Yang saya tahu, ramai adik-adik dan kawan-kawan perempuan rasa berat hati bila perlu bersalaman dengan pakcik-pakcik yang merupakan kawan-kawan ayah atau ibu.. Kalau salam, berdosa pula.. kalau tak salam nanti apa pula abah ngan ibu kata,.. kecil pula hati pakcik tu nanti bila kita tak sambut huluran tangannya untuk bersalam, mungkin akan menganggap kita tak hormat kat dia sebagai sahabat orang tua..
kan? betul tak kalau itu yang terlintas dalam hati?
Bila menghadapi situasi macamni, tengok keadaan.. cuba elakkan bersalam dengan dia dengan menunjukkan wajah yang manis dengan tersenyum tanpa menyambut huluran tangannya. Saya pasti yang dia akan faham dengan sendiri, secara tak langsung terbit rasa malu dalam hatinya sebab dia tahu yang bersentuhan dengan bukan mahram itu dosa tapi masih buat juga.
Orang yang menegakkan kebenaran akan lebih dihormati manusia dan disayangi Allah.
Saya sebenarnya biasa juga menghadapi situasi yang begini, cuma saya akan menghadapinya dalam keadaan yang santai dan cuba bergurau. Gurauan akan menampakkan yang teguran kepada orang tersebut lebih lembut, tambahan pula dia adalah seorang yang lebih tua dan kawan ayah pula.
Mungkin akan ada pakcik-pakcik yang buka dalil baru atau pendapat yang tak kukuh, contohnya; "kamu boleh bersalam dengan pakcik, sebab bersentuhan yang tak boleh ialah sentuhan yang boleh mendatangkan rasa "suka" (atau secara halusnya, rangsangan nafsu).."
Jadi, kita bolehlah berhelah dengan menyatakan yang kita ada wudhu'.. atau kalau dengan gurauan, katakanlah, "ya ke, pakcik..? tak pernah dengar pun.." ataupun, "kalau saya ada wudhu' sentuh pakcik boleh batal wudhu' maknanya tak boleh salam lah.."...
Senang je kan, nak kongsi hal-hal basic dan tegakkan kebenaran ni.. Guideline nya senang; adakah Allah suka atau benci dengan kebiasaan kita tu..

4 komen best:
salam alaik.
mmg agak kuat hujah yg mengatakan tidak batal wuduk apabila suami menyentuh isteri kecuali jika diiringi dgn keinginan syahwat.
Tapi itu dlm kes suami dan isteri sahaja. Ramai yg jadikan dalil ini sbgai hujah utk menghalalkan bersalaman antara lelaki dgn perempuan. mmg ia melibatkan perbahasan panjang spt mana dinyatakan oleh qardawi. antaranya utk elakkan keaiban org dan biar org yg mulakan(hulurkan tgn) dahulu.
Tapi dlm kes di malaysia, mustahil masyarakat tak faham ttg isu bersalaman ini. Sbnrya mrk faham/terutamanya yg bergama islam tapi buat2 tak faham. lamgkah terbaik eeloklah berdalih walaupun
berdalihlah.. walaupun kena marah tapi Allah suka..
memang kita anggap tak mungkin masyarakat tak faham..kan? sebab seingat saya ini isu basic masa saya start sekolah agama darjah satu.. tapi bila dah mendarah daging, remaja dan orang muda macam saya rasa susah nak hadapinya.. ia konflik dalam diri antara pengetahuan sedia ada dan adab dengan orang tua, kita tak tahu mana satu yang mesti ditegakkan..sebabtu timbul idea nak post pasal salam.. :)
hu3..laki pun alamai gak kot.. lagi2 time intern hartu...bos dah hulur tangan,kang xsalam, bos evaluate as not ethical .. last2, kena cop gak ustaz, padahal benda tu basic je kan..hu3
last but not least, stand ur principled..
yup, basic..
kebanyakan entri encik PP pun pasal rasa izzah menegakkan prinsip muslim kan.. cthnya yg tak pegi pantai utk reunion walaupun semua org pergi tu..
and this is another story..
Post a Comment