Semalam, saya telah merancang untuk ke Serdang, Kedah untuk melaksanakan assignment kumpulan kami untuk subjek Urban & Rural Transport.
Sepanjang proses perancangan dan pencarian berlaku, bermula daripada saya di-appoint untuk menguruskan kesemuanya, segalanya dirasakan terlalu sukar. Mungkin saya paling junior dalam kumpulan itu, jadi saya masih terlalu mentah kerana tidak tegas dan mengikut sahaja kata orang.
Kesukaran. Susah untuk saya mendapatkan kata sepakat dari kumpulan ini. Susah untuk saya membuat keputusan apabila tidak semuanya memberi komitmen. Apatah lagi berhadapan dengan orang yang 'bossy'. Kalau buat meting, tidak ada kehadiran yang penuh. Sudah plan yang begini, yang lain mahu begitu. Yang ini sudah settle, timbul pula masalah lain.
Masalah terbesar dalam projek ini ialah kereta. Serdang dan UUM amat jauh, memakan masa 4 jam dari UUM-Alor Star-Kulim-Serdang. Dengan masa yang terhad, kami mesti pulang dalam masa sehari. Bagi mengelakkan bermalam di luar, pensyarah memberi kemudahan kepada kami untuk membawa kereta. Bermula daripada tak dapat kereta, akhirnya, alhamdulillah, Abang Adib sudi memberi pinjam kereta. Bila dah dapat kereta, tak ada pemandu pula, sebab Lee, satu-satunya ahli kumpulan kami yang ada lesen enggan memandu. Malah, balik rumah bercuti pula. Jadi, saya perlu cari pemandu. Bila dah dapat pemandu, batal pada saat akhir pula. Veni, akhirnya memujuk pakwenya untuk mengikut kami menjadi driver, dan, setelah pakwe Veni ambil kereta, malam itu juga dia jatuh tangga dan kepalanya luka teruk. Pagi itu, dia masih gagahkan diri untuk bantu kami. Dia memandu.
Kereta Abang Adib agak lama, jadi mesti sentiasa diperiksa air dan minyak hitamnya. Tayar juga begitu. Sebelum pergi, Kalai dah pastikan semuanya OK, dan kami berhenti dua kali dalam perjalanan. Dan, apabila sampai ke Sungai Petani, enjin kereta mengeluarkan bau, jadi Kalai berhenti di bahu jalan. Setelah diperiksa oleh mekanik, katanya gasket bocor, perlu diganti dan boleh siap dalam masa dua jam. Tapi bila sampai bengkel, entah kenapa saya tengok mekanik buka enjin dan entah apa-apa. habis dikeluarkan isi enjin. Mungkin saya ditipu. Maklum, saya tidak tahu menahu langsung tentang kereta.
Kereta tak dapat disiapkan dalam masa sehari. Mungkin dua atau tiga hari. Jadi kami ambil keputusan untuk pulang. Saya amat bersedih, sebab saya telah menyusahkan orang. Dan saya telah merosakkan kereta seseorang. Dan, kesedihan saya bertambah kerana Veni seperti membiarkan sahaja saya, malah membiarkan saya menghadapi semuanya dan tidak cuba memahami. Saya amat bingung, dan menyesal.
Saya menyesal kerana tidak sedar bahawa Allah memang tidak mengizinkan perjalanan ini sejak dari mula lagi. Di saat-saat akhir pun Allah telah memberi petanda bahawa plan saya tidak akan menjadi apabila Dia telah mentakdirkan pakwe Veni (si pemandu) jatuh tangga dan rambutnya botak sedikit sehingga nampak kulit kepalanya.
Saya juga sedar bahawa kata sepakat tidak akan tercapai dengan teruknya cara saya memberikan arahan dan menurut sahaja perintah orang yang bossy. Saya juga tahu bahawa kesemua masalah yang saya hadapi ini tidak akan dapat selesai dengan menangis. Saya jarang sekali menangis di hadapan orang, tetapi entah kenapa, semalam saya menangis di hadapan orang tanpa rasa segan lagi. Mungkin saya ingin melepaskan semua rasa terbeban di kepala saya yang sudah beberapa hari menghabiskan berpuluh-puluh, mungkin beratus-ratus duit abah untuk menghubungi pihak di Serdang untuk mendapatkan kepastian tentang siapa yang akan saya berjumpa. Mungkin juga tangisan itu untuk perasaan tertekan yang tak terluahkan sebelum ini. Tertekan juga rupanya saya menghadap orang yang bossy, padahal saya paling suka berlagak tenang (kononnya la kut)..
Sepanjang saya bermuhasabah tentang apa yang berlaku, banyak yang saya pelajari. Kali ini, rupa-rupanya saya tidak beristikharah sebelum membuat keputusan.
Hikmahnya perjalanan yang tersangkut di Sungai Petani, saya dapat bertemu dengan Kak Aisyah di Alor Setar dan bermalam di rumahnya, memuhasabahkan diri, mendengar nasihat, dan berehat dari kelelahan.
Alhamdulillah, ibu dan abah sangat supportive semasa saya memberitahu apa yang telah berlaku. Terasa ingin pulang sekarang juga mendakap ibu..
Saya berjanji takkan menangis lagi untuk assignment ini dan akan datang, dan cuba menghadapi segalanya dengan guide dari Allah..
Ramadhan ialah madrasah iman dan taqwa. Semoga, ujian yang saya tempuhi ini menambahkan iman dan menyemai taqwa dalam diri saya.. Dan, ujian-ujian ini benar-benar telah 'menyekolahkan' saya!