Manusia memang suka nak takut---takut nak cakap, takut nak cuba, takut nak itu nak ini..
Manusia memang suka nak malu. Malu bercakap di khalayak, malu bertanya, malu mencari etc etc..
Saya pun takut nak menulis banyak. Malu dengan diri sendiri. Malu dengan Allah. Takut-takut, apa yang saya tuliskan tak dibuat. Memetik kata-kata yang terkenal; "Semakin banyak seseorang itu tidak melaksanakan apa yang dilakukan, semakin kata-katanya tidak didengari khalayak". Semakin banyak dosa, tepatnya.
Asasnya untuk melakukan sesuatu ialah, meletakkan sesuatu pada tempatnya. Berkata-kata pada tempatnya, malu pada tempatnya dan takut pada yang selayaknya. Kerana, apabila sesuatu itu tidak diletakkan pada tempatnya, ia bererti zalim dan sistem kehidupan akan menjadi menyimpang dan boleh jadi kucar-kacir.
Say the right thing, at the right place, at the right time, to the right person. Dan yang penting, pastikan apa yang dibuat itu mempunyai kepentingan dan bermanfaat. Penting juga untuk kita berfikir sebelum berkata-kata, agar apa yang dilakukan dan dikatakan itu mendapat pandangan yang baik di sisi Allah.
Abbas As-Sissi telah menggariskan dua syarat dalam memberi nasihat (mungkin lebih lagi, tetapi yang saya noted cuma dua); iaitu--- berilah nasihat secara kiasan (bukan secara terang-terangan) dan bertujuan untuk membimbing, bukan menyakitkan hati.
"DAKWAH adalah seni, bersabar dalam dakwah adalah JIHAD".
