Kita selalu menghargai yang pertama secara lebih-lebih dan tak adil, walaupun yang pertama itu buruk dan selekeh je kan...?
Saya pernah membaca sebuah novel.. dalam novel tu, seorang ibu berbangsa cina sangat merindui anak sulungnya, walaupun anak sulung dah berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam.. katanya, sebab anak sulung adalah lambang kasih dan cinta ibu kepada ayah.. yang mengizinkan mereka bergelar 'bapa' dan 'ibu' buat kali pertama..
Sejak bekerja di kedai home deco, saya tak banyak kerja selain buat akaun dan kerja-kerja lain yang mudah.. Saya tak minat menggubah, sebab takut tak menjadi. Namun saya ingin berkongsi hasil kerja saya, sebagai tatapan.
ini yang pertama.. the very first one. Saya selalu berharap yang ia takkan terjual. ^_^
ini yang kedua.. setelah berkali-kali memerhatikan cik akak Wani (pekerja lain yang pandai gubah bunga), maka saya mula mencuba untuk kali kedua (kerana suruhan bos.) Allah izin, selalunya kali kedua kita memang akan cuba buat lebih baik, kan?
Yang ni.. yang ketiga. Sebenarnya saya cuba elak guna bunga ros merah dalam gubahan saya sebelum ni sebab mamat yang kerja kat kedai yang sama kata dia suka bunga ros merah.. asal saya pegang ros merah je dia perasan~~ Gubahan yang ni memang saya rasa puas hati la~

Untuk yang ni.. sebenarnya ia adalah bunga lebihan gubahan.. disebabkan saya macam takde kerja, jadi saya cuba create something yang creative.. bunga ni saya letak kat kaunter, tempat saya selalu duduk.Rasa macam sweet sangat bunga ni.. kalau yang real punya, ia sebenarnya adalah sejenis orkid.
Yang ni adalah bunga sakura.. saya gubah sebab saya suka dengan bekas tu.. ia diperbuat dari seramik yang merupakan door gift daripada wedding sepupu saya. Di bawahnya ada tertulis 'BONE CHINA'.
Untuk pengetahuan anda, kalau beli barangan seramik, check dahulu sama ada ia mempunyai cop 'BONE CHINA' yang merupakan buatan yang bercampur dengan tulang haiwan, berkemungkinan ada campuran tulang khinzir.
Maaflah, entri kali ni cuma picisan, mungkin tak ada manfaat pun.