Monday, August 25, 2014

When Devils Wear Prada

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 25, 2014 0 komen best

Malam ini saya menontonnya kali ketiga hanya kerana ia dilayarkan di Fox Movies saluran 413.

Berbeza dengan sebelum ni yang saya menonton kerana saja-saja, kali ini saya menonton The Devil Wears Prada dengan minda terbuka, dari sudut seorang yang bekerja.

Truly. I feel sucks. Feeling I've like never been serious, working. Especially bila part si botak Nigel advise Andrea yang "she isn't complaining, she's been bluffing, while Miranda is doing her job, for wanting the best".

Berada dalam situasi 'actively looking for another job', saya perasan yang cerita ni menekankan beberapa perkara-kekemasan kerja, fokus, kebolehan mengikut arahan, menguruskan konflik kerja dan peribadi, stress... saya menghadapi konflik ini secara langsung selama hampir setiap hari. I hate it but thats life yaww....

Kehidupan memang penuh dengan perkara yang tak pasti. Tapi kalau kita hidup dengan keyakinan bahawa dalam ketidakpastian ini wujudnya Allah yang Maha Pengatur dalam setiap sesuatu, kita akan lebih relaks kerana telah bergantung pada tali yang kukuh.

Well. Saya akan mengubah sedikit cara saya bekerja mulai esok.

InsyaAllah, hari yang baru!

Friday, August 22, 2014

Beli Fun

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, August 22, 2014 0 komen best

Tahniah kepada cikin kerana telah berjaya membeli Fun.

Bukan Fun. Sebut lama sikit. FUUN.

Well selama ni saya amat sayangkan phone kecik saya yang basic yang perlu dicaj hanya sekali seminggu-memandangkan saya amatlah cemerkap dan malas mengecaj henfon.

Sayangnya akibat arus kemodenan yang cewah sangat tu.. maka untuk memudahkan urusan komunikasi dan agar tak tercampurnya urusan kerja dengan peribadi, maka saya telah membeli zenfon (bukan henfon!) Dan jangan tanyalah kenapa Asus letak nama zenfon bukan henfon.

Habistu. Sekarang saya ada koleksi 3 telefon basic yabg masih boleh digunakan dan belum rosak. Membazir betullah kau ni ikin.

Membazir sebab zenfon tu simkad dia kecik! Patah hati i bila tengok dia punch simcard i tadi. Uhukhuk.

Tawakkal je lah. Ni nak guna phone ni sampai dia lunyai. :3

Alhamdulillah.

Wednesday, August 20, 2014

All that ends well

di tulis oleh norashikin rahmat pada Wednesday, August 20, 2014 1 komen best

Harini.. saya merasa takjub dengan kekuasaan Allah yang mengubah hati manusia.

Alhamdulillah, tidak dapat tidak, saya bahagia sebab Allah selalu memberikan peluang..agar saya kembali kepadaNya.

Sebenarnya hari ini adalah hari yang panjang. Hari yang saya nanti-nantikan sepanjang bulan ini: hari interview. Tapi banyak benda penting untuk diselesaikan, hari ini juga. Tercongok di Putrajaya awal pagi. Berkejar ke Puchong. Sesat dalam perjalanan ke Wangsa Maju. Terlajak jalan DUKE sampai ke Klang selepas tu, nak ke Wisma Putra. Balik ke Serdang dan berkejar semula ke Putrajaya.

Allah Sebaik2 Penolong.

Interview ini adalah yang paling komprehensif dan bersistematik pernah saya hadir. Temuduga dari DHL.

Abah sangat gembira bila saya dapat panggilan temuduga ini. DHL. Its a name. Saya bercita-cita menjadi muslimah pakar dalam bidang ini. Kita org Islam, belum ada lagi syarikat logistik, atau org yang berkecimpung dalam supply chain sebagai seorang pakar.

Dua hari sebelum ni telah membuat saya resah.. tiba-tiba je boss tak bagi cuti kerana saya dimestikan menghadiri event yang dianjurkan syarikat.

Dan.. saya telah mencuri masa rehat untuk pergi interview tu. Sekurang-kurangnya tidaklah saya ponteng kerja. Kan?

Kerja saya.. terasa benar keras dan sukarnya dari hari ke hari. Saya tak faham apa yang susahnya dengan kerja ini.

This is not about the pay. Bukan pasal gaji.
Hati tak ikhlas,  mungkin?
Masa gaji kecik sikit dulu.. hati saya sentiasa senang dan lapang.. Malah rasa tak sabar untuk bekerja esok harinya.

Sekarang.. gaji lebih sikit dari dulu, syarikat masih sama, cuma workloadnya yang dinamik sikit.

Takpe kin.

Waktu susah, kita belajar.

Friday, August 15, 2014

Only know you love her when you let her go..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Friday, August 15, 2014 0 komen best

Listening to: Boyce Avenue featuring Fifth Harmony- Mirror+Let Her Go.

Saya telah terjangkit dengan kawan baik saya di opis yang rajin mendengar lagu cover daripada Youtube.. saya paling menyampah dengar lagu yang cover sebelum ni. Tapi gabungan dua kumpulan ni untuk lagu-lagu cover berbahasa Inggeris memang daebakk..

Btw.

Janganlah metajinkan diri dengar lagu sangat.

Sangat tak bagus for the brain and body.

Sekian~

Thursday, August 14, 2014

Perempuan cantik tak wujud

di tulis oleh norashikin rahmat pada Thursday, August 14, 2014 0 komen best

Saya ada seorang saudara lelaki. Umur dah 30an, tapi masih belum berumahtangga.

Pernah kecewa, mungkin.

Risau akan dirinya yang masih belum bertemu jodoh, kami sekerabat, dan pak cik2, mak ciik2, menyibukkan diri bertanya apa mahunya dengan idaman hati.

Dia kata, dia nak kahwin dengan perempuan cantik. Mungkin biasa kut, lelaki atau perempuan, tentulah mahukan yang ada rupa. Tapi, dia ni pelik sikit. Nak yang cantik jelita macam Neelofa, Fazura, Nora Danish agaknya.

Dan perempuan tu mestilah pandai dan beragama.

Kadang2 tu kalau nampak fesbuk kitorang terpampang gambar kawan2 yang cantiks, rajin juga dia bertanya.. sayangnya, yang ditanya tu, mesti yg dah berpunya.

See.. cantik tu satu ujian.. cantik tapi berpacaran, nak buat apa??

Kadang2 rasa bengang pun ada. Rasa nak sepak kaki dia bagi jatuh terduduk.. macam lah diri tu baguss sangat nak memilih2..

Untuk yang sekapal dengan saudara saya ni.. ketahuilah. Perempuan idaman korang yang sempurna sangat tu, xwujud.. Terima seadanya pasangan anda, jangan terlalu suka nak complaint. Kekurangn dia, korang yang kena lengkapi..

Entri ini turut sesuai bagi pompuan yang choosy sangat.

Sekian.

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea