Friday, October 30, 2009

dan aku tinggalkan masa kelabu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 30, 2009 6 komen best
Hari ini 30 oktober, dan bulan ini banyak hal yang berlaku pada aku.
Imam Al-Ghazali pernah bertanya kepada muridnya: "apakah yang paling jauh?"
Jawab anak muridnya: "matahari, bulan, bintang.." Jawab Imam Al-Ghazali, "benar, tapi yang paling jauh ialah masa lalu."


Masa yang telah berlalu telah jauh meninggalkan aku. Yang tinggal cumalah kenangan dan kesannya dari masa lalu.



“kelmarin hanya tinggal kenangan
Bersama peristiwa semalam
Adakah hari ini yang kutempuh
Kan bersinar menempuh hari esok?...”-Cinta dan Harapan, Firdaus.


Apa yang aku temukan dalam bulan ini, terlalu banyak untuk diungkapkan. Kesedihan, kesakitan, kebahagiaan dan keceriaan. Hakikatnya itulah yang aku tempuh setiap hari, setiap masa dan setiap saat. Bergantung kepada bagaimana cara aku menerima dan mengurusnya. Orang yang tidak tahu erti syukur, mengenal kesakitan sebagai bala, dan orang yang berada di dalam rahmat Allah menerima kesusahan sebagai rahmat, supaya kita kembali kepada kefitrahan yang sebenar. Allah memberi kita dugaan supaya kita mengingati-Nya. Orang yang mengingati Allah, bererti Allah ingat kepadanya. Bersyukurlah bila kita kesakitan:orang sakit mengingati Allah, dan diingati Allah.


Terkadang hati terlalu sakit untuk menerima dugaan, tetapi telah Allah sebutkan dalam al-Qur’an: Allah menguji manusia sesuai dengan kemampuannya.



Selama jantung berdetak, selama itu ku takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti -Ku Berlari, Firdaus.



Di awal bulan Oktober aku menerima tamparan besar kerana merasa disakiti dan ditinggalkan. Dan ditengahnya aku seperti beroleh rahmat bila pertemuan demi pertemuan diaturkan Allah.



Tatkala lidah dan hati ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar dan berlalu dengan baik, Allah telahpun merahmatimu...


Di akhirnya pula, walau sekarang sedang melalui pergelutan dengan peperiksaan semester pertama, aku menerima suatu tugas yang kurasakan agak besar dan berat, yang menerima spekulasi pelbagai pihak; spekulasi pertama yang aku terima amat membimbangkan dan cukup meresahkan, seterusnya kedua..dan ketiga..dan seterusnya.

Tugas ini menerima ketidakselesaan pelbagai pihak.

Kerana Allah mengilhamkan seseorang untuk memberi tugas ini kepada aku, dan kerana Allah tahu aku mampu, dan kerana kelayakan itu Allah beri kepada aku.

Amanah bukanlah suatu permainan bodoh, ia bagai anak kecil yang fragile yang perlu dijaga kebajikannya.

Ada apa pada ketenangan kalau kita tidak mengecap nikmatnya melalui kesusahan?

Doakan aku menjadi manusia yang tegar dalam kelembutan, bukan kelemahan!

Wednesday, October 28, 2009

buat Aiman

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 28, 2009 6 komen best
“Abang..tunggulah adik..” Aiman berlari-lari anak, mengejar abangnya di hadapan.

“Cepatlah sikit...lambat betul...” si abang yang di hadapan hanya menoleh sekilas ke belakang tanpa menghentikan langkah. Hari sudah gelap. Mereka terlambat untuk mengaji. Hatinya marah, kerana tadi dia dimarah Mak Siti kerana membiarkan adiknya masih bermain diluar tatkala senja sudah melabuhkan tirai. Bukan dia marahkan Mak Siti, tetapi..entahlah. Dia merasa geram. Sudah diingatkan Aiman supaya mandi cepat tadi...

Mereka tiba di rumah Pak Lang Yusof. Pak Lang mengajar mereka mengaji, dan kadang-kadang menceritakan kisah-kisah para nabi. Dulu Pak Lang merupakan guru agama, tetapi setelah pencen, dia hanya mengajar mengaji kepada anak-anak kampung.

“Kenapa lambat, Mir?” Pak Lang bertanya, mencari tahu sebab. Biasanya dia bertegas terhadap anak saudaranya yang berdua itu, tetapi melihatkan wajah Amir yang kesayuan kerana takut dimarah, Pak Lang berlembut. Dia tidak mahu semangat mengaji budak itu hilang.

“Amir tunggu Aiman. Dia terlambat tadi. Maafkan Amir dengan Aiman ye, Pak Lang.” Pak Lang yang mengajarnya supaya sentiasa memohon maaf atas kesilapan, dan bersopan dengan orangtua. Amir berasa sedikit lega. Dia duduk bersila menghadap Pak Lang, membuka Al-Qur’an. Hari ini dia akan menyambung baca surah Al-Ahzab..dan adiknya Aiman masih Juz ‘Amma. Amir sudah dua kali khatam. Dan dia sekarang diajar Pak Lang Yusof menghafal surah. Pada umur 10 tahun, kadang-kadang Amir sudah boleh membantu rakan-rakan membaca Al-Qur’an dan membetulkan bacaan mereka. Kalau dia juga tidak pasti, cepat-cepat dirujuknya kepada tuk gurunya itu.

Pembacaan Amir didengar dengan teliti oleh Pak Lang. Aiman di sebelah membaca sendiri iqra’ yang sudah, semasa menanti giliran. Rakan-rakan yang lain, sudah beransur pulang. Yang perempuan masih ada di belakang, mengaji dengan Umi Zulaikha, atau dipanggil Umi, isteri Pak Lang.

Sesudah mengaji, sementara menunggu Aiman mengaji, Amir duduk di sisi Pak Lang. Dia membelek buku Kisah Nabi Hud dengan Kaum Ad. Memang sudah menjadi kebiasaannya membaca buku-buku kepunyaan Pak Lang. Jika tidak dapat menghabiskannya hari ini, dia menyambung pembacaannya pada esoknya pula. Kadang-kadang dia membawa pulang buku cerita yang disukainya, atas izin Pak Lang.

Setelah menyalami Umi dan Pak Lang, mereka pulang. Berbekalkan lampu suluh kecil, mereka berjalan dengan berhati-hati. Tanah becak, beberapa hari ini hujan turun lebat. Aiman yang di belakang, melompat beberapa kali supaya dapat berjalan seiring dengan Amir. “Aiman minta maaf, abang..” dia berjalan rapat dengan abangnya. Dia bagaikan tahu, abangnya sengaja berjalan cepat kerana masih tidak puas hati. “Lain kali Aiman cepatlah sikit.. Aiman suka abang kena marah dengan Mak Siti?” Dia tahu, adiknya rasa bersalah. “Tak.. Aiman janji, lepasni, Aiman cepat-cepat. Esok kalau Aiman cepat, abang belanja Aiman aiskrim kedai Tok Awa tau.” Eh..adik akuu nii...pandai brjanji pulakk... “Amboi..banyak cantik.. kalau berjanji, kena tepati, tahu. Orang mungkir janji sama macam ..?” “..munafik” Aiman menjawab. Si kecil itu banyak mengikut abangnya. Dia berhajat untuk khatam cepat seperti abangnya. Kalau boleh, tahun ini juga dia mahu khatam. Pelajaran iqra’nya pun sudah hampir habis.

“Aiman dah hafal doa qunut?” Amir bertanya. Adiknya itu, sejak bersekolah Darjah Satu dikejutnya bangun Subuh. “Er..sikit je..” Aiman tersengih-sengih. “sekejap lagi Aiman hafal sebelum tidur ye. Kalau Aiman hafal doa qunut, baru abang belanja nanti.” “Okay!” Aiman mengangkat tangannya, menunjukkan isyarat ok-nya.

Mak Siti berada di dapur ketika mereka berdua sampai. Jam sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Hampir pukul 9. Aiman terus naik ke rumah, menghadap tv. Amir menyusun selipar, kemudian masuk ke rumah. Mak Siti yang ternampak kelibat Amir, memanggilnya. “Kamu dah makan?” Amir menggeleng. Dia masih terasa hati. “Mari makan, ajak Aiman.” Mak Siti memujuk. Amir bergerak malas, mendaki tangga ke rumah sebelah atas, masuk ke bilik meletakkan Juz’Amma dan al-Qur’an, lalu memanggil adiknya. Sudah malam begini, bukannya ada cerita budak-budak. Semuanya drama. Dan entah apa-apa rancangan.

Mereka bersila menghadap makanan. Lauk malam itu, sama seperti tengah hari tadi. Nasi, ikan goreng dan sayur bayam. Amir tidak berkira. Dia dan Aiman makan sahaja apa-apa yang dimasak Mak Siti. Baginya, apa yang dimasak Mak Siti, itulah masakan paling lazat. Adiknya makan tanpa bersuara. Aiman mahu makan cepat-cepat, kerana Mak Siti tidak akan membenarkan mereka menonton tv selepas pukul 10. Dia teringat pesan abangnya supaya menghafal doa qunut. Pukul 10, mesti tidur.

Mak Siti menemankan mereka makan. Jauh di sudut hatinya, dia sayang kepada dua beradik itu. Kepada siapa dia hendak mencurahkan kasih kalau bukan kepada mereka. Mereka berdua anak kepada adiknya yang telah meninggal dunia ketika melahirkan Aiman. Aiman dan Amir diasuhnya sejak Aiman masih dalam hari, dan ketika Amir berumur tiga tahun. Bapa kepada Amir dan Aiman meninggal dunia dalam kemalangan dua tahun selepas kematian ibu mereka, ketika pergi membelikan Amir baju sekolah tadikanya. Amir yang ketika itu sudah mengerti tentang kematian, tidak mahu ke sekolah tadika. Pak Lang Yusof mereka itulah yang mendidik Amir, membawa Amir belajar di sekolah tempatnya mengajar dahulu, di Sungai Siput, Segamat.

Mak Siti sendiri, sudah lama hidup sendirian. Suaminya meninggal ketika usia perkahwinan mereka belum mencapai usia setahun. Pada usia 30-an, Mak Siti masih cantik, dan ada juga yang merisik khabarnya, tetapi dia masih tidak dapat melupakan arwah suaminya yang penyayang itu. Cukuplah dia mempunyai Amir dan Aiman untuk diasuh dan dididik, sudah dianggapnya mereka itu seperti anak sendiri. Demi menyara kehidupannya dan dua beradik itu, Mak Siti tidak perlu bekerja keras. Harta peninggalan arwah suaminya, hasil tanaman dua bidang kebun kelapa sawit di Pulau Jering cukup buatnya. Cuma dia perlu mengupah orang untuk mengerjakannya. Amran, arwah iparnya, bapa kepada dua beradik itu juga pernah mewasiatkan hartanya buat Amir dan Aiman. Bukan sedikit harta peninggalan Amran, dia berasal dari keluarga yang kaya-raya. Tetapi sayang, cuma dialah saja anak, dan pewaris tunggal. Jika tidak, pasti anak-anaknya itu diamanahkan buat adik beradik Amran. Namun begitu, Mak Siti tidak mahu mendidik Amir dan Aiman dengan kesenangan. Biarlah mereka hidup dengan bersederhana.

Amir sudah tidak ada di pandangan. Dilihatnya pinggan makan Amir dan Aiman sudah berbasuh, tinggal pinggan mangkuk yang berisi lauk-pauk sahaja. Memang diajarnya Amir supaya membasuh pinggan makan dan cawan sendiri. Amir juga dilihatnya pandai menjaga adik, biasanya dia akan membasuhkan pinggan adiknya tanpa banyak berkira. Mak Siti mengemaskan dapur, kemudian menutup suis lampu.

......................................


“Mak, bila abang balik?” Tanya Aiman. Sudah dua bulan dia tidak berjumpa Amir. Hatinya rindu. Dia sunyi. Mak Siti hanya diam. Dia tahu anak manja itu rindukan abangnya. Balik-balik, itu juga soalan yang ditanya. “Mak, abang Amir ada telefon tak? Aiman rindulah...” akhirnya terpacul jua isi hati anak itu. Mak Siti tersenyum. Lucu juga melihat wajah monyok Aiman. Selalu ada Amir, dia tidak begitu. Terpancar sungguh kegusaran hati Aiman di wajahnya, dia tidak keruan. Sudah dua hari Aiman tidak keluar bermain seperti selalu, dan makan pun sekadarnya sahaja. Mak Siti kasihankan Aiman. “Nanti kita pergi jenguk abang Amir di asrama ya” serta merta wajah Aiman berubah. Dia ceria. “betulke mak? Yayay!” Aiman mencium pipi Mak Siti, kemudian dia berlari keluar. Sudah dua bulan Amir belajar di sekolah asrama aliran agama di Negeri Sembilan. Memang itu cita-cita Amir, jadi Mak Siti tidaklah menghalang, malah menggalakkan. Lagipun, bimbingan Pak Lang Yusof sebagai ustaz banyak memberi Amir inspirasi dan pengaruh. Amir, walaupun masih muda, tetapi matang dalam berfikir. Tidak seperti adiknya Aiman, yang manja dan memang dimanjakan Amir.

......................

“Bila mak sampai?” Tanya Amir. Suka betul hatinya menerima kunjungan itu. Dirasakannya kunjungan itu agak mengejut. Turut bersama Mak Siti dan Aiman ialah Pak Lang Yusof dan Umi Zulaikha. Aiman baru sahaja membaca buku “Wanita yang disebut dalam Al-Qur’an”. Salah satunya wanita isteri kepada Aziz, yang disebutkan sebagai Zulaikha. Hatinya berkata: pandai Pak Lang cari isteri nama Zulaikha... Namanya pun Yusof.. “Baru je, Amir.. Aiman ni, nak sangat jumpa kamu..” Aiman menyalami abangnya. Dia terasa janggal. Mungkin kerana lama tidak berjumpa. Dia melihat kulit muka abangnya berubah menjadi pucat, tidak seperti sebelum ini. Amir mengajak Aiman ke asramanya. Sebenarnya dia juga rindukan Aiman. Sengaja dia membawa Aiman ke tempat yang boleh mereka berbual. Mak Siti, Umi dan Pak Lang membiarkan mereka, kerana mereka juga hendak bergerak ke surau untuk bersolat Zohor. Perjalanan dari Segamat ke Pedas, memakan masa empat jam juga.

“Adik sihat? Adik rindu abang ya?” Amir mengusap rambut adiknya. Aiman hanya tersengih. Di dorm itu, Aiman membelek barang-barang Amir. Di katil Amir, tertampal gambar mereka berdua. Gambar semasa masih bersekolah rendah. Amir mengambil sesuatu dalam kocek bajunya, lalu diberikan kepada Aiman. Sebuah rantai kunci besi berbentuk empat segi, ada gambar bintang berwarna kuning terang yang cantik di atasnya. Latarbelakang bintang itu berwarna biru gelap. Di belakangnya, terukir nama mereka berdua: Amir & Aiman. Ada tulisan kecil di bawah ukiran itu: “abang sayang adik...” Aiman menerima, membelek-belek keychain itu. Amir berpesan, “ adik belajar rajin-rajin yea.. ikut cakap mak.. belajar baik-baik dengan Pak Lang, jangan nakal-nakal..tahun depan UPSR kan?” Aiman mengangguk-angguk. Dilihatnya Aiman masih membelek-belek keychain pemberiannya. Amir menatap sepuas-puasnya wajah itu..dirasakannya airmatanya mahu tumpah, tetapi ditahannya. “Ya Allah..rindu apakah ini..” hatinya berbisik. “adik simpan keychain ni, ni je yang abang mampu beri. Adik jangan hilangkan..” Amir memberi pesan lagi. Aiman menyimpan baik-baik pemberian abangnya dalam kocek seluar. Tiba-tiba Amir memeluknya, dan Aiman teresak-esak pula dalam pelukan abangnya..dalam esakannya, dia menyebut..” Abang, adik rindu..” Amir meleraikan peluknya, berkata, “adik jangan menangis selalu yea...” dia kembali memeluk Aiman. “Adik kena jaga diri...Adik dah besar.. Jangan lupa doakan ayah dan ibu.. Ingat, walaupun Aiman tak pernah tengok ibu, tapi ibu yang lahirkan Aiman tau. Aiman jangan lupa baca yasin untuk mereka..”

................................

Hari ini 27 Oktober. Aiman melihat lagi rantai kunci itu. Kalau Amir masih hidup, genaplah umurnya 23 hari ini. Sudah hampir sepuluh tahun Amir meninggalkannya. Walaupun dia memiliki ramai kawan, masih ada Mak Siti, Pak Lang Yusof dan Umi Zulaikha, semuanya tidak dapat menggantikan Amir. Pertemuan kali itu, pertemuan terakhir. Patutlah, banyak saja ucapannya. Patutlah, banyak saja pesanannya. Patutlah, diukirnya rasa sayangnya di atas besi, supaya takkan luput dan takkan hilang ditelan masa. Kerana dia mahu aku tahu, dia tetap sayangkan aku walau dia tidak ada di sisiku, walau kami jauh dibataskan antara dua dunia.

Amir meninggal dunia kerana sesak nafas. Dia pengsan setelah sesak nafas waktu tazkirah dibacakan antara solat maghrib dan isya’ di surau asrama, dan warden asrama cepat-cepat membawanya ke hospital. Dia menghembuskan nafas terakhir tatkala aku tidak ada disisinya, ketika azan isya’ berkumandang. Kata doktor yang memeriksa, dia tidak ada sakit yang kronik, dan punca kematian hanyalah sesak nafas. Umurnya pada waktu itu 13 tahun, seminggu selepas kunjungan kami.. Waktu dia dibawa pulang ke rumah malam itu juga, aku sudah tidur dan Mak siti tidak mengejutkan aku. Pagi itu, melihatkan tetamu yang ramai, aku tahu itu Amir. Kerana dalam mimpiku malam itu, Abang Amir tersenyum dipimpin seorang wanita. Wanita itu, sama seperti dalam gambar yang disimpan Mak Siti. Walau tidak tahu memandikan jenazah, aku meminta Pak Lang Yusof mengajarkan aku, kerana hanya abang Amirlah saudara sedarah daging aku dunia akhirat. Waktu itu, Pak Lang pesan, jangan menangis. Aku memang tidak menangis, kerana itulah pesan abang Amir.

Mengingatkan kematian Abang Amir membuat aku insaf. Kematian tidak mengenal umur. Tidak mengenal rupa. Tidak mengenal waktu. Mati tidak memerlukan sakit yang kronik, menunggu tua, atau apa-apa penyebab pun. Andai dalam hembusan nafas yang ini Allah tarik nyawaku, aku redha. Andai ini nafasku yang terakhir, doakan aku.

Aku hanya sempat mengucapkan rinduku padanya. Dan Abang Amir, walaupun tidak banyak cakap, tetapi telah dituliskannya sebuah buku, khas buatku. Aku menemui buku itu tatkala pergi ke sekolah Abang Amir untuk mengambil kembali barang-barangnya. Semuanya masih ada di rumah Mak Siti, aku tidak membenarkan Mak Siti membuangnya, walaupun secebis kertas. Biarlah dimakan lipas sekalipun, tak mengapa. Cuma semua itu saja pengubat rindu aku terhadap Abang Amir.

Tatkala aku menemukan buku itu, tertulis di atasnya: “Buat Aiman”

Mukasurat pertama: “Khas kudedikasikan buat adik kesayangan: Aiman”

Di bawah perkataan besar-besar itu, tertulis kecil: adik baca kalau rindu abang yaa..

Aku membuka mukasurat kedua. Tarikhnya, 20 Februari 1999. Seminggu selepas kemasukan abang ke asrama. “Adik, harini genap seminggu abang di asrama. Abang sudah kenal ramai kawan. Tapi, abang rindu kawan abang yang seorang ni..adiklah kawan abang sejak adik lahir. Buku ni, sengaja abang tulis.. Buat melepaskan rindu kat adik...”

Mukasurat ketiga, nota abang berbunyi, “hari ini abang belajar matematik. Entah kenapa dik, abang rasa susah betul tajuk Algebra tu.. kalau kelas Bahasa Arab tu, senang je abang ikut apa ustaz ajar.. teringat dulu, masa abang darjah lima. Cikgu Anis ajar kelas abang. Dia pun ajar kelas adik, darjah dua. Katanya, adik pandai matematik. Kata-kata cikgu, buat abang bangga jadi abang adik..”

Mukasurat seterusnya terdapat contengan-contengan. Abang Amir menampal gambar kami berdua, semasa hari raya. Kami berpakaian sedondon berwarna biru. Walaupun gambarnya sudah lusuh, warnanya masih ada. Aku dipimpin Abang Amir, dengan wajah comot dengan coklat di tangan, masing-masing berkopiah putih yang dikait benang.

Nota seterusnya, dalam tulisan-tulisan Abang Amir, dia banyak menceritakan tentang aku. Dan beberapa helaian dalam tulisannya terdapat kesan titisan air. Bekas airmata. Aku tersedar, dalam hidupnya, cuma ada aku. Dalam satu catatannya, dia menulis, “ Nanti abang besar, abang kerja baik-baik,abang beli buku banyak buat adik ya..” aku menangis membaca catatannya yang itu. Dia bercerita, aku juga sewaktu kecil sukakan buku sepertinya. Suatu hari aku pergi ke rumah Jamil,budak sebaya abang. Tetapi aku dihalau Jamil, hanya kerana aku anak yatim. Abang Amir sedih kerana aku pulang sambil menangis, mengadu tidak dapat melihat buku yang ada di rumah Jamil. Cerita Mak Siti, Abang Amir memang begitu, tidak suka meminta.

Catatan Abang Amir, penuh dalam satu buku 60 helai. Dia menulisnya setiap hari...sehinggalah hari terakhirnya.

Dulu Mak Siti selalu menegur Abang Amir kerana memanjakan aku... Dalam catatan terakhirnya buatku, aku menemukan sebabnya...

“suatu hari nanti, pasti adik akan bertanya kenapa abang sangat sayangkan adik. Adik, ketahuilah, abang tidak pernah mahu adik terasa sunyinya dunia tanpa belai kasih ibu. Memang, walaupun Mak Siti menjaga kita sebaik-baiknya, tidak sama dik..kerana itulah yang abang rasakan.. abang sentiasa harap dapat jadi abang yang terbaik buat adik..”


Oh..kenapa airmata ini tidak pernah mahu berhenti mengalir tatkala semua hal tentang Abang Amir terlintas diingatan?

nota penulis( sayelah! ): semua watak, jalan cerita, dan ape2 je dalam cerita pendek ini hanyalah ilham, khayalan dan ciptaan penulis semata-mata, tidak ada kaitan dengan manusia yang sedia ada wujud. tapi kalau ada persamaan dan sebagainya seratus-peratus, itu cumalah secara tidak sengaja.. hayati cerita ini baik-baik.. :)

Sunday, October 25, 2009

fakta menarik!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 25, 2009 6 komen best
sepanjang kita hidup,....
  • secara purata manusia muntah dua kali setahun, memenuhkan 5 baldi penuh sepanjang kehidupan kita
  • secara purata manusia jatuh cinta tiga kali sepanjang hidup,  dan sebuah perkahwinan bertahan secara purata 11 1/2 tahun
  • 70% daripada kita paling kurang pernah berkahwin sekali.
  • secara purata manusia melakukan hubungan seksual dua kali seminggu, memiliki 10 pasangan seksual sepanjang hidup dan melakukan 4239kali hubungan intim sepanjang hidup
  • bahan untuk membentuk sebuah komputer lebih banyak dari bahan untuk membina sebuah kereta.
  • 40 tan sampah per individu sepanjang hayat.
  • Krismas menyebabkan kegiatan seluruh negara terhenti.
  • setiap orang mempunyai purata memiliki 8 kenderaan sepanjang hayat: troly, baby walker, kereta kecil, basikal, kereta-kereta, sehinggalah kenderaan yang menyenangkan kembali: kerusi roda.
  • seorang manusia berjalan 197 batu setahun: bersamaan 15464 batu dalam 54 tahun.
  • seorang manusia memandu sejauh 5766 batu setahun, dan jarak ini cukup untuk sampai ke bulan.
  • setiap manusia secara puratanya menonton TV selama 2944 hari, bersamaan 8 tahun genap masa dihabiskan menonton TV.
  • setiap manusia secara puratanya membaca 533 buah buku sepanjang hidupnya.
  • dalam kalangan manusia, 3% jarang membaca buku, dan 48% tidak pernah membaca buku.
  • 2455 akhbar=1.5 tan=24 batang pokok ditebang untuk itu. [err..takyah baca paper aa..=D]
  • hanya 50 kali peluang mengundi secara purata sepanjang hayat, dan lead yang digunakan untuk memilih pemimpin cumalah tidak sampai 2 cm.
  • seorang rakyat Britain secara puratanya minum 3 cawan teh sehari=74,802 cawan sepanjang hidup.
  • nikmat meminum teh bermula 500 tahu dahulu, apabila sehelai daun teh terjatuh ke dalam minuman raja.
  • teh menjadi minuman utama di Britain.
  • secara purata seorang manusia berjumpa doktor 314 kali sepanjang hayat.
  • airmata yang telah mengalir sepanjang hidup seorang manusia ialah 61.5 liter: tidak kira semasa menangis, ditiup angin atau apapun.
  • rangka tubuh manusia di-renew setiap 10 tahun.
  • 78.5 tahun=104 390 kenangan dan mimpi
  • per 1700 orang yang kita temui, mereka mati kerana..
             -305 sakit jantung
             -175 angin ahmar
             -111pneumonia
             -99 lung cancer
             -72 sesak nafas
             -63 dimentia atau alzheimer
             -49 barah usus
             -32 breast cancer
             -10 bunuh diri
             -9 kemalangan
             -3 dibunuh
  • dalam 38.5 bilion tahun, pelbagai benua lesap dan muncul, hanya laut yang tidak berubah.
  • sepanjang kita hidup, sebanyak 415,000,000 kali kerdipan mata.
kita tidak membawa apa-apa kedunia, dan tidak boleh mengambil apa-apa dari dunia dan tidak membawa apa-apa sewaktu mati. memang dunia ini persinggahan. Lalu, apa yang telah kita lakukan padanya?

Singgah rumah orang, kemudian kencing berak merata-rata, tak malukah?

Apa telah kita buat pada dunia, ya? Sungguh manusia tidak pandai bersyukur..kecuali yang mengerti..



