Tuesday, June 29, 2021

BCL - empowering you

di tulis oleh norashikin rahmat pada Tuesday, June 29, 2021 0 komen best

 Setelah Rossa & Melly, saya sukaaa sangat dengan lagu2 BCL

Kesemua penyanyi ini ada kekuatan tersendiri dari segi kemerduan suara, kualiti lirik lagu dan kualiti musik yang dipilih.

kalau saya suka lagu, saya suka meneliti liriknya.. dan kesemua empat ini menepati ciri yag saya suka ini..


MV ini menyuruh kita memilih diri sendiri.
Pilih untuk lebih bahagia. :)


Saturday, June 26, 2021

Detik-detik waktu pun terbuang..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Saturday, June 26, 2021 0 komen best

 Tiba tibaaaa je hati ni terdetik.


Rupanya..

Saya adalah manusia yang teramat slow dalam mentafsirkan perasaan orang.

Berapa tahun lelaki itu cuba dan akhirnya dia putus asa.

Rupanya.. sayalah yang menolak takdir.


So saya takde hak untuk terfikir tentang dia sebab dia sudah move on dan kami takde jodoh bersama.


Bunyi macam alasan gampang, tapi, hai.. begitulah.


Apoo teringat benda lama. Tak move on lagi ke?

Thursday, June 24, 2021

Few days after 31

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, June 24, 2021 0 komen best

People asked me how does it feels to be 30s?


haha.

Dont ever forget that being 31 is also means that you were once 20s, 15, 10, 5.. so age is not just a MERE numbers. it is indeed full of wisdoms.

I am not the best person to describe what 30s feels like.
but i am going to embrace every coming days insyaAllah.


Sunday, June 20, 2021

Hadiah ke, ujian?

di tulis oleh norashikin rahmat pada Sunday, June 20, 2021 0 komen best

 Harini saya menyambut ulangtahun yang ke 31. Alhamdulillah!


Syukur sangat. Alhamdulillah, dah 31 tahun pun.

Sungguhpun belum jumpa belahan jiwa lagi, namun banyak sekali kebaikan yang telah Allah berikan sepanjang hidup ini.

untuk birthday tahun ini tak dapatlah saya menyambutnya sepertimana tahun-tahun sebelum ini yang meriah dengan kawan2 yang ingin meraikannya bersama2..

Semalam saya menerima kunjungan dari vendor yang datang makan lunch di rumah atas kapasiti kerja dekat2 Nilai dan memenuhi undangan saya sejak raya haritu. Vendor ni baik sangat saya anggap dia macam pakcik saya dan dia sangat seronok dapat bekerja dengan saya. Sebelum balik dia menghulur hadiah berupa wang tunai sebanyak RM1000.. katanya sebab xsempat belikan apa2 hadiah, jadi dia niat nak bagi duit je.

Mula-mula saya happy. Yelah dpt duit 1K haha free2 mcmtu je.

Tapi bila fikir2 balik, ini adalah satu ujian buat saya.

Besar juuga ujian ini sebenarnya.

So.

Pandai2lah nanti saya agihkan duit ini kepada yang lebih memerlukan.

dan takkan makan atau minum sesen pun.


Semoga Allah jaga kami dari fitnah dunia ini..


Mungkin niat pemberi benar2 baik. Tapi saya ingin berhati-hati supaya tak cedera di akhirat. 


Happy 31st Birthday, Ashikin! 

I am always so proud of what you are.. semoga selalu berusaha menggapai syurga dalam apapun keadaaan, dan selalu redha dengan ketentuan Allah dalam apapun situasi.



Wednesday, June 16, 2021

BETUL-BETUL MATI RASA

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, June 16, 2021 0 komen best

 atm i am back to square one.

Mungkin sebab terlalu lama tak jumpa orang baru, saya menjadi malas..

Malas dan kembali berfikir tentang orang yang telah bertahun-tahun pergi. Pergi dan lupus.


Mati Rasa ni,

rasa dia macam kau tak rasa apa-apa. Kau dah penat nak sedih.

Kau tgk cerita, kau dengar lagu, kau driving, kau tak rasa apa-apa. Kau sebal.


Hmm Strange.

Monday, June 14, 2021

Sweet Talk

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, June 14, 2021 0 komen best

 


Jangan takut sendirian,
Allah lah motivasi dan teman terbaik.



 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea