Monday, August 30, 2010

susah juga kalau tak pandai marah ni yea..

di tulis oleh norashikin rahmat pada Monday, August 30, 2010
Peluang memperbaiki diri adalah anugerah terbaik sepanjang kehidupan ini.

Dulu, masa saya masih di peringkat bersekolah, saya seorang yang suka marah-marah untuk hal kecil. Childish. Classmate lower form saya, terutamanya farhana yang selalu menjadi mangsa kebudak-budakan saya, sangat masak dengan perangai saya. Tap, apabila umur meningkat dan saya mula belajar mempertingkatkan diri, saya pelajari bahawa marah akan menutup pintu-pintu kebijaksanaan dan membawa 1001 kerugian. Ia juga membuka pintu-pintu permusuhan dan kebencian, menurut kata syaitan, menjadi hamba nafsu. Jadi, saya mula belajar untuk meninggalkan kemarahan dan bersabar. Hanya orang-orang tertentu sahaja akan dapat kemarahan saya, iaitu adik-adik, kakak dan abang saya. 

Marah dengan kawan-kawan akan diisi dengan diam. Berhenti berkomunikasi sebentar akan membuatkan saya rasa tenang sedikit, sekurang-kurangnya diam itu tak memerlukan saya untuk bercakap.

Menahan marah itu suatu nikmat.. ia macam menghapuskan api dengan menyiramnya dengan air mawar yang wangi.. hati kita tak menjadi untuk busuk dengan dendam.. Pernahkah anda menahan marah sehingga menggigil kerana tak mampu dan menangis? Cubalah hapuskan marah kita, sebab ia sikitpun tak berguna.

Saya selalu berpesan kepada kawan-kawan bahawa marah itu merugikan. Dan, saya juga selalu mengingatkan diri untuk tidak marah dulu dalam sesuatu hal. Setelah bertahun-tahun saya menyemai sikap ini dalam diri, ia mula menjadi tabiat saya untuk tidak melampiaskan kemarahan. 

Bagi saya, marah itu perlu bertempat. Marah pada yang hak. Marah kalau sesuatu berlaku pada saudara kita, marah jika islam ditindas, marah kalau maksiat berlaku di hadapan mata. Marah kepada diri jika tidak menunaikan kewajipan.

Tapi saya dah tak tahu mana letaknya marah tatkala saya menelefon orang yang tidak bekerjasama dalam tugasan. Sebelum call, saya rasa amat geram dengan tindakannya yang asyik tak attend meeting. Tapi, bila dia angkat call, saya tak jadi marah.. Yang seorang lagi pula, perangainya amat merungsingkan sebab suka menyuruh itu dan ini. Saya tidak suka dengan sikapnya itu, tapi, apabila saya menemuinya, sikitpun saya tak marah dia, dan saya pasti raut wajah saya pun tak menunjukkan yang saya sedang marah. Kenapa dengan saya ni? Adakah saya memerlukan terapi untuk mempelajari rasa marah?

Bukan senang nak semai sikap  baik dalam diri.. Saya taknak belajar main dengan api.. belum pun marah, ia sudah membakar saya menjadi debu..

Tapi, saya masih berfikir.. macammana caranya menyelesaikan masalah tanpa marah?

Photobucket

2 komen best:

fahana_ann said...

assalamualaikum,
pernah jugak sekali rasa marah sangat pada sorang shbat atas sebab yang memang patut marah..sampai menggigil..tapi tu lah pertama kali marah orang..lepas marah terus lagi menggigil..betul kan.bukan senang naks emai sikap baik..em, mungkin tak perlu marah, tapi perlu ingatkan dengan kata-kata ikin..

norashikin rahmat said...

sakit juga menahan marah.. apatah lagi kalau dengan orang terdekat, sahabat yang rapat.. ataupun kalau marah yang tak mampu dilepaskan dek kerana tak mampu diluahkan. memang perlu melipatgandakan kesabaran dan mengingati kebaikan orang yang nak dimarah tu.. dan, banyakkan berwuduk untuk membasuh kemarahan.. kak fahana, ikin rindu sangat..

 

Missleonora's~ Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea