Semalam, ada 3 event untuk saya hadiri, iaitu 3K's Appreciation Night di Alor Setar, Kegiatan Luar Kuliah Ko-K ke Rumah Amal, Baling dan Program Iftar Jama'ie di UUM. Tapi, saya cuma punya satu jasad dan sekeping hati. Dan saya cuma piih satu. Pergi program Ko-K di Baling.
Apa yang saya buat di Baling?
Menghalusi diri setelah melihat hamba-hamba Allah yang diberi keistimewaan dengan kekurangan akalnya. Adik-adik down syndrome di Rumah Amal, walaupun banyak kerenah, tapi sangat manja dan comel. Mula-mula, semuanya malu-malu. Tapi bila dipujk, alhamdulillah, siap ada yang minta disuap makan lagi..
Setelah aktiviti dengan adik-adik, kami buat mural sehingga pukul 5 petang. Saya exhausted setelah berjam-jam menghadap dinding, melukis dan mewarna. Walaupun lukisan kami taklah secantik lukisan profesional, alhamdulillah, mural kami sudah boleh dikira cukup menceriakan suasana luar kelas Ruma Amal. Seronok betul dapat berbakti.
Baling, kata kawan abah yang menetap di situ,mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Saya akan mencadangkan tempat ini untuk program-program nanti, insyaAllah.
Kami balik setelah berbuka. Alhamdulillah, rasa puas hati sangat dengan lawatan kami ke Rumah Amal. Kami bukan sahaja dilayan dengan sebaik-baiknya, dengan juadah berbuka yang pelbagai, kami juga diberi goody bag seorang satu, sebagai tanda penghargaan. Selain mengeratkan persahabatan antara ahli PRS, program ini juga telah banyak memberikan kami input baru tentang siapakah sebenarnya down syndrome. (Selama ni, kalau saya jumpa anak down syndrome, saya cuma menatap dari jauh sahaja).
Sampai sahaja di UUM, saya terus ke Masjid Sultan Badlishah, Pusat Islam UUM. Gembiranya saya, Allah saja yang tahu. Belum sempat berlama-lama dengan sahabat-sahabat saya, dah sampai pula masa untuk mereka pulang. Sebagai petugas untuk makanan,alhamdulilah, saya sempat menguruskan makanan untuk sahur.
Kelam kabut dan risau juga saya waktu berbuka, sebab tak tahu macam mana keadaan program iftar sebab saya masih di Baling. Semuanya OK, Allah kan ada.. :)
Kepenatan itu bererti kita telah menggunakan seluruh tenaga yang ada untuk perkara yang bermanfaat. Ia sangat menyeronokkan!
Terima Kasih tidak terhingga untuk semua sahabat dan sahibah yang telah menjayakan program itar jama'ie di UUM.. semoga kita semua mendapat barakah dalam menyingkap tabir rahsia di sebalik keberkatan bulan Ramadhan.. Untuk akh Fadhli, Kak Aisyah, Kak Nazihah, Kak Husni, Muz, Amin.. Terima kasih untuk semuanya..
Jom, buat assignment!

0 komen best:
Post a Comment