri menjadi apa yang aku nak, mengikut spesifikasi sendiri, ikut kepala sendiri. Dalam ertikata lain, ikut kata nafsu. 'Jadi diri sendiri' adalah hal yang subjektif. Kita takkan dapat mencapai tahap 'jadi diri sendiri' selagi kita mengharap diri kita dipandang orang, mencanai diri mengikut kehendak orang. 'Jadi diri sendiri' bererti menjadi seseorang yang melaksanakan apa-apa dengan tidak memandang manusia sebagai petunjuk arah.
This is the most basic thing. Kita tahu diri kita sebagai hamba Allah.
Kalau dalam komuniti hamba, tahu tak di mana duduknya kelas seorang hamba? PALING BAWAH DALAM HIERARKI MASYARAKAT.
Paling keji, paling hina. Tak bebas, selalu diseksa. Tak ada hak, hidup penuh mengharap. Dibuat macam binatang. sesiapapun tak mahu berada di kelas ini. Tak pernah terlintas pun nak jadi kuli, kan? hakikatnya, kita memang dilahirkan sebagai seorang hamba.
tapi Allah mengangkat kita. Allah kasi kita pilih nak jadi apa. Engineer, cikgu, pensyarah, peniaga, pengemis, perompak, penagih dadah, pelacur, penipu,... Allah kasi kita pilih nak syurga atau neraka. Allah kasi kita pilih. Sikitpun Allah tak menganiaya kita, tapi kitalah yang aniaya diri sendiri.
Aku memilih untuk menjadi hamba Allah. This is my trueself, hakikat yang tak berubah. Aku menemui diri sendiri dengan hakikat ini.
Kenapa aku tulis artikel ni, sebabnya,
hidayah perlu dicari, bukan ditunggu.
begitu juga dengan kekuatan.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu disayangi Allah, tetapi orang beriman yang kuat lebih dikasihi berbanding orang Islam yang lemah.
ko ingat, kekuatan tu boleh beli kat kedai?