Thursday, October 15, 2009

mulai hari ini, kita jalan sendiri sendiri.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 15, 2009
Mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri. Hidupmu dan aku biar pisah sampai di sini.

Maaf, waktu untuk mencintaimu telah usai. Aku telah berusaha menempati satu ruang di hatimu. Dan kali ini aku setuju denganmu. Kau..memang tak pantas untukku.

Kau berubah. Bukan, mungkin aku yang berubah. Waktu telah merubah aku, seperti yang kau bilang..semuanya tak sama lagi.

Maaf, aku menghabiskan waktumu, waktuku dan waktu kita..menganggap apa yang ada itu berharga. Menghabiskan waktu kita menyamakan kita kembali. Nyatanya, semuanya hanyalah bungkusan kepura-puraan.

Aku sudah lelah. Bukan, bukan aku menyerah dengan cinta aku. Kuhanya memberi jalan untuk sebuah kepastian..terutama untukku.

Sekarang waktuku..meyakini diriku..tak ada yang salah di aku. Aku dulu hanya terlalu buta untuk melihat kenyataan ini.

Bila kau bertemuku lagi, lepaskan kepura-puraanmu. Aku benci.

Mulai hari ini, kita jalan sendiri-sendiri..
--------------------------------------------------------------------------

aku sudah pernah menge-post sajak ini. entah kenapa, sejak membacanya, ia menjadi puisi kegemaran aku. credit to nahria medina marzuki, aku amat suka puisi-puisinya yang banyak membawa elemen duka dengan maksud tersirat.Dia merupakan seorang Indonesian yang aku sendiri tak kenal, tapi aku membaca karyanya melalui sebuah novel aku yang sekarang telah hilang: My Two Lovers. My Two Lovers berkisar tentang hidup dan pilihan, antara perkahwinan dan kerjaya. tentang bagaimana seorang perempuan membuat keputusan tegas dalm hidupnya. bukan elemen cinta yang aku pelajari, okeh. :)


dan, buku ni murah je..aku beli pada harga rm 10 sebagai hadiah buat diri sendiri yang pada masa itu outing buat kali terakhir di Muar. Sayangnya, buku itu telah hilang.. Ceritanya menarik buat sesiapa yang sukakan picisan. Secara jujurnya, membaca buku ini banyak memberi aku inspirasi, sehinggakan aku menamakan blog kedua aku dengan watak utamanya: Nena. Nena merupakan manusia yang diwujudkan dalam ilusi dan penulisannya antara ruang dan waktu, sepertimana aku mewujudkan watak Rindu dan Rinda dalam penulisan aku. Sejak kecil, aku memang suka membaca sehingga dimarah ibu kerana terlalu banyak membaca. Cikgu di sekolah juga pernah menyindir aku kerana dilihatnya aku mengabaikan pelajaran akibat terlalu banyak membaca. Pada masa itu aku mendapat sokongan pihak perpustakaan untuk menggiatkan pembacaan bagi anugerah nilam. dan, aku berjaya menobatkan diri sebagai yang pertama memperoleh anugerah nilam bagi batch 2003/2005.

tapi sehingga sekarang, aku belum mampu memaksa diri membaca bacaan berat. seperti yang dikatakan oleh encik hafiz, baca  1511[kombat]. nanti aku carilah. :)

p.s: sebenarnya hari ini mood menge-blog ada banyak dan dapat idea, tapi kekangan masa lah :)

8 komen best:

amy said...

membaca kan bagus..
tu pun salah satu dari hobby emi tau...

beliamuda said...

bestnya sajak tu.. nak cilok gak leh tak? hehe..

hmm.. cepat2 la baca 1511 Kombat tu.. best~

norashikin rahmat said...

@hilmizainal a.k.a emy,
memangpun, tapi kalau dah sampai buat ibu marah cam tak patut jer. when i'm stuck into a book, seems like ive lost from this world, the souls fly into another. emy suka baca buku ape?

norashikin rahmat said...

@encik beliamuda,

silakanlah. amat dialu-alukan. btw, buku kombat tu pasal ape? belum try cari pun lagi.. nanti saya carilah :)

encik belia amik aa poem ni, saye tak sabar nak tengok postnya di blog anda (^___^)V

penaberkala said...

mnt btul mmbaca!
smp nama watak skali diambil

norashikin rahmat said...

sangat minat.
tersangat suka.
saya macam orangtua, tahu. saya baca drama's book, antologi sajak, dan kesusasteraan. orang sebaya saye tak ramai minat baca buku gitu kut.

amy said...

emi suke bace komik...
naruto, bleach, dragon ball, penyiasat remaja...
wlupun dahade anime die, tapi bace komik die punye feel lain tau...

nora orang tua.. hehehhee

norashikin rahmat said...

whatever, bro!
baca bahan ilmiah tambah ilmu.. :)
baca komik untuk hiburan..n suka-suka je..dalam komik pun ada mesej yang nak disampaikan, bukan suka2 je pelukis komik buat komik, kan? (^_____^)V

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea