Monday, August 25, 2014

When Devils Wear Prada

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 25, 2014

Malam ini saya menontonnya kali ketiga hanya kerana ia dilayarkan di Fox Movies saluran 413.

Berbeza dengan sebelum ni yang saya menonton kerana saja-saja, kali ini saya menonton The Devil Wears Prada dengan minda terbuka, dari sudut seorang yang bekerja.

Truly. I feel sucks. Feeling I've like never been serious, working. Especially bila part si botak Nigel advise Andrea yang "she isn't complaining, she's been bluffing, while Miranda is doing her job, for wanting the best".

Berada dalam situasi 'actively looking for another job', saya perasan yang cerita ni menekankan beberapa perkara-kekemasan kerja, fokus, kebolehan mengikut arahan, menguruskan konflik kerja dan peribadi, stress... saya menghadapi konflik ini secara langsung selama hampir setiap hari. I hate it but thats life yaww....

Kehidupan memang penuh dengan perkara yang tak pasti. Tapi kalau kita hidup dengan keyakinan bahawa dalam ketidakpastian ini wujudnya Allah yang Maha Pengatur dalam setiap sesuatu, kita akan lebih relaks kerana telah bergantung pada tali yang kukuh.

Well. Saya akan mengubah sedikit cara saya bekerja mulai esok.

InsyaAllah, hari yang baru!

0 komen best:

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea