Wednesday, July 13, 2011

Seindah gubahan pertama

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, July 13, 2011
Kita selalu menghargai yang pertama secara lebih-lebih dan tak adil, walaupun yang pertama itu buruk dan selekeh je kan...?

Saya pernah membaca sebuah novel.. dalam novel tu, seorang ibu berbangsa cina sangat merindui anak sulungnya, walaupun anak sulung dah berkahwin dengan orang Melayu dan memeluk agama Islam.. katanya, sebab anak sulung adalah lambang kasih dan cinta ibu kepada ayah.. yang mengizinkan mereka bergelar 'bapa' dan 'ibu' buat kali pertama..

Sejak bekerja di kedai home deco, saya tak banyak kerja selain buat akaun dan kerja-kerja lain yang mudah.. Saya tak minat menggubah, sebab takut tak menjadi. Namun saya ingin berkongsi hasil kerja saya, sebagai tatapan.
Photobucket

ini yang pertama.. the very first one. Saya selalu berharap yang ia takkan terjual. ^_^

Photobucket

 ini yang kedua.. setelah berkali-kali memerhatikan cik akak Wani (pekerja lain yang pandai gubah bunga), maka saya mula mencuba untuk kali kedua (kerana suruhan bos.) Allah izin, selalunya kali kedua kita memang akan cuba buat lebih baik, kan?

Photobucket

Yang ni.. yang ketiga. Sebenarnya saya cuba elak guna bunga ros merah dalam gubahan saya sebelum ni sebab mamat yang kerja kat kedai yang sama kata dia suka bunga ros merah.. asal saya pegang ros merah je dia perasan~~ Gubahan yang ni memang saya rasa puas hati la~

Photobucket


Photobucket
Untuk yang ni.. sebenarnya ia adalah bunga lebihan gubahan.. disebabkan saya macam takde kerja, jadi saya cuba create something yang creative.. bunga ni saya letak kat kaunter, tempat saya selalu duduk.Rasa macam sweet sangat bunga ni.. kalau yang real punya, ia sebenarnya adalah sejenis orkid.

Photobucket

Yang ni adalah bunga sakura.. saya gubah sebab saya suka dengan bekas tu.. ia diperbuat dari seramik yang merupakan door gift daripada wedding sepupu saya. Di bawahnya ada tertulis 'BONE CHINA'.

Untuk pengetahuan anda, kalau beli barangan seramik, check dahulu sama ada ia mempunyai cop 'BONE CHINA' yang merupakan buatan yang bercampur dengan tulang haiwan, berkemungkinan ada campuran tulang khinzir.

Maaflah, entri kali ni cuma picisan, mungkin tak ada manfaat pun.

3 komen best:

NUR FARIZA UMAIRA said...

cantik la, bunga gubahan ikin tu..
pandai juga ikin gubah bunga..
akak memang x kreatif langsung la..

Hazwan said...

ada bakat jgk cik ikin ni yer..

norashikin rahmat said...

@kak fariza: gubah bunga sebenarnya agak senang.. cuma perlukan sedikit keyakinan untuk menghargai hasil kerja sendiri. (kalau hati rasa macam tak sedia & tak suka dengan hasil gubahan, memang ia akan nampak buruk pada mata orang lain juga..)

@hazwan arif: sebenarnya gambar tu yang lebih cantik berbanding realiti.. kalau tengok dengan mata sendiri baru tahu yang gubahan tu banyak kelemahan. :)

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea