Wednesday, October 27, 2010

Menuntut ilmu sekadar untuk lulus exam?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 4 komen best
Dah lama saya tak berkongsi dapatan ceramah di sini.. Kali ni saya nak berkongsi sedikit dapatan forum yang bertajuk "Menuntut Ilmu Satu Ibadah, atau Sekadar Untuk Lulus Peperiksaan?" yang dianjurkan di DPP TNB semester lepas.. biarpun berlangsung pada semester lepas, tetapi sesuai sangatlah untuk dinukilkan sekarang.. 

Pada tiap-tiap penyakit itu pasti ada ubatnya, begitu juga penyakit paling besar pada manusia-penyakit lalai. Dan untuk mengubati kelalaian, seseorang itu mestilah berilmu. 

Ustaz Nizho sebagai panel forum ini membincangkan tentang kepentingan niat, dimana niat itu adalah kunci kepada amalan. Setiap orang itu juga, tidak lain, hanya mendapat daripada apa yang diniatkannya. Ustaz juga ada menyatakan 7 kemuliaan bagi sesiapa yang ada di majlis ilmu, iaitu;
  1. Mendapat kelebihan orang yang menuntut ilmu, dimana para malaikat merendahkan sayapnya
  2. Selama mana dia berada dalam majlis ilmu, selagi itulah dia terlepas daripada segala kesalahan dan dosa
  3. Apabila seseorang itu keluar daripada kediamannya untuk pergi ke majlis ilmu, maka rahmat akan turun kepadanya
  4. Apabila dia mula duduk di majlis ilmu, dia akan mula memperoleh rahmat dan keberkatan
  5. Ditulis padanya kebaikan
  6. Didoakan malaikat
  7. Kekebasan duduk di dalam majlis ilmu menjadi kaffarah kepada dosa-dosanya, diangkat darjatnya dan bertambahlah kebaikan kepadanya
Maka janganlah mendidik diri merasa keluh kesah dengan majlis ilmu...

Jika seseorang itu mempunyai niat yang betul, maka dia akan memperoleh kemuliaan darjat tanpa perlu bersusah payah. Ustaz Nizho menambah lagi, bahawa ada seorang ulama' berkata; Ada 3 perkara yang menjadikan amalan ikhlas, iaitu,
  1. Melihat apa yang Allah beri kepadanya adalah dari Alah dan milik Allah - maka hilanglah perasaan ujub pada diri
  2. Memulakan kerja yang dibuat untuk mencari keredhaan Allah - maka dengan sebab ini akan memecahkan dorongan hawa nafsu yang tak menyukai perkara-perkara baik
  3. Mencari ganjaran pahala daripada Allah - Walaupun sedikit tetapi berterusan, akan dapat memecahkan perasaan riya' dan tamak.
Seterusnya, panel kedua, iaitu ustaz Khadafi menerangkan tentang aplikasi ilmu. Katanya;

Tak ada nlainya ilmu jika diletak dalam kertas, dimana peperiksaan cumalah test untuk melayakkan kita ditauliah. Jadi, kita mesti berubah, iaitu dengan mula menggunakan akal dan ilmu.

Orang yang berilmu mestilah;
  • berakhlak
  • menyampaikan ilmu dan menyebarkannya
  • Memiliki akidah yang mantap dan mengaplikasikan ilmu
Berilmu tanpa beramal adalah gila, 
Beramal tanpa ilmu adalah sia-sia.

Sufian At-Tsauri berkata;
  • Yang pertama untuk mendapatkan ilmu ialah berdiam diri (memberi tumpuan kepada ilmu)
  • Kemudian mendengar dengan bersungguh-sungguh
  • Kemudian menghafal ilmu
  • Dan beramal dengannya-ilmu tanpa amal ibarat pohon kayu yang tak berbuah
  • Kemudian menyebarkannya.
Rasulullah telah bersabda,
"Jadilah kamu orang yang alim (berilmu), jadilah orang yang belajar. Kalau tidak, jadilah orang yang mendengar, Dan janganlah kamu menjadi orang yang bebal kerana ia menjadikan kamu orang yang binasa".

Akhir sekali, forum tersebut telah ditutup dengan satu doa yang berbunyi,
"Ya Allah, perlihatkanlah kepada kami sesuatu yang baik itu baik, dan yang buruk itu buruk, supaya dapat kami pelihara diri kami daripada kejahilan dan kemaksiatan".

Semoga perkongsian ini bermanfaat fillah.. :)

Photobucket

i plan..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Dengan berakhirnya kelas Applied Statistic SQQS 2013 pada pukul 9.30pm tadi, maka dengan ini, saya mengumumkan bahawa sesi pengajaran dan pembelajaran semester kedua 2010/2011 melabuhkan tirainya. (Walaupun esok masih ada sebagai hari terakhir).

Dan, bermulalah study week untuk semester ini. Kebetulan, hari saya balik nanti adalah hari ulangtahun abah yang ke-50. Muda lagi kan, abah saye? :D Pesta Konvokesyen juga akan mula membuka tirainya pada 29 Oktober ini, dan berakhir pada 2 November (4 hari).

Bermula jumaat nanti saya takkan update blog kerana saya tak bawa laptop pulang bersama. Mungkin sebagai satu usaha untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada baby-baby comel dirumah, menolong ibu mana yang patut dan study.

Rasa sedih pula nak tinggalkan kawan-kawan di sini yang amat mengharapkan kehadiran saya untuk membantu mereka study bersama. Saya bukanah bijak pun, sebab sayapun memerlukan rakan-rakan untuk diajar supaya kefahaman saya dapat dikuasai dengan baik. Supaya kami ada give and take. Tapi, apakan daya, rindu saya cukup menggunung. Mungkin masa cuti seminggu ini juga adalah satu cara untuk saya berehat sebentar (ingin sekali bangun makan sarapan, kemudian lunch dan dinner yang tak memerlukan saya untuk menapak jauh~).

Saya ingin menghabiskan pembacaan untuk beberapa buah buku sedikit saja lagi. Dan masa seminggu pasti sekejap saja...

Cuma, balik saja dari cuti nanti, library pula tutup. :(

Photobucket

Preciously valuable

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 4 komen best
Bulan ini kegemaran menulis saya menggila. Jumlah entri sudah melebihi dari yang sepatutnya, walaupun saya tak pernah meletakkan limit apapun kalau menulis. Itu belum kira yang draft lagi, sebab saya rasa agak mengarut untuk diterbitkan, jadi beberapa post dibiarkan menjadi draft.

Ini adalah entri sebagai reaksi terhadap ceramah tadi. Saya baru aja balik daripada mendengar ceramah bertajuk 'Dilemma Anak Zina'.

Kadang-kadang apa yang berlaku diluar batas jangkaan kita.Sebelum saya hadir ke talk  tersebut, saya ingatkan ceramah ini berkisarkan hak-hak seorang anak hasil zina luar nikah, bagaimana dia menggauli masyarakat, dan bagaimana statusnya dalam Islam.

Jangkaan sama meleset sama sekali ke 0%. Maaf, pihak penganjur. Maaf, tuan penceramah. Alangkah baiknya kalau saya dapat mendengar tentang Dilemma anak zina ini daripada Prof Syukri (ah, saya memang ketagih ceramah prof Syukri sejak kali pertama mendengarnya.)..

Jauh sekali daripada intipatinya. Saya cuma dapat pengisian tentang 'permukaan' saja..

Bila kita menghadapi keadaan ini, mari kita ingatkan diri;

  1. Nasihat,masih tetap nasihat walaupun daripada seorang pencuri. Kita boleh mengambil ibrah daripada kisah lelaki pencuri yang mengajarkan Abu Hurairah ayatul Kursi, lalu Abu Hurairah menerima ajaran tersebut (Wallahu a'lam, pencuri itu sebenarnya iblis..)
  2. Jangan lihat siapa yang berkata, tetapi apa yang dikatakannya
  3. Hate the sin, not the sinners.
  4. Mungkin kita tak mendapat intipati sesebuah penyampaian itu adalah kerana kita tak ikhlas untuk mendapatkannya..
Ikhlas fillah, khalass!


Photobucket

Cinta mesti dirawat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 27, 2010 0 komen best
Ada orang tak sedar kalau dia sedang sakit. Apatah lagi sakit itu membarah dalam jiwanya. Ishq, seperti nama saya.

Katakan saya adalah seorang doktor. Doktor cinta. (bukanlah macam dalam lagu Dr. Cinta yang tidak memberi makna munasabah itu). Tapi saya doktor takde tauliah laa~..

Saya pernah membaca dalam 'Bagaimana Menyentuh Hati' oleh Abbas AsSissi, katanya, setiap orang itu adalah seperti doktor. Seorang doktor mestilah bijak mengkaji apakah penyakit seorang pesakit dan memberikan kepadanya deskripsi ubat yang betul, bukan main pakai hentam aja.

Saya juga pernah membaca dalam blog Ustaz Hasrizal, bahawasanya perkara dosa itu mesti dipatahkan (dipulangkan) dengan dosa juga / cara yang menyakitkan (begini kut, saya tak dapat cari perkataan yang tepat).

Maksud saya, kalau seseorang itu ber'couple', kemudian Allah telah memberi petunjuk kepadanya bahawa 'couple' itu adalah berdosa dan dibenci Allah, lalu dia mahu memutuskan hubungan yang tak terikat itu, maka dia mesti (tidak boleh tidak) menggunakan jalan memberitahu kepada 'couple'nya itu kebenaran. Kebenaran memang selalu dirasakan pahit bagi orang-orang yang tak mengerti kepentingannya.

Setiap orang itu pasti berbuat dosa. Saya andaikan kita ini sebagai orang yang terjun ke dalam gaung. Kita adalah kita, dan gaung itu kancah dosa. Bezanya antara kita ialah bagaimana kita berusaha untuk keluar daripada gaung itu. Dalam usaha keluar dari gaung itu, kadang-kadang kita bisa tergelincir semula kedalamnya kerana pautan kita yang tidak kuat.. Saya tak kata saya manusia baik, sebab sayapun tak terlepas dari perbuatan dosa.

Cinta mesti dirawat. Dan untuk merawat cinta, InsyaAllah, semester depan, sebagai satu kesinambungan terhadap 'Seminar Cinta Berpaksikan Wahyu' tempoh hari (yang berlangsung di UiTM Arau), akan diusahakan pula seminar 'Merawat Cinta'. (Saya dengar Seminar ini pernah berlangsung, tapi saya tak pernah berpeluang mengikutinya)

Sementara menunggu, rawatlah cinta itu dengan memulangkan hati kepada Khaliknya..

Kerana dosa mesti dipatahkan dengan dosa,
Kerana saya hamba yang tak punya apa-apa walau setitis darah yang mengalir di tubuh ini,
Dan kerana jasad ini bakal dimamah bumi dan dimakan ulat,
Maafkanlah sesiapa yang cuba merawat cinta..

*Kata Abbas as-Sissi juga, setiap da'ie itu ibarat orang yang memberi hadiah kepada orang yang ditemuinya. Kefahaman itulah hadiah yang diberikan.
Photobucket

Monday, October 25, 2010

Toyol makan tuan!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 1 komen best
Selepas keluar daripada dewan exam, Shamil tersengih-sengih keseorangan. Melihatkan keadaan Syamil, Shamsul menghampiri, lalu bertanya;

Shamsul: Ko ni kenapa, Mil? Sengih sorang-sorang.. dah mereng ke jawab exam tadi?
Syamil: Taklah.. aku happy sangat ni..
Shamsul: nak happy pasai pa? susah gila soalan tadi.. Nak muntah aku meng'goreng'..
Syamil: itu la kau.. Lain kali ikut macam aku.. 'Toyol' aku menjadi...
Shamsul: Hoh? yeke? Semua soalan spot aku bagitau kau tu ko dapat jawab?
Syamil: ha la..jawab biar pakai ni.. (tunjuk dahi yang tak berapa licinnya)..
Shamsul: Meh aku tengok, mana 'Toyol' bertuah kau?
Syamil: (seluk saku seluar kanan.. kemudian kiri.. kemudian kanan semula.. kemudian kocek belakang seluar.. kemudian saku depan baju kemeja.. ) haih, mana pulok nih?
Shamsul: ko letak mana?
Syamil: (kembur pencil case.. keluarkan segala isi beg..)

nak tahu mana toyol tu? Toyol tu dah pergi serah diri dalam skrip jawapann Syamil. Sekian, terima kasih. hehe :D

moral of the story; tak payahlah nak berlagak kalau pakai toyol.. jujurlah dengan diri sendiri, barulah tak ada risiko.. ( cerita diadaptasi daripada cerita Encik Pensyarah).
Photobucket

Strictly NO DATING!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 25, 2010 0 komen best
Rasa macam nak buat kain rentang besar-besar letak kat depan blog ni, nak tulis: STRICTLY NO DATING!

Rasa nak print kertas banyak-banyak bertulis "STRICTLY NO DATING", pasang bunting secara besar-besaran.

Geram betul, tak faham bahasa ke ni blok perempuan? Dah malam-malam buta pun tak reti nak balik tido.

Hehe.. tu kalau saya mampu je nak pegi membebel kat orang dating yang menyemak selalu depan blok saya.. Nasib baik khemah yang selalu ada kat depan blok B ni dah alih, kalau tak, memang tak perasan ada pasangan yang sedang dating. Dalam gelap pula tu..

Teringat Pakck Rosdi cerita tentang anak muridnya yang nak sangat bercouple. Namanya, katakan D.

Bila teman serumah D tahu yang D ni bercouple, dia ajak D pergi ke dapur. Dia nyalakan api dapur gas. Dia ambil tangan D, lalu dia berkata, "Kalau hang rasa hang boleh tahan panas api ni, tak melecur, aku benarkan hang couple".

Menangis D dibuatnya, tak jadi couple dah pastu. Sedangkan api dapur gas pun tak tertahan, apatah lagi api neraka..

Suka baca blog Nur Areefah. Dia pernah menulis dalam blognya, "Kalau ada pasangan ucapkan sayang dan rindu pada kita, maknanya dia tak sayangkan kita(dia nak kita terhanyut sama dan disentuh api neraka)".

Strictly NO DATING!

Memang macam haram je ikin ni kan, cakap pasal neraka la apa la.. bukannya pernah tengok neraka pun.. (mungkin inilah kata-kata orang dalam hati..), tapi, Abu Hurairah pernah meriwayatkan, ketika mereka bersama dengan Rasulullah ada bunyi bergegar dan apabila ditanya sahabat apakah ia, Rasulullah menjawab, "itulah bunyi batu yang jatuh menjunam ke dalam neraka sejak 70 tahun dulu dan telah sampai ke dasarnya". diriwayatkan, Rasulullah tak pernah ketawa setelah itu sehingga ajalnya..

Malaikat Malik tak pernah tersenyum sejak neraka diciptakan. (Malaikat Malik ialah malaikat yang bertugas menjaga neraka).

Nak DATING jugak ke? saya sarankan anda bacalah buku PEMILIK CINTAKU Setelah Allah & Rasul karya Fatimah Syarha untuk memahami kepentingan dating dan couple dilarang dalam Islam. Kalau tak ada, saya ada boleh bagi pinjam.

Wallahu a'lam. Hiduplah dengan berkasih sayang yang Allah redha.
Photobucket

Sunday, October 24, 2010

firasat

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 0 komen best
Asal balik dari PSB je, mesti mengadap dulu. Mesti duduk dulu. Kata ikin, cool down, sebab baru lepas berjalan-jalan.. Mesti tulis blog dulu. Astaghfirullahal'azim..

Sepertimana pasangan muda-mudi suka ucapkan pada pasangannya, "I want to be the first good morning and your last good night wish", begitulah yang ingin saya ucapkan pada library. Tetapi malangnya, pak guard yang selalu jadi the last person and the first one. Mungkin pak guard jeles dengan saya. Apapun, saya belum pernah lagilah makan tido kat PSB.. so library not yet considered as my loved ones, sebab bilik saya masih sweet untuk diambil perhatian, dan roommate saya masih ada untuk diambil tahu kebajikannya.

Saya pernah membaca,
"Orang yang beriman dikurniakan Allah firasat yang tajam dan benar..."

firasat ini, bukan dipandu nafsu, tetapi ia adalah firasat yang terpelihara.

Umar bin Abdul Aziz pernah takjub kepada seorang budak kecil. Diriwayatkan, ketika Umar sedang berkata-kata, ada seorang budak ikut campur, dan dia (budak itu) disuruh tidak ikut campur urusan orang besar. lalu budak itu berkata,"Seseorang itu dilihat daripada 2 perkara kecil, lidah dan hatinya. Kalau segala urusan ditentukan oleh usia, maka ada yang lebih berhak ke atas kerusi itu. Jika Allah memberikannya hati yang kuat dan lisan yang fasih, maka dia berhak berbicara."

Pagi tadi Kak Azila menceritakan kepada saya tentang Lim memarahi sahabatnya.

[baca di sini kisah Lim yang sebenar. Lim telah mengislamkan 20 orang sejak memeluk Islam, dan memarahi Talha kawannya yang tidak pernah menerangkan padanya tentang Islam].

Marilah kita duduk untuk beriman sejenak.. jangan menangis kerana dicemuh orang, tetapi menangislah kerana Allah masih cintakan kita..Allah tak pernah mencintai hambaNya dengan apa-apa syarat.

Tak mungkin Allah mahu membiarkan hati ini kecewa. Jadi, Allah telah berfirman dalam kitabNya yang termulia; "Allah takkan mengubah nasib hambaNya melainkan mereka mengubahnya sendiri.."

Its a kid's life

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 24, 2010 2 komen best
Harini saya ajar kawan saya buat blog. Namanya Wai Kit.

Wai Kit ni sangat handsome orangnya. pffffttttt..
Dia seorang fast-learner, sekali ajar terus dapat. senang je nak ajar Waikit buat blog.

dan...TADADAADADAAA..

ini blog waikit: http://ykid89.blogspot.com/
Its a kid's life!

*sebenarnya Waikit buat blog ni untuk kursus STID1013 (Aplikasi Komputer dalam Pengurusan). Subjek ni saya mungkin akan ambil semester depan. Semoga ianya mudah untuk saya :D
Photobucket

Saturday, October 23, 2010

Saya memang suka buat keputusan sendiri: keputusan bodoh mahupun bijak.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 23, 2010 4 komen best
Facebook, saya dah tutup secara total: dan saya yakini yang ia adalah satu keputusan yang bijak. Tak rugi walau sedikit pun. Kemudian, kakak saya bertanya dengan risau; kenapa kau tutup facebook?

Dan saya rasa banyak mengarut pula dalam blog ni. Rasa macam nak tutup blog ni pula. Saya ada seminggu je lagi untuk menulis. Hujung bulan, cukuplah nak tutup blog pun, kan,..

Bila roll back, dah hampir 2 tahun saya menulis di blog ni. Saya menulis untuk melatih diri menulis struktur ayat dengan baik.. blog ini juga secara tak langsung mencatat siapa saya yang sebenarnya..

Saya ada satu blog lagi, Nena's Reflection yang saya privasikan kerana ia adalah satu sisi dari diri saya yang tak mampu dikongsikan dengan orang lain..Siapa yang nak sangat tengok apa ada dalam Nena's Reflection tu, bolehlah hack.. tapi kena beringatlah, mencari tahu rahsia seseorang adalah termasuk dalam senarai dosa besar..

Mungkin blog ni saya tak tutup, cuma dijadikan private saja, dan saya akan buka satu blog baru nanti.. Saya terlampau suka menulis sehingga ia menjadi satu obsesi dalam diri saya ni...

Kalaulah saya lebih rajin berlatih unuk menulis dan membaca tentang transportation, kan lebih baik?
Photobucket

Kids, as always.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 23, 2010 0 komen best
Saya ada satu rahsia besar. Dan sekarang, saya ingin mendedahkannya.

Saya selalu memantau facebook adik saya. Dia baru tingkatan satu, dan adik saya ni seorang lelaki. Kalau ikut genetik kakak dia ni, adk saya ni boleh dikatakan comel.. (dan loyar buruk). Dan setiap kali saya log in account dia, pasti, ada sajalah yang message (IM).

Kadang-kadang sampai malam-malam buta pun still ada yang online lagi. Saya pun apalagi, suruh diorang tido la jawabnya (sebab adik saya, kalau lambat tidur memang kena marah). Biasanya saya akan mengelak untuk tegur dulu, tapi mesti pastu saya akan ditegur gak. Susah betul nak mengelak.

Budak-budak (remaja), masih mencari dan sedang mencari. Yang saya perasan, diorang suka betul tanya soalan yang tak patut. Sangat terbuka dan berterus terang. Lebih-lebih lagi yang girls.

Pernah sekali, kakak saya 'tangkap' adik bongsu saya ni online kat skolah pada waktu kakak saya sedang bekerja. Jadi dia terus diberi amaran untuk tak online FB pada waktu sekolah lagi. Kawan-kawan adk saya agak funny, dan diorang sangat jujur. Saya suka ^_^ sebab rasa diorang comel. (Cuma tak suka sebab ada lelaki yang suka mencarut)..

Parents, please keep an eye to your kids. Since they were born frm your womb, they're still your kids. Jangan biar mereka berhabis masa dengan facebook, bukannya bantu masa depan pun! Mereka masih anak-anak yang perlukan kawalan..dan kasih sayang..
Photobucket

Friday, October 22, 2010

bangsa membaca bangsa berjaya

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 22, 2010 0 komen best
saya.
kalau saya mengaku saya suka membaca, saya pun tak pasti kebenarannya. Saya lebih suka tidur. :) Tapi, tidur yang berlebihan tak baik untuk sistem tubuh. Jadi, saya mengakulah yang saya suka membaca (kalau ada yang menafikannya, sila komen)..

Sahabat yang terbaik adalah buku. Ia takkan komplen berapa lama ia perlu bersama saya. Ia takkan komplen lapar atau mahu bermain, dan ia takkan komen kalau saya membacanya semasa baru bangun tidur dan belum mandi. Buku juga takkan komplen kalau saya membiarkannya terlantar berhari-hari di rakbuku, atau menyepahkannya di atas katil. Cuma, kadang-kadang saya musykil, kenapa ia berselerak di atas meja saya?

Ah, tak mahu membebel panjang-panjang. Cuma nak kongsi sedikit buku apa yang sedang saya telaah.


  • Anak-anakku bangunlah
    • Ditulis oleh Ummu Anas, buku ini memberi bingkisan-bingkisan yang ditulis sesuai dengan anak-anak remaja. Ummu Anas ternyata dapat menyentuh hati anak muda dengan lembut melalui tulisannya. Kawan-kawan yang membaca sedikit-sedikit sementara menunggu kelas bermula pasti terpikat hendak meneruskan pembacaan.. sekarang sedang dipinjam oleh seorang rakan. Buku ini hadiah daripada seorang teman, Shafiyah Adzahar.
  • Anak-anakku berjuanglah
    • Buku ini kesinambungan kepada "Anak-anakku bangunlah". Juga ditulis Ummu Anas, dan saya memperolehnya tidak lama selepas Shafiyah menghadiahkan 'Anak-anakku Bangunlah'. Yang ini juga hadiah, dari Umi Norsiah. Siapa Umi Norsiah? Seseorang yang mendidik dengan penuh kasih sayang :).
  • Goodbye Ed, Hello me.
    • Ditulis oleh Jenni Schaefer, untuk membantu sesiapa sahaja yang mempunyai masalah pemakanan atau Eating Disorder. Kalau anda nak tahu, 'eating disorder' boleh membunuh! Jenni menceritakan pengalamannya sendiri dalam buku ini tentang bagaimana dia berperang dengan penyakit 'eating disorder (ED)' ini. Buku ini dipinjam daripada PSB.
  • Munajat di Jalan Dakwah
    • Buku karya Mustafa Masyhur ni mesti dibaca dalam keadaan berseorangan supaya dapat menghayatinya.. ingat, mesti baca sorang-sorang!
  • Apa ertinya saya menganut Islam
    • Orang lain dah baca buku ni lama dah, saya masih baru nak membacanya. Buku ni adalah bacaan wajib bagi semua yang bergelar Islam, untuk kita tahu apa erti sebenarnya kita menganut Islam. Kalau kita rasa kita sudah Islam pada erti yang sebenar, mungkin kita silap.. Mungkin kita beriman, tetapi kita tak merasakan keesaan Allah. Buku ini menyentuh aspek keimanan dengan mendalam. Malu untuk saya katakan kerana asyik terima hadah saja, tapi hakikatnya ia adalah hadiah daripada Akh Fadhli.
  • Bahtera Penyelamat
    • Dalam perjalanan melayari sebuah lautan kehidupan yang penuh gelora, Bahtera Penyelamat memberitahu kepada kita bagaimana mengemudi bahtera dengan selamat, dan menghadapi ombak sama ada kecil mahupun besar. Buku ini juga karya Fathi Yakan,dan dipinjam dari PSB.
  • Penenang Jiwa: Pengubatan dan Rawatan (terjemahan kitab Mukashafah al- Qulb).
    • Dah lama saya simpan buku ni, pinjaman dari PSB. Sejak kali pertama membaca, saya rasa sangat terpikat. Tatkala hati terasa gundah, buku ini benar-benar mengubat hati. Sesiapa yang belum membacanya, carilah. Sebab hidup ini tak sunyi dari dugaan, dan untuk merawat hati, buku ini ada ubatnya.
  • Bagaimana menyentuh hati : Abbas As Sissi
    • Buku ini dicadangkan oleh seorang sahabat untuk saya membacanya. Abbas As Sissi berkongsi tentang bagaimana memikat hati.. memikat hati orang untuk diajak ke jalan Allah. Abbas As Sissi sangat kreatif, dia memikat hati orang hatta dengan memijak kaki seseorang di dalam bas untuk mencari peluang berbual. Dia juga bertanya sama ada orang itu dari Sudan, sedangkan kulitnya cerah.. Walaupun tak ada kemudahan handphone pada waktunya, tetapi Abbas As Sissi bijak men- follow up  orang yang baru dikenalinya dan berusaha mengingati semua nama. Buku ini saya download PDF, jadi baca kat laptop je sebab tak ada dalam koleksi PSB.

Photobucket

Thursday, October 21, 2010

(^_^)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, October 21, 2010 2 komen best
Imam Ibnul Qayyim berkata; "Mendapatkan sifat siddiq itu sama seperti menanggung gunung yang menjulang tinggi. Tidak ada yang kuat melakukannya melainkan orang yang memiliki kemahuan".



**siddiq:kebijaksanaan
***Siapa berusaha, dia dapat!
Photobucket

Wednesday, October 20, 2010

:)

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 20, 2010 0 komen best
"Sesungguhnya kebijaksanaan itu adalah laksana barang yang hilang dari seorang Mu'min. Maka di mana saja ia ditemui dialah yang berhak mengambilnya"

-alhadis.


Photobucket

Apa nak dikejar pada cinta manusia... [hati itu Allah yang punya!]

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, October 20, 2010 4 komen best
Apa nak dikejar pada cinta manusia...
cantik pun tak guna kalau tak ada akhlak.
Muda pun tak guna kalau tak bermanfaat.
Tua pun tak guna kalau masih bermaksiat.
Rupa hensem pun nanti berkedut jugak.
Manusia akan mati dan membawa amalannya ke dalam kubur.
Lebih disesalkan kalau orang yang soleh mati dan membawa bi'ahnya yang dahulu ada mati sama.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
kalau apa yang dilakukannya hanya untuk kesukaan orang yang dicintainya
semakin kita mencintainya, semakin hati terasa sakit
semakin kita mencarinya, semakin ia menghilang
ibarat mengejar bayang-bayang
Kita akan tamak dengan cinta dari manusia
dan segalanya takkan pernah cukup.

Apa nak dikejar pada cinta manusia
Apa?

letakkanlah perasaanmu pada tempatnya.
Jangan zalim pada diri. Allah tak jadikan hati untuk dikotori dengan cinta nafsu..

Hati itu, Allah yang punya. Sebenarnya kita adalah makhluk miskin yang tak punya apa-apa kerana mencintai manusia yang akan tua dan mati.

***syabab tanpa semangat adalah tua: tua sebelum usianya.
****semangat bukan sebarangan, tetapi ia adalah semangat yang terpelihara, dan dipelihara di atas landasan yang tepat. Landasan cinta hakiki.

Ya Allah, letakkan lah dunia itu di tanganku, dan akhirat itu dalam hatiku.. dan jadikanlah kami dalam kalangan orang yang Engkau kasihi..
Photobucket

Tuesday, October 19, 2010

study and study and study and study and study

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, October 19, 2010 0 komen best
While you
study..

and

study

and 

study

and 

study....

You will feel that life is so

STRESSFUL!!

sO, at this point,

a
Super NICE
and
TRUE , HEARTWARMING
FRIEND

telling you

GO, GO, GO!!

GANBATTE KUDASAI!

I'm with you..

Good Luck for Final, everyone!




.norashikinrahmat.

Monday, October 18, 2010

Reject Ho!!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 18, 2010 2 komen best
Do you ever feel like rejecting or being rejected? No matter if rejected for love or anything else. Being rejected is really frustrating, you know? No, you dont know. :p

Being rejected for love, I never did. (Maybe because everyone love me-perasanlah kau, ikin). But, being rejected for other thing, I'm the hero. hehehe.

If you ever learned decision science, applied statistics or management science, you will know how to make the decision, whether reject the null hypothesis or not reject the null hypothesis. If you are wrong in simply state the hypothesis, you will fail at all.

Today, I wanna apply what I have learned in class to what happen to my assignments.

Ho: Ikin's accounting assignment will not be rejected
H1: Ikin's accounting assignment will be rejected

*error in SPSS: no calculation available, eventhough Î±=0.01 and the confidence level is 95%.

When lecturer see Ikin's assignment doesn't have filling in reference (ref.) column in every ledger, so, he reject Ho.

Conclusion: There is not enough evidence to support the claim that Ikin's accounting assignment will not be rejected.

*keciwa*. Terima kasih, enck Kamarulzaman kerana telah me-reject assignment saya dan memberi peluang ketiga. Huhu!! ingatkan dah boleh start study week tadi.. Takpa-takpa, buat assignment pun kira study jugak, kan? hehe ^_^

*"sigh"
Photobucket

bercuti selama study week

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, October 18, 2010 0 komen best
Untuk study week yang akan datang seminggu lagi, saya akan pulang ke Nilai. Sepanjang 3 semester saya di UUM, ini kali pertama saya akan pulang untuk study week.

Entah kenapa, sarat benar rasanya rindu pada ibu. Mungkin sebab masa cuti raya saya mengabaikan banyak perkara di rumah, jadi saya rasa menyesal sedikit. Lagipun, untuk cuti Aidiladha nanti, saya tak dapat meraikannya di rumah, sebab tarikh exam saya jatuh pada 20, 21 dan 22 November. Tak sempat nak balik.

Cuma, saya belum beli tiket bas. Insiden kemalangan ngeri bas, 10 Oktober lalu yang meragut 12 nyawa masih hangat lagi diperkatakan. Saya nak tempah tiket Sani Ekspres yang ada membuka pejabat cawangan di Varsity Mall, tapi hati saya mempersoalkan keselamatannya.

Saya tidak ada halangan apa-apa untuk pulang bercuti, cuma kawan-kawan yang memerlukan saya akan ditinggalkan seketika. Rasa pelik pun ada kat kawan-kawan saya ni, mereka tak pulang bercuti pula. Biasanya saya akan menjadi 'cikgu tutor', dan sesi pembelajaran berlangsung di library ataupun bilik. Saya suka melihat kawan-kawan yang semakin rajin dan sedar tentang kepentingan study awal (bukan study last minute). Modus operandi saya dalam mengajar kawan-kawan ialah: teori dan latihan. Dan saya memang agak memaksa dalam buat latihan, supaya kefahaman senang diperoleh.

Saya bukanlah orang yang pandai pun, cuma saya rasa mengajar tu adalah salah satu cara untuk memperoleh sesuatu dengan lebih banyak. Memberi. Saya juga manusia biasa yang memerlukan kekuatan untuk menangkis rasa malas. Bijak bukanlah sesuatu yang boleh diperoleh dengan memakan ubat, sebab tak ada ubat untuk menjadi bijak pun. Supplement mahal macammana sekalipun, kalau tak ada usaha, takkan ada hasil yang baik..

Jom, berusaha, dan balik untuk study week! :)
Photobucket

Sunday, October 17, 2010

Saya dapat surat!

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 17, 2010 0 komen best
Hebat.

Saya dapat surat harini. Surat bukan sebarang surat. Biasaya, surat akan disimpan di tempat yang paling selamat. Tak kisahlah surat amaran ke, surat cinta ke, apa-apalah. Apatah lagi bil telefon. Tapi, kali ni surat ini akan dikongi dengan sesiapa sahaja di alam maya ni.

Surat daripada iblis laknatullah
daripada e-mel Nur Atiqah kepada saya.


SURAT DARI IBLIS LAKNATULLAH...

by Abdul Rashidi Abdul Rahaman on Tuesday, 07 September 2010 at 11:11
ayat kat bawah sekali tu yg buat x sanggup nak simpan tanpa forward tu..
bce la sampai hbis wahai shabt...

(Surat Dari Iblis)

(Surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir)

(Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapiaku harus forwardnya kerna catatan kecil dibawahnya)

SURAT DARI SETAN UNTUK MU


Aku melihatmu kemarin, saat engkau memulai aktiviti harianmu.

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan "Bismillah" sebelum memulaisantapanmu, juga tidak sempat mengerjakan shalat Isha sebelum berangkatketempat tidurmu

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidakmerubahcara hidupmu.

Hai Bodoh, Kamu millikku.

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama,

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu .

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah.

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetapmemanfaatkanmusepanjang masa untuk mebalaskannya

Kau lihat, ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencanauntukmudihari depan.

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku,

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH

Aku benar-benar berterimakasih padamu, karena aku sudah menunjukkankepadaNYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu dalam masa2 yang kitajalani

Kita nonton film 'porno' bersama, memaki orang, mencuri, berbohong,munafik,makan sekenyang-kenyangya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orangdaribelakang, tidak hormat pada orang tua ,

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja.

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.

Ini hanya merupakansurat penghargaanku untuk mu.

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH' kerana sudah mengizinkankumemanfaatkan hampir semua masa hidupmu.

Kamu memang sangat mudah dibodohi, aku menertawakanmu.

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.

Dosa sudah mulai mewarnai hidupmu.

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, dan sekarang aku perlu darah muda.

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimanaberbuatdosa.

Yang perlu kau lakukan adalah merokok, mabuk-mabukan, berbohong,berjudi,bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.

Begitulah anak-anak .

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.

Aku akan kembali beberapa detik lagi untuk menggoda mu lagi.

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, dan bertaubat atasdosa-dosamu.

Dan hidup untuk Allah dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.

Memperingati orang bukan tabiatku, tapi diusiamu sekarang dan tetapmelakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.

Jangan salah sangka, aku masih tetap membencimu.

Hanya saja kau harus menjadi orng tolol yang lebih baik dimata ALLAH.


Catatan : Jika kau benar2 menyayangiku , kau tak akan memberi surat ini dengan sesiapapun


Photobucket

Petikan kata-kata kehidupan

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, October 17, 2010 0 komen best
  • Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri
  • Jangan berdoa supaya cinta kita terbalas dan datang dari orang yang kita cintai, tetapi mintalah supaya Tuhan memberikan kita cinta yang terbaik: kerana cinta yang kita harapkan, tak semestinya yang terbaik untuk kita.
  • Setiap hari, jika kita melihat laptop kita terbiar tutup, hati akan berkata; "oh, aku belum check e-mail, bukak blog, main facebook, update twitter lagi". Maka kita akan segera melakukannya tanpa bertangguh. Tetapi, bila tengok al-Qur'an terbiar tanpa kita baca, apakah kita cepat- cepat membacanya tanpa bertangguh?
  • Kita dan kehidupan ibarat bahtera, ombak, laut dan pantai. Kita takkan ingin lari daripada sebuah hidupan yang penuh gelora. Begitupun, sebagai nakhoda kehidupan, kita perlu bijak mengemudi ke mana arah pelayaran kita. Sesusah manapun perjalanan yang jauh ini, kita perlu memastikan yang ia tidak akan karam. Lama-kelamaan, kita akan mula selesa dihempas ombak dan gelora selalu, kerana ia mula menjadi sebahagian daripada kehidupan..
  • Jika kita positif, segalanya akan positif dengan kita. Senyum ^_^


Photobucket

Saturday, October 16, 2010

Perempuan, didikan, malu dan harapan.

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, October 16, 2010 0 komen best
Sedang saya tergaru-garu kepala membuat assignmen perakaunan, lagu Puteriku Sayang berkumandang. Sejurus selepas itu, nasyid Bidadari Syurga pula.


Lagu-lagu ini, amat berat bagi saya. Berat bagi seorang perempuan, apabila semua kata-kata yang dilafazkan dalam bait-bait lagu menjadi harapan.
"Malumu mahkota yang tak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri"

Malu memang sifat seorang perempuan, sifat seorang wanita.. Tapi bukan semua perempuan punya rasa malu.. apatah lagi pada zaman 'wanita dibogelkan' ini.. Tak keterlaluan saya katakan begini, kerana wanita, memang benar-benar menelanjangkan dirinya walaupun berpakaian: melalui laman sosial facebook, wanita mendedahkan aktiviti hariannya, gambar-gambarnya, segala apa yang ada.. itu kan satu bentuk pendedahan yang tak sepatutnya? Perempuan tanpa malu, ibarat bunga tanpa kuntumannya.. tak ada seri..

Bidadari… bidadari..jadilah pendampingku,
Bidadari… bidadari..jadilah sang setia,
Kerna cinta..cinta suci buktinya tidak pernah sepi..,
Sepi daripada cubaan yang tak terduga,

Mampukah seorang wanita menjadi bidadari dalam kehidupan seseorang? menjadi ibu yang bukan setakat baik, tapi melahirkan pembela, pejuang agama.. 

Pernah,masa saya ada facebook dulu, saya tulis status tentang mendidik anak, dan kata kawan saya, "aihh, awalnye ko ni, ikin..cakap pasal anak?"

Ini bukan soal cepat atau lambat, ini soal mendidik diri menjadi rijal.. Saya tak pasti bapa kepada imam yang mana (sama ada Imam al-Ghazali atau asSyafi'e, sebab ada sebuah buku mengatakan bapa Imam al Ghazali, ada yang satu lagi mencatatkan bapa imam asSyafi'e), apabila dia ditanya bagaimana dia mendidik anaknya menjadi orang yang hebat, lalu dia menjawab, "aku telah mendidiknya 40 tahun dahulu" (bermaksud, mendidik dirinya terlebih dahulu).

Kata-kata seruan menjadi bidadari itu satu panggilan kepada semua wanita.. Tatkala saya mendengar lagu-lagu tentang wanita: Rabi'atul Adawiyah, Zinnirah, Bidadari, Puteriku sayang, hati pasti berkata: "mampukah aku?".. dan hati terasa sakit nyeri yang teramat kerana beratnya rasa tak mampu..

Kenapa kita jarang, mungkin tidak pernah mendengar lagu seruan kepada pemuda dan lelaki sepertimana lagu-lagu untuk wanita? Kenapa tidak ada wujudnya gelaran kepada lelaki sebagai "hiasan dunia"? Tak layakkah lelaki menjadi hiasan dunia?

Ilmu saya tak cukup untuk mengupas pertanyaan ini, cuma saya faham di mana darjat wanita yang diangkat Allah. Siapa yang tak mahu menjadi bidadari?

Semua perempuan mahu menjadi bidadari. Dan semua lelaki mahu beristerikan bidadari. 

Tetapi, hakikat yang nyata, lelaki yang mahu beristerikan bidadari tidak menghormati wanita dengan memegang tubuh wanita bukan mahram, melihat auratnya dan berhubungan yang tak perlu. Wanita yang mahu menjadi bidadari pula, melucutkan peluang menjadi bidadari dengan membuang malu dari hatinya.

Nota ini, untuk diri saya yang hina.. yang merasakan betapa tak mampunya saya menggalas tanggungjawab dan amanah besar untuk hidup semulia yang Allah mahukan.. 

Raihlah cinta Allah, dan tingkatkan usaha dalam perjuangan.. jaga hati, dan jaga iman.. Sesungguhnya perjuangan itu satu jalan yang panjang.. dan sunyi.. Jalan usaha adalah jalan yang orang datang dan pergi.. Penghujung jalan kepada usaha pastinya kejayaan, yakinlah!
Photobucket

Friday, October 15, 2010

Tag from mr. PB: 17 things

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, October 15, 2010 0 komen best
Tag. Tagging. Tagged. Lets see what question we are going to answer today. hehe. This time I've been tagged by encik Penaberkala, a blogger friend.

1) Apakah benda yang paling penting dalam hidup korang?
Susahnya soalan ni.. benda paling penting saya ialah purse dan kunci bilik. Sebelum keluar bilik saya akan pastikan 2 benda ni ada pada saya, sebab dalam purse ada kad matrik untuk membolehkan saya akses ke library. 


2) Benda terakhir yang korang beli menggunakan duit korang sendiri?
Handphone Sony Ericsson Z250 yang berharga RM160 pada 22 Oktober 2009..dah nak genap setahun rupanya handphone comel saya tu ye..

3) Dimana tempat korang ingin melangsungkan perkahwinan korang dan tema perkahwinan korang nanti?
hoho..soalan ni.. tak pernah rancang.

4) Adakah korang sedang bercinta sekarang?
-Ya.
5) Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selama mana masa yang ada.

6) Dimana korang selalu berjumpa dengan kekasih korang?
-Di mana-mana, setiap masa.

7) Novel/buku/majalah terakhir yang korang beli?
Fiqh al-Sirah 3, belum habis baca lagi.
8) Apakah nama penuh korang?Norashikin binti Rahmat. Tak ada nama pena :D

9) Antara mak dengan ayah korang, yang mana korang lebih mesra?
Mesra dengan kedua-duanya. Kalau call abah selalu, ibu akan jeles. Dengan abah, banyak berbincang hal-hal rumit, kalau dengan ibu banyak kongsi soal family dan aktiviti harian.

10) Namakan orang yang korang betul-betul nak jumpa dalam hidup korang
Mungkin belum bernama pun... tapi saya harap sangat dapat bertemunya satu hari nanti.. Sahabat Sejati.

11) Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Ya, selalu dan sentiasa. taknak tanya siapa yang lipatkan dan gosokkan baju sekali ke?

12) Dimanakah tempat yang korang betul-betul nak pergi?
Baitullah, Baitul Maqdis dan Jannatunna'im

13) Pilih salah satu, peluk atau cium?
cium. Hugging can be to anyone, but kissing must be to someone.

14) Beritahu 3 benda tentang orang yang tag korang.
-Student chemy UTP
-Sedang ber-internship di AMD Penang
-Orang Kelantan
-Bijak dalam menulis analogi
-Saya mula kenal blognya apabila dia bercerita tentang ayahnya yang membuat hati saya sangat-sangat tersentuh (sori, terlebih 2~)

15) 5 benda yang korang sangat-sangat sayang dalam hidup korang

Entahlah. Semua saya sayang. Saya masih simpan buku-buku masa sekolah, diari, hadiah-hadiah pemberian orang bermula dari form 2, kad-kad ucapan.. I am simply a girl who doesnt have a really specific things that I love.

16) 5 lagu yang korang paling suka dan selalu dengar?
  1. Welcome to my life-Simple Plan
  2. Open your Eyes-Maher Zain
  3. Segala nasyid yang ada dalam laptop ni
  4. 21 guns-green day
  5. Bidadari Syurga

17) Bila tarikh lahir korang dan kat mana korang sambut tahun lepas?
20 Jun 1990. Sambut? balik kampung ada kenduri :D

18) 5 orang blogger yang korang nak tag
-Kak Nazatulsyima 
-BM Hanifi
-KP Hazwan Arif
-Syaros
-Aizat 
-Azry Syafiqah
Photobucket
 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea