Semalam baru balik dari Eco Camp di Sungai Sedim, Kulim. Proasisr II. Alhamdulillah, dapat juga Proasisr dilaksanakan walaupun ura-ura sebelum ni mengatakan yang proasisr tak dapat dilaksanakan sebab kekangan cuti hujung minggu Kedah yang berbeza dengan negeri-negeri sekitarnya.
Seronok bila dapat berukhwah.
Di program Proasisr II, saya diberi tugas mengelolakan bahagian ice-breaking. Sesungguhnya ice-breaking adalah tugas yang besar, sebabnya ketidakberjayaan slot ice-breaking, bagi saya, boleh menjejaskan slot seterusnya.
Ice breaking itu penting.
Bukan memecahkan ais, tetapi memecahkan kebekuan yang ada di antara yang hadir. Apabila kebekuan telah mencair, maka wujudlah keadaan mesra dan berkasih sayang. Terjadilah peristiwa suap menyuap dan saling berpelukan walaupun usia perkenalan belum menjangkau sehari.Tak ada apa yang dapat memecahkan kebekuan, melainkan hubungan atas dasar iman. Ukhwah, kata-kata lainnya. Itu yang saya dapat, sebabnya, dah berapa banyak hubungan persahabatan yang tercipta antara saya dengan orang lain, tetapi masih terasa ada jurang dan rasa segan. Tak mesra. Walau dengan sepupu sendiri pun saya tak pernah memeluknya seperti saya memeluk sahabat saya di Sedim. berbeza.
Perkenalan memang mudah, tetapi bagaimana kita mempertahankannya.
Cuba tanya diri anda, berapa ramai yang anda kenali masih mesra dan berkongsi cerita seperti dulu? Berapa ramai kawan saya yang mengeluh kerana rasa dilupakan, sama ada oleh saya atau rakan lain.. Hubungan persahabatan tak berkekalan kerana kita tak membinanya atas dasar yang kekal. Yang kukuh. Kita tak bertawakkal kepada Allah supaya mengekalkan persahabatan antara sesama kita. Dulu, saya tak pernah percaya dengan ungkapa 'Friends Forever'. Sebabnya, semua yang mengungkapkan kata-kata itu tak pernah pun tunaikan janji.
Team building
Kami bermain dua permainan team building. "Si miskin dan Si kaya", dan "Candle War". Dengan adanya team building, dengan terwujudnya ukhwah, barulah kerjasama menjadi erat. Permainan 'Si Miskin dan Si Kaya' agak unik, sebabnya setiap kumpulan diberikan sama ada sudu, straw, span ataupun mangkuk untuk mengisi air ke dalam botol. Kumpulan saya paling kelakar sebab dapat straw. Natijahnya daripada permainan ni adalah erti syukur dalam kehidupan. Allah memberikan kemampuan yang berbeza kepada setiap individu, dan yang penting adalah usaha.
Permainan 'Candle War' memberi ketegasan kepada bagaimana strategi mesti disusun. Saidina Ali pernah berkata,"kebenaran yang tak dirancang akan dimusnahkan oleh kebatilan yang disusun" (sila betulkan kata-kata saya yang tak tersusun ni..).
Begitu banyak yang saya peroleh. Kawan-kawan, jomlah pergi program..!

2 komen best:
lama dh tak join program team building camni
rindu la plak
apepun, persahabatan itu manis klu ia berkekalan hingga bila-bila
nak fikir game team building pun susah juga sebenarnya. nasib baik ada modul..
jomlah, sesekali pegi program haluansiswa.. masa dah kat UTP nnti, tanya encik Luqman..
Post a Comment