Monday, May 14, 2012

cinta sebuah buku, sekeping hati

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, May 14, 2012
Cinta itu adalah seindah perkataan cinta itu sendiri. Rindu itu serumit perkataan rindu itu sendiri. Cinta dan rindu, kedua-duanya adalah misteri, perihal hati, dan ianya akan menjadi indah sekiranya bermatlamatkan Ilahi.
Peh. muqaddimah tak ada kaitan. 
Pemandu, kenderaan berat.
Sebelum seorang pemandu lori boleh membawa lori, dia mesti tahu membawa kereta dahulu. Kemudian, barulah pemandu itu layak mengambil lesen memandu lori. Begitu juga, kalau kita mula berjinak-jinak untuk membaca karya yang agak kritikal untuk membina karekter, pembangunan diri dan jiwa, kita bolehlah mula mengubah mode pembacaan kepada yang lebih matang, beralih perhatian daripada karya-karya yang tidak lagi hanya menekankan soal khayalan dan buaian perasaan.

Sampai pada waktu yang sesuai, saya diingatkan, bahawa seorang da'ie sudah boleh berhenti membaca novel. Novel fiksyen, terutamanya. Dan untuk berhenti membaca yang fiksyen, saya mula membaca buku yang separa fiksyen, macam buku tulisan Faisal Tehrani, 1511 [kombat]. Majalah-majalah bukan fiksyen mula ditinjau. Blog-blog tentang isu semasa mula dibaca. Satu demi satu, secara perlahan-lahan.

Analoginya, kalau iya pun nak memandu kenderaan berat, jangan terus bawa lori balak, nanti accident! Dan, (analogi lagi), kalau nak memandu, mesti berguru dulu~

Marah
Masih ingat tak saya post tentang apa yang abah saya kata, bila saya tanya sama ada dia penat atau tidak menjaga kami? Abah kata, perasaan cinta yang Allah bagi, lebih banyak daripada rasa penat. Dan saya rasa ia applicable bila kita rasa marah kat seseorang. Maksudnya, bila rasa marah, ingatkan dia tentang kebaikan-kebaikannya yang sampai buat kita tak jadi marah pada dia. Marah itu api, dan ia dihidupkan oleh pembisik-pembisik yang mendampingi kita, yang sentiasa mencari ruang untuk memenangi hati kita.

Semalam saya marah yang teramat sangat dengan seorang lelaki yang sebelum ni sangat dihormati. Marah sampai .. erm.. marahlah. Tapi.. harini, saya tiba-tiba teringat yang dia tu (orang yang saya marah) bukanlah malaikat. Dia seorang manusia, dan dia buat silap. Manusia wajar dimaafkan. Dan saya ingin anda tahu, bahawa marah itu satu beban dalam hati, hati yang kita bawa untuk solat jumpa Allah, hati yang kita bawa semasa baca Qur'an, hati yang kita guna untuk isi dengan ilmu. Marah itu nafsu, tapi hati adalah tempat duduknya iman.

Iman dengan nafsu, tak mungkin duduk di tempat yang sama.

Instinct
Anda pernah tak rasa berdebar atau tak keruan yang teramat sangat, kemudian ada sesuatu buruk berlaku lalu anda pun berkata atau terlintas di hati, "patutlah rasa tak sedap hati".

Perasaan tak sedap hati saya jarang berakhir dengan sesuatu yang buruk. Biasanya ianya cuma mainan perasaan. Sebaliknya, sesuatu yang buruk berlaku apabila sampai waktunya saya rasa tenang yang amat sangat, sampai tak ada yang mengganggu, sampai saya tertanya-tanya apakah perasaan itu. Instinct kita mungkin silap, tapi bila ia mula menjadi kebiasaan, kita boleh bersedia dan berhati-hati. Instinct yang boleh dipercayai ialah instinct orang yang beriman, yang berhati bersih. Namun kita adalah manusia biasa. Hati kita mungkin salah menafsir, sebabtu kena letak pergantungan kat Allah, dan sekurang-kurangnya, kalau instinct salah, kita tak rasa kecewa.

Sehingga penulisan seterusnya. Moga Allah sudi memberikan peluang menulis yang seterusnya.

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea