Wednesday, May 30, 2012

Tajam, sampai menusuk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 30, 2012 0 komen best
Semakin kita dewasa, semakin ramai orang yang kita jumpa, dengan macam-macam jenis tingkahlaku, perangai dan latarbelakang. Adakalanya Allah izin kita jumpa dengan manusia yang 'unbearable', dan 'unexpected'. Ada manusia yang lidahnya semacam ada selumbar, setiap perkataan yang dikeluarkan menghiris perasaan. Ada manusia yang semacam ada madu pada lidah dan jiwanya, mengubat segala rasa sakit yang ada. Dan, semua itu dari Allah.

Kebanyakan yang membaca blog ini, saya yakin, adalah orang muda. Iya, kalau dilihat pada statistik komen, berapa ramailah sangat pembaca, tapi saya tak lupa, tujuan menulis saya bukanlah untuk mencari pembaca yang ramai, tapi untuk berkongsi dan menulis apa-apa yang bermanfaat. Orang muda macam saya, sangat mudah mengamuk dan naik angin walaupun untuk perkara kecil. Dulu, masa masih tahun pertama dan kedua, saya tak mudah marah, tapi, bila kadang-kadang terhimpit perasaan dan tak sabar dengan ujian, saya akan marah ataupun menangis. Menangis tak apa, jangan sampai marah. Waktu marah, secara automatiknya lidah jadi tajam, dan ketika itu, ia mampu melukakan orang lain.

Orang yang mudah marah akan hilang hormat pada orang lain ketika marah, walaupun pada ibu sendiri. Saya pernah baca kat tumblr, "Jangan biarkan ketajaman lidahmu menusuk dan menikam hati orang yang telah mengajarmu berkata-kata". Iya, saya tahu kita generasi baru. Tapi jangan sampai kemudaan membuatmu hancur dan hilang nilai diri.

Dan untuk orang yang lebih tua, saya tahu kami orang muda masih mentah dan banyak perlukan tunjuk ajar. Tapi jangan sindir-sindir anak muda, bila kami tak faham. Tak perlu, sebabnya itu bukan cara orang yang matang memberikan tunjuk ajar, so unprofessional. Dan, simpanlah lidah yang tajam bak selumbar itu, sebab, ia sangat menyakitkan hati orang lain. Kalau iya pun marah, jangan marah orang macam marah anjing, sebab, harap anda tak lupa yang anjing boleh kejar dan gigit anda in any ways.

Kenapa tidak, sebelum berkata-kata tu, fikir, what will you feel when one day the word come back to you. 

Monday, May 28, 2012

Phasa Thai : ภาษาไทย

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 28, 2012 0 komen best
Ok. honeymoon ke Ipoh dah habis. Entahlah kenapa rasa macam 3 hari yang baru berlalu tu heaven sangat. Mungkin ia buat saya lupa pada masalah yang ada, dan, melihat wajah ibubapa memang dapat membuat hati tenang, mendapat pahala dan rasa secure. Rasa nak balik semula ke dalam perut ibu.

Harini, kelas terakhir Bahasa Thailand. Dan ada 3 perkara yang akan dilaksanakan, iaitu Oral Test, hantar homework karangan, dan menyanyi satu lagu kanak-kanak bertajuk Chang (gajah).
Chang-chang-chang-chang-chang
Nong Kei hen chang rue plaow
Chang Men tua tao mai baow
Jamook Yaow-yao Ria Nguang
Mei Kheaw tai nguang Ria Nga
Mee ho mee ta hang yaow~

Bahasa Thai sangat unik. tujuan saya ambil Bahasa Thai sebagai elektif bebas ialah ingin kenal sistem bahasa yang digunakan dan bagaimana ia berfungsi. Selama ni saya cuma tahu asas Bahasa Melayu + Bahasa inggeris sahaja, yang menggunakan ABC untuk mengeja dan juga sistem bahasa arab yang menggunakan huruf hija'iyah untuk membentuk perkataan. Kalau Bahasa Thai, sistemnya mempunyai 44 konsonan dan 25 vocal, dan bahasa Thai menggunakan sistem bunyi. ada 5 jenis tone, dan, kalau salah sebut bunyi, jadi salahlah maksudnya. 

Dalam internet, terdapat banyak kit dan tutorial yang diberi secara percuma untuk belajar bahasa Thai. Bahasa lain pun ada juga. Disebabkan nak merujuk perkataan dalam Bahasa Thai la baru saya jumpa dengan semua tu. Lepasni nak cuba belajar bahasa Spain pula. 

Bahasa itu mempunyai kuasa. Manusia akan suka kalau kita tahu bahasanya. :D

Saturday, May 26, 2012

Mendapatkan isteri solehah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 26, 2012 2 komen best
Musim kenduri sekarang ni. Musim seorang lelaki mula bergelar suami dan menerima tanggungjawab selepas melafazkan akad yang dipersetujui wali dan disahkan dua orang saksi.

Saya pernah mendengar seorang kakak berpesan kepada adik lelakinya. For sure-lah kakak ini memang solehah. Pesannya, "kamu kalau nak cari isteri, cari wanita yang boleh jadi ibu pada anak-anak kamu. Yang boleh didik anak-anak kamu (untuk menjadi orang yang taat kat Allah)".

Saya ingin berkongsi tentang sosok seorang ibu muslimah yang bagi saya seorang yang solehah. Cintanya luarbiasa. Dia meneguhkan dan menenangkan. Seorang wanita solehah itu luarbiasa, dia akan cuba memenuhi segala yang disyari'atkan Allah. Seorang isteri solehah akan memastikan rumahtangganya adalah rumahtangga muslim, dimana tertegaknya syariat. Prinsipnya sangat jelas. Ibu muslimah ini mendidik anak-anaknya supaya tak tinggal halaqah, dan anak-anak ibu muslimah ni akan merujuk kat ibu untuk setiap masalah dalam kerja-kerja yang dilaksanakan. Dia juga berpesan pada saya yang halaqah itu nadi, dan Islam itu mesti tertegak di mana kita berdiri. Setiap kata-kata ibu muslimah ini sangat hikmah. Bila memberi pendapat, dia menyatakannya dengan neraca iman. Orangnya sangat tenang dan tak emosi. Dia juga seorang yang sangat menyayangi muslim lain, dia melaksanakan boikot terhadap barangan yahudi. Ibu muslimah ini memastikan makanan yang masuk ke dalam mulut anak-anak adalah halal, dan saya perhatikan, anak-anak ibu ini sangat tegas dalam menjaga makan minum. Ibu muslimah ini sangat sederhana, dan kesederhanaan itu ada dalam diri anak-anaknya, jelas terpancar. Ibu ini juga tidak banyak berleter pada hal yang tak perlu pada anak-anak, kecuali hal-hal berkaitan adab dan ibadah. Iya, tidak perlu dia bercakap banyak menulis atau menceritakan apa yang dilakukannya seharian, melalui akhlaknya pun, dia sudah menyampaikan sesuatu pada saya. Alangkah indahnya hidup, dapat peluang bertemu dan melihat ibu muslimah ini.

Isteri yang solehah dengan yang biasa sahaja adalah berbeza. Tak mestinya akan dapat suami soleh (sepertimana Asiah), sebab isteri solehah akan akan menegakkan syariat dalam diri. Dan, janganlah cari isteri yang jahat mulut, kelak dia akan menghasut anak-anak. Jangan cari yang cantik sahaja, you will get your own revenge in future. Pada saya, yang beriman semestinya cantik, tapi yang cantik tak semestinya beriman.

Siapa kata watak ideal dan soleh itu tak wujud? Cubalah menjadi, daripada mencari! Ibu muslimah yang saya kenali juga punya kelemahan, thats what make her perfect. 

Wednesday, May 23, 2012

kalah?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 23, 2012 0 komen best
Abah selalu pesan, kalau kita emosi, kita kalah.
So that I'm a cool girl~

21 Guns, sebenarnya bukan tentang peperangan pun (pada saya la), Its just about matters that not worth to fight for in the sake of what we believe. Kita mungkin lupa neraca kita apa, jadi kita akan end-up kecewa, merapu dan melakukan hal yang tak sepatutnya, yang melecehkan, yang mencemarkan maruah diri, yang merosakkan orang lain sekali yang terheret sama.

"When you're at the end of the road
And you lost all sense of control
And your thoughts have taken their toll
When your mind breaks the spirit of your soul
Your faith walks on broken glass
And the hangover doesn't pass
Nothing's ever built to last
You're in ruins."

Why choose to be depressed, when we live only once? Sebab, tak ada apa yang kekal pun kan.. In the other side, kita sangat sombong untuk menangis. Ego, should i say..? Saya beritahu anda, hati perempuan memang sangat fragile. Kalau menangis bukan solution pun, ia adalah satu kepuasan, walaupun tak ada alasan. Well, menangis itu anugerah.

Video ni gabungan cerita perang. Abang saya je suka tengok cerita perang sebab pernah paksa belikan dia CD original 300. (Abang suka semua cerita. Dan sejak sekolah dia suka share cerita dengan saya. In future, bila dia dah nak kahwin, saya nak buat satu entri tentang dia. heheh. :D )

Will try to get back on track, be more positive and more focus. Allah sentiasa ada, untuk si kerdil macam saya.

Sunday, May 20, 2012

Monolog

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 20, 2012 0 komen best
Saya selalu tak puas hati dengan apa yang saya tahu. Kadang-kadang lebih baik tak tahu. Kadang-kadang, kekaburan dalam mengetahui sesuatu membuatkan jalan hidup terasa sangat kelam, dan sampai waktunya kita menjadi kaku di suatu tempat. Terperangkap dalam ruang dan waktu. Kebekuan yang kita rasakan, mungkin, adalah satu ruang untuk muhasabah, merenung kembali apa yang salah.

Saya benar-benar nak jadi manusia yang tinggi hamasah. Yang tidak menilai pandangan manusia. Sebenarnya saya sangat jemu dengan manusia yang hauskan komen manusia padanya, atau berbuat sesuatu untuk memenuhi kehendak(baca: favour) manusia lain. Jemu, bila terpaksa melakukan sesuatu hanya kerana tak nak malu. Letih sangat. Hatta manusia yang dia nak favour itu raja mana sekalipun, saya merasa benci. Benci sebab, Raja sepatutnya tidak menyusahkan rakyat untuk menyantuninya dengan berlebihan. Sistem mana yang engkau guna, aku tak mahu tahu.

Pergaulan yang banyak akan membuatkan kejelasan menjadi kabur, dan hati menjadi celaru. Saya selalu dengar orang kata, "orang yang paling banyak ketawa adalah paling banyak menangis sendirian". Saya tak banyak ketawa, juga taklah terlalu banyak menangis untuk hal yang tak perlu. Kata ulama', banyak ketawa akan menyebabkan hati menjadi gelap. Tidak sensitif. Manusia yang banyak buat lawak bodoh akan hilang thiqah dalam dirinya. Kalau tak percaya, cuba lihat, siapa orang yang kau paling percaya, adakah dia banyak bergurau dan meleceh? Saya percaya murobbi saya, dan abah saya. Mereka adalah orang yang tidak main-main dengan hidup, dan menjaga pergaulannya. Saya percaya, mereka sangat menjaga hubungan dengan Allah, dan Allah menjaga mereka.

"Kenapa, kejayaan dunia tetap dimiliki oleh orang yang tidak beriman dan pemaksiat?"
"Sebab, dunia hanya dipandang Allah tidak lebih dari sebesar separuh sayap seekor lalat. Terlalu kecil pada Allah. Siapa nak ambil, ambillah! Allah dah janji, siapa berusaha, dia akan dapat. Nikmat yg paling best dipandang Allah, hanyalah nikmat beriman"

So, tak perlulah nak upset atau irritated dengan dunia ye, kawan2.

Saturday, May 19, 2012

Keajaiban

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 19, 2012 0 komen best
Saya pernah membaca perdebatan tentang kewujudan Tuhan oleh seorang genius dengan profesornya. Dan genius itu adalah Albert Einstein. [link]

Persoalan saya, adakah keajaiban wujud?

Ya, keajaiban tidak wujud kepada orang yang tidak berusaha. Heheh.
Sebenarnya kerja sedang banyak. Assignments, dan ada dua project, minggu depan. Sebenarnya orang yang ada masa adalah orang yang sibuk. Sebab dalam kesibukan pun, masih sempat lagi nak merapu dan macam-macam. Sempat lagi fikir yang bukan-bukan. Setiap hari adalah produktif. Bila bermain, betul-betul main dan all-out. Kalau tido, tido macam raja (tidur mati). Kalau makan, makan macam permaisuri (yang betul-betul mengenyangkan & memenuhi selera, u deserves it, princess!). Kalau kerja, kerja macam kuli (tak mengelat :p).

Ni entri kickstart, pencetus motivasi. Sebelum tulis post ni saya sangat berharap semua baju terbasuh dengan sendirinya, dan semua homework tersiap dengan tiba-tiba, while I'm sleeping. Itu semua bukan keajaiban, itu semua khayalan!

Pfft. Masuk syurga pun bukan khayalan, mind you. Rasa macam nak gelakkan diri sendiri pasal hal ni.
 

Monday, May 14, 2012

cinta sebuah buku, sekeping hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 14, 2012 0 komen best
Cinta itu adalah seindah perkataan cinta itu sendiri. Rindu itu serumit perkataan rindu itu sendiri. Cinta dan rindu, kedua-duanya adalah misteri, perihal hati, dan ianya akan menjadi indah sekiranya bermatlamatkan Ilahi.
Peh. muqaddimah tak ada kaitan. 
Pemandu, kenderaan berat.
Sebelum seorang pemandu lori boleh membawa lori, dia mesti tahu membawa kereta dahulu. Kemudian, barulah pemandu itu layak mengambil lesen memandu lori. Begitu juga, kalau kita mula berjinak-jinak untuk membaca karya yang agak kritikal untuk membina karekter, pembangunan diri dan jiwa, kita bolehlah mula mengubah mode pembacaan kepada yang lebih matang, beralih perhatian daripada karya-karya yang tidak lagi hanya menekankan soal khayalan dan buaian perasaan.

Sampai pada waktu yang sesuai, saya diingatkan, bahawa seorang da'ie sudah boleh berhenti membaca novel. Novel fiksyen, terutamanya. Dan untuk berhenti membaca yang fiksyen, saya mula membaca buku yang separa fiksyen, macam buku tulisan Faisal Tehrani, 1511 [kombat]. Majalah-majalah bukan fiksyen mula ditinjau. Blog-blog tentang isu semasa mula dibaca. Satu demi satu, secara perlahan-lahan.

Analoginya, kalau iya pun nak memandu kenderaan berat, jangan terus bawa lori balak, nanti accident! Dan, (analogi lagi), kalau nak memandu, mesti berguru dulu~

Marah
Masih ingat tak saya post tentang apa yang abah saya kata, bila saya tanya sama ada dia penat atau tidak menjaga kami? Abah kata, perasaan cinta yang Allah bagi, lebih banyak daripada rasa penat. Dan saya rasa ia applicable bila kita rasa marah kat seseorang. Maksudnya, bila rasa marah, ingatkan dia tentang kebaikan-kebaikannya yang sampai buat kita tak jadi marah pada dia. Marah itu api, dan ia dihidupkan oleh pembisik-pembisik yang mendampingi kita, yang sentiasa mencari ruang untuk memenangi hati kita.

Semalam saya marah yang teramat sangat dengan seorang lelaki yang sebelum ni sangat dihormati. Marah sampai .. erm.. marahlah. Tapi.. harini, saya tiba-tiba teringat yang dia tu (orang yang saya marah) bukanlah malaikat. Dia seorang manusia, dan dia buat silap. Manusia wajar dimaafkan. Dan saya ingin anda tahu, bahawa marah itu satu beban dalam hati, hati yang kita bawa untuk solat jumpa Allah, hati yang kita bawa semasa baca Qur'an, hati yang kita guna untuk isi dengan ilmu. Marah itu nafsu, tapi hati adalah tempat duduknya iman.

Iman dengan nafsu, tak mungkin duduk di tempat yang sama.

Instinct
Anda pernah tak rasa berdebar atau tak keruan yang teramat sangat, kemudian ada sesuatu buruk berlaku lalu anda pun berkata atau terlintas di hati, "patutlah rasa tak sedap hati".

Perasaan tak sedap hati saya jarang berakhir dengan sesuatu yang buruk. Biasanya ianya cuma mainan perasaan. Sebaliknya, sesuatu yang buruk berlaku apabila sampai waktunya saya rasa tenang yang amat sangat, sampai tak ada yang mengganggu, sampai saya tertanya-tanya apakah perasaan itu. Instinct kita mungkin silap, tapi bila ia mula menjadi kebiasaan, kita boleh bersedia dan berhati-hati. Instinct yang boleh dipercayai ialah instinct orang yang beriman, yang berhati bersih. Namun kita adalah manusia biasa. Hati kita mungkin salah menafsir, sebabtu kena letak pergantungan kat Allah, dan sekurang-kurangnya, kalau instinct salah, kita tak rasa kecewa.

Sehingga penulisan seterusnya. Moga Allah sudi memberikan peluang menulis yang seterusnya.

Sunday, May 13, 2012

add drop

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 13, 2012 0 komen best
Harini perang add-drop bermula lagi. Saya harap ini yang terakhir untuk saya.

Setiap hujung semester, pelajar UUM akan diperuntukkan masa untuk menambah-gugur sendiri subjek melalui portal universiti. Inilah keunikan UUM yang jarang ada pada universiti lain. (Saya sendiri tak maklum kalau pelajar univ lain kena add-drop sendiri). Saya suka dengan perang ini, sebab semua orang akan add subjek yang dia favour, dan bukan atas paksaan. Suka hatilah nak ambil banyak subjek atau sedikit, asalkan memenuhi syarat dan jam kredit.

Dan kalau tak dapat add-drop online, pelajar terpaksa 'merangkak' ke school masing-masing untuk urusan akademik dan add-drop secara manual. Kalau ada syarat lain, atau dah penuh, terpaksalah pergi cari pensyarah/coordinator pula. Setakat pengalaman di UUM, cuma sekali sahaja saya melakukan urusan add-drop secara manual, itupun urusan gugur subjek (drop). Biasanya gugur subjek memang tak ada masalah, tapi kalau add memang selalu susah skit, terutama sistem yang sebelum ni, kena beratur panjang setiap hari pada add-drop week di tempat yang ditentukan kolej.

So. semseter depan hidup akan lebih heaven dengan 4 subjek sahaja. (tapi nak habiskan 15 minggu yang penuh dengan 15-20 projek, taktahulah.)


Saturday, May 12, 2012

No longer attached

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, May 12, 2012 0 komen best
Tadi saya lompat-lompat blog semasa buat kerja-kerja kertas kerja. Salahsatu blog itu menyenaraikan saya dengan nama 'Ikin UUM'. Dan saya tahu, ramai kenalan dari univ lain pun menyimpan nombor saya dengan gelaran yang sama. Ekin UUM. Atau Nora Uncle Rahmat. Atau apa-apapun. Tiba-tiba terfikir sesuatu.

Yang saya tahu, sampai satu masa, kita akan kehilangan semua masa yang ada. Kita juga akan hilang dari ingatan majoriti yang kita kenal. Kita hanya akan ingat orang dan golongan minoriti, dan kita juga melupakan banyak orang. Ada waktunya orang itu adalah orang dari masa lalu yang dulunya sangat attached dengan kita, tetapi sudah tak punya makna lagi pada kita, sekarang atau pada masa depan. Dan biasanya orang yang kita all-time attached cuma tinggal ahli keluarga sahaja. Kadang-kadang, wujudnya orang dari masa lalu yang tak ada makna signifikan pun, tapi menjadi orang yang sangat penting pada masa akan datang. Kita tidak tahu aturan hidup ini yang sangat aneh.

Sedih? Memang sedih nak lupakan orang yang sangat signifikan pada fasa hidup kita. Sebab ada waktunya, ada scent yang hidup dalam diri menyebabkan kita terimbau kembali apa yang sepatutnya sudah berhenti menagih masa dan perhatian kita. Tapi ingatan itu perlu dilepaskan, sebab setiap orang ada hidupnya sendiri, dan pengembaraan hidup setiap orang itu berbeza. Looking for checkpoint, huh?

Usah terpenjara di dalam sebuah kotak bernama kenangan. Teruskan hidup, masa berlalu, dan manusia berubah.

Friday, May 11, 2012

Tak puas hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, May 11, 2012 2 komen best
Marah dengan kerenah orang memang tak boleh dan tak mampu nak selesaikan apa-apa. Tak suka macammanapun, tetap kena hadapi jugak.

Kalau difikirkan semula, berapa ramai orang yang sabar menemukan kebahagiaan dalam keyakinannya? Memang ramai. Dan, berapa ramai yang hancur disebabkan amarahnya sendiri? Terlalu ramai.

Kita tak hidup untuk tanggung rasa malu orang lain. Thats it. Dan sabar, adalah perkara yang takkan ada penghujungnya sampai mati. Hati yang mudah marah, adalah tanda-tanda hati yang terpenuh dengan anasir-anasir, yang mesti dibersihkan segera. Cool-cool, kin!

Thursday, May 10, 2012

Cikgu Rohana

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 10, 2012 2 komen best
Malamni, ingatan kepada Cikgu Rohana sangat kuat. Raut wajah dia, dengan keikhlasan dia, memang rasa macam jelas sangat sekarang ni. Tiba tiba teringat kat dia lepas solat tadi.

Allah nak suruh saya doakan dia kut. Sebenarnya, dia seorang yang amat signifikan kepada saya, dan siapa saya sekarang ni. Waktu sekolah menengah rendah kat MRSMKK, saya amat lemah dalam matapelajaran Sains dan Matematik. Tak buat kerja sekolah dan tak perform. Yang sebenarnya, saya tak faham ajaran cikgu dan tak bertanya. Hal ini sangat membimbangkan cikgu-cikgu kelas saya, terutama Cikgu Noreha & Cikgu Rusilah (guru kelas) & Cikgu Jalilah (cikgu homeroom). Kelemahan saya ini membawa sampai ke peringkat HEA, Puan Rohana. Puan Rohana pada masatu ialah Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik. Pengetua, Puan Hajah Zawiyah dah pindah tahun sebelum tu dan sayapun tak ingat siapa pengetua tahun itu. Masa Puan Rohana panggil, saya cemas sangat.. takut kalau kena kaunseling ke atau kena marah. Rupanya.. erm.. dia ajak datang rumah, belajar dengan dia secara personal..

Saya tak ingat berapa lama saya belajar dengan dia untuk setiap hari waktu riadah. Rasa segan pun ada, tapi dia tak pernah marah. Perkara yang paling saya terkilan ialah saya tak dapat beri apa-apa hadiah pun masa dia pindah, dan tak sempat jumpa dia pun pada hari terakhir. Sebab, hari Puan Rohana pindah adalah hari pertama PMR, kalau saya tak silap.

Perkara yang saya ingat tentang Cikgu Rohana ialah, beliau ada sakit kat kaki, bahagian kepala lutut. Cikgu Rohana ada anak perempuan bongsu yang comel, mungkin sekarang dah 20 tahun la umur dia.

Atas inisiatif yang Cikgu Rohana ambil, saya dapat A=Alhamdulillah, untuk subjek Sains, PMR (Sebelum tu, D dengan C je). Dia buat saya yakin, yang kalau ada orang tak berjaya, bukan sebab malas, tapi tak ada motivasi dalam nak capai kejayaan tu.. Dan keyakinan cikgu pada pelajar yang lemah sangatlah dihargai :)

Kalau dapat jumpa lagi, saya nak peluk dia!

Bau, warna dan rasa

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, May 10, 2012 0 komen best
Baru-baru ini saya terbaca coretan kawan facebook tentang reminder dari ayahnya (yang berbunyi lebih kurang begini), "jangan rasa gah bila dihormati atau dikasihi. Bersyukurlah kat Allah yang dah tutup aib kita. Kalau Allah tak tutup aib kita, mungkin kita takkan ingin didekati pun"

Sememangnya kita akan ditimpa musibah akibat dosa kita sendiri. Maksiat yang kita lakukan, secara sendirian atau terang-terangan membuatkan Allah murka. Menurut Ibnu Qayyim, kegembiraan melakukan maksiat lebih besar dosanya berbanding dosa itu sendiri. Ada 15 kesan maksiat keatas diri kita yang dicatatkan oleh Amru Khalid dalam Quantum Change iaitu;

  • murka Allah
  • kebencian orang mukmin
  • penghalang rezeki
  • penghalang keberolehan ilmu
  • dugaan/musibah yang berat
  • Keterasingan (merasa terasing) dari Allah
  • Keterasingan dari lingkungan (keluarga)
  • Hati gelap dan wajah suram
  • Terhalang dari ketaatan
  • Kecenderungan kepada dosa yang lain
  • Kehinaan di sisi Allah
  • Kehinaan dalam hati
  • Melemahkan akal
  • Petaka akibat maksiat
  • Mulut yang berkhianat (tidak dapat mengucapkan syahadah ketika ajal)
Terbukti, Allah akan melenyapkan hambaNya yang bermaksiat dari bumiNya. Kaum 'Ad, Tsamud, Fir'aun, Qarun, Kaum Nabi Saleh. Dan penyebab kehancuran umat di dunia adalah maksiat. (Rujuk AQ 54:11, 28:40, 15:74, 33:9 & 17:5)

Yang bestnya, Allah sangat menyukai dan mencintai taubat kita, rintihan pendosa yang memohon keampunan. Az-Zubaidi, dalam Ithaf As-Sadah al-Muttaqir (9/178) mencatatkan riwayat tentang seorang Badwi menghadap Rasulullah S.A.W lalu bertanya, "Apakah jika aku berbuat dosa, Allah menerima taubatku?" 
Baginda menjawab, "benar". 
"Kalau saya berbuat dosa kembali?" 
"Dosamu akan dicatat." 
"Jika saya bertaubat lagi?" 
"Dosamu akan dihapus." 
Dia bertanya mengulang,  "Kalau saya berbuat dosa kembali?" 
"Dosamu akan dicatat." 
"Jika saya bertaubat lagi?" 
"Dosamu akan dihapus."
"Sampai bila Allah akan menghapus dosa hambaNya?"
Baginda S.A.W. menjawab, "Allah takkan merasa bosan memberikan keampunan sehingga hamba itu bosan memohon ampun"

Dosa itu seperti najis yang tidak punya bau, warna dan rasa. Ia lebih berbahaya dari najis, kan? Mohonlah perlindungan Allah. moga Allah jaga kita.

Monday, May 07, 2012

Siput

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 07, 2012 2 komen best
Waktu saya berjalan balik sendirian melalui kaki lima yang menghubungkan PSB dengan mall sewaktu library dah hampir tutup, ada banyak siput berkeliaran (bertaburan, bergelimpangan, merata-rata..? tak jumpa perkataan yang betul) di sepanjang jalan.

Tiba-tiba rasa macam..ermm.. "siput tu lebih mulia dari aku".


Siput tu tak marah pun Allah jadikan dia bergerak dengan lembab dan terpaksa mengusung rumah ke sana-sini. Rasanya siput lebih implement kata-kata; "home is where the heart is" :p . Kalau kena pijak dengan manusia pun mati tak sia-sia. Kalau nak banding dengan saya ni, siput lebih soleh la kut sebab saya, ada waktunya malas nak galas tanggungjawab dan masih mempersoalkan tanggungjawab yang khas diwujudkan untuk melatih diri.

Tengok siput pun dapat pahala, kalau ia mengingatkan kita kepada Allah :)

-----------------------------------------------------------------------
Abah pernah tanya, apa beza malaikat, iblis, binatang dengan manusia. Mungkin, waktu tu abah nak uji apa yang saya baca, dengan apa yang saya faham.

Saya jawab;
"Iman la. Iman malaikat sentiasa meningkat. Iman Iblis sentiasa menurun, Iman manusia sentiasa turun naik. Kalau iman binatang tak tahu la". (Abah tanya; lagi, kenapa manusia dikatakan istimewa? dan saya balas, ) "Fitrah diorang la. Kalau malaikat memang Allah jadikan fitrahnya taat dan beriman, dan Iblis memang fitrahnya ingkar kat Allah. Manusia, Allah beri nafsu dan akal.. dan Allah berikan pilihan sama ada nak pilih jalan ingkar ke atau jalan ketaatan.. Manusia yang pilih ketaatan la orang-orang yang beruntung..."

Abah angguk, abah senyum. Abah tak kata pun yang saya jawab tu salah ataupun betul.

p/s: rujuk surah As-Syams. Hidup terasa bermakna bila baca Quantum Change.

Sunday, May 06, 2012

Cantik

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 06, 2012 0 komen best

Dan bila semua cantik adalah maknawi, Islam meminta manusia memandang cantik dari pandangan Ilahi. Muslim itu berbeza. Cara berpakaian juga berbeza. Style berakhlak juga berbeza. Erti cemerlang pun berbeza. Cintanya luarbiasa. Persahabatannya juga, berbeza.

Sebab , keinginan seorang muslim menjangkau dan malampaui lingkaran dunia dan tali-tali yang membonekakan manusia. Moga-moga Allah berikan kita kefahaman dalam beragama dan memutuskan kita daripada cengkaman kejahilan.

wallahu a'lam

Serabut tapi kena sabar

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, May 06, 2012 0 komen best

Semakin dewasa, semakin banyak perkara tak difahami.

Menyakitkan Hati
Kalau hendak dibicarakan tentang soal menjaga hati manusia, memang sampai bila pun takkan habis. Bila ada waktunya saya menjadi manusia yang bersifat seperti duri, saya harap saya adalah duri pohon semalu atau duri pada sang mawar. Kecil, tapi berprinsip. 

Bimbang yang optimum, Yakin yang maksimum!
Perasaan bimbang itu perlu pada tahap yang optimum. Tahniah kepada Ilham Zakaria dan juga teamnya yang tak putus-putus berusaha dan berharap. Walaupun masing-masing rasa macam tak buat kerja, namun akhirnya, Allah izin program bernilai RM 4k berjaya dilaksanakan. Tak ada apa yang mustahil, cuma kena usaha lebih.

Hikmah keserabutan
Saya selalu dengar tentang mendapat pahala apabila melihat wajah ayah dan ibu. Hari Khamis lalu, jiwa saya serabut dengan macam-macam keperluan, tanggungjawab dan hak-hak orang yang mesti dipenuhi. Dan pada saya, pergi ke KL trip dalam masa yang sama adaqlah satu kesilapan sebab banyak lagi kerja boleh dibuat. Namun susunan Allah memang terbaik, sebab, masa jumpa abah dan ibu, Allah izin sy jumpa dgn makcik saya yang attended ke hospital untuk pembedahan buang hempedu (batu dalam hempedu). Mak ayah saya juga bawa saya jumpa Tokmak saya yang selalu bertanya bila saya nak jumpa dia.

Dan, saya tertanya-tanya, mana perginya keserabutan yang dialami sebelum jumpa ibu. aneh!

Wednesday, May 02, 2012

Positif.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, May 02, 2012 0 komen best
Mari kita duduk dan beriman sejenak. Sami'na, wa'ato'na. (kami dengar dan kami taat).

Pagi ini kita telah  dibangkitkan dalam fitrah Islam. Fitrah keimanan. Dalam dunia ni, tidak ada nikmat yang dipandang Allah selain nikmat beriman, dan nikmat ini tidak diperoleh seseorang tanpa keizinan Allah. Nikmat ini sangat indah dan kalau Allah nak tarik balik nikmat keimanan ini (na'uzubillah), maka kita sudah menjadi seperti bangkai yang tiada nilai. Dunia ini, not more significant to Allah than the half of sayap seekor lalat.

Jadi, kita jangan sombong kalau dapat buat perkara-perkara baik, atau tergolong dalam lingkungan orang yang baik, serta memandang jijik manusia pendosa. Sebab, kalau Allah tak pilih kita lagi, kita akan jadi sama je dengan haiwan yang Allah jadikan rutinnya tidak punya jiwa, hanya memenuhi tuntutan nafsu.

Kita harus bersyukur, Allah beri peluang-peluang beramal. MasyaAllah! Why miss the chance?

doa al-mathurat - 11-doa02-pagi
"Kami hayati suasana pagi ini atas landasan fitrah dan perwatakan Islam. Berpegang kepada kalimah Ikhlas (dan prinsip) keikhlasan. Berpegang kepada agama Nabi-Mu Muhammad (SAW), yang juga agama bapa kami (Nabi) Ibrahim dengan setulus hati. Dan (Nabi) Ibrahim sama sekali bukan seorang yang musyrikin." [Link]

Tuesday, May 01, 2012

masalah

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, May 01, 2012 0 komen best
Satu lagi fungsi seorang ketua ialah menyelesaikan masalah. Kadang-kadang saya rasa macam ibu yang ada ramai anak.

Anak sulung gaduh dengan kawan.
Abang pukul adik.
Anak ke 3 fail exam.
Anak ke 5 rosakkan mesin basuh
Anak ke 10 nak duit belanja
Anak ke 18 malas pergi sekolah
Anak ke 20 nak prom diadakan
Anak ke 40 tak siapkan homework
Anak ke 100 sibuk nak cari kawan lain

Dalam ramai-ramai 'anak' yang bermasalah, ramai lagi yang berpotensi. Kata dekan, kami (saya) beruntung sebab pimpin orang bijak pandai.

OK. Kata-kata di atas hanya menggambarkan beberapa situasi yang dihadapi sekarang. Mungkin akan ada orang kata pada saya, no big deal la saya pegang amanah ni. Tapi saya selalu percaya yang perempuan tak sesuai jadi ketua sebab perempuan suka mengaitkan semuanya dengan emosi. Namun, ia masih satu perkara yang saya boleh terima untuk belajar. Suatu hari nanti, saya akan berterima kasih kepada 'orang-orang jahat' di sekeliling saya kerana sudi percayakan kerapuhan bahu ini untuk ditanggungkan padanya amanah. Saya cuma perlu memotivasikan diri bahawa semua ini satu proses belajar dan selagi ia tak memudaratkan saya, saya perlu melaksanakannya sebagai satu wadah untuk mengenal kerenah manusia.

Kawan saya pesan, minta je semuanya pada Allah. Kalau minta pada manusia, for sure, kita akan kecewa. Terima kasih, kawan.

Tenang-tenang jiwa. Kalau masalah itu besar, besarkan jiwa untuk menghadapinya!
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea