Artis “Rabbani”
http://www.topliriklagu.com
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Ucapkan SaYang
Pada Insan Yang Setia Berkongsi Susah dan Senang
Luahkan Isi Hati
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
Bila Berdekatan Kadangnya Makin Kita Leka
Bila Bejauhan Barulah Merindu Didada
Selagi Berkesempatan Ucapkan Terima Kasih
Andai Esok Takkan Hadir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Bilakah Kali Yang Terakhir Kau Kucupi Pipi
Ayah Bonda Yang Tak Mungkin Kau Terbalas Budi
Tunjukkanlah Syukurmu Bertuahnya Kau Dilahir
Tika Terkasar Bahasa Mungkin Ada Yang Terasa
Tapi Tak Kedengaran Rintihan Kerna SaYangkan Dirimu
Namun Di Hati Mampukah Dilupakan
Rayulah Kemaafan
Jangan Sebelum Nyawa Dipulangkan
Lihatlah Saja Isterimu Berkorban Separuh Nyawa
Demi Menjamin Kebahagian Anak dan Suami Tercinta
Buktikan Padanya Pilihan Jodohmu Tepat
Sebelum Semua Terlewat
Lafazkan Rasa Cinta
Andainya Sudah Ditakdir
Tadi Subuh Yang Terakhir
----------------------------------------------------------------
kisahnya lagu ini;
suatu pagi aku terdengar lagu ini melalui corong radio, ikim.fm..masatu memang baru lepas subuh.. masa di asrama, MRSM Kuala Klawang, aku tingkatan dua.. kebetulan waktu tu aku merajuk dengan ibu kerana suatu hal, dan kebiasaan aku menelefon ibu waktu tu aku lupakan. tiga hari aku tak telefon dia sejak balik ke asrama. dan bila dengar rangkap lagu ni "bilakah kali yang terakhir kau ucapkan sayang.." dan "andai tadi subuh yang terakhir..", aku terus sebak, dan aku telefon ibu hari itu juga. dan, ibu tahu yang aku merajuk dengannya.
sungguh, aku menyesal. atas sebab apa sekalipun, aku takkan merajuk dengan ibu lagi. ucapkanlah sayang pada ibumu hari ini.
siapa tahu kalau tadi subuh yang terakhir buat ibu. atau abah. atau orang-orang kesayangan kita. ucapkan sayangmu hari ini.
entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.
entri di nenanora.blogspot.com hari ini: cinta tanpa syarat.
(audio bawah ni, sparuh je..kalau nak dengar full, kena klik kat link tu..)
Subuh Yang Terakhir - Rabbani

6 komen best:
lagu ni jadi hot semula lpas ustaz asri meninggal..suka gak lagu ni.. coz terkena sikit kat hati ++ suara dia nyaring..
andai tadi subuh yang terakhir,
andai esok takkan hadir..
encik terry bogart,
saya maafkan anda.
saya ada buat salah eaa?
saya rasa saya baik je (ayat poyo)..
k2..thanx
awak memang baik, encik luqman. semoga yang tebaik semuanya untuk anda.
macam sarcastic je...
taklah. saya ikhlas.
Post a Comment