**segala fakta di atas, aku peroleh dalam masa 30 minit menerusi channel National Geographic: Nat Geo Junior. segala kesalahan dan kesilapan minta diampunkan, kerana fakta yang dinyatakan adalah kajian secara general, dan mungkin beberapa fakta itu spesifik kepada beberapa tempat dalam dunia sahaja.

p/s: semoga dapat mengambil iktibar.

tentang Fatimah Az-Zahra: majlis aqiqah Ustaz Muhtad

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 25, 2009 0 komen best
semalam aku, kak maryam, kak hana dan kak anis pergi melawat Kak Faizah yang baru bersalin anak sulung, 8 hari lepas..dan, bagi meraikan kelahiran sulung itu, Ustaz muhtad buat aqiqah...

Tambah lagi seorang bakal mujahidah. Fatimah Az-Zahra.

Apa yang aku fikirkan semasa melihat bayi mulus itu, adalah pengorbanan seorang ibu. Jauh di sudut hati, aku terkenang, bagaimana susahnya seorang ibu berjuang melahirkan bayinya.. dalam kepucatan, dan masih tidak hilang sakit, seorang ibu masih mampu menyusukan bayinya, sebagai tanda kasih dan cinta...

minggu pertama lahir ke dunia, kebanyakan bayi akan mengalami demam kuning, atau simptomnya. Dan kerisauan apakah yang kita beri kepada ibu sejak lahir sehingga besar...?

asal sahaja lahir ke dunia, kalau tidak ada seribu, atau rm 1000 dalam tangan, bagaimana boleh si ayah membiayai kos kelahiran kita...hospital swasta memerlukan kos rm3000.. lahir saja rm3000, makan pakai, pampers lagi.. kos perubatan lagi.. bagi yang ibubapa orang senang tak mengapalah, bagi yang ibu bapa hanya bekerja kilang, pekedai, yang berpendapatan rendah? oh.. andai anak ini membesar dengan taat dan menyenangkan hati, itu, suatu anugerah.. tapi, kalau sebaliknya?

Mengucup dahi si bayi dengan penuh rasa sayang. kenapa kita digalakkan untuk melawat orang yang baru melahirkan, selain meraikan ahli baru dalam keluarga islam, mungkin untuk mengenang kembali jasa dan pengorbanan ibu kita.. dan.. demi mengingatkan bahawa aku, seorang perempuan juga bakal menjadi seorang ibu. tapi, sebelum bergelar seorang ibu, aku perlu melalui suatu proses: melahirkan bayi.

Melihat Fatimah AzZahra, aku teruja untuk mengendong dan memeluknya. Dia menangis, dan bila disuakan susu dia diam. Bila tertidur, aku letak botol susunya, dan dia menangis lagi. Tiba-tiba Ustaz Muhtad menjenguk ke dalam. Katanya: "Aaa...bolehlaa tu ambil tender jadi babysitter.."

Kak Maryam, Kak Hana dan Kak Hanis takmau angkat baby, katanya tak berani. Mereka juga bergurau tentang aku menjadi babysitter.

"AzZahra, jadi anak soleh yea.." sempat aku berbisik ditelinganya, dan menciumnya, sebelum pulang.

mobiliti ke majlis ini ditaja oleh Akh Fadhli. Jazakallah. :)

info: ustaz Muhtad yang memberi penerangan kepada aku tentang tiga soalan di entri Ramadhan ini, Allah temukan aku dengan Ahsannas..

Saturday, October 24, 2009

Pilihan dan keputusan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009 2 komen best
sejak petang tadi, hati benar-benar meronta-ronta untuk menulis di layar cantik ini.

pernah dengar tak lagu 'Suratan atau Kebetulan'? aku ingin bercakap mengenai sebaris lagunya: Kita asyik membicarakan persoalan hidup dan pilihan...."

abah pernah memberi kata-kata ini buat aku: "never have second chance. sekali dah buat pilihan, jangan patah balik lagi."

abah memberi nasihat secara berkala. dan, seingat aku, abah tidak pernah mengulang pesanannya buat kali kedua. namun, nasihat yang sekali sekala hadir itulah, yang membuat aku menyimpannya seperti mutiara yang amat tinggi nilainya. abah juga berpesan, "jangan biar diri kita mempunyai peluang lain lagi"

ibu dan abah sentiasa memberi aku kebebasan dalam memilih, sejak dari memilih sekolah rendah aliran apa sehinggalah memilih bidang apa yang mahu aku pelajari sekarang. Mereka juga memberi aku kebebasan dalam banyak hal, hatta dalam memilih pasangan hidup sekalipun. Kata mereka, selagi aku di landas yang betul, restu mereka wajib untuk aku. Dan kadang-kadang kebebasan memilih juga cukup membingungkan. Kadang pilihan aku juga tidak dipersetujui, tapi kerana aku merasakan pilihan aku betul setelah dinilai dari sudut rasional dan kematangan aku yang sekarang, aku memperjuangkannya dan mereka secara diamnya tidak membantah.

dan kerana kebebasan itu, aku kadang-kadang terlantar dalam dilemma.

dalam membuat pilihan, aku sendiri perlu menilai dari seluruh aspek: masa, tenaga, diri sendiri, komitmen yang ada, pelajaran, keluarga, perancangan sedia ada dan semuanya. Hakikatnya memilih juga bukanlah satu hal yang mudah, dan ia juga satu proses yang penting dalam hidup. Allah juga memberi kemudahan kepada manusia dalam memilih jalannya tersendiri, seperti firman-Nya dalam surah As-Syams:
"...dan aku telah mengilhamkan kepadanya(jiwa) supaya memilih jalan kebaikan dan keburukan. Beruntunglah bagi yang memilih jalan kebaikan, dan yang memilih jalan keburukan termasuk dalam kalangan orang-orang yang rugi.."
kebanyakan manusia lupa tentang suatu hal penting dalam membuat pilihan. Dalam kriteria memilih, perlu juga dimasukkan sama ada jalan yang dipilih itu mengikut landas syarak atau tidak. Ia sama seperti memilih syurga atau neraka..  Kerana pilihan itu, mungkin akan melemahkan iman dan menyempitkan masa buat mentarbiyah diri dan memungkinkan kesulitan dalam menyempurnakan ibadah.

Kerana pilihan itu satu proses hidup, kerana memilih untuk hidup juga adalah keputusan yang pernah aku lakukan sebelum lahir ke dunia, dengan rahmat Allah.

Susahnya membuat pilihan. sepertinya aku sedang memilih antara dua orang lelaki pula. Kerana pilihan ini, bakal memberi impak besar buat aku. Semoga pilihan ini, pilihan terbaik untuk aku. Doakan aku dapat membuat pilihan yang tepat.

Susahnya membuat pilihan, aku terasa susah hati. Kadang-kadang dalam membuat pilihan aku amat yakin, dan kadang-kadang perasaan gusar membingungkan juga.

Susahnya membuat pilihan, kerana aku tidak tahu apa yang ada di hadapan. Semoga Allah memudahkan segalanya..

Pilihan ini, aku terima.

Semoga apa yang ada dihadapan, menambahkuatkan lagi iman aku, bukan melemahkan, malah bukan menjadi penghalang antara aku dengan Cinta Hati. Andai aku tersimpang atau terlajak, ingatkan, ya.

Kerana tugas ini, amanah kecil yang tidak mudah. Ia mudah membuat aku menangis di saat-saat genting.
Jari ini sepertinya tidak mahu berhenti menaip pula..aku pen-off ya.

Tolong doakan semuanya yang terbaik untuk aku. Demi tugas ini. Aku amat berharap, pilihan aku bukan penghalang antara aku dengan kerja-kerja menuju puncak Islam yang syumul..

yang terbaik bagimuuu...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 24, 2009 0 komen best

oleh:Ada Band
tajuk:Yang Terbaik Bagimu 

credit to lyricsmode.com


From LYRICSMODE.COM lyrics archive
Lyrics | Ada Band lyrics - Yang Terbaik Bagimu lyrics

Teringat masa kecilku
Kau peluk dan kau manja
Indahnya saat itu
Buatku melambung
Disisimu terngiang
Hangat nafas segar harum tubuhmu
Kau tuturkan segala mimpi-mimpi
Serta harapanmu

Kau ingin ku menjadi
Yang terbaik bagimu
Patuhi perintahmu
Jauhkan godaan
Yang mungkin kulakukan
Dalam waktuku beranjak dewasa
Jangan sampai membuatku
Terbelenggu jatuh dan terinjak

Reff :
Tuhan tolonglah sampaikan
Sejuta sayangku untuknya
Ku terus berjanji
Tak kan khianati pintanya
Ayah dengarlah betapa sesungguhnya
Ku mencintaimu
Kan ku buktikan ku mampu penuhi maumu

Andaikan detik itu
Kan bergulir kembali
Kurindukan suasana
Basuh jiwaku
Membahagiakan aku
Yang haus akan kasih dan sayangmu
Tuk wujudkan segala sesuatu
Yang pernah terlewati
-----------------------------------------------------------------------------------------------

lagu ni, aku tak biasa dengar. tapi, untuk abah yang bakal menyambut ulangtahun ke-49, 29 oktober ini..
minta maaf , abah andai aku tidak dapat memberi yang terbaik bagimu..

untuk semua ayah..meskipun telah pergi menemui Ilahi, sejuta sayang anakmu tetap ada..

untuk sesiapa yang masih mempunyai seseorang yang dipanggil abah, ayah, daddy, walid, atau papa atau apa-apapun yang bermaksud bapa.. mari berusaha untuk memberikan yang terbaik buat mereka.. sebelum esok takkan hadir dan andai tadi subuh yang terakhir..sama ada buat kita atau buat mereka..


[lately, aku rasa tak sabar nak jumpa ibu+abah. rindu kot :) ]

p/s: audio untuk subuh yang terakhir sudah upload.. :) 

Thursday, October 22, 2009

kisah telefon...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 22, 2009 6 komen best
alkisah...(toyyibb..)
maka tersebutlah kisah..

sebelum aku bergelar mahasiswi UUM aku hanya guna telefon nokia 1110..basic, tapi rosak..microfon rosak, speaker pun rosak..

jadi bila masuk UUM aku tukar model sama, cuma beli baru.. bila balik rumah, raya aritu, telefon ibu rosak.. banyak masalah dan tak boleh charge..kalau repair, costs.. jadi, aku tukar, kasi ibu guna telefon bimbit aku yang baru 2 bulan digunakan..

habis raya, aku trade in telefon ibu yang dah rosak tu..aku beli K330, sony ericsson.


dan..suatu pagi, aku telefon ibu..
"Nora, telefon abah hilang"

aku masih menyimpan contact number abah yang sebelum ini, beratus-ratus. Jenuh juga aku nak add sume nombor tu dalam telefon..dahlah nak meng add dalam sony-e ni leceh.. dan.. aku mengepos telefon yang jangka hayatnya 'belum cukup hari' itu dengan rasa berdebar..sebab mengepos henpon adalah hal yang tak digalakkan sama sekali.. pada ruang bungkusan pos laju, aku tulis "barang souvenir".. Nasib baik abah laa..birthday abah yang ke-49 pun bakal tiba 29 haribulan nanti..

Disebabkan itu, lebur lagi duit aku di kedai henpon. kali ini, aku fikir nak beli nokia je..tapi dalam hati takmau laa Nokia..(hati memboikot!) tengok nokia basic, rm115.. bila intai sony E, rm160..hmm..

lalu..dengan selamatnyaa...

kini milik aku!
heeheee..
syukurr..

ada juga hikmah kenapa sesuatu itu hilang, rosak dan perlu diganti..
dalam masa tak sampai 4 bulan.

....syukurr....

**maklumat tentang telefon bimbit ini boleh didapati daripada mobileburn.com. K330 , z250,dan nokia 1110

kawan-kawan aku komplen: "oi, asik tuka fon jer...beli henpon macam beli karipap"
atau, "aik? fon lain lagi??"
hakikatnya, kawan-kawan...kalaulah korang tahu...jenuh laa aku nak explain satu-satuu...

Tuesday, October 20, 2009

buku-buku :)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 20, 2009 10 komen best
sedang baca:
Shelfari: Book reviews on your book blog



ni sume buku-buku yang sedang baca. Shelf untuk yang sedang dicari, aku tapandai nak post.. 1511H [kombat] oleh faisal tehrani, aku dah tempah dari library- sedang dipinjamlah. yang ada cuma 1515.. dalam masa yang sama, sekarang aku membaca Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, baru beberapa page sebab sebelum pukul 3 petang tadi sibuk menelaah untuk test Principle of Management. Sempat tak sempat, aku kalau dah panjat library tu, tarik juga buku fiksyen paling kurang dua buah: Loving him (Kate O'riordan) dan The Zahir oleh Paulo Coelho.

Sejak Kak Reen show aku buku 'Like The Flowing River' oleh Paulo Coelho, aku terus terpikat nak baca buku-bukunya. Buku-buku dia banyak tentang pemikiran, persepsi dan pengalaman. Aku pernah half-read buku Paulo Celho yang bertajuk 'The Devil and Miss Prym', tentang seorang lelaki dari bandar yang datang ke sebuah tempat peranginan terpencil di kawasan pergunungan dengan membawa 10 blok emas.Persoalannya, nak buat apa dengan 10 blok emas tu, kan? lelaki tu tanam blok-blok emas tu di beberapa tempat di kawasan berbukit, kemudian memberitahu perempuan yang dikenali sebagai Miss Prym tu tentang blok-blok emas yang ditanam. Katanya, dia membuat kajian sama ada manusia yang aman damai di sebuah tempat terpencil, mungkinkah akan menjadi jahat kerana harta yang sedikit... Best, tapi aku tak masa nak habiskan pembacaan sebab sibuk dengan test dan assignment. last-last aku pulang je bukunya...

tentang Tautan Hati oleh Fatimah Syarha, aku meminjam dari fasilitator TITAS aku, Kak Farhana. Memang dah lama mencari, tapi tak terjumpa. Bila dia menyebut tentang buku ni dalam perbincangan, terus aku minta pinjam. hehe.. :) Sebenarnya seseorang telah menyarankan aku membacanya sejak aku form 4, katanya bacalah buku Ayat-ayat cinta dan tautan hati kalau aku suka membaca novel..bagus untuk mendidik.. Ayat-ayat cinta pun aku pinjam dari Iman masa kat matrikulasi, dan ternyata menonton filem dengan membaca adalah hal yang berbeza, sebab yang difilemkan banyak sangat menyimpang dari landas islam yang sebenar..

Aku grab 'Loving him' semalam sebab review dia menarik.. jalan cerita macam lebih kurang je dengan 'Where Rainbows End',  jadi aku nak try.. release tension di celah-celah kesibukan menelaah..

Monday, October 19, 2009

andai tadi subuh yang terakhir...

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 19, 2009 6 komen best
Lagu “Subuh Yang Terakhir”
Artis “Rabbani”
http://www.topliriklagu.com



Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Ucapkan SaYang
Pada Insan Yang Setia Berkongsi Susah dan Senang
Luahkan Isi Hati
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir


Bila Berdekatan Kadangnya Makin Kita Leka
Bila Bejauhan Barulah Merindu Didada
Selagi Berkesempatan Ucapkan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir


Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan


Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu Bertuahnya Kau Dilahir


Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan


Lihatlah Saja Isterimu Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagian Anak dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat


Lafazkan Rasa Cinta
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir

----------------------------------------------------------------

kisahnya lagu ini;
suatu pagi aku terdengar lagu ini melalui corong radio, ikim.fm..masatu memang baru lepas subuh.. masa di asrama, MRSM Kuala Klawang, aku tingkatan dua.. kebetulan waktu tu aku merajuk dengan ibu kerana suatu hal, dan kebiasaan aku menelefon ibu waktu tu aku lupakan. tiga hari aku tak telefon dia sejak balik ke  asrama. dan bila dengar rangkap lagu ni "bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang.." dan "andai tadi subuh yang terakhir..", aku terus sebak, dan aku telefon ibu  hari itu juga. dan, ibu tahu yang aku merajuk dengannya.

sungguh, aku menyesal. atas sebab apa sekalipun, aku takkan merajuk dengan ibu lagi. ucapkanlah sayang pada ibumu hari ini.

siapa tahu kalau tadi subuh yang terakhir buat ibu. atau abah. atau orang-orang kesayangan kita. ucapkan sayangmu hari ini.

entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.

(audio bawah ni, sparuh je..kalau nak dengar full, kena klik kat link tu..)






Subuh Yang Terakhir - Rabbani

Saturday, October 17, 2009

ini entri aku yang ke seratus: my family tree

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 17, 2009 7 komen best

malam ni buat assignment kenegaraan, tentang salahsilah keluarga. dah nak date due baru hantar. dengan bantuan Geni.com, baru aku dapat membuat assignment ni dengan lancar sikit.


Geni.com ni merupakan laman web bagi keluarga untuk berkomunikasi dan saling bertanya khabar serta berkongsi berita-berita baru. maklumlah,  duduknya merata-rata. teknologi pun dah canggih... melalui laman ini, aku dapat tahu apa updates baru tentang saudara-mara, pakcik-makcik, atuk-nenek, anak2 sdara.. huh, sedar atau tak, dah ramai sebenarnya dua pupu aku yang dah berkeluarga, kira anak mereka yang merupakan anak sedara aku juga dah tak terkira ramainya. pastu bila jumpa aku pon panggil kakak je..



 ni merupakan 'home' yang menunjukkan pelbagai updates.

yang xbestnya, aku nak tunjukkan family tree yang gedabak tu kat sini, tapi masalahnye tak boleh dicapture oleh  screenshot mahupun screengrab. hmm..nak wat cemane yaa..




ok, seb baek aku dapat jumpa embed code nih. aritu godek punye godek page geni tu, hampeh tak jumpe. lampi juga aku ni rupanya. silalah pandai2 tengok family tree nih, ni family sebelah abah. dalam tree ni ada >63 orang, tapi kalau expand lagi ada >500 orang. gila ramai, kan.. yang kawin dengan orang putih, cina, ngan pak arab pon ade..

okok. mengumumkan, ini entri aku yang ke seratus.

memilih.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 17, 2009 6 komen best
"Punca penderitaan jiwa adalah kerana cinta dunia.
Sebabnya, apabila sedang berusaha mendapatkannya, hati berasa bimbang.
apabila nyata tidak dapat, hati berasa kecewa.
Apabila sudah dapat, takut luput pula..."
 manusia memang tidak pandai bersyukur atau apa ya?

kebelakangan ini memang banyak aktiviti anjuran DPP, dan banyak juga yang aku tidak hadir. Mengikut turutan: Coconut Day, Expose Islam, OneMalaysia Night, Shakespear's Drama Night, dan malam ini, apa ya? Kemudian, di DPP-DPP lain juga banyak aktiviti yang meriah dan pelbagai, SUDOKU challenge, Festival of light charity, pesta tanglung, ceramah agama, dan macam-macam lagi..amat banyak.. dan setiap  penyertaan biasanya mengutip wang, paling tidak RM1, dan untuk pertandingan biasanya bayaran penyertaan RM5. cuma ceramah agama tidak perlu paksaan, pujuk rayu atau penyertaan berbayar, hadir langkah kaki saja Allah kasi pahala banyak.

biar aku sebut kenapa entri ini diberi nama memilih.

sebagai mahasiswa dan mahasiswa yang cerdik bijak lagi pandai serta berakal, pandai memilih itu adalah satu hal yang perlu. aku melihat mahasiswa hari ini kurang cerdik dalam memilih. memilih kawan, tatacara berpakaian, mengurus masa, dan memilih majlis untuk dihadiri.  termasuk aku juga.

aku tahu, AJK EXPOSE ISLAM kecil hati bila melihat penyertaan pelajar dalam projek OneMalaysia mendapat sambutan menggalakkan, sedangkan sepanjang majlis dan program Expose Islam berlangsung, kehadiran cumalah oleh para AJK, peserta pertandingan, peserta persembahan nasyid, drama dsbg, dan sedikit-sedikit pelajar.. memang lengang..kerusi yang ada pun tak penuh.. sedangkan projek OneMalaysia dihadiri  oleh tak terkira ramainya, student dari DPP lain pun ada.. dan sorakan yang didengar pada malam tu pun memang meriah, sampai ke blok-blok terdekat. ada juga pelajar stay sampai lewat untuk mendengar reflection oleh pengarah projek.

Adilkah?

Expose Islam tidak perlu dibayar. Langsung! tapi OneMalaysia Night yang penuh gilang-gemilang dengan pelbagai tarian, nyanyian dan persembahan itu perlu berbayar. RM1. Mana pula rasionalnya pelajar muslim beragama Islam?

telah Ku ilhamkan manusia memilih jalan kebaikan atau keburukan...-(surah As-Syams, 10)
jadi...terpulanglah. Sebenarnya aku pun baru tersedar hal ini, yang aku juga bodoh dalam membuat pilihan. Sekarang, aku akan lebih berhati-hati. Harap entri pendek ini dapat memberi satu kesedaran buat orang lain.

Thursday, October 15, 2009

mulai hari ini, kita jalan sendiri sendiri.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 15, 2009 8 komen best
Mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri. Hidupmu dan aku biar pisah sampai di sini.

Maaf, waktu untuk mencintaimu telah usai. Aku telah berusaha menempati satu ruang di hatimu. Dan kali ini aku setuju denganmu. Kau..memang tak pantas untukku.

Kau berubah. Bukan, mungkin aku yang berubah. Waktu telah merubah aku, seperti yang kau bilang..semuanya tak sama lagi.

Maaf, aku menghabiskan waktumu, waktuku dan waktu kita..menganggap apa yang ada itu berharga. Menghabiskan waktu kita menyamakan kita kembali. Nyatanya, semuanya hanyalah bungkusan kepura-puraan.

Aku sudah lelah. Bukan, bukan aku menyerah dengan cinta aku. Kuhanya memberi jalan untuk sebuah kepastian..terutama untukku.

Sekarang waktuku..meyakini diriku..tak ada yang salah di aku. Aku dulu hanya terlalu buta untuk melihat kenyataan ini.

Bila kau bertemuku lagi, lepaskan kepura-puraanmu. Aku benci.

Mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri..
--------------------------------------------------------------------------

aku sudah pernah menge-post sajak ini. entah kenapa, sejak membacanya, ia menjadi puisi kegemaran aku. credit to nahria medina marzuki, aku amat suka puisi-puisinya yang banyak membawa elemen duka dengan maksud tersirat.Dia merupakan seorang Indonesian yang aku sendiri tak kenal, tapi aku membaca karyanya melalui sebuah novel aku yang sekarang telah hilang: My Two Lovers. My Two Lovers berkisar tentang hidup dan pilihan, antara perkahwinan dan kerjaya. tentang bagaimana seorang perempuan membuat keputusan tegas dalm hidupnya. bukan elemen cinta yang aku pelajari, okeh. :)


dan, buku ni murah je..aku beli pada harga rm 10 sebagai hadiah buat diri sendiri yang pada masa itu outing buat kali terakhir di Muar. Sayangnya, buku itu telah hilang.. Ceritanya menarik buat sesiapa yang sukakan picisan. Secara jujurnya, membaca buku ini banyak memberi aku inspirasi, sehinggakan aku menamakan blog kedua aku dengan watak utamanya: Nena. Nena merupakan manusia yang diwujudkan dalam ilusi dan penulisannya antara ruang dan waktu, sepertimana aku mewujudkan watak Rindu dan Rinda dalam penulisan aku. Sejak kecil, aku memang suka membaca sehingga dimarah ibu kerana terlalu banyak membaca. Cikgu di sekolah juga pernah menyindir aku kerana dilihatnya aku mengabaikan pelajaran akibat terlalu banyak membaca. Pada masa itu aku mendapat sokongan pihak perpustakaan untuk menggiatkan pembacaan bagi anugerah nilam. dan, aku berjaya menobatkan diri sebagai yang pertama memperoleh anugerah nilam bagi batch 2003/2005.

tapi sehingga sekarang, aku belum mampu memaksa diri membaca bacaan berat. seperti yang dikatakan oleh encik hafiz, baca  1511[kombat]. nanti aku carilah. :)

p.s: sebenarnya hari ini mood menge-blog ada banyak dan dapat idea, tapi kekangan masa lah :)

Tuesday, October 13, 2009

pertandingan melukis poster

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 13, 2009 8 komen best
harini aku tebiat pegi masuk pertandingan melukis poster 1Malaysia yang dianjurkan DPP EON sempena hari Satu Malaysia.

Mula-mula kawan aku, Syafiqah ajak..jadi aku pegilah belikan borang pertandingan.. Pastu..tetiba semalam katanya tak boleh participate. Jadi Fara yang diajak sudi pula membantu.. Aku pun dah tak ingat bila kali terakhir lukis poster. Masa darjah empat kot. Dapat nombor satu masatu, poster hari merdeka. hehe~
Malam tadi entah apa aku lukis atas kertas sebagai sketching poster, jadi lah macamni~

sebelum start pertandingan kena daftar dulu.. pastu ambil bahan-bahan yang disediakan: water colour, brush, cawan plastik bekas air. pastu sape nak bawa barang-barang lain boleh juga..aku bawa krayon je..hehe.. then, sediakan barang-barang..




pastu..sketch aa...

pastu, mewarna!





pastu siap sikit aa...


sambung lukis lagi...lukis empat kartun kecil.

 

(si fara ni, posing jelahh taunye..dah aku mengajar posing..)

 

SIAP!! hehe..tangkap gambar cam budak skola rendah kan..haha..tapi aku punye poster tak secantik yang orang lain buat aa.. aku rasa letak kaler biru tu macam satu kesilapan..tapi takpe aa..aku cuma tau menconteng je, dan itulah hasil contengan aku.. Thanks to fara, banyak tolong aku.. sudi menggantikan Iqa, dan untuk gambar-gambar yang dia ambil ni..

malam ni ada EON 1Malaysia's Night. Meh datang beramai2, Timbalan Menteri Belia dan Sukan ada hadir sebagai VIP. Aku tataw la poster aku nih boleh harap menang ke takk..hehe~ tak berharap pun, tapi kalau menang, mesti sume poster lain same hampeh cam aku punye juge..
menconteng memang kemahiran aku! :)

Monday, October 12, 2009

Menangislah di bahuku

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 12, 2009 6 komen best
 Album : Dunia Yang Lebih Indah
Munsyid : Firdaus
http://liriknasyid.com 



kau datang padaku seperti biasa
ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)



Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

Sunday, October 11, 2009

Rinda (edited til end)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 11, 2009 3 komen best
"Abang, adik lapar....."
sayu aku mendengar Rinda merengek kelaparan. sudah tiga hari dia tidak menjamah apa-apa, kali terakhir dia cuma menjamah sekeping roti basi yang aku curi dari sebuah kedai runcit.. ingatkan roti sedap, rupa-rupanya dilonggok di hadapan kedai kerana sudah expired. Hampeh. Aku sendiri pun entah sudah berapa lama tidak makan. Aku melihat Rinda, matanya berkaca-kaca sambil memegang perutnya, menahan lapar.

"Adik tunggu sini sekejap, abang belikan adik makanan. Sekejap je, abang janji."  Rinda mengangguk-angguk, patuh. Aku menyuruh Rinda duduk di kaki lima sebuah kedai. Kupesankan kepada pakcik penjual di kedai itu supaya tengok-tengokkan adik kecil aku. Hari sudah petang, tetapi langit sudah tidak cerah, sedikit mendung, menandakan hujan bakal turun.Dua tiga kali aku menoleh, memastikan adik kesayangan aku berada di tempatnya.

Aku tidak tahu bagaimana mahu menunikan janji pada Rinda. Aku tidak ada duit. Si kecil empat tahun itu, tidak mengerti apa-apa. Aku ingin cepat, kerana Rinda ditinggalkan seorang diri. Aku melewati deretan kedai yang sibuk, dan makanan banyak terjual. Hati berkata: "Tidak, aku tak boleh mencuri lagi. Ini untuk Rinda.".. Lalu kutanyakan pada penjual, pemilik kedai juga, mungkin. "Pakcik, mm..maafkan s..saya..berikan saya sedikit makanan, bb..boleh?" "Ah, tak ada makanan di sini.. Pergi!" melihatkan wajah seperti pengemis ini, pakcik itu menengking aku, sehingga pelanggan di situ memandang kami. "..tt.ta..tapi, pakcik..adik ss..saya..sudah lama dia tak makan" aku tidak kisah diherdik, demi Rinda, aku sanggup. "kalau mahu makan, perlu bayar. tak ada duit, boleh pergi" pakcik itu mengendurkan sedikit suaranya, walaupun wajahnya masih tegang. malu dengan pelangga, mungkin. aku berjalan keluar dari kedai itu dengan langkah longlai. "Blahla wei, banyak lagi kedai lain yang best." hati menyumpah. "Adik!" belum dua tiga langkah aku berjalan, seseorang memanggil. "duit adik ni, tadi tercicir" Lelaki itu menunjukkan aku wang kertas RM 10. aku hairan. "Abang, ini bukan saya punya". "Ambillah, duit adik. jangan khuatir." aku memandangnya, dan lelaki bersun glass itu tersenyum manis. Aku mengerti maksudnya. Antara sayu dan gembira, aku menyalami pemuda berhati baik itu. Kuucapkan terima kasih yang tak terhingga, lalu kukatakan aku harus berlalu cepat demi adik kecilku.

Dengan cepat, aku membeli nasi berlaukkan telur goreng. Di mata terbayang-bayang wajah kecil Rinda yang makan penuh semangat. Semua itu hanyalah berharga RM 1.50, selebihnya aku simpan. Buat beli makanan pula untuk esok dan seterusnya. Air suam yang aku minta bungkus, nasib baik free of charge.

Aku berlari-lari melewati batas-batas kedai. "Rindaaa, tunggu abang.." hati tidak sabar, tiga lot kedai terasa amat jauh berbatu-batu. Satu bangunan saja lagi. aku melintas, dan tiba-tiba sebuah kereta muncul entah dari mana merempuh aku, dan aku tidak sempat mengelak.
...............................................................................................
Sejak itu, aku tidak lagi bertemu Rinda. Adik yang kurindui itu, entah ke mana hilangnya. Kerana insiden itu, aku ditemukan Allah dengan Mama Zira, yang bertanggungjawab membesarkan aku hingga kini. Mama Zira dan suaminya, Pak Man tidak mempunyai anak dan menerajui perniagaan membaiki alat-alat komputer di Bangi. Aku pula, kini menjadi jurutera Komputer, dan dalam masa yang sama meneruskan usaha perniagaan pasangan bahagia itu, demi membalas jasa mereka. Merekalah yang bersusah-payah menghantar aku kembali ke sekolah dan membiaya kos pelajaran aku di kolej, dek kerana keputusan SPM yang tidak mencapai tahap yang membolehkan aku masuk ke universiti. Kata Mama Zira, ilmu tu penting..

Tentang Rinda, aku tidak pernah berputus harap mencari. Pada hari aku dilanggar kereta Mama Zira yang masa itu ingin berkejar untuk menemui seseorang di tempat berdekatan, aku tidak sedarkan diri tiga bulan kerana hentakan yang kuat di kepala. Kata doktor, aku koma. Setelah sedar, aku yang pada masa itu belum cukup sihat dan boleh berjalan menggesa Mama Zira membawa aku ke kedai tempat Rinda ditinggalkan. Tapi...kedai itu sudah tidak lagi beroperasi di situ. Kata pemilik kedai sebelahnya, kedai itu tiba-tiba tutup kerana beban hutang. Rumah pemilik kedai yang berada di atas kedai juga kosong, tak berpenghuni. Rinda... aku amat merindui kesayangan aku itu. Masih segar diingatan, wajah comel Rinda yang bersenyum apabila aku mendukungnya di belakang apabila dia mengadu penat berjalan. Cuma dia sajalah jantung hati aku setelah ibubapa kami kembali ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya. Makcik-makcik dan pakcik-pakcik kami tidak sanggup membela kami walaupun masing-masing mempunyai harta melimpah ruah. Aku dan Rinda dihantar ke rumah anak yatim Seri Setia di sebuah pekan kecil, dan harta mama dan abah kami diambil bagi membayar  hutang syarikat yang merupakan syarikat usahasama adik beradik abah. Pampasan insurans yang sepatutnya kami dapat, aku pun tidak tahu mana perginya. Sebab peguam yang abah gunakan merupakan peguam syarikat juga. Pada masa itu, aku masih mentah. tidak mampu melawan mahupun menghalang, cuma memendam rasa di dalam hati.


Seminggu di rumah anak yatim Seri Setia, aku tidak betah. Meskipun penghuni di situ mengalami nasib yang sama, tetapi mereka sedikit berbeza. Aku mengalami tekanan perasaan yang teruk, kerana dipaksa melakukan hal yang tak pernah sama sekali terlintas di fikiran. Maklum, dulu bibik sentiasa ada untuk melakukan semuanya di rumah. Aku kekok melakukan semuanya. Tidak ada kawan, malah pembuli tidak terkira ramainya. Rinda, pada masa itu sudahpun empat tahun. Setelah lama di Seri Setia, cuma seorang saja kawan yang amat memahami aku, Aman. Bersama-sama Aman, aku belajar melakukan semuanya. Aman memberi aku semangat untuk terus hidup. Aman menghalang aku dari dibuli. Mujur sahaja Aman berbadan sasa, tidak seperti aku yang kurus meleding. Suatu hari, aku menyatakan hasrat kepada Aman untuk mencuri keluar sehari dari Seri Setia. Kukatakan padanya, aku ingin membawa Rinda ke satu tempat. "Aku tolong ya" kata Aman, menawarkan diri. Dengan pertolongan kawan Aman, Rinda mudah diambil dari tempat tidurnya, dan bersusah payah aku membawanya keluar dari Seri Setia tengah malam itu. Kuucapkan berbanyak terima kasih kepada Aman, dan jauh di sudut hati aku memohon seribu kemaafan kerana satu penipuan. Seri setia bukanlah tempat yang indah untuk didiami, lalu buat apa lagi kalau aku kembali ke situ..Cukuplah sebulan yang memeritkan.

 Malam itu aku membawa Rinda berjalan mengikut arah kaki melangkah. Kalau ke kiri, kekirilah kami. jika Rinda mengadu penat, aku berhenti supaya Rinda berehat. Sewaktu berjalan, Rinda bertanya, "Abang, kita nak pegi mana?" "Abang nak bawa Rinda ke suatu tempat, Rinda nak ikut?" aku tidak ada jawapan yang khusus untuknya. Malam itu, aku ingin melangkah sejauh mungkin dari Seri Setia.

...............................................................

"Annas buat apa,nak?"
panggilan Mama Zira menarik aku kembali ke dunia nyata. Tiba-tiba orang yang aku panggil Mama Zira berada di sisiku yang sedang berteleku, termenung sendirian. "Tak ada apa-apa, Mama. Annas rindukan Rindalah, Ma. Bila Annas dapat jumpa dia?" aku, seperti selalu meluahkan rasa rindu yang terbuku di hati. "Maafkan Mama Zira, Annas. Mama yang menyebabkan kamu adik-beradik terpisah." setiap kali, itu juga jawapan Mama Zira. "Mama, jangan salahkan diri..tu semua takdir. Kalau tak kerana kemalangan tu, Annas tak jumpa Mama harini..yang membesarkan Annas..semua tu takdir, Mama.." aku teringat pesan Aman yang menasihati aku supaya menerima takdir yang tersurat. "takpelah, Ma. Annas nak siap-siap, nak pergi kedai, tengok-tengok kedai dan tolong Ayah Man.." "Yelah. Tengahari nanti, Man nak makan apa? Mama masakkan." Hari Sabtu, mamang aku selalu membantu di kedai komputer Ayah Man, dan kami tak melepaskan peluang makan bersama di rumah. biasanya, Mama Zira akan masakkan yang special untuk aku. maklumlah, anak kesayangan, walaupun bukan anak kandung.. "Ma, masak asam pedas ikan parilah. dah lama tak makan asam pedas mama tau." "yelah..nanti Mama borong ikan pari kat pasar tu..Annas pesan kat Ayah Man tu, jangan lupa balik makan.." sambil berlalu, Mama Zira tersenyum, maklum sangat dengan kegemaran aku itu..

Aku menunggang motor ke kedai Ayah Man. sampai sahaja di pintu kedai, aku melihat Boon, pekerja kami sedang marah-marah kepada seorang pelanggan. "...mana boleh ini macam maa..kalu lu tatak bayar, macammana saya mau cakap sama bos.. ini barang sudah lama wa repair..lu cakap mau ambil dulu baru bayar, mana boleh ini macam.." Aku masuk, meletakkan helmet diatas meja. "Kenapa, Boon?" aku bertanya. "bos, ini amoi aa, suda tiga bulan tak ambil ini laptop. ini hali cakap mau ambil tapi takmau bayar.." Boon menerangkan dengan pelat cinanya. Aku memandang amoi yang yang dikatakan Boon. 'Manis orangnya' kata hati aku yang menafsir luaran gadis itu. Dia menunduk, mungkin kerana dimarah Boon tadi. Tudungnya menutup wajahnya yang menunduk. Aku bertanya Boon, "dia repair apa?" "format saja.." kata Boon. "berapa kau charge?" gadis itu tiba-tiba memotong, "takpelah bang, apek. Abang ambil jelah laptop tu.. saya tak mampu nak bayar.." Boon membalas,"wa charge mula-mula rm40, vista maa..bila dia kata tak boleh bayar, wa turun lagi jadi RM30. sikalang wa kasi RM25, itupun dia kata tak boleh bayar." Aku mengeluarkan dompet, menarik keluar sekeping not RM50, menghulurnya pada Boon. "lebih you ambillah. Saya belanja." Boon tersenyum lebar, mengucapkan terima kasih. Dia mengambil komputer riba si gadis yang telah dibaiki, memasukkan ke dalam beg laptop dan menghulurkan kepada gadis itu. "Terima kasih, encik," tertunduk-tunduk si gadis kepada aku, mengucapkan terima kasihnya. "Belajar lagi ke?" tanyaku. Dia mengangguk. Komputer riba bagaikan 'nyawa bagi pelajar untuk menyiapkan tugasan. Tiga bulan membiarkan komputernya di sini, pasti kerja-kerjanya banyak tertangguh. "Di mana?" jawabnya, "UKM". Wah, pandai nih.. kata hati memberi persepsi. umurnya pasti..sebaya Rinda.. Ah.. Rinda juga yang diingati.. aku mengangkat kepala, ternyata si gadis sudah pergi.

----------------------------------------------------------------------------------------

Hari ini Mama Zira mengajak aku pergi ke rumah adiknya di Kuala Lumpur. Sampai sahaja di tempat yang dituju, Mama Zira memperkenalkan aku dengan adik lelakinya yang membahasakan dirinya Pak Su Kamil. Sebenarnya, aku tidak pernah mengetahui kalau Mama Zira mempunyai adik lelaki. Pak Su berumur dalam lingkungan 40-an, dan apabila dia tersenyum, aku terasa amat dekat sekali dengannya. seperti pernah bertemu. Semasa dalam perjalanan balik, ketika aku memandu, Mama Zira bercerita, "Pak Su tu belajar, kemudian bekerja di luar negara..masa habis belajar ingatkan nak balik Malaysia, rupanya dia dah kahwin dengan orang sana..Mama tak boleh nak menghalang, lagipun kami dua beradik aja.." Aku mempunyai keyakinan bahawa lelaki itu memang pernah aku temui. tiba-tiba aku teringat. "Mama, masa mama langgar Annas, mama kata masatu mama nak jumpa seseorang, kan? Sape orangtu, ma?" Mama terdiam sejenak, kemudian membuka mulutnya, berkata, "Pak Su kau itulah. Katanya, nak jumpa di sebuah restoran sebelum berangkat pergi New Zealand. Tapi, sebab mama dah terlanggar kamu, mama tak dapat jumpa dia sampailah hari ini." "Ma, Annas rasa macam pernah jumpalah dengan Pak Su sebelum kemalangan, dia beri Annas duit untuk beli makanan untuk Rinda, adik saya" Aku memutar kembali ingatan ke waktu itu. "Betul ke, Annas? Subhanallah, jodoh betullah kamu..Ajaibnya, kerana kamulah mama tak dapat jumpa Kamil, dan hari ini, kerana kamu juga mama jumpa dia.." mama bagaikan teruja. "Mama, Pak Su Kamil tu, baik ya orangnya.."  Aku mengabiskan kata-kata.
..........................................................


Tadi aku menemui lagi gadis tempoh hari. Kali ini bukan di kedai komputer Ayah Man, tapi di sebuah kedai makan. Ketika itu aku singgah makan tengah hari, dan aku lihat dia sibuk mengemas pinggan mangkuk kotor, mengelap meja dan menyusun kerusi. Dia bekerja di situ rupanya. Aku ingin memanggil dia dan bertegur sapa, tapi, seperti tempoh hari juga dia hilang dari pandangan.
.....................................................

"Ya Allah, temukanlah aku dengan Rinda..." doaku tidak pernah putus. Aku yakin, Rinda masih hidup. Aku tidak mahu hidup sebatang kara di dunia ini.. Aku terasa amat bersalah kepada Rinda. Sejak bertemu gadis itu tempoh hari, aku semakin kerap berdoa dan solat sunat, meminta petunjuk dari Tuhan supaya menemukan Rinda dan memakbulkan doaku..
......................................................

"Kau ni bodoh ke ape? Tolol betul. Tak boleh harap! Kau ingat, mangkuk ni mak bapak kau yang beli?!"  Aku menjenguk ke satu bahagian belakang dapur restoran apabila aku melewatinya selepas keluar dari tandas. Kali ini, aku singgah lagi ke Restoran Atap Kayu, tempat aku melihat si gadis itu bekerja tempoh hari. Di sudut dapur, aku terlihat si gadis menunduk, kerana dimarah seorang wanita memakai apron, tukang masak agaknya. Dia memarah lagi, "Dahlah bodoh, bahlul, tak reti bersyukur, nama pun anak pungut!" Ini sudah lebih..Aku tidak tahan melihat si gadis dicerca. Aku melihat airmata si gadis terlerai di pipinya, lantas aku masuk ke ruang itu, menarik tangannya dan keluar dari situ. Sempat aku melihat wajah bengis si pemarah yang berkata, "Kau nak pergi mana tu?!"
.....................................................
Gadis itu sudah berhenti menangis. Aku membawa dia ke kedai Ayah Man. Gusar juga aku membawa lari anak dara orang. Tak minta izin pula tu. Waktu begini Ayah Man tidak ada di kedai, pergi membuat tempahan barang untuk stor agaknya. Cuma Boon sahaja yang ada, sibuk dengan kerja-kerja 'membedah' peralatan komputer yang dihantar pelanggan. Aku mmemberinya sebotol air mieral, membiarkan dia melayan perasaan. Kashan. Dia seperti gadis malang yang tidak ada penghujungnya... "Saya panggil awak abang, boleh?" Aku yang menunduk, mengangkat muka kerana dia tiba-tiba bersuara. "Boleh," tanpa ragu-ragu, aku menjawab. "Abang ni, sudah dua kali bantu saya. Saya minta maaf, saya tak mampu nak bayar semula duit abang. Saya tak tahu lagi ke mana nak pergi lepas ni.." Percaya dengan aku, dia meluahkan semuanya. "Restoran tu, milik keluarga angkat saya, saya bekerja demi membalas budi mereka.." perlahan-lahan, dia bercerita. Semakin banyak kata-katanya, seperti telah seribu tahun tidak bercakap. "Awak anak angkat? Mana keluarga asal?" Aku tertarik mendengar ceritanya. "Saya hanya tahu saya ada seorang abang. dia tinggalkan saya pada ayah angkat saya yang pada masa itu pekedai runcit. Saya masih kecil, jadi bila sudah mula bersekolah baru ayah ceritakan semuanya. Ayah sudah meninggal, sekarang saya cuma tinggal dengan ibu angkat."

Keyakinan aku amat tinggi. Hati rasa berbunga-bunga. Hari ini, Allah makbulkan doaku. Aku tahu itu dia. Tidak ada keraguan lagi.

"Rinda, ini abang, dik...."

Airmata tidak dapat ditahan lagi, airmata aku luruh. Aku tidak segan. Ini airmata gembira... Ya Allah.. bahagianya!

Air muka gadis kecil itu berubah. "Kenapa abang menangis?"
"Maafkan abang, dik... abanglah abang Rinda yang Rinda nantikan..." 16 tahun, bukan masa yang pendek.

Rinda. Hari ini, rindu terlerai....

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea